You are on page 1of 4

(REFLEKSI JURNAL)

SSKC 5123: TEORI & PRAKTIS KAUNSELING


KELOMPOK

DISEDIAKAN OLEH:

NOR FATIN AMIRA BT SALLEH

NO.MATRIK: 827737

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHD AZRIN BIN MOHD NASIR


Dalam proses kaunseling kelompok yang dijalankan, banyak perkara dan proses

baharu yang saya pelajari memandangkan ia adalah kali pertama untuk saya. Saya

berperanan sebagai ahli dan juga pemimpin bagi kumpulan tersebut. Sebagai

pemimpin, saya perlu memastikan sesi kaunseling tersebut berjalan dengan lancar dan

tenang. Dalam setiap sesi, ahli kelompok menceritakan bermacam-macam isu dan

cerita yang peribadi mahupun tidak. Justeru, sudah tentu ada pelbagai emosi dan

perasaan yang akan timbul, seperti sedih, gembira, takut, marah dan pelbagai emosi

lain. Ia memerlukan kemahiran untuk saya mengemudi perjalanan sesi dengan baik dan

mengawal emosi ahli-ahli kelompok supaya sesi dapat diteruskan tanpa gangguan. Ia

mencabar kebolehan saya sebagai ketua dan membuka perwatakan baru saya. Saya

belajar juga bagaimana untuk menghormati setiap ahli yang lain dari segi memberi

pandangan masing-masing dan sebagainya. Selain itu, sebagai ketua kumpulan

seorang kaunselor juga perlu menjadi ketua yang mengambil berat, mendengar

peluahan dengan baik, dan perlu menerima pendapat klien tanpa ada judgement.

Seterusnya, dari segi pencapaian matlamat yang ditetapkan, saya merasakan

bahawa matlamat yang ditetapkan oleh saya sendiri sudah dapat dicapai. Walaupun

mungkin tidak sesi kelompok berkenaan ada kekurangan dan tidak sempurna, namun

saya berjaya mengendalikan sesi dengan lebih yakin. Matlamat saya untuk berasa lebih

yakin bercakap di hadapan orang ramai sudah berjaya dicapai. Selain itu, melalui sesi

itu matlamat saya adalah agar ahli kelompok dapat bercerita apa sahaja perkara yang

mereka ingin kongsikan walaupun peribadi bagi mereka. Sebagai seorang kaunselor,

apabila klien boleh menceritakan apa sahaja perkara walaupun peribadi, ia dilihat

sebagai satu kejayaan kerana klien mempercayai mereka. Semasa sesi berlangsung,
ahli kelompok menceritakan apa sahaja yang mereka ingin cerita dengan selesa.

Justeru, hal itu adalah satu kejayaan bagi saya dalam matlamat yang saya tetapkan

ketika menjadi seorang kaunselor.

Peranan saya dalam sesi kaunseling kelompok tersebut adalah sebagai seorang

pemimpin ataupun leader yang memberi arah tujuan sesi berkenaan. Sebagai ketua

juga, saya mesti membimbing ahli kelompok dalam melaksanakan aktviti-aktiviti yang

dijalankan dan sebagainya. Kaunselor juga berperanan untuk memberi peluang kepada

ahli kelompok memberikan pandangan mereka dan menunjukkan sifat empati sekiranya

ahli kelompok mempunyai perasaan dan emosi yang negatif. Dalam masa yang sama,

ketua kelompok perlu memberi pengukuhan kepada setiap ahli kelompok, contohnya

memberi pujian kepada ahli kelompok apabila perlu dan sebagainya. Sebagai seorang

ketua juga, saya perlu membimbing dan membantu ahli kelompok menjadi lebih maju

seperti ahli kelompok yang pendiam supaya menjadi lebih efektif dalam komunikasi.

Apa yang didapati, dalam kelompok itu apabila masing-masing dapat memberi

kerjasama yang baik dan empat sesi berjalan dengan baik dan berkembang daripada

sesi satu hingga empat. Daripada setiap sesi, ahli-ahli kelompok menjadi semakin rapat

dan selesa antara satu sama lain berbanding dalam sesi pertama.

Disebabkan suasana dan pengalaman sesi yang dijalankan adalah baik, saya

berasa positif terhadap kumpulan kelompok saya. Mereka semua betul-betul memberi

komitmen yang cemerlang dalam setiap sesi daripada setiap segi. Dalam setiap sesi,

saya melihat ahli kelompok dan juga saya sendiri semakin berkembang dari segi

komunikasi, kepercayaan terhadap satu sama lain, kejelekitan hubungan sesama ahli

kelompok, dan sebagainya. Setiap ahli juga mempunyai ilmu yang tinggi dan saling
berkongsi banyak perkara yang menarik tanpa ada perasaan takut ataupun ragu-ragu

kepada setiap ahli. Ia satu pengalaman yang berharga bagi saya dalam mengendalikan

sesi tersebut kerana dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi, dan

sebagainya.

Akhir sekali, pengalaman dalam sesi ini sebagai pemimpin dan ahli sangat

membantu saya untuk menjadi kaunselor nanti. Ini kerana, banyak perkara yang saya

belajar daripada sesi kelompok ini. Saya dapat belajar bagaimana cara untuk mulakan

sesi, memberi penerangan tentang sesi, apa yang perlu dilakukan dalam sesi,

dorongan yang perlu dilakukan dan sebagainya. Tambahan lagi, banyak teknik dan juga

teori yang saya pelajari dalam empat sesi yang dijalankan. Contohnya, saya belajar

bagaimana untuk menggunakan teori Cognitive Behavior Therapy, REBT, Pemusatan

Klien dan sebagainya. Menjadi kaunselor profesional bukan satu perkara yang mudah

kerana memerlukan pengalaman dan banyak konsep serta teknik yang harus dipelajari

secara teori dan praktikal. Justeru, perkara-perkara sebegitu memberi pengalaman

yang penting untuk saya menjadi kaunselor profesional.

You might also like