You are on page 1of 4

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD

BAHASA MALAYU SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal berfokuskan kepada hasil


pembelajarannya yang berteraskan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan
dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.

Standard
Kurikulum

Pendekatan Organisasi Kemahiran


Modular Bahasa
Kandungan

Sistem
Bahasa

Rajah 1 Organisasi Kandungan

1.1 Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah digubal dan diberikan
penekanan terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Hal ini perlulah
diketahui oleh semua murid. Kedua-dua standard ini berteraskan kepada Kemahiran
Bahasa dan Sistem Bahasa serta elemen Pengisian Kurikulum yang jelas. Standard
yang digubal ini diterangkan dalam bentuk modul dan dibahagikan kepada beberapa
bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni,
kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.

Penekanan telah diberikan kepada Standard Kandungan dan Standard


Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan bidang ilmu yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Bidang ilmu ini perlu diketahui dan dikuasai
oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan. Manakala, Standard Kandungan pula
merupakan satu pernyataan yang menetapkan kriteria bagi memastikan kualiti
pembelajaran dan pencapaian setiap murid.

6
1.2 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan


kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku bagi
setiap pelajar.

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan


teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas terhadap perkara yang
didengar. Kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid berbicara untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Seterusnya, kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca


dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid mestilah berupaya menghayati teks
yang dibaca. Akhir sekali, penekanan juga diberikan kepada kemahiran menulis iaitu
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui. Fokus perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur
pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini memerlukan
kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bahan prosa, puisi dan grafik.

1.3 Sistem Bahasa

Sistem bahasa merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada aspek
tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta peribahasa.

Tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan
satu bidang ilmu yang mengkaji struktur kata iaitu susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna, bentuk kata iaitu satu unit
tatabahasa dalam bentuk tunggal ataupun imbuhan, majmuk dan ganda. Kajian terhadap
golongan kata juga dilakukan iaitu proses menjeniskan perkataan berdasarkan

7
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama
seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Sintaksis pula merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan ayat. Kajian terhadap hukum atau rumus tatabahasa di dalamnya mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat. Terdapat
enam aspek yang ditekankan dalam hal ini iaitu unsur utama yang terdiri daripada kata,
frasa, klausa, aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Seterusnya
ialah jenis ayat iaitu ayat penyata, tanya, perintah dan seruan. Penekanan terhadap
ragam ayat aktif dan ayat pasif serta susunan ayat biasa dan songsang juga ada. Binaan
ayat dan proses ayat terbitan turut disertakan dalam bidang sintaksis ini.

Sistem ejaan yang dititikberatkan dalam DSKP ini mementingkan penguasaan murid
terhadap tanda baca dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga
makna yang tepat. Sebagai contoh, tanda soal digunakan di akhir ayat untuk
menandakan soalan dalam penulisan ataupun pertuturan. Penggunaan tanda baca ini
juga mempengaruhi intonasi dalam bacaan dan penulisan. Antara perkara yang
ditegaskan ialah 18 pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman serta ejaan kata
dasar dan kata terbitan.

Sebutan dan intonasi pula diterapkan di sekolah supaya murid-murid dapat menyebut
perkataan dan ayat dengan betul serta dapat memahami intonasi dan jeda. Kemahiran
ini penting agar murid dapat membezakan pelbagai aspek sebutan dan menyampaikan
maksud dengan tepat. Sebutan diajarkan agar murid dapat menyebut dengan
menggunakan bahasa baku manakala intonasi pula diajar mengikut pola ayat penyata,
tanya, perintah, seruan, songsang aktif dan pasif.

Kosa kata dalam bahasa Melayu yang ditekankan dalam DSKP Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata dalam
kalangan murid perlulah dimantapkan agar mereka dapat mengungkapkan maklumat dan
idea selaras dengan perkembangan ilmu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah.

Akhir sekali, penegasan terhadap aspek peribahasa yang terdiri daripada smpulan
bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu
dijelaskan di dalam kelas semasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa
yang sesuai perlulah mengutamakan falsafah dan nilai murni pelbagai kaum di Malaysia.

8
1.4 Pendekatan Modular

Pendekatan modular merupakan pecahan kemahiran kepada unit-unit kecil iaitu


modul. Terdapat lima modul dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu modul yang
utama ialah Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis serta
modul sokongan Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Standard Kurikulum ini
dibina dengan menggunakan pendekatan modular untuk meningkatkan kecekapan
berbahasa murid.

Modul Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar
dengan teliti, memahami serta menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi dan dapat memberikan respon. Selain itu, modul ini juga mengasah keupayaan
murid untuk berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat, idea dan perasaan serta
membina hubungan secara kreatif dan kritis dengan bertatasusila. Penekanan juga
diberikan kepada penggunaan tatabahasa yang betul.

Modul Membaca pula tertumpu kepada kemahiran membaca murid dan


penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain di dalamnya. Melalui modul ini juga,
murid mampu untuk menghayati teks yang dibaca. Modul Menulis berfokus kepada
keupayaan murid untuk menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan. Penguasaan kemahiran ini adalah melalui situasi dan konteks pelbagai
bahan prosa, puisi dan grafik.

Modul Seni Bahasa berpusatkan kepada aspek bahasa, keindahan dan kehalusan
dalam bahasa Melayu. Aspek ini menjurus kepada kecekapan murid untuk memahami,
mengungkap dan menghayati bahasa. Seterusnya, murid akan mempersembahkan
karya kreatif mereka dalam pelbagai genre secara menarik dan didik hibur. Akhir sekali
ialah Modul Tatabahasa. Modul ini merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis yang
perlu dikuasai oleh setiap murid.

You might also like