You are on page 1of 5

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat,653 kaedah bermaksud cara atau


peraturan membuat sesuatu manakala menurut Kamus Dewan edisi keempat,657
kajian merupakan kegiatan mengkaji seperti membuat kajian terhadap suatu isu
berdasarkan data, maklumat dan sebagainya yang telah dikumpul dalam jangka masa
tertentu. Oleh itu, perkataan kaedah kajian akan membawa maksud cara melakukan
kajian terhadap suatu isu berdasarkan data dan maklumat yang telah dikumpul dalam
masa yang ditetapkan.

Selain itu, Kaedah kajian juga sinonim dengan perkataan metodologi yang
dipinjam dari Bahasa Inggeris, Methodology dan rumpum perkataan tersebut adalah
‘Method‘. Perkataan ’Method‘ berasal daripada perkataan Yunani, ‘Methodos‘.
Perkataan ini dipecah kepada Meta dan Hodos. Meta bermaksud sedang mengejar
manakala Hodos bermaksud sebuah cara atau sistem. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat 2013, metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip
yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.

4.1 PERSAMPELAN

Menurut UTM OpenCourseWare, perkataan persampelan membawa maksud


“membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada kumpulan yang
lebih besar atau untuk mendapatkan sampel daripada populasi sasaran”. Manakala
daripada laman sesawang PDFCOFFEE daripada penulisan “amutha” bertajuk “Apa
itu persampelan”, Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) – “Persampelan
merupakan saru proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih
dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi
tersebut”. Selain itu, Syed Arabi Idid (1992) mengatakan maksud persampelan “satu
usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel
yang dapat mewakili keseluruhan populasi.

Terdapat dua cara penelitian untuk mengenal pasti jenis barangan yang kerap
dibeli oleh pelajar Tingkatan 6 Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan menyelidik
langkah-langkah menggalakkan pelajar Tingkatan 6 Kolej Tun Datu Tuanku Haji
Bujang mengamalkan amalan pengguna bijak. Penelitian ini digunakan untuk
mendapatkan maklumat bagi tujuan pengetahuan maklumat. Penelitian ini terdiri
daripada penelitian kuantitatif dan penelitian kualitatif.

Penelitian kuantitatif merupakan penelitian yang menggunakan maklumat atau


data yang bersifatkan angka atau kuantiti. Data kuantitatif adalah data yang dapat
diukur dan memerlukan alat-alat pengukuran atau instrument seperti soal selidik
untuk memperolehi data kajian. Fungsi instrument adalah sebagai alat pengukur dan
menjadi alat perantaraan antara pengkaji dan responden. Secara lazimnya, saiz sampel
bagi kaedah penelitian ini memerlukan saiz sampel yang lebih luas berbanding
dengan penelitian kualitatif dan dipilih berasaskan keberangkalian. Dalam kajian ini
pengkaji sendiri tidak akan terlibat didalam sampel kajian. Tetapi, responden
merupakan sampel yang akan dipilih menggunakan Teknik persampelan tertentu.

Penelitian kualitatif pula merupakan penelitian yang menggunakan maklumat


atau data yang tidak berangka untuk memahami konsep, pendapat ataupun
pengalaman. Penelitian kualitatif membolehkan maklumat diperolehi secara lebih
mendalam terhadap sebuah isu atau mencetuskan sebuah idea untuk kajian

4.2 PEMEROLEHAN MAKLUMAT

4.2.1 RUJUKAN PERPUSTAKAAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2013,1256), perpustakaan merupakan


sebuah balai atau tempat untuk menyimpan buku-buku yang digunakan sebagai
rujukan. Pada pendapat pengkaji rujukan perpustakaan merupakan teknik
pemerolehan maklumat yang terbaik. Hal ini kerana, pengkaji dapat memperolehi
sumber bacaan dimana maklumat yang termaktub adalah benar dan telah dikaji oleh
pengkaji lain.

Pengkaji telah melawat beberapa pusat perpustakaan yang tersedia di kawasan


bandar pengkaji. Pusat perpustakaan yang dilawati oleh pengkaji adalah Pusat Sumber
Pustaka Bahagian Miri dan Perpustakaan Awam Dewan Suarah Miri.

4.2.2 SOAL SELIDIK

Teknik seterusnya ialah teknik soal selidik. Pengkaji mengedarkan sebuah kod
QR atau link google form yang mengandungi sebuah set soalan soal selidik kepada xx
orang pelajar Tingkatan 6 Kolej Tun Tuanku Haji Bujang secara rawak. Pelajar –
pelajar Tingkatan 6 yang diberikan link atau kod QR set soalan akan dikenali sebagai
responden. Borang soal selidik adalah sebuah borang yang berisi soalan yang
dirangka berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data. Setiap responden
hanya menjawab 1 jenis set soalan sahaja.

Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan soalan demografi untuk mengenali asas
latar belakang responden manakala Bahagian B dan Bahagian C mempunyai soalan
yang berdasarkan objektif kajian pengkaji. Dalam Bahagian B dan Bahagian C,
responden diberitahu untuk menandakan ruang jawapan mengikut skala likert 5 dan 3
poin. Skala likert 5 poin mengandungi lima aras manakala Skala likert 3 poin
mengandungi 3 aras iaitu:

1-Pernah 2-Jarang 3-Kadang-Kadang 4-Kerap 5-Sangat Kerap

1 Pernah
2 Jarang
3 Kadang-Kadang
4 Kerap
5 Sangat Kerap
Jadual 4.2.2a: Skala likert 5 poin yang digunakan

1-Tidak Setuju 2-Kurang Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju

1 Tidak Setuju
2 Kurang Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Jadual 4.2.2b: Skala likert 5 poin yang digunakan

1-Tidak 2-Tidak Pasti 3-Ya

1 Tidak
2 Tidak Pasti
3 Ya
Jadual 4.2.2c: Skala likert 3 poin yang digunakan

4.2.3 TEMU BUAL

Teknik yang ketiga adalah teknik temu bual. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat(2013,1684) temu bual adalah perjumpaan antara pihak untuk bertemu
ramah, berwawancara ataupun interviu. Oleh disebabkan kangkangan Covid-19,
pengkaji telah menggunakan aplikasi google meet untuk menemu bual 3 orang pelajar
tingkatan 6 Kolej Tun Tuanku Haji Bujang untuk mendapatkan maklumat menerusi
penelitian kualitatif sambil mengelakkan perjumpaan bersemuka demi mengindari
penyebaran penyakit Covid-19.

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang ditemu bual dikenali sebagai


informen. Temu bual dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih specifik.
Informen ditujukan 4 buah soalan yang berkenaan dengan objektif-objektif yang
ditetapkan oleh pengkaji di dalam kajian. Tiga orang pelajar tingkatan 6 telah dipilih
sebagai informen untuk memberikan data lanjut berkaitan kajian. Rakaman skrin
dijalankan semasa sesi temu bual di googlemeet. Hal ini kerana rakaman skrin akan
dijadikan rujukan semula penyediaan transkrip dan untuk mendapatkan gambaran
menyeluruh.

4.3 Analisis Data dan Persembahan Data

Setelah mengumpul semua maklumat melalui teknik rujukan perpustakaan,


teknik temu bual dan teknik soal selidik, dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan
terhadap IT (Computer and Information Technology), Pengkaji menggunakan
applikasi Microsoft Excel untuk memproseskan dan mempersembahkan maklumat
dengan kemas dan jelas. Microsoft Excel merupakan 1 daripada banyak aplikasi yang
dibuat oleh syarikat Microsoft® pada 30 september 1985. Pada hari ini Microsoft
Excel merupakan sebahagian daripada pakej Microsoft office.

Aplikasi ini dapat membantu dan memudahkan kerja pengiraan. Program ini
juga dapat menghasilkan media visual seperti graph, histogram , carta pai dan lain-
lain berdasarkan formula aritmetik dan juga pemboleh ubah logik.

You might also like