You are on page 1of 2

SOP PENGGUNAAN BILIK ISOLASI

(Bilik Syifa’/Kesihatan dan Bengkel RBT)

Bilik isolasi khas untuk murid yang bergejala sahaja iaitu murid
yang mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas, batuk, selsema,
sesak nafas dan sakit tekak. Murid hanya boleh masuk jika dirujuk oleh
guru bertugas atau guru kesihatan sahaja. Murid tidak bergejala tidak
dibenarkan masuk.

Murid yang bergejala perlu masuk dan keluar mengikut pintu


yang telah dilabel (bengkel RBT) dan laluan yang telah ditetapkan.

Murid hendaklah mensanitasi tangan menggunakan pensanitasi


tangan atau mencuci tangan menggunakan sabun.

Guru bertugas perlu mengisi maklumat murid terlibat seperti


sejarah kesihatan dan perjalanan.

Murid perlu duduk ditempat yang telah ditetapkan dengan


penjarakkan sosial 1 meter. Murid tidak dibenarkan menukar tempat
duduk atau berjalan-jalan di dalam bilik.

Murid wajib memakai pelitup muka. Pelitup muka akan


diberikan secara percuma kepada murid yang tidak mempunyai pelitup
muka sahaja.
Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik sehingga ibu bapa
datang kecuali ke tandas. Murid hanya dibenarkan menggunakan
tandas aras bawah sahaja dengan diiringi guru bertugas atau guru
kesihatan.

Sekiranya ibu bapa lambat datang sehingga melepasi waktu rehat,


urusan pembelian makan dan minum murid akan dilakukan oleh guru
bertugas.

Bilik isolasi perlu dinyahkuman pada waktu pagi dan juga selepas
semua murid yang bergejala telah pulang ke rumah.

Unit Kesihatan
SAM Paya Jaras

You might also like