You are on page 1of 29

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMELONG

NO 1, KAMPUNG TEMELONG,
33400 LENGGONG, PERAK

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB SENI GRAFIK DIGITAL

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMELONG

DISEDIAKAN OLEH:
ANISA BINTI NORDIN
GURU MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMELONG
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

1.0 TAJUK

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
persetujuan daripada pihak Tuan untuk merealisasikan pelaksanaan penubuhan Kelab Seni
Grafik Digital Sekolah Kebangsaan Temelong. Pelaksanaan penubuhan persatuan yang
dirancang ini diharapkan dapat menarik minat pelajar dalam menceburi bidang seni grafik digital
serta melahirkan pelajar yang berketrampilan, kreatif, inovatif dan mampu bersaing dalam
pendidikan masa kini.

2.0 DEFINISI PERSATUAN

Kegiatan kokurikulum ertinya sebarang kegiatan lanjutan daripada proses pengajaran


dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dirancang bagi memberi murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari. Antara kegiatan kokurikulum di sekolah adalah aktiviti sukan dan permainan, unit
beruniform dan persatuan (Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26,
Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
(Kokurikulum Kebangsaan))

Persatuan adalah sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, beperlembagaan,


berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid- murid sekolah yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama. Ia ditubuhkan bagi mendorong
ahlinya untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
masing-masing. Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan
Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".

2
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

3.0 PENUBUHAN PERSATUAN

3.1 PENGENALAN KEPADA KELAB SENI GRAFIK DIGITAL

3.1.1 Nama Persatuan/Kelab

Kelab Seni Grafik Digital Sekolah Rendah Kebangsaan Temelong

3.1.2 Pendahuluan

Kelab Seni Grafik Digital adalah usaha terancang pihak Sekolah Kebangsaan Temelong
untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di
samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti kelab ini membolehkan murid untuk
mendapatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran mengendalikan peranti elektronik serta
perisian software yang terkini, khususnya dalam bidang seni grafik, yang menjadi penyokong
kepada pengajaran dan pembelajaran digital. Objektif penubuhan kelab adalah untuk
menimbulkan rasa cinta akan seni, memupuk semangat berpasukan, serta mengelakkan diri
daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Secara umumnya, kegiatan kokurikulum yang sedia
ada telah berjaya membina disiplin pelajar dan meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi
masalah generasi yang semakin mencabar.

3.1.3 Jenis Persatuan/Kelab


Kelab Seni Grafik Digital merupakan sebuah persatuan bukan akademik. Ia juga merupakan
sebuah kelab yang berkonsepkan aktiviti peneguhan kepada apa yang dipelajari oleh murid
dalam Pendidikan Seni Visual dan matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta
berperanan untuk melatih nilai-nilai tambah, seperti kepimpinan, kepada para murid.

3.1.4 Rasional
Di Malaysia, kompetensi dan penguasaan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi adalah sangat ditekankan, khususnya dalam arus Pendidikan Abad Ke-21. Kelab
Komputer dan Teknologi Maklumat pada mula ditubuhkan di sekolah-sekolah pada tahun 1980-
an bagi menyokong projek Koridor Raya Multimedia (MSC) serta pelaksanaan mata pelajaran
TMK di sekolah. Sehubungan dengan itu, penubuhan Kelab Seni Grafik Digital adalah
merupakan usaha lanjut bagi meningkatkan pengetahuan murid dalam mengendalikan peranti
elektronik serta program software yang terkini, khususnya dalam bidang seni grafik, yang
menjadi penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran digital seperti pembentangan slaid
Powerpoint, animasi dan lain-lain.

3
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

3.1.5 Matlamat
Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi
Maklumat, matlamat Kelab Seni Grafik Digital adalah untuk membolehkan murid untuk
mendapatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran mengendalikan peranti elektronik serta
perisian software yang terkini, khususnya dalam bidang seni grafik, yang menjadi penyokong
kepada pengajaran dan pembelajaran digital seperti pembentangan slaid Powerpoint, animasi
dan lain-lain. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk
pembangunan diri sesuai dengan perkembangan teknologi terkini dan akan datang
berlandaskan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3.1.6 Objektif

Matlamat Kelab Seni Grafik Digital boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:

a) Pengetahuan
i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan perisian
penghasilan karya seni grafik digital seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dll.
ii. Membimbing murid mengetahui kaedah pengoperasian perisian berkaitan
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai
disiplin ilmu seni grafik digital seperti fotografi, ilustrasi digital, animasi, dll.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan Seni
Grafik Digital

b) Kemahiran
i. Menguasai kemahiran mengendalikan pelbagai perisian penghasilan karya seni grafik
digital seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dll.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu dan kumpulan melalui penghasilan
produk serta projek akhir tahun bertema

c) Nilai
i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan dan penghasilan karya seni grafik digital
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan
antara institusi atau individu dalam masyarakat

4
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

3.1.7 Visi

Melahirkan pelajar yang aktif, berkemahiran dan kreatif dalam merealisasikan kecemerlangan
ke arah dunia digital.

3.1.8 Misi

 Menggalakkan, meningkatkan dan memperkenalkan seni grafik digital dalam kalangan


masyarakat Malaysia
 Membina dan menguasai kemahiran dalam bidang seni grafik digital secara professional
 Memupuk minat pelajar dalam bidang TMK, khususnya seni grafik digital.
 Memupuk nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik kepada pelajar
seperti bekerjasama, bertanggungjawab , beretika terhadap peralatan dan perisian
elektronik.
 Menonjolkan daya kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan.

3.2 JAWATANKUASA PENAJA KELAB SENI GRAFIK DIGITAL

Jawatankuasa Kelab Seni Grafik Digital akan terdiri daripada:

Penasihat : Cik Anisa Binti Nordin, Cik Nur Izzati Binti Hariri
Pengerusi : Adha Aiman Mustaqim Bin Mustaffa
Naib Pengerusi : Fatin Liyana Binti Rusli
Setiausaha : Nur Amni Bahirah Binti Kamaruzzaman
Bendahari : Nurul Husna Binti Zamawee
Ketua Kumpulan : 1)Azibah Binti Abu Bakar

2)Nordin Bin Kamaruddin


3)Nurafiqah Binti Md Hussaain
4)Julian Yee

5
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

3.3 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN

Kelab Seni Grafik Digital adalah untuk membolehkan murid untuk mendapatkan
pengetahuan dan menguasai kemahiran mengendalikan peranti elektronik serta perisian
software yang terkini, khususnya dalam bidang seni grafik, yang menjadi penyokong kepada
pengajaran dan pembelajaran digital. Ia juga merupakan sebuah kelab yang berkonsepkan
aktiviti peneguhan kepada apa yang dipelajari oleh murid dalam Pendidikan Seni Visual dan
matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, terdapat beberapa pekeliling
yang menjadi dasar dan panduan kepada panduan penubuhan dan pengurusan Kelab Seni
Grafik Digital, seperti yang dinyatakan berikut:

3.3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000 - Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah

3.3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja
Kokurikulum Pelajar

3.3.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 - Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid
Sekolah

3.3.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2006 - Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum
Sekolah

3.3.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 - Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di
Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

3.3.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam
Dan Di Luar Kawasan Sekolah

3.3.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam
Dan Di Luar Kawasan Sekolah

3.3.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 2017 -


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah

6
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

3.4 CIRI-CIRI AKTIVITI PERSATUAN

Terdapat empat ciri-ciri persatuan, iaitu keberkesanan, berterusan, peluang


pembelajaran dan interaksi atau pendedahan terhadap persatuan yang ditubuhkan.

Keberkesanan adalah kemampuan melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dilakukan


perlu mempunyai satu kesan jangka panjang. Contohnya, tujuan murid menyertai Kelab Seni
Grafik Digital adalah supaya minat murid terhadap matapelajaran Seni dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dapat dipupuk secara lebih mendalam. Di samping itu, mereka juga
dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu melalui penerokaan perisian-perisian
baharu dalam penghasilan karya grafik digital.

Kelab Seni Grafik Digital adalah bersifat berterusan. Ia merupakan lanjutan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Seni Visual dan TMK yang diajarkan di
dalam bilik darjah. Oleh itu, ia berperanan sebagai suatu peluang pembelajaran bagi murid
untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam, sekaligus, mendedahkan mereka tentang
contoh kerjaya yang boleh dilakukan.

Kelab Seni Grafik Digital turut menyediakan pelbagai latihan bagi ahlinya. Dengan ini,
menerusi pendedahan dan latihan tersebut, di akhir kursus persatuan, kesemua ahli yang
menyertai diharapkan agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang teguh mengenai seni
grafik digital.

7
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.0 KAEDAH PENUBUHAN KELAB

4.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

4.1.1 Langkah-langkah penubuhan Kelab Seni Grafik Digital adalah berdasarkan kepada
beberapa pekeliling yang telah dikuatkuasakan, seperti yang dinyatakan berikut:

i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja
Kokurikulum Pelajar
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000: Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan
Murid Sekolah
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2006: Panduan Perbelanjaan Peruntukan
Kokurikulum Sekolah
v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian
Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di
Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah

4.1.2 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah
dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak
sekolah.

4.1.3 Aktiviti Kelab akan diadakan di dalam Makmal Komputer Sekolah. Syarat penggunaan
kemudahan makmal komputer di sekolah (berdasarkan Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah, lihat Lampiran ).

4.1.4 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar
dan penyelesaian masalah secara praktikal.

4.1.5 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :

i. Menghasilkan pelbagai jenis karya seni grafik digital menggunakan pelbagai teknik
ii. Menghasilkan satu projek akhir tahun bertema secara berkumpulan
iii. Mempamerkan hasil projek pada Hari Terbuka Sekolah

8
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.2 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

Berikut merupakan kaedah penubuhan dan pelaksanaan aktiviti Kelab Seni Grafik Digital.

4.2.1 Penubuhan Persatuan

Carta aliran mengenai langkah-langkah menubuhkan Kelab Seni Grafik Digital.

PROSES KERJA PELAKSANA


1. Mencadangkan penubuhan persatuan dan kelab JPNS/PPD / GuruBesar/
GPK /Guru

2. Mengarahkan penubuhan persatuan dan kelab JPNS/PPD/ GuruBesar/


GPK /Guru

3. Mencadangkan guru penasihat persatuan dan kelab GPK Kokurikulum


4. Mempertimbangkan dan memperakui kesesuaian guru-guru Guru Besar
nasihat yang dicalonkan

5. Mengeluarkan surat pelantikan Guru Besar


6. Mengemukakan surat permohonan penubuhan persatuan Guru Penasihat
dan kelab dan sekiranya berkait dengan persatuan induk di
luar, berbincang dan dapatkan kebenaran

7. Menubuhkan persatuan dan kelab, membuat perlembagaan Guru Penasihat


dan membentuk organisasi

8. Menentukan pelajar yang menjadi ahli Penyelaras Persatuan dan


Kelab

9. Mengadakan mesyuarat untuk mengatur perancangan Guru Penasihat


tahunan.

10. Menghantar perancangan tahunan kepada penyelaras Guru Penasihat


11. Menyemak dan menyimpan rekod Setiausaha Kokurikulum
12. Menghantar maklumat persatuan dan kelab ke PPD dan JPN Setiausaha Kokurikulum

9
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

Rajah 1: Carta Aliran Pengurusan Penubuhan Persatuan

10
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.2.2 Mesyuarat Agung Persatuan/Kelab

Carta aliran mengenai aturcara pengurusan Mesyuarat Agung Kelab Seni Grafik Digital.

PROSES KERJA PELAKSANA


1. Membuat pengumuman mesyuarat agung Setiausaha Kokurikulum/
Penyelaras Persatuan & Kelab

2. Membincangkan dengan Ajk tentang laporan aktiviti dan Guru Penasihat


kewangan.

3. Menyiapkan laporan aktiviti dan penyata kewangan Setiausaha/Bendahari Kelab


4. Mengesahkan laporan Guru Penasihat
5. Menghantar surat panggilan mesyuarat agung Setiausaha/Bendahari
Persatuan

6. Mengendalikan mesyuarat agung


Agenda:
a. Ucapan Pengerusi
b. Ucapan Penaung/Penasihat
c. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
d. Perkara Berbangkit Guru Penasihat
e. Setiausaha melaporkan aktiviti sepanjang tahun
f. Bendahari melaporkan penyata kewangan
g. Bahas Usul
h. Bubar AJK
i. Lantik AJK baru
j. Ucapan dasar pengerusi yang baru

7. Menghantar laporan mesyuarat agung kepada SU Setiausaha Persatuan/Kelab


Kokurikulum

8. Memantau perjalanan mesyuarat GPK Kokurikulum

11
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

Rajah 2: Carta Aliran Pengurusan Mesyuarat Agung Persatuan

12
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.2.3 Pelaksanaan Perjumpaan Mingguan Persatuan/Kelab

Carta aliran mengenai aturcara pengurusan perjumpaan mingguan Kelab Seni Grafik Digital.

PROSES KERJA PELAKSANA


1. Merancang, menentukan aktiviti dan pelan bertindak
mengikut rancangan tahunan dan memaklumkan kepada Guru Penasihat
ahli / AJK pada perjumpaan terakhir.

2. Merancang dengan AJK bagi menyediakan alatan yang


diperlukan dan bagaimana melaksanakan aktiviti Pengerusi Persatuan / Kelab
selepas perjumpaan terakhir dan agihan tugas

3. Menjalankan aktiviti bersama ahli. Pengerusi Persatuan / Kelab


4. Menyediadan membantu aktiviti persatuan supaya Guru Penasihat
berjalan mengikut perancangan.

5. Menyiapkan laporan perjumpaan dan meminta Setiausaha Persatuan/ Kelab


pengesahan guru penasihat.

6. Menghantar laporan kepada penyelaras kelab dan Setiausaha Persatuan/ Kelab


persatuan.

7. Menerima, menyemak laporan dan mengambil tindakan


sewajarnya dan menghantar laporan kepada GPK Setiausaha Persatuan/ Kelab
Kokurikulum

8. Menyemak / Mengambil tindakan /menfailkan laporan. GPK Kokurikulum

13
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

Rajah 3: Carta Aliran Pengurusan Perjumaan Mingguan

14
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.2.4 Pengurusan Lawatan

Carta aliran mengenai aturcara pengurusan lawatan Kelab Seni Grafik Digital.

PROSES KERJA PELAKSANA


1. Berbincang dan menentukan tempat lawatan. Guru Penasihat
2. Mengemukakan surat permohonan lawatan kepada Setiausaha Persatuan/ Kelab
Pengetua melalui Setiausaha Kokurikulum.

3. Memproses permohonan. Guru Besar


4. Memohon kebenaran melawat daripada tempat yang Guru Penasihat
hendak dilawati.

5. Membuat permohonan kepada Pengetua untuk Setiausaha Persatuan/ Kelab


menggunakan bas sekolah / bas luar.

6. Mengisi borang undang-undang pelancongan dan


dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya
lawatan luar negeri dan menghantar maklumat lawatan Guru Penasihat
ke Pejabat Pendidikan Daerah sekiranya lawatan luar
daerah.

7. Mengurus surat kebenaran penjaga untuk membawa Guru Penasihat


pelajar-pelajar mengikut lawatan.

8. Memastikan perkara berikut sudah diperolehi :


 Kebenaran melancong
 Kebenaran penjaga Guru Penasihat
 Kebenaran menggunakan bas sekolah / bas luar
 Kebenaran melawat ke tempat yang ingin dilawati

9. Berbincang dengan ahli-ahli tentang perkara berikut :-


 Program dalam lawatan
 Pengisian dan tugasan dalam lawatan Guru Penasihat
 Keperluan yang perlu dibawa
 Peraturan semasa lawatan

10. Menghantar laporan kepada Setiausaha Kokurikulum Guru Penasihat


selepas pulang dari lawatan.

11. Menerima / menyemak / menfail laporan GPK Kokurikulum


15
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

Rajah 4: Carta Aliran Pengurusan Lawatan

16
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.2.5 Pengurusan Pameran

Carta aliran mengenai aturcara pengurusan pameran Kelab Seni Grafik Digital.

PROSES KERJA PELAKSANA


1. Mempengerusikan mesyuarat bersama guru-guru dan
melantik AJK Pameran serta membincangkan perkara yang Guru Besar
berkaitan dengan pameran seperti tarikh, tema, lokasi,
perasmian, penutup dan jemputan agensi luar jika ada.

2. Merekodkan serta mendaftarkan semua kelab dan Penyelaras Kelab /


persatuan yang akan mengambil bahagian dalam pameran. Persatuan

3. Taklimat kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti yang akan Penyelaras Kelab /


diadakan dan persediaan yang sewajarnya Persatuan

4. Menentukan semua ahli telah mendapat semua maklumat


tentang pameran dan persediaan bahan dan keperluan lain Guru Penasihat
untuk pameran

5. Menyelaras kerja / persiapan oleh kelab dan persatuan yang Guru Penasihat dan
Penyelaras Kelab dan
akan mengambil bahagian.
Persatuan

6. Memastikan persiapan yang dibuat untuk pameran berjalan Guru Penasihat


lancar.

7. Menyelaras kerja-kerja membawa peralatan pameran ke Guru Penasihat


lokasi pameran

8. Penyeliaan akhir pelajar-pelajar semasa persiapan pameran Guru Penasihat


/ semasa pameran.

9. Menerima laporan daripada semua kelab dan persatuan Guru Besar


mengenai pameran sebaik pameran selesai.

10. Menfailkan laporan pameran GPK Kokurikulum


11. Menulis surat penghargaan GPK Kokurikulum

17
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

Rajah 5: Carta Aliran Pengurusan Pameran

18
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

4.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan


dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pentadbiran sesebuah persatuan.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa jawatankuasa, peraturan, syarat, dan
sebagainya. Perlembagaan juga adalah suatu kumpulan undang-undang dasar yang
menentukan cara pentadbiran sesebuah persatuan itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan
kuasa-kuasa yang dipunyai oleh ahli jawatankuasa, hak-hak yang dipunyai oleh ahli dan
perhubungan antara kepimpinan jawatankuasa dengan ahli.

Dokumen perlembagaan persatuan bagi Kelab Seni Grafik Digital SK Temelong boleh
didapati dalam Lampiran 1.

4.4 RANCANGAN AKTIVITI KELAB

MINGGU TAJUK AKTVITI


1 Pengenalan Kelab Seni Grafik Digital  Pelantikan jawatankuasa kelab
 Pengenalan kepada latar belakang
kelab
 Sesi suai kenal

2 Pengenalan Kelab Seni Grafik Digital  Pengenalan visi dan misi kelab
 Pengenalan logo dan lagu kelab
 Melukis dan mewarna logo kelab

3 Pengenalan Konsep Unsur Seni  Pengenalan unsur seni kepada


murid

4 Pengenalan Konsep Prinsip Rekaan  Pengenalan prinsip rekaan kepada


murid

5 Pengenalan Konsep CASPER  Pengenalan konsep CASPER


kepada murid

6 Pengenalan Adobe Photoshop  Pengenalan kepada Adobe


Photoshop murid-murid.
 Pengenalan kepada canvas dan
basic tools Adobe Photoshop

7 Penggunaan Adobe Photoshop  Pengenalan kepada Brush tool


dan variasinya kepada murid

19
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

 Pengajaran tentang kaedah untuk


save, load, replace, reset brush
 Penghasilan penanda buku mini

8 Penggunaan Adobe Photoshop  Pengenalan kepada Blending


Option dan variasinya
 Penghasilan poster digital

9 Penggunaan Adobe Photoshop  Pengenalan kepada Eraser tool


and Stamping tool serta variasinya
 Penghasilan karya montaj digital

10 Penggunaan Adobe Photoshop  Pengenalan kepada video dan


animasi

11 Pengenalan dan penggunaan Sony  Pengenalan kepada video dan


Vegas Pro animasi

12 Penggunaan Sony Vegas Pro  Pengenalan kepada Sony Vegas


Pro kepada murid-murid.
 Pengenalan kepada timeline dan
screen

13 Penggunaan Sony Vegas Pro  Pengenalan kepada transitions


 Pengenalan kepada fungsi import

14 Penggunaan Sony Vegas Pro  Pengenalan kepada fungsi export


 Pengenalan kepada kaedah
penyimpanan digital

15 Pengenalan tentang fotografi dan  Pengenalan jenis kamera dan


penggunaan kamera DSLR/digital kaedah pengendaliannya

16 Penggunaan Adobe Photoshop  Pengajaran teknik menyunting


gambar/foto

17 Lawatan ke Studio Wau  Melihat kaedah penghasilan kartun


siri animasi Ejen Ali

18 Persediaan Projek Akhir Tahun  Pembahagian kumpulan dan


Bertema taklimat tugasan

19 Pameran Hasil Projek Akhir Tahun  Pembentangan Hasil Projek pada


Bertema Hari Terbuka Sekolah

20
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni Grafik Digital merupakan satu aset yang bernilai
kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah
melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan
dalam Kelab Seni Grafik DIgital mampu melahirkan kelompok masyarakat yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam pengendalian peranti elektronik. Justeru,
adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
sekolah. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.................................
ANISA BINTI NORDIN
Guru Penasihat Kelab Seni Grafik Dgital,
Sekolah Kebangsaan Temelong.

Tarikh: .......................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN RUSMIN SULAIMAN BIN YUSOF
GPK Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temelong. Sekolah Kebangsaan Temelong.

21
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

LAMPIRAN 1
KELAB SENI GRAFIK DIGITAL
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMELONG
NO. PENDAFTARAN
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

i. Nama Persatuan :Kelab Seni Grafik Digital, Sekolah Kebangsaan Temelong


ii. Alamat : Sekolah Kebangsaan Temelong, No. 1, Kampung
Temelong, 33400 Lenggong,PERAK

PERATURAN 2 : MATLAMAT

Matlamat Kelab Seni Grafik Digital adalah untuk membolehkan murid untuk mendapatkan
pengetahuan dan menguasai kemahiran mengendalikan peranti elektronik serta perisian
software yang terkini dalam bidang seni grafik.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

Matlamat Kelab Seni Grafik Digital boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:

i. Pengetahuan
a. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan perisian
penghasilan karya seni grafik digital seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dll.
b. Membimbing murid mengetahui kaedah pengoperasian perisian berkaitan
c. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai
disiplin ilmu seni grafik digital seperti fotografi, ilustrasi digital, animasi, dll.
d. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan Seni
Grafik Digital

ii. Kemahiran
a. Menguasai kemahiran mengendalikan pelbagai perisian penghasilan karya seni grafik
digital seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dll.
b. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu dan kumpulan melalui penghasilan
produk serta projek akhir tahun bertema

22
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

iii. Nilai
a. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan dan penghasilan karya seni grafik digital
b. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan
antara institusi atau individu dalam masyarakat

PERATURAN 4 : LOGO DAN PENGERTIAN

Konsep Maksud
Ayat “Kelab Seni+ Grafik  Nama Kelab Seni Grafik Digital Sekolah Kebangsaan Temelong
Digital”  Penggunaan simbol “+” untuk menimbulkan unsur moden dan teknologi

Motto “Mendigitalkan  Merujuk kepada perubahan perspektif murid ke arah PdP digital
Kehidupan”

Objek segi empat  Segi empat melambangkan bentuk pixel yang menjadi asas
dengan muka senyum penghasilan grafik digital dalam peranti elektronik
 Muka senyum melambangkan kegembiraan murid ketika menyertai
aktiviti kelab

Tiga simbol “+” di  Melambangkan 3 prinsip yang ditekankan bagi penghasilan karya
bahagian atas digital: Unsur seni, prinsip rekaan & konsep CASPER

Simbol “+” pada hujung  Melambangkan peranan kelab ini sebagai aktiviti peneguhan kepada
perkataan kelab pembelajaran matapelajaran TMK dan Seni Visual

Penggunaan warna  Jingga: merangsang pemikiran murid untuk menjadi lebih aktif,
menimbulkan keselesaan serta meningkatkan mood murid
 Biru muda, kuning, merah jambu: Melambangkan 3 warna dari model
warna utama dalam paparan digital, iaitu CMYK (cyan, magenta,
yellow, black)

23
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

PERATURAN 5: BENDERA

i. Mempunyai maksud yang sama dengan logo kelab.


ii. Merupakan versi “negatif” bagi reka bentuk logo kelab.

PERATURAN 6: LAGU PERSATUAN

Wahai rakan sahabatku;


Ayuh segera menuju,
Mengikut gerak langkah maju;
Bersama mencari ilmu.

Kelab Digital membuka pintu;


Tuntut ilmu, tanpa jemu,
Bermain, berkawan, tanpa silu;
Bergembira selalu.

PERATURAN 7 : KEAHLIAN

i. Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan


Temelong tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
iii. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
melibatkan diri secara aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

24
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

iv. Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan
kelab.
v. Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
vi. Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 8 : PAKAIAN

i. Sesi perjumpaan mingguan ii. - pakaian seragam sekolah


Sesi aktiviti kelab - Baju T kelab dan seluar trek sukan
- Kasut dan berstokin

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT

i. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru SK Temelong


ii. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
iii. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA

i. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


ii. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
iii. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
iv. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
v. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
vi. Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:
a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

25
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

PERATURAN 11: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

i. Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
ii. Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
iii. Setiausaha
a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
iv. Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
e. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
f. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
v. Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

26
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.


c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa

PERATURAN 12 : KEWANGAN

i. Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.
ii. Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti tambahan seperti
membuat jualan.
iii. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

i. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
ii. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN

i. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


ii. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
iii. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15: PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

i. Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi


menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi
ialah;
a. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
b. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal
kecuali dengan kebenaran guru penasihat.
c. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer.
d. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di
belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

27
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

e. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal
untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal
ii. Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/ guru
penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

PERATURAN 16 : TINDAKAN DISIPLIN

i. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
ii. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
a. Amaran lisan
b. Amaran bertulis
iii. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 17 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

i. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga ia dipinda.


ii. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh Ahli, Ahli Jawatankuasa, Guru
Penasihat atau Pentadbir Sekolah secara bertulis.
iii. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya, jika perlu.
iv. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru
Besar.

PERATURAN 18 : PEMBUBARAN

i. Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran


Persatuan secara bertulis
ii. Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 19 : HAL-HAL LAIN

i. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
ii. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

28
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Seni Grafik Digital
Sekolah Kebangsaan Temelong

LAMPIRAN

29

You might also like