You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN PROGRAM KECERIAAN


SEMPENA 3 K PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014
ANJURAN UNIT 3K
______________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Yang Dipertua,melalui Mesyuarat Ahli


Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru untuk menimbang dan bersetuju:

1.1 Mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah; dan

1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM

2. LATAR BELAKANG

2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa 3K,memutuskan untuk


melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah
pada tahun 2011 dan meminta kerjasama daripada PIBG sekolah.

2.2 Sehingga kini SKSK memerlukan penambahbaikan melalui projek-projek


keceriaan bagi menggantikan pintu kelas yang rosak,mengecat tiang besi dan
pintu yang telah lusuh, dan memasang sinki di Bilik Operasi Kesihatan.

2.3 Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sedikit suntikan kewangan atas kekangan
dan implikasi kewangan yang dialami atas ketiadaan bajet khas bagi unit
tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut:


i) Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya
lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di
sekolah.
ii) Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan adanya
penunjuk aras dalam SPSK.

iii) Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di


kalangan warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Dengan bertambahnya fungsi dan peranan Unit 3K kepada kumpulan


sasar,maka pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kualiti
perkhidmatan yang baik.Justeru,program murni ini perlu dijalankan bagi
kebaikan bersama.
4.2 Pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Keceriaan sempena


Bulan 3K peringkat sekolah berjumlah RM .Maklumat terperinci dalam
LAMPIRAN A.

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Program ini akan dijalankan oleh pekerja sekolah,guru atau orang luar yang
difikirkan sesuai.

6.2 Program akan dijalankan pada bulan April 2011 dengan dipantau oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K sekolah.

6.3 Cadangan Program Keceriaan ini meliputi aspek seperti berikut:

i) Mengecat Tiang besi bangunan sekolah

ii) Mengecat daun pintu kelas dan bilik khas


iii) Menggantikan dan membaik pulih sebilangan daun pintu yang rosak

iv) Memasang dua sinki di Bilik Kesihatan


7. PENUTUP

7.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K


peringkat sekolah tahun 2011 dikemukakan untuk pertimbangan dan
kelulusan.

8. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

9. SYOR

Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju:

9.1 mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah tahun


2011 ; dan

9.2 dengan anggaran peruntukan sebanyak.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERTUJUI

.............................................................
(AZHAR B. AHMAD)
Guru Besar,
SK. Sungai Kertas.
LAMPIRAN A

KOS PELAKSANAAN PROGRAM


BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH
(RM) KOS
(RM)
1 Cat Minyak “5 liter”
Colourland-Blue Black
2 Berus Cat
3 Kertas Pasir
4 Thinner Bottle
5 Kos Baik Pulih
Daun Pintu Kelas
6 Sinki Bilik Kesihatan
7 Kos Buruh
JUMLAH BESAR

You might also like