You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES) KE PEJABAT


PENDIDIKAN DAERAH KUALA KRAI

TARIKH
13 & 14 NOVEMBER 2019

ANJURAN
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN
Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan 'stake holder' antara
salah satu tekad dan dan janji Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru yang terdapat
dalam piagam pelanggan. Unit Pengurusan Sekolah Menengah Pejabat Pendidikan
Daerah Johor Bahru mengambil inisiatif bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan
pelanggan di unit pengurusan sekolah khususnya. Oleh yang demikian lawatan penanda
aras adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan
pendidikan di daerah Johor Bahru dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan. Selain itu dapat menambahkan lagi senarai jalinan dan jaringan
dengan pihak lain yang berada dalam kluster yang sama. Paling penting ialah dapat
melihat pendekatan-pendekatan yang telah diguna pakai oleh pihak lain untuk
dipraktikkan dalam organisasi sekiranya bersesuaian.

2.0 OBJEKTIF
1. Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan pihak lain agar
dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pendidikan di daerah
Johor Bahru.
2. Mewujudkan hubungan dua hala yang erat dengan pihak lain.
3. Meningkatkan lagi pengurusan pendidikan khususnya pengurusan khidmat sokongan
pejabat pendidikan dan juga sekolah.

3.0 SASARAN
Seramai 30 peserta terlibat terdiri daripada 19 pegawai unit pengurusan sekolah dan
11 orang daripada sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

3.0 TARIKH PROGRAM


13 & 14 November 2019

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN


1 Penginapan RM 1680
RM 28 X 2 X 30
2 Pengangkutan (Bas) RM 4000

3 Makan dan Minum


RM 30 X 2 X 30 RM 1800
JUMLAH RM7480

5.0 JADUAL PROGRAM


Tarikh Masa Perkara

13 / 11 / 2019 9.00 mlm Berkumpul di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru


(Rabu)
5.00 pg Pengurusan Diri

9.30 pg – 1.00 ptg Pembentangan Amalan Terbaik oleh Pegawai Pendidikan Daerah
14 / 11 / 2019 Kuala Krai
(Khamis)
2.00 ptg
LDK (Refleksi) Sesi Pertama

15 / 11 / 2019
8.00 pagi Bertolak pulang ke Johor Bahru
(Khamis)

6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat
dapat menjayakan program Lawatan Perkongsian Amalan Terbaik ini dengan jayanya. Hasil
daripada program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan
pendidikan di daerah Johor Bahru melalui pertukaran idea khususnya melalui amalan terbaik
yang dipraktikkan oleh pihak lain. Di samping itu dapat menilai kelemahan-kelemahan yang ada
dalam organisasi dan seterusnya melakukan penambahbaikan.

,
Disediakan oleh, Disahkan oleh,e,

………………………............................ …………………………………………………

You might also like