You are on page 1of 3

RESEPI GRILLED CHICKEN 

 
Bahan-Bahan perapan
● 10 keping whole leg (debone)
● 7 ulas bawang putih
● 1 biji bawang besar
● 10 g lada hitam DIKISAR (blend)
● 1 sk garam
● 1 cawan minyak
● 1 sk dried rosemary

Sayuran ( untuk dekorasi )


● Brokoli
● Bunga kubis
● Tomato ceri

CARA-CARA

Gaulkan semua bahan yang telah dikisar dengan ayam dan perapkan selama 4 jam di
dalam peti sejuk
(* sekiranya ayam yang telah diperap masih berbaki, masukkan ke dalam frezzer(beku)).
Cucuk sedikit bahagian ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat meresap ke
dalam isi ayam.
Beberapa jam selepas diperap, grilled atas kuali / pemanggang ajaib / non stick pan.

Rebus air hingga didih,masukkan minyak dan sedikit garam dan masukkan brokoli dan
bunga kubis serta tomato ceri dibakar bersama ayam.

copyright by red LB Cafe’


RESEPI SOS BLACK PEPPER  
 
Bahan- bahan :

30 g lada hitam
14 ulas bawang putih
I biji bawang besar
3 sudu besar minyak sayur DIKISAR (blend)
(minyak matahari / minyak jagung)
1.5 liter air

2 sudu besar stok kiub (Stok ayam)


2 sudu besar gula
4 sudu besar kicap pekat (caramel)
Tepung jagung ( untuk memekatkan sos)

CARA –CARA

Masukkan bahan –bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.


Masukkan air .Kacau hingga sebati.Masukkan stok kiub dan kicap pekat (caramel).
Renehkan sebentar dan masukkan tepung jagung mengikut kepekatan yang diperlukan.

Selamat mencuba !!!

copyright by red LB Cafe’

You might also like