You are on page 1of 23

EDUP2122

PENTAKSIRAN DALAM
BILIK DARJAH

Topik 1 Konsep Asas


Pendidikan
TAY SOON HIANG
JABATAN SAINS
TAJUK 1 : KONSEP ASAS
PENTAKSIRAN

Peranan dan Tujuan


Pentaksiran Dalam
Pendidikan
Kriteria Kejayaan

► Menerangkan pentaksiran tentang pembelajaran,


pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran
sebagai pentaksiran.
Pentaksiran Tentang (of)
Pembelajaran

► Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of


learning) adalah berbentuk sumatif (summative)
► Digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan
apa yang pelajar boleh lakukan, mendemonstrasikan
samada mereka berjaya mencapai hasil pembelajaran
► Menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau
diletakkan dan dibandingkan dengan yang lain.
Pentaksiran Tentang (of)
Pembelajaran

► Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam


memastikan mereka telah menjalankan dan mengunakan
pentaksiran bagi tujuan membekalkan kenyataan yang tepat
dan bermakna terhadap kebolehan pelajar
► Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat dan
informasi boleh menggunakan maklumat tersebut untuk
menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan
Pentaksiran Tentang (of)
Pembelajaran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran


tentang Pembelajaran
► Pendidik dan guru bertanggungjawab dalam
menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat
dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang
diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi.
Pentaksiran Tentang (of)
Pembelajaran
► Pendidik dan guru menyediakan kaedah yang rasional
bagi membolehkan pentaksiran tentang pembelajaran
tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang
tertentu
► Menyediakan kenyataan yang jelas bagi pembelajaran
yang diinginkan
► Melaksanakan proses yang membolehkan pelajar dan
murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau
kompetensi
Pentaksiran Tentang (of)
Pembelajaran

► Kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir


hasilan yang sama penanda dan petunjuk am
bagi membuat keputusan
► Kaedah yang telus bagi pentaksiran deskripsi
mengenai proses pentaksiran
► Strategi bagi membina semula apabila
berlakunya ketidaksehaluan dalam membuat
keputusan
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran

► Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for


learning) adalah untuk pendidik dan guru
mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan
dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
► Memaklumkan cara dan kaedah pembelajaran
pelajar dan mengenalpasti corak dan kaedah serta
jalan yang diambil oleh pelajar
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran

► Pendidik atau guru menyediakan rekabentuk yang


teliti agar informasi hasilan keputusan dapat
menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh
pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam
bagaimana, bila dan sama ada pelajar boleh
mengaplikasi apa yang mereka pelajari.
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran

► Pendidik dan guru boleh mengunakan informasi dan


maklumat ini untuk menyalurkan sumber serta memberi
maklum balas kepada pelajar bagi tujuan
mempertingkatkan pembelajaran
► Pendidik dan guru memastikan pembelajaran adalah
berterusan dan interaktif
► Pendidik dan guru mengimbangkan proses pengajaran
dan pembelajaran
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran
► Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar
atau kumpulan pelajar memilih
► Menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan
pembelajaran
► Merancang strategi pengajaran yang berlainan dan
peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak
maju dalam pembelajaran
► Menyediakan maklumbalas dan arahan segera/ semerta
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran
Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran Untuk
Pembelajaran

► Menjadikan pentaksiran sebagai sebahagian dari


perancangan pengajaran dan pembelajaran yang efektif
► Menumpukan kepada bagaimana murid mempelajari sesuatu
► Diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah
► Dianggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran
Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran
Untuk Pembelajaran

► Sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran


memberi kesan impak
► Mengambil kira kepentingan motivasi murid
► Bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap
matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman
tentang kriteria yang ditaksir
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran Untuk


Pembelajaran

► Membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar


mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri
► Mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian
pembelajaran murid
► Memberi bimbingan konstruktif tentang bagaimana pelajar
boleh meningkatkan pencapaian
Pentaksiran Untuk (for)
Pembelajaran

Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu


memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri)
pelajar
► Memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan
pelajar sebagai penguhubung yang kritikal di antara
pentaksiran dan pembelajaran
Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Pelajar bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan


berupaya menjadi pentaksir yang kritikal
► Pelajar memahami dan berupaya mengesan informasi
dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan
maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan
mengunakannya untuk tujuan pembelajaran
► Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam
meta-kognisi (meta-cognition).
Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Pelajar memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan


maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan,
penyesuaian, dan pertukaran serta perubahan dalam apa
yang mereka fahami.
► Memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing
pelajar membina, mempraktik atau mengamalkan dan
berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal yang
dijalankan pelajar sendiri.
Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai


Pembelajaran adalah :
► Memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran
kendiri
► Membimbing pelajar dalam menentukan matlamat, dan
memantau prestasi mereka
► menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan
berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum
bekerjasama dengan pelajar
Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas


► Membimbing pelajar dalam membentuk maklum balas
dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri
bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta
berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang
ketara dalam mempelajari perkara baru
Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Menyediakan peluang berterusan dan yang


mencabar untuk diamalkan, agar pelajar menjadi
yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten
► Memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga
pembelajaran serta menyediakan maklumbalas
yang terperinci

Pentaksiran sebagai (as)
Pembelajaran

► Menyediakan persekitaran yang selamat bagi


pelajar dan murid memperolehi peluang
pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya
dari pihak sekolah atau pentadbiran

You might also like