You are on page 1of 1

Syahrul Anuar Bin Suman

C 104 Felda Raya Jengka 14,


26400 Bandar Pusat Jengka
Pahang Darul Makmur.
syahrul.suman@gmail.com
0136437176

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Kemunting,
25100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 21 Disember 2019

Tuan/Puan,

Memohon Jawatan Pekerja Sambilan (PSH) Harian Di Perpustakaan Awam Daerah Jengka.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Saya seperti nama di atas menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut dipertimbangkan pihak
tuan/puan.saya dimaklumkan Mengenai jawatan kosong tersebut melalui kenalan yang bertugas sebagai
Pembantu Pustakawan di Perpustakaan Awam Cawangan Jengka.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai jurujual, pemandu dan pembaiki barang di salah sebuah
syarikat perniagaan, MengKee Elektrik Sdn. Bhd bertempat di Jengka 14. Bekerja di syarikat tersebut telah
membantu saya menguruskan masa dan menjaga kebersihan harian bagi memastikan keselesaan pada
pengunjung yang datang.Perkerjaan saya sekarang adalah sementara dan saya berminat untuk bekerja di
perpustakaan awam bagi membantu serta memberikan perkhidmatan pada masyarakat.

4. Oleh itu, disini saya sertakan resume serta salinan sijil berkaitan yang telah disahkan untuk rujukan pihak
tuan/puan.

Saya berharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Yang Benar,

(Syahrul Anuar Bin Suman)

You might also like