You are on page 1of 3

Pasir Tumboh merupakan sebuah bandar yang terletak dalam jajahan Kota Bharu Kelantan

Iaitu kira-kira 11 KM dari Kota Bharu. Ia mengambil masa selama kira-kira 20 minit untuk
memandu dari pasir Tumboh ke pusat bandar melalui jalan biasa. Ianya merupakan sebuah
kampung yang telah diangkat menjadi sebuah mukim yang terletak dalam daerah Limbat.

Perjalanan ke tempat kajian adalah sejauh 22 KM iaitu tempoh perjalanan dalam 30 minit
dari bachok ke tempat kajian dengan menaiki kereta. Perjalanan telah bertolak pada pukul 9
pagi dan tiba di tempat kajian kira-kira pukul 9.30 pagi iaitu di kilang seramik Zutah Craft.

Sejarah tempat.

Sejarah perkembangan kilang seramik Zutah Craft yang bermula pada tahun 1994 sehingga
kini dimana kilang ini telah ditubuhkan secara rasmi. Kilang ini telah mengeluarkan 50 reka
bentuk seramik yang berkualiti. Kilang ini bukan diwarisi dari turun temurun malahan ini
merupakan hasil usaha titik peluh dari Encik Fatah serta ahli keluarganya sendiri. Kini kilang
ini telah mengeluarkan beberapa jenis seramik iaitu terdiri daripada pasu kecil, tabung dan
lain-lain lagi. Kilang Zutah Craft masih kukuh telah ditubuhkan dari tahun 1994 sehingga kini
ditempat yang sama iaitu di Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan dan tiada perubahan
tempat. Pengusaha kilang ini juga merupakan orang asal disitu dan rumah beliau turut
didirikan di Kawasan kilang tersebut.

Kajian ini telah dilakukan dengan menemubual dengan pengusaha kilang Zutah Craft itu
sendiri iaitu Encik Ab Fatah @ Awang Bin Yusof serta beberapa orang pekerja yang lain.
Encik Fatah telah mengusahakan kilang ini selama 29 tahun iaitu bermula dari tahun 1994
sehingga sekarang.

Proses Pembuatan (1-5)

- Menurut pekerja di Kilang seramik tersebut, proses yang pertama bagi penghasilan
seramik adalah telah dikenali sebagai proses mengali tanah. Proses ini telah
dilaksanakan di bahagian belakang kilang tempat pemprosesan seramik tersebut.
Tanah yang telah digunakan merupakan tanah sendiri iaitu kepunyaan Encik Fatah
yang telah digunapakai selama 6 tahun. Kebiasaanya, tanah yang telah digunakan
adalah tanah liat. Pekerja di situ akan mengali tanah liat tersebut dan akan dibawa
naik untuk diletakkan di bahagian yang berdekatan dengan mesin supaya ianya akan
mudah untuk menjalankan proses kerja yang selanjutnya.

- Proses yang seterusnya adalah proses untuk memasukkan tanah liat ke dalam
mesin pembancuh serta dicampurkan dengan air dan sedikit sodium silicate.
Sodium silicate ini merupakan satu bahan bagi mengawal tanah liat. Fungsi sodium
silicate ini dicampurkan adalah untuk melembutkan tanah supaya dapat
memudahkan lagi dalam pembentukan seramik. Proses memisin ini telah mengambil
masa selama 4 jam untuk melarutkan tanah sehingga adunan tanah tersebut
menjadi sebati.

- Proses yang ketiga adalah proses menapis bagi membuang sisa kotoran yang
terdapat dalam adunan tanah yang telah dimesin. Proses ini hanya menggunakan
pencodok untuk mencedok adunan bekas dan penapis bagi mengasingkan segala
kotoran yang tidak diperlukan.

- Selepas mendapat adunan yang telah diasingkan proses selanjutnya adalah untuk
menuang adunan ke dalam acuan yang telah tersedia. Semua adunan yang telah
dituang perlulah direhatkan di dalam acuan tersebut selama 10-15 minit. Tujuan ini
dilakukan kerana ingin memastikan adunan yang dituang dalam acuan tersebut
betul-betul melekat pada acuan. Kemudian sisa adunan tanah tersebut akan
dikeluarkan supaya adunan yang berada dalam acuan tersebut akan cepat kering
atau membeku.

- Selepas sisa adunan dibuang acuan tersebut akan direhatkan selama 30 minit
sehingga 1 jam supaya adunan tersebut dapat membeku sebelum dibuka acuan.
Cara untuk membuka acuan adalah perlulah dibuang getah yang digunakan bagi
mengetatkan lagi acuan tersebut dan selepas getah dibuang acuan tersebut perlu
diketuk sedikit dengan menggunakan tangan supaya seramik yang terbentuk
didalam acuan tersebut mudah dikeluarkan dan tidak pecah atau mempunyai
retakkan di permukaan seramik tersebut.

 Keunikan Seramik

Antara keunikan yang terdapat pada seramik adalah ianya telah terletak pada fungsinya
serta kepelbagaian rekaan. Bagi kaum melayu lebih dikenali produk seramik yang
berbentuk buah labu, terenang, belanga serta buyung. Rekaan bagi seramik berbentuk
labu telah diilhamkan dari buah labu yang telah berfungsi sebagai untuk menyimpan air.
Mengikut sejarah, rekaan labu ini telah bermula dari buah labu yang telah dikeluarkan
isinya serta dibersihkan sebelum ia telah dijadikan bekas untuk menyimpan air. Air yang
telah disimpan akan menjadi sejuk kerana labu tersebut telah dibakar dengan suhu yang
rendah bagi memastikan jasad labu masih berliang serta boleh menyerap.

You might also like