You are on page 1of 1

PENGENALAN FILEM MAGIKA

Filem ini merupakan percubaan sulung Edry Abdul Halim.Selaku pengarah filem,walaupun beliau
berpengalaman sebagai pengarah pementasan sebelum ini.Proses penggambaran awal filem Magika
dijalankan mulai Februari 2008 hingga Januari 2009.Filem ini bertujuan untuk memastikan kesegaran
dan kelestarian cerita rakyat tradisional Melayu di depan mata generasi Malaysia semasa dan masa
akan datang.Penerbitnya,iaitu Edry Abdul Halim berkata bahawa filem Magika sebenarnya
membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan
nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk
tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga.Memandangkan ini filem muzikal, Edry Abdul halim juga
turut mencipta empat belas lagu baru khas untuk filem ini untuk dinyanyikan oleh para pelakon
sendiri tanpa bantuan penyanyi professional.Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk
kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak
seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan membuang air kecil di merata tempat sesuka
hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan
pengorbanan.Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam
bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian
sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan
Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang
membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Seterusnya,antara watak utama yang
menjayakan filem ini ialah Diana Danielle sebagai Ayu,Mawi sebagai Badang atau Bad,Fimie Don
sebagai Malik,Ziana Zain sebagai Nenek Kebayan,Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang,Maya
Karin sebagai Bunian,M. Nasir sebagai Penunggu Tasik Chini,Raja Azura sebagai Mak Andeh, Aznil
Nawawi sebagai Pak Pandir,Jalaluddin Hassan sebagai Murad iaitu bapa kepada Ayu dan Malik dan
Ogy Ahmad Daud sebagai Ija iaitu ibu kepada Ayu dan Malik.Akhir sekali ,filem ini berdurasi selama 1
jam 34 minit dan ia memberikan banyak teladan yang boleh di ikuti.Tayangan julung kali Magika
berupa majlis tayangan amal bersama anak-anak yatim pada 10 Februari 2010, disusuli tayangan
diraja di Dewan Kapitol, Perlis pada 3 Julai, istimewa sempena ulang tahun kesepuluh pemerintahan
DULI YANG MAHA MULIA Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail.Filem ini akhirnya ditayangkan kepada umum di 56 buah pawagam di Malaysia dan
beberapa lagi di pawagam di Malaysia,seterusnya di Brunei 23 September 2010 dan di Singapura
pada 11 November 2010.

You might also like