You are on page 1of 8

SISTEM BAHAN API

Pengenalan

Sistem bahanapi ialah untuk membekalkan campuran udara dan bahanapi yang
berterusan kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian.
Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti kelajuan enjin, beban,
suhu dan reka bentuk enjin. Didalam sistem bahanapi, karburetor yang memainkan
peranan yang penting sekali mendapatkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang
sesuai dengan keadaan kendalian enjin.

Komponen-Komponen Sistem Bahanapi.


Sistem bahanapi terdiri daripada:
a. Tangki bahanapi.
b. Pam bahanapi.
c. Penapis bahanapi.
d. Saluran bahanapi.
e. Penunjuk bahanapi.
f. Saring udara.
g. Karburetor.
h. Pancarongga kemasukan.

a. Tangki bahanapi(Fuel Tank).


Bagi enjin hadapan, tangki bahanapi biasanya diletakan dibahagian belakang,
manakala kereta berenjin belakang pula tangki diletakan dibahagian hadapan.
Kedudukan tangki bahanapi pada kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini mestilah
terlindung dari lentingan batu-batu dan tidak mudah meletup bila berlaku sesuatu
kemalangan. Pada umumnya sesebuah tangki dapat diisikan dengan bahanapi
sebanyak 25 hingga 70 liter. Ini bergantung kepada besar atau kecilnya sesebuah
kenderaan.

Tangki bahanapi diperbuat daripada kepingan keluli yang nipis dan disadur supaya
ianya tidak berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi mengurangkan bahan api berkocak.
Ianya diskrukan pada rangka kenderaan. Salur masuk tangki ditutup dengan satu
penutup yang berkunci, mempunyai lubang membolehkan udara masuk atau keluar
apabila bahanapi mengembang atau menguncup. Tangki bahanapi juga dilengkapkan
dengan unit penghantar untuk menunjukan kandungan bahanapi yang ada didalam
tangki. Dibahagian bawah tangki disediakan satu lubang yang tertutup (palam buang
minyak) untuk mengalirkan keluar bahanapi atau untuk mencuci tangki bila perlu.

Air mungkin wujud didalam tangki yang sering kali diisi tidak penuh. Ini adalah kerana
wap air terkandung didalam udara yang terperangkap akan terpeluhwap di dinding
tangki dan mengalir ke bahagian bawah tangki. Oleh kerana air ini merbahaya kepada
enjin, tangki perlulah dibersihkan.

b. Pam bahanapi(Fuel Pump).

Lazimnya tangki bahanapi terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam
bahanapi diperlukan bagi menyedut bahanapi dari tangki dan menghantarnya ke
karburetor. Ianya dipasangkan diantara tangki bahanapi dan karburetor.
Terdapat dua jenis pam bahanapi yang popular digunakan pada masa kini.
i. Pam jenis gegendang mekanikal.
Pam jenis ini digerakkan oleh aci sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis
ini dipasang samada dikepala selinder atau diselinder blok.

ii. Pam jenis gegendang eletrik.


Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan kuasa eletrik dari bateri. Ianya ditempatkan
samada di dalam ruang enjin atau di belakang berdekatan dengan tangki bahan api.
Pam ini hanya akan berfungsi bila suis penyalaan di’ON’.

c. Penapis bahanapi(Fuel Filter).

Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan
api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat dimana penapis bahan api di
pasangkan adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain.
Pada kebiasaannya penapis bahan api di pasangkan diantara pam bahan api dan
tangki bahan api. Terdapat dua jenis penapis bahan api iaitu jenis ceramic dan jenis
katrij (elemen kertas-buang terus). Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan
penapis jenis katrij. Tidak perlu servis, hanya buat penggantian apabila telah sampai
waktu penyenggaraan yang disyorkan.

d. Saluran bahanapi(Fuel Line).

Ianya dibuat daripada ‘steel tubing’ dan ada juag di buat daripada’polyethylene’. Ianya
berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari tangki ke pam dan ke
karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian- bahagian yang bergerak pada
kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan ‘flexible hose’. Ini bertujuan untuk
mengelakan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.

e. Penunjuk bahanapi(Fuel Gauge.

Ianya di gunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki. Komponen-
komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel dash
board. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta:

1. Gelung Imbangan.

Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok.
Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5 amp. Unit
penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelonsor yang mempunyai rintangan yang
berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua gegelung yang diletakan 90 darjah
diantara satu sama lain. Diantara gegelung itu dipasangkan angker dan penunjuk.

2. Jenis Panas.

Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit
tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai tunggal. Unit
penghantar diletakan didalam tangki bahan api sementara unit tolok diletakan dipanel
alat-alat. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis ini dilengkapkan dengan alat
ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit penghantar terdiri dari satu reostat yang boleh
mengubah-ubahkan rintangan didalam litar mengikut paras bahan api didalam tangki.
Unit tolok pula terdiri dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam dan
gelung pemanas.
f. Saring udara(Air Filter).

Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung
karburator.Ianya berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran
udara daripada masuk ke dalam karburator dan seterusnya di dalam enjin.Jika tiada
penapis udara ini maka segala kekotoran akan memasuki ke dalam enjin dan
menyebabkan enjin menjadi kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan
haus dan seterusnya jangka hayat enjin tersebut akan berkurangan.

Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburator adalah bertujuan untuk
mengurangkan kelajuan udara yang masuk,dengan itu akan menjimatkan penggunaan
bahan api, menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya ‘back fire’ dan mengambil
hawa panas dari ‘exhaust manifold’ untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum
masuk ke dalam silinder dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.

Jenis-Jenis Penapis Udara

a. Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted)


Pada penapis jenis ini,ia dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana
kadar habuk yang masuk adalah berkurangan.Bahan yang digunakan pada sistem ini
ialah satu gelungan wayar yang diselang selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan
minyak.Segala kotoran akan melekat pada minyak.Penapis ini mestilah sentiasa dicuci
pada setiap 8,000 km atau 5,000 km.Cara mencuci penapis jenis ini ialah dengan
mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin.Setelah itu hendaklah dikeringkan
dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum di pasang biarkan
minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.

b. Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element)


Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya.Kertas ini dikenali
sebagai ‘ resin impregnated paper element’.Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-lipat
dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus.Dengan melipat-lipat
kertas ini,ia dapat mengadakan permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat
mengelakkan berlaku nya penapis ini dari tersumbat.Kebiasaannnya penapis ini ditukar
pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km.

c. Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)


Penapis jenis ini sangat memuaskan.Ianya terdiri daripada 2 peringkat.Peringkat
pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada
bersamanya akan melekat pada permukaan minyak yang bertakung.Pada peringkat
kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk
melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element).Di sini segala
kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen wayar.Penapis
ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk menapis segala kotoran dari masuk ke dalam
enjin dan disamping itu juga dapat mengelakan kotoran dari masuk ke karburator dan
ruang pelampung (float chamber).Servis perlu dilakukan setiap 4,000 km dan jangka
penggunaannya.Penapis dicuci dengan menggunakan petrol atau parraffin.Apabila
hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah diisi dengan minyak
yang bersih dan pastikan ia beada pada paras yang betul.

d. Jenis Empar (Centrifugal Type)


Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik.Udara yang masuk secara berpusar
akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang dibuat
perumahnya (casing) secara kuasa balingan.Kemasukan udara yang berpusar ini akan
membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya.Tetapi habuk ini akan
tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat pada
atas perumah ini.Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah yang
sebenarnya menolak segala habuk-habuk tadi.Udara itu boleh berpusar adalah kerana
reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat mengikut sudut
tertentu.Rawatan pada penapis jenis ini tidak lah rumit.Hanya yang perlu kita pastikan
bahawa intake vane tidak tersumbat.

g. Karburetor(carburetor).

Ianya berfungsi untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah tertentu
bergantung kepada beban enjin, kelajuan enjin dan suhu enjin. Ia juga berfungsi untuk
menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan supaya pembakaran
dapat dilakukan dengan sempurna. Karburetor di pasangkan pada pancarongga
kemasukan (intake manifold).

h. Pancarongga kemasukan(Intake manifold)& Pancarongga pelawas (exhaust


Manifold)
Pancarongga kemasukan berfungsi sebagai ‘transport’(ruang saluran) bagi bahan api
dan udara masuk ke ruang pembakaran. Kebanyakan dibuat daripada aluminiam alloy
yang dikilatkan. Di pasangkan dikepala selinder.

Pancarongga pelawas di perbuat daripada cast iron dan ditempatkan di bahagian


lubang pelawas untuk mengurangkan bunyi bising daripada gas-gas pelawas keluar
melalui beberapa saluran pancarongga.Pancarongga pelawas berfungsi sebagai
sebuah ruang saluran untuk gas-gas pelawas (gas telah dibakar) lepas keluar dari
selinder masuk ke dalam paip pelawas.

Jenis-Jenis Sistem Penghantaran Bahan Api.

1. Jenis graviti(gravity feed system)

Komponen sistem ini terdiri daripada tangki, penapis, pancarongga pengambilan, salur
bahan api dan karburetor. Tangki bahan api di pasang lebih tinggi daripada karburetor.
Dengan in bahan api akan mengalir turun oleh daya tarikan graviti.
Bahan api dari tangki mengalir masuk ke dalam penapis melalui sawat pemberhenti
yang ditugaskan memberhentikan pengaliran bahan api apabila enjin tidak di kendali.
Bahan api yang di tapis kemudian mengalir masuk ke karburetor.

2. Jenis daya bekal(force feed system)


Sistem ini terdiri daripada tangki, pam, penapis, paip salur bahan api, pancarongga
pengambilan dan karburetor.Kedudukan tangki bahan api lebih rendah daripada
karburetor dan di letakan jauh kebelakang.Bahan api dari tangki mengalir melalui salur
paip apabila terdapat sedutan dari pam bahan api ketika enjin dihidupkan dan ditolak
masuk ke karburetor.

You might also like