You are on page 1of 14

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

MEI / 2022

HDSE 3203

EDUCATING YOUNG CHILDREN WITH DIVERSE ABILITIES

NO. MATRIKULASI : 921221025970002


NO. KAD PENGENALAN : 921221025970
NO. TELEFON : 019-5094085
E-MEL : aisyahalwani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PULAU


PINANG
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SOALAN 1 1-7

SOALAN 2 8-10

BAHAGIAN II 11

RUJUKAN 12
HDSE 3203
921221025970002

BAHAGIAN 1 (SOALAN 1)

PENDAHULUAN

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan


sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang
pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang
perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan
adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau
perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan
untuk keluarga (Addison 2003).
Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk
mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan
mengurangkan keterukan ketikupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh
individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik
dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecatatan seseorang individu dikenal pasti
dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan
yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.
Perkembangan dalam intervensi awal juga dilaksanakan di Malaysia melalui Akta
Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 yang memberi penegasan di bawah para 36. (1) bertajuk:
Pencegahan daripada berlakunya keupayaan selanjutnynya. Seterusnya dijelaskan oleh
perkara 36 (1) (b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya
untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.
Dasar yang ditambah baik menunjukkan kepentingan dan keperluan awal bagi kanak-
kanak kurang upaya untuk memaksimumkan potensi mereka untuk belajar. Program
intervensi awal yang berkesan mampu menghidari atau mencegah daripada masalah
ketidakupayaan individu kurang upaya dari bertambah teruk dan menghalang mereka
berfungsi dalam kehidupan harian.

1
HDSE 3203
921221025970002
Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti
sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi
perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004).
Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanakkanak yang berkeperluan khas
yang berumur dari 0 hingga 6 tahun. Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak
yang berkeperluan khas merujuk kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai
masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autistik merupakan salah
satu golongan daripada kategori bermasalah pembelajaran.
Program intervensi awalan juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan
keluarga dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang
dialami (Kaiser 2000). Melalui program tersebut, bantuan keluarga membuat penyesuaian ke
atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, Program Intervensi Awalan juga memberi
latihan kemahiran kepada ibu bapa mengikut keperluan anak untuk dikendali di rumah dan
membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan tambahan yang bersesuaian seperti
kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan kewangan. Program Intervensi Awalan
merupakan kaedah paling baik mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan
pelbagai disiplin komuniti (Cook, Tessier & Klein, 1992).
Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang
perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan
adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau
perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan
untuk keluarga (Addison 2003). Keperluan program intervensi awal telah dibuktikan dengan
kesan positif yang telah dicapai oleh kanak-kanak kurang upaya
Perkhidmatan intervensi yang diberikan seawal mungkin boleh membantu MBK
meningkatkan peluang untuk berjaya di sekolah, bersaing dengan rakan tipikal dan seterusnya
berjaya dalam hidup. Menurut Kid Source (2000), kanak-kanak kurang upaya yang menjalani
intervensi awal berjaya kekal belajar di sekolah, menamatkan persekolahan dengan berjaya
memperoleh pekerjaan dan juga melanjutkan pendidikan di universiti berbanding daripada
mereka yang tidak mendapat intervensi awal.
Perkembangan dalam teknologi perubatan telah memberi ruang kepada penyediaan
sokongan intervensi awal seawal bayi dalam kandungan ibu. Individuals With Disabilities
Education Act (IDEA) di Amerika Syarikat menjadi mandat kepada sektor pendidikan (a
federal education law) untuk menyediakan perkhidmatan intervensi awal kepada bayi dan

2
HDSE 3203
921221025970002
kanak-kanak bermula dari lahir sehingga umur tiga tahun (‘birth to 3’ or ‘zero to 3’) setelah
mereka didiagnosis mempunyai perkembangan lambat (developmental delay) disebabkan
keadaan ketidakupayaan fizikal dan mental.
Perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak kurang upaya meliputi pendidikan,
terapi (terapi cara kerja, terapi pertuturan, fisioterapi dan lain-lain), kaunseling, psikologi,
audiologi, orthoptics, dan sokongan daripada pekerja sosial serta jagaan (care) dan kesihatan.
Program intervensi awal di Malaysia khususnya di pusat yang dikendalikan oleh badan bukan
kerajaan atau non-government organization (NGO) telah menyediakan pelbagai
perkhidmatan intervensi tersebut.
Sebagai contoh, Kidsogenius Early Intervention Program (KIDS EIP) di Damansara,
Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan mengikut umur bermula daripada dua tahun
hingga 6 tahun. Kanak-kanak kurang upaya antara dua hingga tiga tahun diberikan program
seperti asas kemahiran bahasa dan motor, konsep nombor, bermain muzik dan pergerakan,
aktiviti sensori, terapi pertuturan dan terapi cara kerja. Kanak-kanak kurang upaya antara
empat hingga lima tahun disediakan dengan program literasi dan numerasi awal, kemahiran
asas mengurus diri, kemahiran pravokasional, konsep belajar, social story, role playing, terapi
pertuturan dan terapi cara kerja. Manakala kanak-kanak kurang upaya berumur enam tahun
diajar kemahiran literasi, nombor dan matematik berfungsi, kemahiran mengurus diri,
kemahiran pravokasional, minat (hobi), social story, role playing, terapi pertuturan dan terapi
cara kerja.
Perkhidmatan intervensi awal khususnya pada peringkat awal kanak-kanak juga
menyediakan sokongan kepada ibu bapa dan keluarga. Oleh kerana intervensi awal perlu
berlaku seawal yang boleh, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan utama untuk
mengenal pasti dan merancang program intervensi awal yang diperlukan oleh anak kurang
upaya mereka. Ibu bapa perlu diberi latihan kemahiran mengurus anak kurang upaya dari
aspek tingkah laku, emosi dan kognitif serta dibantu oleh kaunselor atau ahli psikologi dalam
menghadapi perasaan terkejut, marah, sedih dan kecewa dengan ujian diberikan kepada anak
kurang upaya dalam hidup mereka (Kandel and Merrick, 2003). Ibu bapa dan keluarga yang
mempunyai anak kurang upaya didapati mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada ibu
bapa lain (Woodman, 2014). Ibu bapa kanak-kanak kurang upaya mempunyai banyak
tanggungjawab dan peranan.
IDEA memastikan setiap keluarga yang mempunyai anak kurang upaya menerima
Individualized Family Service Plan (IFSP). IFSP menyediakan rangka pelan intervensi awal
yang diperlukan lengkap dengan tempoh aktiviti dan profesional atau agensi yang

3
HDSE 3203
921221025970002
bertanggungjawab bermula daripada masa kelahiran anak kurang upaya tersebut. Di Malaysia
sistem seperti IFSP belum wujud bagi memastikan ibu bapa yang mempunyai anak kurang
upaya menghantar anak mereka untuk intervensi awal sebelum memasuki alam persekolahan.
Oleh itu, kanak-kanak kurang upaya di Malaysia ramai yang memasuki persekolahan
tanpa melalui intervensi awal. Ini menyebabkan keperluan intervensi awal perlu diberi
penekanan dan dijadikan sebagai elemen dan asas penting dalam kurikulum prasekolah.
Bagi tugasan kali ini, saya akan membincangkan mengenai Program Intervensi
Individu (IPP) untuk kanak-kanak keperluan khas.
Pendidikan Khas di Malaysia melalui pelbagai evolusi bermula tahun 1990. Semenjak
itu, skop Pendidikan Khas dibesarkan untuk mendidik pelbagai jenis masalah pembelajaran,
murid yang mempunyai kelebihan tertentu dan juga murid yang bekerperluan khas.
Pendidikan khas di Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif terutamanya di dalam
pembangunan polisi (Lay & Hui, 2014).
Program ini dilaksanakan bagi menguji keberkesanan program intervensi awal kepada
guru pendidikan khas di sekolah. Selain itu, ianya dilaksanakan bagi mengenalpasti
perbezaan di antara murid dari program intervensi awal dan murid bukan dari program
intervensi awal. Melalui kajian ini, ianya dapat menambahbaik system pendidikan Malaysia
khususnya kepada pendidikan Khas. Melalui dapatan kajian ini juga dapat membuktikan
keberkesanan kolaborasi dalam pendidikan khas dimana dalam kajian ini merujuk kepada
Program Intervensi Awal.
Bagi merancang program intervensi dengan keberkesanan yang tinggi dan
kebolehterimaan, kreativiti dan akal fikiran semata-mata tidak mencukupi. Ini adalah kerana
sesuatu intervensi boleh dipengaruhi oleh banyak faktor yang boleh menghalang
keseluruhannya prestasi. Terdapat 6 faktor untuk menentukan keberkesanan dan
kebolehterimaan sesuatu intervensi iaitu jangkaan tempoh untuk mendapatkan hasil positif,
jenis Intervensi, masa, sumber yang diperlukan bagi Keberkesanan Pogram Intervensi, orang
yang bertanggungjawab untuk menjalankan intervensi dan akhir sekali persepsi kanak-kanak
terhadap intervensi.
Ibu bapa mengharapkan untuk melihat penambahbaikan pada anak mereka yang
menjalani intervensi dalam tempoh yang paling singkat. Jika tiada progras diperhatikan atau
keadaan bertambah buruk, ibu bapa boleh memilih untuk meninggalkan campur tangan.
Ditambah pula dengan ibu bapa cenderung untuk mencari intervensi yang mudah sesuai
dengan rutin harian mereka. Contohnya, aktiviti yang boleh dijalankan dari rumah jika masa
intervensi bersesuaian dengan jadual ibu bapa.

4
HDSE 3203
921221025970002
Selain itu, tempoh setiap intervensi yang akan dijalankan mesti diambil kira.
Kebanyakan ibu bapa mendapati sukar untuk melaburkan banyak masa yang diperlukan
untuk campur tangan jangka panjang. Sesetengah intervensi mungkin memerlukan kerjasama
daripada pihak lain seperti sekolah dan profesional agar berkesan. Adalah penting bagi
pereka bentuk intervensi untuk memahami dan meminta kerjasama daripada sumber-sumber
ini. Namun begitu, bergantung pada jenis intervensi yang dirancang, orang yang menjalankan
intervensi boleh menjadi ibu bapa atau daripada golongan professional. Akhir sekali, jika
kanak-kanak tidak dapat menerima aktiviti dalam program intervensi, ia akan menjadi sukar
untuk menjalankan intervensi. Oleh itu, penggunaan motivasi boleh menjadi kaedah yang
berkesan untuk meningkatkan penerimaan kanak-kanak terhadap intervensi.
Satu jenis program Intervensi Awal yang tersedia untuk kanak-kanak kecil ialah
Berfokuskan Kanak-kanak Program Berasaskan Pusat. Program jenis ini berfungsi secara
langsung dengan kanak-kanak kecil untuk membantu meningkatkan peluang untuk hasil
pembangunan positif dan kejayaan di sekolah. Beberapa program juga termasuk kumpulan
keibubapaan atau lawatan rumah untuk membantu meningkatkan interaksi positif dengan
mereka kanak-kanak.
Program Berasaskan Pusat Berfokuskan Kanak-kanak memberikan penekanan khusus
untuk menyediakanaktiviti untuk meningkatkan kemahiran perkembangan (kognitif, motor
halus dan kasar, bahasa, dan sosialkemahiran penyesuaian). Pembaikan jangka pendek dan
jangka panjang yang berkaitan dengan program ini didapati untuk kanak-kanak yang
menyertai perkhidmatan Intervensi Awal jenis ini. Program berkualiti tinggi yang disediakan
dalam program ini menunjukkan kesan jangka pendek positif yang konsisten terhadap
kognitif kanak-kanak pembangunan.
Penambahbaikan dalam pencapaian sekolah, kemajuan sekolah, hasil
pendidikan,perkembangan tingkah laku dan sosio-emosi telah ditemui dalam jangka masa
yang panjang. Daripada kumpulan kanak-kanak kurang upaya yang menyertai program ini,
peserta yang berisiko disebabkan oleh kelemahan sosioekonomi yang paling responsif kepada
jenis campur tangan ini, dengan kanak-kanak kurang upaya yang paling teruk biasanya
memperolehi paling sedikit keuntungan perkembangan. Kanak-kanak yang memulakan
program ini pada usia awal dan menerima lebih banyak tahun campur tangan cenderung
mempunyai hasil yang lebih baik daripada mereka yang menerima sedikit atau tiada
perkhidmatan intervensi (Landy & Menna, 2006).
Program Lawatan Rumah Berfokuskan Kanak-kanak dan Ibu Bapa ialah program
Intervensi Awal yang disediakan melalui lawatan ke rumah untuk bayi yang mempunyai

5
HDSE 3203
921221025970002
faktor risiko biologi dan bukan biologi untuk membantu meningkatkan hasil. Program jenis
ini memberikan sokongan kepada keluarga (melalui ucapan terapi, terapi pekerjaan, terapi
fizikal, dsb.) dan mengajar ibu bapa campur tangan perubatan yang mungkin diperlukan
untuk anak-anak mereka. Jenis intervensi ini berfokuskan keluarga dan keperluan adalah
ditekankan oleh keluarga dan membantu ibu bapa menjadi intervensi utama untuk anak-anak
merekaanak (anak). Ibu bapa terlibat dalam menetapkan matlamat untuk anak-anak mereka
dan dianggap sebagai rakan kongsi pasukan intervensi anak mereka.
Program jenis ini berkesan dalam hal pendidikan ibu bapa dan hubungan ibu
bapa/anak yang positif. Kanak-kanak yang berisiko rendah atau tinggi biasanya
melakukannya tidak mendapat manfaat seperti kanak-kanak yang mempunyai risiko
sederhana. Program melawat rumah adalah yang paling berkesan apabila ia dijalankan oleh
profesional dan kerap, sengit, dan dalam tempoh yang lama masa (Landy & Menna, 2006).
Intervensi Berbilang Sistem dengan Keluarga Berisiko Sangat Tinggi biasanya
digunakan dengan pelbagai risiko keluarga yang mempunyai masalah kompleks, antara
generasi, pelbagai risiko, dan kanak-kanak kecil. Jenis intervensi ini menggunakan gabungan
intervensi seperti terapi keluarga, latihan ibu bapa, terapi sokongan, latihan kemahiran sosial,
pengurusan kes, dan advokasi. Jenis-jenis ini intervensi berfungsi mengikut jadual keluarga
dan menggunakan strategi intervensi yang berkesan untuk membantu menggalakkan
perubahan.
Intervensi jenis ini menghasilkan kesan yang sangat berjaya untuk hubungan anak, ibu
bapa, dan ibu bapa-anak. Program ini menyerlahkan bahawa ia adalah mungkin untuk
menjadi berjaya walaupun semua faktor berisiko tinggi yang dihadapi oleh keluarga dan
anak. Berbilang system Intervensi akan berjaya apabila panjang, intensiti, jenis dan gaya
intervensi sepadantahap risiko keluarga, motivasi, kebolehan, dan umur kanak-kanak (Landy
& Menna,2006).
Dalam pendidikan pemerhatian, pemantauan program selalunya sejajar dengan tahap
gred pelajar. Walau bagaimanapun, apabila ia datang untuk membetulkan tingkah laku
semasa yang dirancang intervensi, teknik seperti pemerhatian, perundingan atau skala
penilaian boleh digunakan untuk memantau keberkesanan program intervensi.
Pemantauan Menyediakan Penyeliaan Am dan Pengawasan Program Pendidikan Khas
Bagi Memastikan Pematuhan Dengan Perundangan Persekutuan dan Negeri. Pemantauan
kemajuan digunakan untuk menilai kemajuan akademik dan tingkah laku sosial-emosi (SEB)
pelajar, memeriksa kadar peningkatan, dan menilai keberkesanan pengajaran atau intervensi;
ia biasanya digunakan dengan kedua-dua pelajar individu dan kumpulan kecil. Intensiti

6
HDSE 3203
921221025970002
pemantauan program berbeza-beza mengikut pelajar bergerak melalui tiga peringkat
intervensi yang diperlukan.
Tahap 1 menyatakan arahan dan sokongan universal disediakan untuk semua pelajar
dalam kebanyakan pemantauan Pemantauan yang kerap perlu menggunakan jenis penilaian
formatif biasa seperti peperiksaan untuk memantau kemajuan. Selepas itu, Data yang
dikumpul dikongsi bersama pelajar dan ibu bapa untuk memantau kemajuan pembelajaran
pelajar dan status.
Tahap 2 pula sokongan tambahan dan intervensi strategik diberikan sebagai tambahan
kepada kurikulum utama. Proses pemantauan dikenal pasti terlebih dahulu mengikut
komponen intervensi menggunakan berasaskan kurikulum langkah-langkah dan bentuk lain
ujian saringan. Manakala kemajuan yang dijangka ditentukan dan pelajar itu dijangka akan
maju mengikut jangkaan.
Akhir sekali iaitu Tahap 3, Intervensi intensif dan individu dirancang untuk pelajar
berkenaan. Pelajar yang dikenal pasti adalah rapat dan sistematik dipantau. Tidak dilupa,
dokumentasi data pemantauan yang jelas diperlukan untuk menumpukan sokongan kepada
individu.
Polisi berkenaan pendidikan Intervensi Awal dan Intervensi Awal telah lama wujud
cara sejak tahun 1960-an. Seperti semua bidang pendidikan, program Intervensi Awal boleh
diperbaiki dan diperluaskan. Idea dan undang-undang sentiasa berubah dan menjadi tugas
kami untuk mengikuti perkembangan terkini tentang dasar semasa mengenai Intervensi Awal.
Bagi sesetengah kanak-kanak,
Intervensi Awal merupakan komponen penting kepada kejayaan pendidikan mereka.
Sebagai kanak-kanak ditempatkan dalam Pendidikan Khas menjadi lebih berleluasa, adalah
penting untuk kita mencari anak-anak dan ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini dan
menyediakan mereka dengan program intervensi yang terbaik untuk memberi bantuan kepada
kanak-kanak tentang apa yang mereka perlukan sebelum memasuki sekolah, ianya
diharapkan dapat meminimumkan bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan
Pendidikan Khas nanti dalam kerjaya sekolah mereka.
Apabila penyelidikan berterusan dilakukan pada topik Intervensi Awal, maklumat
yang lebih berkesan akan tersedia dan diharapkan akan membawa kepada lebih ramai kanak-
kanak yang menerima Intervensi Awal dan kurang kanak-kanak memerlukan perkhidmatan
Pendidikan Khas pada masa hadapan.

7
HDSE 3203
921221025970002

SOALAN 2

Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan
khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat
yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat tersebut diperlukan untuk mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Bagi menjalankan pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul
melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain. Apabila pengajaran dan langkah-langkah
yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan
pengajaranya.
Pentaksiran atau penilaian dalam konteks pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai
satu proses pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Definisi ini memberi
implikasi bahawa terdapat banyak keputusan penting yang perlu dibuat dalam pendidikan
khas. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat tertentu dan bukan dibuat
sewenang-wenangnya. Cara membuat keputusan juga perlu sistematik dan memperlihatkan
unsur profesionalisme.
Menurut MC Cluhen (1994), pentaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik
mengumpul maklumat yang relevan, bertujuan untuk membuat keputusan pembelajaran dan
perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Pentaksiran
pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor
yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembang diri murid dari berbagai
peringkat umur. Terdapat 4 jenis pentaksiran yang boleh digunakan kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas iaitu kemahiran pembelajaran asas – pengamatan, kemahiran sosial dan
tingkah laku, kemahiran bahasa – membaca, menulis dan lisan serta kemahiran matematik.
Objektif tugasan saya adalah untuk membincangkan 5 hak utama ibu bapa dan murid
berkaitan pengendalian penilaian.
Adalah menjadi hak ibu bapa dan pelajar untuk dimaklumkan mengenai persetujuan
dan penilaian. Lima isu perundangan utama yang perlu diambil oleh ibu bapa dan penjaga
nota mengenai persetujuan termaklum dan penilaian adalah seperti berikut: (a) Ibu bapa dan
pelajar yang lebih tua mempunyai hak untuk menolak atau menafikan persetujuan untuk
proses penilaian berdasarkan maklumat yang diberikan; (b) Ibu bapa, kakitangan sekolah dan
pelajar mempunyai hak untuk mengambil alih kerahsiaan mengenai penilaian, kecuali dalam

8
HDSE 3203
921221025970002
situasi yang menimbulkan ancaman kepada diri sendiri dan/atau orang lain; (c) Ibu bapa dan
pelajar mempunyai hak untuk mengekalkan privasi mereka; (d) Ibu bapa dan pelajar berhak
mengharapkan yang kompeten dan sah penilaian; dan (e) Ibu bapa dan pelajar berhak
mengharapkan pentaksiran itu bebas daripada diskriminasi kaum, agama, bahasa, jantina,
latar belakang budaya atau latar belakang sosio-ekonomi.
Di Malaysia, terdapat ibu bapa yang memberikan kerjasama yang baik kepada guru
dan pihak sekolah. Namun begitu, terdapat juga kekangan daripada pihak ibu bapa yang
mempunyai keperluan tersendiri dan keutamaan dalam hidup. Oleh itu, mereka telah
menyerahkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab berkaitan pendidikan anak-anak
mereka kepada pihak sekolah.
Terdapat sebahagian daripada mereka memegang peranan sebagai ahli jawatankuasa
sekolah bagi merancang pelbagai program untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Contohnya,
menjalankan aktiviti Hari Keluarga, sukaneka dan Hari Temu Murni diantara ibu bapa dann
guru. Program-program ini dirancang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak
sekolah, ibu bapa dan murid. Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program intervensi di
rumah dapat mengurangkan ketidakupayaan murid dan meneruskan kelangsungan
pembelajaran di rumah.
Namun, terdapat juga kekangan yang dihadapi pihak sekolah apabila ibu bapa sukar
memberikan kerjasama yang baik. Sesetengah ibu bapa bertindak untuk menyalahi orang lain
terutama pihak sekolah apabila dimaklumkan anak mereka perlu dimasukkan dalam program
pendidikan khas. Hal ini kerana, pihak ibu bapa berasa kecewa terhadap anak dan diri sendiri
sehingga mereka bertindak sedemikian.
Sikap ini secara langsung telah menjejaskan kelangsungan dan keberkesanan
intervensi penajaran bagi proses pentaksiran yang dijalankan. Ibu bapa enggan memberi
kerjasama yang diperlukan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mendapat maklumat
yang terperinci tentang murid tersebut melalui perjumpaan, temu bual dan senarai semak
guru kelas bersama ibu bapa. Permasalahan ini akan menyebabkan kesukaran kepada guru
dalam merancang dan membina aktiviti dan ujian pentaksiran terhadapan anak mereka.
Bagi murid-murid berkeperluan khas yang bersekolah di luar bandar, ibu bapa mereka
akan menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan susulan berkaitan permasalahan anak
mereka. Bagi ibu bapa yang tinggal di luar bandar, kebanyakan daripada mereka bekerja
sebagai petani, nelayan dan berniaga secara kecil-kecilan. Hal ini akan menyebabkan mereka
menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka menjalankan rawatan

9
HDSE 3203
921221025970002
bersama ahli fisioterapi, ahli terapi pertuturan dan sebagainya. Oleh itu, kebergantungan
sepenuhnya golongan ini kepada guru dan pihal sekolah untuk menjalankan proses intervensi.
Penilaian ialah alat yang berkuasa untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan
khas daripada normal, populasi umum dan untuk memahami kesukaran dan kebimbangan
mereka. bu bapa dan penjaga mempunyai hak untuk dimaklumkan tentang situasi anak
mereka dan keperluan untuk menjalankan penilaian. Persetujuan daripada mereka diperlukan
sebelum menjalankan penilaian terhadap anak mereka. Penilaian boleh meliputi pelbagai
kategori dan skop yang dipilih bagi penilaian haruslah mengikut suasana pendidikan.
Penilaian harus dijalankan dengan penuh profesionalisme dan berhati-hati kerama kita tidak
mahu terdapatnya pelabelan dan stigmatisasi kepada murid berkeperluan khas.

10
HDSE 3203
921221025970002

BAHAGIAN II

11
HDSE 3203
921221025970002

RUJUKAN

1) Ahmad, N. A. (2014). PEMBINAAN MODEL PERKHIDMATAN


SOKONGAN DAN BIMBINGAN BERDASARKAN PENGESANAN AWAL
UNTUK KANAK-KANAK AWAL UMUR BERKEPERLUAN KHAS. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 1 - 13. Retrieved from
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/775

2) Azam, Saiful. (2020). Keperluan Kemahiran Intervensi Awal bagi Murid


Berkeperluan Khas.
file:///D:/USER/Downloads/IntervensiAwal-saifulazam.pdf

3) Bradley, R., Danielson, L. E., & Hallahan, D. P. (2002). Identification of learning


disabilities: Research to practice. Mahwah, NJ: Erlbaum.

4) Landy, S., & Menna, R. (2006). Early intervention with multi-risk families: An
integrative approach. Baltimore: Paul H. Brookes Publishing Co.

5) Stecker, P. M., Fuchs, D., & Fuchs, L. S. (2008). Progress Monitoring as


Essential Practice within Response to Intervention. Rural Special Education
Quarterly, 27(4), 10–17.

6) Hanisah, N. (2015, September 2). PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS.


academia. Retrieved July 16, 2022, from
https://www.academia.edu/15351176/PENTAKSIRAN_PENDIDIKAN_KHAS

7) Abdullah, A. (2013, August 29). Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106.
slideshare. Retrieved July 16, 2022, from
https://www.slideshare.net/AzlindaAbdullah/pentaksiran-dalam-pendidikan-
khas-pku-3106-25713897

8)

12

You might also like