You are on page 1of 10

理科学家

F4 BM

Kelas: 29 (12.11.2022) TAJUK: KERTAS 2

TINGKATAN: 4 SUBTAJUK:
-Soalan 3 (Nota & Latihan Penyuntingan 2)

➢ Kesalahan Bahasa merangkumi kesalahan-kesalahan berikut:


• Kesalahan tanda baca ✔️
• Kesalahan ejaan ✔️
• Kesalahan imbuhan
• Kesalahan tatabahasa
• Kesalahan kata atau istilah

➢ Kesalahan imbuhan

• Bentuk imbuhan peN+ pada kata nama (名词)

1. Kenal pasti kata dasar (原字)

2. Lihat bentuk imbuhan awalan pada kata kerja yang daripadanya kata nama
itu diterbitkan

Kata Dasar BENTUK IMBUHAN BENTUK IMBUHAN


PADA KATA KERJA PADA KATA NAMA
laksana melaksanakan projek pelaksanaan projek
Basmi membasmi kemiskinan pembasmian kemiskinan
Tadbir mentadbir negara pentadbiran negara
galak menggalakkan pelaburan penggalakan pelaburan
kebumi mengebumikan jenazah pengebumian jenazah
kembang berkembang pesat perkembangan pesat

• IMBUHAN ‘meN- … -kan’ DAN ‘meN- … -i’

1. Kata kerja apitan (加插缀词) ‘meN- … -kan’ DAN ‘meN-’

‘meN- … -kan’ = 2 objek (object tepat dan object sipi)

Mak Lina membuatkan Pak Jamil secawan kopi.

‘meN-’ = 1 objek (objek tepat dan frasa keterangan)


Mak Lina membuatkan secawan kopi untuk Pak Jamil.

1
理科学家
F4 BM

Contoh

IMBUHAN ‘meN- … -kan’ IMBUHAN ‘meN-’


Afiq mencarikan Pak Zul akar Tongkat Ali Afiq mencari akar Tongkat Ali untuk Pak Zul.

Ibu memasakkan bapa bubur kacang Ibu memasak bubur kacang untuk bapa

Nazmi menjahitkan Hazim sehelai baju Nazmi menjahit sehelai baju untuk Hazim

Hanis membelikan Izzati senaskah majalah Hanis membelikan senaskah majalah untuk Izzati

2. Kata kerja ‘meN- … -kan’ dan ‘meN- … -i’ dari segi kedudukan objek
tepat dan objek sipi

‘meN- … -kan’ = akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda) dan
frasa keterangan.

Baginda mengurniakan hadiah kepada pembesar istana itu.

‘meN- … -i’ = menerima 2 objek iaitu objek tepat (objek bernyawa) dan
objek sipi

Baginda mengurniai pembesar istana itu hadiah

Contoh

IMBUHAN ‘meN- … -kan’ IMBUHAN ‘meN-…-i’


Puan Zul menghidangkan ayam goreng kepda Puan Zul menghadiahi kami ayam goreng
kami

Sultan Kedah menganugerahkan bintang Sultan Kedah menganugerahi Perdana Menteri


kehormatan kepada Perdana Menteri. bintang kehormatan

Ketua kampung menghadiahkan basikal Ketua kampung menghadiahi murid miskin


kepada murid miskin sebuah basikal

3. Kata kerja ‘meN- … -kan’ dan ‘meN- … -i’ dari sudut makna

Dari segi makna, perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan


‘meN- … -kan’ dan ‘meN- … -i’ membawa pengertian makna yang
tidak sama

2
理科学家
F4 BM

Contoh

Kata Dasar IMBUHAN Contoh


APITAN
turun menurunkan Pemandu teksi itu menurunkan penumpang di
hadapan bangunan itu.
(menyuruh penumpang turun)

menuruni Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan


yang curam itu dengan lajunya.
(turun melalui jalan yang curam)

kahwin mengahwinkan Pak Abu hendak mengahwinkan anak perempuannya


dengan anak orang kaya itu.
(menjadikan anaknya berkahwin)

mengahwini Pak Abu megakwini janda mud aitu setelah istterinya


meninggal dunia
(berkahwin dengan janda muda)

4. KESALAH PENGGUNAAN IMBUHAN

Kata IMBUHAN IMBUHAN Contoh


Dasar YANG YANG
SALAH BETUL
tinju peninju petinju Mohammad Ali merupakan petinju hebat yang
dikenali peminat sukan di seluruh dunia

ketepi mengenepikan mengetepikan Juruwang itu mengetepikan wang keuntungan


hasil jualan hari itu.

pasti mempastikan memastikan Cikgu Azah perlu memastikan semua pelajar


menyertai Majlis Pelancaran Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat sekolah.

lantik perlantikan pelantikan Pelantikan Zakuan sebagai ketua kelas 5


Bestari telah memudahkan urusan guru
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran

pos mengpos mengepos Ibu mengepos bungkusan makanan kegemaran


Aina yang sedang menyambung pelajarannya
di United Kingdom.

3
理科学家
F4 BM

5. HUKUM P, T, K, S

Apabila perkataan yang bermula dengan huruf p, t, k dan s dicantum dengan


imbuhan meN- … (me…, men…, mem…, meng…), maka huruf p, t, k dan
s akan digugurkan kecuali KATA PINJAMAN dan beberapa kekecualian.

pesan→memesan tari→menari karang→mengarang salin→menyalin

CONTOH KATA PINJAMAN

KATA DASAR IMBUHAN


proses memproses
takrif mentakrif
klasifikasi mengklasifikasikan
sistem mensistemkan

CONTOH KEKECUALIAN**

KATA DASAR IMBUHAN


perkasa memperkasakan
tertawa mentertawakan
kaji mengkaji
sabit mensabitkan

➢ Kesalahan kata atau istilah


Kata/ istilah yang tidak sesuai digunakan atau salah penggunaanya

KESALAHAN KATA
• Menggunakan bentuk kata tunggal bagi bentuk ganda
SALAH BETUL
berbagai kuih berbagai-bagai kuih
bersama adik bersama-sama adik
kedua pelajar kedua-dua pelajar
setengah orang setengah-setengah orang
pada bila masa pada bila-bila masa

• Menggunakan kata nama yang sudah mendukung maksud banyak


SALAH BETUL
mereka-mereka mereka
umat-umat umat
rakyat-rakyat rakyat

4
理科学家
F4 BM

• Menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang


menandakan jumlah banyak

SALAH BETUL
Dua buah rumah-rumah Dua buah rumah
Semua penonton-penonton Semua penonton
Segala pegawai-pegawai Segala pegawai
Antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan
Senarai nama-nama Senarai nama
Kebanyakannya sibuk dengan urusan- Kebanyakannya sibuk dengan urusan
urusan

• Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah


SALAH BETUL
guru besar-guru besar guru-guru besar
kertas kerja-kertas kerja kertas-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk reka-reka bentuk

• Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan
benda abstrak)
SALAH BETUL
di pagi hari pada pagi hari
di abad ke-20 pada abad ke-20
di masa itu pada masa itu
di ingatan pada ingatan
buku itu ada dengan ali buku itu ada pada ali

• Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa
serta masa)
SALAH BETUL
hingga kepada hari ini hingga ke hari ini
kepada tempat lain ke tempat lain
dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu

• Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak,
kecuali masa)
SALAH BETUL
Ke pegawai itu Kepada pegawai itu
Ke ketua pasukan Kepada ketua pasukan
Dilemparkan ke Ali Dilemparkan kepada Ali
Diserahkan ke Ketua Pengaran Diserahkan kepada Ketua Pengarang

5
理科学家
F4 BM

• Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk
orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya)
SALAH BETUL
Dari buku itulah diperolehnya banyak Daripada buku itulah diperolehnya
ilmu kebudayaan banyak ilmu kebudayaan
Dia lebih kaya dari saya Dia lebih kaya daripada saya
Peti itu dari kayu Peti itu daripada kayu
Kiriman itu dari ayahnya Kiriman itu daripada ayahnya

• Kesalahan kata sendi name dari (tempat dan waktu)


SALAH BETUL
Saudara datang daripada mana? Saudara datang dari mana?
Dari saat ini, ubahlah sikapmu. Dari saat ini, ubahlah sikapmu.

• Pengabaian Kata Sendi Nama


SALAH BETUL
pergi sekolah pergi ke sekolah
balik kampung balik ke kampung
lupa nama orang itu lupa akan nama orang itu
lalu jalan ini lalu di jalan ini
benci orang itu benci kepada orang itu
suka durian suka akan durian
aku cintanya aku cinta kepadanya
takut hantu takut akan/kepada hantu
tahu perkara itu tahu akan/tentang perkara itu

KESALAHAN ISTILAH

• Kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak


sesuai dengan kehendak ayat atau situasi

SALAH BETUL KETERANGAN


Peragawati yang bertugas Pramugari yang bertugas peragawati – perempuan yang
dalam pesawat tersebut dalam pesawat tersebut memperagakan
membuat pengumuman supaya membuat pengumuman (mempamerkan) pakaian dan
semua penumpang memasang supaya semua penumpang lain-lain yang dipakainya.
tali keledar keselamatan memasang tali keledar
keselamatan pramugari – pelayan kapal
terbang (perempuan)
Pihak polis sedang giat Pihak polis sedang giat kumpulan – kelompok (orang,
memburu sekumpulan memburu segerombolan binatang, dan lain-lain)
penjenayah yang dipercayai penjenayah yang dipercayai
masih berada di sempadan masih berada di sempadan gerombolan – kumpulan/
negara negara kelompok; kumpulan orang
jahat

6
理科学家
F4 BM

• Penggunaan banyak DAN ramai

Banyak = manusia, binatang dan benda

Ramai = menunjukkan suasana tempat


Cth: Pasar itu ramai. [maksudnya pasar itu riuh-rendah, sibuk]

• Penggunaan pedalaman DAN pendalaman

Pedalaman = kawasan atau daerah yang jauh terpencil


Cth: Kawasan pedalaman Sabah tiada bekalan elektrik

Pendalaman = Berusaha mendalami(memahami) atau perbuatan mendalamkan


sesuatu(menggali).
Cth: Pendalaman dasar Sungai Perak perlu dilaksanakan untuk mengatasi
masalah banjir.

• Penggunaan bila DAN apabila

bila = Kata bila adalah kata keterangan tanya yang digunakan untuk
menanyakan waktu (masa,ketika)

Kalau begini sampai bila pun, kita tidak akan pindah.

bila-bila = Kata bila-bila digunakan untuk menerangkan sebarang masa


ataupun waktu.

Bila-bila sahaja hari akan hujan.

apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.


Plastik itu menjadi cair apabila dipanaskan.

• PERKATAAN HAMPIR SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN


MAKNA

tempoh tempuh mencolek menculik


seloroh seluruh hemat hemah
kelok keluk taksir tafsir
mengubah menggubah tonton tuntun

7
理科学家
F4 BM

meraung melaung tergulung tergolong


secocok secucuk belot belut
sasaran sesaran indah endah

• ISTILAH SEMASA DAN MAKSUD

BAHASA BAHASA KETERANGAN


INGGERIS MELAYU
selfie swafoto Mengambil gambar foto dengan usaha sendiri
menggunakan kamera telefon pintar atau kamera
digital.
photobomb tunafoto Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan
sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
viral tular Membiak atau menjangkiti ( penyakit, benih penyakit) /
merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang
baik), menjalar
online dalam talian Keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah
kawalan sistem utama komputer atau perihal bolehnya
pengguna berinteraksi secara langsung dengan orang
ramai menggunakan komputer.
download muat turun Tindakan memindahkan fail atau data dari komputer ke
komputer pengguna melalui talian rangkaian
emoticon emotikon Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet
road show jerayawara Persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh
seseorang atau sekumpulan orang yg berkunjung dr satu
tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan
hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai.

8
理科学家
F4 BM

Latihan penyuntingan3:

Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan
betulkan sembilan kesalahan dalam petikan. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut
Kementerian Pendidikan Malaysia akan melakukan pengambilan khas seramai 18702
pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG 41 secara one-off bagi mengatasi masalah
kekurangan guru di negara ini terutama di empat negeri. Terdapat keperluan untuk
mewujudkan kluster opsyen pelajaran berdasarkan kelayakan calon bagi membolehkan
sumber tenaga manusia dapat diisi secepat mungkin. Empat negeri berkenaan ialah
Selangor, Johor, Sarawak, dan Sabah yang berdepan kekurangan guru paling tinggi di
Malaysia ketika ini. Kementerian Pendidikan Malaysia berdepan cabaran kekurangan calon
guru dari institut pendidikan guru selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

Dipetik dan diubah suai daripada


''Sinar Harian, (2021 Jun 21) Ambilan khas 18702 pendidik, 21''

Jawapan:

1._______________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________
5. ______________________________________________________________________
6. ______________________________________________________________________
7. ______________________________________________________________________
8. ______________________________________________________________________
9. ______________________________________________________________________

Latihan penyuntigan 4:
Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan
betulkan sebelas kesalahan dalam petikan. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut
Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk
berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang
mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka
berkembang secara neutral dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu
menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok eloknya pelajar
harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang
mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah
keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana
dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.

9
理科学家
F4 BM

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada


“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2018)

Jawapan:

1._______________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________
4. _______________________________________________________________________
5. _______________________________________________________________________
6. _______________________________________________________________________
7. _______________________________________________________________________
8. _______________________________________________________________________
9. _______________________________________________________________________
10. ______________________________________________________________________
11. ______________________________________________________________________

10

You might also like