You are on page 1of 3

Spesifikasi

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MAKANAN BERMASAK BAGI


Tajuk Templat:
TEMPOH TIGA (3) BULAN DI RSK SERI ISKANDAR, PERAK
Jenis Item: Perkhidmatan
Jenis Barangan: Tempatan

Kekerapan
Bil. Unit Bil. Unit
/
UOM Ukuran Ukuran Kuantiti
Item Unit
Sehari Sebulan
Ukuran
Spesifikasi
SEBUT HARGA Number of
1 30 150
PERKHIDMATAN Persons
MAKANAN
1. Perkhidmatan yang perlu disediakan a)Menyediakan makanan
BERMASAK
bermasak Islam mengikut menu yang telah dipilih, dimasak dengan cara
BAGI TEMPOH
yang berkualiti dan enak serta menyediakan hiasan dan susun atur
EMPAT (4) persembahan makanan dengan menarik; b)Menyediakan
BULAN DI RSK sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk khidmat layanan seperti
SERI menghidang dan mengagih makanan sehingga habis makan dan
ISKANDAR, mengemas peralatan yang disediakan pada hari yang sama; c)Pembekal
PERAK perlu menyedia/memasak di dapur premis syarikat sendiri yang
disediakan; d)Pembekal adalah dikehendaki siap menyediakan
makanan/hidangan 15 minit sebelum masa yang telah di tetapkan oleh
pihak Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak; e)Kerja mengemas
dan membersihkan Dewan Makan perlu dibuat serta merta selepas
penghuni selesai makan oleh pembekal; f)Bilangan penghuni adalah
minima 50 orang dan maksima seramai 150 orang;
g)Sekiranya jumlah penghuni bertambah atau berkurangan akan
dimaklumkan mengikut keadaan semasa dan pihak pembekal perlu
mengambil makluman tersebut dengan kadar segera mengikut
kesesuaian yang perlu. Sekiranya terdapat lebihan, perlulah diagihkan
kepada penghuni yang memerlukan. h)Menyediakan menu khusus untuk
penghuni berpantang dan alahan; i)Menyediakan sampel makanan
setiap menu untuk diuji rasa oleh pegawai yang dilantik pada setiap
waktu makan; j)Sampel makanan perlu disimpan selama 48 jam
bersamaan dengan 2 hari; k)Gantirugi untuk sebarang
kekurangan/kerosakan pada makanan perlu ditanggung sendiri oleh
pembekal serta merta. l) Pihak pembekal bertanggungjawab untuk
memastikan kebersikan ruang dapur dan dewan makan termasuk sinki,
lantai dan kawasan dewan makan.
2. Perubahan Menu a)Pembekal adalah tidak dibenarkan untuk
membuat pertukaran menu kerana jadual menu akan diberikan untuk
tempoh setahun iaitu sepanjang tempoh kontrak berjalan. Sekiranya
terdapat keperluan mendesak, pembekal perlu mendapatkan kebenaran
dan kelulusan daripada pihak institusi terlebih dahulu bersama justifikasi
pertukaran menu. Namun pihak institusi dibenarkan untuk menukar
menu sekiranya terdapat keperluan seperti perayaan Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Deepavali dan Krismas;

Page 1 / 3
3. Jenis-jenis masakan, bekalan dan harga a)Hidangan berat perlu
disediakan untuk tiga (3) kali dalam satu (1) hari :- Sarapan Pagi Makan
Tengahari Makan Malam b)Hidangan ringan perlu di sediakan untuk tiga
(3) kali dalam satu (1) hari :- Minum Pagi Minum Petang Minum Malam
c)Cadangan Menu untuk hidangan adalah seperti di Lampiran.
d)Membekalkan perkakasan seperti pinggan, sudu, mangkuk, gelas dan
cawan bagi hidangan makanan untuk setiap waktu makan penghuni
sekiranya tidak disediakan oleh Dapur Jabatan;
e)Mengutip dan membasuh pinggan mangkuk dan cawan yang telah
digunakan oleh penghuni; f)Memastikan peralatan yang digunakan
adalah bersih, bersesuaian dan mencukupi bagi setiap hidangan;
g)Bekalan bahan mentah hendaklah dari sumber atau pembekal yang
disahkan HALAL dan masih sah tempoh penggunaannya. Pegawai yang
dilantik oleh Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak berhak untuk
memeriksa bekalan mentah dari semasa ke semasa bagi
memastikannya. h)Penggunaan barang-barang berikut adalah tidak
dibenarkan : MSG/Perasa tambahan Makanan segera
4. Spesifikasi Bahan Basah a)Ikan Panjang dari muncung hingga ke
pangkal ekor tidak kurang dari 12cm. Purata ketebalan ikan potong tidak
kurang dari 3cm. b)Udang Basah / Sotong Basah / Kerang Basah Berat
seekor udang tidak kurang 11gm. Purata panjang seekor sotong tidak
kurang 10cm. Kerang yang dibekalkan bersaiz sederhana. c)Ayam
Anggaran berat ayam tidak kurang dari 2kg dan dipotong 12 bahagian.
d)Daging Potongan daging setebal kotak mancis tidak kurang 1.5cm.
5. Pendaftaran Syarikat a)Syarikat mempunyai Kod Bidang 040103 dan
040102 yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf
Bumiputera. b)Pembekal mesti mempunyai premis makanan berdaftar
kepunyaan sendiri. c)Pembekal mesti mempunyai kenderaan dan
perkakasan yang sesuai bagi menghantar bekalan mentah dan
menghidang makanan bermasak kepada penghuni. d)Pengendali
makanan ATAU sesiapa yang terlibat dalam pengendalian makanan
hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan Kerajaan atau pengamal
perubatan berdaftar. e)Pembekal juga dikehendaki mengemukakan sijil
atau kad kesihatan yang disahkan untuk pengendali dan pekerja-pekerja
yang terlibat (Suntikan TYPOID). f)Pengendali dan pekerja perlu
mendapatkan suntikan (TYPOID) dari Kementerian Kesihatan
6. Syarat Khusus Pekerja a)Syarat Am Pekerja Warganegara Malaysia
Berusia 25 tahun hingga 55 tahun Bebas dari sebarang penyakit
berjangkit Menghadiri kursus pengendalian makanan Berpengalaman
dalam bidang masakan Mendapat suntikan dari Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) Lulus tapisan keselamatan b)Syarikat adalah
dikehendaki menyediakan tenaga pekerja yang mencukupi bagi
memenuhi keperluan Penyedia makanan – 3 orang Pramusaji/
pembersihan – 3 orang Penyelia - 1 orang (penyedia makanan dan
pramusaji boleh menggunakan orang yang sama)
c)Semua pekerja hendaklah berpakaian seragam kepunyaan syarikat
yang sopan dan perlu mengikut Garis Panduan KKM yang telah
ditetapkan seperti memakai penutup kepala, bersarung tangan, kasut
bertutup serta memakai apron semasa mengendalikan makanan.
d)Syarikat perlu melantik Penyelia dikalangan pekerja yang
bertanggungjawab terhadap pembahagian tugas serta memastikan
semua kerja dapat disempurnakan mengikut kekerapan yang ditentukan.

Page 2 / 3
e)Syarikat perlu memastikan pekerja berada setiap masa pada waktu
bertugas di Dapur Jabatan dan tidak meninggalkan premis tanpa
pengawasan.
7. Keselamatan dan kebersihan makanan a)Minuman dan makanan
yang disediakan hendaklah menggunakan air yang telah dimasak.
b)Kaedah penyimpanan barang makanan basah (ayam, daging, ikan)
dan kering (barang di dalam stor kering) perlulah mengikut garis
panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Contohnya:
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk mengikut aturan penyusunan
yang betul dengan mengasingkan bahan mentah,separa masak dan
masak; Menyimpan makanan di dalam tin dan peket yang telah dibuka
ke dalam bekas bertutup; Mengamalkan fifo (first in,first out) dan
sentiasa menyemak tarikh luput. c)Penjagaan kebersihan dan
keselamatan makanan serta ruang makan hendaklah mengikut Garis
Panduan yang ditetapkan KKM. d)Pintu bilik bahan api/bilik gas perlulah
sentiasa ditutup dan berkunci bagi tujuan keselamatan.
8. Harga a)Harga adalah ditetapkan oleh pihak pembekal melalui
tawaran sebutharga setelah dipersetujui oleh pihak JKM. b)Harga yang
ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan. c)Pemilihan pembekal tidak tertakluk kepada
tawaran harga yang rendah, namun lebih kepada jaminan kualiti
perkhidmatan.
9. Penamatan Kontrak JKM berhak menamatkan kontrak yang telah
ditandatangan sekiranya syarikat gagal memberi perkhidmatan yang
telah termaktub dalam perjanjian kontrak berdasarkan penilaian dari
semasa ke semasa.
10. Pemeriksaan tempat bermasak/ persediaan tempat bermasak
a)Kerajaan dari mana-mana Agensi atau Jabatan sentiasa berhak untuk
membuat pemeriksaan ke tempat bermasak Pembekal sebelum, semasa
dan selepas penyediaan makanan kepada pihak Rumah Seri Kenangan
Seri Iskandar, Perak pada bila-bila masa. b)Pembekal hendaklah
memberikan kerjasama semasa pemeriksaan atau pengujian
dilaksanakan. c)Perkhidmatan makanan perlu dimasak di premis syarikat
pensendirian
11. Lain-lain Tempoh Kontrak Tempoh kontrak adalah selama 3 bulan.

Page 3 / 3

You might also like