You are on page 1of 2

6.

0 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepercayaan terhadap penggunaan buku rujukan
Pelangi dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching,
Sarawak. Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong penggunaan buku rujukan Pelangi dan mengetahui tahap kepercayaan terhadap
buku rujukan Pelangi dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Abang Hj Openg,
Kuching, Sarawak. Dalam kajian yang telah dijalankan ini, terdapat beberapa kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan iaitu menggunakan
kaedah soal selidik (Google Form) serta menggunakan kaedah kepustakaan dan rujukan
internet. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden mengikut kaedah
persampelan bertujuan dengan menggunakan Google Form.

Dengan menggunakan kaedah soal selidik, kedua-dua objektif kajian telah tercapai.
Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dengan mengedarkan borang tersebut
melalui Google Form kepada 30 orang responden terpilih yang terdiri daripada pelajar
Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak. Tujuannya adalah untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penggunaan buku rujukan Pelangi dan
mengetahui tahap kepercayaan terhadap buku rujukan Pelangi dalam kalangan pelajar.

Untuk objektif 1 menunjukkan bahawa item 2 memberi maklum balas yang positif
mengenai faktor-faktor penggunaan buku rujukan Pelangi. Hasil kajian bagi objektif pertama
ini menunjukkan purata min keseluruhan adalah sebanyak 2.70. Hal ini membuktikan
bahawa, buku rujukan Pelangi merupakan buku rujukan yang mampu untuk dimiliki oleh
semua pelajar. Bukan itu sahaja faktor tersebut mendorong Pelajar untuk menggunakan dan
memiliki buku Rujukan Pelangi untuk dijadikan bahan rujukan ketika belajar.

Seterusnya, dapatan kajian bagi objektif 2 juga telah menunjukkan item 1 memberi
maklum balas yang paling ketara dan positif dalam tahap kepercayaan mereka terhadap
penggunaan buku rujukan pelangi. Oleh itu, hasil kajian bagi objektif kedua ini pula
menunjukkan jumlah purata min item 1 hingga item 8 iaitu sebanyak 2.82. Jelaslah bahawa,
tahap kepercayaan dalam kalangan pelajar tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg sangat
tinggi terhadap buku rujukan pelangi merupakan buku rujukan yang sangat popular.
Secara umumnya, buku rujukan Pelangi merupakan buku rujukan yang sangat popular di
beberapa buah negara. Ramai yang tidak mengetahui bahawa buku rujukan Pelangi
merupakan buku yang berkualiti dari segi penyampaian ilmu yang terkandung dalam buku
tersebut. Buku rujukan Pelangi mampu membantu khususnya golongan pelajar untuk
membuat persediaan dalam mengulangkaji mata pelajaran sebelum berlangsungnya
peperiksaan. Oleh sebab itu, setiap pelajar haruslah memiliki inisiatif dalam pembelajaran
mereka supaya bijak memilih buku rujukan yang sangat berkualiti, lengkap dan mudah
difahami dari aspek isi kandungannya.

Kesimpulannya, buku yang telah dihasilkan oleh Pelangi Publishing Group telah
memberi impak positif dalam tahap kepercayaan penggunaan buku rujukan Pelangi di
kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg Kuching, Sarawak. Buku rujukan
Pelangi dihasilkan oleh pakar-pakar ilmuan telah memberi kesan positif terhadap kualiti ilmu
yang terkandung dalam buku tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepercayaan
terhadap buku rujukan pelangi sangat tinggi. Hal ini kerana pengguna telah mendapat banyak
manfaat yang dalam penggunaan buku tersebut. Semoga Pelangi Publishing Group
mengeluarkan lebih banyak lagi jenis buku rujukan untuk membantu para pelajar untuk
menjadi lebih berjaya pada massa yang akan datang.

You might also like