You are on page 1of 1

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton Televisyen”.

       Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam
kalangan masyarakat kita kini. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menonton televisyen.

        Antara faedah menonton televisyen ialah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang

berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan
kejadian-kejadian penting yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, liputan tentang banjir
yang melanda bahagian timur Semenanjung Malaysia.

        Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Terdapat banyak
program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen  yang boleh memberi informasi
kepada pelajar. Antara rancangan yang boleh mendidik pelajar ialah rencana dan forum ilmiah.

        Di samping itu, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan dengan
begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak perlu
keluar dari rumah untuk menonton televisyen. 

         Seterusnya, menonton televisyen juga dapat melapangkan fikiran serta menghilangkan tekanan.
Seseorang akan berasa terhibur apabila menonton rancangan yang berunsur hiburan dan lawak seperti
kartun. Hal ini boleh menghilangkan tekanan akibat kerja seharian yang memenatkan.

        Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu aktiviti yang berfaedah. Walau bagaimanapun,
kita hendaklah bijak memilih rancangan dan masa yang sesuai untuk menonton supaya tidak
memudaratkan diri sendiri.

You might also like