You are on page 1of 37

Pengucapan Awam

Akhmal Hakim Mohamad


Divisyen Bahasa Melayu,
Pusat Bahasa dan Pembangunan
Akademik Prauniversiti (CELPAD),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
akhmalhakimmohamad@iium.edu.my
Isi Pelajaran
1. Pengenalan Pengucapan Awam
2. Ciri-ciri Pengucapan Awam
3. Tujuan Pengucapan Awam
4. Teknik-teknik Penyampaian
Ucapan
5. Jenis-jenis Pengucapan Awam
6. Pengucapan Awam yang
Berkesan
7. Penstrukturan Ucapan
8. Mengatasi Kegugupan
9. Petua Pengucapan Awam Secara
Spontan

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 2


Mutiara Al-Quran

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk.
Surah An-Nahl (16:125)

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 3


PENGENALAN PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 4
Pengenalan Pengucapan Awam

1. Pengucapan awam atau public speaking didefinisikan sebagai tindakan atau proses berucap
di hadapan khalayak ramai dengan menerapkan seni komunikasi lisan yang berkesan
dengan khalayak (Kamus Merriam-Webster).
2. Menurut Abdul Mua’ti @ Zamri Haji Ahmad (2021), berucap di hadapan khalayak atau
berpidato merupakan satu daripada kaedah komunikasi, iaitu komunikasi lisan yang
menggunakan anggota komunikasi lisan dengan bantuan anggota komunikasi bukan lisan.
3. Anggota komunikasi lisan merujuk kepada mulut (terlibat dalam proses pembentukan
suara dan perkataan), manakala komunikasi bukan lisan pula merujuk kepada seluruh
tubuh pengucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan juga mimik muka.
4. Pengucapan awam adalah penting terutamanya untuk menyampaikan buah fikiran dan idea
baharu untuk pembangunan masyarakat dan negara.
5. Bagi menghasilkan ucapan yang berkesan, penguasaan terhadap seluruh aspek ucapan
hendaklah dititikberatkan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 5


CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 6
Ciri-ciri Pengucapan Awam

Berlaku di
tempat awam

Interaksi antara
Bilangan
pengucap dan
khalayak yang
khalayak adalah
ramai
rendah
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 7
TUJUAN PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 8
Tujuan Pengucapan Awam

Memberikan
Menghibur
maklumat

Memenuhi
Memujuk /
keperluan
Mempengaruhi
majlis khas
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 9
TEKNIK-TEKNIK PENYAMPAIAN UCAPAN
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 10
Teknik-Teknik Penyampaian Ucapan

Ucapan yang
Ucapan spontan
dihafal

Ucapan rujuk
Ucapan yang
silang
dibaca
(extemporaneous)

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 11


Teknik-Teknik Penyampaian Ucapan

Teknik Penyampaian Ucapan Ciri-ciri


Ucapan spontan • Tanpa persediaan khusus
• Pengucap akan memerihalkan isu semasa,
harapan atau ramalan berdasarkan
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
sedia ada.
Ucapan yang dihafal • Pengucap akan menghafal keseluruhan teks.
• Ucapan ini sukar dilakukan oleh pengucap yang
kurang baik daya ingatan.
• Kandungan ucapan tidak boleh diubah suai
mengikut situasi atau reaksi audiens.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 12


Teknik-Teknik Penyampaian Ucapan

Teknik Penyampaian Ucapan Ciri-ciri


Ucapan yang dibaca • Pengucap membaca teks yang disediakan.
• Pembacaan teks adalah penting supaya fakta atau
data penting tidak terlupa untuk dinyatakan.
• Mata pengucap akan lebih banyak melihat kertas
berbanding melihat khalayak.
Ucapan extemporaneous • Ucapan ini dilakukan seolah-olah secara spontan,
namun kandungannya telah disusun dengan baik.
• Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan.
• Pengucap menghafal bahagian-bahagian tertentu
dan mencatatkan idea utama sahaja.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 13


JENIS-JENIS PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 14
Jenis-jenis Pengucapan Awam

Ucapan Taklimat Ceramah


= Alu-aluan = Rasmi = Pemujukan
= Perasmian =Tidak rasmi = Pemakluman

Syarahan Pidato

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 15


PERSEDIAAN UNTUK PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 16
Persediaan untuk Pengucapan Awam

1. Seseorang yang ingin memberikan ucapan yang berkesan mestilah mampu


menguasai kandungan ucapan.
2. Ucapan yang berkesan akan dapat mempengaruhi pendengar dari segi pemahaman,
pengertian, kepercayaan, sikap dan kesediaan mereka untuk bertindak.
3. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilaksanakan oleh pengucap pada sebelum,
semasa dan selepas pengucapan awam.

Sebelum Semasa Selepas

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 17


Sebelum Pengucapan Awam

1. Mengetahui tajuk ucapan dan sesuai dengan bidang dan kepakaran.


2. Menganalisis latar belakang khalayak - Taraf pendidikan, minat, pengetahuan sedia
ada, agama, dan lain-lain agar dapat memastikan strategi pengucapan yang sesuai
dengan mereka.
3. Mengetahui butiran majlis - Masa, tempat, situasi, atur cara, perasmi, tetamu
kehormat dan jemputan serta kemudahan yang disediakan.
4. Membuat pencarian terhadap isi dan bahan sokongan yang akan digunakan dalam
ucapan.
5. Menyediakan teks ucapan atau isi-isi penting yang hendak disampaikan.
6. Membuat latihan yang sewajarnya untuk elak masalah kegugupan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 18


Semasa Pengucapan Awam

1. Pengenalan diri – Penting untuk membina keyakinan khalayak terhadap pengucap.


2. Permulaan yang menarik untuk menunjukkan kemampuan dan keyakinan diri
kepada khalayak.
3. Beri gambaran atau perkenalkan tajuk ucapan.
4. Penggunaan laras bahasa yang sesuai mengikut tajuk dan tahap kefahaman
khalayak.
5. Aspek bukan lisan- Gaya intonasi, mimik muka, bahasa badan dan alat bantu yang
membantu ke arah ucapan yang berkesan.
6. Peka terhadap maklum balas khalayak sama ada maklum balas positif atau negatif
serta bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.
7. Menggunakan paras sikap yang sama dengan khalayak atau bersikap “mesra
khalayak”

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 19


Semasa Pengucapan Awam

Bercakap dengan
Gaya tersendiri Berdiri tegak
khalayak
Tunjukkan Gunakan bahasa
keyakinan badan

Jangan gopoh Jangan gelisah

Wujudkan Sembunyikan
hubungan dengan kesilapan
khalayak Gunakan alat
Gunakan kad nota bantu (kad imbas
nota, mikrofon,
ABPD)
Kawal suara Beredar dengan
keyakinan
Panduan dalam Penyampaian
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 20
Selepas Pengucapan Awam

1. Beredar dari atas pentas atau rostrum dalam keadaan tenang dan penuh keyakinan.
2. Pengucap perlu bersedia jika terdapat sebarang soalan daripada khalayak (jika ada
sesi soal jawab).
3. Jika terdapat soalan yang sukar untuk dijawab dan memerlukan sumber rujukan
yang sahih, maklumkan kepada khalayak bahawa jawapan tersebut akan diberikan
selepas majlis.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 21


Kaedah Menjawab Soalan

Berikut merupakan beberapa kaedah menjawab soalan daripada pendengar:


• Dengar soalan dengan teliti.
• Ulang dan sebut soalan yang dikemukakan oleh penyoal.
• Takrifkan istilah yang sukar.
• Pecah-pecahkan soalan yang mengandungi banyak bahagian.
• Menjawab soalan-soalan fakta dengan huraian yang tepat dan sahih.
• Menjawab soalan-soalan berbentuk pendapat dengan memberikan pandangan yang
rasional serta disokong dengan hujah.
• Kaitkan jawapan dengan isi ucapan.
• Berhati-hati ketika menjawab soalan yang bersifat kontroversial.
• Mengakui jika tidak pasti atau tidak tahu akan jawapan yang sebenar.
• Memberikan peluang kepada penyoal lain untuk bertanya soalan.
• Jangan biarkan penyoal berucap.
• Membantu penyoal yang tersekat-sekat.
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 22
PENSTRUKTURAN UCAPAN
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 23
Penstrukturan Ucapan

1. Bagi menyediakan sesuatu ucapan, pengetahuan tentang struktur ucapan perlulah diutamakan.
2. Struktur ucapan mengandungi tiga struktur utama, iaitu (i) pengenalan, (ii) badan atau isi dan (iii)
penutup. Berikut merupakan perincian bagi struktur ucapan.

Pengenalan Salam dan ucap selamat.


Penghormatan protokol.
Teknik menarik perhatian.
Sepintas lalu.
Prosedur.
Badan atau isi Idea utama.
Pecahan idea.
Bahan sokongan.
Penutup Rumusan.
Kenyataan untuk diingati.
Penyudah bicara.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 24


Pengenalan

Salam dan ucap Penghormatan Teknik menarik


Sepintas lalu Prosedur
selamat protokol perhatian
• Memberikan • Majlis yang • Pengucap • Menyatakan • Pengucap
salam sebagai dihadiri oleh menggunakan sepintas lalu idea, memaklumkan
pembuka kata. tetamu kehormat kaedah pendekatan, khalayak tentang
• Mengucapkan dan khas perlu memusatkan pandangan dan peralatan yang
terima kasih mengutamakan perhatian kerangka akan digunakan
kepada pengerusi protokol mengikut khalayak sebelum pemikiran yang untuk membantu
majlis atau kekananan. mendalami isi akan diperkatakan dan memudahkan
penganjur kerana • Disarankan untuk ucapan. dalam ucapan. penyampaiannya.
telah mendapatkan
mengundang. senarai tetamu
kehormat yang
hadir daripada
penganjur untuk
tujuan sapaan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 25


Badan atau Isi

Idea utama Pecahan idea Bahan-bahan sokongan


• Idea utama perlu berkait • Pecahan idea merupakan • Terdiri daripada bahan-bahan
dengan tajuk ucapan. huraian dan pecahan terhadap yang boleh menyokong atau
• Idea-idea utama perlu disusun idea utama. memperkukuh idea utama dan
dengan baik. • Memaparkan fakta dan hujah pecahan idea.
• Perlu ditakrifkan jika bagi menyokong idea utama. • Contoh: petikan, statistik,
maknanya tidak diketahui pemerhatian, pengalaman,
umum. kajian lepas, contoh melalui
• Penggunaan penanda wacana bahan multimedia (video,
ketika mempersembahkan audio dan sebagainya)
idea utama adalah sangat
digalakkan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 26


Penutup

Rumusan Kenyataan untuk diingati Penyudah bicara


• Pengucap perlu membuat • Menggunakan kata-kata indah • Ucapan penutup seperti
rumusan terhadap yang boleh dijadikan panduan “Sekian, terima kasih”,
keseluruhan idea yang dan pemangkin semangat “Semoga berjaya dan jumpa
terdapat pada bahagian badan kepada pendengar. lagi, terima kasih”, “Wabillahi
atau isi ucapan. • Contoh: Harapan, kata-kata taufik wal hidayah,
• Mengulang semula idea-idea pujangga, pantun, syair, sajak wassalamualaikum wbt” dan
utama yang telah dan sebagainya. sebagainya.
dibincangkan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 27


MENGATASI KEGUGUPAN
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 28
Mengatasi Kegugupan

1. Kegugupan merupakan satu daripada bentuk gangguan dalam proses komunikasi.


2. Kegugupan juga turut dikenali sebagai darah gemuruh yang merupakan gejala dan
halangan terbesar yang mungkin hadir sewaktu hendak berucap di hadapan
khalayak.
3. Kegugupan berlaku kerana wujudnya dua tekanan yang menghantui pemikiran
pengucap. Tekanan tersebut adalah seperti berikut:

Tidak ada
Perasaan dan
kepastian atau
desakan untuk jaminan untuk
berjaya berjaya

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 29


Punca Kegugupan

Jarang-jarang atau
Tidak suka dinilai Ingin menjadi yang
kurang mahir
oleh khalayak. paling sempurna.
berucap.

Berbicara tentang
Memperkatakan Berucap di hadapan
perkara yang bukan
topik-topik khalayak yang
dalam bidang dan
kontroversial. disegani.
kepakaran.

Tidak membuat
Terlebih fikir. Keraguan.
persediaan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 30


Kaedah Mengawal Kegugupan

Anda lebih Khalayak hadir


Memperbanyak
Kegugupan adalah berkeyakinan untuk mendengar,
pengalaman
normal. daripada yang bukan mencari
berucap.
disangkakan. kesilapan.

Tumpukan
Bertenang dan
perhatian terhadap
Lakukan persediaan memusatkan Menganalisis
isi ucapan daripada
yang secukupnya. tumpuan fikiran khalayak.
cara hendak
terhadap ucapan.
melafazkannya.

Memilih khalayak
Lakukan senaman Menarik nafas yang mesra sebagai
kecil. dalam-dalam. tumpuan awal
bicara.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 31


TEKNIK MENARIK PERHATIAN KHALAYAK
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 32
Teknik Menarik Perhatian Khalayak

Teknik Contoh
Teknik Bercerita “Tuan-tuan dan puan, apabila kita berbicara tentang tajuk Kekejaman
Terhadap Binatang, saya teringat dengan peristiwa yang berlaku kepada saya
3 tahun yang lalu. Pada suatu hari ketika saya sedang berjalan kaki ke kedai
makan, saya melihat seorang lelaki menyimbah air panas kepada seekor
kucing.”
Teknik Menggunakan Petikan “Izinkan saya memulakan bicara saya pada hari ini dengan memetik kata-kata
daripada SN Usman Awang tentang orang Melayu; kurang ajarnya tetap
santun, lembutnya cukup jantan, menikam dengan pantun, menyanggah
dengan senyuman, marahnya dalam tertawa.”
Teknik Bertanya Soalan “Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan mendengar tentang penyakit ‘ain?
Adakah kita selamat daripada penyakit ‘ain?”
Teknik Memaparkan Visual “Hadirin, cuba perhatikan skrin di hadapan anda. Beginilah keadaan anak-
anak pelarian yang menderita kerana peperangan” (menunjukkan gambar).
Teknik Demonstrasi atau Lakonan Oleh itu, sebagai penutup ucapan, saya menyeru kepada hadirin supaya tidak
(menunjukkan isyarat merokok dengan meletakkan dua jari di mulut).
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 33
PETUA PENGUCAPAN AWAM
Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 34
Petua Pengucapan Awam Secara Spontan

Terlebih Seperti Sekian,


Harapan
Salam dahulu, sedia terima
saya...
syukur... maklum... kasih.

Petua ini boleh digunakan ketika anda diminta untuk menyampaikan ucapan secara spontan
tanpa persediaan.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 35


Petua Pengenalan yang Menarik (5S)

Salam

Sebutkan Sanjung
nama khalayak

Sertakan Sampaikan
alasan tajuk

Petua ini boleh digunakan ketika anda hendak menyampaikan pengenalan ucapan yang
mampu menarik perhatian pendengar.

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 36


Sekian, terima kasih.
Akhmal Hakim Mohamad
Divisyen Bahasa Melayu,
Pusat Bahasa dan Pembangunan
Akademik Prauniversiti (CELPAD),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
akhmalhakimmohamad@iium.edu.my

Semester 2, 2022/2023 AKHMAL HAKIM MOHAMAD (DIVISYEN BAHASA MELAYU, CELPAD) 37

You might also like