You are on page 1of 6

Ikuti 

 Wikipedia Bahasa Melayu di   Facebook Group  ·   Facebook Page  ·   Instagram  ·   


Twitter  · Discord  ·   Telegram
Ikuti   Wikimedia Malaysia di   Facebook Page  ·   Instagram

Histeria (filem)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasiPergi ke carian
Rencana ini adalah mengenai filem Histeria. Untuk gangguan perasaan fizikal, sila
lihat histeria.

Histeria

Poster filem Histeria

Pengarah James Lee

Penulis James Lee

Dihasilkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai

Dibintangi Liyana Jasmay

Scha Al-Yahya

Yana Samsudin
Noris Ali

Ayu

Ainul Aishah

Naftalya

Ady Putra

Reefa

Sinematografi Helmi Yusof

Muzik oleh Nurzaidi

Syarikat Tayangan Unggul Sdn. Bhd.


penerbitan

Diedarkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd

Negara  Malaysia

Bahasa Melayu

Histeria merupakan sebuah filem bergenre seram dan ngeri. Filem arahan


pembikin filem indie, James Lee ini ditayangkan pada 18 Disember 2008
oleh Tayangan Unggul. Filem ini diterajui oleh Liyana Jasmay, Scha, dan lain-lain serta
turut dibantu oleh Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli. Filem ini
mengetengahkan gejala histeria dan jembalang busut.[1]

Isi kandungan

 1Plot
 2Pelakon
 3Penerbitan
 4Rujukan
 5Pautan luar

Plot[sunting | sunting sumber]
Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil.
Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang
menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura
terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun
tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan
denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka
ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru
(Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami
oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan
miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah
sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua,
Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri
daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan
mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu
lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada
pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni
ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni
dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni
pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Scha Al-Yahya melakonkan watak Alissa di dalam filem ini.

 Liyana Jasmay sebagai Murni


 Scha Al-Yahya sebagai Alissa
 Noris Ali sebagai Kerek
 Ainul Aishah sebagai Marina
 Ayu sebagai Junita
 Naftalya sebagai Tini
 Yana Samsudin sebagai Zeta
 Ady Putra sebagai Cikgu Helmi
 Reefa sebagai Riz
 Matin Fayz sebagai Lentoq
 Kazar Saisi sebagai Tukang kebun
 Vanidah Imran sebagai Ustazah
 Adlin Aman Ramlie sebagai Cikgu disiplin
 Adman Salleh sebagai Pengetua
 Ramli Hassan sebagai Pakar psikiatri
 Nam Ron sebagai Detektif polis[3]
 M. Rajoli sebagai Bomoh
 Pakot sebagai Lembaga

Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos 2007. Lokasi penggambaran ialah
di SMK Tinggi Kajang di Kajang, Selangor.[1] Kos pembikinan menelan belanja
sebanyak RM 1.4 juta.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]
1. ^ Panjat ke:a b Ralat
petik: Tag  <ref>  tidak sah; teks
bagi rujukan  ironi  tidak disediakan
2. ^ Histeria di laman web Zereas
3. ^ "Histeria di laman web Sinema Malaysia". Diarkibkan daripada yang
asal pada 2008-09-22. Dicapai pada  2008-12-02.
4. ^ Harian Metro: Gambaran Makhluk Halus Cara Moden[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


 Histeria di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Kategori: 
 Filem Malaysia tahun 2008
 Filem seram Malaysia
 Filem ngeri
 Filem bahasa Melayu
Menu pandu arah
 Belum log masuk
 Perbincangan
 Sumbangan
 Buka akaun
 Log masuk
 Kotak pasir
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Cari
Cari Pergi

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak
Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi
Peralatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Maklumat laman
 Petik laman ini
 Butir Wikidata
Cetak/eksport
 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak
Bahasa
Tambah pautan
 Laman ini kali terakhir disunting pada 00:51, 29 Januari 2022.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin digunakan.
Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
 Dasar privasi

 Perihal Wikipedia

 Penafian

 Paparan mudah alih

 Pembangun

 Statistik
 Kenyataan kuki

You might also like