You are on page 1of 2

Kerub

Kerub, Cherub (bahasa Ibrani. ‫ְּכרּוב‬, jamak. ‫ְּכרּוִבים‬, bahasa Inggeris terjemahan kərūv, jamak. kərūvîm,
gandaan dua kərūvāyim lat. cherub[us], jamak cherubi[m], Assyrian ‫ )ܟܪܘܒܐ‬ialah sejenis perkara
kerohanian yang disebut dalam Bible, ia acap kali muncul bersama-sama ketika masa kemunculan Tuhan.
Dalam perkataan jamak, ia boleh ditulis cherubim, cherubimsKJV atau cherubs. Dalam perkataan bahasa
Inggeris moden, kerub juga kadang-kala digunakan khas untuk merujuk kepada putti, bayi atau malaikat
kemetot dalam pelbagai karya seni lukisan Kristian yang boleh diketemukan dalam lukisan era Italian
Renaissance dan Baroque.

Kerubim acap kali diterangkan dalam Kitab Taurat (lima kitab hukum Musa), Kitab Ezekiel, dan Kitab
Isaiah. Mereka juga turut diterangkan dalam Kitab Raja-raja 1, Raja-raja 2, 1 Chronicles, dan 2 Chronicles
utamanya dalam pembinaan Kuil Suci, Yerusalem. Kerubim hanya sekali sahaja muncul dalam Perjanjian
Baru, dalam Ibrani 9:5, yang merujuk kepada penutup pendamai bahtera perjanjian.

Nabi Ezekiel menggambarkan kerubim sebagai makhluk hidup bertiga, setiap satunya mempunyai empat
wajah: manusia, singa, ox dan helang. Mereka dikatakan mempunyai bentuk tubuh dan tangan seperti
manusia, kaki seperti anak lembu dan mempunyai empat sayap bagi setiap seekor. Dua sayapnya melanjur
keatas, bertemu keatas bagi menjaga mahkota Arasy Tuhan; sementara 2 sayap yang lain melanjur ke
bawah dan menutup separa tubuh mereka.

Mengikut kepercayaan Yahudi dan Kristian, Cherub adalah salah satu daripada golongan Malaikat. Malah,
cherub dikatakan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan para Malaikat Utama seperti Gibrael (Jibril),
Raphael, Micheal (Mikail) dan sebagainya. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mana Gibrael (Jibril)
adalah ketua kepada semua para Malaikat. Kerub dipercayai tidak mempunyai nafsu dan perasaan
sepertimana manusia. Ia merupakan makhluk Tuhan yang sangat taat.

Lihat juga Wikimedia Commons


mempunyai media
Cupid dan Kamadeva berkaitan: Kerub.
Cherubism (keadaan perubatan)
Hierarki Malaikat
Putto
Serafim
Buraq

Rujukan

Bacaan lanjut
Yaniv, Bracha, The Cherubim on Torah Ark Valances, Jewish Art Department, Bar-Ilan
University, published in Assaph: Studies in Art History, Vol.4, 1999

Pautan luar
Jewish Encyclopedia: Cherub (http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=434&lette
r=C)
Catholic Encyclopedia: (http://www.newadvent.org/cathen/03646c.htm) Cherubim
The Cherubim - some pointers and problems by Rabbi Dr Raymond Apple (https://www.oztor
ah.com/2009/09/the-cherubim-some-problems-and-pointers/)
Haiwan Buraq di dalam Tamadun lain! (https://takusahrisau.wordpress.com/tag/buraq/)

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kerub&oldid=2862137"

You might also like