You are on page 1of 3

2) Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul konkrit

1. Batch mixer.
Jenis yang biasa digunakan dalam mana-mana pembinaan. Terdapat dalam bentuk yang
mudah dibawa atau diubah (portable). Mesin pembancuh jenis ini mempunyai beberapa saiz
mengikut kadar muatannya. Saiz yang biasa ialah 5 : 3 T, 7 : 5 T dan 10 : 7 T mengikut ukuran
kaki padu.

Portable batch mixer ( mesin campur jungkit )

2. Tilting Drum Mixer

Pembancuh jenis ini mempunya drum mixer yang boleh dipusingkan kekiri dan kekanan.Ia
mempunyai pengunci yang boleh diubah-ubah bagi menentukan ketinggian mulut drum semasa
kerja-kerja membancuh dijalankan.Pembancuh yang agak besar seperti 10 : 7 T biasanya
mempunyai hopper untuk mengisi dan memasukkan bahan-bahan konkrit kedalam
drum.Didalam drum terdapat “blades” yang diperbuat daripada besi,gunanya ialah sebagai
pengaul bahan konkrit didalam drum.Bagi setengah-setengah pembancuh yang lebih moden air
dimasukkan secara automatik dari tangki khas yang terdapat pada pembancuh itu.
3. CLOSE DRUM MIXER

Jenis ini kadang-kadang juga disebut non-tilting mixer yang mana seakan-akan sama dengan
tilting drum mixer tetapi ia tidak boleh dipusingkan kekiri atau kekanan. Drumnya mempunyai
dua mulut, satu untuk memasukkan bahan konkrit dan yang sebelah lagi untuk mengeluarkan
konkrit yang siap dibancuh. Lain-lain kelengkapan adalah sama dengan pembancuh jenis tilting.

CARA MEMBANCUH

Cara membancuh konkrit adalah sama sahaja pada sebarang jenis mesin pembancuh.
Masukkan bahan-bahan konkrit kedalam hopper. Bahan-bahan ini disukat dengan menggunakan
kotak penyukat (gauge box) yang berukuran satu kaki padu. Cara yang elok ialah dengan
memasukkan batu (course aggregate) terlebih dahulu diikuti dengan pasir dan simen.

Bagi pembancuh yang tidak mempunyai hopper bolehlah dimasukkan terus kedalam drum
mengikut peraturan tadi. Air dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan konkrit dimasukkan
kedalam drum dan ketika inilah masa bancuhan dikira.

Bahan-bahan konkrit dibiarkan bercampur di dalam drum selama antara dan dua minit sahaja.
Selepas itu bolehlah dituangkan kerana konkrit berada dalam keadaan yang baik ketika ini.

Kadangkala ini ditentukan dengan pengalaman sahaja iaitu dengan melihat keadaan bancuhan
tersebut. Biasanya ini dibuat oleh pekerja-pekerja yang mahir. Sekiranya konkrit dibiarkan terlalu
lama didalam drum ini akan mengakibatkan bancuhan konkrit tersebut menjadi pekat dan
berketul-ketul.

You might also like