You are on page 1of 7

031124-01-0406

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1

3.0 METODOLOGI KAJIAN 2-3

4.0 PENYATAAN MASALAH KAJIAN 4

5.0 PENENTUAN SUBJEK KAJIAN 4-5

6.0 PENENTUAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN 5-6

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN 6

8.0 SUMBER RUJUKAN 7

1
031124-01-0406

1.0 PENGENALAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seni visual merupakan mata pelajaran


yang memberi pengajaran kepada para murid mengenai asas-asas seni, jenis-jenis
seni reka dan sebagainya. Mata pelajaran seni juga merupakan mata pelajaran yang
wajib diambil oleh pelajar SMK Kinabutan yang mengambil mata pelajaran tersebut.
Hal ini kerana mata pelajaran tersebut memberi sokongan markah yang tinggi untuk
murid-murid yang menduduki peperiksaan STPM. Bukan itu sahaja, mata pelajaran
ini wajib diambil kerana bagi menambah ilmu pengetahuan kepada para murid
mengenai seni visual.

Nama saya ialah As Nadiah binti Alex yang merupakan pelajar daripada kelas 6 Atas
Sarjana. Saya memilih soalan kerja khursus iaitu nombor 1. Hal ini kerana soalan
tersebut telah menarik minat saya untuk membuat kajian baharu sekali gus memberi
pengajaran baharu kepada diri mengenai cetakan timbul. Tajuk soalan yang dipilih
ialah Membuat seni cetak bertemakan sayangi hidupan liar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengkaji jenis haiwan liar yang memberi pengetahuan baharu kepada diri
sendiri. Dalam kajian ini saya akan lebih mengenali mengenai janis-jenis haiwan liar
yang terdapat di dunia ini.

2.2 Mengkaji kepentingan haiwan liar kepada para masyarakat. Dalam kajian ini,
saya akan mengetahui tentang kepentingan haiwan liar dan sekali gus akan
menyemat rasa kasih kepada haiwan-haiwan liar.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua sumber kajian iaitu data primer dan
data sekuder. Sumber kajian ini telah membantu proses kajian saya mengenai tajuk
kajian yang telah dipilih.

3.1 DATA PRIMER


Data primer merupakan data utama dikumpulkan dengan objektif untuk yang
diperlukan oleh penyelidik. Data primer diperoleh melalui beberapa kaedah seperti
melalui borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian tersebut, saya
telah menemu bual beberapa responden bagi mendapatkan maklumat yang
diperlukan . Antara responden yang ditemu bual ialah encik Acho bin Saudin dan
Puan Hamziah bin Halibudin.

2
031124-01-0406

Rajah 1: Gambar temu bual Puan Hamziah binti Halibudin

Rajah 2: Gambar temu bual Encik Acho bin Saudin

3.2 DATA SEKUNDER


Data sekunder merupakan data yang dikumpulkan oleh sumber maklumat yang
sedia ada seperti akhbar, buku-buku ilmiah mahupun daripada mana-mana media
massa. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sumber kajian memalui data
sekunder dengan membuat kajian kepustakaan mengenai haiwan-haiwan liar. Bukan
itu sahaja, saya juga telah mencari maklumat di internet untuk mendapatkan gambar
haiwan liar yang sesuai dijadikan sebagai haiwan kajian.

Rajah 3: Gambar pencarian maklumat

3
031124-01-0406

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Uma Sekaran (2000), maslah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang
antara keadaan sebenar dan keadaan ideal. Dalam kajian ini, terdapat dua masalah
yang dihadapi iaitu :

4.1 Sukar mendapatkan responden yang memiliki ilmu pengetahuan mengenai


haiwan liar yang saya kaji.

Hal ini disebabkan oleh haiwan yang dikaji adalah haiwan yang hidup di luar negara.

4.2 Sukar untuk membuat pemerhatian secara terus mengenai Koala.

Hal ini kerana kawasan yang diduduki jauh daripada kawasan yang memiliki haiwan
liar yang dipilih.

5.0 PENENTUAN SUBJEK DAN KANDUNGAN

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan style pilihan yang sesuai
iaitu style Nusantara. Dalam kajian ini juga, saya telah memilih Koala sebagai haiwan
liar bersempena dengan tajuk kajian. Hal ini kerana, Koala memiliki kajian unsur seni
dan prinsip rekaan seni yang menarik.Koala juga merupakan haiwan yang memiliki
tarikan kepada masyarakat iaitu bersifat comel dan perlu mendapat kasih sayang
daripada seluruh manusia.

Koala merupakan habitat yang dikenali sebagai beruang koala (Phascolarctos


cinereus) iaitu habitat asli Australia. Koala ditemui di kawasan timur dan selatan
tanah besar mendiami Queensland, New South Wales, Victoria dan Australia
Selatan. Koala mudah dikenali dengan badannya yang gempal, tidak berekor dan
kepala yang besar dengan telinga bulat serta hidung besar berbentuk sudu.

Rajah 1: Menunjukkan gambar Koala

4
031124-01-0406

5.1 MAKNA TERSURAT


Makna tersurat ialah perkara yang nyata atau jelas seperti yang terdapat dalam
karya. Makna tersurat yang dapat dilihat daripada kajian yang merujuk subjek ialah,
saya dapat melihat dengan jelas menganai rupa, jalinan, warna dan unsur-unsur seni
yang lain. Sebagai contoh, rupa bentuk Koala dan bulu-bulu Koala yang merupakan
kesan terhadap permukaan Koala.

5.2 MAKNA TERSIRAT


Makna tersirat pula merupakan maksud yang tidak jelas atau tersembunyi disebalik
gambar yang terdapat dalam karya. Makna tersirat yang diperoleh dalam kajian
tersebut ialah keunikkan Koala. Keunikkan Koala yang menarik ialah, habitat
tersebut jarang meminum air dan hanya memperoleh sumber air daripada daun kayu
putih yang haiwan tersebut makan. Koala juga merupakan haiwan yang malas dan
boleh tidur selama 18 hingga 22 jam. Sisa jam selalunya digunakan untuk mencari
makan dan sekiranya gagal mendapatkan daun kayu putih, haiwan tersebut akan
kembali merayap ke batang pohon dan kembali tidur. Selain itu, Koala juga perenang
yang hebat . Habitat tersebut mampu melintasi sugai tanpa tenggelam sekiranya
perlu menyeberangi sugai untuk mencari pohon yang baharu.

6.0 PENENTUAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

Aspek formal dan gaya penghasilan merupakan kajian yang berkaitan dengan unsur
seni dan prinsip rekaan terhadap subjek kajian.

6.1 UNSUR SENI

Terdapat enam unsur seni dalam seni visual. Antaranya, garisan, rupa, bentuk,
jalinan, ruang dan warna. Dalam kajian ini saya telah memilih dua unsur seni utama
iaitu :

6.1.1 Warna

Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak
bosan. Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa
menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan
elemen yang amat penting dalam bidang seni visual. Warna juga terdiri daripada
warna panas, warna sejuk dan warna natural. Dalam kajian ini, saya akan
menggunakan wrna natural dan warna panas iaitu hitam, putih dan coklat.

6.1.2 Jalinan

Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek. Jalinan
terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh
merupakan kesan permukaan yang dapat disentuh manakala jalinan tampak
merupakan kesan terhadap sesuatu permukaan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak
dapat disentuh. Dalam kajian ini, jalinan sentuh akan ditonjolkan memandangkan
tajuk kajian berkaitan dengan cetak timbul.

5
031124-01-0406

6.2 PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Antara prinsip rekaan dalam seni
visual ialah harmoni, kontra, kesatuan, keseimbangan dan lain-lain. Dalam kajian ini,
saya memilih dua prinsip rekaan iaitu :

6.2.1 Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil
dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi
fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

6.2.2 Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan Kontra dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

6.3 Gaya Penghasilan


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah realistik. Kaedah realistik
merupakan karya yang menunjukkan keadaan sebenar. Objek yang dilukis sama
seperti gambar foto. Kaedah tersebut dilakukan dengan cara imitasi gambar iaitu
membuat peniruan terhadap gambar.

7.0 KEPENTINGAN PROJEK

7.1 Memberi pengetahuan tentang jenis-jenis haiwan-haiwan liar.

Dengan adanya kajian ini, saya dapat memperoleh pengetahuan mengenai asal usul
Koala dan keunikkan Koala. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh maklumat
mengenai haiwan-haiwan liar yang lain.

7.2 Menyemat rasa kasih sayang terhadap hidupan liar.

Dengan adanya tema soalan yang bertemakan sayangi hidupan liar, sekali gus dapat
menanam perasaan kasih terhadap haiwan-haiwan liar. Apabila masyarakat
mengenali lebih mendalam mengenai hidupan liar, sudah pasti mereka akan
menghargai terhadap kewujudan hidupan-hidupan liar.

6
031124-01-0406

8.0 SUMBER RUJUKAN

1.https://www.slideshare.net/ssuser7fe0de1/kuliah-10-2016-kritikan-seni-visual-stpm

2.https://www.idntimes.com/science/discovery/amp/lia-89/7-fakta-unik-koala-si-
malas-yang-suka-bikin-gemas-exp-c1c2?page=all#page-2

3.https://starfarm.co.id/fakta-unik-koala/

4.http://eytaturquoise.weebly.com/unsur-seni.html

5.https://kp-kym.blogspot.com/2011/03/kepentingan-kajian.html?m=1

6.https://www.academia.edu/6518792/Cara_menulis_penyataan_masalah

7.https://www.amanitravel.com.my/blog/koala-binatang-comel-ini-hanya-ada-di-
australia/

8.https://www.idntimes.com/science/experiment/amp/izza-namira-1/fakta-koala-
hewan-liar-dan-buas

9.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hidupan_liar_di_Malaysia

10.Kamus Bahasa Melayu

You might also like