You are on page 1of 13

BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1

Laporan Kajian kes: One Bad Apple



1.0 Pengenalan
Dalam era globalisasi, dunia pendidikan sedang menjadi semakin mencabar.
Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan dipandang enteng lagi.
Beberapa tahun dahulu, guru akan masuk ke kelas dan akan hanya memuntahkan ilmu
kepada murid-murid tetapi pada masa kini, guru dibebani dengan tanggungjawab dalam
melahirkan generasi yang berilmu yang juga selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, guru perlu sedar dan tahu akan pengurusan bilik darjah yang
efektif. Guru yang memainkan peranan dalam membentk modal insan yang bermadani
untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan
persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca-
punca yang mendorong kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini
kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu dibendung dari peringkat
awal lagi melalui pendidikan di sekolah.

2.0 Konsep Disiplin Bilik Darjah
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005), disiplin adalah salah satu komponen
penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,
keadaan, akhlak dan kesopanan. Rosni Abu & Ramlah Hamzah (1998) pula
menyatakan bahawa disiplin adalah konsep yang merujuk kepada perlakuan guru yang
cuba untuk membuatkan pelajar mengikut peraturan dan cuba untuk membuatkan
pelajar mengikut peraturan dan melaksanakan akibatnya jika gagal berpelakuan
mengikut peraturan sekolah. Seterusnya, di dalam konteks bilik darjah, disiplin
merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal
dan mendapatkan tingkah laku yang diingini (Halizah Hamzah & Joy Nesamalar
Samuel, 2014). Mohd. Nazar Mohamad (1990) menyatakan bahawa tingkah laku
bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan
kehidupannya. Manakala di bawah konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan
ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam bilik darjah.
Secara keseluruhannya, konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan dan strategi
yang digunakan oleh guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah untuk
mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru memainkan peranan yang paling penting
dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah.
3.0 Latar Belakang Kes
Saya telah memilih kes yang bertajuk One Bad Apple untuk membuat kajian
saya. Antara dua watak utama dalam kes ini ialah Cikgu Elaine dan William. Watak-
watak sampingan pula terdiri daripada Eddie, Cikgu Jerry, En.Payne dan pelajar-pelajar
kelas Darjah 5. Cikgu Elaine dalam cerita ini merupakan seorang guru yang
berpengalaman selama 26 tahun dan mempunyai tanggapan bahawa sekiranya
seorang pelajar pandai dalam Bahasa Inggeris dan menghadapi masalah dalam
Matematik, dia seharusnya mendapatkan A bagi Bahasa Inggeris dan tidak mengapa
sekiranya tidak mendapat A dalam matematik. Pada tahun semasa, beliau mendapat
kelas Darjah 5 di mana beliau mengajar kelas tersebut tahun lepas dan beliau
mengenali kekuatan dan kelemahan masing-masing kecuali dua orang pelajar barunya
yang bernama William dan Eddie.
Walaupun William suka membaca, tetapi tahapnya tidak setanding dengan
pelajar-pelajar yang lain. Pada minggu pertama di sekolah, dia tidak mahu membuat
kerja matematik dan enggan memegang pensil. Setelah beberapa minggu pertama
persekolahan berlalu, Cikgu Elaine turut mendapati bahawa William mempunyai
masalah kehadiran di mana dia akan ponteng ke sekolah dua atau tiga hari dalam
seminggu. Apabila Cikgu Elaine melaporkan hal ini kepada Cikgu Jerry, Cikgu Jerry
telah ke rumah William untuk bersiasat ketika dia tidak menghadiri ke sekolah. Apabila
Cikgu Jerry mengetuk pintu rumah William, rumahnya menjadi senyap dan tiada
sesiapa yang menjawab ketukan pintu. Beberapa jiran William memberitahu Cikgu Jerry
bahawa, William yang berada di dalam rumah akan membuka pintu dan tingkap dan
akan sambung menonton televisyen sebaik sahaja Cikgu Jerry meninggalkan tempat
tersebut. Apabila Cikgu Jerry bertemu dengan En.Payne, ayah William, beliau
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
mendapati kerja En.Payne tidak mengizinkannya untuk mengawasi kehadiran anaknya
ke sekolah.
Apabila menghadiri sekolah William kelihatan sedih dan senyap kecuali
sekiranya sesiapa melakukan sesuatu yang tidak disukainya yang boleh mencungkil
kemarahanya sehingga dia menjadi ganas. Cikgu Elaine agak bimbang tentang William.
Sesuatu kejadian yang mencungkil kemarahan William berlaku pada satu waktu tengah
hari pada September. Dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran William telah
mencampak buku teks Pendidikan Sosial di pada permukaan meja Chuck. Chuck
bertindak pantas dengan mengangkat tanganya dari meja dan mengundur ke belakang
dari meja tersebut sebelum buku itu terkena atas permukaan meja.
Setelah kejadian itu, Cikgu Elaine berbincang dan membuat perjanjian dengan
pelajar-pelajar lain kelas tersebut supaya tidak mengusik, menyentuh barang, atau
membetulkan William ketika dia melakukan kesalahan. Beliau turut meminta pelajar-
pelajar tersebut untuk memberi galakan kepada William. Eddie yang turut merupakan
pelajar kelas tersebut yang mempunyai masalah tingkah laku, sering mengacau William
untuk mendapatkan perhatiannya. Pada suatu waktu pagi dalam bulan November,
Eddie telah menolak William yang beratur dalam barisan. Hal ini membangkitkan
kemarahan William lalu dia menjadi ganas dengan menjatuhkan Eddie ke lantai dan
meletakkan kakinya atas tulang belakang Eddie lalu menarik bahunya dengan tujuan
untuk mencederakan. Tetapi Cikgu Elaine Berjaya memperhentikan pergaduhan
tersebut dan beliau terpaksa melindungi Eddie daripada dicederakan oleh William pada
bila-bila masa sahaja. Dengan tujuan untuk melindungi Eddie daripada sebarang
kecederaan fizikal, Cikgu Elaine membuat keputusan untuk membawa Eddie ke kelas
sebelah untuk memukulnya supaya William berasa Cikgu Elaine telah mengambil
tindakan yang sewajarnya dan supaya William tidak menyerang Eddie lagi. Walaupun
Cikgu Elaine sedar bahawa ini adalah bukan satu penyelesaian yang sesuai, tetapi dia
terpaksa berbuat demikian dengan tujuan untuk melindungi Eddie daripada serangan
William.
4.0 Masalah-masalah/ Isu-isu Kes
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
Terdapat beberapa masalah tingkah laku atau masalah disiplin dalam kes ini.
Antara masalah tingkah laku pertama dalam kes ini adalah William seorang pelajar
yang malas di mana dia enggan dan tidak mahu membuat kerja matematik dan dia
semata-mata tidak mahu pegang pensil. Masalah kedua dalam kes ini adalah William
mempunyai masalah kehadiran sekolah yang tidak memuaskan. Masalah kehadirannya
nampak jelas pada beberapa minggu pertama persekolahan. Dia telah ponteng ke
sekolah dua atau tiga hari dalam seminggu. Masalah yang ketiga adalah William
seorang yang mudah marah dan menjadi ganas sekiranya sesiapa mengusik
kesabarannya. Masalah ini kelihatan jelas dalam dua kejadian yang berlaku pada dua
masa yang berlainan iaitu satu pada bulan September dan yang kejadian kedua berlaku
pada November. Pada kejadian pertama, William telah mencampak buku teksnya ke
atas meja Chuck dengan begitu kuat dan ganas. Pada kejadian kedua pula, William
telah memukul Eddie yang telah menolaknya ketika beratur dalam barisan untuk
mendapatkan air. Ekoran itu, William menjadi marah dan bertindak ganas dengan
meletak kakinya atas tulang belakang Eddie lalu menarik bahunya dengan niat untuk
mencederakannya.

5.0 Faktor-faktor Pencetus Isu
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dan
tingkah laku William. Antaranya adalah faktor keluarga, faktor diri William.
Faktor pertama iaitu faktor keluarga boleh dilihat dari beberapa aspek. Aspek
pertama adalah konflik dalam keluarga William di mana kedua-dua ibu bapanya telah
bercerai sejak William seorang bayi Ketika bersama ibunya, dia dengan adik-adiknya
terpaksa bermalam dalam kereta atau tumpang di rumah kawan ibunya. Haliza Hamzah
& Joy Nesamalar (2014), menyatakan bahawa konflik dalam keluarga, penceraian atau
kehadiran adik baharu di rumah boleh mengganggu emosi kanak-kanak jika perubahan
ini tidak diurus dengan baik. Jadi dalam kes William, penceraian ibu bapanya telah
mendorong kepada masalah disiplin dan tingkah laku dan dia bertindak ganas dengan
pelajar-pelajar lain. Aspek seterus dalam faktor keluarga yang mengakibatkan masalah
disiplin dalam diri William adalah, tiada perhatian dari ayahnya. Ayahnya terpaksa
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
bertolak ke kerja sebelum William pergi ke sekolah dan ini secara langsungnya
mendorong William untuk ponteng ke sekolah.
Faktor kedua iaitu faktor diri William turut menyumbang kepada masalah
tingkahlakunya yang cepat marah dan bertindak begitu ganas. Keperluan fisiologinya
yang terdiri daripada kasih sayang, pengiktirafan, penghormatan yang tidak dipenuhi
menimbulkan berlakunya masalah dalam tingkah lakunya. Dirinya tidak disayangkan
sepenuhnya oleh ibu bapanya. Dia turut tidak menerima pengiktirafan daripada pelajar-
pelajar kelasnya pada awal dan ini turut menjadi salah satu faktor kepada keganasan
William. Ketiadaan penghormatan turut menjadikan William bertindak ganas di mana,
tanpa menghormati perasaannya, Eddie mengacau William dan mencetuskan
kemarahannya. Masalah emosi yang merupakan salah satu aspek dalam faktor diri
turut menyumbang kepada masalah disiplin dan tingkah laku di dalam bilik darjah.
William memiliki masalah emosi dalaman dan luaran mendorong kepada tidak
mempunyai kawan, kerap tidak hadir ke sekolah, bersikap agresif, mudah marah dan
kurang perasaan belas kasihan.
Faktor seterusnya adalah tiada pemerhatian yang mencukupi. William bersifat
malas dalam membuat kerja matematik dan enggan memegang pensil disebabkan
sebelum ini dia tidak mendapat perhatian yang mencukupi di rumah mahupun di
sekolah kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Kemungkinan besar, di sekolah kanak-
kanak bermasalah tersebut guru-guru tidak memberi keutamaan kepada pembelajaran
dan kerja dan hanya memberi tumpuan kepada tingkah laku. Hal ini menanamkan sikap
malas dalam diri William.
6.0 Model-model Disiplin
Antara Model-model Disiplin yang saya patut tahu dan faham untuk lebih
memahami kes masalah disipin dan tingkah laku William adalah Model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter dan juga Model Akibat Logikal
Dreikurs. Ketiga-tiga model ini sangat berkait rapat dengan kes yang telah saya
memilih.
6.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner telah dipelopori oleh B.F.Skinner.
Menurut kepada Mok Soon Sang (2013), modifikasi tingkah laku ialah satu pendekatan
yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman.
Dalam model ini, guru menggunakan dua teknik seperti peneguhan dan denda dan
peneguhan. Teknik pertama peneguhan terdiri daripada peneguhan positif dan
peneguhan. Peneguhan positif adalah bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid
yang diingini, manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan dikeluarkan
supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Teknik kedua
dalam Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner iaitu dendaan dan peneguhan
diaplikasikan pada pelajar untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Model ini sangat berkait rapat dengan kes yang telah saya memilih. William yang
selalu kelihatan sedih dan senyap di dalam kelas akan menjadi marah dan ganas
sekiranya ada sesiapa di dalam kelasnya melakukan perkara yang dia tidak suka.
Misalnya, sekiranya sesiapa mengusiknya, kemarahan dia akan meletup dan dia akan
bertindak. Sebagai contohnya, apabila rakan sekelasnya, Chuck yang duduk di
belakang William di dalam kelas, mengusiknya. Perbuatan Chuck yang menyindih
kemarahan William telah membuatkan William membangun lalu mencampak buku teks
Pendidikan Sosialnya ke atas meja Chuck dengan sekuat-kuat. Cikgu Elaine telah
memerhatikan keadaan ini. Pada satu hari apabila William tidak menghadiri ke sekolah,
Cikgu Elaine telah berbincang dengan pelajar-pelajar lainnya di dalam kelas tersebut.
Cikgu Elaine telah meminta dengan mereka supaya tidak mengusik, menyentuh
barang-barang ataupun membetulkan William sekiranya dia melakukan sebarang
kesalahan. Cikgu Elaine turut meminta mereka supaya memberikan galakan yang
mereka mampu seperi mengangguk-anggukkan kepala kepada William selepas William
membaca sesuatu petikan dengan kuat. Beliau mendapati bahawa William gembira
dengan ini, dan beliau ingin menggunakan kesempatan ini untuk membuatkan William
berasa bahawa dia adalah sebahagian daripada kelas Darjah Lima. Di sini, Cikgu
Elaine telah menggunakan peneguhan positif iaitu memberi galakan dengan
mengangguk-anggukkan kepala. Cikgu Elaine juga memerhatikan perubahan dalam
tingkah laku William dengan pengamalam peneguhan positif tersebut. Ini adalah selaras
dengan apa yang dinyatakan oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2014),
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku iaitu rangsangan peneguhan
positif di dalam bilik darjah bentuk kejayaan diraih selepas berusaha, persetujuan atau
penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman atau pujikan yang diperoleh.
6.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif Canter telah ditubuhkan oleh Lee and Marlene Canter pada
tahun 1976. Falsafah disiplin asertif adalah berlandaskan kepentingan pematuhan
murid untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif serta berkesan
dalam pembelajaran (Mok Soon Sang, 2013). Jadi, untuk mencapai matlamat ini,
seseorang guru haruslah bertindak secara asertif dan bukan agresif atau tidak asertif
berdasarkan kepada model ini.
Model Disiplin Asertif Canter turut ada kaitannya dengan kajian kes yang saya
menganalisis. Dalam cerita yang saya mengkaji, saya mendapati bahawa Cikgu Elaine
berusaha untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif serta berkesan
dalam pembelajaran. Walaupun beliau sedar bahawa, William tidak sememangnya
mematuhi peraturan kelas Darjah Lima, tetapi beliau tetap bersikap asertif. William
bermasalah tingkah laku seperti ponteng ke sekolah dan juga bersikap ganas terhadap
rakan-rakan di dalam kelas. Dalam keadaan sebegini, Cikgu Elaine tidak bersikap
sebagai seorang guru yang agresif yang bertindak garang, kasar, tidak mesra dan tidak
bertimbang rasa mahupun tidak menjadi guru yang tidak asertif yang menggunakan
pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan. Tetapi, beliau bersikap sebagai
seorang guru yang asertif di mana beliau jelas, yakin dan membina hubungan saling
mempercayai dengan murid-muridnya. Beliau mempercayai bahawa sekiranya beliau
bertindak agresif, pastinya ia tidak akan mengatasi masalah tingkah laku William.
6.3 Model Akibat Logikal Dreikurs
Model seterusnya iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs telah dipelopori oleh Rudulf
Dreikurs. Model ini juga disebut sebagai Model Disiplin Sosial. Choong Lean Keow
(2009) menyatakan bahawa fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Dreikurs
mengatakan bahawa masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh empat
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
motif seperti inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam dan juga
memaparkan kekurangan. Mengikut pandangan beliau, sekiranya motif pertama iaitu
motif inginkan perhatian dipenuhi, maka motif-motif yang lain tidak akan timbul. Justeru,
ianya adalah sangat penting bagi seseorang guru untuk memahami motif masing-
masing dalam usaha membasmikan tingkah laku bermasalah.
Dalam kes cerita yang saya mengkaji, saya mendapati bahawa setelah
mengenali masalah ponteng sekolah William, Cikgu Elaine telah berusaha untuk
mencari punca dan sebab William tidak menghadirkan diri ke sekolah dua atau tiga kali
dalam seminggu. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada
masalah tingkah laku (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Selaras
dengan pendapat Dreikurs yang ditekankan, Cikgu Elaine telah melaporkan masalah
kehadiran William kepada Cikgu Jerry dengan tujuan untuk mencari sebab-sebab
William ponteng ke sekolah.
Guru perlu mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang
mendatangkan kesan yang positif. Guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah
laku yang tidak diingini tetapi memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Seperti yang dinyatakan dalam
kenyataan tersebut Cikgu Elaine telah memberikan perhatian kepada William apabila
dia telah bertindak ganas terhadap Eddie. Misalnya, Cikgu Elaine membawa Eddie ke
kelas sebelah dengan tujuan untuk memukul Eddie. Dengan ini William merasakan
bahawa Cikgu Elaine telah memberi perhatian kepadanya dengan menghukup Eddie
yang telah mengacaunya. Selepas itu, perasaan balas dendam dalam William untuk
mencederakan Eddie dihapuskan. Hal ini kerana, William mendapat perhatian yang
sepatut daripada Cikgu Elaine.

7.0 Strategi-strategi Penyelesaian
Dalam menyelesaikan masalah tingkah laku William saya mencadang beberapa
strategi penyelesaian berdasarkan kepada model-model disiplin yang telah
dibincangkan di atas.
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
7.1 Strategi Penyelesaian Mengikut Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
Melihat pada masalah tingkah laku William enggan dan tidak mahu membuat
kerja Matematik. Jadi Cikgu Elaine patut mengalisis tingkah laku William terlebih
dahulu. Selepas itu beliau boleh menggunakan peneguhan positif yang berbentuk
ganjaran, contohnya seperti memberi hadiah. Melalui pemberian hadiah, ia akan
merangsang William dan akan mendorongnya untuk tidak bersifat malas lagi. Dia juga
akan menunjukkan tingkah laku yang diingini oleh Cikgu Elaine sekiranya dia diberi
hadiah sekiranya dia diberi ganjaran.
Strategi seterus untuk menyelesaikan masalah tingkah laku William yang ganas
adalah melalui dendaan. Tindakan William yang agresif apabila disindir oleh rakan-
rakan, berkemungkinan besar akan mendatangkan ancaman kepada rakan-rakannya.
Sebagai contohnya, tindakan William yang mencampak buku teks ke atas meja Chuck.
Sekiranya ia terkena pada Chuck, ia telah mungkin mencederakannya. Cikgu Elaine
harus mendendakan William untuk menghentikan tingkah lakunya yang tidak dingini.
7.2 Strategi Penyelesaian Mengikut Model Disiplin Asertif Canter
Strategi penyelesaian pertama mengikut Model Disiplin Asertif Canter adalah
dengan membinakan suatu jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa.
Cikgu Elaine boleh meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah dan
menyediakan suatu sesi perjumpaan bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapa
William. Dengan tindakan Cikgu Elaine dapat membincangkan masalah-masalah
tingkah laku anak mereka William. Tindakan sebegini akan memberikan kesedaran
kepada ibu bapa William tentang pentingnya kewujudan mereka kepada William untuk
mengatasi masalah disiplinnya.
Strategi penyelesaian masalah seterusnya adalah, Cikgu Elaine perlu
membentuk peraturan bilik darjah. Peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik
darjah akan membantu untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-
keperluan guru dan murid dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Ketika
membentuk peraturan bilik darjah Cikgu Elaine harus memastikan yang peraturan-
peraturan tersebut adalah jelas dan spesifik. Beliau juga harus memastikan bahawa
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
peraturan-peraturan berkuatkuasa sepanjang waktu persekolah. Selain daripada itu,
ketika membentuk peraturan-peraturan bilik darjah Cikgu Elaine harus memastikan
bahawa peraturan adalah selaras dengan umur murid-muridnya.
Selain daripada itu, sebagai strategi penyelesaian Cikgu Elaine perlu sentiasa
memberikan perhatian yang bersifat positif kepada William. Menurut kepada Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2014), guru perlu memberikan perhatian yang
positif kepada murid-murid, berinteraksi dengannya dan mewujudkan hubungan saling
mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Jadi dengan menjalinkan
hubungan yang baik dengan William dan memberikan perhatian padanya, masalah
tingkah lakunya dapat diatasi. Cikgu Elaine juga harus memberi pengiktirafan kepada
William. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2014) menyatakan bahawa
pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Apabila William diberikan pengiktirafan ketika
dia terus menghadiri ke sekolah tanpa ponteng ataupun dia membuat kerja matematik,
Cikgu Elaine boleh memberinya pujian dan perlu memberikan komen yang positif.
Dengan ini, masalah tingkah laku William akan berkurang.
7.3 Strategi Penyelesaian Mengikut Model Akibat Logikal Dreikurs
Berdasarkan kepada Model Akibat Logikal Dreikurs, guru boleh membawa
penyelesaian kepada masalah tingkah laku dengan memahami motif iaitu
menggunakan kuasa. Pergelutan kuasa antara Cikgu Elaine dengan William
ditunjukkan melalui beberapa sikap William seperti memegang pensil, enggan atau
tidak membuat kerja matematik harus diatasi dengan cuba mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif. Cikgu Elaine perlu alihkan fokus William ke tempat lain.
Contohnya, Cikgu Elaine mungkin boleh menyediakan tempat duduk untuk William di
sebelah meja beliau. Beliau juga boleh memberi kerja matematik yang ringan dan dapat
diselesaikan oleh William. Selain itu, Cikgu Elaine perlu usahakan supaya William
menyedari tingkah lakunya yang tidak sepatutnya.
Strategi penyelesaian yang seterus mengikut kepada Model Akibat Logikal
Dreikurs yang boleh diambil oleh Cikgu Elaine adalah dengan mengaplikasikan
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
langkah-langkah yang diusulkan oleh Dreikurs untuk menangani tingkah laku William
yang tidak diingini seperti, ponteng sekolah dan bertindak ganas.


Rajah 1: Cara Dreikurs Menangani Murid yang Mempunyai Motif Yang Salah
(Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2014 )
Sebagai langkah pertama berdasarkan kepada empat motif utama, Cikgu Elaine perlu
mengenal pasti motif William dan memahami motif yang telah ditunjukkannya. Kemudian Cikgu
Elaine perlu menunjukkan dan memberikan kesedaran kepada William bahawa dia telah
memilih cara yang tidak sepatutnya untuk memperolehi pengiktirafan. Seterusnya, sebagai
langkah ketiga Cikgu Elaine patut membantu William untuk menukar matlamatnya kepada
matlamat yang baru yang akan memupuk tingkah laku yang baik. Kemudian Cikgu Elaine harus
menggalakkan dan memberi bimbingan yang mencukupi supaya pelajar bertanggungjawab atas
matlamat baharu yang telah dipilih. Sebagai langkah terakhir Cikgu Elaine perlu membantu
William untuk melihat akan akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Cikgu perlu
memastikan bahawa William dapat memahami akibat itu dan ia perlu memberi manfaat kepada
diri William.
Dengan menggunakan kedua-dua strategi yang dibincangkan di atas masalah tingkah
laku yang wujud pada William dapat diselesaikan.
LANGKAH
PERTAMA
Kenal pasti motif murid
LANGKAH
KEDUA
Bantu murid memahami motif yang ditunjukkan
LANGKAH
KETIGA
Bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar
LANGKAH
KEEMPAT
Bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu
LANGKAH
KELIMA
Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1


7.4 Strategi-strategi Penyelesaian Lain
Dalam menyelesaikan masalah tingkah laku William Cikgu Elaine boleh
menangani beberapa strategi penyelesaian berdasarkan Model Pengurusan Kelompok
Kounin dan Model Terapi Realiti oleh Wiliam Glasser. Mengikut pada model ini, guru
hendaklah sentiasa mengawasi dan memerhatikan persekitaran bilik darjah. Apabila
timbul salah laku di dalam bilik darjah, beliau harus mencari dan memilih suatu masa
yang sesuai untuk menegur pelajar. Misalnya, sekiranya William bertindak ganas
dengan rakan sekelasnya, Cikgu Elaine perlu memilih satu masa yang sesuai untuk
memberikan peneguran kepadanya supaya tidak bertindak ganas. Ketika memberi
peneguran Cikgu Elaine seharusnya jelas, tegas dan perlu bereaksi dengan serius
pada William. Cikgu Elaine turut mencari punca atau orang yang mencungkil
kemarahan dan keganasan William. Melalui ini tingkah laku William yang bermasalah
dapat diselesaikan.
Masalah tingkah laku William boleh juga diselesaikan dengan mengikuti Model
Terapi Realiti oleh William Glaser. Cikgu Elaine perlu bersikap prihatin dan dia patut
menunjukkan keprihatinannya kepada William dengan mengambil berat tentang
William. Misalnya, Cikgu Elaine boleh pergi ke meja William dan berbincang
dengannya. Hal ini akan membuatkan William berfikir bahawa gurunya sangat prihatin
tehadapnya. Dengan ini dia juga akan merasakan dirinya disayangi dan dihargai di
dalam bilik darjahnya. Jadi secara langsungnya, Model Terapi Realiti oleh William
Glaser turut memainkan peranan penting dalam memberi strategi penyelesaian kepada
masalah tingkah laku William.

8.0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting dalam
melahirkan iklim bilik darjah yang kondusif supaya proses pengajaran dan
BAIRAVI GOVINDA RAJU 870608-23-5668 T2MT1
pembelajaran berjalan dengan lancar dan memberi efektif kepada diri seseorang
pelajar. Iklim bilik darjah akan sentiasa kondusif sekiranya tingkah laku pelajar-pelajar
diuruskan dengan cekap oleh para guru. Justeru itu, guru-guru harus mengaplikasikan
model-model disiplin yang dibincangkan tadi dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang
kondusif.

Bibliografi
1. Abdullah Sani Yahaya. 2006. Mengurus Disiplin Pelajar. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
2. Choong Lean Keow. 2009. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, S. 2014. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. James, M. K., Mark, P. M., Stanley, C. T., & Daniel, P. H. (2002). Managing
Classroom Behavior: A Reflective Case-Based Approach. Boston: A
Pearson Education Company.
5. Mahmood Nazar Mohamad. 1990. Pengantar Psikologi: Satu Penngenalan Asas
Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
6. Mok Soon Song. 2011. Psikologi Pendidikan (2
nd
ed.). Puchong. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
7. Mok Soon Song. 2013. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like