You are on page 1of 9

Peristiwa Memali 1985

Peristiwa Memali
Sebahagian daripada Sejarah Malaysia
Tarikh 19 November 1985
Lokasi Kampung Memali, Baling, Kedah, Malaysia
Matlamat Cubaan menangkap Ustaz Ibrahim
Mahmud yang didakwa membawa ajaran
sesat
Kesan Kemenangan Kerajaan Malaysia

Ibrahim Mahmud dan 13 orang


pengikutnya terbunuh
Penangkapan beramai-ramai pengikut
Ustaz Ibrahim Mahmud
Hubungan UMNO dan PAS yang
semakin meruncing (pulih pada 2019)
Pihak terlibat
Parti Islam Se-
Kerajaan Malaysia Malaysia

Polis Diraja
Malaysia
Tokoh dan pemimpin utama
Mahathir Mohamad
Ibrahim Mahmud
Musa Hitam

Mohammed Hanif
Omar
Bilangan
200+ anggota polis
400 orang pengikut

Jumlah orang kampung


bersenjata tidak diketahui
Korban
4 terbunuh
14 terbunuh

159 ditahan (36 darinya


ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam
Negeri (ISA)

Sebahagian daripada siri tentang

Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6

Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-2–11
Langkasuka kurun-2–14
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-5–11
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Sultan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Sultan Terengganu 1725-sekarang
Sultan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Raja Perlis 1843-sekarang

Era Penjajahan Barat


Serangan Portugis 1511–1641
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney 1826
Negeri-Negeri Selat 1826-1946
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 1826 -1946
Tanah Melayu British 1826-1957
Raja Putih Sarawak 1841-1946
Perang Kelang 1867-1874
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1895-1946
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang 1914

Perang Dunia Kedua


Perang Tanah Melayu 1941-1942
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945
Pertempuran Muar 1942
Tragedi Parit Sulong 1942
Pertempuran Singapura 1942
Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching 1942
Syburi 1942-1945
Pemberontakan Jesselton 1943-1944
Kawat Kematian Sandakan 1943-1945

Peralihan Malaysia
Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu 1945-1946
Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara 1946-1963
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak 1946-1963
Malayan Union 1946-1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948-1963
Darurat Tanah Melayu 1948-1960
Rundingan Baling 1955
Kemerdekaan Tanah Melayu 1957
Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966
Pemberontakan Brunei 1962-1966
Pembentukan Malaysia 1963
Singapura dalam Malaysia 1963-1965
Pemisahan Singapura 1965
Deklarasi ASEAN 1967
Kebangkitan Semula Pengganas Komunis 1968-1989
MAGERAN 1969-1971
Pembentukan Rukun Negara 1971
Dasar Ekonomi Baru 1971-1990
Rundingan Damai Haadyai 1989

Malaysia Moden
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 1987-1988
Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000
Wawasan 2020 1991-2020
Gagasan 1Malaysia 2009-2018
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 2019-2030
Kemelut politik Malaysia 2020-21 2020-sekarang
Proklamasi Darurat 2021 2021
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO 1946-sekarang
MIC 1946-sekarang
MCA 1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia 1951-sekarang
Parti Perikatan 1952-1973
Parti Tindakan Demokratik 1965-sekarang
Barisan Nasional 1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah 1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH 2006-sekarang
Pakatan Rakyat 2008-2015
Pertubuhan Hindraf 2009-sekarang
Pakatan Harapan 2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2016-sekarang
Muafakat Nasional 2019-sekarang
Gabungan Parti Sarawak 2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional 2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air 2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia 2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 1947 1947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak 1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong 1950
Pemberontakan Komunis di Sarawak 1962-1990
Rusuhan kaum 1964 1964
Krisis Perlembagaan Sarawak 1966
Rusuhan Pulau Pinang 1967
Peristiwa 13 Mei 1969
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-1975 1971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 1975 1975
Peletupan Tugu Negara 1975
Kebakaran Kompleks Campbell 1976
Tragedi Double Six 1976
Tragedi Penerbangan MH653 1977
Darurat Kelantan 1977-1978
Dawn Raid 1981
Serangan hendap Lahad Datu 1985 1985
Peristiwa Memali 1985
Rusuhan Senyap Sabah 1986
Operasi Lalang 1987
Urusan Mahkamah Ming 1987 1987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim 1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah 1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers 1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 1993 1993
Tragedi Highland Towers 1993
Ribut Tropika Greg 1996
Krisis Kewangan Asia 1997-1998
Sukan Komanwel 1998 1998
Gerakan Reformasi Malaysia 1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia 1998-1999
Al-Ma'unah 2000
Peristiwa Kampung Medan 2001
Tsunami Malaysia 2004 2004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu 2006
Perhimpunan Bersih 2007 2007
Perhimpunan Hindraf 2007 2007
Gelombang Politik 2008 2008
Himpunan Anti-ISA 2009
Pandemik H1N1 di Malaysia 2009-2010
Perhimpunan Bersih 2011 2011
Perhimpunan Bersih 2012 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 2013
Pencerobohan Lahad Datu 2013
Himpunan Black Out 2013 2013
Tragedi Penerbangan MH370 2014
Tragedi Penerbangan MH17 2014
Banjir 2014-15 2014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad 2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 2015 2015
Gempa bumi Sabah 2015 2015
Deklarasi Rakyat 2016
Serangan bom tangan Movida Bar 2016
Perhimpunan Bersih 2016 2016
Pembunuhan Kim Jong-nam 2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah 2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan 2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia 2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman 2018
Perhimpunan Anti-ICERD 2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia 2020-sekarang
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-sekarang
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021-sekarang
Kemalangan LRT Kelana Jaya 2021 2021
Hartal Doktor Kontrak 2021

Mengikut topik
Darurat · Ekonomi · Komunikasi · Tentera

Portal Malaysia
l · b · s (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Sejarah_Malaysia&action=edit)

Peristiwa Memali yang juga digelar pihak polis sebagai sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus merupakan insiden yang berlaku pada 19 November
1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200
anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan sasaran utama pada masa itu ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai
Ibrahim Libya.

Insiden ini merekodkan bahawa 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta 159
orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran
antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh.

Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu juga, Tun Dr
Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China.

Isi kandungan
Lokasi
Operasi Angkara
Tindakan polis
Persediaan di madrasah
Korban
Laporan Kertas Putih 1986
Tayangan video
Kontroversi
Kekecohan dan kebangkitan isu
Buku-buku mengenai Memali
Lihat juga
Rujukan

Lokasi
Peristiwa tersebut berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya
keturunan Melayu. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Kegiatan ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng daripada Parti Komunis Malaya pada
tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling
dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Operasi Angkara
Tun Musa Hitam menjelaskan bahawa Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak
polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang
akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985, Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang
mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang,
penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari
kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Beliau mempunyai lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian beliau
menyambung pengajiannya di India dan Libya. Beliau juga bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau kerap berceramah di RTM1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin
meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau
menyertai PAS kemudiannya.

Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Tindakan polis
Terdapat banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga berlaku serangan terhadap Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun
1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan dan menyatakan
bahawa ajaran sesat perlu ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dianggap oleh parti pemerintah sebagai
satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq,
anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya
yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.

Malam tersebut Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam. Seramai 50 orang penduduk hadir. Dikatakan jarang sekali kuliah atau ceramah
biasa dijalankan sehingga 11.45 malam kecuali ceramah politik, itupun terdapat sekatan dan larangan dan memerlukan permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah
menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan dalam kalangan
FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu. Komunis sentiasa mencari
titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Persediaan di madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai
Petani. Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang koktel molotov yang diperbuat
daripada minyak tanah dan petrol. Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam
dahulu.

Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan
Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan
Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan dua orang konstabel tertembak. Keempat-empat mereka telah terkorban akibat serangan tersebut. Mengikut
sumber dalaman pula, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[1][2] Tiada pula penduduk yang
pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital
Alor Star. Dianggarkan seramai 14 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh
kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang
memangkunya sebelum beliau meninggal dunia.[3] Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai
tergolong sebagai para syuhada.[4] Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu adalah mendung dan gelap menurut penduduk di situ. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai
ditutup berikutan insiden ini.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak
berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan
daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.[5]

Korban
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan
seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan
ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi
masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda
PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang
anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan
seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang
anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal
sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu
dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah ketika itu.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut
pada 31 Jan 1986.[6]

Laporan Kertas Putih 1986


Kerajaan Malaysia telah menerbitkan sebuah laporan kertas putih pada 25 Februari 1986 dan memaparkan rakaman video rasmi kejadian tersebut di televisyen
nasional.[7] Kertas Putih mengenai insiden itu menyatakan bahawa ekstremis-ekstremis tersebut cuba menyebarkan ajaran sesat dan mengganggu ketenteraman
awam. Kertas putih yang dilampirkan tersebut menjelaskan kejadian sebenar dengan sangat terperinci termasuk latar belakang punca kejadian, kronologi dan
gambar-gambar senjata dan lain-lain yang dijadikan bukti.

Kertas putih ini turut menyentuh berkenaan Amanat Haji Hadi yang dikatakan berkait rapat dengan faktor terjadinya insiden Memali tersebut.[8] Daripada bukti
kertas putih yang mengemukakan peristiwa Memali ini, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Versi pertamanya dicetak dalam tulisan jawi, yang
dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Seterusnya, terdapat versi latar belakang
hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam
dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa ini.[9]

Tayangan video
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan rakaman video yang diambil dari pita polis operasi tersebut dan menyiarkannya ketika waktu perdana televisyen pada
siaran RTM1, stesen televisyen utama kerajaan.[10][11][12] Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan koktel
molotov (bom petrol) memprotes dan menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap anggota polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka
selama beberapa bulan. Video itu turut menunjukkan seorang polis berpangkat sarjan yang cedera parah merungut kesakitan ketika menunggu bantuan. Pihak
FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga beberapa orang perempuan tua yang
bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya. Kanak-kanak dan wanita turut dijadikan benteng hadapan menghalang pihak polis yang bertindak.

Walau bagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai
pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya,
Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka membuat pengakuan
salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz
Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Walau bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa
mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Kontroversi
Pada 27 Mac 2014 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir bin Mohamad ada di Kuala
Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku dan bukannya di China.[13][14] Dr Mahathir bagaimanapun menyatakan beliau sudah tidak ingat di mana beliau
berada ketika itu dan perlu memeriksanya kembali.[15] Akhirnya pada 10 April Dr Mahathir mengakui beliau hanya pergi ke China pada 20 November, sehari
selepas peristiwa ini terjadi.[16][17]

Kekecohan dan kebangkitan isu


Pada 13 Ogos 2017, sekitar 5.30 petang, kekecohan telah tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam
semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan berkenaan dengan tragedi Memali. Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau
secara tiba-tiba menimbulkan kekecohan dengan membaling barang ke arah pentas khas yang disediakan, di mana Dr Mahathir berada ketika itu. Dua bom
asap turut dilemparkan ke atas peserta, sekali gus mencetuskan panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu. Berlaku pergelutan dalam
kalangan penyokong Dr Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kemudiannya diselamatkan oleh penganjur program. Kesemua pemimpin Pakatan Harapan
yang hadir turut diiring keluar dengan ketat oleh pihak keselamatan forum. Program tersebut yang pada awalnya dijadual berakhir pada jam 6 petang terpaksa
dihentikan awal. [18] Parti Islam Se-Malaysia dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) juga mendesak satu siasatan rapi dilakukan terhadap kekecohan
yang berlaku semasa forum tersebut. Pihak polis akhirnya menjalankan siasatan rapi mengenai punca kekecohan di forum tersebut.[19] Timbalan Presiden PAS,
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melahirkan kekesalan dan kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara demokrasi seperti Malaysia yang
seharusnya membina budaya politik lebih matang.[20][21]
Berikutan kekecohan ini, beberapa pihak kembali membangkitkan isu ini dan telah mengesa kerajaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat ditubuhkan
bagi menyiasat tragedi Memali tersebut.[22][23][24]

Buku-buku mengenai Memali


Memoir tragedi Memali oleh Riduan Mohamad Nor, C. N. al Afghani [25]
Peristiwa Memali: Kertas Perintah 21, Tahun 1986 : Dikemukakan Dalan Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah [26]
Peristiwa Memali Dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara., 1986 - 25 pages [27]
Memali : A policeman remembers' [28]
Air Mata Di Bumi Memali CN Al Afghani

Lihat juga
Maklumat tambahan tentang Peristiwa Memali (http://syuhada-melayu.blogspot.com)
Rampasan Masjidil Haram
Rampasan kuasa Mesir 2013
Pengepungan Waco
Pengepungan Lal Masjid di Pakistan
Operasi Bintang Biru di India

Rujukan
1. Memali Dendam 3 Dekad (https://www.freemalaysiatoday.com/cat 14. Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada
egory/bahasa/2017/08/17/di-kampung-memali-dendam-3-dekad-te di KL ketika peristiwa Memali (http://www.themalaysianinsider.co
rhadap-dr-m-polis//Kampung) FMT Staff, 17 Ogos 2018 m/bahasa/article/selepas-hampir-30-tahun-musa-hitam-dedah-dr-
2. Cubaan Halal Darah Korban Memali (https://www-bharian-com-m mahathir-berada-di-kl-ketika-pe) Diarkibkan (https://web.archive.or
y.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/201 g/web/20140328102451/http://www.themalaysianinsider.com/baha
8/01/374233/tanam-fakta-palsu-cubaan-halal-darah-korban-mema sa/article/selepas-hampir-30-tahun-musa-hitam-dedah-dr-mahathir
li/amp?amp_js_v=a2&amp_gsa=1&usqp=mq331AQEKAFwAQ% -berada-di-kl-ketika-pe) 2014-03-28 di Wayback Machine The
3D%3D#aoh=15673565786104&referrer=https%3A%2F%2Fww Malaysian Insider
w.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3 15. "Ex-minister defends Dr M in Memali uproar" (http://www.themalay
A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F201 mailonline.com/malaysia/article/ex-minister-defends-dr-m-in-mem
8%2F01%2F374233%2Ftanam-fakta-palsu-cubaan-halal-darah-k ali-uproar). The Malay Mail Online. 30 Mac 2014. Dicapai pada
orban-memali/) Berita Harian, 11 Januari 2018 31 Mac 2014.
3. Imbasan Peristiwa Memali 1985 di Dewan Utama MDPP (http://lim 16. "Dr Mahathir confirms he was in the country during the Memali
bongan.net/category/dun-limbongan/page/7) incident" (https://web.archive.org/web/20140413053156/http://new
4. Paradoxes of Mahathirism: an intellectual biography of Mahathir s.malaysia.msn.com/tmi/dr-mahathir-confirms-he-was-in-the-countr
Mohamad, Boo Teik Khoo (http://books.google.com.my/books?id= y-during-the-memali-incident). The Malaysian Insider. MSN
uIwuAQAAIAAJ&q=memali&dq=memali&hl=en) Malaysia News. 10 Apr 2014. Diarkibkan daripada yang asal (http
5. "Tuan Guru Azahari Razak: Ulama tegas tapi terbuka" (https://web. s://news.malaysia.msn.com/tmi/dr-mahathir-confirms-he-was-in-th
archive.org/web/20160305134334/http://ulamak.pas.org.my/v2/ind e-country-during-the-memali-incident) pada 2014-04-13. Dicapai
pada 11 April 2014.
ex.php?option=com_content&view=article&id=136:tuan-guru-azah
ari-abdul-razak&catid=36:ulamak-tanah-melayu&Itemid=89). 17. "Dr Mahathir confirms being in KL on day of Memali incident in
Diarkibkan daripada yang asal (http://ulamak.pas.org.my/v2/index. 1985" (http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/10/memali
php?option=com_content&view=article&id=136:tuan-guru-azahari -mahathir-mohamad-i-was-in-malaysia-during-incident/). The Star
-abdul-razak&catid=36:ulamak-tanah-melayu&Itemid=89) pada Online. 10 April 2014. Dicapai pada 11 April 2014.
2016-03-05. Dicapai pada 2012-07-17. 18. Kecoh Bom Asap Dibaling Ke Arah Dr Mahathir (https://www.free
6. Korban Peristiwa Memali (http://pemuda-trg.tripod.com/cucu/cucu0 malaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/13/nothing-to-hide-2
28.htm/) Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000, 7 Julai 2000 -0-kecoh-bom-asap-dibaling-ke-arah-dr-mahathir/) Diarkibkan (http
s://web.archive.org/web/20190826154506/https://www.freemalaysi
7. Laporan Kertas Putih 1986 (http://library.perdana.org.my/Digital_C
atoday.com/category/bahasa/2017/08/13/nothing-to-hide-2-0-keco
ontent/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf/) Diarkibkan (https://we
h-bom-asap-dibaling-ke-arah-dr-mahathir/) 2019-08-26 di
b.archive.org/web/20180619161144/http://library.perdana.org.my/
Wayback Machine FMT Staff, 13 Ogos 2017
Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf) 2018-06-19
di Wayback Machine Library Perdana 19. Nothing To Hide 2.0: 14 Suspek Ditahan (https://www.malaysiakin
i.com/news/392706/) Malaysiankini
8. Kertas Perintah 21 Tahun 1986 (http://peceq.blogspot.com/2014/0
4/4556-kertas-perintah-21-tahun-1986.html?m=1/) April 2014 20. [1] (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/10815)
Themalaysiansight
9. "Amanat Haji Hadi" (http://www.geocities.com/freedom_malaysia/a
manathadi.html). Diarkibkan (https://web.archive.org/web/2001110 21. Pas Kesal Program Nothing to Hide 2.0 Kecoh (https://www.harak
8222030/http://www.geocities.com/freedom_malaysia/amanathadi. ahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/2473-pas-kesal-program-
html) daripada yang asal pada 2001-11-08. Dicapai pada nothing-to-hide-2-0-kecoh/) Diarkibkan (https://web.archive.org/we
2001-11-08. b/20190904063448/https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/
15-tanah-air/2473-pas-kesal-program-nothing-to-hide-2-0-kecoh/)
10. Insiden Memali (https://books.google.com.my/books?id=LmC6AA
2019-09-04 di Wayback Machine Harakah Daily
AAIAAJ&q=memali&dq=memali&hl=en&redir_esc=y/)
22. Cadangan Tubuh RCI Bagi Peristiwa Memali Bukan Untuk Aniaya
11. Malaysian politics: the second generation, Gordon Paul Means (htt
p://books.google.com.my/books?id=LmC6AAAAIAAJ&q=memali& Sesiapa (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-tu
dq=memali&hl=en) buh-rci-bagi-peristiwa-memali-bukan-untuk-aniaya-sesiapa-mb-ke
dah-153036/) Astro Awani
12. LAWASIA human rights bulletin, Volumes 5-10, Law Association
23. [2] (https://www.malaysiakini.com/news/423537) Malaysiankini
for Asia and the Western Pacific (http://books.google.com.my/book
s?id=LmC6AAAAIAAJ&q=memali&dq=memali&hl=en) 24. [3] (https://www.malaysiakini.com/news/392564) Malaysiankini
13. Memali Kembali | Mahathir ada di Kuala Lumpur, bukan di China - 25. Memoir tragedi Memali oleh Riduan Mohamad Nor, C. N. al
Tun Musa Hitam (https://www.youtube.com/watch?v=cN2_g3U9ic Afghani (http://books.google.com.my/books?id=GYzVZwEACAAJ
I/) TV Wow, 28 Mac 2014 &dq=memali&hl=en)
26. "Peristiwa Memali: Kertas Perintah 21, Tahun 1986 : Dikemukakan 27. Peristiwa Memali, Dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara., 1986
Dalan Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah" (https://w - 25 pages (http://books.google.com.my/books?id=kt6wOQAACAA
eb.archive.org/web/20180619161144/http://library.perdana.org.my/ J&dq=memali&hl=en)
Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf) (PDF). 28. Ex-OCPD: Bukit Aman made poor decisions in Memali (http://mala
Diarkibkan daripada yang asal (http://library.perdana.org.my/Digita ysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/09/ex-ocpd-bukit-ama
l_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf) (PDF) pada 2018- n-made-poor-decisions.html)
06-19. Dicapai pada 2017-08-15.

l · b · s (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Islam_di_Malaysia&action=edit) Islam di Malaysia


Ketua Agama Islam : Yang di-Pertuan Agong · Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kementerian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Menteri dan Timbalan Menteri

Persekutuan Jabatan Jabatan Kemajuan Islam · Jabatan Kehakiman Syariah · Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
Tabung Haji · Institut Kefahaman Islam · Yayasan Dakwah Islamiah ·
Agensi
Pentadbiran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam · Yayasan Waqaf · Al-Hijrah Media Corporation
Wilayah Majlis Agama Islam · Jabatan Agama Islam · Jabatan Pendakwaan Syariah · Pejabat Mufti

Ketua Agama Islam negeri: Majlis Raja-Raja · Jawatankuasa Agama Islam Negeri · Mufti
Negeri Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Sabah · Sarawak ·
Selangor · Terengganu
Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara · Kesultanan Islam di negeri-negeri
(Kesultanan Kedah (1136–kini) · Kelantan (1267-kini) · Melaka (1402–1511) · Johor Lama (1528-1819 ·
Sebelum kemerdekaan
Sulu (1450–1899) · Pahang (1470-kini) · Perak (1528–kini) · Terengganu (1725-kini) · Selangor 1743-kini) ·
Negeri Sembilan (1773-kini) · Perlis (1843-kini)) · Batu Bersurat Terengganu
Sejarah
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran · Forum Ekonomi Islam Dunia · Peristiwa Memali 1985
· Dasar Membangun Bersama Islam · Islam Hadhari · Himpunan Sejuta Umat · Dasar Wasatiyyah Negara ·
Selepas kemerdekaan
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara · Perhimpunan 812 · Sidang Kemuncak Kuala Lumpur ·
Dasar Rahmatan Lil Alamin · Tabung Musaadah COVID-19 · Dasar Manhaj Rabbani
Parti Islam Se-Malaysia · Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia ·
Aktif
Parti Amanah Negara
Parti Politik Ikatan Masyarakat Islam Malaysia · Angkatan Keadilan Insan Malaysia ·
Tidak aktif/Bubar
Parti Hizbul Muslimin Malaysia
Diharamkan Hizbul Muslimin
Gerakan Pembela Ummah · Dewan Perdagangan Islam Malaysia · Ikatan Muslimin Malaysia ·
Multaqa Asatizah & Duat Malaysia · Persatuan Ulama Malaysia · Pertubuhan IKRAM Malaysia ·
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia · Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ·
Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) · Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) ·
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) · Muslim Care Malaysia -
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) ·
Pertubuhan Bangsa
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia ·
Pertubuhan masyarakat Profesional Persatuan Peguam Syarie Malaysia ·
Persatuan Perubatan, Pengubatan, dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa')
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia · Persatuan Belia Islam Nasional ·
Mahasiswa/Belia Angkatan Belia Islam Malaysia · Perhimpunan Belia Islam Dunia ·
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia -
Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia ·
Gabungan persatuan
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia · Gabungan Dakwah Malaysia
Diharamkan Al-Arqam · Hizbut Tahrir Malaysia · Majlis Tertinggi Agama Malaya

Kumpulan pengganas Al-Ma'unah · Jemaah Islamiyah · Kumpulan Mujahidin Malaysia


Mahkamah Syariah
(Wilayah Persekutuan) · Jabatan Kehakiman Syariah · Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil
Kehakiman
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 · Akta Bank Islam 1983
Ekonomi Perbankan Islam · Bank
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia · Universiti Sains Islam Malaysia · Universiti Sultan Zainal Abidin ·
Kerajaan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam · Institut Latihan Islam Malaysia · Darul Quran
Pendidikan
Universiti Sultan Azlan Shah · Universiti Islam Malaysia · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ·
Swasta
Kolej Universiti Islam Melaka · Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad · Kolej Universiti Darul Quran Islamiah
Kebudayaan Hari Raya Aidilfitri · Hari Raya Aidiladha · Awal Muharam · Maulidur Rasul ·
Hari kebesaran
Israk dan Mikraj · Nisfu Syaaban · Ramadan · Nuzul Quran
Pakaian Baju Melayu · Baju kurung · Kain pelikat · Samping · Songkok
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman · Majalah
(Al-Islam · Dewan Agama dan Falsafah · Al-Ustaz ·
Penerbitan
Gen-Q · Solusi · Majalah-i)
Kompleks Nasyrul Quran · Masjid · Masjid Negara · Muzium Kesenian Islam ·
Tumpuan pelancong Taman Tamadun Islam
Majlis Tilawah Al-Quran · Rancangan televisyen realiti
(Adik-Adikku · Akademi al-Quran ·
Program dan Keraian Akademi Nasyid · Da'i Pendakwah Nusantara · Gema Gegar Vaganza · Imam Muda ·
Pencetus Ummah · Ustazah Pilihan · Solehah)
Saluran TV TV AlHijrah · Astro Oasis · Naura HD
Media
Saluran Radio Radio IKIM · Salam FM · Zayan
Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) · Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia ·
Cawangan pertubuhan
Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar
Bank Pembangunan Islam (IsDB) · Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8) ·
Pertubuhan negara
Hubungan luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Algeria · Arab Saudi · Brunei · Comoros · Emiriah Arab Bersatu · Indonesia · Iran · Kazakhstan · Kuwait
Antara negara anggota OIC · Lubnan · Mesir · Nigeria · Palestin · Sudan · Syria · Tunisia · Turki · Turkmenistan ·
Hubungan Malaysia–Yaman
Hal berkaitan Arah kiblat · Kepimpinan Islam · Masuk Islam · Keluar Islam

Kategori · Utama · Portal

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Peristiwa_Memali_1985&oldid=5499000"

Laman ini kali terakhir disunting pada 01:49, 3 Mac 2022.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like