You are on page 1of 2

BORANG ULASAN MODEL E-PEMBELAJARAN WEBINAR

Nama : ..........................DENNIS HA YEE HENG.............................

Nama Sekolah : ...................SJKC CHUNG HUA LINGGA….........................

Kumpulan Perkhidmatan : ………PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN………...

Tarikh & Masa Pembentangan : .........................-...........................................................


(jika berkaitan)

Maklumat Modul e-Pembelajaran Webinar

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk : BICARA PROFESIONAL KPM: NORMAL BAHARU GURU SATU REALITI

2. Penceramah: YBRS DR AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM

3. Tarikh / Masa Siaran : JUMAAT, 5 JUN 2022, 10:00 PAGI

4. Penganjur: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Secara Keseluruhan, YBrs Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim yang berperanan sebagai moderator telah menjemput 4 orang guru
5. Ulasan Webinar:
untuk berkongsi atas norma baharu dalam sesi PdPc sepanjang tempoh PKP ini. Perkongsian pertama daripada Cikgu Norlyziah

binti Ali Hussein telah berkongsi tentang pengajaran melalui Whatsapp sebagai median utama. Cikgu Norlyziah juga

mengaplikasikan aplikasi telegram, Zoom dan juga Google Meet untuk penghantaran kerja rumah dan juga pembentangan antara

kalangan murid. Selain itu, cikgu Norlyziah telahpun merakam video untuk memudahkan pengajaran bagi setiap topik dan juga

kepada murid yang memakai video dalam mengulangkaji. Pembelajaran melalui projek juga dipakai oleh Cikgu Norlyziah bagi murid

sekolah menengah untuk meneroka sendiri bagi setiap topik yang ingin diajar. Seterusnya, Cikgu Chung Choon Yen yang

merupakan cikgu di SJKC Salak South telah berkongsi tentang penggunaan ICT semasa PdPc. SJKC Salak South merupakan

sekolah TS-25 yang para guru dan murid telah biasa dengan penggunaan ICT dalam pengajaran. Cikgu Chung telah memakai

Google Meet dan juga Whatsapp dalam pengajaran semasa sesi PKP ini. Ibu bapa telah memberi kerjasama dengan sepenuhnya

semasa sesi PKP ini selain daripada pengajaran daripada Cikgu Chung. Google Quiz juga digunapakai oleh Cikgu Chung dalam

pengajaran supaya murid tidak berasa bosan. Cabaran yang dihadapi oleh Cikgu Chung adalah sebahagian murid telah

menghadapi masalah internet dan mereka hanya dapat menggunakan aplikasi Whasapp dalam pembelajaran. Seterusnya, Cikgu

Kalaiarasan yang sedang berkhidmat di SJKT Nilai telah mengajar Bahasa Malaysia di SJKT Nilai. Kemahiran penggunaan Frog

VLE telah membantu Cikgu Kalai dalam pengajarannya sepanjang PKP. Media social seperti Facebook, Google Classroom dan lain-

lain telahpun dipakai oleh Cikgu Kalai dalam pengajaran beliau. Cabaran yang dialami oleh Cikgu Kalai adalah kerjasama ibu bapa

terutamanya pada permulaan PKP. Masalah ini telah diselesaikan oleh Cikgu Kalai di mana beliau telah menelefon ibu bapa secara

peribadi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Murid-murid juga menyediakan buku skrap Hari Raya serta pelbagai

latihan melalui talian dan akan diberikan sijil secara online serta hadiah setelah siap. Akhirnya, Cikgu Saffuan yang telah berkhidmat

di SK Datuk Shariff Hamid, Marudi telah berkongsi tentang penggunaan rakaman video sepanjang PKP ini. Cikgu Saffuan telahpun

menggunakan Google Classroom dan juga aplikasi Whatsapp sepanjang pengajaran beliau. Cabaran yang dihadapi oleh beliau

adalah capaian internet yang kurang dalam pedalaman dan beliau hanya dapat berkongsi pengetahuan beliau kepada murid yang

dapat melayari internet di sekitar bandar.


6. Manfaat/ Penggunaan ICT dalam PdPc amatlah diperlukan terutamanya pada zaman ke-21 ini. Ia telah menjadi sesuatu norma baharu
pengajaran yang diperoleh kepada semua pendidik mahupun para murid. Guru-guru perlu mahir dalam menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google
webinar:
Classroom, Telegram, Whatsapp mahupun video dalam pengajaran supaya dapat membantu murid untuk menguasai

kemahiran dalam masa yang lebih singkat. Selain itu, murid-murid juga akan berasa seronok dengan menggunakan pelbagai

aplikasi dalam pembelajaran mereka. Cabaran utama yang dihadapi oleh Kementerian bagi menjalankan pembelajaran atas

talian adalah capaian internet yang masih kurang dalam kawasan pedalaman. Hal ini dipercayai dapat diatasi oleh pihak

Kementerian dalam masa yang singkat untuk membantu murid yang berada di pedalaman terutamanya di Sabah dan

Sarawak.

7. Tandatangan:

You might also like