You are on page 1of 35

KEMAHIRAN LITERASI ASAS

KANAK-KANAK
BERMASALAH PENDENGARAN

PPK 221
Dr. Rozniza Zaharudin
PENGENALAN We l e a d

• Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini, sama


ada dilahirkan sempurna atau mempunyai
kekurangan diri, perlu mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang melibatkan penggunaan
bahasa.
– Bahasa yang dimaksudkan boleh sama ada dalam
bentuk bahasa lisan, bahasa tulisan ataupun bahasa
manual yang melibatkan:
• isyarat tangan
• pergerakan tubuh badan
• mimik muka
• lambang lukisan
PENGENALAN We l e a d

• Apa yang dimaksudkan dengan bahasa manual?


– Bahasa komunikasi yang melibatkan penggunaan
bahasa isyarat yang lazimnya digunakan oleh golongan
yang mengalami masalah pendengaran.

– Komunikasi pula ialah suatu proses:


• pertukaran maklumat
• menyampaikan maklumat
• menerima maklumat

– Dalam menguasai bahasa komunikasi, seseorang itu


perlu menguasai kemahiran asas literasi terlebih
dahulu.
PENGENALAN We l e a d

• Untuk memastikan rakyat Malaysia menguasai


kemahiran literasi seawal mungkin, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
pada peringkat sekolah rendah di Malaysia.

– LINUS telah diperkenalkan bagi mencapai tahap 100%


literasi dan numerasi murid-murid apabila mereka
memasuki Tahun Tiga.
• Murid-murid yang tidak mengalami sebarang masalah dalam
pembelajaran yang boleh menghalang mereka daripada
mengikuti pendidikan secara lazim di sekolah aliran perdana.
PENGENALAN
We l e a d

✓ LITERASI & MASALAH PEMBELAJARAN

✓ MASALAH PENDENGARAN

✓ BIM VS. KTBM


LITERASI & MASALAH PEMBELAJARAN
We l e a d

• Kemahiran literasi telah menjadi salah satu elemen


penting dalam sistem pendidikan Malaysia,
termasuk kepada murid-murid berkeperluan khas
seperti murid-murid ketidakupayaan pendengaran.
– Walaupun murid-murid ketidakupayaan pendengaran ini
mempunyai pengehadan untuk berkomunikasi secara
lisan, namun mereka tidak terkecuali daripada perlu
menguasai kemahiran literasi sama seperti rakan
sebaya mereka yang tidak mempunyai masalah atau
kecacatan.
• Hal ini disebabkan murid-murid ketidakupayaan pendengaran
ini perlu mengikuti kurikulum pendidikan dan peperiksaan
awam sama seperti murid-murid dalam aliran perdana.
LITERASI & MASALAH PEMBELAJARAN
We l e a d

• Dari segi teori, bahasa Melayu mempunyai elemen


struktur bahasa yang menjadikan kanak-kanak masalah
pendengaran sukar untuk menguasai bahasa Melayu.
– Kanak-kanak yang tidak mengalami masalah pendengaran
belajar literasi melalui pendengaran mereka dalam dunia
literasi lisan.
• Pendengaran memainkan peranan penting untuk
menguasai pertuturan. Kegagalan menguasai bahasa
bolehmengakibatkan kesukaran:
– Berinteraksi
– belajar
– menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial
LITERASI & MASALAH PEMBELAJARAN
We l e a d

• Kekangan terbesar bagi kanak-kanak ketidakupayaan


pendengaran dalam menguasai kemahiran literasi
ialah mereka menguasai kemahiran literasi melalui
deria penglihatan berbanding dengan deria
pendengaran.
– Halangan menguasai kemahiran literasi: penguasaan
bahasa
– Golongan ini menggunakan bahasa isyarat manual untuk
berkomunikasi berbanding dengan bahasa lisan (golongan
normal)
– Lazimnya, kemahiran literasi berkembang melalui deria
pendengaran.
• Oleh itu, ketidakfungsian deria pendengaran menghalang mereka
yang bermasalah pendengaran menerima input bahasa
sebagaimana yang diterima oleh rakan sebaya lain.
• Input bahasa ini penting bagi memperkayakan kosa kata mereka.
LITERASI & MASALAH PEMBELAJARAN
We l e a d

• Seseorang yang menguasai literasi sepatutnya


akan mampu mengusai kemahiran bertutur,
membaca dan menulis serta menguasai asas
kemahiran literasi yang melibatkan tatacara
bertutur, membaca dan menulis dengan
mantap.
– Namun bagi kanak-kanak ketidakupayaan
pendengaran, mereka adalah lemah dalam
penguasaan literasi dalam bentuk penulisan.
– (perkataan → ayat → perenggan → karangan)
PENGENALAN
We l e a d

✓ MASALAH PENDENGARAN
Masalah Pendengaran We l e a d

• Pekak – Golongan yang telah mengalami


kehilangan pendengaran, dan tidak dapat
memahami ‘bunyi’ dengan/tanpa alat
bantuan pendengaran.

• Pekak sejak lahir, sebelum dapat bertutur


– selalunya mempunyai ibubapa yang juga pekak
Masalah Pendengaran We l e a d

• Masalah Pendengaran – Golongan yang


mengalami kehilangan pendengaran, justeru
menjejaskan pemahaman bunyi, termasuk
komunikasi.

• Golongan yang hilang deria pendengaran di


peringkat dewasa
– Kemungkinan dalam kemalangan, penyakit atau
kecederaan
Masalah Pendengaran We l e a d

• Masalah Pendengaran merupakan suatu


masalah yang berlaku dalam masyarakat di
Malaysia dan juga di seluruh dunia.
• Masalah pendengaran dihadapi pelbagai lapisan
masyarakat tanpa mengira peringkat umur:
– peringkat bayi
– Remaja
– Dewasa
– warga tua
PENGENALAN
We l e a d

✓ BIM VS. KTBM


Bahasa Isyarat We l e a d

• Bahasa Isyarat merupakan sejenis bahasa manual


yang melibatkan penggunaan isyarat tangan, ejaan
jari, pergerakan tubuh badan, dan ekspresi mimik
muka untuk berkomunikasi.

• Di Malaysia terdapat 2 jenis bahasa isyarat yang


digunakan secara meluas:
– Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
– Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) – Malaysian Sign
Language (MySL)
• BIM mempunyai ciri unik yang tersendiri, (BIM tidak tertakluk
kepada asas-asas tatabahasa yang terdapat dalam prinsip
bahasa Melayu seperti KTBM).
Bahasa Isyarat We l e a d

• Setiap manusia telah biasa menggunakan bahasa


isyarat dalam kehidupan mereka. Contoh:

– Bertutur: Tubuh badan seperti tangan akan bergerak,


diikuti oleh mimik muka untuk menyampaikan sesuatu
mesej/maksud.
– Memandang sinis kepada seseorang:
• Penggunaan isyarat mata seperti menjeling
• Menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju/mengizinkan
• Mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju
– Makan & Minum: isyarat tangan.
BIM We l e a d

• Dalam Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, BIM ialah


bahasa rasmi bagi komuniti pekak di Malaysia.
• BIM lebih memberikan fokus kepada apa-apa yang boleh
dilihat oleh orang pekak berbanding dengan struktur ayat
yang terdapat dalam bahasa Melayu.
– Tetapi, para pendidik berpendapat bahawa penggunaan BIM ini
kurang sesuai untuk digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan semua
mata pelajaran yang lain di sekolah.
– Hal ini disebabkan murid-murid ketidakupayaan pendengaran
perlu mengikuti kurikulum pelajaran dan peperiksaan awam
sama seperti rakan-rakan dalam aliran perdana.
• Walau bagaimanapun, tidak dinafikan penggunaan BIM
mampu memudahkan pemahaman golongan ketidakupayaan
pendengaran dalam komunikasi.
Kod-kod Abjad KTBM dan BIM We l e a d

Kod isyarat tangan abjad yang menjadi asas dalam literasi golongan masalah pendengaran
BIM vs. KTBM We l e a d

• Di Malaysia terdapat 2 jenis bahasa isyarat yang utama


digunakan secara meluas, iaitu BIM dan KTBM:
– BIM - percakapan harian biasa
– KTBM - biasa digunakan dalam penulisan rasmi

• Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)telah dibina


menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-
prinsip dalam bahasa Melayu.
– Hal ini supaya seboleh-bolehnya apabila KTBM digunakan,
struktur ayat yang diisyaratkan akan menjadi struktur ayat
sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca
dan difahami oleh golongan pendengaran normal.
BIM vs. KTBM We l e a d

• KTBM merupakan satu bahagian daripada prinsip Komunikasi


Seluruh yang menggunakan kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari
dan pertuturan.

• KTBM memberikan penekanan terhadap pembelajaran Bahasa


Melayu, melalui kod-kod isyarat tertentu.
– bukan menukar kod isyarat kepada bahasa

• KTBM berupaya membantu corak penulisan dan pertuturan mereka


yang bermasalah pendengaran agar mereka dapat menggunakan
bahasa Melayu dengan betul.
BIM vs. KTBM We l e a d

• KTBM juga penting untuk memperkukuh pencapaian murid-murid


ketidakupayaan pendengaran dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
– PdP di sekolah menggunakan KTBM sebagai medium komunikasi.

• Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) juga berupaya membantu


kanak-kanak pekak:
– membentuk ayat yang betul
– menggunakan kod-kod yang sama bagi perkataan yang sama.

• Namun, sejauh mana penguasaan mengeja ini bergantung pada tahap


penguasaan asas tatabahasa Bahasa Melayu oleh murid berkenaan.
BIM vs. KTBM We l e a d

• Ada sesetengah pendapat mengatakan mempelajari KTBM lebih menarik


dan melibatkan pergerakan tangan yang lebih senang.
– Penggunaan kod isyarat dalam KTBM lebih mudah daripada melatih murid-murid
ketidakupayaan pendengaran ini bertutur.
– Pertuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi
dan bagaimana sesuatu perkataan disebut untuk mengeluarkan suara
• sedangkan mereka yang ketidakupayaan pendengaran itu sendiri tidak
berupaya untuk mendengar walaupun suara mereka sendiri.

• Sebaliknya, menurut Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003), KTBM


bukan merupakan bahasa umum tetapi sebaliknya hanyalah merupakan
salah satu bentuk komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku.
– melambatkan lagi proses komunikasi antara orang bermasalah pendengaran.
– tidak dapat memberikan gambaran dan maksud kepada mereka yang bermasalah
pendengaran.
– Akan mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM
BIM vs. KTBM We l e a d

• Namun begitu, BIM tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap


seperti KTBM, iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza.
• Perbezaan tatabahasa ini merupakan gejala utama yang
memperlihatkan bahawa bahasa tulisan murid-murid pekak sukar
difahami.
– Hal ini akibat terdapatnya pengaruh BIM dalam penulisan Bahasa Melayu
yang dihasilkan oleh murid-murid pekak.
• Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) memberikan makna terus sama ada
secara ekspresif atau reseptif.
– Ini menjadi kekangan terhadap penggunaan BIM dalam sistem pendidikan
BIM vs. KTBM We l e a d

• Tatabahasa yang diguna (BIM ialah “subjek”+ “objek”+ “perbuatan”)


BIM vs. KTBM We l e a d

Contoh ayat bahasa Melayu dalam konteks BIM:


BIM vs. KTBM We l e a d
BIM vs. KTBM We l e a d

• Contoh tatabahasa BIM dalam ketiga-tiga rajah


adalah berbeza dengan KTBM yang menggunakan
struktur ayat yang lengkap.
– Hal ini disebabkan KTBM digunakan dalam sistem
pendidikan rasmi di Malaysia.
– KTBM perlu mengikuti struktur ayat bahasa Melayu
yang lengkap untuk menyediakan murid-murid masalah
pendengaran menduduki penilaian dan peperiksaan
seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
• Asas inilah yang menjadikan BIM dan KTBM berbeza
(BIM lebih menitikberatkan bahasa komunikasi, manakala
KTBM menitikberatkan bahasa untuk tujuan pendidikan).
BIM vs. KTBM We l e a d

• Dalam KTBM, ayat“adik bermain bola” digunakan berbanding


dengan BIM “adik bola main” / “adik main bola”
– Apabila dilihat dalam aspek literasi untuk tujuan pendidikan,
sama ada dalam KTBM/BM, ayat tersebut akan menggunakan
imbuhan “ber”seperti contoh:
BIM vs. KTBM We l e a d

• Jika dilihat pada ayat “adik main bola”, perkataan


“main” hanyalah kata dasar, sebaliknya “bermain”
merupakan kata kerja.

– Kata dasar merujuk perkataan yang belum diberikan


penambahan imbuhan
– Kata kerja pula ialah perkataan yang digunakan untuk
menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang,
binatang atau benda.
→ Oleh itu, penggunaan perkataan kata dasar “main” +
imbuhan awalan “ber” adalah lebih sesuai dan tepat.
→ Penggunaan corak ayat yang kurang tepat dalam
komunikasi KTBM dan BIM telah menambah kelemahan
penguasaan literasi bahasa Melayu dalam kalangan mereka
yang bermasalah pendengaran.
BIM vs. KTBM We l e a d

• Namun demikian, murid-murid ketidakupayaan


pendengaran mahupun orang dewasa yang mengalami
masalah pendengaran berkomunikasi, mereka tidak
menggunakan struktur ayat yang lengkap.
– kerana mereka terbawa-bawa struktur ayat yang mereka biasa
gunakan semasa berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

• Murid-murid ketidakupayaan pendengaran perlu menguasai


kod-kod bagi setiap jenis imbuhan pada perkataan:
– imbuhan itu berada di hadapan
– imbuhan itu berada di belakang
– imbuhan apitan

→Tidak menimbulkan kekeliruan kepada mereka, yang akan


menyebabkan kelemahan dalam aspek literasi dalam kalangan
murid-murid ketidakupayaan pendengaran ini.
PENGENALAN
We l e a d

✓ STRATEGI PENGUASAAN KEMAHIRAN


LITERASI ASAS BAHASA ISYARAT
STRATEGI PENGUASAAN KEMAHIRAN
LITERASI ASAS BAHASA ISYARAT We l e a d

• Mempelajari bahasa isyarat adalah seperti belajar


bahasa lain di dunia ini.
• Mempelajari dan menguasai bahasa isyarat
memerlukan latihan yang berterusan.
– Sekiranya kita tidak terus berlatih menggunakan bahasa
isyarat ini, kita akan mula cenderung untuk terlupa kod-kod
isyarat tangan tersebut.
– Latihan berterusan serta pengukuhan oleh guru, ibu bapa,
ahli keluarga serta rakan mampu membantu meningkatkan
kemahiran literasi kanak-kanak ketidakupayaan
pendengaran.

• Terdapat pelbagai strategi untuk membantu kita


menguasai literasi asas bahasa isyarat. Antara strategi
yang boleh diamalkan adalah seperti yang berikut:
STRATEGI PENGUASAAN KEMAHIRAN
LITERASI ASAS BAHASA ISYARAT We l e a d

• Ibu bapa sendiri perlu menguasai asas bahasa isyarat, KTBM dan BIM.

• Galakkan murid masalah pendengaran membaca bahan bacaan sebanyak


mungkin.

• Guru/ibu bapa perlu banyak bercerita/bersoal-jawab mengenai bahan


bacaan yang dibaca oleh murid-murid masalah pendengaran.

• Ahli keluarga perlu juga mempelajari asas bahasa isyarat KTBM & BIM.

• Perbanyakan latihan penulisan dengan menggunakan ayat bahasa Melayu


yang mempunyai struktur ayat yang betul dan lengkap.

• Berikan pendedahan (literasi BM) sebanyak mungkin kepada kanak-kanak


ketidakupayaan pendengaran seawal yang mungkin.
– Lebih awal didedahkan dengan literasi bahasa Melayu, maka kanak-kanak itu
akan mempunyai literasi bahasa Melayu yang lebih baik.
RUMUSAN We l e a d

• Dalam kehidupan seseorang, penguasaan literasi


adalah sangat penting individu:
– yang tidak mengalami sebarang masalah/kecacatan
• (menguasai kemahiran asas literasi mereka melalui lisan
dan juga penglihatan melalui bacaan)
– yang mengalami masalah pendengaran
• (menguasai kemahiran asas literasi melalui penglihatan,
bahasa isyarat dan juga bacaan)
• Oleh itu, sebagai ibu bapa, guru, dan masyarakat perlu
memainkan peranan mereka dalam membantu
memberikan pendedahan literasi yang maksimum
kepada kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran ini.
Terima Kasih

You might also like