You are on page 1of 30

SOALAN-SOALAN APRIL – OGOS 2019 DAN APRIL-OGOS 2020

Bahagian ini mengandungi LIMA PULUH (50) soalan objektif. Pilih jawapan yang paling tepat
dan tandakan di atas kertas OMR yang disediakan.

1. Yang manakah kenyataan di bawah tepat menerangkan maksud tamadun secara umum?

A Pencapaian masyarakat daripada masyarakat yang buta huruf kepada masayarakat


yang celik huruf.
B Pencapaian masyarakat dalam membina penempatan secara kekal serta
berkembang menjadi bandar.
C Pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat
yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal.
D Pencapaian masyarakat dalam bidang sebi dan falsafah sehingga membolehkan
masayarakat itu mencipta peralatan yang menggabungkan unsur seni dan falsafah.

2. Berikut ialah istilah-istilah bahara Arab yang merujuk definisi tamadun dari sudut bahasa
KECUALI

A Hadarah
B Khalifah
C Maddana
D Umran

3. Ibn Khaldun menyenaraikan lima ciri bagi ‘umran’ termasuklah _____________.

A kehidupan cara bandar


B kehidupan zaman perindustrian
C pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
D kehidupan dalam pelbagai budaya, agama dan bangsa

4. Berikut ialah ciri-ciri penting dalam pembinaan sesebuah tamadun:

I Penempatan kekal dan kualiti kehidupan.


II Ciptaan produk berasaskan sains dan teknologi.
III Kewujudan institusi dan organisasi yang teratur.
IV Sistem bahasa dan tulisan sebagai alat komunikasi.

A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D Semua di atas.

5. Tamadun yang berikut bermula di lembah sungai, KECUALI ____________.

A Tamadun India
B Tamadun China
C Tamadun Islam
D Tamadun Melayu

6. Berikut ialah ciri-ciri khusus tamadun Islam, KECUALI ________.

A universal
B bersifat rabbani
C idea dan realistik
D bersifat fleksibel

7. Ukuran jangka hayat sesebuah tamadun dari perspektif Islam dinilai berdasarkan
_________.

A semua tamadun akan berakhir dan tiada tamadun yang akan kekal
B hayat sesebuah tamadun adalah sama dengan kitaran organisma hidup
C penguasaan ilmu dan teknologi menjamin ketahanan sesebuah tamadun
D tamadun yang membawa kebaikan akan kekal manakala yang membawa
kerosakan akan musnah

8. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, tamadun Islam diterajui oleh khalifah-
khalifah yang unggul. Menurut kronologi, pemerintahan-pemerintahan tersebut ialah
________.

A Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah, Uthmaniyyah


B Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Abasiyyah, Bani Umayyah, Uthmaniyyah
C Bani Abasiyyah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Uthmaniyyah
D Uthmaniyyah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah

9. Pilih bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran sangat mementingkan kesejahteraan


manusia.
I Berbuat baik sesama manusia
II Menghalalkan riba dan judi
III Mematuhi janji, amanah dan kesabaran
IV Bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara makruf dan mungkar.

A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah kepercayaan dan corak kehidupan
masyarakat Melayu daripada _____________________.

A kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan Allah SWT


B kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan animisme
C kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada Dewa dan animisme
D kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada kepercayaan banyak
tuhan

11. Berikut merupakan ciri-ciri tamadun Melayu, KECUALI ________________________.

A sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yg digolongkan sebagai


orang Melayu
B tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai
nama seperti kepulauan Melayu
C menggunakan Bahasa Sanskrit sebagai bahasa perhubungan
D Islam sebagai asas pembentukan tamadun Melayu

12. Kedatangan Islam di alam Melayu telah menyebabkan pengislaman berikut KECUALI
________________.

A kehidupan kerohanian Islam


B penerimaan kehidupan rohani mistik
C penerimaan akidah sebagai asas dalam kehidupan Muslim
D penerimaan al-Quran dan al-sunnah sebagai panduan hidup

13. Apakah cara yang digunakan dalam menyelesaikan permasalahan semasa ummah
sekiranya perkara-perkara terebut tidak disentuh oleh al-Quran mahupun al-Sunnah?

A Jumud
B Jihad
C Ijtihad
D Perang

14. Rasulullah SAW telah membina masyarakat baru Madinah semasa pemerintahannya.
Masyarakat baru Madinah bermaksud _________________________.
A Islam dipraktikkan di dalam aspek pemerintahan
B Islam dijadikan agama dan diaplikasikan dalam negara
C kehidupan yang berfokuskan kepada pencapaian duniawi
D kehidupan yang berfokuskan dengan hubungan dengan Tuhan

15. Kecemerlangan yang dicapai oleh umat Islam pada masa lampau didorong oleh banyak
faktor termasuklah ___________________.

A mengamalkan sikap jumud


B pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
C menganggap kewajipan berzakat sebagai satu bebanan
D pelancaran peperangan yang tiada penghujungnya untuk menawan dunia

16. Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 160, orang Melayu didefinisikan sebagai orang
yang _____________________.

A berbahasa Melayu, lahir di kepulauan Melayu dan beragama Islam


B berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam
C beragama Islam dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu
D dilahirkan kepada keluarga Melayu dan menerima pendidikan Melayu

17. Kelangsungan kepelbagaian ciri-ciri (heterogeneous) kebudayaan masyakarat Melayu


adalah disebabkan oleh ______________________.

A maysarakat Melayu mengamalkan sisitem sara diri


B masyarakat Melayu adalah masyarakat yang tidak bersifat sosial
C masyarakat Melayu tidak didedahkan kepada sistem komunikasi yang maju
D masyarakat Melayu tidak disatukan oleh mana-mana satu kerajaan atau empayar
untuk membentuk satu negara bangsa

18. Berikut adalah nama-nama yang merujuk wilayah yang didiami oleh orang-orang Melayu
di Asia Tenggara, KECUALI ______________.

A Nusantara
B Alam Melayu dan Tanah Jawi
C Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
D Semenanjung

19. Berikut ialah kerajaan-kerajaan dalam era Tamadun Melayu selepas Islam, KECUALI
________________.
A Acheh
B Pasai-Perlak
C Sriwijaya dan Funan
D Kesultanan Melayu-Melaka

20. Sumbangan utama Tamadun Melayu kepada Tamadun Malaysia kini dapat dilihat dalam
_______________________.

A kepelbagaian sumber ekonomi negara


B sistem pemerintahan raja berperlembagaan
C kecemerlangan dalam aspek sains dan teknologi
D sistem sosial yang tersusun dari pelbagai bangsa dan budaya

21. Manakah susunan yang BENAR dalam struktur sosial Tamadun Melayu?

A Raja – pembesar – golongan ulama – pedagang – petani


B Raja – golongan ulama – pembesar –petani – pedagang
C Raja – golongan ulama – pedagang – pembesar – petani
D Raja – golongan ulama – pembesar – pedagang – petani

22. ‘Pusat Islam terpenting ini muncul setelah kejatuhan Melaka. Aktiviti perdagangan di
Lautan Hindi berada pada kemuncaknya dan ramai ulama/penulis Melayu Islam yang
ulung seperti Hamzah Fansuri muncul pada zaman kegemilangan kesultanana ini.’
Pernyataan di atas merujuk kepada kesultanan Islam __________.

A Patani
B Acheh
C Perlak
D Pasai Samudera

23. Apakah pergunungan yang menjadi sempadan yang memisahkan di antara India Utara
dengan India Selatan?

A Pergunungan Himalaya
B Pergunungan Tibet
C PergununganVindhya
D Pergunungan Shan

24. Bahasa dasar bagi tamadun Indo-Arya ialah ______________.

A bahasa Tamil
B bahasa Punjabi
C bahasa Sanskrit
D bahasa Kashmir

25. Dalam doktrin Buddhisme, perbuatan baik akan membawa kesan baik dan perbuatan
jahat akan membawa padah. Ini adalah berdasarkan __________.
A Hukum Karma
B Hukum Dharma
C Hukum Moksa
D Hukum Nirvana

26. Penemuan sebuah mohor yang mempunyai gambar menunjukkan seorang manusia yang
bertanduk tiga duduk bersila membawa tafsiran ___________________.

A tiga tanduknya ditafsirkan dengan tiga fungsi utama Tuhan; penciptaan,


pemeliharaan dan pemusnahan
B tiga tanduknya ditafsirkan dengan tiga cabang kerajaan; eksekutif, legislatif dan
kehakiman
C duduk bersila ditafsirkan sebagai keadaan tenang dan tiada kesengsaraan
D duduk bersila ditafsirkan sebagai cara hidup kerabat diraja waktu itu

27. Islam turut memberi sumbangan kepada peradaban China seperti dalam bidang astronomi
dan matematik. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai sumbangan Islam dalam bidang
tersebut.

A Kalendar diperkenalkan oleh orang Islam


B Cendekiawan astronomi Islam telah mengadaptasi teori astronomi Greek
C Teori pemetaan longitud  dan latitud diperkenalkan kepada Tamadun Cina
D Penciptaan beberapa peralatan astronomi dan penterjemahan nama- nama bintang
dari Bahasa Arab ke Bahasa Cina

28. Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban
yang bermula di negara China ini bermula di ___________.

A Sungai Xi di selatan China


B Sungai Yang-tze di tengah China
C Sungai Kuning di utara China
D Sungai Huangpu di Shanghai

29. Dinasti terawal di China ialah _________.

A Dinasti Ming
B Dinasti Tang
C Dinasti Yuan
D Dinasti Hsia

30. Yang manakah di antara berikut BUKAN sumbangan Tamadun Cina dalam sains dan
teknologi?

A Teknik penghasilan sutera dan tembikar


B Perkenal Ganitam untuk mendalami bidang anstronomi
C Teknologi pembentukan kertas dan percetakan
D Penciptaan kompas sebagai alat pelayaran

31. Sehingga 1917, kebanyakan wanita dari kelas pertengahan dan atasan China akan
mengikat kaki mereka kerana _____________________.

A mengelak daripada aktif


B kepercayaan agama
C adat resam
D faktor etnik

32. Yang manakah antara berikut merupakan pusat penyebaran Islam di Alam Melayu?

I Acheh
II Laos
III Melaka
IV Patani

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

33. Berikut merupakan elemen-elemen dalam Empat Kebenaran Mulia mengikut ajaran
Buddha, KECUALI _____________________.

I kehidupan
II kesengsaraan disebabkan oleh nafsu
III keseronakan akan mendatangkan kesengsaraan
IV mengawal nafsu dengan mengikut jalan lapan lapis mulia

A I dan II
B I, II dan III
C I dan IV
D I, II, III dan IV

34. Prinsip-prinsip Islam Hadhari di Malaysia adalah merujuk kepada __________________.

I rakyat yang berjiwa merdeka


II keutuhan budaya dan moral
III sifat mementingkan masa
IV kehidupan yang berkualiti

A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

35. Manakah antara berikut merupakan tiga perkara asas yang merujuk kepada konsep
‘Melayu’?

A Ras, etnik dan budaya


B Bahasa, ras dan budaya
C Bahasa, agama dan budaya
D Ras, masyarakat dan budaya

36. Di antara berikut, yang manakah bukti interaksi tamadun China dengan Alam Melayu?

I Seni bina masjid yang berunsur pagoda


II Aktiviti perdagangan antara Melayu dengan China
III Perhubungan diplomatik kerajaan China dengan Melaka
IV Penghijrahan orang Arab dari Canton ke Asia Tenggara

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

37. Yang manakah antara pernyataan berikut tidak benar mengenai kosmologi dalam
masyarakat Cina?

A Tian merujuk kepada langit yang dianggap sebagai dewa yang terpenting dalam
Tamadun China
B Di merujuk kepada bumi dan dipercayai sebagai dewa yang memelihara bumi
C Yin dan Yang merujuk kepada sifat-sifar mulia sahaja
D Dao merujuk kepada lorong atau jalan dan merupakan konsep tatatertib moral
yang mesti dipatuhi

38. Sebuah batu bersurat yang ditemui pada 1303 Masihi mengandungi beberapa undang-
undang Islam yang dipraktikkan oleh masyarakat di Tanah Melayu. Batu bersurat ini
ialah _____________.

A Batu Bersurat Kota Kapur


B Batu Bersurat Terengganu
C Batu Bersurat Kedukan Bukit
D Batu Nisan di Pekan, Pahang

39. Sistem tulisan yang wujud di Anyang, China melambangkan bahawa tamadun Cina telah
maju sejak 5000 tahun dahulu. Berikut adalah pernyataan salah mengenai sistem tulisan
Cina kecuali ______________________________________.
A sistem tulisan Cina mengalami proses evolusi yang panjang
B tulisan yang ditemui di Anyang digunakan untuk memberitahu rakyatnya tentang
undang-undang dan adat resam Cina
C lebih 5000 perkataan telah ditemui tertulis pada tulang dan kulit kura-kura tetapi
hanya 2000 perkataan yang difahami maknanya
D sistem tulisan Cina yang ditemui di Anyang berbentuk gambar dan ideograf yang
melambangkan sesuatu benda tetapi tidak ada bunyi

40. Sewaktu pemerintahan Maharaja Cu Yang Cang, orang Islam tidak dibenarkan datang
dan bermastautin di negara China. Oleh yang demikian orang Islam telah mengambil
tindakan ____________________________.

A mengubah laluan perdagangan ke Tanah Melayu


B berkahwin dengan wanita Cina
C berdakwah kepada orang Cina
D berperang dengan orang Cin

41. Kesan utama globalisasi dapat dilihat dalam amalan hidup seharian iaitu melalui
____________.

I budaya muzik
II budaya fesyen
III budaya belajar
IV budaya pemakanan

A I, II dan III sahaja


B I, II, dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D Kesemua di atas.

42. Sistem pengangkutan dan mata wang dalam Tamadun China mula diperkenalkan pada
dinasti ____________.

A Han dan Chin


B Chou dan Ming
C Hwang Ho
D Sui dan Tang

43. Sistem perlantikan pegawai kerajaan berdasarkan peperiksaan mula diperkenalkan


semasa dinasti ____________.

A Tang
B Ming
C Han
D Sui

44. Rahul merupakan pemuda belum berkahwin dan berfokus kepada pelajaran. Dia juga
tinggal di Gurukul yang dikenali sebagai rumah guru untuk menuntut ilmu dalam bidang
sains dan falsafah. Peringkat ini dikenali sebagai__________ dalam Tamadun India.
A Vanaprasta
B Brahmacarya
C Sannyasa
D Grahasta

45. Perkembangan Tamadun China selama 4000 tahun telah membawa kegemilangan dalam
beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, moral, sains dan teknologi. Zaman
ini dikenali sebagai __________.

A Longshan-Yangshao
B Longshan-Meiji
C Lohan-Longan
D Longshua-Longshan

46. Raja China yang pertama, raja Huang Di juga dikenali sebagai __________.

A Raja Permata
B Raja Kuning
C Raja Di Hilir
D Raja Merah

47. Manakah antara berikut merupakan aliran pemikiran utama yang wujud semasa zaman
Dinasti Zhao?

I Konfuciunisme
II Toisme
III Legalisme
IV Moisme

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D Semua di atas.

48. Zaman pertengahan Tamadun Islam dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu

I Zaman Kerajaan Umaiyyah


II Zaman Kerajaan Abbasiyyah
III Zaman Kerajaan Utmaniyyah
IV Zaman Kerajaan Haruniyyah

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II dan II sahaja
D Semua di atas.

49. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan Tamadun Islam dalam tempoh abad ke-
15 hingga abad ke-18 Masihi?

A Tamadun Barat mula mencuri teknologi dari Tamadun Islam.


B Berlaku perpecahan kerana perbezaan kabilah.
C Umat Islam mengalami zaman kebuluran.
D Umat Islam kurang memberi kegiatan kepada keilmuan.

50. Selepas kejatuhan Tamadun Indus, penghijrahan masuk kaum yang digelar sebagai
bangsa X, iaitu bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun India (bangsa Dravida).
Bangsa X tersebut merujuk bangsa __________.

A Aryan
B Maryan
C Garyan
D Aiyana

1. Tamadun disebut Cillivization dalam Bahasa Inggeris yang asal Civitas dalam bahasa
_____________.

A Latin
B Arab
C Sepanyol
D Greek

Soalan 2 Berdasarkan kenyataan di bawah.

“Terdapat sistem organisasi dan


institusi dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan
yang teratur dan sistematik”

2. Kenyataan di atas menerangkan tentang __________.

A ciri-ciri parti politik


B ciri-ciri asas tamadun
C ciri-ciri asas globalisasi
D ciri-ciri asas negara demokrasi
3. Yang manakah antara berikut merupakan pusat perkembangan Tamadun India?

A Sungai Hwang-Ho
B Sungai Tigris
C Sungai Ganges
D Sungai Nil

4. Takrifan Tamadun Islam yang paling tepat adalah _____________________.


 
A         kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman
B         kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya
C         pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan
D         kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

5. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Melayu, kecuali __________.

A sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan


sebagai orang Melayu
B tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai
nama seperti kepulauan Melayu
C menggunakan Bahasa Sanskrit sebagai bahasa perhubungan
D Islam sebagai asas pembentukan tamadun Melayu

6. Ibn Khaldun menyenaraikan lima ciri bagi ‘umran’ termasuklah _____________.

A kehidupan cara bandar


B kehidupan zaman perindustrian
C pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
D kehidupan dalam pelbagai budaya, agama dan bangsa

7. Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri tamadun sejagat?

A Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah


B Tiada bahasa dengan satu tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi
C Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan yang membentuk kota atau
bandar
D kewujudan organisasi sosial dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang sempurna

8. Tamadun yang berikut bermula di lembah sungai, kecuali ____________.

A Tamadun India
B Tamadun China
C Tamadun Islam
D Tamadun Melayu
9. Masyarakat India dalam peringkat awal Tamadun India dikenali sebagai masyarakat
_____________.

A Punjabi dan Hindu


B Dravida dan Arya
C Mohenjo-daro
D Telugu dan Malayalam

10. Berikut ialah ciri-ciri khusus Tamadun Islam, kecuali ________.

A universal
B bersifat rabbani
C idea dan realistik
D bersifat fleksibel

11. Berikut adalah nama-nama yang merujuk kepada wilayah yang didiami oleh orang-orang
Melayu di Asia Tenggara, kecuali_________.

A Nusantara
B Alam Melayu dan Tanah Jawi
C Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
D Semenanjung

12. Ukuran jangka hayat sesebuah tamadun dari perspektif Islam dinilai berdasarkan
_________.

A semua tamadun akan berakhir dan tiada tamadun yang akan kekal
B hayat sesebuah tamadun adalah sama dengan kitaran organisma hidup
C penguasaan ilmu dan teknologi menjamin ketahanan sesebuah tamadun
D tamadun yang membawa kebaikan akan kekal manakala yang membawa
kerosakan akan musnah

13. Berikut adalah kerajaan-kerajaan dalam era Tamadun Melayu selepas Islam,
kecuali__________.

A Acheh
B Pasai-Perlak
C Sriwijaya dan Funan
D Kesultanan Melayu-Melaka

14. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, tamadun Islam diterajui oleh khalifah-
khalifah yang unggul. Susunan yang manakah benar bagi menggambarkan kronologi
pemerintahan tersebut bermula dari kerajaan terawal selepas zaman Rasulullah S.A.W?

A Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah, Uthmaniyyah


B Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Abasiyyah, Bani Umayyah, Uthmaniyyah
C Bani Abasiyyah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Uthmaniyyah
D Uthmaniyyah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah
15. Sumbangan utama Tamadun Melayu kepada Tamadun Malaysia kini dapat dilihat dalam
_________________.

A kepelbagaian sumber ekonomi negara


B sistem pemerintahan raja berperlembagaan
C kecemerlangan dalam aspek sains dan teknologi
D sistem sosial yang tersusun dari pelbagai bangsa dan budaya

16. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah kepercayaan dan corak kehidupan
masyarakat Melayu daripada _____________________.

A kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan Allah S.W.T


B kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan animisme
C kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada Dewa dan animisme
D kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada kepercayaan banyak
tuhan

17. Dalam Tamadun India, masyarakat yang terdiri daripada kasta Sudra menjalankan
aktiviti _________________________.

A bertani
B perkhidmatan kepada golongan atasan
C menjaga keselamatan
D menjadi rujukan hal keagamaan

18. Pilih bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran sangat mementingkan kesejahteraan
manusia.

I Berbuat baik sesama manusia


II Menghalalkan riba dan judi
III Mematuhi janji, amanah dan kesabaran
IV Bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara makruf dan mungkar.

A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19. Manakah susunan yang benar dalam struktur sosial Tamadun Melayu?

A Raja – pembesar – golongan ulama – pedagang – petani


B Raja – golongan ulama – pembesar –petani – pedagang
C Raja – golongan ulama – pedagang – pembesar – petani
D Raja – golongan ulama – pembesar – pedagang – petani

20. Kedatangan Islam di Alam Melayu telah menyebabkan pengislaman berikut kecuali
________________.

A kehidupan kerohanian Islam


B penerimaan kehidupan rohani mistik
C penerimaan akidah sebagai asas dalam kehidupan Muslim
D penerimaan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup

21. Bilakah kuasa Islam mula bertapak dalam Tamadun India?

A Zaman Awal
B Zaman Vedik
C Zaman Pertengahan
D Zaman Penjajahan Barat

22. Apakah cara yang digunakan untuk menyelesaikan permasalahan semasa ummah
sekiranya perkara-perkara tersebut tidak disentuh oleh al-Quran mahupun al-Sunnah?

A Jumud
B Jihad
C Ijtihad
D Perang

23. Rasulullah S.A.W telah membina masyarakat baru Madinah semasa pemerintahannya.
Masyarakat baru Madinah bermaksud _________________________.

A Islam dipraktikkan di dalam aspek pemerintahan


B Islam dijadikan agama dan diaplikasikan dalam negara
C kehidupan yang berfokuskan kepada pencapaian duniawi
D kehidupan yang berfokuskan dengan hubungan dengan Tuhan

24. Apakah bentuk kepercayaan dan agama terbesar yang mendominasi masyarakat Tamadun
India?

A Hindu, Islam, Sikh dan Bahai


B Hindu, Jaina, Islam dan Sikh
C Hindu, Buddha,Jaina, Sikh, Islam
D Hindu, Buddha, Zoroaster dan Bahai

25. Kecemerlangan yang dicapai oleh umat Islam pada masa lampau didorong oleh banyak
faktor termasuklah ___________________.
A mengamalkan sikap jumud
B pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
C menganggap kewajipan berzakat sebagai satu bebanan
D pelancaran peperangan yang tiada penghujungnya untuk menawan dunia

26. Takrifan Tamadun Islam yang paling tepat adalah: _______________________.

A kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman


B kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya
C pencapaian umat Islam dalam bidangg ilmu pengetahuan
D kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

27. Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 160, orang Melayu didefinisikan sebagai orang
yang _____________________.

A berbahasa Melayu, lahir di kepulauan Melayu dan beragama Islam


B berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam
C beragama Islam dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu
D dilahirkan dalam keluarga Melayu dan menerima pendidikan Melayu

28. Di manakah bermulanya Tamadun Indo-Arya?

A Sungai Indus
B Wilayah Sind
C Sungai Gangga
D Lembah Ganges

29. Kelangsungan kepelbagaian ciri-ciri (heterogeneous) kebudayaan masyarakat Melayu


adalah disebabkan oleh ______________________.

A masyarakat Melayu mengamalkan sisitem sara diri


B masyarakat Melayu adalah masyarakat yang tidak bersifat sosial
C masyarakat Melayu tidak didedahkan kepada sistem komunikasi yang maju
D masyarakat Melayu tidak disatukan oleh mana-mana satu kerajaan atau empayar
untuk membentuk satu negara bangsa

30. Kemuncak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman _______________.

A Dinasti Ming
B Dinasti Manchu
C Dinasti Yan
D Dinasti Mao

31. Berikut adalah nama-nama yang merujuk wilayah yang didiami oleh orang-orang Melayu
di Asia Tenggara, kecuali ______________.
A Nusantara
B Alam Melayu dan Tanah Jawi
C Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
D Semenanjung

32. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah kepercayaan dan corak kehidupan
masyarakat Melayu daripada _____________________.

A kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan Allah SWT


B kepercayaan kepada Dewa bertukar kepada kepercayaan animisme
C kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada Dewa dan animisme
D kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya bertukar kepada kepercayaan banyak
tuhan

33. Dalam doktrin Buddhisme, perbuatan baik akan membawa kesan baik dan perbuatan
jahat akan membawa padah. Ini adalah berdasarkan __________.

A Hukum Karma
B Hukum Dharma
C Hukum Moksa
D Hukum Nirvana

34. Berdasarkan kepelbagaian agama yang lahir dalam Tamadun India, berikut adalah
kepercayaan agama yang muncul dalam peradaban Lembah Indus, kecuali ________.

A Islam
B Hindu
C Buddha
D Jainisme

35. Berikut merupakan elemen-elemen dalam Empat Kebenaran Mulia mengikut ajaran
Buddha, kecuali _____________________.

I kehidupan
II kesengsaraan disebabkan oleh nafsu
III keseronakan akan mendatangkan kesengsaraan
IV mengawal nafsu dengan mengikut jalan lapan lapis mulia

A I dan II
B I, II dan III
C I dan IV
D I, II, III dan IV

36. Yang manakah antara pernyataan berikut tidak benar mengenai kosmologi dalam
masyarakat Cina?
A Tian merujuk kepada langit yang dianggap sebagai dewa yang terpenting dalam
Tamadun China
B Di merujuk kepada bumi dan dipercayai sebagai dewa yang memelihara bumi
C Yin dan Yang merujuk kepada sifat-sifar mulia sahaja
D Dao merujuk kepada lorong atau jalan dan merupakan konsep tatatertib moral
yang mesti dipatuhi

37. Sebuah batu bersurat yang ditemui pada 1303 Masihi mengandungi beberapa undang-
undang Islam yang dipraktikkan oleh masyarakat di Tanah Melayu. Batu bersurat ini
ialah _____________.

A Batu Bersurat Kota Kapur


B Batu Bersurat Terengganu
C Batu Bersurat Kedukan Bukit
D Batu Nisan di Pekan, Pahang

38. Berikut adalah faktor-faktor kelemahan masyarakat Islam masa kini, kecuali ________.

A kurang memberi tumpuan kepada aspek pembangunan sains dan teknologi


B ukhuwah Islamiyyah yang kurang mantap di antara negara-negara Islam
C majoriti negara Islam adalah miskin dan kurang mempunyai sumber alam
D sumber-sumber ekonomi dunia dikawal oleh kuasa Barat yang mencurigai Islam

39. ‘Pusat Islam terpenting ini muncul setelah kejatuhan Melaka. Aktiviti perdagangan di
Lautan Hindi berada pada kemuncaknya dan ramai ulama/penulis Melayu Islam yang
ulung seperti Hamzah Fansuri muncul pada zaman kegemilangan kesultanan ini.’
Pernyataan di atas merujuk kepada kesultanan Islam __________.

A Patani
B Acheh
C Perlak
D Pasai Samudera

40. Yang manakah antara berikut dinasti terawal dalam Tamadun China?

A Dinasti Shou
B Dinasti Han
C Dinasti Shang
D Dinasti Sui

41. Apakah pergunungan yang menjadi sempadan yang memisahkan di antara India Utara
dengan India Selatan?

A Pergunungan Himalaya
B Pergunungan Tibet
C PergununganVindhya
D Pergunungan Shan
42. Rahul merupakan pemuda belum berkahwin dan berfokus kepada pelajaran. Dia juga
tinggal di Gurukul yang dikenali sebagai rumah guru untuk menuntut ilmu dalam bidang
sains dan falsafah. Peringkat ini dikenali sebagai__________ dalam Tamadun India.

A Vanaprasta
B Brahmacarya
C Sannyasa
D Grahasta

43. Bahasa dasar bagi tamadun Indo-Arya ialah ______________.

A bahasa Tamil
B bahasa Punjabi
C bahasa Sanskrit
D bahasa Kashmir

44. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan Tamadun Islam dalam tempoh abad ke-
15 hingga abad ke-18 Masihi?

A Tamadun Barat mula mencuri teknologi dari Tamadun Islam.


B Berlaku perpecahan kerana perbezaan kabilah.
C Umat Islam mengalami zaman kebuluran.
D Umat Islam kurang memberi kegiatan kepada keilmuan.

45. Indo Arya dan Dravida merupakan dua tamadun yang berbeza di India. Apakah faktor
yang menyebabkan lahirnya dua tamadun yang berbeza ini?

A Geografi
B Perkahwinan campur
C Perpindahan penduduk
D Menerima pengaruh daripada tamadun Islam dan Barat

46. Dalam Tamadun India, Penemuan sebuah mohor yang mempunyai gambar menunjukkan
seorang manusia yang bertanduk tiga duduk bersila membawa tafsiran
___________________.

A tiga tanduknya ditafsirkan dengan tiga fungsi utama Tuhan; penciptaan,


pemeliharaan dan pemusnahan
B tiga tanduknya ditafsirkan dengan tiga cabang kerajaan; eksekutif, legislatif dan
kehakiman
C duduk bersila ditafsirkan sebagai keadaan tenang dan tiada kesengsaraan
D duduk bersila ditafsirkan sebagai cara hidup kerabat diraja waktu itu
47. Sistem perlantikan pegawai kerajaan berdasarkan peperiksaan mula diperkenalkan pada
dinasti ____________.

A Tang
B Ming
C Han
D Sui

48. Konsep hak asasi hanya wujud selepas abad ke-17 dan dasar hak asasi manusia telah
diisytiharkan oleh _______________________.

A Persatuan Kesihatan dunia (WHO)


B Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
C Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO)
D Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

49. Faktor utama kecemerlangan Tamadun Islam dalam sejarah manusia adalah disebabkan
oleh: _______________________.

A pemerintah yang adil


B para saintis yang bijaksana
C penghayatan Islam secara syumul
D rakyat yang patuh kepada pemimpin

50. Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban
yang bermula di negara China ini bermula di ___________.

A Sungai Xi di selatan China


B Sungai Yang-tze di tengah China
C Sungai Kuning di utara China
D Sungai Huangpu di Shanghai

51. _________________ adalah seorang tokoh yang terkenal dalam Tamadun Islam dan
digelar sebagai ‘bapa ilmu ketamadunan’.

A Ibnu Battuta
B Ibnu Farabi
C Ibnu Khudamah
D Ibnu Khaldun

52. Apakah ajaran utama yang ditekankan dalam Bhagavadgita?


A Pekerjaan dan keberkatan hidup
B Hubungan rapat di antara alam dan manusia
C Perkahwinan dan kekeluargaan
D Mengawal hawa nafsu, haloba dan sebagainya

53. Teori kitaran sesuatu peradaban adalah ia akan bertahan sekitar tiga generasi. Generasi
yang memiliki semangat juang dan kekitaan dan solidariti sosial yang tinggi adalah
_______________.

A Generasi pertengahan
B Generasi awal
C Generasi akhir
D Generasi Y

54. Zaman kegemilangan Islam di negara China dapat dilihat dalam dinasti-dinasti berikut
KECUALI ___________.

A Dinasti Tang
B Dinasti Yuan
C Dinasti Ching
D Dinasti Ming

55. Secara ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian _____________________.

A Budaya tinggi dari segi politik, ekonomi dan sosial


B Kehalusan budi pekerti
C Pencapaian tinggi dalam semua bidang kehidupan
D Menerima budaya Barat dan budaya-budaya yang lain

56. Cabaran globalisasi mempunyai implikasi yang amat luas terhadap sesebuah negara.
Pengaruh globalisasi menjangkau sempadan termasuklah ________________.

I ekonomi dan politik


II teknologi dan ideologi
III bahasa dan budaya
IV segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat

A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
57. “Umran hadhari” adalah tamadun yang telah mencapai kemajuan manakala “umran
badawi” adalah tamadun yang belum maju. Siapakah yang telah memperkenalkan
perkataan “Umran” ini dalam disiplin ilmu ketamadunan?

A Ibnu Sina
B Ibnu Khaldun
C Muhammad Abduh
D Muhammad Farid Wajdi

58. Apakah yang dimaksudkan dengan politeisme?

A Penyembahan roh nenek moyang


B Penyembahan lebih dari satu tuhan
C Kepercayaan terhadap dewa dewi
D Kepercayaan terhadap kuasa ghaib

59. Antara tamadun besar dunia yang tercatat dalam sejarah termasuklah Tamadun Yunani
dan Romawi, Tamadun Parsi dan Tamadun Sumeria. Tamadun terkini yang mula
terserlah sejak abad ke-18 dan berterusan menguasai dunia ialah ________________.

A Tamadun Islam
B Tamadun India
C Tamadun China
D Tamadun Barat

60. Tamadun ini diiktiraf sebagai tamadun yang agung dalam sejarah peradaban manusia
kerana diasaskan atas landasan agama. Tamadun yang dimaksudkan adalah __________.

A Tamadun Islam
B Tamadun India
C Tamadun Barat
D Tamadun Cina

61. Budaya hidup Barat amat mempengaruhi remaja kini. Pengaruh luar dari Barat turut
meresap masuk ke dalam generasi belia. Antara pengaruh liar yang terdapat di Malaysia
termasuklah _________.

A pengaruh sukan tinju


B pengaruh makanan segera ‘KFC’
C pengaruh permainan ‘pokemon gold’
D seks sebelum nikah

62. Tamadun Islam berbeza daripada tamadun Barat kerana Tamadun Islam
______________.

A. mengandungi lebih dari satu bangsa


B. menolak wahyu sebagai sumber ilmu
C. tidak memisahkan ilmu wahyu dengan ilmu intelek
D. tidak berdasarkan tauhid
63. Pilih sistem pendidikan formal di Alam Melayu sebelum kedatangan Barat.

A Sekolah agama
B Sekolah pondok dan madrasah
C Kolej dan universiti
D Sekolah rendah dan menengah

64. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai hubungan antara tamadun dan bangsa.

A Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah


budaya
B Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan
dengan negara atau wilayah
C Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan
geografi tertentu
D Budaya lebih berpengaruh dari tamadun

65. Terdapat empat peringkat kehidupan yang diterima sebagai etika masyarakat yang sangat
mulia yang dikenali sebagai konsep Ashramadharma dalam Tamadun India. Peringkat
ketiga dalam Ashramadharma adalah merujuk kepada ________.

A Vanaprahasta
B Brahmacarya
C Grahasta
D Sannayasa

66. Berikut merupakan halangan dialog kecuali ___________________.

A bertukar agama
B fokus pada masalah dan bukannya pesalah
C sindiran sosial seperti persoalkan kemampuan atau ketulenan iman
D perasaan rendah diri dan tidak bersedia

67. Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan asasi
setiap manusia. Dalam perkembangan tamadun Lembah Indus, perbandaran Harrapa dan
Mahenjodaro dikenali dengan ciri-ciri berikut sebagai penunjuk utamanya.

I Permandian umum secara percuma


II Sistem buangan kotoran yang lengkap
III Rumah-rumah yang memiliki bilik mandi
IV Sumber air perumahan berasaskan perigi

A I dan II
B III dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas.

68. Strategi apakah yang patut diambil oleh masyarakat Islam dan Asia dalam menghadapi
pengaruh globalisasi dan hegemoni barat?

A Melancarkan jihad bersenjata supaya peradaban Barat dapat diruntuhkan.


B Menerima segala elemen budaya Barat kerana ia merupakan satu kemajuan.
C Berpakat dengan kuasa-kuasa barat supaya pembangunan mudah dijalankan.
D Mengeratkan jalinan kerjasama sesama mereka dan berusaha menganjurkan
dialog dengan Tamadun Barat.

69. Antara faktor keruntuhan dinasti Ching adalah disebabkan oleh _________.

A Dasar isolasi yang diamalkan oleh dinasti tersebut


B Tiada sistem pemerintahan yang teratur
C Serangan orang-orang gasar dari utara China
D Sistem matawang yang diamalkan sudah lapuk

70. Dua perkara yang menjadi asas kepada Tamadun Melayu adalah __________________.

A Bahasa Melayu dan Makanan Tradisional


B Makanan Tradisional dan Seni Silat
C Baju Songket dan Pertanian
D Agama Islam dan Bahasa Melayu

71. Tamadun India dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.
Terdapat perbezaan antara kedua-dua wilayah ini terutamanya dari segi bahasa.
Masyarakat di India Utara bertutur dalam bahasa Hindi manakala masyarakat di India
Selatan kebanyakannya bertutur bahasa ________.

A Tamil
B Urdu
C Latin
D Sanskrit

72. Melayu Diaspora adalah ____________________.

A golongan agama orang Melayu


B golongan atasan orang Melayu
C orang Melayu yang merantau keluar dari kepulauan Melayu
D orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
Melayu

73. Perbuatan baik akan membawa kesan baik, manakala perbuatan jahat akan membawa
padah. Hukum apakah yang menekankan prinsip ini?

A Moksha
B Samsara
C Dharma
D Karma

74. Salah satu asas pembentukan tamadun Melayu adalah ______________.

A Pertanian
B Pembalakan
C Perlancongan
D Perkayuan

75. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep umran hadhari dalam buku Ibn Khaldun
Muqaddimah?
A Masyarakat yang jahil tentang agama.
B Masyarakat yang masih berada pada tahap yang masih belum maju.
C Masyarakat yang mementingkan urusan perniagaan dan perdagangan.
D Masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan.

76. Pernyataan berikut menjelaskan pembentukan empayar Melayu sebelum kedatangan


Islam KECUALI ________________________________.

A terhasilnya sastera lisan dan hikayat seperti cerita mitos tentang Puteri Santubong
B lahirnya tokoh ilmuan Melayu seperti Hamzah Fansuri, Arshad al- Banjari dan
Syeikh Daud al-Fatani
C binaan kuil-kuil yang menggambarkan ketinggian kesenian
D kewujudan empayar Sri Vijaya yang menguasai laluan dagang

77. Apakah faktor yang menyebabkan ramai orang Arab Islam melarikan diri dari China ke
dunia Melayu pada 878M?

A Pemberontakan di Canton
B Kenaikan kos sara hidup di China
C Kemasukan pengaruh barat ke China
D Perkembangan Islam di dunia Melayu

78. Pelaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka menunjukkan bahawa _______________________________.

A tamadun Melayu adalah berasaskan agama Islam


B pemerintah ingin menyekat perdagangan dengan tamadun luar
C tamadun Melayu adalah bersistematik
D Selat Melaka tidak selamat untuk pedagang luar

79. Terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa. Tamadun-
tamadun ini adalah seperti ____________.

I tamadun Islam
II tamadun India
III tamadun China
IV tamadun Atthens

A I dan II
B II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV (I, II, III)

80. Berikut merupakan persuratan Melayu selepas kedatangan Islam


kecuali_________________________________________.

A bentuk sastera lisan dan hikayat seperti cerita lagenda mengenai Mahsuri
B sastera kitab Sharabul Ashiqin oleh Hamzah Fansuri
C sastera kenegaraan Tajul Salatin oleh Bukhari al-Jauhari
D historiografi Sulalatul Salatin oleh Tun Sri Lanang

81. Tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana dan para ilmuwan tersohor dalam banyak
bidang ilmu. Al-Khawarizmi misalnya terkenal kerana banyak memberikan sumbangan
dalam bidang ________.

A sejarah
B geografi
C falsafah
D matematik

82. Berikut merupakan pencapaian tamadun Melayu dalam bidang sains dan teknologi
kecuali _______________.

A teknologi percetakan
B teknologi logam
C teknologi tekstil dan warna
D teknologi mengawet makanan

83. Apakah strategi yang patut diambil oleh masyarakat Islam dan Asia dalam menghadapi
pengaruh globalisasi dan hegemoni barat?

A Melancarkan jihad bersenjata supaya peradaban Barat dapat diruntuhkan.


B Menerima segala elemen budaya Barat kerana ia merupakan satu kemajuan.
C Berpakat dengan kuasa-kuasa barat supaya pembangunan mudah dijalankan.
D Mengeratkan jalinan kerjasama sesama mereka dan berusaha menganjurkan
dialog dengan Tamadun Barat.

84. _______________ menjadi pusat pengembangan ilmu dalam tamadun Melayu.

A Istana dan madrasah


B Kuil
C Selat Melaka
D Laluan dagangan

85. Dialog peradaban adalah penting untuk mencapai matlamat berikut


kecuali_________________.

A kedua-dua pihak mempelajari sesuatu


B mengelakkan prasangka sesama sendiri
C mengisytiharkan perang antara satu sama lain
D memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog

86. Menurut ______________ tamadun adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang
telah mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

A Syed Naquib al-Attas


B Abu Bakar Hamzah
C Said Hawa
D Sayyid Qutb

87. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kehidupan manusia dalam mewujudkan
kehidupan yang bertamadun?

I Peperangan
II Konflik antara agama dan kaum
III Kemelesetan ekonomi dunia dan negara
IV Kegawatan sosial

A I, II dan III sahaja


B I, II, dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D Semua yang di atas.

88.
 Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan,
percakapan dan pengakuan
 Berfungsi sebagai penghurai dan pelengkap hukum

Kenyataan ini merujuk kepada ______________.

A Al-Quran
B Sunnah
C Ijtihad
D Hadis Nabi

89. Menurut Hassan al-Banna _______________ ialah hal-hal yang berhubung dengan
kepercayaan dan keyakinan dalam hati hingga menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan
bimbang, serta bersih daripada segala syak wasangka.
A Akhlak
B Syariah
C Sunnah
D Akidah

90. Tamadun Islam bermula sekitar 610-632 Masihi di bawah pimpinan Nabi Muhammad
atau Rasulullah SAW yang bertapak di Mekah dan Madinah. Pilih pernyataan yang
benar mengenai usaha yang dilakukan di Madinah.

A Memperbetulkan akidah
B Menghapuskan perhambaan
C Mempersaudarakan golongan Ansor dan Muhajirin
D Membela kaum wanita

91. Agama Sikh bersifat sinkronisasi antara agama Hindu dan Islam yang menekankan aspek
__________.

I monotheism
II hak asasi kepada wanita
III penghapusan kasta
IV penyembahan Tuhan

A II, III dan IV sahaja.


B I, II dan III sahaja.
C I, III dan IV sahaja.
D Semua yang di atas.

92. Susun empat kasta utama dalam Tamadun India ini menurut urutan yang betul bermula
dari kedudukan tertinggi.

A Ksatriya, Sudra, Vaisya dan Brahmin.


B Sudra, Ksatriya, Brahmin dan Vaisya.
C Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra.
D Vaisya, Brahmin, Sudra dan Ksatriya.

93. Susun lapis masyarakat India yang diistilahkan sebagai Asharama Dharma terbahagi
kepada empat peringkat. Nyatakan urutan peringkat-peringkat tersebut bermula dari
peringkat tertinggi.

A Brahmacarya, Grahasta, Sannyasa dan Vanaprahasta.


B Brahmacarya, Vanaprahasta, Grahasta dan Sannyasa.
C Brahmacarya, Sannyasa, Grahasta dan Vanaprahasta.
D Brahmacarya, Grahasta, Vanaprahasta dan Sannyasa.

94. Sanatana dharma dalam agama Hindu membawa maksud ________________.

A peraturan sepanjang zaman


B perlembagaan yang mulia
C cara hidup terpuji
D agama yang kekal abadi

95. Kemunculan Tamadun China dikaitkan dengan ___________.

A Lembah Hwang Ho
B Lembah Tigris dan Euphrates
C Lembah Sungai Furat dan Dajlah
D Lembah Ganges dan Brahmaputra

96. Antara berikut merupakan kesan-kesan yang dibawa tamadun India ke negara Asia
Tenggara termasuk Malaysia KECUALI __________.

A penenunan kain sutera terutamanya dalam bidang tekstil


B perkembangan pesat bahasa Melayu dan kesusateraan Melayu
C Perkembangan kesenian Melayu yang berunsur Hindu-Buddha
D Penyebaran agama Buddha dalam kalangan masyarakat

97. Ajaran ini menyatakan undang-undang dan hukuman yang berat merupakan satu cara
untuk membawa keamanan bagi negara. Ajaran ini merujuk kepada __________.

A Buddhisme
B Dao
C Taoisme
D Legalisme

98. Antara satu ciri tamadun Melayu adalah melakukan pekerjaan berteraskan kepentingan
kehidupan secara kumpulan. Konsep ini dikenali sebagai _________.

A sopan-santun
B saling menghormati
C gotong-royong
D bertimbang rasa

99. Dinasti berikut pernah wujud dalam sejarah pemerintahan Tamadun China
kecuali_________.

A Dinasti Xia
B Dinasti Han
C Dinasti Chin
D Dinasti Senho

100. Konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme adalah termaktub dalam _________.

A Yin Yang
B Kitab Veda
C Lapan Jalan Mulia
D Halal dan haram

You might also like