You are on page 1of 17

Nama Penulis : Faris Ashraff bin Abby Ashraff

1.3 Objektif Kajian

Pernyataan Masalah : Apakah faktor yang menyebabkan kedatangan British sebelum abad ke-
20. Bincangkan.

Kajian Kes ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif

1- Menyatakan maksud penjajahan dan kuasa Barat yang menjajajh negara kita.
2- Mengklasifikasikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
3- Menyatakan kepentingan sikap bekerjasama rakyat dalam masyarakat berbilang kaum
4- Memberikan cadangan untuk terus memajukan Malaysia di persada dunia.

1.4 Kaedah Kajian

Terdapat 3 kaedah kajian yang telah saya guna untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber. Antaranya ialah menggunakan kaedah melayari Internet, temubual dan penyelidikan
perpustakaan.

1. Kaedah Melayari Internet

Saya menggunakan kaedah melayari Internet kerana terdapat banyak maklumat yang terdapat
dalam internet dan ianya mudah untuk dicari. Laman sesawang yang saya layari ialah
http://stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/03/T3-BAB-1-2-3-4-FAKTOR-
KEDATANGAN-KUASA-BARAT-KE-NEGARA-KITA.pdf.

2. Kaedah Temubual

Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang dipilih adalah tepat dan benar merujuk sumber
yang boleh dipercayai. Selain itu, saya juga menemubual Abby Ashraff bin Saprudin yang
merupakan ayah saya. Beliau telah ditemubual pada 7 August 2022 di kediaman beliau di
alamat No. 89, Jalan Kristal 7/76, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

3. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Saya turut menggunakan kaedah ini kerana maklumat yang diperoleh adalah sahih dan benar.
Saya memperoleh bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah yang dijadikan sebagai
sumber rujukan Ketika mengunjungi perpustakaan. Ini dilaksanakan untuk memperoleh
maklumat mengenai pertapakan kuasa luar sebelum abad ke-20

2.0 Proses Awal

Bil Sumber Rujukan Perkara Cata


tan

1. Kamus Dewan Edisi Keempat ● Menurut Kamus Dewan Edisi


Buku teks tingkatan 3
Keempat, penjajahan
bermaksud menakluk dan
https://app.pandai.org/note/read/
memerintah sesuatu Kawasan
kssm-sj-09-01/kssm-f3-sj-01/
kedatangan-kuasa-barat seperti daerah, tempat dan
kawasan

● Antara kuasa Barat yang


berhasrat untuk menjajah
kawasan di negara kita ialah
Perancis yang meluaskan kuasa
di Indochina dan merancang
membina terusan di Segenting
Kra, Jerman menginginkan
Pulau Pinang, Amerika Syarikat
ingin bertapak di Terengganu,
Portugis berusaha
mendapatkan Timor Leste,
Belanda berusaha
mendapatkan keseluruhan
Kepulauan Hindia Timur,
Sepanyol menakluki Kesultanan
Sulu dan akhir sekali, pihak
persendirian, iaitu Keluarga
Brooke menguasai wilayah
Sarawak. Pada tahun 1853
hingga 1905, keluarga Brooke
memperluas kawasan
pemerintahan mereka hingga
sempadan Brunei dan syarikat
dagang British, iaitu SBUB
membeli wilayah-wilayah
Sabah daripada Sultan Brunei
dan Sultan Sulu

2. https://anyflip.com/cqyqd/qkum/basic ● Kedatangan kuasa Barat pada


http://stmichaelipoh.edu.my/wp-
abad ke-16
content/uploads/2020/03/T3-BAB-1-2-
3-4-FAKTOR-KEDATANGAN-KUASA-
● Pada waktu ini, terdapat
BARAT-KE-NEGARA-KITA.pdf
banyak barangan mewah
seperti rempah-ratus, minyak
Buku teks sejarah tingkatan 3
wangi, emas, perk, batu
permata dan hasil hutan yang
menjadi perhatian kuasa-kuasa
Barat untuk perdagangan.
Selain itu, Orang Eropah juga
perlu mendapatkan barangan
mewah dari China seperti the,
sutera dan tembikar.

● Aspek kedua pula ialah negara


kita mampu menjadi pusat
pengumpulan barang
disebabkan kedudukan yang
strategik untuk berdagang.
Sebagai contoh, negara China
mahukan emas, perak, biji
timah dan rempah-ratus
sebagai tukaran. Barang-barang
ini hanya boleh didapati di
Alam Melayu. Syarikat
perdagangan tersebut
memerlukan pusat
pengumpulan bahan-bahan
mentah tempatan yang terletak
di tengah-tengah laluan
perdagangan di antara India
dan China.

● Aspek ketiga ialah Alam Melayu


menjadi pelabuhan
persinggahan. Angin monsoon
barat daya dan angin monsun
timur laut memainkan peranan
penting bagi menentukan masa
pelayaran. Selain itu, Kuasa
Barat juga memerlukan
pelabuhan yang sesuai sebagai
tempat berlindung menunggu
peralihan monsoon. Mereka
memerlukan pelabuhan
persinggahan di Alam Melayu
untuk memudahkan kapal
berlabuh, mengisi bekalan air
dan lain-lain sebelum berlayar
ke Canton.

● Aspek terakhir ialah


menyebarkan agama Kristian di
Alam Melayu. Ia merupakan
faktor penting penjajahan
kuasa Barat ke negara kita.
Matlamat penjajahan adalah
untuk kekayaan dan
kemasyhuran.

● Kedatangan kuasa Barat pada


abad ke-17 dan 18

● Revolusi perindustrian berlaku


di Britain pada abad ke-17.
Menjelang 1870-an, negara-
negara Eropah lain seperti
Jerman dan Perancis menjadi
negara perindustrian seperti
Britain. Selepas berlaku
Revolusi Perindustrian dasar
kuasa-kuasa barat berubah
corak. Mereka mencari pusat
perdagangan dan menguasai
tanah jajahan yang mempunyai
bahan-bahan mentah bagi
keperluan kilang secara
berterusan. Revolusi
perindustrian juga
membolehkan barangan
dikeluarkan secara besar-
besaran. Kawasan pasaran yang
lebih luas perlu dicari untuk
memasarkan barang tersebut
supaya keuntungan dapat
dimaksimumkan.

● Kedatangan kuasa barat pada


abad ke-19 dan 20

● Pada waktu ini pula,


perekembangan industry
kereta menyebabkan
kemunculan perusahaan kereta
dan ciptaan tayar
menambahkan permintaan gas
asli. Ia merupakan bahan yang
penting dalam perusahaan
penebat barangan elektrik.
Aspek kedua, kesuburan tanah
dan kekayaan hasil bumi
merupakan salah satu faktor
kedatangan kuasa barat.
Negara kita mempunyai tanah
yang luas, subur dan iklim yang
sesuai untuk tanaman eksport.
Negara kita juga kaya dengan
hasil bumi seperti biji timah,
bijih besi dan emas. Terdapat
juga aspek-aspek lain seperti
industri mengetin, pembukaan
terusan suez dan ciptaan
telegraf.

3. ● Keistimewaan negara kita yang


menarik minat kuasa barat
pada masa lalu ialah kestabilan
negara kita ialah sistem
pemerintahan dan struktur
sosial yang kukuh.
Kemakmuran negara kita iaitu
kekayaan hasil bumi dan
sumber alam.

● Perkara yang boleh


dititikberatkan untuk
mengekalkan kemakmuran
negara ialah mempunyai
semangat cinta akan negara
dalam mempertahankan
kedaulatan negara daripada
campur tangan kuasa luar.
Selain itu, mempunyai
semangat jati diri dan
bekerjasama dengan pemimpin
untuk mengekalkan
kemakmuran negara.

● Seterusnya, semangat
perpaduan dalam masyarakat
juga memainkan peranan
penting. Masyarakat yang
mengamalkan nilai akan
meletakkan kepentingan
negara melebihi diri sendiri
untuk memastikan negara
berada maju ke hadapan. Kita
juga perlu berani menempuh
cabaran dalam
mempertahankan negara yang
tercinta.

4. ● Cadangan untuk memajukan


Malaysia yang pertama ialah
sentiasa mempromosikan
budaya kita kepada masyarakat
asing supaya masyarakat
negara lain memandang kita
sebagai salah satu negara yang
unik disebabkan budaya dan
kaum yang pelbagai. Sebagai
contoh, kerajaan boleh
mempromosikan budaya yang
unik ini melalui kempen dengan
menceritakan sejarah negara
kita sebelum mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
Kerajaan juga boleh
menceritakan sejarah tentang
kerajaan negeri-negeri Melayu
yang bertungkus-lumus untuk
mengelakkan daripada
ancaman negara Barat sejak
abad ke-16. Antara sejarah
yang boleh menarik perhatian
masyarakat asing ialah
kemegahan Kesultanan Melayu
Melaka yang merupakan antara
pelabuhan terpenting di dunia
pada suatu masa dahulu
sebelum ditakluk oleh Portugis.

● Cadangan yang kedua ialah


melancarkan promosi percutian
terutamanya pada musim
hujung tahun di tempat-tempat
bersejarah atau peranginan
supaya lebih ramai masyarakat
asing akan menjadikan
Malaysia sebagai antara negara
yang baik untuk dilawati pada
setiap tahun. Antara tempat-
tempat bersejarah yang boleh
menarik perhatian ialah Melaka
yang popular dengan A’Famosa
yang merupakan kubu British
dan Sarawak yang terkenal
dengan Fort Margherita yang
merupakan kubu yang dibina
pada tahun 1878 dan siap
sepenuhnya pada tahun 1879
sempena nama isteri Raja
Charles Brooke iaitu
pemerintah kedua Sarawak
selepas James Brooke. Kos
pembinaannya ialah 8100 Dolar
Sepanyol. Tempat peranginan
juga boleh menarik perhatian
masyarakat asing seperti
Cameron Highlands yang
bersuhu sederhana dan pantai-
pantai yang baik untuk
berkelah.

● Cadangan yang ketiga ialah


menguatkuasakan undang-
undang yang tegas kepada
orang yang memberi dan
menerima rasuah supaya
masyarakat sukar untuk
ditindas oleh kuasa-kuasa luar
yang berhasrat untuk memiliki
negara kita. Ini kerana apabila
kita mengimbas kembali fasa
kejatuhan kerajaan negeri-
negeri Melayu sebelum ini
kebanyakannya berpunca
daripada ketidakstabilan politik
oleh pihak pemerintah hingga
kuasa-kuasa luar dapat
memanipulasi isu ini untuk
memerintah negeri-negeri
tersebut sepenuhnya.
Kesannya, pemerintah tidak
akan mendapat kuasa untuk
mengutip cukai dan
menguruskan pentadbiran
seperti sedia kala. Kerajaan
juga boleh mengenakan
tindakan undang-undang
kepada masyarakat yang
menghina dan tidak
menghormati negara kita.
Sebagai contoh, mengadakan
protes dan melakukan
penghinaan kepada pemimpin
dalam laman sesawang dan
lukisan mural di bangunan

Tajuk Kajian : Sejauhmana kedatangan kuasa Barat memberi kesan terhadap

Nama Penulis : Faris Ashraff bin Abby Ashraff

Kelas : 3 Jannatul Ma’wa

2.0 Pelaporan

2.1 Menyatakan maksud penjajahan dan kuasa Barat yang menjajajh negara kita

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penjajahan bermaksud menakluk dan memerintah
sesuatu Kawasan seperti daerah, tempat dan kawasan. Antara kuasa Barat yang berhasrat
untuk menjajah kawasan di negara kita ialah Perancis yang meluaskan kuasa di Indochina dan
merancang membina terusan di Segenting Kra, Jerman menginginkan Pulau Pinang, Amerika
Syarikat ingin bertapak di Terengganu, Portugis berusaha mendapatkan Timor Leste, Belanda
berusaha mendapatkan keseluruhan Kepulauan Hindia Timur, Sepanyol menakluki Kesultanan
Sulu dan akhir sekali, pihak persendirian, iaitu Keluarga Brooke menguasai wilayah Sarawak.
Pada tahun 1853 hingga 1905, keluarga Brooke memperluas kawasan pemerintahan mereka
hingga sempadan Brunei dan syarikat dagang British, iaitu SBUB membeli wilayah-wilayah
Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu
2.2 Mengklasifikasikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16

Pada waktu ini, terdapat banyak barangan mewah seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas,
perk, batu permata dan hasil hutan yang menjadi perhatian kuasa-kuasa Barat untuk
perdagangan. Selain itu, Orang Eropah juga perlu mendapatkan barangan mewah dari China
seperti the, sutera dan tembikar.

Aspek kedua pula ialah negara kita mampu menjadi pusat pengumpulan barang disebabkan
kedudukan yang strategik untuk berdagang. Sebagai contoh, negara China mahukan emas,
perak, biji timah dan rempah-ratus sebagai tukaran. Barang-barang ini hanya boleh didapati di
Alam Melayu. Syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan-bahan
mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China.

Aspek ketiga ialah Alam Melayu menjadi pelabuhan persinggahan. Angin monsoon barat daya
dan angin monsun timur laut memainkan peranan penting bagi menentukan masa pelayaran.
Selain itu, Kuasa Barat juga memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung
menunggu peralihan monsoon. Mereka memerlukan pelabuhan persinggahan di Alam Melayu
untuk memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air dan lain-lain sebelum berlayar ke
Canton.

Aspek terakhir ialah menyebarkan agama Kristian di Alam Melayu. Ia merupakan faktor penting
penjajahan kuasa Barat ke negara kita. Matlamat penjajahan adalah untuk kekayaan dan
kemasyhuran.

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-17 dan 18

Revolusi perindustrian berlaku di Britain pada abad ke-17. Menjelang 1870-an, negara-negara
Eropah lain seperti Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti Britain. Selepas
berlaku Revolusi Perindustrian dasar kuasa-kuasa barat berubah corak. Mereka mencari pusat
perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang mempunyai bahan-bahan mentah bagi
keperluan kilang secara berterusan. Revolusi perindustrian juga membolehkan barangan
dikeluarkan secara besar-besaran. Kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk
memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.

Kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan 20

Pada waktu ini pula, perekembangan industry kereta menyebabkan kemunculan perusahaan
kereta dan ciptaan tayar menambahkan permintaan gas asli. Ia merupakan bahan yang penting
dalam perusahaan penebat barangan elektrik. Aspek kedua, kesuburan tanah dan kekayaan
hasil bumi merupakan salah satu faktor kedatangan kuasa barat. Negara kita mempunyai tanah
yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman eksport. Negara kita juga kaya dengan
hasil bumi seperti biji timah, bijih besi dan emas. Terdapat juga aspek-aspek lain seperti industri
mengetin, pembukaan terusan suez dan ciptaan telegraf.

2.3 Menyatakan kepentingan sikap bekerjasama rakyat dalam masyarakat berbilang kaum

Keistimewaan negara kita yang menarik minat kuasa barat pada masa lalu ialah kestabilan
negara kita ialah sistem pemerintahan dan struktur sosial yang kukuh. Kemakmuran negara kita
iaitu kekayaan hasil bumi dan sumber alam.

Perkara yang boleh dititikberatkan untuk mengekalkan kemakmuran negara ialah mempunyai
semangat cinta akan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada campur
tangan kuasa luar. Selain itu, mempunyai semangat jati diri dan bekerjasama dengan pemimpin
untuk mengekalkan kemakmuran negara.

Seterusnya, semangat perpaduan dalam masyarakat juga memainkan peranan penting.


Masyarakat yang mengamalkan nilai akan meletakkan kepentingan negara melebihi diri sendiri
untuk memastikan negara berada maju ke hadapan. Kita juga perlu berani menempuh cabaran
dalam mempertahankan negara yang tercinta.

2.4 Cadangan
Cadangan untuk memajukan Malaysia yang pertama ialah sentiasa mempromosikan budaya
kita kepada masyarakat asing supaya masyarakat negara lain memandang kita sebagai salah
satu negara yang unik disebabkan budaya dan kaum yang pelbagai. Sebagai contoh, kerajaan
boleh mempromosikan budaya yang unik ini melalui kempen dengan menceritakan sejarah
negara kita sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kerajaan juga boleh
menceritakan sejarah tentang kerajaan negeri-negeri Melayu yang bertungkus-lumus untuk
mengelakkan daripada ancaman negara Barat sejak abad ke-16. Antara sejarah yang boleh
menarik perhatian masyarakat asing ialah kemegahan Kesultanan Melayu Melaka yang
merupakan antara pelabuhan terpenting di dunia pada suatu masa dahulu sebelum ditakluk
oleh Portugis.

Cadangan yang kedua ialah melancarkan promosi percutian terutamanya pada musim hujung
tahun di tempat-tempat bersejarah atau peranginan supaya lebih ramai masyarakat asing akan
menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang baik untuk dilawati pada setiap tahun. Antara
tempat-tempat bersejarah yang boleh menarik perhatian ialah Melaka yang popular dengan
A’Famosa yang merupakan kubu British dan Sarawak yang terkenal dengan Fort Margherita
yang merupakan kubu yang dibina pada tahun 1878 dan siap sepenuhnya pada tahun 1879
sempena nama isteri Raja Charles Brooke iaitu pemerintah kedua Sarawak selepas James
Brooke. Kos pembinaannya ialah 8100 Dolar Sepanyol. Tempat peranginan juga boleh menarik
perhatian masyarakat asing seperti Cameron Highlands yang bersuhu sederhana dan pantai-
pantai yang baik untuk berkelah.

Cadangan yang ketiga ialah menguatkuasakan undang-undang yang tegas kepada orang yang
memberi dan menerima rasuah supaya masyarakat sukar untuk ditindas oleh kuasa-kuasa luar
yang berhasrat untuk memiliki negara kita. Ini kerana apabila kita mengimbas kembali fasa
kejatuhan kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum ini kebanyakannya berpunca daripada
ketidakstabilan politik oleh pihak pemerintah hingga kuasa-kuasa luar dapat memanipulasi isu
ini untuk memerintah negeri-negeri tersebut sepenuhnya. Kesannya, pemerintah tidak akan
mendapat kuasa untuk mengutip cukai dan menguruskan pentadbiran seperti sedia kala.
Kerajaan juga boleh mengenakan tindakan undang-undang kepada masyarakat yang menghina
dan tidak menghormati negara kita. Sebagai contoh, mengadakan protes dan melakukan
penghinaan kepada pemimpin dalam laman sesawang dan lukisan mural di bangunan.

Kesimpulan

Sebagai konklusinya, saya dapat mengetahui maksud penjajahan kuasa Barat ke negara kita.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti factor-faktor penjajahan kuasa-kuasa Barat ke negara
kita secara berperingkat daripada abad ke-16 hingga 20. Di samping itu, saya juga dapat
memahami keistimewaan yang ada pada negara kita yang menarik minat kuasa Barat dan
megekalkan kemakmuran negara daripada ancaman luar.

Harapan

Pengajaran yang saya peroleh ialah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara daripada
pencerobohan kuasa asing. Sikap sentiasa berwaspada perlu diterapkan supaya pihak musuh
tidak dapat menceroboh negara kita dengan mudah. Dengan itu, kita harus berusaha
memajukan negara untuk kesenangan pada masa akan datang.

Saya berasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Terima kasih kepada guru-guru yang
membantu dalam menyiapkan kerja khusus ini. Saya dapat mengenali sejarah negara kita
dengan lebih mendalam. Harapan saya ialah kemakmuran negara kita dapat dijadikan
pengajaran kepada generasi yang akan datang dan menjadi lebih maju tanpa bantuan kuasa
lain.
Rujukan

1. Buku teks

2. Orang sumber

3.

4.

5.

You might also like