You are on page 1of 2

Ruj Kami : P-PM0057/21

Tarikh : 20 Jun 2022

Tuan Pengarah,
Institut Perguruan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
08000, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah

Permohonan Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Penyelidikan Secara Temubual


Bersama Pelajar Institut Pendidikan Guru Bagi Kursus PMC542 (Issues in Teacher
Education in Tesol) bagi Pelajar Sarjana Sastera (Pendidikan

Nama Pelajar : Abdul Mu’iz bin Abd Aziz


No. Matrik. :P-PM0057/21

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pelajar ini adalah pelajar Sarjana Sastera (Pendidikan)


melalui Mod Campuran di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

3. Pelajar ini telah mendaftar kursus PMC542 (Issues in Teacher Education in


Tesol) pada semester 2 Sidang Akademik 2021/2022. Pelajar ini sedang dalam usaha
untuk menyiapkan tugasan sebagai salah satu penilaian kursus. Sehubungan dengan
itu, saya ingin memohon pertimbangan dan persetujuan tuan/puan dalam membantu
untuk memberi kebenaran untuk menjalankan kajian penyelidikan pendidikan seperti
berikut:

3.1 Jenis Penyelidikan : Penyelidikan Pendidikan (Mini)


3.2 Tajuk Cadangan Kajian : Exploring pre-service teachers pedagogical
and content knowledge (PACK) in learning-
to-teach the CEFR aligned curriculum
during their practicum.

3.3 Bidang Kajian : Bahasa Inggeris


3.4 Sampel Kajian : 5 orang pelajar opsyen Bahasa Inggeris
(tahun akhir pengajian)
3.5 Tarikh : 27 Jun 2022
3.6 Nama Ahli Penyelidik : Abdul Muiz Bin Abd Aziz (P-PM0057/21)
Wan Hasniza Binti Othman (P-PM0102/21)
Norsyariza Hanim Sabri (P-PM0060/21)

4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila


berhubung dengan Dr Rohaya Abdullah (Penyelaras Kursus PMC 542) melalui telefon
019-4470603 atau emel: rohayamfda@usm.my

Saya bagi pihak Universiti Sains Malaysia amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan
dapat memberi sebarang pertolongan yang diperlukan oleh pelajar ini.

Terima Kasih,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR ROHAYA ABDULLAH)


Pensyarah Senior
(Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan)
b/p Dekan

You might also like