You are on page 1of 5

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

AJK (ALATAN)

NAMA: TDENE HOW JIATYENN

OBJEKTIF:

1. Mencatatkan, mengenalpastikan dan menyediakan alatan yang diperlukan semasa


perkhemahan.
2. Berhubung dengan bendahari tentang penggunaan wang terhadap alatan yang perlu
dibeli.
3. Memulangkan alatan yang telah dipinjam daripada pihak tertentu selepas
perkhemahan.

Pada 26 hingga 29 September, unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
IPG Kampus Ipoh telah mengadakan sebuah perkhemahan selama 4 hari dan 3 malam di
tempat pusat latihan kokurikulum IPG Kampus Ipoh. Seramai 50 orang turut serta dalam
perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi melatih kelayakan ahli BSMM
untuk mendapatkan Sijil Kejurulatihan seperti ceramah, kursus ikatan, aktiviti gajet dan lain-
lain lagi. Saya telah ditugaskan sebagai AJK Alatan sepanjang perkhemahan ini.

Seminggu sebelum hari perkhemahan, saya mengenal pasti jenis dan bilangan
alatan yang diperlukan oleh para jawatankuasa lain sebelum perkhemahan. Senarai alatan
telah saya buat untuk mencatat alatan yang perlu disediakan. Antara barangan yang perlu
disediakan termasuklah kertas A4, kertas sijil, periuk nasi, perkakasan khemah, batang
kayu, kompas orienteering, sulphur dan alatan dapur. Saya dan ahli kumpulan telah
meminjam alatan yang diperlukan daripada pihak café, unit kokurikulum, dapur surau dan
stor sukan. Semasa mengisi borang meminjam alatan stor sukan, saya memastikan jenis
dan bilangan alatan yang hendak dipinjam adalah betul. Saya mendapat surat pemohonan
kebenaran meminjam alatan dari setiausaha untuk memudahkan pinjaman dari unit
kokurikulum. Saya juga berbincang dengan bendahari tentang harga alatan yang perlu
dibeli.

Semasa perkhemahan, saya dan ahli kumpulan mengumpulkan alatan yang telah
dipinjam di tempat perkhemahan. Saya mengenalpasti alatan dapur yang didapat tidak
bercampur dengan alatan Pandu Puteri. Sekiranya terdapat alatan yang tidak mencukupi,
saya meminta pinjaman dari pihak tertentu lagi bersama ahli kumpulan. Bilangan alatan
telah dicatatkan semula. Saya mengajar cara penggunaan sesuatu alatan kepada ahli yang
diperlukan. Perkakasan khemah disediakan kepada ahli BSMM untuk memasang khemah.
Alatan dapur diletakkan di kawasan memasak untuk memudahkan AJK Memasak
menggunakan alatan tersebut. Batang kayu dan tali disediakan untuk aktiviti membuat gajet.
Kompas digunakan untuk mengajar ahli BSMM tentang cara menentukan arah yang betul.
Pembesar suara, dulang, alas dulang dan microphone juga disediakan untuk malam
kebudayaan dan majlis penutup. Saya juga telah mengambil gambar yang berkenaan untuk
memudahkan penulisan laporan.

Setelah perkhemahan, saya dan ahli kumpulan mengumpulkan alatan yang perlu
dipulangkan dan memastikan keadaan alatan adalah baik. Saya juga menyemak bilangan
alatan yang dipinjam dengan merujuk kepada senarai alatan. Saya dan ahli kumpulan telah
memulangkan alatan kepada pihak tertentu. Alatan yang dipinjam dari stor sukan pula
diserahkan kepada ahli Kadet Remaja Sekolah untuk penggunaan khemah mereka yang
akan diadakan pada minggu hadapan. Perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak stor
sukan untuk pengetahuan mereka.

Disediakan oleh, 31 OGOS 2019

_______________________
(TDENE HOW JIATYENN)

AJK ALATAN
Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

SENARAI SEMAK
Bil. Perkara Catatan
( / atau x)
Sebelum
1. Membahagikan tugas masing-masing.

2. Meminjam dan mengumpulkan alatan yang diperlukan


semasa perkhemahan.

3. Berhubung dengan bendahari tentang penggunaan


wang terhadap alatan yang perlu dibeli.

4. Memastikan keberkesanan penggunaan peralatan.

Semasa

1. Mengumpulkan alatan yang telah dipinjam di tempat


perkhemahan.

2. Membantu AJK lain untuk meminjam alatan lagi jika


perlu.

Selepas

1. Memastikan keadaan alatan adalah baik.


2. Menyemak bilangan alatan yang dipinjam dengan
merujuk kepada senarai alatan.

3. Memulangkan alatan kepada pihak tertentu.

LAMPIRAN
Gambar 1. Alatan yang dipinjam untuk perkhemahan.

Gambar 2. Khemah yang didirikan di tapak perkhemahan.

Gambar 3. Batang kayu digunakan untuk aktiviti membuat gajet.


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

You might also like