You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK

28600 KARAK, PAHANG

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA


2017

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Selasa
Tempat : PKG Karak
Kehadiran : Rujuk lampiran

1. Ucapan aluan GPK Kokurikulum


1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua semua guru dan
mengucapkan terima kasih.
1.2 Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat kokurikulum kali
pertama tahun 2017 diadakan.
Tindakan : semua guru

2. Beliau memaklumkan pada tahun 2017, setiausaha sukan akan


didaftarkan di bawah IKAB.
Tindakan : setiausaha sukan

3. Untuk permulaan tahun 2017 khususnya untuk sukan dan permainan


beliau ingin mencadangkan untuk menaikkan sukan sepak takraw
sebagai permainan kebitaraan sekolah. Memandangkan sekolah
mempunyai jurulatih takraw yang bagus. Segala perancangan akan
dibuat dengan lebih teliti lagi.
Tindakan : semua guru

4. Beliau menerangkan tentang program kokurikulum yang telah


dirancang sepanjang tahun. Pada tahun ini beliau merancang untuk
mengadakan program kepimpinan dan motivasi kepada AJK tertinggi
kelab persatuan, unit uniform dan sukan permainan. Perancangan
yang lebih teliti akan dibuat selepas mesyuarat agung nanti.
Tindakan : semua guru

5. Beliau memperkenalkan guru penasihat bagi kelab dan persatuan, unit


uniform dan sukan permainan.
Tindakan : semua guru

6. Beliau memaklumkan mulai tahun 2017, tahun 3 akan terlibat dengan


aktiviti kokurikulum. Nama murid mengikut agihan unit akan ditampal di
papan kenyataan kokurikulum.
Tindakan : semua guru

7. Beliau menyatakan hari dan masa kokurikulum ialah rabu dan 3.00
hingga 5.00 petang.
Tindakan : semua guru
8. Beliau memaklumkan murid 4, 5 dan 6 terlibat dengan PAJSK dan
SEGAK. Beliau menyatakan untuk tahun 6 sahaja berat berlebihan
seramai 13 orang dan kurang berat badan seramai 8 orang.
Tindakan : semua guru

9. Untuk Kejohanan Merentas Desa akan diadakan awal. Beliau


menyatakan laluan untuk larian mengikut laluan yang sama seperti
tahun lepas. Checkpoint sebanyak 17 tempat dan nama guru sudah
disediakan.
Tindakan : semua guru

10. Bagi mesyuarat agung kelab dan persatuan, unit uniform dan sukan
permainan kali pertama 2017, akan diadakan pada masa terdekat.
Mohon guru-guru penasihat bersedia.
Tindakan : semua guru

11. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama guru-guru
untuk program tahun 2016 yang agak bertindih.
Tindakan : semua guru

12. Ucapan penangguhan


12.1 beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengahari.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………… ………………………………
( Norhayati binti Muhalip) (En. Mohd Nur Izham bin Mohd Said)
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum

You might also like