You are on page 1of 40

 

Koleksi Soal Jawab Tentang Tatabahasa Bahasa Melayu  

Laman Oh, tatabahasa bahasa Malaysiaku! tertubuh pada bulan 3 September 2012 oleh Cikgu Zainudin
b. Haji Rafie setelah beliau melihat banyak kesalahan tatabahasa sama ada semasa membaca surat
khabar, mendengar radio mahupun percakapan dan terlihat di mana-mana tempat tentang kesalahan
bahasa. Koleksi ini merupakan soal jawab atau kupasan tentang tatabahasa melalui Facebook Oh,
tatabahasa bahasa Malaysiaku! oleh Admin yakni Cikgu Zainudin g. Hj. Rafie, Cikgu Noor Haeiddah bt.
Ismail dan Cikgu Nizam b. Abdul Jalil. Diharapkan agar kupasan ini membiasakan pengguna bahasa
Melayu dengan peraturan bahasa Melayu yang betul, tepat dan persis mengikut aturan yang ditetapkan.

Bil Isu Jawapan


1 Sila buang sampah di dalam tong sampah Sila buang sampah ke dalam tong sampah.

Alasan: Ada sesiapa yang mahu masuk ke dalam tong


sampah lalu membuang sampah mereka? Lantas,
mereka membuang sampah di luar tong itu.
2 nikmat yang menyegarkan dengan serta- Menyegarkan anda atau menyegarkan badan.
merta!
Alasan: Kata Kerja transitif (kkt) perlu diikuti oleh kata
nama atau frasa nama sebagai objek. Dalam hal ini,
menyegarkan (kkt) diikuti objek selepasnya.
3 Awas, selekoh merbahaya! Awas, selekoh berbahaya.

Alasan: kesalahan imbuhan mer-, dalam BM tiada


imbuhan mer-. Oleh itu yang sebetulnya berbahaya
4 Pemenangnya adalah.... Pemenangnya ialah..

Alasan: selepas kata pemeri ialah perlu ada kata nama.


 Adalah untuk kata sendi, kata hubung, kata adjektif
5 memperkukuhkan memperkukuh

Alasan: memper- atau diper- + kata adjektif tidak perlu


akhiran – kan. memperkukuh bermaksud menjadi lebih
kukuh
6 ...dibawah tajuk... di bawah

Alasan: kata sendi nama di   untuk kata arah perlu


dijarakkan.
7 di dalam gambar atau dalam gambar dalam gambar

Alasan: di dalam (benda beruang/ bilik),


dalam (tiada ruang)
8 di hari raya pada hari raya

Alasan: di untuk tempat, pada merujuk masa


 

9 pemain bola sepak ternama itu terpaksa atas


memohon maaf di atas kesilapannya
menendang bola ke luar pintu gol lawannya Alasan: atas untuk benda yang tidak mempunyai ruang
10 mereka-mereka yang ada mereka yang ada

Ulasan: kesilapan kata nama yang bermaksud jamak,


mereka-bermaksud banyak, jadi tak perlu diulang
11 mengenai Perkataan ini dwifungsi bergantung pada ayat.

1.  Datuk bercerita mengenai kisah silamnya.


(mengenai ialah kata sendi nama)
2.  Bola itu mengenai palang gol. (mengenai ialah
kata kerja transitif, ayat boleh dipasifkan)

12 redha atau reda  reda sebutannya /réda/

Rujukan PRM:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=reda 
13 penggunaan kata pemeri ialah dan adalah  ialah: digunakan pada Frasa Nama (FN) atau Kata Nama
(KN)

adalah: Frasa Adjektif (FA), Frasa Sendi Nama (FSN),


kata hubung (untuk)
14 Dia adalah merupakan nenek saya. Salah penggunaan adalah, sepatutnya merupakan 
kerana merupakan berfungsi sebagai kata sendi nama.
15 berbagai iklan berbagai-bagai iklan / pelbagai iklan
16  pisang goreng atau goreng pisang  HUKUM DM, kita makan pisang  atau kita makan goreng ?
Tentulah pisang. Makan apa? Pisang. Jadi pisang apa?
Pisang goreng.
17 dikejari  atau dikejarkan  Aktifkan ayat dahulu,

1.  Ali mengejar perompak.


2.  Penduduk kampung mengejarkan Ali ke hospital.
(mengejari) tiada dalam kamus.
3.  Perompak itu dikejar oleh Ali.
4.  Ali dikejarkan ke hospital bukannya dikejari.

18 i. Saya minta maaf dari  awak. ii 


ii. Saya minta maaf daripada  awak.
iii. Saya minta maaf kepada  awak. Alasan: meminta sesuatu daripada orang, memberi
iv. Saya minta maaf ke awak.  sesuatu kepada orang
19 baharu  atau baru   baru: masa (kata bantu)
1.  Pak Mat baru pulang dari kebun.

baharu : benda yang terkini (kata adjektif)


2.  Ayah membeli kereta baharu.
 

20 Sudah lama Pak Amin merasa  bimbang Berasa


tinggal di rumah usang itu
Alasan: berasa: perasaan (feel)

merasa: deria (taste)


21 Kereta itu sungguh mahal kerana ianya ianya (perkahwinan sejenis, dilarang sama sekali)
diimport dari Jepun sepatutnya Kereta itu sungguh mahal kerana kereta itu
diimport dari Jepun.

Alasan: golongan kata ganti nama diri yang ketiga, tidak


boleh bergabung, digunakan untuk orang sahaja seperti:

1.  Dia (ia) membeli buku itu.

22 sebuah  janji Satu janji

Alasan: Sebuah diibaratkan penjodoh bilangan,  janji


ialah kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak
berbilang, tak boleh diikuti penjodoh bilangan
23 Banyak pendapat yang mengatakan bahawa Kesalahan Pertama: rumahtangga
tugas menguruskan rumahtangga ialah tugas Sebab Kesalahan: perkataan "rumah tangga" merupakan
wanita. Manakala lelaki pula kata majmuk yang tidak mantap. Oleh itu, mestilah dieja
bertanggungjawab mencari rezeki untuk secara terpisah.
keluarga. Walau bagaimanapun banyak Pembetulan: rumah tangga
faktor yang memungkinkan kita merubah
pandangan tersebut. Kesalahan Kedua: ...tugas wanita. Manakala lelaki...
Sebab Kesalahan: "Manakala: merupakan kata hubung
gabungan yang menghubungkan dua ayat setara dan
tidak boleh meletakan di hadapan ayat.
Pembetulan: ...tugas wanita manakala lelaki....

Kesalahan ketiga: ...merubah pandang.


Sebab kesalahan: kata dasar bagi perkataan "merubah"
ialah "ubah". Oleh itu, imbuhan "meng-" mestilah
digunakan kerana tidak mempunyai imbuhan "mer-"
dalam Bahasa Melayu.
Pembetulan: ...mengubah pandangan.
24 nasi belauk atau nasi berlauk nasi berlauk, pengaruh dialek Kelantan
25 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : 3 kesalahan iaitu:
Sebuah Janji Ditepati.....
a)  memakmur rakyat (x) , memakmurkan rakyat (/)
b)  mensejahtera rakyat (x), menyejahterakan rakyat (/)
c)  sebuah janji ditepati (x), janji ditepati (/)

26 premis atau permis premis

ada 2 maksud:
 

1.  sesuatu pernyataan dsb yang diandaikan


(dianggap) sebagai benar
2.  bangunan dan kawasan menguruskan
perniagaan

Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=premis 
27 pada masa kini atau pada masa ini kini atau pada masa ini

Alasan: kini bermaksud sekarang ini atau masa ini,


oleh itu lewah jikalau pada masa disusuli oleh kini
28 adalah dengan ini dimaklumkan dengan ini dimaklumkan / dimaklumkan bahawa

Alasan: kata pemeri adalah tidak boleh berada di


hadapan kata kerja
29 Rumah itu dinaiki air Betul, ayat ini ayat pasif. Ayat aktifnya:

Air menaiki rumah itu.


30 ibu mertua atau ibu mentua ibu mentua

Alasan: kata dasar [tua] diimbuhkan oleh imbuhan meN-


dalam bM tiada imbuhan mer-.
31 Kura-kura itu berjalan dengan perlahan ..berjalan dengan perlahannya (dengan sebagai kata
sekali. sendi nama)

Dengan sebagai kata sendi nama atau kata ..berjalan perlahan sekali (perlahan sebagai kata
hubung? adverba)
32 Pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan Ayat ini betul
bahawa air sungai itu tercemar oleh sisa
toksik.
33 Penglihatan Pak Abu semakin (berkunang- Berkunang-kunang: tidak dpt melihat dgn tepat kerana
kunang /bersuram-suram) sejak dia disahkan terlalu pening dll; sebentar terang dan sebentar suram
menghidap diabetes setahun yang lalu. (ttg pandangan); berpinar-pinar. (KPEK2)

Bersuram-suram tiada makna dalam kamus.


34 1. A.bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi 1 B dan 2A.
Pulau Pangkor.
B.bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Alasan: 1B. dua frasa sendi nama yang setara
Pulau Pangkor.
2. A. berkurun lamanya tersimpan di dalam 2A. di dalam (laut-mempunyai ruang)
lautan itu.
B. berkurun lama tersimpan dalam lautan
itu.
35 cuba kau jelaskan kepada.. Bentuk klitik atau singkat, kau kena rapat dalam
penulisan seperti:
 

Cuba kaujelaskan kepada..


36 teladan atau tauladan Teladan: perbuatan yang patut diturut atau diikut.
(KPE2)

Perangainya yang lemah lembut itu menjadi teladan


kepada teman-temannya.

Entri tauladan disamakan dengan teladan oleh Kamus


Dewan Edisi Keempat (KDE4). Umumnya diketahui
bawaha kamus yang terbaik ialah Kamus Pelajar Edisi
Kedua (KPE2)
37 menemukan atau menemui menemukan (benda) , menemui (manusia)

1.  Awanis Natasha menemukan tas tangannya di


bawah katil kakaknya.
2.  Murid itu menemui gurunya untuk bertanya
tentang soalan yang sukar.

38 melaksanakan atau memperlaksanakan Melaksanakan: 1 membandingkan dgn;


mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan
dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan
Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. 

Entri memperlaksanakan tiada dalam kamus


39 Pada pandangan saya, kata 'pelbagai' Berbagai perlu digandakan bagi mendapat makna
menyalahi aturan nahu bahasa Melayu. Hal seperti berbagai-bagai.
ini dikatakan demikian kerana pembentukan
kata tersebut yang bersifat rancu tidak Perbagai merupakan varian daripada pelbagai, kedua-
seperti imbuhan contoh di bawah: pel + ajar dua perkataan ini yakni pelbagai=perbagai dapat
= pelajar yang berkorelasi dengan imbuhan digunakan.
bel- + ajar = belajar. Namun pelbagai yang
pembentukan kata ialah pel- + bagai =
pelbagai tidak berkorelasi dengan imbuhan
bel- yang sepatutnya bel- + bagai = belbagai
tetapi menjadi ber- + bagai= berbagai.
Berbagai berkorelasi dengan perbagai.
Adakah pelbagai merupakan bentuk yang
rancu atau tidak atau sebagai variasi
daripada berbagai?
40 Wang beribu ringgit. Budak itu tidak beribu. Wang beribu-ribu ringgit (perlu digandakan)
Betulkah ayat yang kedua? Atau perlu
disenggang? Budak itu tidak beribu. (ayat ini betul kerana beribu
maksudnya ada ibunya atau mempunyai ibu)
41 Golongan kata yang berubah makna: Ayat 1 -kuat sebagai kata adjektif .

1.Hulubalang itu amat kuat ketika beradu Ayat 2- kuat sebagai kata adverba.
tenaga dengan Panglima Hitam.
Alasan: Hal ini dikatakan demikian kerana sifat kata
 

2. Lelaki tua itu sakit kuat kerana menderita tersebut dalam ayat. Kata adjektif boleh menjadi kata
penyakit kanser otak. adverba apabila diteliti lakuannya dalam ayat. Kata
adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif dan kata adverba yangg lain.
42 Sejak sebagai kata hubung dan kata sendi a)  Sebagai kata sendi nama (tahun) ialah kata
nama nama
b)  Sebagai kata hubung keterangan (ada 2 klausa
a)  Cikgu Rosdi telah berkhidmat di iaitu 1. Kehidupan Nasri bertambah baik 2. Sejak
sekolah itu sejak tahun 2006. menjadi penternak lembu di daerah Rembau.
b)  Kehidupan Nasri bertambah baik
sejak menjadi penternak lembu di
(begitu juga dengan, bagi, hingga, sampai yang
daerah Rembau.
dwifungsi)
43 panggilan bos atau boh Tidak molek, semolek-moleknya dipanggil encik atau
tuan. Bos ialah kata yang rendah tarafnya.
44 hatiku terguris atau hatiku tergores? hatiku tergores

Alasan: Ini berdasarkan makna, gores bermaksud garis


yang agak panjang atau calar. Dalam konteks ini, hatiku
tercalar.

Terguris tiada makna kerana entri guris tidak wujud.


45 menjawab dan menjawap, yang manakah Menjawab
yang betul?
Alasan:jawab wujud dalam kosa kata, jawap tiada tetapi
ini sebagai variasi. Untuk kata terbitan, jawapan lebih
elok dan gramatis daripasa jawaban. Yang betul ialah
menjawab. Contoh: menjawab soalan
46 mengucapkan berbanyak-banyak terima Salah.
kasih
Alasan: Kata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti oleh
objek. Walau bagaimanapun, terdapat ayat yang
dibolehkan atas dasar gaya bahasa seperti

Saya mengucapkan ribuan terima kasih.


47  Ayat pasif

a) Ayat pasif kata ganti nama


 Ayat pasif ini terdiri daripada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama (KGND1), kata ganti nama diri kedua
(KGND2) dan kata ganti nama diri ketiga (KGND3). Perbedaan penggunaan ayat pasif bagi KGND 1&2
berlainan dengan KGND 3. Perkara ini merujuk pada bentuk aktif iaitu meN-, meN-...-i/kan, memper-,
memper-...kan yang pasifnya ialah penanda di-. Contohnya:

1)KGND 1 / KGND 2
a)Buku itu telah saya beli.
b)Perkara itu mesti engkau selesaikan.

2)KGND 3
a)Kereta itu dipandu olehnya.
 

b)Pen itu dihadiahkan oleh beliau.

b) Ayat pasif dengan kata bantu "kena"


Untuk ayat pasif ini, kata kerja dasar iaitu tiada imbuhan seperti "tembak, pukul dan lain-lain" yang
didahului oleh kata bantu "kena". Kata sendi "oleh" perlu digunakan untuk yang berpelaku. Contohnya:

1)Perompak itu kena tangkap semalam. (tiada pelaku)


2)Perompak itu kena tangkap oleh polis semalam. (ada pelaku iaitu polis)

c) Ayat pasif berimbuhan


 Ayat pasif berimbuhan terbahagi kepada tiga iaitu awalan beR- dan teR- serta apitan ke-...-an.
1)Awalan beR- (Penggunaan KGND tidak diperlukan)
a)Baju itu sudah berbasuh.
b)Meja yang kotor itu belum berlap.

2)Awalan teR- (untuk KGND, semua KGND boleh mengikuti kata kerja pasif teR-)
a)Batu yang berat itu tidak terangkat olehku. (KGND 1)
b)Buku tatabahasa itu terambil oleh beliau. (KGND 3)

3)Apitan ke-...-an
a)Petani itu kehujanan. (kehujanan = ditimpa oleh hujan)
b)Artis yang cantik itu kepanasan di tengah padang. (ditimpa oleh panas) 
48 1.  Kecantikan gadis itu tidak tergambar Aktifkan ayat 1 & 2, kemudian jawapannya ditemukan.
oleh saya. Kedua-dua ayat betul.
2.  Buku nahu itu telah saya beli.

49 Bolehkah kata sendi nama berada di hadapan Boleh, sebenarnya bukan kata sendi sahaja boleh
ayat? berada di hadapan ayat, kata hubung  juga boleh
dengan syaratnya kita memahami susunan ayat. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayat tersebut dalam
kedudukan songsang. Contoh:

1.  Dengan kasut baharu, larian Khaidir bertambah


laju.
2.  Kerana hujan turun dengan lebatnya, Amir
tidak pergi ke sekolah.

50 Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan klausa yang tidak setara pada
klausa utama. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga yakni kata hubung pancangan relatif
(KHR), kata hubung pancangan komplemen (KHK) dan kata hubung pancangan keterangan (KHKet).

 A) Kata Hubung Pancangan Relatif


Terdiri daripada satu jenis iaitu "yang". Kata hubung ini menghubungkan penyataan yang berkaitan.
Contohnya:
1. Datuk membeli keris yang berkarat itu.
2. Yang berkereta biru itu ayah saya.

Kata Hubung Pancangan Komplemen


Terdiri daripada dua jenis iaitu "bahawa" dan "untuk". Contohnya:
1. Pihak polis berpendapat bahawa kematian lelaki itu disebabkan oleh racun serangga.
2.Untuk menangani masalah pembuangan bayi di Malaysia amatlah sukar.
 

 
C) Kata Hubung Pancangan Keterangan
Digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Terdapat
pelbagai jenis kata hubung jenis ini antaranya ketika, andai kata, tatkala, apabila, dengan, semasa,
semoga, manakala, kerana, sejak, semenjak, walaupun dan sebagainya. Contohnya:
1.Nisha menangis tatkala mendengar perkhabaran yang menyedihkan itu.
2. Cikgu Zainudin mampu memiliki motosikal berkuasa besar sungguhpun bekerja sebagai guru.
3. Kami ketawa besar apabila Amir membuat lawak di dalam kelas.
4. Semua burung tekukur pulang ke sarang apabila waktu senja tiba.
5. Nuraz berdoa semoga dia berkahwin dengan jejaka itu. 
51  Ayat Majmuk Komplemen Yang Disongsangkan

1. Dimaklumkan bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan.

 Ayat (1) berasal daripada ayat (1a) iaitu:

1a. Pengetua memaklumkan bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan. (aktif)

1b. Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan dimaklumkan oleh pengetua. (pasif)

1c. Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan dimaklumkan. (pasif pengguguran KGN3)

Untuk ayat (1c) subjeknya ialah "Bahawa cuti peristiwa sekolah ini dibatalkan" manakala predikatnya
pula "dimaklumkan" yang bersusunan biasa.

 Ayat (1c) yang berbentuk pasif disongsangkan, menjadi ayat seperti nombor 1. 
52 Adakah penjodoh bilangan untuk cinta Tidak benar sama sekali, penjodoh bilangan tidak
misalnya sebuah cinta yang abadi dikatakan diperlukan dalam frasa yang saudara nyatakan. Hal ini
betul? dikatakan menyalahi peraturan tatabahasa. Antara
contoh yang sering ditemukan adalah seperti yang
berikut: sebuah cinta (x), sebuah harapan (x), beberapa
buah cadangan

Kata nama abstrak ini boleh disertai oleh kata bilangan


di depannya, namun penjodoh bilangan tidak boleh
sama sekali. Contohnya: beberapa gangguan, beberapa
cadangan, satu pendapat, banyak pendapat dan
sebagainya.
53  Antara frasa yang salah dalam bahasa Melayu yang sering digunakan oleh pengguna bahasa:

pusat membeli-belah (x) , pusat beli-belah (/)


pusat mencuci kereta (x), pusat cuci kereta (/)
pertandingan menyanyi (x), pertandingan nyanyian (/)
pertandingan memasak (x), pertandingan masakan (/)
pertandingan bercerita (x), pertandingan penceritaan (/) 
54 "ia" digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Contohnya:

1.  Hari ini ia tidak datang ke sekolah kerana demam.

Kata "ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk "benda", "binatang" dan sebagainya. Penggunaan contoh
 

"ia" yang salah.

2. *Abang membeli kereta baharu. Ia diimport dari Jepun. (sepatutnya kereta itu)
3. *Kambing itu dilanggar oleh lori. Kambing disembelih oleh Pak Mat sebelum ia mati.
(sepatutnya haiwan itu atau kambing itu)  
55 Kesalahan Hukum DM
Pengguna bahasa sering melakukan kesalahan bahasa yang lazimnya melibatkan Hukum DM. Hukum DM
ialah peraturan diterangkan dan menerangkan. Bahasa Melayu berbeda daripada bahasa Inggeris yang
menggunakan Hukum MD. Oleh itu, kita perlu mengelakkan peniruan aturan bahasa Inggeris. Antara
kesalahan Hukum DM ialah:

mini bas (x) - bas mini (/)


Dr. Ho Klinik (x) - Klinik Dr. Ho (/)
Ulam Raja Restoran (x) - Restoran Ulam Raja (/)
lain-lain hal (x) - hal-hal lain (/)
goreng pisang (x) - pisang goreng (/)
siber kafe (x) - kafe siber (/)
kredit kad (x) - kad kredit (/)
alat penghawa dingin (x) - alat pendingin hawa atau alat penyaman udara (/)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian dalam hukum DM seperti frasa di bawah yang
berupakan hukum MD tetapi diterima penggunaannya dalam bahasa Melayu. Antara contohnya adalah
seperti yang berikut:

perdana menteri (/) - menteri perdana (x)


naib presiden (/) - presiden naib (x)
ibu pejabat (/) - pejabat ibu (x) 
56  Ayat Tergantung

Pengguna bahasa sering melakukan kesilapan apabila membina ayat kerana ayat yang terbina biasanya
ayat tergantung. Ayat tergantung bermaksud ayat yang tiada subjek atau tiada predikat atau tiada
klausa utama. Contohnya:
1. Ayat yang ketiadaan subjek atau predikat.

a) Melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat golongan remaja untuk masa hadapan.
b) Ini kerana perkara itu sangat susah.

2. Ayat yang ketiadaan klausa utama.

a)Semoga awak berjaya dalam peperiksaan itu.


b)Oleh sebab isu itu belum dimuktamadkan lagi. 
57 p....pukul,memukul,dipukul,pukulan Berkaitan dengan hukum PTKS. Huruf PTKS hilang
p....panjat, memanjat, dipanjat, panjatan namun ada juga kekecualian untuk untuk kata
p....pamer,mempamerkan,dipamer, pinjaman, kata tiga suku kata dan konsonan rangkap.
pameran...(mempamerkan tidak hilang "p") Contohnya: kata pinjaman (transformasi)
p....pasti, memastikan, dipastikan, kenal =mentransformasikan, untuk kata tiga suku kata
pasti, mengenalpastikan, (mempastikan (korporat)=mengorporatkan, untuk konsonan rangkap
>SALAH KERANA TIADA DALAM tesaurus BM) (kristal) =mengkristalkan

Sekadar contoh, mengkaji, mengkatalog, mengkritik,


menternak, menteori, mentalak, memplagiat,
memprotes,mensabotaj, menservis, menskru.
 

58 Frasa kerja yang sering menjadi kekeliruan pengguna bahasa adalah seperti yang berikut:
(x) menceritakan tentang kisah itu (/) menceritakan kisah itu
(x) berdasarkan pada bukti (/) berdasarkan bukti @ berdasar pada bukti
(x) muncul juara (/) muncul sebagai juara
(x) berjumpa nenek (/) berjumpa dengan nenek
(x) masuk hutan (/) masuk ke hutan 
59 Kata penegas ialah kata partikel yang berfungsi untuk menegaskan atau menekankan bahagian tertentu
dalam ayat. Kata penegas adalah seperti yang berikut: -kah, -tah, -lah, juga, jua, pun, hanya, sahaja,
lagi dan memang. Ayat contoh:
1. Siapakah yang mengambil buku itu?
2. Gadis itu apatah lebihnya.
3. Dialah yang mencuri telefon itu.
4. Lelaki tua itu mengengsot juga walaupun dia tidak dapat berjalan.
5. Bekas kekasih Alia datang jua ke majlis persandingan Alia.
6. Cikgu Kassim pun turut menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa bencana alam di Sumatera
Utara.
7. Kelajuan kereta itu sama sahaja dengan kelajuan kereta Mitsubishi Lancer.
8. Pak Long memperoleh cucu lelaki lagi.
9. Mahaguru silat itu memang mahir dalam kemahiran berkerambit.

Kata penegas "hanya" dan "sahaja" tidak boleh berada dalam satu ayat kerana kedua-dua kata penegas
ini membawa fungsi yang sama. Contohnya:
1. Baju ini hanya untuk nenek sahaja. (x)
2. Baju ini hanya untuk nenek. (/)
3. baju ini untuk nenek sahaja. (/) 
60 Sebagai pengguna bahasa, kita perlulah menggunakan peribahasa dalam tulisan mahupun penulisan.
Perkara ini penting kerana peribahasa ialah peninggalan bangsa Melayu. Peribahasa ialah frasa atau ayat
yang membawa maksud tertentu. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,
bidalan, bandingan dan kiasan serta kata-kata hikmat. Antara contoh peribahasa adalah seperti yang
berikut:
a. Simpulan bahasa - ringan tulang, berat mulut, hati batu, kaki bangku
b. Perumpamaan- bagai anjing dengan kucing, seperti rusa masuk kampung
c. Pepatah - berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d. Bidalan - ada asap adalah api
e. Bandingan & Kiasan- baik seperti malaikat, adil seperto hakim
f. Kata-kata Hikmat- bahasa jiwa bangsa, masa itu emas

Oleh hal yang demikian, sebagai pengguna bahasa Melayu yang kreatif kita seharusnya selalu
menggunakan peribahasa. Dalam penulisan, sekiranya murid memasukkan unsur peribahasa, murid
berkenaan mendapat markah yang lebih berbanding murid yang tidak memasukkan unsur ini. 
61 harapkan pagar, pagar makan padi, bolehkah Sebenarnya, isu ini tidak perlu dipolemikkan kerana
pagar makan padi? peribahasa ialah perkara yang tidak logik. Ini dikatakan
begitu kerana peribahasa berdasarkan tanggapan atau
pemerhatian orang dahulu tentang sesuatu perkara.
Sebagai contohnya, kawasan padi boleh jadi dipagarkan
untuk mengelakkan haiwan merosakkan padi. Dewasa
ini, terdapat beberapa golongan yang menganggap
bahawa burung pegar yang makan padi, hal ini tidak
salah barangkali di Indonesia memang burung pegar
yang makan padi, di Malaysia kita selalu terjumpa
dengan burung itu di kawasan tanaman padi?
 

Begitu halnya peribahasa ‘melepaskan batuk di tangga’,


ada yang berpendapat bahawa yang tepat ialah
‘melepaskan batok di tangga’ kerana batok ialah
gayung. Walau bagaimanapun, orang dahulu selalu
berdehem atau melepaskan batuk-batuk sebelum
masuk ke rumah untuk memberikan tanda ada orang di
halaman rumah. Pada zaman dahulu, belum ada loceng
lagi!

Berpandukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kedua-


dua peribahasa ini tetap diterima betul dan tiada mana-
mana pihak yang dapat membuktikan kajian bahawa
‘pegar’ dan ‘batok’ perlu digantikan. Oleh itu, kita
mengikut ketetapan yang dibuat oleh perancang
bahasa ini.
62 mata keranjang atau mata ke ranjang? Yang tepat ialah mata keranjang bermaksud sangat
suka melihat perempuan.

Mata ke ranjang, entri ini tiada dalam kamus.


Berpandukan semantik, adakah mata boleh ke ranjang
(sejenis tempat tidur)?
63 pecah dulang paku serpih atau paku repih Yang betul paku serpih. Hal ini dikatakan demikian
kerana peribahasa ini merujuk mengata atau mencela
orang tetapi diri lebih buruk daripada yang dicela.

Merujuk maksud repih ialah mudah dipatahkan atau


dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh; merepih
menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-
kecil: ~ roti; repihan pecahan (sobekan, potongan, dll)
yg kecil-kecil, serpih: banyak orang yg terbunuh
terkena ~ bom.

Dalam hal ini, peribahasa yang tepat pecah dulang


paku serpih bukannya paku repih. 

Rujukan PRPM:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paku+serpih 

64 Pengguna bahasa sering terkeliru apabila menggunakan kata nafi antara tidak dengan bukan. Kata nafi
terbahagi kepada dua yakni "tidak" dan "bukan". Contoh huraian penggunaan kata nafi adalah seperti
yang berikut:

"Tidak" digunakan untuk menafikan frasa kerja atau frasa adjektif. Contoh:
1. Fahmi tidak bertunang dengan gadis yang bernama Batrishia.
2. Arifah tidak suka akan buah durian.

"Bukan" digunakan untuk menafikan frasa nama atau frasa sendi nama. Contoh:
1. Lelaki tua itu bukan ayah saya.
2. Kapal selam itu bukan dari arah barat.
 

 
Walau bagaimanapun, kata nafi "tidak" perlu digunakan di hadapan frasa sendi nama yang berfungsi
sebagai frasa kerja. Misalnya:
1. Ayah tidak ke pejabat semalam.

 Ayat asal adalah seperti yang berikut:

2. Ayat tidak pergi ke pejabat semalam. (berlaku pengguguran "pergi" menyebabkan ayat menjadi
seperti nombor 1.

Di samping itu, kata nafi "tidak" perlu digantikan dengan "bukan" apabila terdapatnya pertentangan
maklumat. Contohnya:

 Amir bukan pandai tetapi malas orangnya. (/)


 Amir tidak pandai tetapi malas orangnya. (x) 
85 hal-hal lain, adik-adik lain, barang-barang lain Yang betul ialah hal-hal lain, adik-adik lain, barang-
dan sebagainya atau lain-lain hal, lain-lain barang lain dan sebagainya.
adik, lain-lain barang
Alasan: Perkara ini mengikut Hukum DM, D perlu
didahului barulah M disusuli kerana hukum ini
berdasarkan struktur frasa dalam bahasa Melayu.
66 di peringkat atau pada peringkat Yang tepat ialah "di peringkat".

Alasan: Hal ini dikatakan demikian kerana peringkat


berupa konsep kedudukan atau tempat. Namun ada
sesetengah pihak iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia
menggunakan frasa "pada peringkat". Untuk itu, kedua-
dua frasa boleh digunakan namun yang terbaik ialah
"di peringkat".
67 Yang manakah yang betul, antara dua jam Dua jam setengah.
setengah atau dua setengah jam?
Alasan: Untuk kata bilangan tentu tidak boleh
didekatkan dengan kata bilangan pecahan untuk
penghitungan kerana akan membawa kelainan maksud.
Selama dua jam setengah (/)
selama dua setengah jam (×)

Jawapan untuk 2:30 ialah pada pukul dua tiga puluh


minit pagi atau petang. Kalau soalan, selama dua jam
setengah ( 2 jam 30 minit), atau tempoh tiga jam suku
(3 jam 15 minit). Contoh lain, Pisang itu berharga lima
ringgit setengah. (RM5.50)
68  Aspek ejaan yang betul:
insya-Allah (/) - Insya-Allah (x)
masya-Allah (/) - Masya Allah (x)
assalamualaikum (/) - asalamualaikum (x)
atlet (/) - atlit (x)
bankrap (/) - bangkrap (x)
bestari (/) - bistari (x)
bismillah (/) - bisimilah (x)
 

analisis (/) - analisa (x)


kontinjen (/) - kontigen (x)
mi (/) - mee (x)
naskhah (/) - naskah (x)
sama ada (/) - samada (x)
selesema (/) - selsema (x)
skuasy (/) - skuash (x)
stoking (/) - stokin (x)
meng-e-mel (/) - mengemel (x)
mencintai (/) - menyintai (x)

69 besh giler Penggunaan frasa ini adalah salah. Frasa ini daripada
slanga yang sepatut dalam bahasa Melayu ‘sangat
seronok’. 
70 Frasa sendi nama yang sering mengelirukan pengguna bahasa:

dari masa ke semasa (x) - dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa (/)
antara Ali dan Abu (x) - antara Ali dengan Abu (/)
selain daripada itu (x) - selain itu (/)
demi untuk dirinya (x) - demi dirinya atau untuk dirinya (/)
seperti berikut (x) - seperti yang berikut (/)
sejak dari zaman Jepun (x) - sejak zaman Jepun (/)
di kalangan murid (x) - dalam kalangan murid (/)
antara faktor-faktor (x) - antara faktor (/)
di atas ucapan itu (x) - atas ucapan itu (/)
oleh kerana hal itu (x) - oleh sebab hal itu (/)
dari pagi hingga ke malam (x) - dari pagi hingga malam atau dari pagi ke malam (/)  
71 Betulkah penggunaan slogan Sepatutnya “Malaysia dapat”, tetapi sudah menjadi
“Malaysia boleh”?  kebiasaan penutur.

Penggunaan boleh berkaitan keizinan manakala dapat


berkaitan keupayaan
72 roda, sepatu, kemeja dan jendela daripada Perkataan yang dinyatakan berasal daripada kata
kata bahasa apa? Portugis
73 Yang manakah perkataan yang tidak Jawapan: I dan III
mengalami perubahan makna?
1. Perubahan makna ialah sesuatu perkataan itu akan
I Bini II Hamil III Canggih IV Khalwat berubah mengikut peredaran masa atau teknologi dan
hubungan sosial.
Contoh: rawat: Jika dahulu rawat bermakna menjaga
dan mengubati orang sakit, tetapi kini, maknanya
meliputi merawat sisa kumbahan, dan pokok (nurseri).

2. Perubahan makna boleh berlaku dari segi perluasan


makna dan penyempitan makna.

3. Maksud peluasan makna ialah makna asalnya


samakin berkembang dan mempunyai makna-makna
baharu.
 

 
Contoh: Saudara, telah berlaku perkembangan makna
dari a - d.
a. Adik-beradik seibu dan sebapa.
b. Orang mempunyai pertalian darah.
c. Orang yang seagama.
d. Nama panggilan hormat pada orang tidak dikenali @
tidak mesra @ kakitangan bawahan @ orang yang sama
taraf.

4. Penyempitan makna pada asalnya mempunyai


makna yang luas tetapi telah mengalami makna yang
khusus (kecil).

Contoh: Khalwat
Dahulu, khalwat bermaksud mengasingkan diri @
bersunyi-sunyian @ bertafakur untuk beramal kepada
Allah, tetapi kini khalwat bermaksud berdua-duaan
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
74 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa Jawapannya: C
nama mematuhi Hukum DM?
a.Penolong jurulatih - penolong ialah unsur yang
a.Ayahnya kini menjadi penolong jurulatih. menerangkan (M) dan jurulatih ialah unsur yang
diterangkan (D), yang merupakan inti. Bermakna frasa
b.Mereka menunggu keputusan daripada ini mengikut hukum MD bukan DM seperti yang
ketua hakim. dikehendaki oleh soalan.

c.Pemilik bangunan akan memasang alat b. Ketua hakim - bentuk dan penerangan yang sama
pendingan hawa. seperti di atas.

d.Pada bulan hadapan, sekolah saya akan d. Begitu juga dengan mini pameran. Unsur inti atau
mengadakan mini pameran. unsur diterangkan (D) ialah pameran dan mini ialah
yang menerangkan (M)

*Dalam bahasa Melayu, hukum DM digunakan dalam


pembentukan kata dan frasa, namun ada beberapa
kekecualian, seperti ibu pejabat, Perdana Menteri, dan
Naib Setiausaha
75 Kebiasaan tidak semestinya betul...

1. mengiyakan (X) ---- mengeyakan (/)


2. definasi (X) ---- difinisi (X) ---- definisi (/)
3. urusetia (X) ---- urus setia (/)
4. aturcara (X) ---- atur cara (/)
5. tengahari (X) ---- tengah hari (/)
6. displin (X) ---- disiplin (/)
7. istirehat (X) ---- istirahat (/)
8. profesyen (X)---- profesion (/)
 

9. fax (X) ---- faks (/)


10. kebanyakkan (X) ---- kebanyakan (/)

Maka biasakan yang betul, alah bisa tegal biasa.  


76 Penglibatan atau pelibatan? Pelibatan

Alasan: pelibatan ---> perihal melibatkan (/)


penglibatan ---> perihal menglibatkan (?)
Oleh sebab tiada perkataan menglibatkan maka
tiadalah juga penglibatan.
77 Perlukah kata sendi nama "oleh" dalam ayat pasif?

Dalam ayat pasif, lazimnya kita menemukan kata sendi nama "oleh". Kehadiran "oleh" dalam
ayat pasif boleh disifatkan sebagai wajib atau pilihan. Lihat ayah contoh di bawah:
1. Baju itu dibasuh oleh Kasim.
2. baju itu dibasuh Kasim.

Walau bagaimanapun, penggunaan "oleh" diwajibkan apabila frasa 'oleh + frasa nama' terpisah
kerana didahului oleh frasa lain atau sesuatu kata. Contohnya:
3. Nasi lemak dibeli pagi tadi oleh ayah.
4. *Nasi lemak dibeli pagi tadi ayah.

 Ayat yang bernombor 4 adalah salah dari segi nahu kerana kekaburan makna berlaku.

Di samping itu, ayat pasif dengan kata kerja pasif "kena" yang diperluas dengan frasa nama
mestilah meletakkan kata sendi nama "oleh". Contohnya:
5. Penjenayah itu kena tembak oleh polis.
6. *Penjenayah itu kena tembak polis.

 Ayat yang bernombor 6 apabila pengguguran "oleh" menjadikan ayat pasif itu tidak gramatis.

Seterusnya, apabila subjek ayat dalam ayat majmuk merupakan kata ganti nama diri atau frasa
lain, penggunaan "oleh" tidak boleh digugurkan. Contohnya:
7. Wasiat itu harus disempurnakan oleh Abu atau Ali.
8.* Wasiat itu harus disempurnakan Abu atau Ali.

Terdapat juga kekaburan makna apabila pengguguran "oleh" dalam frasa kerja pasif "dibeli
ayah" kerana frasa ini membawa makna pelaku atau penerima. Teliti ayat contoh di bawah:
9. Buku tatabahasa ini dibeli ayah.
10. Buku tatabahasa ini dibeli oleh ayah. (makna "pelaku")
11. Buku tatabahasa ini dibeli untuk ayah. (makna "penerima")

Kesimpulannya, kata sendi nama "oleh" perlu digugurkan atau tidak bergantung pada konteks
ayat pasif tanpa merosakkan binaan atau makna ayat. Hal ini penting kerana kekaburan makna
dapat dielakkan. 
78 Kata Penguat

Kata penguat terbahagi kepada tiga iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan
 

kata penguat bebas. Kata penguat berfungsi untuk menguatkan kata adjektif atau kata kerja
yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Kata Penguat Hadapan


Kata penguat ini mestilah diletakkan di hadapan kata atau frasa adjektif. Kata penguat hadapan
adalah seperti yang berikut: begitu, lebih, demikian, cukup, makin, semakin , agak, terlalu dan
kurang. Contoh penggunaan dalam ayat pula:
1. Aliza begitu cantik apabila bergaya dengan pakaian baharu.
2. Hasil seni Ah Meng lebih baik daripada hasil seni Marian.
3. Harga buah jambu itu tak demikian mahal.
4. Udara di pedalaman Sabah cukup sejuk apabila waktu malam tiba.
5. Kereta Proton Preve makin mahal setelah mendapat sambutan hangat daripada pembeli di
Singapura.
6. Maniam semakin kurus semenjak datuknya meninggal dunia tahun lalu.
7. Harga buku itu terlalu mahal jika dibandingkan harga novel ini.
8. Guru itu agak kecewa apabila keputusan PMR tidak menepati sasarannya.
9. Menteri itu terlalu sombong kerana status beliau.
10. Adila kurang cekap dalam pengiraan Matematik.

Kata Penguat Belakang


Kata penguat belakang perlu diletakkan di belakang kata atau frasa adjektif. Kata penguat
belakang ialah benar, betul, nian dan sekali. Contoh penggunaan kata penguat ini dalam ayat:
1. Gadis itu jujur benar.
2. Pemandangan di tepi pantai ini cantik nian.
3. Keputusan SPM Munirah teruk betul.
4. Penjenayah itu kejam sekali.

Kata Penguat Bebas


Kata penguat bebas boleh hadir di hadapan atau di belakang kata atau frasa adjektif. Kata
penguat jenis ini ialah amat, sungguh dan sangat. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah
seperti yang berikut:
1. Pelajar itu sangat pandai.
2. Pelajar itu pandai sangat.
3. Nadia sungguh cantik.
4. Nadia cantik sungguh.
5. Pemain bola sepak itu amat lincah.
6. Pemain bola sepak itu lincah amat.

* Hanya kata penguat bebas dibolehkan hadir dengan kata penguat belakang. Contohnya:
sangat indah nian, sungguh bijak sekali, amat lurus betul.  
79 Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan ragam perasaan seperti sedih, marah,
geram, terkejut, kecewa, sindiran, sakit, takut dan sebagainya. Kata seru digunakan dalam ayat
seruan dan diakhiri tanda seru (!). Kata seru contoh adalah seperti yang berikut:
wah, amboi, cis, aduh, eh, aduhai, wahai, oh, eh, syabas, celaka dan berbagai-bagai lagi.
Contoh penggunaan kata seru dalam ayat:
 

1. Wahai rakanku, marilah kita menolong orang tua itu!


2. Amboi, cantik betul kamu hari ini!
3.Syabas, kemenangan ini amat membanggakan kami!
4.Aduh, sakitnya kakiku!
5. Oh Tuhan, berikan aku semangat untuk menghadapi dugaan-Mu!
6. Cis, berani engkau menganggu kekasihku!

Oleh itu, gunakan kata seru dengan betul. Antara penggunaan kata seru yang salah seperti
contoh di bawah:
1. Eh abang, mari kita ke sana!
2. Aduhai!Kasihan pengemis itu.  
80 Kata Perintah

Kata perintah merupakan kata yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap arahan, suruhan, larangan, silaan atau permintaan serta tegahan. Kata perintah
terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Silaan / Jemputan (ayuh, jemput, sila)
a. Ayuh kita pergi ke sana.
b. Jemput makan kuih itu.
c. Sila letakkan borang ke dalam kotak itu.

2. Permintaan (harap, minta, tolong)


a. Harap surat ini dipanjangkan kepada Tok Penghulu Hassan.
b. Minta semua murid berdiri untuk menyanyikan lagu negara kita.
c. Tolong ambilkan ibu air kopi itu.

3. Larangan (jangan, usah)


a. Tolong hantarkan buku ini kepada Tuan Khalis.
b. Usah diingati peristiwa yang menyayat hati itu.

Kata perintah tidak boleh bergabung secara berturutan dalam satu ayat kerana salah dari segi
nahu. Contohnya:
a. *Tolong jangan merokok di sini.
b. *Tolong minta Mak Yah menggoreng pisang itu.
c. *Harap jangan berbuat bising di dalam kelas ini.  
81 Kata-kata aluan atau kata alu-aluan? Yang sebetulnya ialah "kata alu-aluan".

Alasan: Hal ini dilihat dari segi takrif "alu" yakni


bermaksud "antan". Kata dasar yang tepat ialah
"alu-alu" yang bermaksud "kata-kata yang
digunakan untuk mengucapkan selamat datang
dan menyatakan hormat kepada hadirin
82 Kesalahan dalam kata majmuk:

tentatif program (x) - program tentatif (/)


urus tadbir (x) - tadbir urus (/)
kata-kata aluan (x) - kata alu-aluan (/)
 

temu janji (x) - janji temu (/)


purata markah (frasa nama) - markah purata (kata majmuk)

Terdapat peraturan tertentu untuk kata majmuk yang digandakan atau menerima imbuhan.
Contoh penggunaannya:

Kata majmuk yang digandakan:


1. Berbentuk mantap atau makna kiasan hendaklah digandakan seluruh perkataan. Misalnya:
warga-warganegara (x) - warganegara-warganegara (/)
setia-setiausaha (x) - setiausaha-setiausaha (/)
anak-anak angkat (x) - anak angkat-anak angkat (/)

2. Rangkai Kata Bebas hendaklah digandakan perkataan pertama sahaja. Misalnya:


 jam tangan-jam tangan (x) - jam-jam tangan (/)
balai bomba-balai bomba (x) - balai-balai bomba (/)
penolong kanan-penolong kanan (x) - penolong-penolong kanan (/)

Kata majmuk yang menerima proses pengimbuhan:


1. Awalan
Perlulah dieja secara terpisah. Contohnya:
mencari gali (/) - mencarigali (x)
dicetak rompak (/) - dicetakrompak (x)

2. Akhiran
Perlulah dieja secara terpisah. Contohnya:
daya serapan (/) - dayaserapan (x)
 jadual harian (/) - jadualharian (x)

3. Apitan
Perlulah dieja secara bercantum. Contohnya:
dikemaskinikan (/) - dikemas kinikan (x)
memuatnaikkan (/) - memuat naikkan (x)  
83 Penggunaan "semoga".

Semoga ialah kata hubung pancangan keterangan. Kita sering terdengar orang mengucapkan
"semoga anda berjaya, semoga kamu sentiasa sihat dan sebagainya. Sebenarnya, penggunaan
yang dinyatakan di atas adalah salah. Hal ini dikatakan demikian kerana 'semoga" merupakan
kata hubung. Oleh hal yang demikian, perlu adanya ayat utama. Penggunaan yang betul
adalah seperti yang berikut:

 Ayat Utama: Saya berdoa


 Ayat Keterangan: awak memperoleh keputusan yang cemerlang.
Kata hubung: semoga
 Ayat penuh: Saya berdoa semoga awak memperoleh keputusan yang cemerlang.

Oleh itu, tidak perlu kita menggunakan "semoga awak berjaya". Biasakan yang betul. Insya-
 Allah tatabahasa kita semakin mantap. 
84 ..menjaringkan gol..atau menjaringkan Kedua-dua dapat digunakan kerana medan
 

bola..? semantiknya hampir sama.


85 Sekejap mata atau sekelip mata? Kedua-dua perkataan ini dapat digunakan kerana
medan maknanya berkorelasi.

Sekelip mata=sekejap mata=sesaat


86 Konco atau kuncu? Konco

Alasan: konco bermaksud orang yg sama-sama


melakukan sesuatu; kawan; teman: Dia dan ~-~nya
telah diberkas oleh polis. (KPE2)

Kuncu diberikan maksud yang sama dengan konco oleh


(KDE4). Walau bagaimanapun, yang baku diterima
konco.
87 Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia? Sebenarnya istilah yang tepat ialah bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, sebab politik, kalangan ahli
politik mempopularkan bahasa Malaysia atas dasar
kebersamaan. Namun begitu, bahasa yang tepat
ialah bahasa Melayu kerana hal ini termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152.
Tiada sebarang pindaan untuk Perkara 152.
88 Kelewahan Kata Adjektif dalam Imbuhan memper- .

Kata adjektif dikenal sebagai kata sifat. Hal ini dikatakan demikian kerana kata adjektif
menerangkan sifat kata nama. Kata adjektif seperti cepat, lambat, kemas, elok dan
seumpamanya apabila menerima imbuhan memper- tidak perlu ditambah akhiran -kan.
Penambahan akhiran -kan menghasilkan bentuk yang lewah atau menyalahi rumus nahu
bahasa Melayu. Oleh itu, bentuk yang betul adalah seperti di bawah:

mempercepat (/) - mempercepatkan (x) - mencepatkan (/)


memperlebar (/) - memperlebarkan (x) - melebarkan (/)
memperluas (/) - memperluaskan (x) - meluaskan (/)
memperdalam (/) - memperdalamkan (x) - mendalamkan (/)

 Ayat contoh:
1. Pak Mat memperdalam perigi di belakang rumahnya. (/)
2. Pak Mat memperdalamkan perigi di belakang rumahnya. (x)
3. Pak Mat mendalamkan perigi di belakang rumahnya. (/)  
89 Kekeliruan tentang "banyak" dengan "ramai".

"Banyak" dan "ramai" dikategorikan dalam kata bilangan tak tentu. Kata bilangan tak tentu
berfungsi sebagai pengiraan untuk jumlah yang tidak tentu dan lazimnya kata bilangan ini
bermaksud jamak. Sekarang, mari kita teliti ayat contoh di bawah:

a. Banyak kain berlonggok di atas meja itu.


b. Banyak guru yang terlibat dalam skim cepat kaya itu.
 

c. Pengetua telah menyemak banyak buku rekod pengajaran untuk penilaian beliau.
d. Kita mesti banyak minum air ketika cuaca tidak menentu.
f. Ramai penonton memenuhi pentas itu untuk melihat kecantikan puteri raja itu.
g. Ramai orang yang berpusu-pusu ke stadium bagi mendengar ceramah yang disampaikan
oleh Ustaz Azhar Idrus.

Sebagai rumusan, "banyak" digunakan untuk jumlah atau kuantiti yang tidak tentu dan
merujuk manusia serta bukan manusia. "Ramai" pula lebih merujuk manusia dan suasana
sesuatu tempat.
90 Termenung jauh sejauh-jauhnya atau Frasa yang tepat ialah "termenung jauh-jauh".
termenung sejauh-jauhnya?
Alasan: Hal ini dianologikan seperti frasa
"membuang jauh-jauh", "melontar jauh-jauh" dan
sebagainya. "Jauh-jauh" bermaksud sejauh
mungkin. "Jauh" pula membawa maksud tidak
dekat jaraknya. Dari segi lakuan ayat, termenung
ialah kata kerja manakala kata ganda yang
mengikutinya ialah kata adverba.
91 Selamat bertemu kembali? Betul. Ayat penuhnya ialah "Saya mengucapkan
selamat bertemu kembali kepada Ali." Hal ini
dikatakan demikian kerana maksud "selamat" ialah
ucapan.

Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=selamat+ 
92 Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah
Ungkapan jangan pernah dalam ayat ini kata larangan yang menyatakan tidak boleh,
sesuai atau tidak?  hendaknya tidak, usah; manakala pernah ialah
sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan
pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang
dinyatakan. Perkataan yang lebih sesuai digunakan
ialah sesekali: Jangan *sesekali berkasar terhadap
ibumu. Khidmat Nasihat DBP, 17 Januari 2013.
(*Ungkapan yang tepat ialah sekali-kali.) 
93  Ayat Pasif Songsang Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kedua

Seperti yang sedia maklum, ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua berbeza
penggunaannya dengan kata ganti nama diri ketiga. Sila teliti ayat di bawah:

1. Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kedua


a) Bola itu saya sepak.
b) Buku itu mesti engkau baca.

2. Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga


a) Bola itu disepak oleh beliau.
b) Buku itu dibaca olehnya.
 

 
Kita teliti ayat aktif untuk kata ganti nama diri pertama & kedua serta ketiga.
a) Saya menyepak bola itu.
b) Engkau mesti membaca buku itu.
c) Beliau menyepak bola itu.

 Apabila ayat aktif dipasifkan menghasilkan bentuk di bawah:


a') Bola itu saya sepak.
b') Buku itu mesti engkau baca.
c') Bola itu disepak oleh beliau.

Seterusnya, apabila ayat pasif disongsangkan menjadi ayat seperti di bawah:


a'') Saya sepak bola itu.
b'') Mesti engkau baca buku itu.

Hal ini hanya berlaku untuk ayat pasif diri pertama dan kedua. Untuk ayat pasif diri ketiga, ayat
pasif tidak dapat disongsangkan. 
94 Apakah maksud tunggak atau tonggak? Tunggak:1. sisa batang kayu yg tinggal setelah pokok
ditebang; tunggul.

tunggak II; menunggak 1 belum membayar hutang,


ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada
pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum
dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran,
hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak
yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak
beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang,
ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan
yg masih belum diselesaikan.

Tonggak: tonggak I 1 kayu yg panjang dan dipasang


tegak (spt tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yg
masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu
kepercayaan, pegangan dll.

tonggak II ; menonggak menuang sesuatu ke mulut dr


cerek, kendi dll.

tonggak III Pr dongak.


95 Saya ingin memohon pencerahan tentang Perbezaan membesar, membesarkan dan dibesarkan:
penggunaan kata "membesar". Apakah boleh a)membesar ---> kata kerja aktif tak transitif (tidak
kita tulis : boleh dipasifkan)
b)membesarkan ---> kata kerja aktif transitif (boleh
Aku membesar di rumah usang ini. dipasifkan)
Di rumah usang inilah aku membesar. c)dibesarkan ---> kata kerja pasif (orang ketiga)

Adakah boleh kata "membesar" itu diertikan Oleh itu, membesarkan menjadi dibesarkan apabila
sebagai "dibesarkan"? dipasifkan.
 

 
Contoh dalam ayat:
1. Aku membesar di rumah usang ini.(Ayat aktif tak
transitif)
2. Bapa membesarkan aku di rumah usang ini. (Ayat
aktif transitif)
3. Aku dibesarkan oleh bapa di rumah usang ini. (Ayat
pasif)
4. Di rumah usang inilah aku membesar. (Ayat
songsang)
96 Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Adjektif

Terdapat kata kerja yang berfungsi sebagai kata adjektif. Hal ini dapat kita perhatikan dalam
lakuan ayat. Seperti yang kita sedia maklum, kata adjektif boleh disertai kata penguat. Dalam
hal ini, terdapat kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang boleh disertai kata penguat
seperti contoh di bawah:

"sangat menyeramkan"
"amat mengagumkan"
"begitu menakutkan"
"sungguh bertuah"

Untuk kata kerja transitif, objek yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya:

1. Kami melalui kawasan perkuburan yang sangat menyeramkan.


2. Cerita hantu itu begitu menakutkan.

Oleh sebab itu, "menyeramkan dan menakutkan" dikatakan kata kerja yang berfungsi sebagai
kata adjektif.
97 Struktur Kata Yang Membawa Maksud Yang Sama

Dalam bahasa Melayu, terdapat struktur kata yang membawa maksud yang sama. Hal ini dapat
dilihat dari segi pengimbuhan apitan. Teliti ayat di bawah:

1. Pemilihan pemain berdasarkan keputusan jurulatih itu.


2. Pemilihan pemain berdasar pada keputusan jurulatih itu.

Sila teliti imbuhan "berdasarkan" yang berhubungan dengan "berdasar pada" sebenarnya sama
maknanya. Hal ini dikatakan demikian kerana penanda imbuhan merubah kedudukan struktur
yakni dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Hal ini digeneralisasikan daripada teori
Transformasi Generatif. Contoh yang lain adalah seperti yang berikut:

"bercerita tentang" sama maksud dengan "menceritakan"


"teringat akan" sama maksud dengan "teringatkan"
"mencintai" sama dengan "cinta akan"

Oleh itu, dengan memahami penanda imbuhan, kita dapat menggunakan bahasa Melayu
 

dengan betul dan baik semasa bertutur atau menulis.  


98 Apakah perbezaan kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif berpelengkap terbahagi kepada
berpelengkap dengan kata kerja transitif tiga iaitu berpelengkap kata nama, berpelengkap kata
tanpa pelengkap? adjektif dan berpelengkap kata sendi nama. Contohnya:
1. Aiman menjadi guru. (Guru ialah kata nama).
2. Kesihatan beliau beransur baik. (Baik ialah kata
adjektif).
3. Gadis itu tinggal di Kota Bharu. ( di ialah kata sendi
nama).

Dalam hal ini, pelengkap perlu hadir untuk


melengkapkan maksud kata kerja. Jika pelengkap tiada,
maka ayat yang terhasil tergantung. Di samping itu,
kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh
dipasifkan.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap pula ialah kata


kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan
pelengkap. Contohnya:
1. Dia tidur. Ayat 1 boleh diperluas dengan memberikan
keterangan seperti
2. Dia tidur di ruang tamu. Contoh lain pula:
3. Padi itu menguning.
4. Kami pulang. (Peluasan ayat menjadi seperti ayat
yang berikut:
5. Kami pulang ke rumah pada pukul 4 petang.)
99  Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Awalan terbahagi kepada tiga
iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan adjektif. Awalan kata nama merupakan
imbuhan yang ditempatkan di hadapan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata tugas.
 Awalan kata nama terbahagi kepada lima yakni pe-. peR-, peN-, ke- dan se-. Contohnya:

pe- [petinju, pelawat, perumah, pekebun]


peR- [pelajar, perbara, pertapa]
peN- [pemenang, pembawa, penjahat, pengeksport, pengebom, penyakit]
ke- [ketua, kehendak, kedua]
se- [serumah, senegara, semeja]
100 Adakah peninju dan petinju merupakan Tidak, kedua-dua perkataan ini berasal daripada
imbuhan peN-? imbuhan yang berbeda. Contohnya [pe.tinju ] -
[peninju]. Walau bagaimanapun, maksud kedua-dua
penanda imbuhan ini berbeda. Misalnya pe- membawa
makna orang yang keadaan dinyatakan dalam kata
dasar. Petinju bermaksud ahli tinju. Untuk peN- yakni
pen+tinju=peninju yang bermaksud genggaman tangan
untuk meninju atau tinju. Oleh itu, kita perlu menguasai
kedua-dua penanda imbuhan ini.
101 a.Bapa saya ialah seorang doktor di hospital Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, seorang
bermaksud satu orang dan sendiri. Perkataan doktor
 

itu. dan murid merujuk manusia atau orang. Dalam hal ini,
sudah memadai ayatnya begini:
b.Sebagai seorang murid, kita haruslah
berdisiplin. 1. Bapa saya ialah doktor di hospital itu.

Adakah ayat ini salah kerana hadirnya 2. Bapa saya doktor di hospital itu.
penjodoh bilangan seorang dalam ayat
tersebut? 3. Kita harus berdisiplin sebagai murid.

4. Sebagai murid, kita haruslah berdisiplin.

Jika ayat seperti yang dinyatakan memang sudah


lewah. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa
menggunakan penjodoh bilangan seperti "seorang"
atau "sebuah".
102 Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut:

12.00-1.59 tengah hari


2.00 - 6.59 petang
7.00- 11.59 malam
12.00- 12.59 tengah malam
1.00- 11.59 pagi

103 Penggunaan é yang ditiadakan

Huruf e sebenarnya mempunyai dua sebutan iaitu e pepet dan e taling. Dalam sistem ejaan
Rumi kita, kedua-dua sebutan ini telah hilang semenjak Ejaan Za'ba telah dibaharu. Dewasa ini,
mungkin golongan guru dan murid tidak mengenali huruf é. Namun demikian, sesiapa yang
pernah mempelajari bahasa Melayu akan mengenali huruf ini. Dari segi logiknya, huruf e harus
dibezakan bunyi seperti dalam (sépak - tendang). Hal ini harus kerana huruf é ini tidaklah
banyak. Kesukaran untuk mengajar murid juga jelas kerana sebutan memainkan peranan
penting. Oleh itu, perlu ada usaha pihak tertentu dalam mengembalikan huruf é.  
104 Bilakah sesuai digunakan satu k atau dua Dengan memahami imbuhan seperti peN-...-an, ke-
k? ...-an, meN-...-kan dan di-...-kan kita dapat
mengetahui kata terbitan memerlukan k atau kk.
Lihat contoh di bawah:

1.  Pembalakan yang tidak teratur


menyebabkan pemanasan global.
2.  Kebanyakan guru di India kurang membaca
buku ilmiah.
3.  Ayah sering menggalakkan saya supaya
belajar bersungguh-sungguh.
 
4. Nenek dimasakkan oleh kakak sup tulang.

Dalam bahasa Melayu, tidak imbuhan peN-...-kan,


 

ke-...kan, meN-...-an, dan di-..-an. Oleh sebab itu,


perlunya memahami penanda imbuhan agar
kesilapan k atau kk tidak berlaku kelak.
105 Penetapan Hari Raya Aidilfitri bergantung 'pada' digunakan untuk keterangan waktu, apabila
 ___________ keputusan Majlis Raja-raja didahului perkataan 'ada", menunjukkan tempat bagi
Malaysia. perbuatan kata kerja dan untuk sesuatu yang abstrak
106 Pengenalan kepada frasa:

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau beberapa patah
perkataan yang berpotensi untuk diperluas. Dahulunya, frasa dikenal sebagai rangkai kata.
Contohnya: (baju) berpotensi menjadi (baju itu) atau (baju yang merah itu) Frasa terbahagi
kepada empat iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi
Nama (FSN). Mutakhir ini, terdapat beberapa penahu yang memasukkan Frasa Adverba. Jika
pengguna memahami konsep frasa dengan baik, maka kita dapat menghasilkan ayat yang
betul. Hal ini dikatakan demikian kerana frasa berhubungan dengan klausa serta ayat.  
107 Breaking news = pecah berita? Penggunaan Istilah yang dilihat agak tepat ialah berita tergempar
frasa "pecah berita" dilihat semakin meluas, atau berita mengejutkan.
namun adakah frasa ini tepat?
108 Susunan Ayat

 Ayat boleh disusun melalui dua cara iaitu susunan biasa atau susunan songsang. Susunan ayat
ialah proses merubahkan struktur binaan subjek atau predikat dalam sesuatu ayat.

 A. Susunan Biasa


 Ayat dalam susunan biasa ialah ayat yang mengutamakan subjek yang diikuti oleh predikat.
Subjek biasanya terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun, terdapat
subjek seperti kata kerja atau kata adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama. Predikat pula
diisi oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Rumus susunan biasa
ialah (subjek+predikat) atau (S+P). Contohnya:

1. Abdul Razak bapa saudara saya. (FN+FN)


2. Kakak saya sedang menyidai pakaian. (FN+FK)
3. Air sungai itu sungguh deras. (FN+FA)
4. Adik ke sekolah dengan basikal. (FN+FSN)
5. Bersenam menyihatkan badan. (FN+FK)

B. Susunan Songsang
Susunan songsang merupakan ayat yang mengutamakan predikat. Maksudnya, predikat di
hadapan kemudian diikuti oleh subjek. Terdapat dua jenis susunan songsang yakni pendepanan
seluruh predikat dan pendepanan sebahagian predikat. Formulanya ialah (predikat+subjek)
atau (P+S). Contohnya:
1.Bapa saudara saya Abdul Razak.
2.Sedang menyidai pakaian kakak saya.
3. Sungguh deras air sunggai itu.
4. Ke sekolah dengan basikal adik saya. (songsang pendepanan seluruh predikat)
5. Dengan basikal adik saya ke sekolah. (songsang pendepanan sebahagian predikat)
 

 
Bagi susunan ayat aktif transitif, sila lihat contoh di bawah:

6. Saya membaca buku itu. (ayat aktif)


7. Buku itu saya baca. (ayat pasif)
8. Saya baca buku itu. (ayat pasif susunan songsang)

Dalam ayat 6-8, ayat ini menggunakan hukum Aneksi Persona yakni bentuk kata ganti nama
diri pertama dan kedua tidak memerlukan "oleh" berbanding kata ganti nama diri ketiga seperti
contoh di bawah:

9. Beliau membaca buku itu. (ayat aktif)


10. Buku itu dibaca oleh beliau. (ayat pasif)
109 Ragam Ayat

Ragam ayat bermaksud corak ayat itu disusun sama ada dalam ragam aktif atau ragam pasif.
Ragam ayat terbahagi kepada dua yakni ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.

Ragam Ayat Aktif


 Ayat yang mengutamakan subjek dan mengandungi kata kerja sama ada kata tersebut ialah
kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Contohnya:
 Ayat Aktif Tak Transitif
1. Pemuda itu pengsan. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Tak Berpelengkap)
2. Rumah buruk itu beratapkan daun kelapa. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata
Nama)
3. Tanah itu menjadi subur. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata Adjektif)
4. Kapal perang itu menuju ke arah utara. (Ragam Ayat Aktif Tak Transitif Pelengkap Kata
Sendi)

 Ayat Aktif Transitif


 Ayat aktif tak transitif mempunyai dua bentuk iaitu satu objek dan dua objek. Objek mestilah
kata nama. Contohnya:
1. Ayah membeli buah durian. (1 objek)
2. Suhaimi menghadiahi ibu sebentuk cincin. (2 objek)

Ragam Ayat Pasif


 Ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang dipasifkan dan mengutamakan objek sebagai
unsur yang diterangkan. Dalam ragam ini, terdapat tiga jenis iaitu ayat pasif kata ganti nama
diri, ayat psif dengan kata bantu "kena" dan ayat pasif berimbuhan.

 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri


 Ayat pasif ini terbahagi kepada tiga iaitu ayat pasif diri pertama, kedua dan ketiga. Untuk ayat
pasif diri pertama dan kedua, penggunaannya adalah sama manakala ayat pasif diri ketiga
berbeda. Lihat contoh di bawah:

 Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua


1. Baju itu telah saya beli.
2. Isu ini perlu engkau selesaikan.
 

 
 Ayat Pasif Diri Ketiga
3. Jam ini dihadiahkan oleh beliau.
4. Majalah ini dibeli oleh ibu.

 Ayat Pasif Dengan Kata Bantu "kena'


 Ayat pasif ini haruslah didahului oleh oleh kata bantu "kena" yang diikuti oleh kata kerja dasar
iaitu tanpa imbuhan. Contohnya:
1. Pemuda itu kena pukul. (tiada pelaku)
2. Gadis itu kena ragut oleh lelaki yang bertopi hitam. (ada pelaku)

 Ayat Pasif Berimbuhan


 Ayat pasif ini ditandai oleh imbuhan seperti beR-, teR- dan ke-...-an. Contohnya:
1. Seluar itu belum berjahit.
2. Batu itu tidak terangkat olehku.
3. Perempuan itu kehujanan.  
110 Benarkah ayat di bawah? Sila teliti ayat di bawah:
1. Saya tinggikan harga buku itu.
1. Saya meninggikan harga buku itu. (ayat aktif)

2. Harga buku itu saya tinggikan. (ayat pasif)

3. Saya tinggikan harga buku itu. (ayat pasif songsang)


111 Pada tahun 2013 atau Pada 2013. . . Pada tahun 2013...
Tahun 2013 merupakan frasa nama yang betul, apabila
didahului oleh kata sendi nama 'pada' maka salah satu
kata dalam frasa tersebut tidak perlu digugurkan.

...pada lepas, saya berkunjung... jelas kejanggalannya.


Contoh lain...
Pada bulan Mei (/) ... pada Mei (X)
Pada hari Isnin (/) ... pada Isnin (X)
112 Pengguna bahasa sering menggunakan "boleh" dengan "dapat" secara bertukar ganti. Sebenarnya,
terdapat peraturan khusus dalam penggunaan kata bantu di atas.

1. Kata bantu "boleh" digunakan untuk maksud keizinan. Ayat contoh:


a) Kamu boleh bersiar-siar setelah kamu menyiapkan latihan tatabahasa itu.
b) Marsha tidak boleh mengikuti pertandingan penceritaan kerana tidak mendapat keizinan daripada
ayahnya.
c) Kami tidak boleh memasuki bilik pembedahan kerana bilik tersebut hanya untuk petugas hospital.

2. Kata bantu "dapat" digunakan untuk maksud keupayaan. Ayat contoh:


a) Bayi itu sudah dapat merangkak walaupun baru berusia lapan bulan.
b) Ali tidak dapat membeli kereta itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
c) Pemain bola sepak itu masih tidak dapat melakukan tendangan silang kerana kakinya tercedera
semasa latihan. 
113 Kesalahan Ayat Kerana Tiada Subjek

1. *Yang manakah betul?


 

2. *Apa kaudapat daripada dia?


3. *Apa kita mesti buat sekarang?
4. *Siapa kata ayat ini betul?
5. *Kamulah mesti keluar dari sini.

 Ayat 1-5 adalah salah. Ayat yang sepatutnya:

1. Yang manakah yang betul?


2. Apakah yang kaudapat daripada dia?
3. Apakah yang mesti kita buat sekarang?
4. Siapakah yang mengatakan bahawa ayat ini betul?
5. Kamulah yang mesti keluar dari sini. @ Kamu mesti keluar dari sini.  
114 Adakah ayat di bawah ini betul? Ayat 10 dan 11 jelas salah. Hal ini dikatakan demikian
10. Pembunuh itu memberitahu polis di mana kerana penggunaan ‘di mana’. Ayat yang betul ialah: 
senjata api itu dicampakkan.
11. Datuk tidak ingat di mana beliau 10. (a) Pembunuh itu memberitahu polis tempat
meletakkan cermin matanya. senjata api itu dicampakkan.

11 (a) Datuk tidak ingat akan tempat beliau meletakkan


cermin matanya. atau 11(b). Datuk tidak mengingati
tempat beliau meletakkan cermin matanya.
115 Tiga fungsi imbuhan awalan teR-

 Awalan teR- mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata kerja aktif, kata kerja pasif dan kata
adjektif terbitan. Pembentukan kata terbitan ini bergantung pada kata dasar sama ada kata
dasar tersebut ialah kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Contohnya:
ter-[buku]= terbuku, ter-[menung]=termenung, ter-[besar]= terbesar dan lain-lain.

 Ayat contoh:

1. Ah Seng tertidur di beranda rumahnya. (Ragam aktif untuk kata kerja tak transitif
berpelengkap)

2.Perempuan buta itu terlanggar oleh kereta yang berwarna biru. (Ragam pasif)

3. Shiela merupakan gadis yang tercantik di daerah Tawau. (kata dasarnya kata adjektif iaitu
cantik menerbitkan kata adjektif terbitan)

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan awalan teR- digunakan pada kedudukan yang
sesuai dalam ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan teR- mempunyai fungsi yang
lain juga. 
116 Kata Adverba

Kata adverba dikenal sebagai kata keterangan. Fungsi kata adverba adalah untuk menerangkan
kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan kata adverba yang lain. Kata adverba terbahagi
kepada tiga iaitu:

1.Kata Adverba Jati


 

Contohnya: esok, semalam, sering, segera, nyaris dan sebagainya


 Ayat Contoh:
a) Buku itu akan tiba esok. ('esok' ialah kata adverba kerana menerangkan kata kerja 'tiba')
b)Nenek tua itu nyaris dilanggar oleh van itu. ('nyaris' ialah kata adverba yang menerangkan
kata kerja pasif 'dilanggar')

2. Kata Adverba Asalnya Kata Adjektif


Contohnya: kurang cergas, hampir tersembam, selalu ke tepi sungai
 Ayat Contoh:
c)Pemuda itu kurang cergas kerana dia demam. ('kurang' ialah kata adverba manakala 'kata
adjektif')
d)Dia hampir tersembam ke tanah kerana terlanggar batu itu. ('hampir' kata adverba manakala
'tersembam' kata kerja)

3. Kata Adverba Asalnya Kata Kerja


Contohnya: terbang melayang, tekun menelaah, ke jalan raya bersendirian
 Ayat Contoh:
e) Hassany Hashim ke jalan raya bersendirian. (bersendirian ialah kata adverba kerana
menerangkan frasa sendi iaitu ke jalan raya)
f)Zabedah tekun menelaah pelajaran supaya dia berjaya kelak. (menelaah ialah kata adverba
kerana menerangkan kata adjektif iaitu tekun)

Oleh itu, berhati-hatilah ketika menggunakan kata adverba kerana kata ini boleh tergolong
dalam golongan kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama atau kata adverba sendiri
berdasarkan fungsinya sebagai penerang kata kerja, kata adjektif, kata adverba dan frasa sendi
nama. Peringatan, kata adjektif fungsinya menerangkan kata nama.  
117 Contoh ayat : Bagi ayat penyata, gandakan sahaja kata tanya 'apa'
tersebut menjadi 'apa-apa' yang membawa maksud
Tolong dengar tentang apa yang ingin saya rujukan tak tentu.
perjelas.
1 (a). Tolong dengar apa-apa yang ingin saya jelaskan.
Apakah ayat ini betul terutama dari segi
penggunaan kata tanya "apa" ? 1(b) Tolong dengar isu/hal/perkara yang ingin saya
 jelaskan
118 Bagaimanakah dan bilakah hendak bezakan Kedua-dua perkataan ini membawa fungsi serta
penggunaan saja dan sahaja ? maksud yang sama. Bagaimanapun, bentuk baku atau
rasmi kita haruslah menggunakan perkataan 'sahaja'.
'saja' biasanya digunakan dalam bahasa percakapan
atau lisan yakni bahasa tidak baku. Sama juga
perkataan "tidak' dengan 'tak", yang baku ialah "tidak".

Ayat contoh: Kelajuan kereta itu sama sahaja dengan


kelajuan Proton Preve. (bentuk baku)

Kelajuan kereta itu sama saja dengan kelajuan Proton


Preve. (bentuk lisan atau tidak baku)
119 Imbuhan sisipan imbuhan yang membeku?
 

Dalam bahasa Melayu, terdapat satu imbuhan yang kurang produktif iaitu imbuhan sisipan.
Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan pada huruf pangkal kata dasar. Proses imbuhan
ini berlaku pada kata nama dan kata adjektif. Terdapat empat bentuk sisipan iaitu -el-, -em-, -
er- dan -in-. Antara contoh imbuhan sisipan kata nama dan imbuhan sisipan kata adjektif.

1.Sisipan Kata Nama


Proses imbuhan sisipan pada kata dasar yang membawa maksud kata nama. Hanya ada tiga
iaitu -el-, -em- dan -er-. Contohnya:

Kata dasar (ganggang) --> Kata sisipan (gelanggang)


kata dasar (gigi) ----> Kata sisipan (gerigi)
Kata dasar (kuncup) ---> Kata sisipan (kemuncup)

Contoh lain bagi kata sisipan kata nama ialah:


celebur,gelembung, kelangkang, pelupuh, selaput, telempap, gemerencang, gemuntur,
ceracah, cerancang, cerucuk, jeragat, seruling dan sebagainya.

2.Sisipan Kata Adjektif


Sisipan imbuhan ini pada kata dasar membawa ciri yang terkandung dalam kata adjektif.
Terdapat empat jenis imbuhan ini iaitu -el-, -er-, -em- dan -in-. Contohnya:

Kata dasar (serak) ---> Kata sisipan (selerak)


Kata dasar (kepot) -----> kata sisipan (kerepot)
Kata dasar (guruh) -----> kata sisipan (gemuruh)
Kata dasar (sambung) ---> kata sisipan (sinambung)

Contoh kata sisipan yang lain adalah seperti yang berikut:


serendeng, gerodak, kelebak, kemetot, kemilau,selirat dan sebagainya.

 Adakah kata sisipan semakin membeku atau tidak?  


110 Penggunaan 'dia', 'ia' dan '-nya' dalam ayat

"dia, ia dan -nya" merupakan kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan tiga kata ganti nama diri
ini adalah seperti yang berikut:

a) Dia-digunakan untuk merujuk orang biasa, rakan sebaya atau yang lebih rendah tarafnya.
 Ayat contoh:
1.Dia kawan baik saya.

b) ia-digunakan untuk manusia sahaja selain "dia". Fungsi ia sama dengan 'dia'
 Ayat contoh:
1. Ia amat pandai.

c) -nya -digunakan untuk orang ketiga yang menunjukkan maksud kepunyaan di samping
sebagai pengganti 'dia'.
 Ayat contoh:
1. Adiknya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada minggu depan.
 

Lihat ayat di bawah untuk meneliti penggunaan 'dia, ia dan -nya'

2.[Dia, Ia] bersetuju dengan pendapat saya.


3.[Dia, Ia] memang jujur orangnya.

4. Yang berwarna biru baju [dia, -nya , *ia]


5.Saya akan ke sana bersama [dia, -nya, *ia]
6. Hadiah ini untuk [dia,-nya, *ia]  
111 Betulkah frasa di bawah. Penggunaan frasa begini dikira betul. Walau
bagaimanapun, perlu lebih penghuraian kerana
Mereka berdua, kami bertiga, kalian berdua... terdapat unsur lewah untuk penanda jamak.
112 Gotong-royong merupakan antara aktiviti Ayat ini ter
kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan.
Gotong-royong betul kerana aktiviti gotong-royong
Betulkah ayat di atas? telah mengalami proses transformasi menjadi "gotong-
royong".

Oleh itu, ayat yang disarankan:

Gotong-royong ialah antara aktiviti kemasyarakatan


yang harus kerap dijalankan.

Antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap


dijalankan ialah gotong-royong.

Gotong-royong merupakan aktiviti kemasyarakatan


yang harus kerap dijalankan antaranya.
113 Perkataan "yang" mempunyai fungsi yang pelbagai. Antaranya sebagai kata hubung pancangan
relatif dan penanda subjek apabila berlaku pengguguran kata nama di hadapannya.

1. Cikgu Norlidah membeli tudung yang berwarna biru itu. (kata hubung relatif)
2. Yang berikut ialah kata majmuk mantap kecuali.. (dalam bentuk soalan peperiksaan)

Dengan berdasarkan ayat nombor (2), ayat asalnya adalah seperti yang berikut:
3. Kata majmuk yang berikut / ialah kata majmuk mantap kecuali..

 Apabila berlakunya proses transformasi, ayat bernombor (3) menjadi ayat bernombor (2). Hal
ini menjadikan "yang" sebagai kepala frasa kerana telah menguasai gatra subjek. Oleh itu,
"yang" berada di hadapan ayat. Antara contoh yang sering ditemukan dalam penulisan adalah
seperti yang berikut:

a) Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.


b) Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
c) Yang turut hadir dalam acara itu ialah Watson Nyambek.  
114 Kekeliruan frasa "seperti berikut atau seperti yang berikut"?

"seperti" ialah kata sendi nama yang tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Dalam hal ini, frasa
yang tepat ialah "seperti yang berikut". Hal ini dikatakan demikian kerana "yang" berfungsi
 

sebagai kata nama. Oleh itu, marilah kita menggunakan frasa yang betul iaitu "seperti yang
berikut". Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.  
115 Dalam bahasa Melayu, imbuhan apitan yang mengelirukan ialah meN-...-kan dengan meN-...-i.
Untuk memudahkan pemahaman kita, rumus kedua-dua imbuhan ini adalah seperti yang
berikut:

meN-...-kan - untuk objek bergerak


Contoh:
1) Kami menaikkan bendera itu.

meN-...-i - untuk objek tidak bergerak


2)Saya menghampiri pokok itu.

Di samping itu, terdapat kata kerja berapitan meN-...-kan dan meN-...-i yang dibezakan oleh
semantik iaitu makna. Contohnya:

meN-...-kan - maksudnya bertemu dengan benda yang dicari


Contoh:
3) Kami menemukan dompet itu.

meN-...-i - maksudnya bertemu dengan seseorang


4)Dia menemui gadis itu untuk berbincang tentang majlis pertunangan mereka.

Seterusnya, kedua-dua penanda imbuhan ini membawa makna yang sama seperti contoh di
bawah:

meN-...-kan - menjadikan sesuatu yang rosak supaya baik


Contoh:
5) Ayah membaikkan motosikal itu.

meN-...-i - menjadikan sesuatu yang rosak supaya baik


6)Mekanik itu membaiki motosikal itu.

Untuk kata kerja dua objek, kedua-dua penanda imbuhan yakni meN-...-kan dan meN-...-i
lazimnya diikuti oleh dua konsep seperti di bawah:

meN-...-kan - diikuti objek bernyawa


Contoh:
7) Tuan pengetua menghadiahi Cikgu Ain sehelai tudung.

meN-...-i - diikuti objek tidak bernyawa


8)Tuan pengetua menghadiahkan sehelai tudung kepada Cikgu Ain.

Oleh itu, semolek-moleknya kita menggunakan kamus yang baku untuk mengetahui maksud di
samping menggunakan rumus di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana apitan meN-...-kan
dan meN-...-i tidak tekal rumusnya.
 

116 Adakah betul ayat di bawah ini? Ayat ini betul. Sila lihat huraiannya:

1. Untuk memperoleh A dalam mata Ayat 1 asalnya seperti yang berikut: (Usaha) untuk
pelajaran Matematik sangat sukar. memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik
adalah sangat sukar.
Apabila berlaku proses transformasi, maka ayat 1
menjadi seperti ayat yang berikut:

Untuk memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik


adalah sangat sukar.

Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi klausa


komplemen sebagai frasa nama
117 Frasa yang manakah yang betul? Frasa yang tepat ialah kali ini. Sila bandingkan ayat ini.
"Ini kalilah atau kali ini"
Kita melakukan perubahan untuk kali ini. (/)

Kita melakukan perubahan untuk ini kali. (x)


118  Ayat Tergantung

Pengguna bahasa sering melakukan kesalahan semasa bercakap mahupun dalam tulisan. Hal
ini berkaitan dengan ayat tergantung. Ayat tergantung bermaksud ayat yang tidak lengkap
yakni tiada subjek atau tiada predikat atau tiada klausa utama.

a) Ketiadaan Subjek atau Predikat


 Ayat ini tidak sempurna dari segi nahu kerana subjek atau predikat tiada dalam ayat.
Contohnya:
-Dengan kedatangan Siti Nurhaliza dapat memeriahkan majlis perkahwinan ini.
-Ini kerana isu itu sangat sukar.

b) Ketiadaan Klausa Utama


Klausa utama dikenali klausa induk. Tanpa klausa utama menyebabkan ayat tergantung.
Contohnya:
-Semoga kamu berjaya dalam peperiksaan itu.
-Oleh sebab masalah itu belum diatasi oleh penyelia asrama.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna bahasa perlu mahir dalam komponen ayat.
Penguasaan frasa, klausa dan ayat membolehkan kita mengenal pasti kedudukan subjek dan
predikat. Permasalahan ayat tergantung dapat diatasi dengan memasukkan komponen ayat
tadi. Penyelesaian untuk (a) dan (b) adalah seperti yang berikut:

1. Kita dapat memeriahkan majlis perkahwinan itu dengan kehadiran Siti Nurhaliza.
2. Hal ini dikatakan demikian kerana isu itu sangat sukar.
3. Saya berdoa semoga kamu berjaya dalam peperiksaan itu.
4. Guru besar itu amat marah oleh sebab masalah itu belum diatasi oleh penyelia asrama.  
119 Bolehkah diterima ayat ini... kedua-dua ayat di bawah boleh digunakan.

nenek mempunyai penglihatan yang tajam 1. Nenek mempunyai pelihatan yang (tajam) walaupun
 

walaupun tua.... sudah tua.

( tidak dimasukkan kata bantu aspek "sudah" 2. Pelihatan nenek masih (tajam) walaupun sudah tua.
selepas walaupun ....)
kata bantu (sudah) perlu diletakkan untuk menyatakan
masa atau keadaan 'tua'.

Proses pembentukan kata untuk pe-...-an bagi kata


yang berpangkalkan huruf L ialah pe-...-an
bukannya peng-...-an. Contohnya pelaporan, pelibatan,
pelahiran, pelakuan dan lain-lain lagi. Walau
bagaimanapun, penglihatan boleh digunakan kerana
sudah sebati dengan pengguna bahasa.
120 Proses Pengguguran Subjek dalam Ayat

Kita sering menemukan ayat yang digugurkan atau dihilangkan subjeknya. Hal ini biasanya
berlaku dalam ayat perintah atau ayat tanya. Pengguguran subjek tidak dilakukan secara
sesuka hati kerana proses ini tidak menyebabkan frasa atau perkataan yang sama diulang.
Sebagai contohnya:

1. Hendak pergi ke mana? (subjek dihilangkan)


2. Kenapakah perlu ke pekan? (subjek dihilangkan)
3. Silakan masuk. (subjek dihilangkan)
4. Merokok mengancam nyawa kita. (inti subjek dihilangkan)

Pengguguran subjek ayat tidak berlaku pada ayat tunggal tetapi ayat majmuk juga berlaku.
Seperti yang sedia maklum, syarat penghilangan subjek mestilah berupa penggabungan satu
klausa atau lebih. Sebagai contohnya:

5. a) Hani ke ruang tamu.


b) Hani membaca buku itu.
c) Hani ke ruang tamu setelah Hani membaca buku itu.
d) Hani ke ruang tamu setelah membaca buku itu. (pengguguran subjek dalam klausa ke-2)

Di samping itu, penghilangan unsur subjek boleh berlaku dalam ayat majmuk gabungan,
pancangan dan keterangan. Sebagai contohnya:

6. Datuk mengambil kitab itu, datuk membaca kitab itu dan datuk menghafal kitab itu.
6(a) Datuk mengambil lalu membaca dan menghafal kitab itu. (lihat pengguguran 'datuk' dalam
ketiga-tiga klausa)

7. Rosnijah bukan sahaja cantik tetapi Rosnijah juga baik.


7(a) Rosnijah bukan sahaja cantik tetapi juga baik. (lihat pengguguran "Rosnijah")

8. Dia pergi ke sekolah juga walaupun dia demam.


8(a) Dia pergi ke sekolah juga walaupun demam. (lihat pengguguran 'dia')

9. Lapisan langit merupakan lapisan yang paling atas. (lihat pengguguran 'lapisan')
 

9(a) Lapisan langit merupakan yang paling atas.

Oleh hal yang demikian, pengguguran subjek dalam ayat dilakukan bukan semata-mata untuk
merosakkan ayat tetapi hal ini berlaku kerana tidak membenarkan frasa atau kata yang sama
tidak diulang. 
121 Adakah ayat di bawah ini betul dari segi Ayat ini betul, hal ini berkaitan dengan frasa nama yang
nahu? setara. Walaupun begitu, penutur Melayu lazimnya
mengujarkan ayat begini:
1. Emak dan saya pergi ke pasar.
Saya dan emak pergi ke pasar.
122 Yang mana satu betul-----> memperolehi atau Yang tepat ialah memperoleh.
memperoleh? Hal ini dikatakan demikian kerana memperoleh
merupakan bentuk baku atau standard. Entri
memperolehi tidak dimasukkan dalam kamus.
123 Manakah yang paling sesuai digunakan: Menurut medan makna yakni perspektif makna, tapak
1. Medan perhimpunan atau, perhimpunan lebih sesuai kerana boleh dianalogi
2. Tapak perhimpunan atau, dengan tapak bangunan, tapak kaki dan sebagainya.
kedua-duanya boleh digunakan? Tapak ialah tempat. Walau bagaimanapun, medan
menjadi tempat jua. Oleh itu, penyelesaian serentak
ialah dengan memilih kedua-dua perkataan ini.
124 Bolehkah kata ganda 'kanak-kanak' Ayat yang dinyatakan adalah betul. Ini dikatakan begitu
mendukung makna banyak selain makna Kata kerana bergantung pada konteks dan keadaan.
Nama?
Bagaimana dengan ayat ini. Kanak dalam bahasa Melayu tiada entri maksud,
melalui proses penggandaan, barulah ada maksud yakni
Semua kanak-kanak kelihatan gembira kerana kanak-kanak yang bermaksud anak yang masih kecil
dapat menyertai pertandingan syarahan pada (yang belum berumur tujuh tahun)
hari ini.
125 Perbezaan beR-...-an dengan beR-...-kan

1. Apitan beR-...-an lazimnya diikuti oleh kata sendi seperti frasa contoh di bawah:
berkaitan dengan perkara itu, berterusan dari pagi hingga malam, dedaun itu berguguran ke
tanah, berhampiran dengan kedai itu, berlumuran dengan darah dan sebagainya.

2. Apitan beR-...-kan pula diikuti oleh pelengkap yang terdiri daripada kata nama atau frasa
nama. Frasa contoh adalah seperti yang berikut:
berpandukan peta itu, berbantalkan lengan, beratapkan daun rumbia, berajakan putera itu,
beralaskan tikar mengkuang dan sebagainya.  
126 Fungsi 'akan' dalam ayat.

'akan' merupakan kata tugas. Terdapat dua fungsi 'akan' iaitu sebagai kata bantu dan kata
sendi nama.

1. 'akan' sebagai kata bantu berada di hadapan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama
yang lazimnya merujuk kata bantu aspek iaitu masa yang belum berlaku.

a) Kami akan pulang ke kampung esok. (akan berada di hadapan kata kerja 'pulang'
b) Pelakon itu akan popular tidak lama lagi. (akan berada di hadapan kata adjektif 'popular')
 

c) Saya akan ke Melaka malam ini. (akan berada di hadapan frasa sendi nama)

2. 'akan' sebagai kata sendi nama yang biasanya berada di belakang kata adjektif emotif.

d) Abang sayang akan gadis itu. (akan berada di belakang kata adjektif 'sayang')
e) Saya terperanjat akan hasrat Tuan Nizam Abdul Jalil untuk berkahwin lagi.

Oleh hal yang demikian, berhati-hatilah ketika menggunakan 'akan' kerana perkataan ini
berubah fungsi dalam ayat. Walau bagaimanapun, 'akan' masih lagi sebagai kata tugas.  
127 Berdasarkan ayat-ayat di bawah, yang Ayat 2 dan 4.
manakah ayat yang betul?
Alasan:Maksud ayat 1 ialah anak dan ayah membuat
1. "Kamu haruslah berjanji dengan ayah,"  janji bersama-sama.
kata Encik Nazim kepada anaknya. Begitu juga dengan ayat 3, Muhammad (murid)
2. "Kamu haruslah berjanji kepada ayah," bersama-sama dengan gurunya mempelajari bahasa
kata Encik Nazim kepada anaknya. Melayu.
3. Muhammad mempelajari bahasa Melayu
dengan guru itu. Ayat 2 dikatakan gramatis kerana si anak membuat janji
4. Muhammad mempelajari bahasa Melayu kepada si ayah.
daripada guru itu. Ayat 4 dianggap betul kerana murid yang berkenaan
(Muhammad) menuntut ilmu tentang bahasa Melayu
daripada guru tersebut
128 Manakah yang betul, kaunter bayaran atau kaunter pembayaran lebih tepat kerana kaunter
kaunter pembayaran? pembayaran ialah tempat untuk hal atau urusan
membayar sesuatu dibuat.
129 Nyatakan bentuk yang manakah yang betul 1,4,6,7.
dan gramatis.
Alasan: Bentuk yang betul dapat diketahui apabila
1) Ini disebabkan oleh memahami penggunaan klausa dalam ayat.
2) Ini kerana
3) Hal ini kerana
4) Hal ini dikatakan begitu kerana
5) Hal ini demikian kerana
6) Isu ini dikatakan demikian kerana
7) Ini berlaku kerana
130 "________________ boleh melakukannya", "aku" lebih tepat kerana desis hati merujuk monolog
desis hati Ali. dalam diri. "Saya" lazimnya digunakan ketika berbicara
dengan orang lain yang menunjukkan kata ganti nama
Antara pilihan jawapan yang disediakan ialah: diri ini lebih sopan berbanding 'aku'.
Aku dan Saya. Mana yang betul ya? Kalau
saya...saya akan pilih jawapan
"Aku"...tapi...apa sebabnya?
131 Pola ayat dasar dalam bahasa Melayu

Sebenarnya, terdapat tiga pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
penambahan pola keempat menjadikan bahasa Melayu lebih unik kerana wujudnya proses
transformasi. Sila lihat keempat-empat pola ayat dasar:
 

1. FN + FN = Encik Zainudin pengetua sekolah saya.


2. FN + FK = Kucing itu bernama Si Comel.
3. FN + FAdj = Gadis itu amat cantik.
4. FN + FSN = Dia ke kedai.

* Untuk pola ayat dasar ke-4, ayat ini sebenarnya berpola FN+FK tetapi proses transformasi
menggugurkan kata kerja dalam ayat menjadikan polanya FN+FSN. Sebagai contohnya, a) Adik
pergi ke sekolah.
b) Adik ke sekolah.
Hal ini terbukti apabila pola ke-4 ialah frasa eksosentrik bukannya frasa endosentrik. Dengan
perkataan lain, frasa sendi nama (FSN) tidak mempunyai unsur yang menjadi inti atau
penerang berbanding frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Untuk pengetahuan semua, frasa boleh terdiri daripada sepatah perkataan atau deretan
perkataan dengan syarat berpotensi untuk diperluas. Sebagai contohnya,

1. Puan Aida yang garang itu ketua jururawat di Hospital Muar. [FN + FN]
2.Pemain bola jaring dari India itu / menjaringkan gol pada minit yang terakhir. [FN + FK]
3. Udara dari gunung ini / sangat sejuk. [FN + FAdj]
4. Buku tatabahasa itu / daripada guru kesayangannya. [FN + FSN]

Oleh hal yang demikian, fahamilah konsep frasa dan seterusnya fahami pola ayat dasar.  
132 Jangan harap kamu dapat memiliki gadis Ayat ini tidak gramatis kerana penggunaan dua ayat
itu. perintah iaitu jangan dan harap.
Persoalannya, gramatiskah ayat di atas?  
133 1. Sekian, terima kasih. 1. Gaya bahasa surat rasmi, ringkas dan padat; satu
2. Sekian. Terima kasih. perkataan boleh menjadi ayat, maka yang no. 2 lebih
Yang manakah yang betul? sesuai.
2. Berdasarkan konteks ayat, sekian sesuai dimaknakan
sebagai sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian.

Ayat tersebut digelar ayat minimal. Selain gaya bahasa


surat rasmi, no. 2 dipilih kerana perkataan <sekian> dan
<terima kasih> ialah dua perkara yang berlainan. Ini
bermakna (jika dilihat dari segi semantiknya), kedua-
duanya tidak harus digabungkan dalam satu ayat
(seperti dalam ayat no.1).
134 Mohon pencerahan tentang penggunaan Sedap ialah kata adjektif. Jika ditambah 'nya', jadilah
partikel "-nya" bukan sebagai kata ganti 'sedapnya'. Perkataan 'sedapnya' tergolong dlm
nama diri tetapi sebagai penekanan kata golongan kata pembenda. Kata ini berfungsi untuk
sifat? Contoh: "sedapnya!" menjadikan kata yang bukan kata nama sebagai kata
Apakah hanya boleh digunakan pada kata nama.
sifat sahaja? Contoh lain ialah 'lajunya'.Lajunya kereta itu. Subjek
mestilah frasa nama. Oleh sebab 'laju' ialah kata
adjektif, maka tidak seharusnya mengisi konstituen
subjek. Untuk menjadikannya sbg frasa nama, 'nya'
ditambah agar subjek terdiri daripada frasa nama.
 

135 Kata Pembenda

Kata pembenda ialah perkataan yang digunakan untuk mengubah fungsi perkataan yang lain
kepada kata nama. Kata pembenda ialah -nya. Ayat contoh:

1. Beratnya beban yang dipikul oleh lelaki itu.


2. Kereta itu bergerak dengan lajunya.

Dalam ayat 1 dan 2, "beratnya" dan "lajunya" berfungsi sebagai kata nama walhal kita sedia
maklum bahawa "berat" dan "laju" ialah kata adjektif. Perlu diberikan perhatian, kata -nya juga
berfungsi sebagai kata penekan, sebagai objek dan kata ganti nama diri ketiga. Antara contoh
fungsi kata tersebut adalah seperti yang berikut:

3. Sebenarnya lelaki itu sudah berkahwin. (sebenarnya-kata penekan)


4. Pisau itu berada di dapur. Ibu telah meletakkannya ke dalam laci. (sebagai objek)
5. Ali mempunyai adik yang cantik. Adiknya bernama Saleha. (sebagai kata ganti nama diri
ketiga)

Oleh hal yang demikian, kita harus berhati-hati ketika menggunakan "-nya" berdasarkan fungsi
-nya dalam ayat.

136 Betulkah frasa adjektif dalam ketiga-tiga Frasa adjektif dalam ketiga-tiga ayat adalah betul. Hal
ayat di bawah? ini dibenarkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

1. Gadis itu sungguh amat sopan.


2. Suara perempuan itu sungguh amat
merdu.
3. Orang tua itu terlalu amat sedih atas
kematian anaknya. 
137 Adakah betul ayat ini?? Ayat ini salah kerana tiada ayat induknya. Untuk itu,
 jawapannya:
'Walaupun Osman tergolong antara pemain
yang terkecil dalam pasukannya namun Osman antara pemain yang terkecil dalam pasukannya
kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang
lain.' lain.
138 Ayam rendang atau rendang ayam? Kari ayam, kari daging.

Penggunaan dalam ayat:

1. Ibu memasak rendang ayam.


2. Rendang ayam itu sungguh sedap.
139 Betul atau salah ayat ini? Ayat ini salah kerana tiada subjek. Yang betul:
"Turut hadir memeriahkan majlis perasmian
program SARANA ialah Menteri Pelajaran Yang turut hadir memeriahkan majlis perasmian
Malaysia"
 

program SARANA ialah Menteri Pelajaran Malaysia.

Ayat asal di atas:

Tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis


perasmian program SARANA ialah Menteri Pelajaran
Malaysia.
140 Waktu makan orang Melayu:

a) sarapan-makan pagi
b) kudapan-10.30 hingga 11.00 pagi
c) merarau-makan tengah hari
d) menambun-minum teh petang (high tea)
e) menggabi-makan malam
f) inuruk-makan lewat malam (supper)
g) sahur-3.00 pagi hingga 5.30 pagi
h) iftar-berbuka puasa (tenggelamnya matahari)
** waktu sahur dan iftar biasanya popular dalam bulan Ramadan dan dilakukan oleh umat
Islam pada bulan-bulan yang lain untuk puasa sunat.  
141 Hari raya Aidilfitri hampir tiba namun masih banyak pengguna bahasa Melayu melakukan
kesilapan yang entah dari mana silapnya. Antara kesilapan yang saya temukan ialah:

1. Semoga hari raya ini memberikan kebahagiaan untuk kita.


2. Selamat hari raya dari Cik Lin.
3. Saya mendoakan anda sentiasa berbahagia di samping keluarga pada hari raya Aidilfitri ini.

 Ayat 1-3 semuanya salah dan tidak gramatis. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat (1) tiada
klausa utama, ayat (2) kesalahan kata sendi nama, ayat (3) kesalahan kata kerja "mendoakan".
Untuk membetulkan ayat-ayat di atas, sila lihat ayat di bawah ini.

1a. Saya berdoa semoga hari raya ini memberikan kebahagiaan untuk kita.
2a. Selamat hari raya daripada Cik Lin.
3a. Saya mendoakan kebahagiaan anda di samping keluarga pada hari raya Aidilfitri ini.

Oleh hal yang demikian, sebelum menghantar mesej, MMS, atau apa-apa yang berkaitan
kiriman hari raya, sila pastikan bahasa Melayu kita betul dan tepat. Betulkan yang biasa,
biasakan yang tepat. 
142 Penggunaan dan penulisan partikel "pun"

Dalam bahasa Melayu, terdapat satu partikel iaitu "pun". Partikel ini berbeza daripada tiga
partikel yang lain iaitu -kah, -lah dan -tah yang perlu bercantum dengan perkataan yang
mendahuluinya. Contohnya: siapakah, mengapakah, tolonglah, apatah, bilatah, sia-sialah dan
sebagainya.

Walau bagaimanapun, partikel "pun" berbeda sedikit. Hal ini dikatakan demikian kerana "pun"
ditulis rapat dengan perkataan yang mendahuluinya untuk 14 perkataan seperti yang berikut:
adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun,
bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, betapapun dan sungguhpun.
 

 
Dengan berdasarkan 14 perkataan di atas, terdapat beberapa fungsi perkataan tersebut
sebagai kata hubung seperti walaupun, meskipun, kendatipun, sungguhpun, biarpun,
betapapun dan sekalipun. Kata hubung ini bertindak sebagai kata hubung pancangan
keterangan pertentangan. Ayat contoh:

1. Emylia masih melayari internet walaupun dia sibuk dengan tugas itu.
2. Najib tetap dengan pendiriannya meskipun ditentang oleh ayahnya.
3. Shairazi terus memarahi anaknya biarpun dipujuk oleh isterinya.

Seterusnya, "pun" digunakan secara terpisah daripada kata yang mendahuluinya jika "pun"
bermaksud juga, bahkan, biar, turutan atau penguat kata ganti tak tentu. Ayat contoh:

4. Cikgu Azrul pun ingin melancong ke Bali.


5. Gadis itu tidak berlari, berjalan pun belum tentu.
6. Khalish tetap meneruskan projek itu, betapa sukar pun keadaannya pada masa itu.
7. Pihak polis pun bertindak selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
8. Sesiapa pun boleh ke tandas sekiranya kerja itu disiapkan.

Oleh hal yang demikian, berhati-hatilah ketika menggunakan "pun" dalam penulisan. Hal ini
berkaitan dengan penulisan kata ini sama ada ditulis rapat atau tidak. Dengan ingat akan 14
perkataan di atas, kita tidak terkeliru untuk menggunakan kata partikel ini.  

Rujukan:

Tajuk Buku Penulis


Soal Jawab Bahasa 1 & 2 Abdul Ghalib Yunus
Morfologi Abdullah Hassan
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu / Ahmad Khair Mohd Nor
Tatabahasa Asas
Nahu Melayu Mutakhir / Nahu Kemas Kini Asmah Haji Omar
Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Asraf Abdul Wahab
Tuntunan Bahasa Asas Pegangan Pelajar Awang Sariyan
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Nik Safiah Karim et al
Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3 Za’ba

Kamus Dewan Edisi Keempat


Kamus Pelajar Edisi Kedua

Rujukan Laman Sesawang: http://prpm.dbp.gov.my/ 

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

*Rujukan utama ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Pelajar Edisi Kedua kerana kedua-dua
buah buku ini bertaraf baku.

You might also like