You are on page 1of 8

SOSIOLOGI PENDIDIKAN (PIX3001)

TAJUK:
ULASAN FILEM: “THE BOY WHO HARNESSED THE
WIND”

NAMA PENSYARAH:
ENCIK RAHIMI BIN MD SAAD

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. NUR HANANI BINTI SALIM IIN160026
2. SHAHIRA NABIHAH BINTI KAMSANI IIN160038

SEMESTER 2

SESI 2018/2019
Tugasan 1: Ulasan Filem

Filem: THE BOY WHO HARNESSED THE WIND


Filem ini diinspirasikan dari kisah sebenar oleh seorang jurutera dari Malawi, Afrika
Selatan, William Kamkwamba.

Watak utama dalam cerita ini adalah William Kamkwamba dan watak sampingan
adalah ayah William, Trywell Kamkwamba, Agnes Kamkwamba, ibu kepada William. Masa
yang ditunjukkan dalam filem ialah 2000 hingga ini. Filem ini menggunakan dua bahasa
pengantar iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Chicheŵa. Bahasa Chicheŵa merupakan salah
satu dari dua bahasa rasmi kebangsaan Republik Malawi, lainnya adalah Inggeris.

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan kehidupan masyarakat di Malawi yang berusaha untuk


meneruskan kehidupan walaupun hidup dalam serba kekurangan dan bagaimana William
membantu masyakarat untuk menyelesai pelbagai isu-isu yang melanda masyarakat tersebut.
Filem ini menunjukkan latar masa 2001 di Malawi ketika William berusia 9 tahun. Kehidupan
keluarga Kamkwamba, Trywell dan William selepas abang Trywell, John mati secara
mengejut ketika mengutip jagung di ladang jagung milik John. John meninggalkan ladang
jagung dan anak-anaknya yang akan dijaga oleh Trywell. Keluarga john ditinggalkan dalam
kegelisahan. Trywell mengambil alih tugas John sebagai petani dan membantu menguruskan
ladang John.

Sebagai seorang kanak-kanak di Wimbe, William menghabiskan sebahagian besar


waktunya dengan sepupunya Geoffrey dan rakannya Gilbert, anak ketua daerah mereka.
Mereka membuat mainan dari sampah dan barangan kitar semula apabila mereka tidak berada
di sekolah atau membantu keluarga mereka di ladang. Disebabkan itu, William dan Geoffrey
menjadi berminat dengan radio dan boleh membaiki radio sekaligus boleh membuat
perniagaan membaiki radio untuk masyarakat di sana.

Walaupun serba kekurangan, Trywell dan Agnes tekad untuk menghantar William ke
sekolah. Anak sulung mereka, Anne juga berjaya menghabiskan pemdidikan di sekolah
menengah dan mereka merancang untuk menghantar Anne ke university akan tetapi belum
berkemampuan. Ini kerana mereka yakin dengan pendidikan saja mereka boleh mengubah
nasib keluarga William berharap untuk mengambil kelas sains sebenar di sekolah menengah
dan mencapai sesuatu yang lebih daripada kehidupan masyarakat Malawi yang mana
kebanyakkan mereka menjadikan pertanian jagung sebagai sumber pendapatan. Jagung amat
diperlukan untuk membuat ‘nsima’ (diperbuat daripada tepung jagung), makanan ruji
masyarakat Malawi.

William mendapat berita baik bahawa dia telah diterima di Sekolah Menengah
Kachokolo. Sekolah tersebut bukanlah salah satu sekolah tinggi William idamkan, tetapi ia
sekurang-kurangnya memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pendidikannya. Hari
pertama di sekolah, William diberitahu untuk memiliki kad akses ke perpustakaan, pelajar
perlu untuk menghabiskan bayaran yuran sekolah. William berjumpa dengan guru kelas,
Kachigunda dan juga merupakan guru sains dia. Kemudian dia mendapat tahu bahawa
gurunya itu mengenali kakaknya, Anne dan mempunyai hubungan istimewa. William cuba
untuk memujuk gurunya itu membenarkan dia untuk menggunakan perpustakaan dan belajar
di sana.

Pada bulan Disember, hujan sangat lebat sehingga kebanyakan petani tidak dapat
menanam. Bencana ini sangat mendatangkan masalah bagi masyarakat di sana, terutama dari
segi pertanian. Ini kerana mereka tidak boleh menanam tanaman. Semua masyarakat Malawi
amat yang bergantung kepada ladang ini untuk makanan. Sementara itu, bekalan jagung di
Wimbe terus menjadi semakin berkurangan kerana lebih ramai petani dari kampung luar
datang ke kampung William mencari kerja selepas tanaman mereka tidak menjadi. Lebih
buruk lagi, Presiden Muluzi telah menjual semua kedai biji-bijian lebihan Malawi. Tidak lama
kemudian keluarga Kamkwamba sedang melakukan segala-galanya untuk memelihara
makanan di atas meja dan membuat biji-bijian kecil yang mereka simpan yang terakhir
sehingga tuaian berikutnya. Apabila Ketua Wimbe cuba bercakap dengan pegawai-pegawai
Presiden Muluzi bagi pihak orang-orang yang lapar di kampung itu, dia dipukul oleh beberapa
samseng Muluzi. Presiden Muluzi terus menyangkal bahawa ada yang mati kelaparan.
Terdapat orang lapar mati di jalan raya mencari kerja atau di klinik daripada penyakit seperti
kolera,

Walau dalam keadaan sukar itu sekalipun, William membuatkan kajian bagaimana
dinamo basikal mampu menyalakan mentol dengan elektrik yang dijana oleh orang yang
mengayuh. William mula mengharapkan tentang penambahbaikan yang boleh dibuatnya
kepada kehidupan keluarganya jika dia mempunyai tenaga elektrik untuk lampu kuasa dan
pam pengairan. Minat William terhadap dynamo ini timbul selepas melihat basikal yang
ditunggang guru kelasnya boleh menghasilkan cahaya lampu tanpa menggunakan bateri.
William menyatakan minatnya itu kepada gurunya, akan tetapi agak sukar mendapatkan
dynamo di daerah itu.

Semasa kebuluran berterusan, dia memulakan kelas pada pertengahan Januari, tetapi
terpaksa berhenti kerana Trywell tidak mempunyai wang untuk membayar yuran sekolah
William. Oleh kerana, William tekad untuk mengkaji tentang elektrik, dia dibenarkan oleh
guru kelasnya dan perpustakawan di sekolah itu untuk menggunakan perpustakaan meskipun
tidak mempunyai kad akses perpustakaan. Di sana di mana dia menjumpai buku-buku tentang
fizik dan kejuruteraan yang mengubah hidupnya. Dari gambar rajah dan ilustrasi dalam buku
Penjelasan Fizik, William mendapat idea untuk membina kincir angin untuk menjana tenaga
elektrik dari angin yang juga boleh menbantu William membaiki pam air bagi kegunaan
pertanian.

Selepas bencana hujan lebat, bencana kemarau mula menimpa masyarakatr di sana
William dan keluarganya hanya mampu untu menyediakan satu kali makan sehari, Trywell
sanggup berlapar demi melihat keluarganya cukup makanan. Setelah kakak William, Anne
mengetahui hasrat William untuk memiliki dynamo milik Encik Kachigunda. Anne yang
ingin mengurangkan beban keluarganya bertekad untuk lari bersama Encik Kachigunda untuk
memulakan kehidupan di daerah yang lebih baik. Jauh dari masalah yang menimpa kampung
itu pada ketika itu. Sebagai gantian, dynamo milik Encik Kachigunda itu diserahkan kepada
William bagi memenuhi hasrat William yang ingin mencipta tenaga menggunakan dynamo
tersebut. Selepas Annie, dan guru muda dari kampong, Encik Kachigunda seterusnya untuk
melarikan diri dari kemiskinan dan kebuluran di Wimbe. Keluarga Kamkwamba hidup dalam
keadaan kebinggungan dan kebuntuan. William dipersalahkan dalam hal ini.

Sementara itu, kelas di Kachokolo William menghadiri selama beberapa


minggu,tanpa pengetahuan pengetua sekolah tetapi sekali lagi tidak dapat membayar yuran
sekolah. Selepas itu, sekolah dibatalkan kerana kebuluran yang teruk. Penduduk kampung,
termasuk William, beratur selama berjam-jam untuk khabar angin jagung di gedung kerajaan,
dan malah mula menjual barang-barang mereka untuk harga makanan sehari. Mereka sanggup
berbunuhan untuk mendapatkan bekalan makanan untuk keluarganya masing-masing. Untuk
membantu menyelesaikan masalah kebuluran ini, William yang dibantu kawan-kawannya
berjaya membina sebuah kincir angin prototaip kecil daripada bahan kitar semula dan motor
elektromagnetik yang yang terdiri daripada bahagian radio lama. Walaupun ditolong oleh
rakan-rakannya, tapi proses ini tak semudah yang disangka William. Dia memerlukan satu
barang yang penting iaitu basikal. William cuba untuk menyakinkan ayahnya untuk
memberikan basikal kesayangannya untuk digunakan dalam proses membina tenaga elektrik.

Pada mulanya, Trywell berkeras tidak mahu William mengambil basikalnya. Setelah
dipujuk oleh Agnes dan melihat kesungguhan William untuk membantu kehidupan
masyarakat di sana, dia yakin bahawa pengorbanannya tidak akan sia-sia. Dia yakin William
akan berjaya. Penduduk-penduduk lain mula melihat dan berfikir bahawa William telah
berhenti di sekolah atau gila, tetapi William tahu dia akan berjaya. Akhirnya, William
mendapati atau mencipta semua kepingan yang dia perlukan untuk memasang kincir angin
termasuklah dynamo dan basikal. Ramai orang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang
aneh seperti William menghidupkan pam air tanpa menggunakan sebarang tenaga elektrik
hanya dengan kincir angina sahaja. Sekaligus menyakinkan mereka terhadap sains dan
teknologi boleh membantu kehidupan mereka. Namun ada juga segelintir yang tidak percaya
dan menyangkakan kincir angin tersebut membawa bala kepada kampung mereka.

Penamat cerita ini, menunjukkan kehidupan William dan masyarakat Malawi berubah
selepas adanya tenaga elektrik dari kincir angina tersebut baik dari segi ekonomi, sosial dan
potilik. Sehingga kini kisah William menjadi buah mulut masyarakat terutama masyarakat di
Afrika, juga menjadi insprirasi bagi golongan muda untuk belajar dan meningkatkan taraf
hidup mereka. Pada bulan Jun 2008, William merantau ke Cape Town, Afrika Selatan dan
bercakap tentang teknologi di negara-negara yang sedang berkembang di Forum Ekonomi
Dunia mengenai Afrika. Ini membuka mata seluruh dunia terhadap teknologi di negara itu.
Hingga kini William tidak pernah berhenti dalam minatnya terhadap teknologi.
Perkaitan dengan sosiologi

Peluang pendidikan sepatutnya terbuka kepada semua orang yang ingin menuntut
tidak terhad untuk untuk golongan yang kaya atau miskin sahaja. Ini kerana pendidikan
merupakan salah satu faktor meningkatkan mobiliti sosial individu mahupun sebuah
masyarakat. Dalam filem ini, masyarakat di Malawi menganggap pendidikan adalah sesuatu
yang menyusahkan dan hanya untuk golongan yang mampu sahaja. Bagi keluarga
Kamkwamba, mereka amat mementingkan pendidikan kepada anak-anak mereka dan
berusaha mencari duit untuk menghantar William ke sekolah. Tapi malangnya, pada musim
hujan dan kemarau sumber pencarian rezeki mereka iaitu ladang jagung gagal mendatangkan
sebarang hasil. Hasrat William untuk terus belajar di sekolah terpaksa dilupakan oleh kerana
ayahnya, Trywell tidak mampu untuk membayar yuran sekolah William. Di sini menunjukkan
keinginan William untuk meningkatkan mobiliti sosial dirinya disekat oleh pentadbiran
sekolah dan kemampuan kewangan keluarganya.

Pendidikan boleh mengubah nasib seseorang individu sekaligus menggubah nasib


sesebuah masyarakat. Pendidikan ini tidak semestinya di sekolah. Pendidikan juga boleh
berlaku dalam keadaan formal dan tidak formal. Pendidikan ini bermula daripada keinginan
seseorang individu itu untuk mengubah nasib diri mereka seterusnya boleh membantu
memajukan masyarakat mereka. Contoh dalam filem ini, William walaupun tidak dapat
meneruskan pelajarannya di sekolah, namun minat William terhadap ilmu sains dan teknologi
begitu mendalam sehingga dia mampu membina kincir angin dengan hanya merujuk buku di
perpustakaan mengenai tenaga tanpa diselia atau dibantu oleh orang lain untuk memahami
prosesnya. Kincir angin yang dibina William bukan sahaja boleh membantu keluarganya
memulihkan dan tanah pertanian mereka malah juga memberi manfaat kepada semua petani
di desa luar bandarnya. Ini membuktikan bahawa pendidikan merupakan sesuatu yang penting
yang boleh mengubah nasib sesebuah masyarakat.

Perpindahan kepercayaan masyarakat yang pada mulanya hanya percaya kepada


kepercayaan nenek moyang mereka kepada kepercayaan yang lebih moden. Walaupun
keluarga Kamkwamba tidak mengamalkan amalan tradisi lama nenek moyang akan tetapi
mereka masih menghormati kepercayaan tersebut meski tidak diamalkan. Bagi mereka
amalan tersebut merupakan ikhtiar atau jalan terakhir bagi mereka meminta pertolongan
seperti amalan memanggil hujan pada musim kemarau. Walaupun ramai yang masih
mengamalkan ajaran nenek moyang mereka, mereka saling menerima budaya dan adat
masing-masing. Ini yang menjadikan sebuah masyarakat itu hidup harmoni dan saling
menghormati antara satu sama lain. Sekiranya mereka tidak menghormati adat dan
kepercayaan masing-masing, masyarakat mereka tidak akan hidup aman dan sering berlaku
perbalahan antara masyarakat.

Seterusnya ialah kepentingan dan peranan ketua untuk membantu membentuk


sesebuah sosiologi masyarakat yang baik. Dalam filem ini, kita boleh dapati terdapat tiga jenis
ketua yang digambarkan. Ketua daerah, ketua kampung dan ketua keluarga. Kesemua ketua
berikut mempimpin orang berbeza akan tetapi matlamat yang hampir sama. Contoh ketua
yang baik kita boleh lihat pada ketua kampung, Chief Wimbe dan ketua keluarga, Trywell.
Mereka ini contoh ketua yang berkhidmat untuk masyarakat mereka dan sanggup berkorban.
Contoh dalam filem ialah, Chief Wimbe diceritakan oleh Agnes kepada Anne telah
menyelamatkan ramai orang pada musim kemarau dengan memberi makanan kepada mereka.
Bagi Trywell pula, ketika musim kemarau keluarga Trywell terpaksa mencatu makanan
mereka sebanyak sekali sehari. Trywell sanggup berlapar untuk memastikan ahli keluarganya
cukup makanan dan tidak kelaparan. Contoh-contoh ini membuatkan mereka seorang ketua
yang berdedikasi. Ahli masyarakat akan mencontohi sikap-sikap baik ini, sekaligus boleh
melahirkan lebih ramai ketua yang baik yang boleh memimpin dan memajukan masyarakat
mereka.

Contoh ketua yang tidak baik boleh kita lihat kepada ketua daerah, Presiden Muluzi.
Ketua yang mementingkan keuntungan pada diri sendiri tanpa mengambil kira apa kesannya
terhadap masyarakat. Apabila dia mengarahkan untuk mengambil semua hasil tanaman di
kampung tersebut kemudiannya dijual dengan harga yang mahal. Masyarakat di sana
kehilangan sumber makanan ditambah dengan bencana kemarau. Masyarakat hidup porak-
peranda dan saling berbunuhan untuk mendapatkan makanan. Dia juga juga menafikan
masalah ini sedangkan ramai yang mati akibat sikap ketidak prihatin dia. Dia juga
mengarahkan pentadbiran sekolah untuk menghalang sesiapa yang tidak mampu membayar
yuran untuk ke sekolah. Sebagai pemimpin, dia gagal untuk menunjukkan contoh yang baik
dan gagal memajukan masyarakat. Pemimpin yang baik akan berusaha untuk memajukan
masyarakatnya kerana pada akhirnya nanti, masyarakat itu sendiri akan menyumbang kepada
Negara.

You might also like