You are on page 1of 1

Tauge goreng

Kelebihan taugeh sayur tauge yang ramai tak tahu.

1.Cegah kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur
fitokimia yang berkhasiat.Salah satunya ialah kanavanin(canavanine) ialah sejenis asid amino yang
mampu melumpuhkan punca kanser leukimia,usus besar dan pankreas.

2.Baik untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis.Estrogen
dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,serta mencegah kerapuhan
tulang(osteoporosis).Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari
kanser payudara,gangguan menjelang haid,symptom pra-menopaus,dan gangguan akibat menopaus.

3.Lebih subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan Wanita.Pengambilan taugeh oleh kaum
lelaki mampu membuat sperma yang dihasilkan lebih baik,begitu juga bagi kaum Wanita yang dapat
membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4.Kurangkan lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang
tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian.Saponi di dalam
taugeh akan menghalau lemak jahat LDL tanpa menganggu kandungan lemak baik HDL kerana Ketika
kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum,kadar saponinyan meningkat sehingga 450%.

5.Buang kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kekotoran
dalam usus besar.Apabila kotoran dihapuskan,tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh ,ia
mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kenser.

6.Lebih muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel
DNA.Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

p/s: Tak perlu la kau ambik pelbagai supplement acah bayar mahal-mahal,marilah kita makan taugeh
untuk kesihatan luaran dan dalaman.

You might also like