You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT KANTIN SMK TEMBANGAU

BILANGAN 1 TAHUN 2022

TARIKH : 29 OGOS 2022


MASA : 2.40 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SMK TEMBANGAU

HADIR :
1. Puan Norazlin Binti Abd Ghani
2. Encik Zapro Bin Ishak
3. Encik Fauzi Bin Omar
4. Puan Erna Sakina Binti Kasmani
5. Cik Amylia Binti Amad
6. Encik Norawi Bin Seman

TIDAK HADIR: Tiada

1. ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Puan Pengetua mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran ahli.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah al-Fatihah.

2. PENGURUSAN KANTIN

2.1 Laporan Program Kendiri Kantin Sekolah

2.1.1 En. Zapro memaklumkan bahawa Laporan Kendiri Kantin Sekolah telah
menggunakan format baharu. Setiausaha Jawatankuasa Kantin Sekolah
Encik Fauzi Bin Omar telah mengambil maklum perkara ini dan telah
membuat tindakan yang sepatutnya.

2.2 Lanjutan Kontrak Pengusaha Kantin

2.2.1 Puan Pengetua memaklumkan bahawa kontrak pengusaha kantin akan


tamat pada 30 November 20022 dan pihak sekolah ada menerima
permohonan daripada pihak pengurusan Aznur Impian Enterprise bagi
menyambung lanjutan kontrak pengusaha kantin selama setahun iaitu
bermula pada 1 Disember 2022 sehingga 30 November 2023.

2.2.2 Encik Fauzi memaklumkan bahawa maklum balas daripada pihak guru dan
murid adalah positif tentang harga dan kualiti makanan yang disediakan
oleh pihak pengusaha kantin sepanjang perkhidmatan mereka.

1
2.2.3 Jawatankuasa Kantin SMK Tembangau Tahun 2022/2023 sebulat suara
bersetuju menerima permohonan daripada pihak pengurusan Aznur
Impian Enterprise bagi lanjutan kontrak pengusaha kantin selama 1 tahun
bermula 1 Disember 2022 sehingga 30 November 2023.

2.2.4 Puan Pengetua sangat berharap pihak JK Unit Kantin mengambil berat
dan memantau aktiviti dan pengurusan pengendalian makanan oleh pihak
pengusaha kantin agar perkara yang tidak diingini berlaku.

2.2.5 Encik Zapro berharap pihak kantin sentiasa meningkatkan kualiti makanan
dan serta menambah menu makanan yang sedia ada bagi mengelakkan
sikap jemu murid dan guru.

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Encik Fauzi mencadangkan agar AJK Kantin SMK Tembangau dapat
menyumbang idea bagi menceriakan ruang-ruang di kantin sekolah agar
setanding dengan kantin-kantin sekolah yang lain.

4. PENUTUP

4.1 Puan pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Kantin kerana
memberi komitmen menyumbang idea dan tenaga bagi memantapkan
pengurusan kantin SMK Tembangau.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 pm.

Disediakan oleh:

………………………………………..
FAUZI BIN OMAR
Setiausaha Jawatankuasa Kantin
SMK Tembangau

Disemak oleh:

………………………………………..
NORAZLIN BINTI ABD GHANI
Pengetua
SMK Tembangau

You might also like