You are on page 1of 2

Lampiran A

TERMA & SYARAT KEPADA PEMBEKAL YANG BERMINAT UNTUK PENJUALAN


PRODUK DI DALAM PLATFORM E-DAGANG THTS

A) SYARAT-SYARAT UTAMA SYARIKAT/PEMBEKAL

i. Mempunyai sijil Perniagaan (SSM) yang sah dan tidak tamat tempoh;

ii. Mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan produk cth : Sijil Halal, MesTi, HACCP,
ISO, GMP, SSM dan sebagainya;

iii. Sekiranya syarikat/pembekal mempunyai pertalian keluarga dengan anggota THTS,


ianya adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan pihak pengurusan
THTS.

iv. Setiap pembekal/syarikat hendaklah mengemaskini sijil-sijil dan memberi satu


salinan kepada THTS setiap kali diperbaharui.

B) KRITERIA UTAMA PRODUK


i. Produk tahan lama dan tidak mudah rosak;

ii. Produk tidak memerlukan penjagaan yang kritikal/khusus, contoh memerlukan peti
sejukbeku, dan sebagainya;

iii. Produk boleh dipasarkan (dijangka berpotensi mendapat sambutan baik di pasaran);

iv. Menyatakan jangka hayat produk;

v. Menghantar sampel produk untuk tujuan penilaian produk di peringkat THTS. Sampel
ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hakmilik THTS.

vi. Produk – produk lain yang boleh dipertimbangkan dan dipersetujui oleh pihak
pengurusan THTS.

vii. Setiap produk / merchandise yang dihantar kepada THTS untuk dipasarkan,
hendaklah sekurang-kurangnya telah melalui proses semakan kualiti (QC) yang teliti
dan sewajarnya oleh pihak pembekal (sekiranya tidak mempunyai pensijilan GMP
atau setaraf).

Mukasurat 1 daripada 2

Bahagian Pembangunan Perniagaan


Kemaskini : 03 Mac 2022
C) TERMA & SYARAT KERJASAMA

i. Kerjasama terus dengan pemilik produk/perniagaan atau pemborong/wakil jualan


yang dibenarkan (bukan ejen/orang tengah);
ii. Urusniaga pembekalan secara consignment basis;
iii. Pembayaran secara berkala mengikut jumlah unit produk yang terjual;

iv. Baki produk yang tidak terjual (jika ada) akan dipulangkan semula dalam tempoh
masa yang dipersetujui bersama;

v. Inbois akan dikeluarkan oleh pihak syarikat / pembekal berdasarkan laporan jualan
bulanan yang akan dikeluarkan oleh THTS;

vi. Syarikat / pembekal hendaklah menggantikan semua produk yang menghampiri


tempoh tarikh luput sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh luput yang
dinyatakan di setiap produk;
vii. Tiada kuantiti pesanan minimum (MOQ) ditetapkan;

viii. Kos penghantaran produk ke ibu pejabat THTS ditanggung oleh pembekal;

ix. Jaminan pemulangan wang atau gantian produk kepada pelanggan termasuk kos pos
sekiranya terdapat aduan kerosakan produk atau ketidakpuasan hati pelanggan;

x. Bersedia membenarkan pihak THTS mengunjungi premis perniagaan/kilang oleh


pihak THTS;

xi. Perniagaan berbentuk multi-level marketing (MLM) adalah tidak dibenarkan.

xii. Pemilik produk/syarikat/pembekal bertanggungjawab sepenuhnya untuk


memastikan tempoh sah laku dan kesahihan sijil-sijil yang dikemukakan;

xiii. THTS mempunyai kuasa untuk membatalkan kerjasama dari semasa ke semasa
sebagaimana yang difikirkan perlu;
xiv. Produk-produk yang telah dipersetujui oleh pihak pembekal untuk dihantar ke premis
THTS bagi tujuan jualan/promosi adalah tidak dibenarkan untuk diambil semula oleh
pihak pembekal melainkan setelah mendapat persetujuan daripada pihak THTS;

xv. Sebarang perubahan (jika ada) berkenaan terma & syarat seperti yang dinyatakan
di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan akan di maklumkan kepada syarikat
/ pembekal dari semasa ke semasa.

Mukasurat 2 daripada 2
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kemaskini : 03 Mac 2022

You might also like