You are on page 1of 2

PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN BADMINTON SMKBBU LELAKI DAN PEREMPUAN

BAWAH 15 & 18 TAHUN 2022

A. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Malaysia
(BAM) dan Undang-Undang Badminton Antarabangsa(BWF) dan Peraturan-Peraturan AM
MSSM/MSSJ.

B. TARIKH/ TEMPAT/ JENIS PERTANDINGAN

B.1 Pertandingan akan diadakan pada Dewan Sekolah SMKBBU


B.2 Kategori beregu lelaki dan perempuan bawah 15 dan 18 tahun.
B.3 Bagi Kategori beregu L15 dan P15 terbuka kepada pelajar tingkatan 1 & 2
B.4 Bagi Kategori beregu L15 dan P15 terbuka kepada pelajar tingkatan 4 & 3

C. PENDAFTARAN PEMAIN

C.1. Setiap rumah sukan hendaklah menghantar 8 orang peserta yang terdiri daripada 4
orang
peserta perempuan dan 4 orang peserta lelaki.
C.2 Senarai nama hendaklah diserahkan sebelum 29/9/2022

D. SISTEM PERTANDINGAN

D.1 Pertandingan ini diadakan secara KALAH MATI


D.2 Perlawanan dalam pusingan – 30 mata penentuan.
D.2.1 Tiada mata tambahan (deuce) dalam perlawanan pusingan.
D.2.2 Pemain akan bertukar petak pada mata ke 15 dan diberi rehat selama 2 minit.
D.2.3 Pemain yang berjaya mendapat mata ke 30 dahulu dikira sebagai pemenang.
D.3 Perlawanan dalam suku akhir, separuh akhir dan akhir – 21 mata penentuan.
D.3.1 Diberi mata tambahan (deuce) jika pemain terikat mata sama 20-20 atau
seterusnya.
D.3.2 Pemain yang berjaya mendapatkan 2 mata berturut-turut dahulu selepas mata
sama
dikira sebagai pemenang.
D.3.3 Jika mata 29-29 pemain berjaya mendapat 1 mata dahulu dikira pemenang.
D.3.4 Setiap perlawanan akan ditentukan melalui tiga game terbaik.

E. HADIAH
E.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi setiap
kategori

H. PAKAIAN / ALATAN
H.1 Jenis bulu tangkis akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Teknik/Penganjur SMKBBU
H.2 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna dan sesuai boleh digunakan. Digalakkan
memakai pakaian rumah sukan masing-masing.
H.3 Pemain yang memakai selipar atau sandal dilarang memanaskan badan di dalam
gelanggang.
H.4 Semasa mengambil hadiah hendaklah berpakaian sukan lengkap.

I. PENGGUNAAN GELANGGANG
I.1 Gelanggang boleh digunakan untuk tujuan memanaskan badan. Gelanggang
hendaklah dikosongkan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.
J. KELEWATAN
J.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat untuk panggilan kali ketiga, pemain lawan
boleh diberikan kemenangan percuma.

You might also like