You are on page 1of 8

Majlis Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri Sabah Tahun 2022

26 April 2022
The Palace Hotel, Kota Kinabalu

Text Pengacara

Agenda Skrip
Bismillahirahmanirahim
Pengumuman Assalammualaikum warahmutallahi wabarakatuh

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan, Para Jemputan,


Kakitangan Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer
Negeri, Urusetia Majlis Untuk Mengambil Tempat Kerana
Majlis Akan Bermula Sebentar Sahaja Lagi

Mohon Kerjasama Hadirin Dan Hadirat Sekalian Untuk


Mematikan Telefon Bimbit Atau Meletakkan Dalam Mode
Senyap Bagi Melancarkan Lagi Majlis Kita Pada Hari Ini.

Majlis Juga Memohon Agar Hadirin Dan Hadirat sekalian


Untuk Memastikan Sentiasa Mematuhi SOP Sepanjang
Berada Di Dalam Dewan ini.

Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, pihak penganjur


ada menyediakan cabutan bertuah bagi nama yang terpilih.
Diharapakan tuan tuan dan puan puan berada di dalam
dewan ini sehingga selesai acara..

Terima Kasih Di Atas Kerjasama Dan Keperhatian tuan tuan


dan puan puan
Pengumuman Mengumumkan Ketibaan yang Berbahagia Puan Ernywati
ketibaan VIP Dewi Abas, Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer
Negeri diiringi dif-dif jemputan

SALUTASI Melati Kuntum Tumbuh Melata


Sayang Merbah Di Pohon Cemara
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Salam Ukhwah Untuk Semua

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya dan salam keluarga
Malaysia

Yang Berbahagia,
Puan Ernywati Dewi Abas
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Yang Berbahagia,
Tuan Kamaltan Bin Karimin
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Yang Berusaha
Puan Fauziah Dani,
Pengerusi Penganjur Konvensyen Juruteknik Komputer
Sektor Awam Negeri Sabah Tahun 2022

Yang Dihormati
Ketua-ketua Penolong Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Dan seterusnya yang di raihkan


Juruteknik Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, dan
juga Juruteknik daripada badan-badan berkanun
Ucapan alu-aluan Sidang hadirin sekalian,
Pengarah
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan


menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Puan Ernywati Dewi Abas
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

*UCAPAN…

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Puan Ernywati Dewi Abas
Atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi
Sesi bergambar Tuan-tuan dan Puan-puan

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar, oleh itu mohon


para hadirin berada di posisi masing-masing
Break/Take 5 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Untuk makluman, majlis akan berehat sebentar, selama 5


minit bagi persediaan untuk acara seterusnya

Tuan-tuan dan Puan-Puan di kehendaki berada di dlm dewan


pada jam 9 Pagi

Sekian Terima kasih


Pembantangan Hadirin dan Hadirat sekalian
Kertas Kerja 1
Program kita akan diteruskan dengan empat pembentangan
kertas kerja.

Pembentangan kertas kerja pertama akan disampaiakan oleh


Encik Mohd Shukri Kasim , Pembentangan Kertas Kerja
kedua oleh Puan Fauziente Abdul Rahman, bagi
Pembentangan Kertas Kerja ketiga oleh Tuan Ts. Dr. Mohd
Farizul Mat Ghani, Dan Pembentangan Kertas Kerja ke
empat oleh Professor Madya Dr. Ag Asri Bin Ag Ibrahim.

Untuk makluman tuan tuan dan puan puan semasa sesi


pembentangan kertas kerja, tuan-tuan dan puan puan boleh
juga mengajukan soalan-soalan semasa pembentangan
ataupun selepas pembentangan.

Harap maklum..

Baiklah, tanpa membuang masa, majlis kita pada pagi ini


menjemput pembentang kertas kerja yang pertama iaitu
Encik Mohd Shukri Kasim, Ketua Penolong Pengarah,
Infrastruktur dari Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
untuk membentangkan kertas kerja pertama beliau yang
bertajuk Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Era
Kebiasaan Baharu .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERTAMA..

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shukri Kasim


diatas pembentangan sebentar tadi.

Dengan ini majlis menjemput yang Berbahagia Puan


Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri naik ke pentas untuk menyampaikan
cenderahati kepada Encik Mohd Syukri Kassim Pembentang
Kertas Kerja yang Pertama

Dengan segala hormatnya dipersilakan

PENYAMPAIAN CENDERAHATI…
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan
Ernywati Dewi Abas, Pengarah JPKN diatas penyampaian
cenderahati sebentar tadi
Pembantangan Tuan tuan dan Puan puan sekalian
Kertas Kerja 2
Seterusnya, dengan penuh sukacitanya, majlis
mempersilakan Puan Fauziente Abdul Rahman, Penolong
Pengarah, Pejabat Negeri Sabah, Bahagian Transformasi &
Penyelarasan Negeri. Untuk membentangkan kertas kerja
kedua yang bertajuk Ancaman Buli Siber dan Kesan
Kepada Penjawat Awam,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

PEMBENTANGA KERTAS KERJA KEDUA…

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Puan Fauziente


Abdul Rahman diatas pembentangan kertas kerja yang
kedua sebentar tadi.

Majlis sekali lagi ingin menjemput Yang Berbahagia Puan


Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri naik ke pentas untuk menyampaikan
cenderahati kepada Pembentang kertas kerja kedua pada
pagi ini

Majlis mempersilakan

PENYAMPAIAN CENDERAHATI…

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan


Pengarah JPKN diatas penyampaian cenderahati sebentar
tadi

Cabutan Bertuah Tiba la masa, untuk acara seterusnya iaitu acara cabutan
bertuah..

Mohon, tuan tuan dan puan puan bersedia, kemungkinan


nama tuan tuan, dan puan puan terpapar di skrin ini..

Saya mulakan dengan kiraan 5, 4, 3, 2, 1

Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, nama yang


bertuah boleh menuntut hadiah di meja urusetia, di akhir
acara..

Sekian terima kasih


Pembentangan Hadirin dan hadirat sekalian..
Kertas Kerja 3
Seterusnya, majlis menjemput Pembentang Kertas Kerja
yang ketiga pada hari ini iaitu Tuan Ts. Dr. Mohd Farizul
Mat Ghani, dari Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam
Malaysia (PERJASA) untuk membentangkan kertas kerja
yang ketiga yang bertajuk Persediaan Juruteknik
Komputer, dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0
secara dalam talian

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KETIGA..


Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ts. Dr. Mohd
Farizul Mat Ghani diatas pembentangan sebentar tadi,
Bagi penyampaian cenderahati, pihak penganjur berbesar
hati untuk menyampaikan secara penghantaran..
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian..
Pembentangan
Kertas Kerja 4 Seterusnya tanpa membuang masa lagi , dengan penuh
hormatnya, majlis mempersilakan pembentang kertas kerja
terakhir iaitu Yang berbahagia Professor Madya Dr. Ag Asri
Bin Ag Ibrahim, dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
yang bertajuk UX: Meningkatkan Pengalaman
Perkhidmatan Digital Pengguna,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA..

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Ybhg Professor


Madya Dr. Ag Asri Bin Ag Ibrahim diatas pembentangan
sebentar tadi.Semoga para hadirin dapat mengambil manfaat
dari perkongsian pembentangan sebentar tadi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi


yang Berbahagia Puan Ernywati Dewi Abas, Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri naik ke pentas
untuk menyampaikan cenderahati kepada Pembentang kertas
kerja yang terakhir pada hari ini

PENYAMPAIAN CENDERAHATI..

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan


Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri diatas penyampaian cenderahati sebentar
tadi
Merarau / Makan Tuan-tuan dan Puan puan
Tengah hari / Solat
Zuhur/Sesi suai Maka berakhirlah acara kita pada tengahari ini,

kenal Untuk makluman, Acara seterusnya akan bermula pada jam


1.50 petang iaitu acara sesi suai kenal juruteknik baharu
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.

Tuan-tuan dan puan-puan

dijemput ke lobi hotel di restaurant


__________________untuk jamuan makan tengahari dan
pada yang ingin menunaikan solat zohor, surau berada
berhampiran dengan kolam renang hotel.

Maka dengan itu saya akhiri dengan Wa billahi Taufiq


walhidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.
REHAT/MAKAN TENGAH HARI

Disediakan Oleh:

Shafeeqa Binti Belman


Juruteknik Komputer JPKN
0109308730

You might also like