You are on page 1of 22

MODUL • Kimia TINGKATAN 4

UNIT
JIRIM DAN STRUKTUR ATOM
2
Peta Konsep

Atom Ion Molekul

2
UNIT
Teori Zarah Jirim Pepejal
Tiga keadaan
Tiga jenis zarah jirim

JIRIM Cecair
Teori Kinetik
Jirim

Gas
Nombor Nombor Susunan Sejarah
Model Atom Resapan
proton nukleon elektron
[Belajar di Tingkatan 2]

Maksud
Perwakilan
A piawai unsur Maksud
Z
X Atom Isotop Kegunaan

Tiga zarah subatom Kira JAR

Proton Neutron Elektron

Nota:
Bezakan antara
1 Keadaan jirim
2 Jenis zarah
3 Zarah subatom

1
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

SK
2.1 KONSEP ASAS JIRIM 2.1

Memerihal Jirim SP 2.1.1

1 Teori zarah jirim Tingkatan 1, Unit 5

Apakah jirim? SP 2.1.1 Jirim adalah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Apakah teori zarah Jirim terdiri daripada zarah yang halus dan diskrit. Tiga jenis
jirim? zarah tersebut ialah atom , ion dan molekul .

Takrifkan unsur. Bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja.

Takrifkan sebatian. Bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur berbeza
UNIT

yang terikat secara kimia.

Takrifkan atom dan Zarah neutral yang paling kecil bagi suatu unsur.
2

berikan contoh bahan


Contoh:
yang terdiri daripada
(a) Logam tulen: (b) Bukan logam: (c) Gas adi:
atom.
– Kuprum, Cu – Karbon, C – Neon, Ne
– Plumbum, Pb – Silikon, Si – Helium, He

Kuprum, Cu Karbon, C Helium, He

Takrifkan molekul dan Zarah neutral yang terdiri daripada atom-atom bukan logam yang sama atau
berikan contoh bahan berlainan terikat secara ikatan kovalen.
yang terdiri daripada
Contoh:
molekul.
(a) Molekul unsur:
– Oksigen, O2
– Hidrogen, H2
Oksigen, O2
(b) Molekul sebatian:
– Karbon dioksida, CO2
– Air, H2O

Air, H2O

Takrifkan ion dan Zarah bercas positif atau negatif terbentuk daripada logam dan bukan logam
berikan contoh bahan yang terikat secara ikatan ion. Daya tarikan antara dua ion yang berlawanan cas
yang terdiri daripada membentuk ikatan ion.
ion.
Contoh:
Natrium klorida, NaCl

Natrium klorida, NaCl

– Unsur boleh dikenal pasti sebagai logam atau bukan logam dengan merujuk kepada Jadual Berkala Unsur.
– Pembentukan molekul dan ion akan diterangkan lebih lanjut dalam Unit 5, muka surat 74.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 2


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

2 Kesimpulan:
Jirim

Unsur Sebatian

Atom Molekul Molekul Ion

Cu, Ag, C, Ne, Ar O2, Br2, N2, Cl2 CO2, H2O, NO2 NaCl, KNO3, AgCl

Latihan

2
UNIT
Tentukan jenis zarah bagi setiap bahan berikut:

Bahan Jenis zarah Bahan Jenis zarah Bahan Jenis zarah

Sulfur dioksida Tetraklorometana


Gas hidrogen (H2) Molekul Molekul Molekul
(SO2) (CCl4)

Kuprum(II) sulfat Zink klorida


Ion Ferum (Fe) Atom Ion
(CuSO4) (ZnCl2)

Hidrogen peroksida
Argon (Ar) Atom Karbon (C) Atom Molekul
(H2O2)

3 Teori kinetik jirim

Nyatakan teori kinetik Zarah-zarah halus dan diskrit yang membentuk jirim adalah sentiasa
jirim. SP 2.1.2 bergerak.
Catatan:
Zarah mewakili atom, ion atau molekul.

Apakah kepentingan teori Teori ini menggunakan model zarah untuk menerangkan sifat jirim. Sebagai
ini? contoh, resapan dan perubahan keadaan fizikal bahan dengan perubahan
tenaga (peleburan, pendidihan, pembekuan dan kondensasi).

3
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Menerangkan Perubahan Keadaan Jirim SP 2.1.2

Nyatakan Teori Kinetik Jirim yang terdiri daripada zarah yang halus dan diskrit di mana
Jirim. sentiasa bergerak secara berterusan.

Bagaimanakah jirim Jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal , cecair dan
wujud? gas .

Lengkapkan jadual di bawah bagi membandingkan zarah dalam pepejal, cecair dan gas. SP 2.1.2

Keadaan jirim Pepejal Cecair Gas


UNIT

Lukis susunan zarah.


Setiap zarah (atom /
2

ion / molekul) diwakili


dengan

Susunan zarah Padat dam Padat tetapi tidak Sangat terpisah jauh
teratur . teratur . antara satu sama lain.

Pergerakan zarah Bergetar dan Zarah bergetar , Zarah bergetar ,


berputar pada berputar dan berputar dan
kedudukan tetap. bergerak dalam bergerak bebas.
cecair.

Daya tarikan antara kuat Kuat Lemah


Sangat
zarah

Kandungan tenaga rendah Sangat


Sangat Sederhana tinggi
zarah

Takrifkan takat lebur. Suhu tetap di mana suatu pepejal berubah sepenuhnya menjadi cecair
SP 2.1.3
dipanggil takat lebur .
Catatan:
Untuk bahan tulen yang sama, takat lebur = takat beku. Sebagai contoh, ais tulen melebur dan
membeku pada 0°C (takat lebur ais). Suhu malar di mana perubahan cecair kepada
pepejal dipanggil takat beku .

Takrifkan takat didih. Suhu tetap di mana suatu cecair berubah sepenuhnya menjadi gas.
SP 2.1.3
Catatan:
Air tulen mendidih dan terkondensasi pada 100°C (takat didih air).

Bilakah suatu bahan Suatu bahan berubah sifat fizikalnya apabila suhunya mencapai takat lebur dan
berubah sifat fizikalnya? takat didihnya.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 4


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Apakah yang menyebabkan Jirim mengalami perubahan keadaan apabila tenaga haba di
suatu bahan berubah sifat serap atau dibebaskan :
fizikalnya?
(i) Apabila tenaga haba diserap oleh jirim (semasa dipanaskan), tenaga
kinetik zarah bertambah dan zarah tersebut bergetar dengan
lebih cepat.

(ii) Apabila tenaga haba dibebaskan oleh jirim (semasa disejukkan), tenaga
kinetik zarah berkurang dan zarah tersebut bergetar kurang cergas.

Bagaimanakah tenaga Tenaga haba diserap untuk mengatasi daya tarikan antara zarah atau
menyebabkan suatu bahan dibebaskan apabila daya tarikan antara zarah terbentuk.
berubah keadaan fizikalnya?

2
Nyatakan perubahan – Semasa peleburan, pendidihan dan pemejalwapan, tenaga haba diserap dari

UNIT
tenaga haba semasa persekitaran.
perubahan keadaan fizikal. – Semasa pembekuan dan kondensasi, tenaga haba dibebaskan ke persekitaran.

Pemejalwapan
Petunjuk:

Haba
Peleburan Pendidihan diserap dari
persekitaran

Pembekuan Kondensasi Haba


dibebaskan ke
Pepejal Cecair Gas persekitaran

Pemejalwapan

Apa yang terjadi kepada – Semasa proses peleburan, suhu tidak berubah kerana haba yang diserap
suhu apabila suatu bahan oleh zarah-zarah digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah
mengalami perubahan
supaya pepejal berubah menjadi cecair .
keadaan fizikal?
Terangkan. – Semasa proses pembekuan, suhu adalah tetap kerana haba terbebas ke
persekitaran diimbangi oleh haba terbebas apabila zarah-zarah cecair
menarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal .
Mengapakah bahan yang – Apabila daya tarikan antara zarah lebih kuat, lebih banyak haba diperlukan
berbeza mempunyai takat untuk mengatasi daya itu. Takat lebur dan takat didih adalah lebih tinggi.
lebur dan takat didih yang – Apabila daya tarikan antara zarah lebih lemah, kurang tenaga diperlukan
berbeza? untuk mengatasi daya itu. Takat lebur dan takat didih adalah lebih rendah.
Catatan:
Kekuatan daya tarikan antara zarah digunakan untuk menerangkan perbezaan dalam takat
lebur dan takat didih sebatian ion dan kovalen dalam Unit 5 (Ikatan Kimia)

Menentukan Takat Lebur dan Takat Beku Naftalena SP 2.1.2

Huraikan ekxperimen bagi menentukan takat lebur dan takat beku naftalena.
Bahan: Serbuk naftalena, air
Radas: Tabung didih, kelalang kon, bikar, kaki retort, termometer 0 – 100°C, jam randik, penunu Bunsen,
kasa dawai, tungku kaki tiga

5
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Prosedur:
I Pemanasan naftalena
(a) Tabung didih diisi dengan serbuk naftalena setinggi 3 cm dan
termometer diletakkan di dalamnya. Termometer/ Termometer
Thermometer
(b) Tabung didih dimasukkan ke dalam kukus air seperti Tabungtube
Boiling didih
/ Tabung didih
ditunjukkan dalam rajah dan pastikan aras air dalam kukus
Air / Air
Water
air lebih tinggi daripada aras naftalena dalam tabung didih.
Naftalena / Naftalena
Naphthalene
(c) Air dipanaskan dan naftalena dikacau perlahan-lahan dengan
termometer.
(d) Apabila suhu naftalena mencapai 60°C, mulakan jam randik.
Haba
Heat
Suhu naftalena dicatat setiap 30 saat sehingga suhunya Haba
mencapai 90°C.

II Penyejukan naftalena
UNIT

(a) Tabung didih dan kandungannya dikeluarkan daripada kukus


air dan dipindahkan ke dalam kelalang kon seperti ditunjukkan
2

dalam rajah.
(b) Kandungan dalam tabung didih dikacau perlahan-lahan
dengan termometer sepanjang proses penyejukan untuk
mengelakkan penyejukan lampau (Suhu cecair yang Naftalena
disejukkan turun melepasi takat beku tanpa pembentukan
pepejal).
(c) Suhu naftalena dicatat setiap 30 saat sehingga suhunya
mencapai 60 °C.
(d) Graf suhu melawan masa dilukis untuk proses pemanasan dan penyejukan.

Keputusan:
I Pemanasan naftalena

Masa / s 0 30 60 90 120 150 180 210 240


Suhu / °C

II Penyejukan naftalena

Masa / s 0 30 60 90 120 150 180 210 240


Suhu / °C

Suhu / °C Suhu / °C

X X

Masa / s Masa / s

Daripada graf, takat lebur Daripada graf, takat beku


naftalena ialah X°C naftalena ialah X°C

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 6


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Tafsiran graf pemanasan SP 2.1.3

Apakah lengkung Satu plot suhu melawan masa untuk menunjukkan bagaimana suhu berubah
pemanasan? apabila suatu bahan dipanaskan.
Lakarkan lengkung Suhu / °C
pemanasan suatu bahan
dengan takat lebur P °C
dan takat didih Q °C dari Q
pepejal kepada gas. P
Labelkan bahagian pada
graf di mana takat lebur
Masa / s
dan takat didih berlaku.
Kaji lengkung pemanasan Suhu / °C

2
F AB Pepejal
suatu bahan.

UNIT
(a) Nyatakan keadaan BC Pepejal dan cecair
D E
fizikal bahan pada CD Cecair
kawasan berikut:
B C DE Cecair dan gas
AB, BC, CD, DE, EF
(b) Terangkan perubahan EF Gas
keadaan fizikal dan A
suhu bahan. Masa / s

AB
1 Tenaga haba diserap oleh zarah-zarah pepejal naftalena.
2 Tenaga haba yang diserap menyebabkan tenaga kinetik akan
bertambah dan zarah bergetar dengan lebih cepat .

3 Suhu semakin meningkat .

BC
1 Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah dalam pepejal
naftalena.
2 Tenaga haba yang diserap
digunakan untuk mengatasi daya
tarikan antara zarah-zarah supaya pepejal berubah menjadi
cecair .

3 Suhu adalah tetap . Suhu tetap itu adalah takat lebur .

CD
1 Tenaga haba diserap oleh zarah-zarah cecair naftalena.
2 Tenaga haba yang diserap menyebabkan tenaga kinetik akan
bertambah dan zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat .

3 Suhu semakin meningkat .

7
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

DE
1 Tenaga haba diserap oleh zarah dalam cecair naftalena.
2 Tenaga haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya
tarikan antara zarah-zarah menyebabkan zarah-zarah mula bergerak
bebas untuk membentuk gas .
3 Suhu adalah tetap . Suhu tetap itu adalah takat didih .

EF
1 Tenaga haba diserap oleh zarah-zarah gas .
2 Tenaga haba yang diserap
menyebabkan tenaga kinetik zarah
akan bertambah dan zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat .
UNIT

3 Suhu semakin meningkat .


2

Catatan:
Rajah menunjukkan bagaimana keadaan fizikal bahan berkait dengan takat lebur dan takat
didih.

Takat lebur Takat didih


Suhu
meningkat
Pepejal Cecair Gas

Pepejal + cecair Cecair + gas

Tafsiran graf penyejukan SP 2.1.3

Apakah lengkung Satu plot suhu melawan masa untuk menunjukkan bagaimana suhu berubah
penyejukan? apabila suatu bahan disejukkan.
Kaji lengkung penyejukan Suhu / °C
suatu bahan.
P PQ Cecair
(a) Nyatakan keadaan
fizikal bahan pada QR Cecair dan pepejal
kawasan berikut: Q R
RS Pepejal
PQ, QR, RS
(b) Terangkan perubahan S
keadaan fizikal dan
suhu bahan. Masa / s
PQ
1 Haba dibebaskan ke persekitaran oleh zarah-zarah dalam cecair
naftalena.
2 Zarah dalam cecair naftalena kehilangan tenaga haba dan
bergerak semakin perlahan .

3 Suhu semakin menurun .

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 8


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

QR
1 Haba dibebaskan ke persekitaran oleh zarah-zarah dalam cecair
naftalena.
2 Haba yang dibebaskan adalah diimbangi oleh tenaga haba
yang terbebas apabila zarah-zarah menarik antara satu sama lain untuk
membentuk pepejal .
3 Suhu adalah tetap . Suhu tetap itu adalah takat beku .
RS
1 Zarah-zarah di dalam pepejal naftalena membebaskan haba.
2 Haba yang terbebas menyebabkan zarah-zarah bergetar semakin perlahan .

2
3 Suhu semakin menurun .

UNIT
Latihan

1 Jadual di bawah menunjukkan bahan dan formula kimia masing-masing.

Bahan Formula kimia Jenis zarah

Argentum Ag Atom

Kalium oksida K2O Ion

Ammonia NH3 Molekul

Klorin Cl2 Molekul

(a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk bahan dalam jadual di atas.
TP2

(b) Antara bahan tersebut, yang manakah merupakan suatu unsur? Jelaskan jawapan anda.
TP2
Argentum dan klorin. Argentum dan klorin terdiri daripada satu jenis atom sahaja.

(c) Antara bahan tersebut, yang manakah merupakan suatu sebatian? Jelaskan jawapan anda.
TP2
Kalium oksida dan ammonia. Kalium oksida dan ammonia terdiri daripada dua unsur yang berbeza.

2 Jadual di bawah menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi bahan P, Q dan R.
Bahan Takat lebur / °C Takat didih / °C

P –36 6

Q –18 70

R 98 230

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘takat lebur’?


TP1
Suhu tetap di mana pepejal berubah menjadi cecair pada tekanan tertentu.
(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘takat didih’?
TP1
Suhu tetap di mana cecair berubah menjadi gas pada tekanan tertentu.

9
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

(b) Lukis susunan zarah P, Q dan R pada keadaan bilik.


TP2

Bahan
Bahan P P Bahan
Bahan QQ Bahan
Bahan RR

(c) (i) Nyatakan bahan yang wujud dalam keadaan cecair pada suhu 0 °C.
TP2
Q
(ii) Jelaskan jawapan anda di c(i).
0 °C adalah suhu di atas takat lebur Q dan di bawah takat didih Q.
(d) (i) Bahan Q dipanaskan dari suhu bilik hingga 100 °C. Lakarkan graf suhu melawan masa bagi
UNIT

TP4
pemanasan bahan Q.

Suhu / °C
2

70

Masa / s

(ii) Apakah keadaan fizik bahan Q pada 70 °C?


Cecair dan gas
(e) Bandingkan takat lebur bahan Q dan R. Terangkan jawapan anda.
TP4
Takat lebur bahan R adalah lebih tinggi daripada bahan Q. Daya tarikan antara zarah dalam bahan R
lebih kuat daripada bahan Q. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah
dalam bahan R.
(f) Rajah menunjukkan susunan radas untuk
TP4 mengasingkan campuran air dan etanol. Ketika proses
Termometer
KBAT
itu dijalankan, wap yang terhasil pada bahagian X dan
etanol tulen dikumpul di dalam kelalang kon. Air keluar Kondenser
(i) Sebatian yang manakah akan disuling dahulu? Liebig
Terangkan jawapan anda. X
Etanol. Takat didih etanol lebih rendah Air +
etanol
daripada takat didih air.
Serpihan Air
(ii) Lukis susunan zarah bagi bahagian X. porselin masuk
Panaskan
Etanol tulen

(iii) Terangkan bagaimana keadaan jirim pada bahagian X berubah ketika proses berlaku.
Proses kondensasi berlaku // wap air terkondensasi. Gas bertukar kepada cecair.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 10


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

3 Takat lebur asetamida boleh ditentukan dengan memanaskan pepejal Termometer


asetamida sehingga lebur seperti dalam rajah di bawah. Suhu asetamida Tabung didih
dicatatkan setiap tiga minit semasa disejukkan pada suhu bilik. Air
Asetamida

(a) Apakah tujuan menggunakan kukus air dalam eksperimen ini?


TP2
Untuk memastikan pemanasan asetamida adalah sekata. Asetamida mudah terbakar.

(b) Namakan satu bahan lain yang mana takat leburnya boleh ditentukan dengan menggunakan kukus air
TP2
seperti rajah di atas.
Naftalena

(c) Natrium nitrat mempunyai takat lebur 310 °C. Bolehkah takat lebur natrium nitrat ditentukan dengan

2
TP4 menggunakan kukus air seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas? Jelaskan jawapan anda.

UNIT
Tidak, kerana takat didih air adalah 100 °C di mana ia adalah kurang daripada takat lebur natrium nitrat.

(d) Mengapakah asetamida dalam tabung didih itu perlu dikacau sepanjang eksperimen?
TP2
Untuk memastikan haba disebarkan dengan sekata.

(e) Rajah di bawah menunjukkan graf suhu melawan masa untuk penyejukan cecair asetamida.
TP3

Suhu / °C

T3
Q R
T2
T1
Masa / s

(i) Apakah takat beku asetamida?


T2 °C

(ii) Suhu antara Q dan R adalah tetap. Jelaskan.


Tenaga haba yang hilang ke persekitaran diimbangi oleh haba yang dibebaskan apabila zarah dalam
cecair asetamida menyusun semula untuk menjadi pepejal.

(f) Asetamida wujud sebagai molekul. Namakan sebatian lain yang terdiri daripada molekul.
TP2
Air / naftalena

(g) Apakah takat lebur asetamida?


TP4 T °C
2

(h) Seorang suri rumah membeli ubat gegat sebagai penghalau serangga di rumahnya.
TP5
Dia meletakkan beberapa biji ubat gegat di dalam almari. Selepas sebulan, dia
KBAT
mendapati ubat gegat tersebut mengecil.
Terangkan mengapa ubat gegat tersebut mengecil.
Ubat gegat diperbuat daripada naftalena.
Naftalena adalah bahan yang mengalami pemejalwapan.

11
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

SK
2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN MODEL ATOM 2.2

Urutan Model Struktur Atom Berdasarkan Model Atom Dalton,


Thomson, Rutherford, Bohr dan Chadwick SP 2.2.3

Saintis Model atom Penemuan

(i) Jirim terdiri daripada zarah-zarah dipanggil


atom .
(ii) Atom tidak boleh dicipta , dimusnah
Dalton
atau dibahagi .
(iii) Atom daripada unsur sama adalah sama .
UNIT

elektron
2

(i) Menjumpai , zarah subatom yang


Sfera bercas
pertama.
positif
(ii) Atom adalah sfera yang bercas positif
Thomson yang mengandungi zarah bercas negatif dipanggil
Elektron
elektron .
bercas negatif

(i) Menjumpai nukleus yang merupakan pusat


Elektron bercas positif
bagi atom dan .
bergerak di luar Proton
nukleus (ii) adalah sebahagian daripada
Rutherford nukleus.
Nukleus mengandungi (iii) Elektron bergerak di sekeliling nukleus.
proton Nukleus
(iv) mempunyai hampir semua jisim
atom.

Petala (i) Menjumpai kewujudan petala elektron.


(ii) Elektron bergerak di dalam petala
Nukleus mengandungi
mengelilingi nukleus .
Neils Bohr proton

Elektron

Petala (i) Menjumpai kewujudan neutron .


Nukleus mengandungi
(ii) Nukleus mengandungi zarah-zarah neutral
James proton dipanggil neutron dan zarah-zarah bercas
dan
Chadwick neutron positif dipanggil proton .
(iii) Jisim neutron dan proton adalah
Elektron hampir sama.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 12


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Zarah Subatom SP 2.2.2 Tingkatan 1, Unit 6: Jadual Berkala

Apakah zarah-zarah Zarah-zarah subatom adalah proton , neutron dan elektron .


subatom di dalam atom
berdasarkan model atom?

Apakah ciri-ciri zarah Zarah


subatom? Simbol Cas Jisim relatif Kedudukan
subatom
1
Elektron e – (negatif) 1 840 ≈ 0 Pada petala

Proton p + (positif) 1 Pada nukleus

Neutron n neutral 1 Pada nukleus

2
UNIT
SK
2.3 STRUKTUR ATOM 2.3

Rajah Struktur Atom dan Susunan Elektron SP 2.3.4

Huraikan struktur atom


Petala
berdasarkan sejarah
Nukleus yang mengandungi proton dan neutron
struktur atom.
Elektron
Atom (a) Atom mempunyai nucleus ditengahnya dan elektron bergerak di
dalam petala mengelilingi nukleus tersebut.
(b) Nukleus mengandungi neutron dan proton.
(c) Jisim relatif proton dan neutron di dalam nukleus ialah 1.
(d) Jisim suatu atom diperoleh daripada jumlah bilangan proton dan
bilangan neutron .

Terangkan bagaimana Setiap petala hanya boleh diisi dengan bilangan elektron tertentu. Bagi unsur-
elektron diisi dalam petala unsur yang mempunyai nombor proton 1 – 20:
tertentu. – Petala pertama boleh diisi dengan bilangan maksimum 2
elektron.
– Petala kedua boleh diisi dengan bilangan maksimum 8 elektron.
– Petala ketiga boleh diisi dengan bilangan maksimum 8 elektron.

Petala pertama diisi 2 elektron (duplet)


Petala kedua diisi 8 elektron (oktet)

Petala ketiga diisi 8 elektron (oktet)

Apakah elektron valens? Elektron valens ialah elektron yang diisi dalam petala paling luar suatu atom.

13
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Atom atau unsur? Contoh:


Na Na Na Na

Na Na Na Na Na Na

Na Na Na Na

Unsur Unsur Unsur Atom


natrium natrium natrium natrium
Catatan:
1 Atom adalah zarah neutral paling kecil dalam suatu unsur.
2 Suatu unsur adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom.

Nyatakan maksud nombor Nombor proton sesuatu unsur adalah bilangan proton yang terdapat
proton. dalam nukleus suatu atom .
UNIT

SP 2.3.1
Catatan:
2

Setiap unsur mempunyai nombor protonnya tersendiri (Rujuk Jadual Berkala Unsur).

Nyatakan maksud nombor Nombor nukleon sesuatu unsur adalah jumlah bilangan proton dan neutron di
nukleon. dalam nukleus sesuatu atom .
SP 2.3.1
Catatan:
– Nombor nukleon juga dikenali sebagai nombor jisim. (Rujuk Jadual Berkala Unsur)
– Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron.

Mengapakah atom neutral? – Setiap proton bercas +1 . Setiap elektron bercas –1 .


Neutron tidak mempunyai cas (ialah adalah neutral ).
– Setiap atom mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama, oleh itu cas
keseluruhan bagi atom adalah kosong . Atom adalah neutral .

Catatan:
Jika suatu atom kehilangan atau menerima elektron, ia akan membentuk ion – pembentukan ion
akan dipelajari dalam Unit 5.

Bagaimana untuk mengira Dalam suatu atom:


nombor proton, neutron Bilangan proton = Nombor proton
dan elektron dalam satu Bilangan elektron = Bilangan proton
atom?
SP 2.3.2 Bilangan neutron = Nombor nukleon – Nombor proton

Contoh (i) Nombor proton untuk kalium, K ialah 19. Atom kalium mempunyai
19 proton di dalam nukleus dan 19 elektron di dalam petala.
(ii) Nombor proton untuk oksigen, O ialah 8. Atom oksigen mempunyai
8 proton di dalam nukleus dan 8 elektron di dalam petala.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 14


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Apakah simbol bagi suatu Simbol unsur adalah cara mudah untuk mewakilkan unsur. Jika simbol hanya
unsur? terdiri daripada satu huruf, maka ia mesti ditulis menggunakan huruf besar.
Jika simbol terdiri daripada dua huruf, maka huruf pertama merupakan huruf
besar dan huruf kedua merupakan huruf kecil.

Contoh:

Unsur Simbol Unsur Simbol Unsur Simbol


Oksigen O Nitrogen N Kalsium Ca
Magnesium Mg Natrium Na Kuprum Cu
Hidrogen H Kalium K Klorin Cl

Huruf yang pertama bagi setiap unsur ditulis dengan huruf besar untuk

2
menunjukkan ia adalah unsur yang baru. Ini sangat berguna semasa menulis

UNIT
formula kimia. Contohnya KCl. Terdapat dua unsur yang terikat secara kimia
dalam KCl kerana adanya dua huruf besar yang mewakili kalium dan klorin.

Bagaimanakah cara Perwakilan piawai bagi satu atom sesuatu unsur boleh ditulis sebagai:
menulis perwakilan piawai
suatu unsur? Nombor nukleon A
SP 2.3.3
Z
X Simbol unsur
Nombor proton

Contoh: (i) Struktur atom dan susunan elektron atom Aluminium


Al
27 – Unsur itu adalah Aluminium.
13
– Nombor nukleon Aluminium adalah 27 .
(i) Apakah maklumat 13
– Nombor proton Aluminium adalah .
yang boleh diperoleh
daripada perwakilan – Atom Aluminium mempunyai 13 proton , 14 neutron dan
piawai unsur itu? 13 elektron.
(ii) Bina struktur atom dan (ii) Struktur atom dan susunan elektron atom Aluminium
susunan elektron bagi
atom Aluminium. Struktur atom Susunan elektron atom
Aluminium Aluminium

13 p
AI
14 n

15
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Latihan
1 Lengkapkan jadual berikut:
TP2
Susunan Bilangan
Perwakilan Bilangan Bilangan Bilangan Nombor Nombor
Unsur elektron elektron
atom proton elektron neutron proton nukleon
atom valens
1
Hidrogen 1 H 1 1 0 1 1 1 1
4
Helium 2
He 2 2 2 2 4 2 2
11
Boron 5 B
5 5 6 5 11 2.3 3
12
Karbon 6
C 6 6 6 6 12 2.4 4
UNIT

14
Nitrogen 7 N
7 7 7 7 14 2.5 5
2

20
Neon 10
Ne 10 10 10 10 20 2.8 8
23
Natrium 11
Na 11 11 12 11 23 2.8.1 1
24
Magnesium 12
Mg 12 12 12 12 24 2.8.2 2
40
Kalsium 20
Ca 20 20 20 20 40 2.8.8.2 2

2 Lukiskan struktur atom dan susunan elektron atom natrium.


TP3

23
11 Na

Struktur atom natrium Susunan elektron atom natrium

11 p
12 n
Na

3 Rajah di bawah menunjukkan simbol atom P, R dan S.


TP2
35 12 37
P R S
17 6 17

(a) Apakah maksud nombor nukleon?


Nombor nukleon suatu unsur adalah jumlah proton dan neutron dalam nukleus atomnya

(b) Apakah nombor nukleon atom P?


35

(c) Nyatakan bilangan neutron atom P.


18
(d) Nyatakan bilangan proton atom P.
17

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 16


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

SK
2.4 ISOTOP DAN PENGGUNAANNYA 2.4

Nyatakan maksud isotop. Isotop ialah atom-atom unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama
SP 2.4.1 tetapi bilangan neutron yang berbeza.
Atau
Isotop ialah atom-atom unsur yang mempunyai nombor proton yang
sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.

Apakah yang menyebabkan – Bilangan neutron


atom unsur yang sama
menjadi isotop? Contoh:

2
UNIT
17 p 17 p
18 n 20 n

Klorin-35 Klorin-37
Catatan:
Dalam mana-mana isotop;
– Bilangan neutron berbeza. Maka nombor nukleon berbeza .
– Bilangan proton adalah sama. Maka, nombor proton adalah sama.
– Bilangan elektron adalah sama . Atom isotop mempunyai susunan elektron
yang sama. Maka, isotop mempunyai sifat kimia yang sama.
– Sifat fizikal (seperti jisim, ketumpatan, takat lebur dan takat didih) berbeza kerana bilangan
neutron atau nombor nukleon yang berbeza.

Apakah kelimpahan semula Kelimpahan semula jadi adalah peratusan isotop yang wujud dalam suatu
jadi bagi isotop? sampel semula jadi unsur.

Contoh:

Unsur Nama isotop Kelimpahan semula jadi Isotop


79
Bromin-79 50% 35
Br
Bromin
81
Bromin-81 50% 35
Br
35
Klorin-35 75% 17
Cl
Klorin
37
Klorin-37 25% 17
Cl

Bagaimanakah cara untuk ∑(% isotop × Jisim isotop)


Jisim atom relatif isotop =
menghitung jisim atom 100
relatif bagi isotop tersebut? (50% × 79) + (50% × 81)
Jisim atom relatif Bromin = = 80
SP 2.4.2
100
(75% × 35) + (25% × 37)
Jisim atom relatif Klorin = = 35.5
100
Catatan:
Jisim atom relatif bagi isotop adalah sama dengan nombor nukleon.

17
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

20 21
Contoh 1 Neon secara semula jadi dijumpai dalam tiga isotop: 90.9% 10 Ne, 0.3% 10 Ne
22
dan 8.8% 10 Ne. Hitung jisim atom relatif bagi Neon.
Jisim atom relatif Neon
(20 × 90.9%) + (21 × 0.3%) + (21 × 8.8%)
= 100
= 20.18

63
2 Jisim atom relatif Kuprum adalah 63.62. Isotop Kuprum: 69% 29 Cu dan
q q
31% 29 Cu. Hitung nombor nukleon bagi isotop 29 Cu.
(69% × 63) + (31% × q)
63.62 = 100
q = 65
q
Nombor nukleon bagi isotop 29 Cu adalah 65.
UNIT

Berikan contoh kegunaan (i) Bidang perubatan


isotop. – Untuk mengesan barah otak.
2

SP 2.4.3 – Untuk mengesan trombosis (saluran darah tersumbat).


– Iodin-131 digunakan untuk mengukur kadar penyerapan iodin oleh
kelenjar tiroid.
– Kobalt-60 digunakan untuk memusnahkan sel barah.
– Kobalt-60 digunakan untuk membunuh mikroorganisma semasa proses
pensterilan.
(ii) Bidang industri
– Untuk mengesan kehausan enjin.
– Untuk mengesan saluran paip air, gas atau minyak yang tersumbat.
– Natrium-24 mengesan kebocoran paip bawah tanah.
– Untuk mengesan keretakan atau kecacatan pada badan kapal terbang.
(iii) Bidang pertanian
– Fosforus-32 digunakan untuk mengesan kadar penyerapan baja fosfat
oleh tumbuhan.
– Untuk memandulkan serangga perosak tumbuhan.
(iv) Bidang arkeologi
– Karbon-14 digunakan untuk menganggarkan usia sesuatu artifak.

Apakah keburukan (i) Sesetengah isotop boleh kekal di dalam tubuh manusia untuk jangka masa
penggunaan isotop? yang lama dan memberi kesan berbahaya oleh radiasi tersebut. Tisu boleh
menjadi rosak dan menyebabkan luka bakar, mual, penyakit seperti
leukemia dan kanser.
(ii) Pelupusan sisa isotop yang tidak mengikut prosedur akan menyebabkan
radiasi bahan radioaktif kepada manusia.
(iii) Pengeluaran isotop memerlukan reaktor nuklear di mana kosnya sangat
tinggi.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 18


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

Latihan

1 Lukis struktur atom dan susunan elektron bagi atom setiap unsur berikut:
TP2

Perwakilan piawai unsur Struktur bagi atom Susunan elektron bagi atom

1
1 H 1p
0n
H

2
UNIT
23
11 Na 11 p Na
12 n

16
8 O 8p
8n O

2 Pilih pernyataan yang betul bagi simbol unsur X.


TP2
23
11 X

Tanda Tanda
Pernyataan Pernyataan
(✔/✘) (✔/✘)

Unsur X mempunyai 11 nombor proton. 7 Nombor nukleon atom X ialah 23. 3

Nombor proton unsur X ialah 11. 3 Bilangan nukleon unsur X ialah 23. 7

Nombor proton atom X ialah 11. 3 Atom X mempunyai 23 nombor nukleon. 7

Bilangan proton unsur X ialah 11. 7 Nombor neutron atom X ialah 12. 7

Bilangan proton atom X ialah 11. 3 Bilangan neutron atom X ialah 12. 3

Nombor nukleon unsur X ialah 23. 3 Bilangan neutron unsur X ialah 12. 7

19
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

PRAKTIS SPM

Soalan Subjektif

1 Rajah menunjukkan simbol atom W, Y dan Z.

35 12 37
X Y Z
17 6 17

(a) (i) Apakah maksud isotop?


TP1
Isotop adalah atom-atom dari unsur yang sama dengan jumlah proton yang sama tetapi jumlah
neutron yang berbeza
UNIT

(ii) Nyatakan sepasang isotop dalam rajah yang ditunjukkan.


TP2
X dan Z
2

(iii) Berikan sebab bagi jawapan di (e)(ii).


TP2
Atom X dan Z mempunyai bilangan proton yang sama tetapi nombor nukleon//bilangan neutron
yang berbeza
(b) Isotop bagi atom Y mempunyai 8 neutron. Tuliskan simbol bagi isotop Y.
TP3

14
6 Y

(c) Rajah di sebelah menunjukkan satu objek yang dijumpai oleh seorang ahli arkeologi.
TP4
Satu isotop telah digunakan oleh ahli arkeologi itu dalam kajiannya.
(i) Namakan isotop yang digunakan.
Karbon-14
(ii) Nyatakan satu kelebihan dan satu kelemahan menggunakan isotop.
Kelebihan: Dapat menganggar umur artifak
Kelemahan: Isotop itu mahal

2 Graf di bawah menunjukkan kelimpahan semula jadi bagi Germanium, Ge.


TP4

Kelimpahan semula jadi (%)


36.7%

40
27.4%
20.6%

30

20
7.7%

7.6%

10

0 Nombor nukleon
70 75 80

(a) Nyatakan nama bagi isotop paling berat bagi Germanium.


Germanium-76

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 20


MODUL • Kimia TINGKATAN 4

(b) Gunakan kelimpahan semula jadi bagi setiap isotop untuk menghitung jisim atom relatif bagi Germanium.

Jisim atom relatif


(70 × 20.6%) + (72 × 27.4%) + (73 × 7.7%) + (74 × 36.7%) + (76 × 7.6%)
=
100
= 72.7

3 Jadual di bawah menunjukkan bilangan proton dan neutron bagi atom unsur P, Q dan R.
TP4
Unsur Bilangan proton Bilangan neutron
P 1 0
Q 1 1

2
UNIT
R 6 6
(a) Berdasarkan jadual di atas, atom yang manakah merupakan isotop? Terangkan jawapan anda.
P dan Q. Atom P dan Q mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza //
nombor nukleon berbeza.

(b) (i) Tuliskan perwakilan piawai untuk unsur Q.


TP2
2
Q
1

(ii) Nyatakan tiga maklumat yang boleh didapati daripada jawapan anda di (b)(i).
Nombor proton bagi unsur Q adalah 1
Nombor nukleon bagi unsur Q adalah 2
Bilangan neutron = 2 – 1 = 1
Nukleus mengandungi 1 proton dan 1 neutron

(c) (i) Lukiskan struktur atom bagi atom unsur R.


TP3

6p
6n

(ii) Huraikan struktur atom di (c)(i).


Atom terdiri daripada 2 bahagian: bahagian tengah yang disebut nukleus dan bahagian luar yang
disebut petala elektron. Nukleus terdiri daripada 6 proton yang bercas positif dan 6 neutron yang
neutral. Elektron berada dalam dua petala, petala pertama terdiri daripada dua elektron dan petala
kedua terdiri daripada empat elektron. Elektron bergerak di sekeliling nukleus pada petala.

21
MODUL • Kimia TINGKATAN 4

(d) Unsur P bertindak balas dengan oksigen dan menghasilkan cecair Z pada suhu bilik. Rajah di bawah
TP4 menunjukkan lakaran graf apabila cecair Z pada suhu bilik, 27 °C disejukkan sehingga –5 °C.

Suhu / °C

27

0 Masa / s
t1 t2
−5

(i) Apakah keadaan jirim Z dari t1 hingga t2? Terangkan mengapa suhu tidak berubah dari t1 hingga t2.
Cecair dan pepejal. Haba yang hilang ke persekitaran diimbangi oleh haba yang dibebaskan apabila
UNIT

zarah-zarah dalam cecair menyusun semula menjadi pepejal.

(ii) Lukiskan susunan zarah-zarah Z pada suhu 20 °C.


2

(iii) Nyatakan perubahan dalam pergerakan zarah-zarah apabila cecair Z disejukkan daripada suhu bilik
ke –5 °C.
Zarah bergerak semakin perlahan

4 Kamu diberikan beberapa bahan seperti dawai, butang, bola pingpong dan benang. Cipta satu modul atom
TP6
yang dijumpai oleh Neils Bohr menggunakan bahan yang diberikan. Huraikan model yang telah dicipta.

Dawai

Bola pingpong

Butang

Dawai mewakili petala elektron. Butang mewakili elektron dan bola pingpong mewakili nukleus. Bola
pingpong digantungkan antara dua lajur dawai menggunakan benang.

Soalan
Objektif

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 22

You might also like