You are on page 1of 12

PPI/MH/2018/MSSKI/03

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

MANUAL
SENARAI SEMAK KESEDIAAN INKLUSIF
MURID BERKEPERLUAN KHAS
(SSKI MBK)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

1
PPI/MH/2018/MSSKI/03
PANDUAN PENTADBIRAN
SENARAI SEMAK KESEDIAAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS
A. Pengenalan
Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibina untuk
mengenal pasti kesediaan MBK di peringkat sekolah rendah dan menengah berumur 7
hingga 16 tahun untuk diinklusifkan ke Program Pendidikan Inklusif. Menurut Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Program Pendidikan Inklusif bermaksud
suatu program pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah.
SSKI MBK mempunyai 47 item yang merangkumi 4 komponen utama iaitu
kemahiran kognitif, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran sosio-emosi dan
tingkah laku serta kemahiran pra-akademik. Berikut merupakan bilangan item bagi
setiap bahagian dan komponen:

BAHAGIAN KOMPONEN BIL ITEM


A1: Kesediaan MBK 4
Pendengaran (Jika berkaitan)
A2: Kesediaan MBK 3
Penglihatan (Jika berkaitan)
B: Kesediaan Inklusif MBK Kemahiran Kognitif: Tumpuan dan Memori 4
Kemahiran Kognitif: Penaakulan dan 2
Penyelesaian Masalah
Kemahiran Kognitif: Bahasa dan 9
Komunikasi
Kemahiran Motor Kasar dan Motor Halus 5
Kemahiran Sosio-Emosi dan Tingkah Laku 9
Kemahiran Pra- Akademik 11

B. Pentadbir SSKI MBK


SSKI MBK boleh ditadbir oleh guru pendidikan khas atau guru arus perdana yang
terlibat secara langsung dengan MBK.
C. Pentadbiran SSKI MBK
1. Senarai semak ini mengandungi tiga Bahagian (Bahagian A1, A2 dan B).
Bahagian A1 atau A2 diisi oleh guru pendidikan khas bagi MBK yang mempunyai
masalah pendengaran atau penglihatan.

2. Bagi MBK yang tidak mempunyai masalah pendengaran atau penglihatan, sila
lengkapkan semua komponen di Bahagian B sahaja.

2
PPI/MH/2018/MSSKI/03
3. Bagi MBK pendengaran atau penglihatan, jika terdapat jawapan ‘YA’ di mana-
mana Bahagian A1 atau A2, guru boleh meneruskan untuk mengisi senarai
semak di Bahagian B.

**Jika tiada jawapan “YA” di Bahagian A1 atau A2, guru tidak perlu mengisi
Bahagian B dan MBK adalah dikenalpasti sebagai belum bersedia untuk
diinklusifkan.

4. Anggaran tempoh pentadbiran senarai semak ini adalah 10 hingga 15 minit.

5. Guru harus mengenali MBK yang dinilai sekurang-kurangnya dalam tempoh 3


bulan sebelum membuat penilaian.

6. Guru harus bersikap jujur semasa menjalankan penilaian.

7. Guru perlu membuat pemerhatian terus bagi item-item yang hanya dapat dilihat
dalam subjek atau aktiviti tertentu seperti aktiviti kokurikulum.
D. Panduan Penskoran SSKI MBK
1. Guru perlu melengkapkan setiap item di Bahagian B.

2. Guru hendaklah mengira bilangan (/) pada setiap lajur skor 0, 1 dan 2. Bilangan
item bagi setiap skor perlu diisi dalam ruangan yang disediakan.

3. Guru perlu menggunakan formula yang disediakan untuk mendapatkan jumlah


skor 0, 1, dan 2. Seterusnya, jumlah skor 0, 1 dan 2 perlu ditambahkan untuk
mendapatkan jumlah skor keseluruhan.

4. Guru perlu menandakan (/) pada ruangan kesediaan inklusif yang disediakan,
berpandukan jadual berikut:

KESEDIAAN MBK SKOR


Bersedia 49-80
Kurang Bersedia 29-48
Tidak Bersedia 0-28

5. Sekiranya guru tidak menjawab 4 soalan atau lebih, skor keseluruhan tidak akan
diambil kira bagi menentukan kesediaan MBK, dan guru perlu menjalankan
penilaian semula.

3
PPI/MH/2018/MSSKI/03
E. Rubrik Pemarkahan Bahagian B: Komponen Pra-Akademik

BIL ITEM DESKRIPSI SKOR


(0) (1) (2)
30. Boleh mengenal Mengenal kurang Mengenal Mengenal semua
semua huruf daripada 13 huruf sekurang- huruf besar.
besar. besar. kurangnya 13
huruf besar.
31. Boleh mengenal Mengenal kurang Mengenal Mengenal semua
semua huruf kecil. daripada 13 huruf sekurang- huruf kecil.
kecil. kurangnya 13
huruf kecil.
32. Boleh mengenal Tidak mengenal Mengenal nama Mengenal nama
nama sendiri nama sendiri yang sendiri yang sendiri yang
melalui penulisan. bertulis/ bertaip. bertulis atau bertulis/ bertaip
bertaip tetapi tidak secara konsisten.
konsisten.
33. Boleh membaca Tidak boleh / sukar Membaca bahan Membaca bahan
bahan bacaan membaca bahan bacaan mudah bacaan mudah
mudah seperti bacaan mudah. dengan kurang dengan sangat
buku cerita lancar. lancar.
pendek.

34. Boleh memahami Tidak boleh Menjawab Menjawab semua


bahan bacaan menjawab soalan sebahagian soalan soalan berkaitan
mudah dengan berkaitan teks berkaitan teks teks yang diberi.
menjawab soalan yang diberi. yang diberi.
berkaitan teks.

35. Membaca satu Membaca satu Membaca satu Membaca satu


ayat yang ayat yang ayat yang ayat yang
mempunyai mempunyai satu mempunyai tiga mempunyai
sekurang- hingga dua patah hingga empat sekurang-
kurangnya lima perkataan. patah perkataan. kurangnya lima
patah perkataan patah perkataan.
secara lisan.
36. Menulis 10-20 Menulis kurang Menulis lima Menulis 11 hingga
perkataan mudah daripada lima hingga 10 20 perkataan dari
yang telah perkataan dari perkataan dari ingatan dengan
dipelajari dengan ingatan dengan ingatan dengan betul.
betul. betul. betul.
Contoh; kvkv,
kvkvk.
37. Membina dan Membina dan Membina dan Membina dan
menulis sekurang- menulis kurang menulis tiga menulis sekurang-
kurangnya lima daripada tiga ayat hingga lima ayat kurangnya lima
ayat mudah. mudah. mudah. ayat mudah.

4
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BIL ITEM DESKRIPSI SKOR
(0) (1) (2)
38. Mengira 1 hingga Mengira sekurang- Mengira sekurang- Mengira 1 hingga
50 tanpa bantuan. kurangnya 1 kurangnya 1 50 tanpa bantuan.
hingga 20 tanpa hingga 30 tanpa
bantuan. Mengira bantuan. Mengira
21 hingga 50 31 hingga 50
dengan bantuan. dengan bantuan.
39. Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan
operasi tambah operasi tambah operasi tambah operasi tambah
mudah. yang melibatkan yang melibatkan yang melibatkan
sa dan sa sahaja puluh dan sa puluh dan puluh
secara kiraan secara kiraan secara kiraan
mental atau mental atau mental atau
bentuk lazim tanpa bentuk lazim tanpa bentuk lazim tanpa
bantuan. bantuan. bantuan.
Contoh; 4 + 3 Contoh; 15 + 3 Contoh; 50 + 27
40. Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan
operasi tolak operasi tolak yang operasi tolak yang operasi tolak yang
mudah. melibatkan sa dan melibatkan puluh melibatkan puluh
sa secara kiraan dan sa secara dan puluh secara
mental atau kiraan mental atau kiraan mental atau
bentuk lazim tanpa bentuk lazim tanpa bentuk lazim tanpa
bantuan. bantuan. bantuan.
Contoh; 4 - 3 Contoh; 15 - 3 Contoh; 50 - 27

5
PPI/MH/2018/MSSKI/03

CONTOH PENGISIAN SENARAI SEMAK KESEDIAAN INKLUSIF


MURID BERKEPERLUAN KHAS

SENARAI SEMAK KESEDIAAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS

BUTIRAN MURID YANG DINILAI


Nama Murid : ______XXX__________________________________
Jantina : ____Perempuan______________________________
Tarikh Lahir/ Umur : ___xx/xx/xxxx________________________________
No. K/P/ No. Mykid : _xxxxxx-xx-xxxx______________________________
No. Kad OKU (jika ada) : __LD xxxxxxxxxxxx____________________________
Diagnosis : __Disleksia___________________________________
(contoh: Autisme, ADHD, Disleksia)

Nama Sekolah : ____________________________________________


Nama Guru : ____________________________________________
_____________________________________________________________________
Arahan: Bagi setiap penyataan, sila tandakan ( √) pada petak yang berkenaan.
Bahagian A1 dan A2: Diisi oleh penilai bagi calon yang mempunyai ketidakupayaan
berkaitan.
Sekiranya terdapat tanda “YA” bagi salah satu kriteria di Bahagian A1 atau Bahagian
A2, sila isi Bahagian B.

BAHAGIAN A1: KESEDIAAN MBK PENDENGARAN (JIKA BERKAITAN)


BIL KRITERIA TIDAK YA
1. Menggunakan Implan Koklea secara berterusan.

2. Menggunakan alat bantu pendengaran secara konsisten.


3. Mempunyai masalah pendengaran tahap ringan/
sederhana.
4. Guru pendamping/penterjemah disediakan bagi MBK
dengan masalah pendengaran tahap teruk dan sangat
teruk yang menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya.

6
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BAHAGIAN A2: KESEDIAAN MBK PENGLIHATAN (JIKA BERKAITAN)
BIL KRITERIA TIDAK YA
Menggunakan alat sokongan penglihatan secara
1.
konsisten (contoh: kanta pembesar, cermin mata, CCTV).
2. Mempunyai masalah penglihatan ringan dan terhad.
Guru resos/ buddy support disediakan bagi MBK dengan
3.
masalah penglihatan tahap teruk dan sangat teruk.
Arahan: Bagi setiap penyataan, sila tandakan ( √) pada petak yang berkenaan.
MBK kurang upaya pendengaran menggunakan bahasa isyarat bagi item yang
bertanda(*).
Bahagian B: Wajib diisi oleh guru untuk semua calon.

BAHAGIAN B: KESEDIAAN INKLUSIF MBK


Kadang-
Tidak Selalu
BIL ITEM kadang
0 1 2
I. KEMAHIRAN KOGNITIF: TUMPUAN DAN MEMORI

1. Boleh kekal duduk semasa melakukan tugasan. /

Boleh memberi tumpuan sehingga tugasan


2. /
selesai.

Memberikan perhatian terhadap kerja yang


memerlukan keupayaan mental.
3. /
Contoh; aktiviti pemahaman, karangan,
penaakulan matematik.

4. Boleh mengingat maklumat yang baru diajar. /

II. KEMAHIRAN KOGNITIF: PENAAKULAN DAN PENYELESAIAN MASALAH


Boleh memahami hubungan sebab dan akibat.
5. Contoh; mengetahui akibat jika datang lewat ke /
sekolah.
Boleh menyelesaikan masalah mudah.
6. /
Contoh; meminjam pensil jika terlupa.

III. KEMAHIRAN KOGNITIF: BAHASA DAN KOMUNIKASI


Boleh menjawab soalan berkaitan diri sendiri.
*7. Contoh; nama sendiri, nama ibu bapa serta umur /
sendiri.

7
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BAHAGIAN B: KESEDIAAN INKLUSIF MBK
Kadang-
Tidak Selalu
BIL ITEM kadang
0 1 2
Boleh mengikut arahan mudah.
8. Contoh; arahan “keluarkan buku matematik dari /
beg”.
Boleh menggunakan lima perkataan dan ke atas
*9. dalam satu ayat. /

Boleh menyebut ayat yang mudah difahami oleh


*10. orang lain. /

Boleh bertutur untuk membina ayat yang lengkap


*11. /
dan betul.

Boleh berkomunikasi dua hala dalam aktiviti


*12. /
berkumpulan.

Boleh memberikan respon secara lisan semasa


*13. /
perbualan mengikut konteks yang sesuai.

Boleh menjawab soalan berdasarkan cerita yang


*14. /
didengari atau diisyaratkan.

Bercerita tentang sesuatu peristiwa mengikut


*15. /
urutan yang betul.

IV. KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN HALUS

Boleh memegang pensil dengan pegangan tripod


(penggunaan 3 jari) atau menekan papan
kekunci/ skrin.
16. /
Sila bulatkan kaedah penulisan yang digunakan:
PENSIL / PAPAN KEKUNCI / SKRIN SENTUH

Boleh menyalin/ menaip semula ayat mudah dari


17. /
papan tulis dan bahan bacaan.

18. Boleh memegang gunting dengan betul. /

19. Boleh menggunting mengikut garisan lurus. /

Boleh duduk dalam keadaan yang menegak di


20. atas kerusi/ kerusi roda. /

8
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BAHAGIAN B: KESEDIAAN INKLUSIF MBK
Kadang-
Tidak Selalu
BIL ITEM kadang
0 1 2
V. KEMAHIRAN SOSIO EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Boleh menyampaikan perasaan dan kehendak


sendiri kepada orang lain.
*21. /
Contoh; minta tolong, lapar, sakit, penat, sedih,
gembira dan sebagainya.

Boleh mengawal diri semasa beremosi.


22. Contoh; semasa marah tidak mencederakan /
rakan atau merosakkan harta benda sekolah.

Boleh mengikut peraturan sosial.


23. Contoh; memberi salam, meminta maaf, /
menunggu giliran dan sebagainya.

Boleh mematuhi peraturan dalam permainan


bersama rakan sebaya.
24. /
Contoh; bola sepak, teng-teng, sorok-sorok,
catur, permainan dalaman dan sebagainya.

Berkongsi barang dengan murid lain ketika


25. /
menjalankan tugasan.

26. Boleh mengikut rutin dan peraturan sekolah. /

Boleh mengawal perbuatan, pergerakan atau


27. /
percakapan berulang-ulang.

Melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan


28. /
dalam PdP.

Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di


29. /
sekolah.

VI. KEMAHIRAN PRA-AKADEMIK

BIL ITEM 0 1 2

30. Boleh mengenal semua huruf besar. /

31. Boleh mengenal semua huruf kecil. /

9
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BAHAGIAN B: KESEDIAAN INKLUSIF MBK
Kadang-
Tidak Selalu
BIL ITEM kadang
0 1 2
32. Boleh mengenal nama sendiri melalui penulisan. /

Boleh membaca bahan bacaan mudah seperti


*33. /
buku cerita pendek.

Boleh memahami bahan bacaan mudah dengan


34. /
menjawab soalan berkaitan teks.

Membaca satu ayat yang mempunyai sekurang-


*35. /
kurangnya lima patah perkataan secara lisan.

BAHAGIAN B: KESEDIAAN INKLUSIF MBK


BIL ITEM 0 1 2

Menulis 10-20 perkataan mudah yang telah


36. dipelajari dengan betul. /
Contoh; kvkv, kvkvk.

37. Menulis ayat mudah tanpa menyalin. /

38. Mengira 1 hingga 50 tanpa bantuan. /

39. Menyelesaikan operasi tambah mudah. /

40. Menyelesaikan operasi tolak mudah. /

JUMLAH

Jumlah Skor 0 Jumlah Skor 1 Jumlah Skor 2 Jumlah Skor Keseluruhan

7 x0=0 16 x 1 = 16 17 x 2 = 34
50
Bersedia /
Kurang
KESEDIAAN INKLUSIF MBK
Bersedia
Tidak Bersedia

10
PPI/MH/2018/MSSKI/03
BAHAGIAN C: ULASAN PENILAI (JIKA PERLU)

ULASAN PENILAI (Termasuk catatan KEKUATAN & KELEMAHAN utama murid, jika berkenaan)

BAHAGIAN D: BUTIR DIRI PENILAI


Tandatangan penilai : ___________________________________
Nama penilai : ___________________________________
Jawatan penilai : ___________________________________
Tarikh penilaian : ___________________________________
Tempoh mengenali murid : ___________________________________

11
1

You might also like