You are on page 1of 2

TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 2

SMK SERI KEMBANGAN 2022

TEMA : Warisan Negara

Tajuk : Kegiatan ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

a. Laporan Kajian perlu mengandungi perkara berikut :-


i. Pernyataan Masalah
ii. 3 Objektif Kajian
iii. 3 Kaedah Kajian
iv. Dapatan Kajian
v. Kesimpulan dan Cadangan
vi. Sumber Rujukan
vii. Lampiran

SOALAN

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu. Barangan dari
Alam Melayu menjadi tarikan pedagang luar. Selain itu, kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah
laluan perdagangan timur dan barat membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju.

Berdasarkan penyataan tersebut, anda dikehendaki melakukan kajian berkaitan kegiatan


perdagangan masyarakat kerajaan Alam Melayu

Kajian kes mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:


a) Pernyataan masalah – salin semula seoalan

b) Kajian literatur
- maksud dan takrifan, definisi pernyataan masalah, pendapat tokoh tentang kegiatan
perdagangan, mempunyai rujukan daripada kamus, akhbar (online/suratkhabar), buku,
majalah, bahan ilmiah atau sumber internet

c) Objektif kajian –
i) Pengetahuan: Saya dapat memahami….
ii) Kreatif: Saya membuat perbandingan..
iii) Nilai: Saya berasa bangga/bersyukur/mengambil iktibar…

d) Kaedah kajian –
i) Kaedah melayari internet: menulis beberapa laman sesawang yang dirujuki
ii) Kaedah analisis dokumen: akhbar/majalah/buku/jurnal/bahan ilmiah
iii) Kaedah audiovisual: radio/televisyen/YouTube
iv) Kaedah melawat tempat kajian: Nama lokasi dan alamat lokasi
e) Dapatan kajian –
i) Pengetahuan: terangkan tentang kegiatan perdagangan masyarakat Alam Melayu
ii) Kreatif: Dengan menggunakan peta i-Think, bandingkan kegiatan perdagangan
masyarakat kerajaan Alam Melayu dengan masa kini
iii) Nilai: Huraikan faedah dan kelebihan yang peroleh daripada kegiatan perdagangan
dahulu dan sekarang

f) Kesimpulan dan cadangan – masukkan cadangan, nilai


Secara kesimpulannya, saya dapat……. Saya berpendapat bahawa (penyataan masalah)
sememangnya penting dalam membawa……(nilai)
(Cadangan) Oleh itu, saya berharap agar semua pihak dapat berganding bahu supaya

g) Sumber rujukan – mesti sama dalam kajian literatur (sangat penting)


NO WIKIPEDIA, blog personal/gosip, orang sumber (ibubapa/guru/kawan)

h) Lampiran

Hasilkan laporan Kajian Kes:


1) Folio yang panjangnya tidak kurang daripada lima muka
surat dan bertulis tangan
ATAU
2) Persembahan slaid Powerpoint

You might also like