You are on page 1of 12

020218100521

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan analisis data berdasarkan laporan soal
selidik responden yang telah dijalankan berkaitan objektif kajian iaitu mengenal pasti
jenis-jenis perisa mi segera Maggi yang menjadi pilihan utama dalam kalangan
pelajar kelas UIAM dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
pelanggan terhadap pemilihan jenis perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar
UIAM di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

5.1 Data Demografi Responden


Seramai 21 orang pelajar dari kelas UIAM telah menjawab borang soal
selidik melalui Google Form. Berikut adalah analisis berkaitan dengan maklumat
demografi responden.

5.1.1 Jantina
Jantina Bilangan (Orang) Peratus (%)
Lelaki 5 23.80
Perempuan 16 76.20

Jadual 5: Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2021

JANTINA

23.80%

Perempuan
lelaki

76.20%

Rajah 1: Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2021
020218100521

Dapatan kajian menunjukkan daripada 21 orang responden yang terlibat


dalam soal selidik yang telah dijalankan, seramai 16 orang merupakan responden
perempuan bersamaan dengan 76.20% dan 5 orang merupakan responden lelaki
bersamaan dengan 23.80%. Jadual 5 dan Rajah 1 menunjukkan soal selidik yang
dijalankan terbahagi kepada lelaki dan perempuan untuk mengenal pasti citarasa dan
pendapat setiap jantina yang berbeza-beza.

5.1.2 Bangsa
Bangsa Bilangan (Orang) Peratus (%)
Melayu 14 66.70
Cina 5 23.80
India 1 4.80
Lain-lain 1 4.80

Jadual 6: Bangsa Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2021

BANGSA
4.80%

Melayu
23.80% Cina
India
Lain-lain

4.80%
66.70%

Rajah 2: Bangsa Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 6 dan Rajah 2 menunjukkan analisis bangsa-bangsa yang terlibat


dalam soal selidik yang telah dijalankan. Pengkaji mendapati seramai 14 orang atau
66.70% berbangsa Melayu, 5 orang berbangsa India dengan kadar 23.80%, bangsa
Cina dengan 1 orang atau 4.80% dan 1 orang atau 4.80% dari lain-lain bangsa. Ini
020218100521

menunjukkan responden terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Bermaksud hasil


dapatan kajian yang diperoleh mendapat maklum balas yang meluas dari pelbagai
bangsa mengenai mi segera Maggi.

5.2 Mengenal pasti jenis-jenis perisa mi segera Maggi yang menjadi pilihan utama
dalam kalangan pelajar kelas UIAM di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Seksyen
24, Shah Alam, Selangor.

Perisa Bilangan (Orang) Peratus(%)

Maggi Kari 9 42.90

Maggi Tomyam 2 9.50

Maggi Ayam 2 9.50

Maggi Asam Laksa 2 9.50

Maggi Pedas Giler Tomyumz 1 4.80

Maggi Pedas Giler Ayam Bakar 4 19

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi 1 4.80

Jadual 7: Jenis Perisa


Sumber: Kajian Lapangan 2021
020218100521

PERISA MI SEGERA MAGGI YANG MENJADI PILI-


HAN UTAMA DALAM KALANGAN PELAJAR UIAM

4.80%

Maggi Kari
Maggi Tomyam
19.00% Maggi Ayam
Maggi Asam Laksa
42.90% Maggi Pedas Giler Tomyumz
Maggi Pedas Giler Ayam
Bakar
4.80%
Maggi Pedas Giler Seafood
Berapi

9.50%

9.50%
9.50%

Rajah 3: Mengenal pasti jenis-jenis perisa mi segera Maggi yang menjadi pilihan utama pelajar UIAM
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 7 dan Rajah 3 menunjukkan analisis jenis-jenis perisa mi segera


Maggi yang menjadi pilihan utama pelajar UIAM. Berdasarkan analisis yang telah
diperoleh, pengkaji mendapati terdapat pelbagai jenis perisa mi segera Maggi yang
menjadi pilihan pelajar UIAM.
Seterusnya, merujuk kepada Jadual 7 dan Rajah 3, didapati bahawa
pelajar UIAM paling mengemari perisa Maggi Kari. Seramai 9 orang daripada 21
orang responden memilih perisa Maggi Kari sebagai perisa pilihan utama mereka. Ini
menunjukkan seramai 42.90% memilih perisa Maggi Kari sebagai perisa pilihan
utama mereka. Menurut informen X ( 28/6/2021 8:00 Malam), perisa Maggi Kari
ialah perisa mi segera Maggi kegemaran beliau kerana rasanya yang unik dengan rasa
pedas, masam dan manis serta rasa yang sukar untuk direplikasikan oleh perisa-perisa
mi segera Maggi yang lain.
Selain itu, menggunakan Jadual 7 dan Rajah 3, maka dapat dirumuskan
bahawa perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar merupakan pilihan kedua pelajar
UIAM. Perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar menjadi pilihan kepada 4 orang pelajar
dengan kadar 19%. Perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar ini tidak asing dalam
kalangan rakyat Malaysia kerana ia mempunyai rasa ayam bakar yang pedas sinonim
020218100521

dengan citarasa rakyat Malaysia yang memang menyukai makanan pedas. Untuk
menyokong pernyataan di atas, hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Rozin E dan
Rozin P dalam penyelidikan “Culinary themes and variations” menyatakan bahawa
untuk menjadikan makanan tidak membosankan, manusia telah menggunakan
gabungan perisa-perisa terutama sekali perisa pedas untuk memberikan ciri-ciri
tersendiri terhadap masakan seperti penggunaan Salsa di dalam masakan Mexico dan
penggunaan minyak zaitun yang dicampur dengan bawang putih di dalam masakan
Italy.
Di samping itu, menurut analisis yang diperoleh, terdapat 3 perisa mi
segera Maggi mempunyai bilangan tanda setuju yang sama iaitu seramai 2 orang atau
9.50% setiap perisa. Perisa-perisa tersebut ialah Maggi Tomyam, Maggi Ayam dan
Maggi Asam Laksa. Ketiga-tiga perisa mi segera Maggi ini merupakan antara 4 perisa
yang terawal memasuki pasaran mi segera Malaysia iaitu pada tahun 1971. Perisa-
perisa mi segera Maggi ini juga sedap dan mudah disiapkan, sehubungan itu, pelajar
UIAM memilih perisa-perisa mi segera Maggi ini sebagai pilihan perisa mi segera
Maggi mereka. Menurut informen Y ( 28/6/2021 8:05 Malam), perisa mi segera
Maggi pilihan beliau ialah perisa Maggi Asam Laksa. Beliau memberitahu bahawa
perisa Maggi Asam Laksa merupakan campuran ketiga-tiga perisa terkenal Maggi
iaitu Maggi Kari, Maggi Tomyam dan Maggi Ayam, perisa Maggi Asam Laksa
mempunyai rasa masam seperti Maggi Tomyam, rasa pedas seperti Maggi Kari dan
berbeza daripada perisa Maggi Ayam yang mempunyai rasa ayam, perisa Maggi
Asam Laksa mempunyai rasa ikan yang agak kuat.
Seterusnya, berdasarkan analisis yang telah diperoleh, pengkaji
mendapati terdapat 2 perisa mi segera Maggi yang mempunyai bilangan tanda setuju
terendah iaitu seramai 1 orang atau 4.80% sahaja bagi setiap perisa. Perisa-perisa
tersebut ialah perisa Maggi Pedas Giler Tomyumz dan perisa Maggi Pedas Giler
Seafood Berapi. Kedua-dua perisa mi segera Maggi ini dilancarkan pada tahun 2016
bersama-sama perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar.
020218100521

5.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan jenis


perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM di Kolej Tingkatan Enam Shah
Alam, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.
Sangat
Tidak Sangat
Tidak Setuju
Bil Pernyataan Setuju Setuju
Setuju
Bil % Bil % Bil % Bil %
Pengaruh
1 1 4.80 3 14.30 10 47.60 7 33.30
Keluarga

2 Sedap 0 0 0 0 5 23.80 16 76.20

Senang
3 0 0 0 0 4 19 17 81
Disiapkan
Pengaruh
4 2 9.50 7 33.30 6 28.60 6 28.60
Media Sosial
Mudah
5 0 0 2 9.50 4 19 15 71.40
Didapati

Jadual 8: Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan


perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM
Sumber: Kajian Lapangan 2021
020218100521

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesetiaan Pelanggan Terhadap Pemilihan Perisa


Mi Segera Maggi Dalam Kalangan Pelajar UIAM

15
4
Mudah Didapati
2
0

6
6
Pengaruh Media Sosial
7
2
Faktor-faktor

17
4
Senang Disiapkan
0
0

16
5
Sedap
0
0

7
10
Pengaruh Keluarga
3
1

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18

Bilangan Pelajar

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 4: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan jenis perisa
mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM
Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 8 dan Rajah 4 menunjukkan faktor yang mempengaruhi kesetiaan


pelanggan terhadap pemilihan perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM.
Maklumat diperolehi dari soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar kelas
UIAM.

Faktor Pengaruh Keluarga


50 47.6
45

40
Peratus (%)
30

25
020218100521
20
14.3
15

10
4.8
5

Pengaruh Keluarga

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 5: Faktor Pengaruh Keluarga


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 8 dan Rajah 5, pengaruh keluarga merupakan salah


satu faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan perisa mi
segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM. Bermula dari sangat tak setuju, skala ini
menerima 4.80% atau 1 orang daripada jumlah keseluruhan responden 21 orang.
Skala seterusnya ialah tak setuju yang menerima 3 orang bersamaan dengan kadar
13.40%. Beralih kepada skala yang paling tinggi peratusannya ialah setuju sebanyak
47.60% atau seramai 10 orang. Skala yang terakhir ialah sangat setuju, 7 orang
bersamaan dengan kadar 33.30% memilih skala ini. Menurut informen X (28/6/2021
8:00 Malam), beliau mengatakan beliau dihidangkan perisa Maggi Kari sejak dari usia
yang kecil oleh keluarga beliau, disebabkan itu beliau memilih perisa mi segera
Maggi pilihan berbanding perisa-perisa mi segera Maggi yang lain. Temu bual yang
yang dijalankan dengan informen X boleh disokong dengan kajian yang dijalankan
oleh Yahya Bin Buntat dan Khodijah Binti Hassan (2009), dalam kajian “Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar
Tahun Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia”. Di dalam kajian tersebut, pengkaji mengatakan faktor keluarga
memberi pengaruh sederhana terhadap keputusan responden dalam memilih
020218100521

kerjayanya. Ini menyokong faktor pengaruh keluarga mempengaruhi kesetiaan


pelangggan terhadap pemilihan perisa mi segera Maggi di kalangan pelajar UIAM.

Faktor Sedap
90

80 76.2

70

60
Peratus (%)

50

40

30
23.8
20

10
0 0
0

Sedap

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 6: Faktor Sedap


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat melalui soal selidik,


pengkaji mendapati faktor sedap menjadi kunci kesetiaan pelanggan terhadap
pemilihan jenis perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM. Bagi
pernyataan ini, 16 orang atau 76.20% memilih sangat setuju dan 5 orang atau 23.80%
memilih setuju. Hal ini disokong melalui temubual yang dijalankan ke atas 2 orang
pelajar UIAM. Kedua-dua informen X (28/6/2021 8:00 Malam) dan Y (28/6/2021
8:05 Malam) memaklumkan bahawa faktor sedap dan rasa yang unik menyebabkan
mereka memilih perisa mi segera Maggi pilihan mereka. Kesimpulannya, pelajar
UIAM bersetuju faktor sedap merupakan faktor yang mempengaruhi kesetiaan
mereka dalam memilih perisa mi segera Maggi.
020218100521

Faktor Senang Disiapkan


90
81
80

70

60
Peratus (%)

50

40

30
19
20

10
0 0
0

Senang Disiapkan

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 7: Faktor Senang Disiapkan


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Selain itu, menurut analisis yang diperoleh daripada Jadual 8 dan Rajah
7, pengkaji mengetahui faktor mudah disiapkan merupakan antara faktor utama yang
mempengaruhi kesetiaan terhadap pemilihan perisa mi segera Maggi dalam kalangan
pelajar UIAM. Pernyataan ini mendapat 17 orang atau 81% orang memilih sangat
setuju dan 4 orang dengan 19% memilih setuju. Pernyataan ini disokong dalam
kenyataan artikel akhbar Sinar Harian dengan tajuk “Banyak jasa mi segera” iaitu
slogan “cepat dimasak, sedap dimakan” sangat mesra dengan halwa telinga. Slogan
tersebut mungkin ringkas, tetapi impaknya amatlah besar. Apabila rakyat Malaysia
berasa lapar dan dalam keadaan kesuntukan masa untuk memasak, perkara pertama
yang terlintas di fikiran rakyat Malaysia adalah mi segera Maggi. Dengan ini, faktor
senang disiapkan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan
terhadap pemilihan perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM.
020218100521

Faktor Pengaruh Media Sosial


35 33.3

30 28.6 28.6

25
Peratus (%)

20

15

9.5
10

Pengaruh Media Sosial

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 8: Faktor Pengaruh Media Sosial


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berbantukan Jadual 8 dan Rajah 8, pengkaji berjaya menganalisis sama


ada pengaruh media sosial mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan
perisa mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM. Berdasarkan analisis yang
dibuat, 6 orang memilih sangat setuju bersamaan 28.60%, 6 orang atau 28.60%
memilih setuju, 7 orang dengan kadar 33.30% memilih tak setuju dan 2 orang atau
9.50% memilih sangat tak setuju. Pengkaji mendapati faktor pengaruh media sosial
dalam pemilihan perisa mi segera Maggi di kalangan pelajar UIAM tidak konsisten
kerana bilangan pelajar yang bersetuju ialah sebanyak 57.20% atau 12 orang pelajar
manakala sebanyak 42.80% bersamaan 9 orang tidak setuju dengan faktor ini.
Sehubungan dengan itu, faktor pengaruh media sosial kurang mempengaruhi
kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan perisa mi segera Maggi dalam kalangan
pelajar UIAM.
020218100521

Faktor Mudah Didapati


80
71.4
70

60

50
Peratus (%)

40

30
19
20
9.5
10
0
0

Mudah Didapati

Sangat Setuju Setuju Tak Setuju Sangat Tak Setuju

Rajah 9: Faktor Mudah Didapati


Sumber: Kajian Lapangan 2021

Akhir sekali, faktor terakhir ialah mudah didapati. Pernyataan ini


mendapat 15 orang (71.40%) sangat setuju, 4 orang atau 19% setuju dan 2 orang
(9.50%) tidak setuju. Majoriti daripada pelajar UIAM bersetuju dengan pernyataan ini
kerana mi segera Maggi amat mudah untuk dijumpai di pasar raya malah terdapat
juga mi segera Maggi di aplikasi membeli belah atas talian, Shopee. Perkara ini dapat
disokong dengan melalui temubual yang dijalankan. Informen X (28/6/2021 8:00
Malam) menjelaskan bahawa perisa-perisa mi segera Maggi yang terkenal seperti
Maggi Kari, Maggi Tomyam, Maggi Pedas Giler Ayam Bakar amat mudah untuk
dijumpai di pasaraya dan malah di kedai runcit. Konklusinya, faktor mudah dijumpai
merupakan faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pemilihan perisa
mi segera Maggi dalam kalangan pelajar UIAM.

You might also like