You are on page 1of 290

TINGKATAN 4

SAINS
SAINS TINGKATAN 4
RM 9.60
ISBN: 978-967-2088-68-4

RD SEKOLAH M
NDA EN
M STA E
LU

NG
I KU

AH
KS S M
KUR

FT074002

IA
YS
KE

LA
M
EN
TE MA
RIAN AN
PENDIDIK

cover B.TEKS SAINS Tg4_03.indd 1 16/10/2019 5:26 PM


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SAINS
TINGKATAN 4

Penulis
Noraini binti Abdullah
Nor Mazliana binti Abdul Hashim
Mohammad Amirul bin Adnan
Shamsulikram bin Abdul Hamid

Editor
Nor Shazwani binti Mohamad Zaini
Faezah binti Abdul Wahab

Pereka bentuk
Ayu Amira binti Rosdi
Yong Lai Yin

Ilustrator
Chan Yoke Peng

Odonata Publishing Sdn. Bhd.


2019

Copy wright dan Penghargaan.indd 1 16/10/2019 4:45 PM


KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No. siri buku : 0092 PENGHARGAAN


KPM 2019 ISBN 978-967-2088-68-4 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
Cetakan Pertama 2019 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima
© Kementerian Pendidikan Malaysia kasih ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat, iaitu:
Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan
dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan Ahli jawatankuasa kawalan kualiti,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
mekanik, penggambaran semula mahupun dengan Teknologi Pendidikan dan Bahagian
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Pembangunan Kurikulum, Kementerian
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan
Dr. Shukur Abu Hassan, Centre for Advanced
tertakluk pada pengiraan royalti dan honorarium.
Composite Materials (CACM) UTM.
Diterbitkan untuk
Cultural Promotion Division, Culture and
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:
Sports Department, Citizens Affairs Bureau,
Odonata Publishing Sdn. Bhd.
City of Hiroshima.
No. 2, Jalan Damai Puspa 2,
Alam Damai Industrial Park, Library and Public Archives Unit,
56000 Cheras, International Commitee of the Red Cross.
Kuala Lumpur.
Agensi Nuklear Malaysia.
Telefon: +603-9101 1179
Faksimile: +603-9101 7991 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Laman web: www.odonatabooks.com Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).
E-mel: online@odonatabooks.com
Individu-individu yang terlibat secara
Reka letak dan atur huruf: langsung dan tidak langsung dalam
Minion Pro menyempurnakan penerbitan Buku Teks
Muka taip teks: Regular Sains KSSM Tingkatan 4.
Saiz taip teks: 11 pt.
Dicetak oleh:
Herald Printers Sdn. Bhd.
Lot 508, Jalan Perusahaan 3,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.

Copy wright dan Penghargaan.indd 2 16/10/2019 4:45 PM


RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan


seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara


akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap


tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan


sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,


berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Rukun negara_CR_3.indd 1 01/10/2019 5:10 PM


Pendahuluan
B uku Teks Sains Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini ditulis
untuk murid Tingkatan 4 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Tingkatan 4 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks ini disediakan
berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif, kritis dan mempunyai nilai-nilai murni.
Penulisan buku teks ini menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi (KBAR &
KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan, serta menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian supaya setiap murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut yang diperlukan pada abad ke-21. Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek
supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.
Buku ini mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut:

Halaman tema mempunyai gambar yang menarik


Pelbagai jenis aktiviti
dan soalan-soalan pencetus minda berkaitan
disediakan untuk murid:
dengan bab-bab dalam tema tersebut.

1 2
Penyenggaraan dan
TEMA

TEMA

Kaedah Saintifik Kesinambungan Hidup

STEM
• Apakah yang
anda tahu tentang
Teknologi Hijau?
• Adakah selamat
• Apakah yang perlu untuk kita makan
anda lakukan sekiranya makanan yang
berlaku kemalangan di telah termodifikasi
dalam makmal? secara genetik?
• Tahukah anda apa itu CPR? • Apakah sistem badan
• Bagaimanakah kita boleh yang menyokong
mengukur tahap kesihatan badan dan melindungi
badan kita? organ dalaman kita?
• Bagaimanakah
tumbuhan dapat
tumbuh tegak
melawan graviti?
• Apakah hormon?
Multimedia Simulasi
1 49

... ...
3 Penerokaan Unsur
4 Tenaga dan
TEMA

TEMA

dalam Alam Kelestarian Hidup


• Terdapat 118 unsur yang telah • Apakah halaju bagi
ditemui. Tahukah anda di mana kereta lumba?
kedudukan unsur karbon dalam
• Pernahkah anda

Inkuiri Perbincangan
Jadual Berkala Unsur Moden?
mendengar istilah inersia?
• Tingkap bangunan pencakar
• Apakah pendapat anda
langit di Malaysia biasanya
tentang penggunaan
diperbuat daripada kaca.
tenaga nuklear untuk
Apakah kegunaan kaca
menjanakan tenaga
yang lain?
elektrik di Malaysia?
• Jika anda sakit, doktor akan
merawat dan memberikan
ubat yang sesuai kepada anda.
Apakah kesannya jika kita
memakan ubat-ubatan tanpa
nasihat daripada doktor?

Eksperimen Projek
165 223

PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 5 31/10/2019 1:40 PM


Kerjaya Sains Masalah Berkaitan dengan Sendi dan Otot

PAK21
Tenaga Nuklear Bab 12 dalam Kehidupan Harian
Pakar Ortopedik
... ... Pakar ortopedik ialah
Aktiviti 12.3 Fikir-Pasang-Kongsi doktor pakar yang ... ...
merawat kecederaan
Aktiviti 6.6
Penerapan seperti keretakan Pembelajaran Berasaskan Masalah
Tujuan: Mencari maklumat dan membuat perkongsian penggunaan tenaga nuklear PAK21
tulang, kecacatan tulang
di negara tertentu. PAK21
belakang atau penyakit Tajuk: Masalah berkaitan dengan sendi dan otot
Arahan: kemerosotan tulang dalam kehidupan harian.

pembelajaran
seperti osteoporosis.
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. Topik berkaitan: Fungsi sendi dan otot dalam pergerakan
Pakar ortopedik membantu
2. Dapatkan sekeping kad yang tertulis nama sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear pesakit menjalani proses
daripada guru anda. pemulihan sistem Cadangan tempoh masa: 1 minggu
3. Kumpulkan maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di negara itu. otot rangka.

abad ke-21
4. Persembahkan hasil dapatan anda di hadapan kelas. Masalah:
Ahli Kiropraktor Antara masalah berkaitan dengan sendi dan otot yang
Ahli kiropraktor ialah sering berlaku ialah kecederaan pada sendi dan otot yang
pengamal perubatan
komplementari yang
disebabkan oleh aktiviti fizikal dan sakit lutut dalam kalangan
Praktis Formatif 12.2 berkaitan dengan
diagnosis dan rawatan
warga tua.

gangguan mekanikal, Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara masalah-masalah


1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
sistem otot, rangka dan itu boleh dielakkan.
(a) Proses berlaku apabila satu membedil satu nukleus tulang belakang.
Sumber:
berjisim besar dan kepada dua nukleus baharu berjisim lebih kecil yang
Ahli Fisioterapi • Laman web
hampir sama serta lebih stabil dengan pembebasan . Ahli fisioterapi dikenali • Bahan rujukan lain yang berkaitan seperti majalah ilmiah
(b) Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada yang tinggi sahaja. sebagai jurupulih
berkaitan dengan perubatan dan pemakanan seimbang
perubatan anggota atau
pegawai pemulihan Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mencegah
perubatan. Ahli fisioterapi berlakunya kecederaan pada sendi dan otot. Hasil dapatan
membantu pesakit

Kerjaya Sains
mengembalikan dan
boleh dipersembahkan dalam bentuk PowerPoint.
12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear memastikan setiap fungsi
fizikal pesakit berada pada
tahap tinggi.

Info kerjaya
Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat Laman Sejarah
memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab
tenaga nuklear semakin banyak digunakan di seluruh dunia, kita J.Robert Oppenheimer
merupakan individu
Pola Pertumbuhan Manusia
perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan pertama yang

yang berkaitan
dan persekitaran. mencipta bom atom di Pertumbuhan manusia ialah satu proses
dunia. Beliau digelar berlakunya perubahan dari segi saiz,
sebagai ‘Father of
Impak Penggunaan Senjata Nuklear jumlah bilangan sel, berat, bentuk
the Atomic Bomb’.
Bom ciptaannya tubuh, fungsi badan dan merupakan

dengan sains
Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga telah digunakan satu proses yang kekal dan tidak
nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom. Hasil sampingan oleh tentera Amerika
berbalik. Pertumbuhan ini berlaku
daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu Syarikat dalam Perang
Dunia Kedua. Walau disebabkan pertambahan bilangan
plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom. Dunia bagaimanapun, beliau sel pada tubuh. Pertumbuhan
telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila berasa amat menyesal
manusia berlaku pada seluruh
tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. selepas menyaksikan
sendiri kemusnahan badan dan berlainan mengikut
Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh akibat ledakan jantina dan peringkat umur.
Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. bom atom.
Bayi Kanak-kanak Remaja Dewasa Tua

Rajah 6.15 Peringkat pertumbuhan manusia

130 6.2.2
6.2.3

Laman Sejarah
263
12.3.1

Memuatkan
fakta-fakta sejarah
yang berkaitan Mengukur Suhu Badan Menggunakan
Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

dengan bidang sains Teknik yang Betul


Termometer Klinik

Integrasi Sains dengan... 1. Pastikan suhu termometer berada di bawah 35°C sebelum
digunakan. Jika suhu melebihi 35°C, termometer tersebut
hendaklah dikibas-kibaskan sehingga bacaan berada

Menghubungkan sains
di bawah 35°C.
2. Letakkan termometer tersebut di bawah ketiak ataupun di
dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit (atau sehingga
kedengaran bunyi ‘Bip’ jika anda menggunakan termometer

dengan mata pelajaran lain klinik digital).


3. Keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu.

Pencerutan pada termometer klinik bertujuan


supaya merkuri tidak turun dengan cepat Gambar foto 3.1 Cara
setelah dikeluarkan dari mulut atau ketiak. menyukat suhu badan
Hal ini adalah untuk memberikan sukatan menggunakan termometer
yang lebih tepat. Pencerutan ini tiada pada
klinik
termometer makmal.

Rajah 3.2 Pencerutan pada termometer klinik

Cetusan Minda Termometer Makmal


1. Termometer makmal tidak sesuai digunakan untuk menyukat
suhu badan kerana termometer makmal tidak mempunyai Kembali

Soalan yang bahagian pencerutan pada turus merkuri.


2. Apabila termometer dikeluarkan daripada badan, sama ada
daripada bahagian mulut ataupun ketiak, bacaan suhu akan
Termometer klinik dapat
menyukat suhu dengan
kejituan 0.1°C, manakala
termometer makmal

mencabar pemikiran
turun dengan cepat. Hal ini akan menyebabkan bacaan suhu dapat menyukat suhu
Kimia Industri Bab 9
badan yang diambil tidak tepat. dengan kejituan 1°C.
3. Jika menggunakan termometer makmal untuk menyukat suhu
badan, bacaan suhu perlu diambil ketika termometer masih di

yang berkaitan
Mengapakah aloi dihasilkan? Umumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah
dalam mulut atau di bawah ketiak untuk memastikan bacaan
terkakis. Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita. Maka,
yang lebih tepat.
proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen.
Termometer Rektal (Dubur)
Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan

dengan topik
Integrasi 1. Termometer rektal biasanya digunakan pada bayi yang kurang
berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor an...
apabila dikenakan daya.
Sains den
de gan
ng daripada 3 bulan. Pastikan termometer yang digunakan ada
SEJARAH
mempunyai label untuk kegunaan rektal.
Daya dikenakan Aloi pertama yang ditemui
2. Bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol.
ialah gangsa. Gangsa 3. Sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk
ditemui beratus-ratus tahun memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi.
dahulu, iaitu pada zaman
4. Angkat kaki bayi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.
prasejarah yang disebut Rajah 3.3 Cara menyukat
Zaman Gangsa. Pada 5. Masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira
suhu badan menggunakan
Lapisan atom zaman itu, gangsa banyak 1.5 − 2.5 cm. termometer rektal
mudah menggelongsor digunakan untuk membuat 6. Biarkan termometer sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’.

Imbas Kembali
alatan dan senjata.
Rajah 9.1 Susunan atom dalam logam tulen 7. Rekodkan bacaan suhu.
Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam 35
3.1.1
tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini

Mengingat kembali
demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan
keras berbanding dengan logam tulen.
Atom logam tulen Atom unsur asing Teknologi Terkini Berasaskan Getah

maklumat yang pernah


Getah merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia. Industri getah membantu meningkatkan
Cetusan Minda ekonomi negara. Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah yang dijalankan oleh Lembaga

+ Adakah aloi wujud secara


Getah Malaysia perlu diteruskan supaya industri getah di negara kita bertambah maju pada masa
hadapan. Beberapa penemuan baharu telah dihasilkan menggunakan keistimewaan getah dalam

dipelajari sebelum ini


semula jadi?
bidang pembuatan dan pembinaan. Apakah teknologi yang dikatakan ini?
Aloi

Apabila daya dikenakan,


lapisan atom logam Atom unsur asing
tulen sukar menggelongsor Atom logam tulen

Rajah 9.2 Aloi Asfalt Terubahsuai Getah Pad landasan yang diperbuat
Komposisi atau peratus kandungan setiap unsur dalam aloi boleh diubah mengikut Bekuan (CMA) sebagai konkrit daripada getah diletakkan di
kesesuaian penggunaannya. asfalt untuk menurap jalan raya Getah Colour merupakan antara landasan dengan enjin
supaya tahan lebih lama, tahan cat lukisan yang dihasilkan kereta api untuk mengurangkan
haba, mengurangkan bunyi daripada lateks untuk kegunaan getaran dan bunyi.
bising dan keretakan jalan raya. seni visual.
Aktiviti 9.1 Jalan Galeri
Gambar foto 9.17 Beberapa teknologi terkini berasaskan getah
Tujuan: Membina model susunan zarah di dalam logam dan aloi. PAK21
Bagaimanakah pula dengan potensi lain kegunaan getah pada masa akan datang? Adakah
Arahan: anda boleh memikirkan potensi kegunaan getah pada masa akan datang?
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.

Standard Pembelajaran
2. Pilih satu jenis aloi yang berbeza daripada kumpulan lain.
... ...
3. Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk membina model susunan zarah di dalam aloi dan
logam tulennya. Aktiviti 9.6 Pembentangan Hasil Sendiri
4. Persembahkan model yang dibina di hadapan kelas.
PAK21

Disediakan mengikut
Tujuan: Mengumpulkan maklumat dan membentangkan teknologi terkini
berasaskan getah.
185
9.1.1
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Dengan menggunakan Internet dan media lain, kumpulkan maklumat tentang teknologi terkini
berasaskan getah selain yang dinyatakan dalam buku teks.
3. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bincangkan dalam kumpulan tentang beberapa produk yang
dapat dihasilkan menggunakan getah.
Dokumen Standard Kurikulum
4. Bentangkan idea anda kepada kelas. Pembentangan perlu mengandungi:
• lakaran produk
• tujuan pembuatan
• ciri-ciri istimewa getah yang terdapat dalam produk
dan Pentaksiran
Praktis Formatif 9.3
1. Namakan dua polimer semula jadi dan sintetik serta monomernya.

Praktis Formatif 2. Bandingkan sifat getah asli dan getah tervulkan.


3. Huraikan cara menghasilkan getah tervulkan daripada getah asli.

Soalan untuk
198
9.3.4

menguji kefahaman
murid pada akhir
setiap subtopik

vi

PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 6 31/10/2019 1:40 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

Galeri Sains
Daya dan Gerakan Bab 11

Indeks Jisim Badan


3.4 (a) Nyatakan maksud inersia.
(Body Mass Index, BMI) (b) Bongkah kayu yang manakah mempunyai inersia yang lebih besar?

Maklumat tambahan yang


Jelaskan jawapan anda.
Mengira dan Menentukan Indeks Jisim Badan (c) Nyatakan Hukum Gerakan Newton Pertama.
Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai BMI
7. Rajah 6 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu pelepah dijatuhkan serentak di

berkaitan dengan topik


(Body Mass Index) ialah ukuran jisim badan Jisim badan (kg)
BMI = dalam dua tiub silinder lut sinar, R dan S. Tiub silinder R mempunyai udara, manakala tiub
berbanding dengan ketinggian. BMI boleh dikira (Ketinggian)2 (m2) silinder S berada dalam keadaan vakum.
menggunakan rumus.

Bulu pelepah
... ... Vakum
Aktiviti 3.3 Spin-N-Think
Udara Tiub silinder

Duit syiling Duit syiling Bulu pelepah


PAK21
Tujuan: Mengira dan menentukan BMI.
Arahan: R S
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Rajah 6
2. Guru membekalkan anak panah yang boleh dipusing. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
3. Pusingkan anak panah bagi menentukan giliran murid mana yang perlu mengira BMI mereka. (b) Bandingkan masa bagi duit syiling dan bulu pelepah itu jatuh di dalam tiub silinder R dan S.
4. Murid yang ditentukan gilirannya melalui pusingan anak panah tadi ialah orang yang perlu diambil
Jelaskan jawapan anda.
ukuran jisim badan dan ketinggiannya. Kira BMI murid tersebut bersama-sama.

Cabar Minda
5. Ulang aktiviti ini sehingga semua ahli kumpulan mengetahui BMI masing-masing. (c) Bina satu kesimpulan yang sesuai bagi aktiviti di atas.

Apakah kepentingan mengetahui BMI kita? BMI adalah salah


satu cara untuk menentukan sama ada kita mengalami masalah jisim
badan atau tidak.
Galerii
Galer Sains
Kajian menunjukkan
Soalan KBAT aras 5 8.
Cabarr
Caba
Rajah 7 menunjukkan satu carta pita detik
Minda
Panjang (cm)

dan aras 6
bahawa jangka hayat
bagi sebuah troli yang menuruni landasan yang
Setelah mendapat keputusan BMI, Jadual 3.2 di bawah boleh seseorang yang 50
mempunyai BMI unggul dicondongkan. Jangka masa detik yang digunakan
digunakan untuk menentukan sama ada anda tergolong dalam
iaitu 18.5 − 24.9 kg m−2 bergetar dengan frekuensi 50 Hz. 40
golongan individu yang mengalami masalah jisim badan berlebihan, adalah lebih tinggi (a) Tentukan masa bagi 10 detik tersebut.
normal ataupun kurang jisim badan. daripada seseorang yang (b) Berapakah halaju bagi pita detik 1 dan pita 30
mempunyai BMI yang detik 5?
Jadual 3.2 Carta Indeks Jisim Badan lebih rendah atau tinggi. 20
(c) Landasan dicondongkan lagi supaya troli
Sumber: myHEALTH Portal bergerak ke bawah dengan lebih laju. 10
Ramalkan panjang carta pita detik yang
akan diperoleh. 0 Pita
BMI (kg m-2) Kategori: 1 2 3 4 5 detik
9. Rajah 8 menunjukkan seorang murid sedang Rajah 7
Cetusan Minda
< 18.5 Kurang jisim badan mengetuk hujung pemegang tukul pada
Apakah faktor-faktor yang permukaan keras.
18.5 − 24.9 Jisim badan unggul menyebabkan seseorang (a) Apakah tujuan sebenar murid itu melakukan
itu mengalami jisim aktiviti di atas?
25.0 − 29.9 Berlebihan jisim badan badan berlebihan?
(b) Apakah konsep yang digunakan oleh
30.0 atau lebih Obes murid tersebut?
(c) Terangkan dua aktiviti harian anda yang
menggunakan konsep seperti yang
Pemerhatian: dinyatakan dalam soalan 9(b).
43 Rajah 8
3.4.1
Bikar Pemerhatian
P
253
Q
R

Soalan:
1. Apakah yang berlaku apabila asid etanoik ditambahkan ke dalam lateks?
2. Apakah yang berlaku apabila ammonia ditambahkan ke dalam lateks?
3. Bagaimanakah penggumpalan lateks dapat dicegah?
4. Mengapakah lateks menggumpal apabila terdedah kepada udara?

Pemvulkanan Getah

Tokoh Sains
Sifat semula jadi getah asli yang lembut dan tidak tahan haba adalah tidak sesuai

Rumusan
jika digunakan untuk membuat bahan seperti tayar kenderaan. Oleh sebab suhu
di Malaysia sentiasa panas, sekiranya tayar diperbuat daripada getah asli, tayar itu
akan menjadi lembik dan mencair apabila terkena permukaan jalan raya

Memperkenalkan
yang panas.
Jadi, bagaimanakah sifat getah asli dapat dipertingkatkan untuk menjadikannya
sebagai bahan yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis barangan? Gambaran menyeluruh tentang
tokoh yang Tokoh Sains Proses pemvulkanan boleh membaiki sifat getah dan
menjadikannya lebih kuat. Pemvulkanan ialah proses
pemanasan getah bersama sulfur. Melalui proses pemvulkanan, semua subtopik dalam bab
menyumbang kepada
atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer
getah asli yang berbentuk rantai. Getah yang diperoleh melalui
proses ini disebut getah tervulkan.

pembangunan sains Charles Goodyear


(1800 – 1860)
Beliau telah menemui
+ Sulfur
S
S
S
S
Rangkai
silang sulfur

dan teknologi
S S
kaedah pemvulkanan S
S S
getah pada tahun 1839. S
Beliau memanaskan
satu campuran getah asli
dengan 1% - 3% sulfur Rantai polimer getah asli Getah tervulkan
mengikut jisimnya.
Rajah 9.11 Pemvulkanan getah

Struktur molekul bagi getah tervulkan dilihat mempunyai ikatan antara setiap rantai
polimer getah, manakala bagi getah asli tidak. Hal ini disebabkan oleh atom sulfur yang ditambah R u m u sa n LANGKAH KESELAMATAN
menghasilkan rangkai silang antara rantai polimer getah. Oleh sebab itu, apabila daya dikenakan,
rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor dan apabila haba dikenakan, struktur DI DALAM MAKMAL
molekul getah tervulkan sukar diputuskan. Maka, getah tervulkan adalah lebih keras dan
mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.
196
9.3.3

Peralatan Pembuangan Bahan Pemadam


Perlindungan Diri Sisa Kebakaran

• Gogal Bahan boleh dibuang Jenis pemadam


• Sarung tangan ke dalam singki kebakaran
Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4
• Baju makmal
Menghubung Kait Kecekapan Tenaga dengan Teknologi Hijau • Kasut makmal Bahan tidak boleh Kaedah penggunaan
Bagi menjayakan Teknologi Hijau di negara kita, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah • Topeng muka dibuang ke dalam singki pemadam kebakaran

Negaraku
dilancarkan pada Julai 2009. Apakah tonggak yang terdapat dalam dasar tersebut? Mari kita lihat • Penyiram keselamatan
nota di bawah: (Safety shower)
Mengurus bahan sisa Audit alat pemadam
• Pembilas mata biologi kebakaran

Maklumat tentang

Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1


(Eyewash station)
Terdapat empat tonggak utama yang menguatkan Dasar Teknologi Hijau
• Kebuk wasap
Kebangsaan, iaitu:
(Fume chamber)
• tenaga – mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari Langkah mengurus Mencipta alat pemadam
ketidakbergantungan tenaga
• alam sekitar – meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar
• ekonomi – menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
pencapaian dan • Kabinet aliran laminar
(Laminar flow cabinet)
kemalangan di dalam
makmal
kebakaran ringkas

penglibatan Malaysia
• sosial – meningkatkan kualiti hidup untuk semua
15

Jika kita lihat keempat-empat tonggak di atas, jelaslah

dalam bidang sains


bahawa Teknologi Hijau amat menekankan aspek kecekapan Negaraku
tenaga. Masihkah anda ingat tentang topik kecekapan tenaga yang
anda pelajari semasa di Tingkatan 3? Kecekapan tenaga ialah
penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja
pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau
hasil yang diingini.

Apabila kecekapan tenaga diutamakan di dalam sesebuah


negara melalui pengamalan Teknologi Hijau, maka: Indeks Bangunan Hijau
(GBI) ialah sistem
(a) penjimatan sumber tenaga dapat dipertingkatkan
penarafan yang diberikan
(b) ekonomi negara juga akan semakin kukuh dan kita juga dapat kepada bangunan yang
mengurangkan pembaziran mempunyai ciri-ciri mesra Daya dan Gerakan Bab 11
(c) sisa-sisa buangan dapat ditukarkan kepada suatu bentuk tenaga alam. Masjid Raja Haji
Fi Sabilillah di Cyberjaya
boleh baharu yang lebih bersih dan selamat merupakan masjid
pertama di Malaysia Refleksi Kendiri

Refleksi Kendiri
yang menerima
Malaysia sangat menyokong dan memberikan komitmen
pengiktirafan ini. Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
sepenuhnya dalam melestarikan kecekapan tenaga. Antara inisiatif dan
usaha yang dijalankan ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga adalah: 11.1 Gerakan Linear
• label kecekapan tenaga bagi kelengkapan

Senarai semak hasil


Menerangkan perbezaan antara jarak dengan sesaran serta unit ukuran dalam
elektrik (Rajah 4.1) kehidupan harian.
• Indeks Bangunan Hijau Lebih Banyak Bintang INFORMASI Menjelaskan maksud laju, laju purata, halaju dan pecutan serta unit ukurannya dengan contoh
(Green Building Index)
Lebih Jimat Tenaga
More Stars

dalam kehidupan harian.


More Energy Saving

Masjid ‘Hijau’ Pertama

pembelajaran untuk
• kempen teknologi cekap tenaga PENGGUNAAN TENAGA
ENERGY CONSUMPTION
di Malaysia
Jenis peralatan Jenama dan
Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju, laju purata, halaju dan pecutan dalam
• kempen penggunaan tenaga 5
Model

http://bukutekskssm.my/ kehidupan harian.


elektrik berasaskan
sumber solar 5 Penggunaan Tenaga Purata Setahun
Average Energy Consumption Per Year
Sains/T4/Hlm53
Membezakan jenis gerakan linear.

rujukan murid
XXX kwj
kwh
Produk Ini Menggunakan % Kurang Tenaga
Daripada Produk Biasa

• kempen kesedaran terhadap This Product Consumes % Less Energy


Than An Average Product
Diuji Mengikut / Tested According to xxx 11.2 Graf Gerakan Linear
pengguna melalui amalan Energy Commission
www.st.gov.my

Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk menentukan jarak, sesaran, halaju,
penjimatan tenaga halaju purata dan pecutan.
Rajah 4.1 Label cekap tenaga
11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas
53
4.1.2
Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti Bumi, g.
Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan jatuh bebas.
Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
11.4 Jisim dan Inersia
Menerangkan jisim.
Menerangkan maksud inersia dengan contoh.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.
Berkomunikasi tentang kesan inersia dalam kehidupan harian.

Praktis Sumatif Praktis Sumatif 11


Menilai kefahaman murid pada
Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K11
1. Azmeer menunggang motosikal ke arah utara dengan jarak 24 km,
kemudian ke arah barat untuk 12 km dan akhirnya ke arah selatan

akhir setiap bab


dengan jarak 12 km sebelum dia berhenti untuk berehat (Rajah 1).
Perjalanannya itu telah mengambil masa selama 2 jam. 12 km
(a) Berapakah jarak yang dilalui oleh Azmeer?
(b) Berapakah sesaran yang dilalui oleh Azmeer? 12 km
(c) Tentukan laju purata Azmeer.
(d) Hitungkan halaju purata bagi sesaran yang dilalui oleh Azmeer. 24 km

2. Hilmi berjalan ke arah utara sejauh 8 m, sebelum menuju ke arah


timur sejauh 8 m. Hilmi telah mengambil masa selama 5 minit
untuk melengkapkan perjalanannya.
(a) Berapakah jarak bagi gerakan tersebut? Rajah 1
(b) Berapakah sesaran bagi gerakan tersebut?
(c) Tentukan halaju yang dicapai oleh Hilmi.

251

vii

PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 7 31/10/2019 1:40 PM


Komponen-komponen digital di dalam buku ini:

Muat turun aplikasi pembaca QR code


yang percuma sama ada dari App Store
Video berkaitan dengan topik atau Play Store.
VIDEO

Informasi tambahan
INFORMASI

Kuiz (soalan aneka-pilihan)


pada hujung setiap bab
KUIZ

Panduan mengimbas aplikasi AR untuk Model 3D dan Permainan Interaktif:

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Muat turun aplikasi BT Sains Cari halaman yang Imbas imej pada
Tingkatan 4 AR secara percuma mempunyai ikon ini. halaman tersebut
dengan mengimbas QR code dengan telefon pintar
di bawah. atau tablet anda
untuk melihat model
3D atau bermain
permainan interaktif.
atau
Model 3D: m/s 77, 122, 128,
258, 259
Permainan Interaktif: m/s
146, 184

Model 3D Permainan Interaktif


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Sistem Rangka Manusia Rangka Apendaj


Klavikel
Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang yang pelbagai saiz 9.1 Aloi
dan bentuk. Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua Lengkungan pektoral
bahagian, iaitu rangka paksi dan rangka apendaj. Rangka paksi
Terdapat sepasang lengkungan pektoral di Banyak benda di sekeliling
terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, sternum dan tulang
dalam badan manusia. Lengkungan pektoral ini kita diperbuat daripada aloi.
rusuk. Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral, Skapula menghubungkan tulang tangan dengan rangka paksi. Gambar foto 9.1 menunjukkan
tulang tangan, lengkungan pelvis dan tulang kaki. Lengkungan pektoral terdiri daripada tulang klavikel
beberapa benda yang diperbuat
dan tulang skapula.
Kranium daripada aloi.
Rangka Paksi
Humerus

Tengkorak Tulang tangan

Tengkorak manusia terdiri daripada dua Tulang tangan terdiri daripada humerus, radius, ulna,
bahagian iaitu tulang kranium dan tulang karpus, metakarpus dan falanks. Hujung humerus yang
muka. Tulang kranium berfungsi melindungi berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pektoral.
otak dan tulang muka berfungsi memberikan Hujung humerus yang di sebelah bawah bersendi dengan
bentuk asas atau rangka muka dan juga radius dan ulna. Radius dan ulna bersendi dengan tulang
menyokong gigi. karpus yang membentuk pergelangan tangan. Tulang
metakarpus membentuk tapak tangan dan bersendi
Gambar foto 9.1 Benda yang diperbuat daripada aloi
Radius dengan tulang karpus. Falanks yang membentuk jari
Ulna
Metakarpus
akan bersendi dengan tulang metakarpus.
Apakah Aloi?
Turus vertebra Karpus Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan
Falanks
bukan logam mengikut peratusan yang tertentu. Terdapat beberapa jenis
Turus vertebra terdiri daripada 33 ruas Permainan
aloi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti keluli, piuter, Interaktif
tulang kecil atau vertebra. Tulang-tulang yang Lengkungan pelvis gangsa, loyang dan duralumin. Jadual 9.1 menunjukkan komposisi, sifat
bersambung ini akan membentuk satu turus
yang kuat dan boleh melentur. Turus vertebra ini Lengkungan pelvis ini bersendi dengan rangka paksi. dan kegunaan aloi-aloi tersebut.
mempunyai satu fungsi yang amat penting, iaitu Lengkungan pelvis terbentuk daripada sepasang tulang Jadual 9.1 Komposisi, sifat dan kegunaan aloi
melindungi saraf tunjang. punggung. Lengkungan pelvis menyokong berat badan,
Pandangan melindungi pundi kencing dan organ pembiakan. Aloi Komposisi Sifat Kegunaan
tepi
Pandangan Keluli Besi 99% • Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan
depan Karbon 1% • Membuat badan kenderaan dan landasan kereta api

Piuter Timah 96% • Permukaan berkilau • Membuat barangan perhiasan seperti bingkai
Tulang rusuk dan sternum 1 Tulang kaki Kuprum 3% • Tahan kakisan gambar
Model 3D Femur Antimoni 1%
2 Tulang kaki terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus,
Rusuk manusia dibentuk daripada 3 metatarsus dan falanks. Hujung tulang femur yang Gangsa Kuprum 88% • Keras • Membuat tugu, ukiran logam, duit syiling, pingat
12 pasang tulang rusuk yang bersendi 4 Cetusan Minda berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pelvis. Timah 12% • Tahan kakisan dan sebagainya
dengan vertebra toraks di bahagian 5 Hujung sebelah bawah femur pula bersendi dengan • Warna yang menarik
Bayi ketika dilahirkan Patela
belakang. Tujuh pasang tulang rusuk 6 mempunyai 275 tulang tulang tibia dan fibula. Tibia dan fibula merupakan
bersendi dengan sternum secara terus dan 7 Loyang Kuprum 75% • Kuat • Membuat kunci, tombol pintu, alatan muzik seperti
manakala orang dewasa tulang pada betis. Hujung bawah tulang tibia dan
Fibula Zink 25% • Permukaan berkilat trompet dan sebagainya
tiga tulang rusuk lagi bersambung secara 8 mempunyai 206 tulang. fibula ini bersendi dengan tulang tarsus, iaitu tulang • Mudah ditempa
tidak langsung oleh rawan. Dua pasang lagi Mengapakah perbezaan
pergelangan kaki. Tulang tarsus bersendi dengan tulang • Warna keemasan
(dua terakhir) tergantung bebas. Sternum 9 ini terjadi?
metatarsus yang membentuk tapak kaki. Metatarsus
dan tulang rusuk berfungsi melindungi 10 Duralumin Aluminium 95% • Ringan • Membuat badan pesawat, kapal terbang dan
Vertebra pula bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki.
organ utama, iaitu jantung dan peparu. 12 Sternum Kuprum 3% • Kuat sebagainya
11 toraks Magnesium 1% • Tahan kakisan
Rajah 6.9 Rangka manusia Tibia Falanks Mangan 1%
Tarsus
122 Metatarsus
123
6.1.5 6.1.5 184
9.1.1

viii

PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 8 31/10/2019 1:40 PM


Kandungan
Pendahuluan v
TEMA 1 Kaedah Saintifik
Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 2
1.1 Peralatan Perlindungan Diri 4
1.2 Pembuangan Bahan Sisa 6
1.3 Pemadam Kebakaran 10
Praktis Sumatif 1 16
Bab 2 Bantuan Kecemasan 18
2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 20
2.2 Heimlich Manoeuvre 25
Praktis Sumatif 2 30
Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan 32
3.1 Suhu Badan 34
3.2 Kadar Denyutan Nadi 37
3.3 Tekanan Darah 41
3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 43
Praktis Sumatif 3 46
TEMA 2 Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam 50
4.1 Kelestarian Alam Sekitar 52
4.2 Sektor Tenaga 56
4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 60
4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan 62
4.5 Sektor Pengangkutan 65
4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan 68
Praktis Sumatif 4 71
Bab 5 Genetik 74
5.1 Pembahagian Sel 76
5.2 Pewarisan 84
5.3 Mutasi 90
5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik 100
5.5 Variasi 103
Praktis Sumatif 5 110
Bab 6 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan 112
6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan 114
6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia 128
6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan 133
Praktis Sumatif 6 139
iii

KANDUNGAN_FA_CR_3.indd 3 16/10/2019 4:41 PM


Bab 7 Koordinasi Badan 142
7.1 Sistem Endokrin Manusia 144
7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan 152
7.3 Minda yang Sihat 158
Praktis Sumatif 7 163
TEMA 3 Penerokaan Unsur dalam Alam
Bab 8 Unsur dan Bahan 166
8.1 Asas Jirim 168
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden 171
8.3 Isotop 175
Praktis Sumatif 8 179
Bab 9 Kimia Industri 182
9.1 Aloi 184
9.2 Kaca dan Seramik 189
9.3 Polimer 192
Praktis Sumatif 9 200
Bab 10 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan 202
10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari 204
10.2 Radikal Bebas 212
10.3 Bahan Antioksidan 214
10.4 Produk Kesihatan 217
Praktis Sumatif 10 220
TEMA 4 Tenaga dan Kelestarian Hidup
Bab 11 Daya dan Gerakan 224
11.1 Gerakan Linear 226
11.2 Graf Gerakan Linear 235
11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas 239
11.4 Jisim dan Inersia 246
Praktis Sumatif 11 251
Bab 12 Tenaga Nuklear 254
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear 256
12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 258
12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear 263
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 266
Praktis Sumatif 12 269
Jawapan 271
Peraturan Makmal dan Langkah Keselamatan 276
Glosari 277
Rujukan 279
Indeks 280

iv

KANDUNGAN_FA_CR_3.indd 4 16/10/2019 4:42 PM


1
TEMA
Kaedah Saintifik

• Apakah yang perlu


anda lakukan sekiranya
berlaku kemalangan di
dalam makmal?
• Tahukah anda apa itu CPR?
• Bagaimanakah kita boleh
mengukur tahap kesihatan
badan kita?

TEMA_CR_3.indd 1 01/10/2019 5:30 PM


Bab

1 Langkah Keselamatan
di dalam Makmal

Kata Kunci
Topeng muka
Sarung tangan
Kebuk wasap
Bahan sisa biologi
Keracunan merkuri
Jenis-jenis pemadam
kebakaran

BAB01_FA_CR_3.indd 2 31/10/2019 1:41 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Apakah contoh peralatan perlindungan diri


dan fungsinya?
Apakah ciri bahan yang tidak boleh dibuang
ke dalam singki?
Bagaimanakah cara pengurusan bahan
sisa biologi?
Apakah cara kita menguruskan kemalangan
di dalam makmal?
Berapakah jenis pemadam kebakaran?

Rencana S a i
ns
Tumpahan Mer
kuri di dalam M
Pada Rabu, 2 M akmal Sekolah
ei 2018, seramai
lebih kurang 20 21 orang murid
minit akibat tu dan seorang gu
yang pecah di se m pahan merkuri ru dikuarantin
buah sekolah m daripada satu te
petang ketika m en engah. Kejadian rmometer
urid sedang mel itu berlaku pada
Sepasukan 10 an akukan eksper pukul 2.20
ggota bomba be imen di dalam
menerima pang rgegas ke lokasi makmal sains.
gilan kecemasan kejadian sejuru
Anggota bomba pada 2.24 peta s
bertindak pant ng.
proses menyahc as dengan mel
emar dijalankan akukan kuaran
pada jam 3.30 pe . Kerja menyahc tin, sebelum
tang. em ar di lokasi keja
dian selesai

Sumber: myMet
ro

Anda akan belajar tentang:


peralatan perlindungan diri
pembuangan bahan sisa
pemadam kebakaran
3

BAB01_FA_CR_3.indd 3 31/10/2019 1:41 PM


1.1 Peralatan Perlindungan Diri

Anda telah mempelajari peraturan dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal


di Tingkatan 1. Demi menjaga keselamatan anda ketika berada di dalam makmal, terdapat
pelbagai jenis peralatan perlindungan diri yang perlu anda tahu dan perlu digunakan dengan
cara yang betul.
Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya
Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan
untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya
daripada bahaya.

Gogal
Melindungi mata daripada terkena bahan kimia
berbahaya seperti asid, bromin, ammonia dan
logam reaktif.

Topeng muka
Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu
bahan kimia yang sengit dan mudah meruap
serta debu.

Sarung tangan
Sarung tangan yang diperbuat daripada getah
melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya.

Baju makmal
Baju makmal terdiri daripada lapisan keselamatan
dan mudah untuk dibuka sekiranya berlaku
kecemasan. Baju makmal penting untuk melindungi
kerosakan pada pakaian.

Kasut bertutup/kasut keselamatan


Kasut yang bertutup perlu dipakai ketika berada di
dalam makmal. Fungsinya untuk melindungi kaki
daripada tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca.

Gambar foto 1.1 Peralatan perlindungan diri pada murid

4
1.1.1

BAB01_FA_CR_3.indd 4 31/10/2019 1:41 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal


Peralatan perlindungan diri yang disediakan di dalam makmal ialah seperti penyiram kecemasan,
pembilas mata, kebuk wasap dan kabinet aliran laminar. Walaupun terdapat alat-alat perlindungan
diri di dalam makmal, setiap kemalangan atau kecederaan di dalam makmal perlulah dilaporkan
dengan segera kepada guru.

Kabinet aliran Penyiram kecemasan


laminar (Safety shower)
(Laminar flow cabinet)
Penyiram kecemasan
Kabinet ini digunakan digunakan untuk
untuk mengelakkan membersihkan dan
kontaminasi semasa membilas bahagian badan
aktiviti berkaitan atau pakaian yang
dengan mikrobiologi terkena bahan kimia
dijalankan. dengan segera.

Kebuk wasap
(Fume chamber)
Pembilas mata
(Eyewash station)
Kebuk wasap digunakan untuk
menjalankan eksperimen
yang menggunakan bahan Pembilas mata digunakan
yang mudah meruap, mudah untuk membilas dan
terbakar, beracun, mengakis mencuci mata yang
dan berbau. terkena bahan kimia
dengan segera.

Gambar foto 1.2 Peralatan perlindungan diri di dalam makmal


5
1.1.1

BAB01_FA_CR_3.indd 5 31/10/2019 1:41 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 1.1
1. Berikan tiga contoh alat perlindungan diri yang perlu dipakai semasa di dalam makmal.
2. Hariz terkena percikan asid sulfurik cair pada matanya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan
oleh Hariz?
3. Tandakan (✓) bagi tindakan yang betul.
(a) Amardev memakai gogal semasa dia mencampurkan
asid dan air.
(b) Aqil memakai selipar ketika melakukan eksperimen.
(c) Mira membersihkan bahan kimia yang tertumpah
di atas meja makmal menggunakan tangannya.

1.2 Pembuangan Bahan Sisa


Bahan yang Boleh Dibuang ke dalam Singki dan Tidak Boleh
Dibuang ke dalam Singki
Setelah selesai menjalankan eksperimen, di manakah anda perlu membuang sisa eksperimen
tersebut? Adakah semua bahan sisa boleh dibuang ke dalam singki?

Gambar foto 1.3 Contoh bahan sisa dari makmal


Bahan sisa boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(i) bahan yang boleh dibuang ke dalam singki
(ii) bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki

Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki ialah cecair atau


larutan yang berkepekatan rendah dan tidak berbahaya seperti
bahan neutral, asid lemah dan alkali lemah.

6
1.2.1

BAB01_FA_CR_3.indd 6 31/10/2019 1:41 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Antara contoh bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki ialah:
• sisa pepejal
• bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih
daripada 9
• sebatian pelarut organik
• bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak, hidrogen peroksida)
• bahan toksik
• logam berat
• bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan)
• bahan buangan radioaktif
• bahan meruap
• bahan reaktif
Bahan-bahan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan berbahaya kepada hidupan.

Aktiviti 1.1 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Mencari kesan pembuangan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari kesan pembuangan bahan-bahan berikut ke dalam singki:
•  sisa pepejal
•  bahan dengan nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9
•  gris dan minyak
•  logam berat
•  bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan)
3. Gunakan pelbagai sumber seperti Internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.
4. Bentangkan hasil perbincangan anda di dalam kelas.

Mengurus Bahan Sisa Biologi aleri


Galeri
G Sains
Bahan sisa biologi
Apakah yang merangkumi bahan
anda buang itu? buangan biologi yang
Bukan semua boleh menimbulkan
bahan sisa biologi kemudaratan atau
boleh dibuang ke bahaya biologi.
dalam singki atau Bahan sisa biologi
bakul sampah di ini termasuklah
dalam makmal. bahan kumuhan, tisu,
bangkai, medium
Betul ke cikgu? kultur, bekas
Bagaimanakah plastik, kaca dan
Bahan sisa biologi diuruskan dengan sarung tangan.
cara menguruskan
menggunakan Prosedur Operasi Standard
bahan sisa biologi?
(POS). Mari kita lihat jenis bahan sisa
biologi dan POS untuk menguruskannya.

1.2.2 7
1.2.3

BAB01_FA_CR_3.indd 7 31/10/2019 1:42 PM


Prosedur Operasi Standard (POS) pelupusan bahan sisa biologi ialah prosedur yang digunakan
bagi tujuan mengurus pelupusan sisa biologi di makmal.
Jadual 1.1 Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi
Kategori
Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D
bahan sisa

Jenis bahan
Peralatan tajam Pepejal tidak tajam Bangkai, organ Cecair
sisa biologi

Contoh • Picagari • Sarung tangan • Haiwan makmal • Darah


• Jarum • Tisu • Haiwan uji kaji • Serum
• Bilah skalpel • Medium kultur

Pengurusan • Masukkan ke • Bungkus dan • Dibalut dalam • Dinyahkontaminasi


sisa biologi dalam bekas khas masukkan ke bahan penyerap secara autoklaf
(bekas sisa tajam) dalam beg plastik (kertas tisu), • Dilupuskan secara
• Tidak diautoklaf biobahaya dibungkus rapi di terus ke dalam sistem
• Bekas disimpan • Diautoklaf dan dalam beg plastik kumbahan melalui
di tempat yang dimasukkan biobahaya dan singki makmal
selamat sebelum ke dalam tong disejuk beku atau tandas
dilupuskan biobahaya sebelum dilupuskan

Kategori bahan sisa:


Lakukan Kategori A − Disimpan sementara di tempat yang selamat
pengasingan Kategori B − Dimasukkan ke dalam beg autoklaf kalis bocor dan
sisa di puncanya diautoklaf (suhu 121°C, tekanan 15 psi, 20 minit)
dengan betul. Kategori C − Dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara
di dalam penyejuk beku

Sisa yang telah Sisa yang telah dibungkus itu dilabelkan dan dimasukkan ke
dinyahkontaminasi dalam tong biobahaya. Tong biobahaya disimpan sementara
dimasukkan ke dalam dalam keadaan selamat, terkawal dan disejukkan sebelum
beg biobahaya. pelupusan berpusat dijalankan.

Rajah 1.1 Carta alir Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi
(Sumber: Pengurusan Makmal Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM)

Aktiviti 1.2 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang idea baharu untuk mengurus bahan
sisa biologi pada masa depan.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Bincangkan idea baharu cara untuk menguruskan bahan sisa biologi yang tidak dapat ditampung
oleh Bumi pada masa depan seperti mencipta alat pelupusan atau insinerator masa depan.
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.

8 1.2.3

BAB01_FA_CR_3.indd 8 31/10/2019 1:42 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Langkah Mengurus Kemalangan di dalam aleri


Galeri
G Sains
Makmal Jenis kemalangan yang
Kemalangan di dalam makmal boleh berlaku disebabkan oleh biasa berlaku di dalam
makmal:
kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran • Terkena serpihan kaca
dan pengetahuan dalam pelaksanaan eksperimen sains. • Terkena asid atau alkali
pekat
• Kebakaran kecil
Semasa menjalankan eksperimen, rakan anda tertumpah sejenis • Terkena serpihan hasil
bahan kimia ke atas meja. Apakah yang perlu anda lakukan? daripada tindak balas
logam reaktif
• Termometer pecah
• Kebocoran gas
Segera Jadikan Sekat tumpahan • Renjatan elektrik
memberitahu kawasan daripada merebak
guru atau tumpahan menggunakan pasir
pembantu sebagai untuk membentuk
makmal kawasan sempadan
larangan Cetusan Minda
Cetusan
Apakah langkah pertama
yang perlu anda lakukan
jika mata rakan anda
terkena bahan kimia?
Kaut tumpahan bahan kimia Buang dengan selamat

Termometer yang jatuh dan pecah akan mengakibatkan tumpahan merkuri. Tahukah anda
tentang bahayanya merkuri? Keracunan merkuri berlaku apabila seseorang tersentuh atau
berlaku peresapan melalui kulit dalam kuantiti tertentu. Merkuri boleh menyerang sistem
saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal. Oleh itu, cara mengendalikan
merkuri dengan selamat sangat perlu dititikberatkan. Apakah yang perlu anda lakukan jika
ada berlaku tumpahan merkuri di makmal sekolah anda?

Jadikan kawasan
Segera memberitahu guru Tabur serbuk sulfur untuk
tumpahan sebagai
atau pembantu makmal menutupi tumpahan
kawasan larangan

Hubungi Jabatan Bomba

Contoh organisasi yang menguruskan dan menyediakan modul keselamatan di dalam makmal
adalah seperti berikut:

National Institute of Occupational Safety


and Health (NIOSH)
http://bukutekskssm.my/Sains/T4/Hlm9
INFORMASI

9
1.2.4

BAB01_FA_CR_3.indd 9 31/10/2019 1:42 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 1.2
1. Asri ingin membuang asid hidroklorik pekat dengan pH 3 ke dalam singki tetapi telah dihalang
oleh Selvi. Adakah betul tindakan yang dilakukan oleh Selvi? Mengapa?
2. Tandakan (✓) bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.

Air suling Asid pekat Bahan radioaktif

3. Terangkan cara pelupusan bangkai secara ringkas.


4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya termometer di dalam makmal pecah?

1.3 Pemadam Kebakaran

Jenis Pemadam Kebakaran


Alat pemadam kebakaran ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal atau memadamkan
kebakaran. Terdapat empat jenis alat pemadam kebakaran yang biasa digunakan. Alat pemadam
kebakaran dikelaskan berdasarkan medium pemadam kebakaran. Jenis alat pemadam kebakaran
yang biasa digunakan adalah seperti di dalam Rajah 1.2.
JENIS ALAT PEMADAM KEBAKARAN

Karbon
Air Buih Serbuk kering
dioksida

Warna label: merah Warna label: krim Warna label: hitam Warna label: biru
Memadamkan Memadamkan Memadamkan Memadamkan semua
kebakaran melibatkan kebakaran melibatkan kebakaran yang jenis kebakaran
bahan pepejal seperti bahan pepejal seperti melibatkan peralatan
kain, kertas dan kayu kayu dan kertas serta elektrik, gas dan wap
jenis cecair atau gas
yang mudah terbakar
seperti minyak, cat dan
gas asli
Rajah 1.2 Jenis alat pemadam kebakaran
10
1.3.1

BAB01_FA_CR_3.indd 10 31/10/2019 1:42 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Kebakaran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan bahan api yang terbakar.
Alat pemadam kebakaran perlu digunakan berdasarkan potensi punca-punca kelas kebakaran
yang dikenal pasti di sesuatu bangunan atau kawasan. Jadual 1.2 menunjukkan jenis kebakaran
dan jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan.
Jadual 1.2 Jenis kebakaran dan jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan

Jenis Jenis alat pemadam


Penerangan
kebakaran kebakaran
• Air
Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal (kecuali
Kelas A • Buih
logam) seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar
• Serbuk kering

• Buih
Kebakaran melibatkan jenis cecair seperti petrol, kerosin, diesel, cat, varnis
Kelas B • Serbuk kering
dan lain-lain
• Karbon dioksida
• Serbuk kering
Kelas C Kebakaran melibatkan gas seperti gas LPG, LNG, oksigen dan lain-lain
• Karbon dioksida
Kebakaran melibatkan logam seperti magnesium, aluminium, natrium,
Kelas D • Serbuk kering
kalium dan sebagainya
• Serbuk kering
Kelas E Kebakaran melibatkan peralatan elektrik
• Karbon dioksida
• Serbuk kering
Kelas F Kebakaran melibatkan lemak dan minyak masak
• Karbon dioksida

Alat pemadam kebakaran lain yang digunakan adalah seperti pemadam kebakaran jenis ABC,
selimut kebakaran, pasir dan air. Pasir boleh digunakan untuk memadam kebakaran awal. Air pula
boleh digunakan untuk memadam kebakaran kecuali kebakaran yang berpunca daripada minyak.

Selimut kebakaran

Pemadam api ABC • Diperbuat daripada dua lapisan


gentian kaca
• Mampu memadamkan api yang
• Boleh digunakan untuk semua kecil atau sederhana yang susah
jenis kebakaran kecuali kebakaran dipadamkan oleh air
disebabkan logam dan gas yang • Memadamkan api pada badan
tidak memungkinkan ledakan mangsa dengan
• Tidak berbahaya kepada manusia menyelimuti
dan haiwan badan mangsa
• Tidak mencemarkan tanah
• Mudah diselenggara
(sekurang-kurangnya sekali setahun)
• Kelembapan yang dihasilkan adalah
lebih lama, justeru menghalang api
daripada merebak semula

Gambar foto 1.4 Pemadam api ABC Gambar foto 1.5 Selimut kebakaran

11
1.3.1

BAB01_FA_CR_3.indd 11 31/10/2019 1:42 PM


aleri
Galeri
G Sains Kaedah Penggunaan Pemadam Kebakaran
Senarai semak ringkas Alat pemadam kebakaran sangat mudah digunakan.Walau
panduan keselamatan bagaimanapun, kita perlu belajar cara yang betul untuk
kebakaran: menggunakan alat pemadam kebakaran ini.
✓ Memasang alat
pengesan asap
✓ Pastikan ada pelan
kecemasan dan laluan • Tanggalkan pin

1
kecemasan dari setiap keselamatan daripada
bilik dan semua penghuni
tahu serta telah berlatih
pemadam kebakaran.
menggunakannya • Pastikan alat pemadam
✓ Gunakan mentol yang kebakaran ditegakkan.
sepadan dengan
watt lampu
✓ Perkakasan elektrik yang
menghasilkan haba diletak
sekurang-kurangnya • Halakan muncung alat

2
1 meter dari tirai, perabot pemadam kebakaran ke
dan apa-apa peralatan pangkal api.
yang mudah terbakar
• Pastikan anda berada
✓ Elakkan mengecas pada jarak kira-kira
peralatan elektronik
di atas katil atau 2.0 – 2.5 meter dari api.
tanpa pengawasan
✓ Periksa pendawaian
elektrik dari masa ke
masa untuk mengenal
pasti dan mengatasi

3
kerosakan atau kebakaran
akibat litar pintas
• Tekan pemicit atas alat
pemadam.
✓ Elakkan membuat
penyambungan atau
membebankan
litar elektrik
✓ Letakkan mancis dan
• Ratakan semburan ke

4
pemetik api di tempat
yang tinggi supaya tidak seluruh sumber api dengan
boleh dicapai oleh
kanak-kanak menggerakkan muncungnya
✓ Bekas-bekas yang
dari sisi ke sisi.
mengandungi cecair
mudah terbakar
hendaklah disimpan di
tempat yang jauh dan
selamat daripada punca
api dan kanak-kanak
✓ Anda disyorkan
meletakkan satu unit alat
pemadam kebakaran jenis
serbuk kering ataupun
jenis ABC di rumah

12
1.3.2

BAB01_FA_CR_3.indd 12 31/10/2019 1:42 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

Aktiviti 1.3 Main Peranan

Tujuan: Menunjukkan cara penggunaan alat pemadam kebakaran. PAK21


Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli.
2. Pilih seorang ahli kumpulan yang perlu memainkan peranan sebagai ahli bomba.
3. Murid yang menjadi ahli bomba diberi masa selama 5 minit untuk membaca cara atau teknik
menggunakan alat pemadam kebakaran. Murid tersebut boleh mendapatkan maklumat daripada
Internet, melalui pembacaan, bertanya kepada pembantu makmal ataupun guru.
4. Selepas 5 minit, murid tersebut perlu memainkan peranan sebagai ahli bomba yang sedang
menggunakan alat pemadam kebakaran. Perhatikan cara yang ditunjukkan.
5. Pilih ahli yang lain pula untuk menjadi ahli bomba dan memainkan peranannya sehingga semua ahli
berjaya menggunakan alat pemadam kebakaran.

Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Sekolah


Biasanya, beberapa alat pemadam Meter
tekanan Tarikh luput
kebakaran disediakan dan ditempatkan
di sekitar sekolah. Namun begitu, JABATAN BOMBA DAN
adakah alat pemadam kebakaran yang PENYELAMAT MALAYSIA

ada di sekolah anda dapat berfungsi Nombor APA : UF052013Y956608


dengan baik sekiranya berlaku
Jenis
kebakaran? pemadam
kebakaran Tarikh luput : 14-12-2019
Bagaimanakah anda boleh
menjalankan audit alat pemadam APARTMEN MENTARI,
50088 WP KUALA LUMPUR.
kebakaran di sekolah?

... ...
Aktiviti 1.4 Meja Bulat

Tujuan: Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah. PAK21


Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli.
2. Dapatkan maklumat mengenai alat pemadam kebakaran yang ada di dalam kawasan sekolah.
3. Catatkan:
(a) jenis pemadam kebakaran
(b) tarikh luput
(c) bacaan tekanan pada pemadam kebakaran
(d) bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis
(e) lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan sekolah
4. Edarkan catatan anda mengikut pusingan jam. Ahli yang lain perlu membetulkan catatan anda
sekiranya terdapat kesilapan.
5. Selepas 30 minit, kembali ke makmal dan bentangkan hasil dapatan audit anda.

13
1.3.3

BAB01_FA_CR_3.indd 13 31/10/2019 1:42 PM


Mencipta Alat Pemadam Kebakaran Ringkas

Aktiviti 1.5 Projek STEM

Sebuah dapur mempunyai pelbagai bahan mudah terbakar seperti tepung, gula dan minyak.
Kewujudan bahan api juga boleh menjadi punca kebakaran di rumah.
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, cipta satu alat pemadam kebakaran ringkas yang berfungsi
dengan menggunakan bahan yang boleh didapati di rumah.
Berikut ialah langkah asas aktiviti STEM yang harus dilalui oleh murid:
1. Mengemukakan soalan dan mengenal pasti masalah
2. Membangunkan dan menggunakan model
3. Merancang dan menjalankan penyiasatan dalam bentuk inkuiri
4. Menganalisis dan menginterpretasi data yang diperoleh
5. Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasional
6. Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian
7. Melibatkan diri dalam perbahasan dan membincangkannya berdasarkan eviden
8. Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat tersebut

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 1.3
1. Nyatakan empat jenis alat pemadam kebakaran.
2. Apakah fungsi selimut kebakaran dan bagaimanakah selimut kebakaran dapat menyelamatkan
mangsa kebakaran kecil?
3. Susun langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran dengan betul.

P Q R

14
1.3.4

BAB01_FA_CR_3.indd 14 31/10/2019 1:42 PM


R u m u sa n LANGKAH KESELAMATAN

BAB01_FA_CR_3.indd 15
DI DALAM MAKMAL

Peralatan Pembuangan Bahan Pemadam


Perlindungan Diri Sisa Kebakaran

• Gogal Bahan boleh dibuang Jenis pemadam


• Sarung tangan ke dalam singki kebakaran

• Baju makmal
• Kasut makmal Bahan tidak boleh Kaedah penggunaan
• Topeng muka dibuang ke dalam singki pemadam kebakaran
• Penyiram keselamatan
(Safety shower)
Mengurus bahan sisa Audit alat pemadam
• Pembilas mata biologi kebakaran
(Eyewash station)
• Kebuk wasap
(Fume chamber)
Langkah mengurus Mencipta alat pemadam
• Kabinet aliran laminar kemalangan di dalam kebakaran ringkas
(Laminar flow cabinet) makmal

15
Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

31/10/2019 1:42 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
1.1 Peralatan Perlindungan Diri
Menjelaskan peralatan perlindungan diri serta fungsinya dengan contoh.
1.2 Pembuangan Bahan Sisa
Menjelaskan bahan yang boleh dibuang ke dalam singki dengan contoh.
Mencirikan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
Mengurus bahan sisa biologi.
Berkomunikasi mengenai langkah mengurus kemalangan di dalam makmal.
1.3 Pemadam Kebakaran
Berkomunikasi mengenai jenis pemadam kebakaran.
Menerangkan kaedah penggunaan pemadam kebakaran.
Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.
Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 1 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K1

1. (a) Berikan tiga contoh peralatan perlindungan diri yang ada di dalam makmal sekolah.

(b) Mengapakah makmal sekolah merupakan kawasan larangan?


(c) Jasman telah membuang air limau, sisa daripada aktiviti sains yang telah dijalankan ke
dalam singki.
Wajarkah tindakan Jasman?

16

BAB01_FA_CR_3.indd 16 31/10/2019 1:42 PM


Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1

2. Rajah 1 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku di makmal sains.

Etanol

Rajah 1
(a) Berdasarkan gambar yang diberikan, nyatakan:
(i) jenis kebakaran
(ii) alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan

(b) Pada pendapat anda, kenapakah kebakaran tersebut boleh berlaku?

(c) Azhar berada di tempat kejadian ketika kebakaran tersebut berlaku. Nyatakan
langkah-langkah yang boleh diikuti oleh Azhar untuk memadamkan kebakaran tersebut.

(d) Sebagai langkah penjagaan alat pemadam kebakaran, audit alat pemadam kebakaran
hendaklah selalu dilakukan. Nyatakan lima perkara yang perlu diperhatikan semasa
menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.

Cabar
C abar Minda
3. Apabila anda masuk ke dalam makmal, adakah anda perlu memakai topeng muka setiap
masa? Terangkan jawapan anda.

4. Haziq telah menerima tugasan untuk menjalankan eksperimen bagi menentukan takat
didih air garam. Terangkan cara Haziq boleh memastikan semua langkah keselamatan
di dalam makmal dipatuhi semasa menjalankan eksperimen tersebut.

5. Huraikan langkah-langkah yang betul bagi melupuskan alatan tajam yang telah digunakan
dalam eksperimen di makmal sains.

17

BAB01_FA_CR_3.indd 17 31/10/2019 1:42 PM


Bab

2 Bantuan Kecemasan

Kata Kunci
Kaedah CPR
Tekanan dada
Bantuan pernafasan
mulut ke mulut
Kaedah Heimlich
Manoeuvre
Tercekik

18

BAB 02_FA_CR_3.indd 18 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

Apakah yang perlu anda lakukan jika terjumpa


seseorang yang tidak sedarkan diri atau
tercekik di tempat awam sebelum mangsa
dibawa ke hospital?
Bagaimanakah kaedah CPR dan Heimlich
Manoeuvre dilakukan?
Apakah kepentingan kedua-dua kaedah
bantuan kecemasan itu?

Rencana S a i
ns
Talian Kecemas
an 999
Talian kecemas
an 999 ialah nom
menggabungkan bor kecemasan
lima agensi, iaitu yang
Malaysia (APM), Angkatan Pertah
Polis DiRaja Mal anan Awam
Kesihatan Malay aysia (PDRM), Ke
sia (KKM), Jabata menterian
Malaysia (JBPM n Bomba dan Pe
) dan Agensi Peng nyelamat
(APMM) bagi mem ua tkuasaan Mariti
udahkan orang m Malaysia
kecemasan deng awam mendapa
an segera. Setia tkan bantuan
yang dibuat mel p panggilan kece
alui talian ini ad masan
pemanggil akan alah percuma da
direkod. Hal ini n nombor
yang membuat bertujuan supaya
panggilan palsu pemanggil
seorang rakyat M dapat dikesan. Se
alaysia yang bert bagai
talian ini apabila anggungjawab,
anda benar-ben hubungilah
kecemasan saha ar memerlukan
ja. perkhidmatan

Anda akan belajar tentang:


resusitasi kardiopulmonari
(Cardiopulmonary resuscitation, CPR)
Heimlich Manoeuvre
19

BAB 02_FA_CR_3.indd 19 01/10/2019 5:14 PM


2.1 Resusitasi Kardiopulmonari
(Cardiopulmonary Resuscitation, CPR)

Definisi CPR
Resusitasi kardiopulmonari
(Cardiopulmonary resuscitation)
atau disebut CPR ialah bantuan
kecemasan yang melibatkan
gabungan teknik tekanan di
bahagian dada dan hembusan
ke dalam mulut mangsa untuk
mengembalikan degupan jantung
dan pernafasannya. Apakah
situasi yang memerlukan CPR?

Gambar foto 2.1 Sekumpulan murid sedang belajar melakukan CPR


(Sumber foto: The Star, Malaysia)

Situasi yang Memerlukan CPR


Rajah 2.1 ialah peta bulatan yang menunjukkan beberapa keadaan individu yang memerlukan CPR.

Hospital Laman web

Jika seorang
individu tidak
bernafas
Jika seorang Keadaan
individu tidak individu yang
memberikan memerlukan
respons terhadap CPR
rangsangan

Jika seorang individu


tiada degupan
jantung atau nadi

Buku kesihatan

Rajah 2.1 Keadaan individu yang memerlukan CPR

20
2.1.1

BAB 02_FA_CR_3.indd 20 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

Keadaan-keadaan yang dinyatakan dalam Rajah 2.1 mungkin disebabkan oleh:

Serangan jantung

Renjatan elektrik

Lemas

Panahan petir

Rajah 2.2 Punca-punca keadaan yang memerlukan CPR

21
2.1.1

BAB 02_FA_CR_3.indd 21 01/10/2019 5:14 PM


CPR ialah kaedah mudah yang tidak memerlukan sebarang peralatan. Orang
ramai sangat digalakkan untuk mempelajari kaedah CPR dengan betul
supaya dapat menyelamatkan nyawa seseorang sebelum bantuan paramedik
Kaedah CPR tiba. Jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul, tulang rusuk mangsa boleh
patah atau udara yang dihembus ke dalam mulut mangsa mungkin tidak
sampai ke dalam peparunya. Mari kita lihat kaedah CPR yang betul untuk
orang dewasa.

Periksa respons mangsa 1


Apabila anda terlihat seseorang rebah secara
tiba-tiba dan pengsan, pergi ke arah mangsa dan
pastikan keadaan sekitarnya selamat. Kemudian,
periksa respons mangsa. Tepuk bahu mangsa dan
tanya “Adakah anda OK?”. Jika tiada respons, jerit
“Tolong” dan minta bantuan orang lain di sekeliling
untuk menghubungi talian kecemasan 999.

2 Buka saluran pernafasan


Pastikan mangsa berbaring dengan bahagian
dadanya menghadap ke atas di permukaan yang
rata. Dongakkan kepala mangsa ke belakang
dan angkat dagunya untuk membuka saluran
pernafasannya. Periksa sama ada mangsa
bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi
hembusan nafas daripada mulut dan hidung
mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.

Rajah 2.3 Kaedah CPR


22
2.1.2

BAB 02_FA_CR_3.indd 22 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

3 Tekanan dada
Jika nadi atau pernafasan tidak dikesan, teknik tekanan dada
perlu dilakukan untuk membantu peredaran darah di dalam
badan mangsa.
Letakkan sebelah tapak tangan di bahagian tengah dada
mangsa. Dengan memastikan tangan dalam keadaan lurus,
tekup tangan tadi dan selang-selikan jari.
Bangun dan condongkan badan sedikit ke depan dengan
bahu berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke
bawah lebih kurang 5 cm dan tidak lebih daripada 6 cm.
Lepaskan tekanan dengan tangan masih pada dada mangsa.
Biarkan dada mangsa kembang semula sepenuhnya
sebelum tekanan seterusnya dilakukan.
Tekanan dada dilakukan pada kadar 100 − 120 tekanan
per minit.

Kedudukan
tangan

Bantuan pernafasan
4
Jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa dan hembuskan
udara ke dalam mulutnya selama 1 saat setiap hembusan. Langkah
ini membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan
sampai ke peparu.

5
Kaedah CPR
http://bukutekskssm.my/ Tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti
Sains/T4/KaedahCPR_ dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut
VIDEO Hlm23.mp4
dilakukan secara berulangan sehingga
ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar.
(Sumber: Basic Life Support Training Jika mangsa bernafas tetapi masih belum
Manual, terbitan Kementerian sedar, ubah kedudukan badan mangsa
Kesihatan Malaysia) dalam keadaan mengiring.
23
2.1.2

BAB 02_FA_CR_3.indd 23 01/10/2019 5:14 PM


Aktiviti 2.1 Demonstrasi

PAK21
Tujuan: Mempelajari tatacara melakukan prosedur CPR.
Arahan:
1. Anjurkan satu Kursus Pertolongan Cemas untuk murid-murid Tingkatan 4
di sekolah anda dengan kerjasama St. John Ambulans Malaysia (SJAM)
atau Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
2. Hubungi SJAM atau BSMM yang berdekatan dengan sekolah anda untuk Nota:
mendapatkan maklumat lanjut tentang penganjuran kursus ini dengan Aktiviti 2.1, muka surat
bantuan ahli paramedik mereka. 24 dan Aktiviti 2.2, muka
3. Minta ahli paramedik melakukan sesi demonstrasi untuk menunjukkan surat 28 perlu dijalankan
secara serentak.
tatacara melakukan CPR yang betul.

aleri
Galeri
G Sains
Kepentingan CPR
Berdasarkan Garis Anda telah mempelajari pengangkutan darah dan respirasi semasa
Panduan CPR terkini di Tingkatan 3. Kaedah CPR dilakukan untuk memulihkan sistem
(American Heart peredaran darah mangsa dan membekalkan oksigen ke dalam badan
Association, 2016),
jika anda tidak selesa
mangsa. Kaedah tekanan dada dilakukan untuk menghasilkan
melakukan bantuan peredaran darah secara buatan dengan mengepam darah melalui
pernafasan mulut ke jantung. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan aliran darah
mulut, kaedah tekanan di dalam badan mangsa, terutamanya bagi mangsa yang mengalami
dada sahaja juga boleh
membantu menyelamatkan serangan jantung yang menyebabkan degupan jantungnya terhenti
nyawa mangsa. sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa.
Selain melakukan tekanan dada, CPR juga melibatkan
bantuan pernafasan kepada mangsa. Hembusan mulut ke mulut
membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam
peparunya. Oksigen akan diangkut ke otak dan seluruh tubuh
mangsa. Kerosakan otak boleh berlaku jika oksigen tidak sampai ke
otak dalam tempoh tertentu.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 2.1
1. Terangkan maksud resusitasi kardiopulmonari (CPR).
2. Berikan tiga situasi yang menyebabkan pernafasan atau degupan jantung terhenti.
3. Pada suatu hari, semasa Muthu dan ayahnya sedang menonton televisyen di rumah, tiba-tiba
ayahnya terkena serangan jantung lalu pengsan. Bolehkah Muthu memberikan CPR kepada
ayahnya? Terangkan jawapan anda.
4. Jika anda tidak pernah tahu mengenai kaedah menekan dada yang betul, bolehkah anda
melakukan kaedah tersebut kepada mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan?
Bagaimanakah anda boleh memberikan bantuan?

24 2.1.2
2.1.3

BAB 02_FA_CR_3.indd 24 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

2.2 Heimlich Manoeuvre

Laman Sejarah

Definisi Heimlich Manoeuvre Pada tahun 1974,


Dr. Henry Heimlich,
Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang seorang pakar
bedah toraks, telah
dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu menemui kaedah
yang tercekik. Tercekik ialah keadaan yang berlaku Heimlich Manoeuvre.
apabila saluran pernafasan tersekat disebabkan oleh
makanan atau bendasing.
Jika anda mendapati seseorang mengalami situasi
seperti di bawah, kaedah Heimlich Manoeuvre perlu
dilakukan dengan segera. aleri
Galeri
G Sains
1 2 Bagaimanakah seseorang
boleh tercekik?
Memegang
Tidak boleh
leher dengan
bercakap atau
kedua-dua
batuk
tangan

Epiglotis
Situasi mangsa yang Makanan Esofagus
memerlukan kaedah Trakea
Heimlich Manoeuvre
Apabila seseorang
3 4 menelan makanan,
Kulit, bibir epiglotis akan terlipat
dan menutup saluran
dan kuku pernafasan (trakea).
kelihatan Sukar bernafas Makanan akan terus
kebiruan dan bergerak ke dalam
kehitaman esofagus menuju ke
perut. Jika makanan
menghalang saluran
Rajah 2.4 Situasi mangsa yang memerlukan pernafasan, seseorang
kaedah Heimlich Manoeuvre akan tercekik.

Kepentingan Heimlich Manoeuvre


Seperti yang telah anda ketahui, badan dan otak manusia sentiasa memerlukan oksigen. Oksigen
diperoleh daripada udara dan disedut masuk ke dalam peparu manusia. Oksigen ini kemudiannya
akan diserap ke semua sel badan manusia termasuk di otak. Namun, jika seseorang itu tercekik,
saluran pernafasan akan tersumbat dan menghalang oksigen ke peparu. Keadaan ini menyebabkan
oksigen tidak cukup untuk dihantar ke otak. Jika bantuan kecemasan lambat diberikan, mangsa yang
tercekik itu boleh mengalami kerosakan otak atau lebih buruk lagi akan mengakibatkan kematian.

25
2.2.1

BAB 02_FA_CR_3.indd 25 01/10/2019 5:14 PM


Kaedah Heimlich Manoeuvre
Sama seperti CPR, kaedah ini juga tidak memerlukan sebarang peralatan dan perlu dipelajari
oleh orang ramai supaya dapat menyelamatkan nyawa mangsa yang tercekik. Mari kita lihat cara
kaedah ini dilakukan.

2
Kelilingkan tangan
dari belakang
mangsa dan
genggamkan
tangan kanan.

1
Berdiri di belakang
mangsa dan
bongkokkan badan
mangsa sedikit
ke hadapan.

Rajah 2.5 Kaedah Heimlich Manoeuvre

26
2.2.2

BAB 02_FA_CR_3.indd 26 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

3 Letakkan genggaman
tangan kanan di antara
pusat dengan bawah rusuk
mangsa. Letakkan tangan kiri
di atas tangan kanan
yang digenggam.

4 Tekan dan sentak ke


atas dengan kuat dan
cepat. Tekanan
yang diberikan akan
menambahkan tekanan
di dalam peparu,
menyebabkan bendasing
tertolak keluar.
Kaedah Heimlich Manoeuvre
http://bukutekskssm.my/Sains/T4/
HeimlichManoeuvre_Hlm27.mp4
VIDEO
(Sumber: Basic Life Support Training Manual,
terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia)

27
2.2.2

BAB 02_FA_CR_3.indd 27 01/10/2019 5:14 PM


Jika tiada orang berdekatan semasa tercekik, cara untuk
menyelamatkan diri adalah dengan meletakkan tangan
(mengikut kaedah Heimlich Manoeuvre) di antara pusat
dengan bawah rusuk. Cuba berikan tekanan pada bahagian
tersebut dengan membongkokkan badan. Jika tiada tenaga,
cari objek separas pinggang seperti kerusi atau meja,
bongkokkan badan, tolak badan dengan seluruh tenaga
kepada objek tersebut.

Rajah 2.6 Kaedah Heimlich


Manoeuvre pada diri sendiri

Aktiviti 2.2 Demonstrasi

Tujuan: Mempelajari tatacara melakukan Heimlich Manoeuvre. PAK21

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini bersama-sama dengan Aktiviti 2.1.
2. Minta ahli paramedik melakukan sesi demonstrasi untuk menunjukkan tatacara melakukan Heimlich
Manoeuvre dengan betul.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 2.2
1. Terangkan maksud Heimlich Manoeuvre.
2. Amirul sedang makan di restoran dengan datuk.
Tiba-tiba, datuknya menunjukkan tanda tercekik.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Amirul untuk
menolong datuknya? Penerangan anda hendaklah
merangkumi semua langkah yang diambil.
3. Apakah kepentingan mempelajari kaedah
Heimlich Manoeuvre?

28
2.2.2

BAB 02_FA_CR_3.indd 28 01/10/2019 5:14 PM


R u m u sa n

BAB 02_FA_CR_3.indd 29
BANTUAN KECEMASAN

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Heimlich Manoeuvre

Definisi Definisi

Tidak bernafas
Tiada respons
Situasi terhadap rangsangan Situasi Tercekik
Tiada degupan
jantung atau nadi

Kepentingan Kepentingan

Kaedah Kaedah

29
Bantuan Kecemasan Bab 2

01/10/2019 5:14 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR)
Menyatakan maksud CPR dan situasi yang memerlukan CPR.
Mendemonstrasi kaedah CPR.
Menerangkan kepentingan CPR.
2.2 Heimlich Manoeuvre
Menerangkan Heimlich Manoeuvre dan kepentingannya.
Membuat demonstrasi Heimlich Manoeuvre.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 2 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K2
1. Rajah 1 menunjukkan dua kaedah bantuan kecemasan, P dan Q.

P Q
Rajah 1
(a) Nyatakan kaedah bantuan kecemasan P dan Q.
(b) Apakah kesan kepada kedua-dua mangsa sekiranya tiada orang yang sanggup memberikan
bantuan dengan segera?

2. Ronnie terjatuh ke dalam sungai ketika melalui titi.


Ketika kejadian, Khairul turut melalui titi tersebut
dan berjaya menarik Ronnie keluar dari sungai itu.
(a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu
dilakukan oleh Khairul jika didapati Ronnie
pengsan dan tiada denyutan nadi selepas
dikeluarkan dari sungai itu?
(b) Jika Khairul berjaya melakukan bantuan
kecemasan yang anda nyatakan dalam
soalan 2(a) kepada Ronnie, apakah langkah
seterusnya yang perlu diambil?
Rajah 2

30

BAB 02_FA_CR_3.indd 30 01/10/2019 5:14 PM


Bantuan Kecemasan Bab 2

3. Rajah 3 menunjukkan makanan menyekat saluran pernafasan.

Epiglotis
Makanan
Esofagus
Trakea
Rajah 3

(a) Apakah yang berlaku kepada individu tersebut jika saluran pernafasannya tersekat?
(b) Secara ringkas, terangkan cara kaedah Heimlich Manoeuvre dapat membantu mangsa.
(c) Adakah kaedah Heimlich Manoeuvre boleh dilakukan kepada wanita mengandung? Apakah
cara yang boleh digunakan bagi menyelamatkan wanita mengandung yang tercekik?

4.
Jia Hui mempunyai tabiat makan sambil bercakap dan sering ditegur oleh ibunya. Pada suatu
hari, ketika dia sedang makan bersama rakan-rakannya, dia telah tercekik.
(a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu dilakukan oleh rakan-rakannya bagi menyelamatkan
Jia Hui?
(b) Terangkan kaedah yang anda nyatakan dalam soalan 4(a).

Cabar
C abar Minda
5. Bantuan kecemasan merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan
kepada seseorang yang sakit atau pengsan secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan
tiba. Pada suatu hari, Saiful tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah pusat
beli-belah. Jika anda berada di tempat kejadian, cadangkan kaedah pertolongan cemas
yang akan anda berikan.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:
(a) kenal pasti tujuan
(b) analisis setiap pilihan
(c) senarai pilihan ikut urutan
(d) buat keputusan dan berikan sebabnya

31

BAB 02_FA_CR_3.indd 31 01/10/2019 5:14 PM


Bab

3 Teknik Mengukur Parameter


Kesihatan Badan

Kata Kunci
Suhu
Termometer
Demam
Denyutan nadi
Jantung
Tekanan darah tinggi
Obesiti

32

BAB03_FA_CR_3.indd 32 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

Apakah teknik yang betul untuk mengukur


suhu badan?
Apakah itu kadar denyutan nadi?
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur
tekanan darah?
Bagaimanakah tekanan darah diukur
dan direkod?
Apakah itu Indeks Jisim Badan
(Body Mass Index, BMI)?

Rencana S a i
ns
Kempen Gaya H
idup Sihat
Pepatah ada men
gatakan bahawa
daripada harta be ‘kesihatan itu le
nda’. Jika kita m bih baik
kita tidak dapat en galami masalah
melakukan aktiv kesihatan,
Banyak kempen iti harian dengan
telah dijalankan lancar.
untuk menjaga bagi mendidik m
kesihatan diri se asyarakat
‘Kempen Gaya H perti menjalank
idup Sihat’ supa an
Salah satu amal ya rakyat kekal si
an gaya hidup si hat.
pemeriksaan ke ha t ialah mendapa
sihatan secara be tkan
sewajarnya hany rkala. Seseoran
a berjumpa dokt g itu tidak
penyakit. Oleh itu or setelah menda
, kita perlu men pa t
kesihatan secara dapatkan pemer
berkala untuk m iksaan
kita agar dapat engetahui tahap
mengambil tinda kesihatan
boleh menguku kan yang sewajar
r parameter kesi nya. Kita juga
kita mengetahu hatan badan kita
i teknik yang be sendiri jika
teknik menguku tu l. Mari kita belaja
r parameter kesi r tentang
hatan dalam taju
k ini.

Anda akan belajar tentang:


suhu badan
kadar denyutan nadi
tekanan darah
indeks jisim badan (Body Mass Index, BMI)
33

BAB03_FA_CR_3.indd 33 16/10/2019 12:00 PM


3.1 Suhu Badan

Tahukah anda apakah itu suhu? Suhu ialah darjah kepanasan dan
Ke mbali
Kemb ali kesejukan sesuatu bahan. Suhu badan ialah darjah kepanasan dan
Kulit dan sistem endokrin kesejukan badan kita. Kita perlu memastikan suhu badan kita
memainkan peranan sentiasa berada dalam julat suhu normal. Memahami suhu badan
penting dalam mengawal
atur suhu badan.
sangat penting kerana sebarang perubahan suhu badan sama ada
suhu badan meningkat ataupun suhu badan menurun ialah tanda
bahawa badan kita menghadapi masalah kesihatan. Suhu badan
kita memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum.
Bagaimanakah kita mengukur suhu badan dan apakah alat yang
digunakan untuk mengukur suhu badan?

CHEONG

Suhu badan diukur menggunakan termometer.


Terdapat empat jenis termometer yang boleh
digunakan. Mari kita lihat Rajah 3.1 di bawah.

Jenis- jenis termometer

Termometer Termometer Termometer Termometer


klinik makmal rektal inframerah

• Digunakan untuk • Digunakan untuk • Digunakan untuk • Digunakan untuk


menyukat suhu menyukat suhu menyukat suhu menyukat suhu
badan cecair badan melalui badan tanpa
• Menyukat suhu • Menyukat suhu dubur bersentuhan
dalam julat 35°C dalam julat -10°C dengan badan
hingga 42°C hingga 110°C

Rajah 3.1 Jenis-jenis termometer

34
3.1.1

BAB03_FA_CR_3.indd 34 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

Mengukur Suhu Badan Menggunakan


Teknik yang Betul
Termometer Klinik
1. Pastikan suhu termometer berada di bawah 35°C sebelum
digunakan. Jika suhu melebihi 35°C, termometer tersebut
hendaklah dikibas-kibaskan sehingga bacaan berada
di bawah 35°C.
2. Letakkan termometer tersebut di bawah ketiak ataupun di
dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit (atau sehingga
kedengaran bunyi ‘Bip’ jika anda menggunakan termometer
klinik digital).
3. Keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu.

Pencerutan pada termometer klinik bertujuan


supaya merkuri tidak turun dengan cepat Gambar foto 3.1 Cara
setelah dikeluarkan dari mulut atau ketiak. menyukat suhu badan
Hal ini adalah untuk memberikan sukatan menggunakan termometer
yang lebih tepat. Pencerutan ini tiada pada
klinik
termometer makmal.

Rajah 3.2 Pencerutan pada termometer klinik


Termometer Makmal
1. Termometer makmal tidak sesuai digunakan untuk menyukat
suhu badan kerana termometer makmal tidak mempunyai Ke mbali
Kemb ali
bahagian pencerutan pada turus merkuri. Termometer klinik dapat
2. Apabila termometer dikeluarkan daripada badan, sama ada menyukat suhu dengan
kejituan 0.1°C, manakala
daripada bahagian mulut ataupun ketiak, bacaan suhu akan
termometer makmal
turun dengan cepat. Hal ini akan menyebabkan bacaan suhu dapat menyukat suhu
badan yang diambil tidak tepat. dengan kejituan 1°C.
3. Jika menggunakan termometer makmal untuk menyukat suhu
badan, bacaan suhu perlu diambil ketika termometer masih di
dalam mulut atau di bawah ketiak untuk memastikan bacaan
yang lebih tepat.
Termometer Rektal (Dubur)
1. Termometer rektal biasanya digunakan pada bayi yang kurang
daripada 3 bulan. Pastikan termometer yang digunakan ada
mempunyai label untuk kegunaan rektal.
2. Bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol.
3. Sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk
memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi.
4. Angkat kaki bayi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.
Rajah 3.3 Cara menyukat
5. Masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira
suhu badan menggunakan
1.5 − 2.5 cm. termometer rektal
6. Biarkan termometer sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’.
7. Rekodkan bacaan suhu.
35
3.1.1

BAB03_FA_CR_3.indd 35 16/10/2019 12:00 PM


Termometer Inframerah
1. Termometer inframerah boleh digunakan
tanpa bersentuhan dengan individu.
2. Arahkan termometer pada jarak kira-kira
5 cm pada individu tersebut. (Jangan
halakan termometer ke arah mata secara
langsung atau tidak langsung).
3. Rekodkan bacaan suhu.
4. Pembacaan suhu menggunakan
termometer ini adalah sangat cepat. Gambar foto 3.2 Cara menyukat suhu
menggunakan termometer inframerah
Ke mbali
Kemb ali Menginterpretasi Suhu Badan
Homeostasis membantu
badan manusia
Suhu badan normal manusia ialah 36.9°C. Peningkatan atau
mengawal suhu badan penurunan suhu ini menunjukkan badan anda berada dalam
supaya berada dalam keadaan tidak sihat. Tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan
keadaan seimbang suhu badan anda melebihi normal?
dan stabil.

Faktor-faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal

Jangkitan Terdedah kepada keadaan panas melampau Senaman

Bakteria Strok haba Senaman berat

Virus Selaran matahari yang melampau

Rajah 3.4 Faktor-faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal

Apabila suhu badan anda melebihi 37°C,


anda mungkin disahkan demam. Suhu
badan juga boleh kurang daripada normal
sekiranya anda terdedah kepada keadaan
sejuk yang melampau. Keadaan ini juga
boleh membawa maut.

36 3.1.1
3.1.2

BAB03_FA_CR_3.indd 36 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 3.1
1. Nyatakan perbezaan antara termometer klinik dengan termometer rektal.
2. Nyatakan tiga faktor yang boleh menyebabkan suhu badan melebihi normal.
3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya suhu badan anda melebihi normal lebih dari 3 hari?

3.2 Kadar Denyutan Nadi

Titik Nadi pada Badan


Anda telah mempelajari kadar denyutan nadi semasa di Tingkatan 3. Kadar denyutan nadi ialah
pengukuran bilangan degupan jantung per minit. Terdapat beberapa tempat pada badan untuk
merasai denyutan nadi. Tempat-tempat ini adalah titik nadi. Di kawasan ini, arteri terletak sangat
dekat dengan permukaan kulit. Apabila jantung berdegup, denyutan dihantar ke arteri-arteri
ini dan boleh dirasai melalui kulit. Doktor biasanya mengambil bacaan nadi di bahagian
pergelangan tangan kerana jelas, menonjol dan mudah. Rajah 3.5 menunjukkan titik-titik
nadi pada badan manusia.

Rajah 3.5 Titik nadi pada badan manusia

37
3.2.1

BAB03_FA_CR_3.indd 37 16/10/2019 12:00 PM


Mari kita jalankan beberapa eksperimen untuk menyiasat bagaimana jantina, umur dan aktiviti
fizikal mempengaruhi kadar denyutan nadi.

Eksperimen 3.1
PAK21
A Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina
Tujuan: Menyiasat kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia.
Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jantina?
Hipotesis: Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding dengan lelaki.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jantina
(b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jenis aktiviti fizikal
Radas: Jam randik
Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan
lelaki dan perempuan.
2. Ambil bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa 1 minit
seperti pada Rajah 3.6. Seorang murid memegang jam randik dan
menjaga masa. Rajah 3.6
3. Catat bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa seminit.
4. Kumpulkan bacaan denyutan nadi semua murid lelaki dan perempuan di dalam kelas. Kira purata
denyutan nadi mengikut jantina dan rekodkannya di dalam jadual.
Keputusan:
Jantina murid Kadar denyutan nadi (bpm)
Lelaki
Perempuan

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Adakah terdapat perbezaan kadar denyutan nadi antara murid lelaki dengan murid perempuan?

B Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan umur


Tujuan: Menyiasat kesan umur ke atas kadar denyutan nadi manusia.
Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut umur?
Hipotesis: Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Umur
(b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan: Tempoh masa, jantina dan jenis aktiviti fizikal
Radas: Jam randik
Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Ambil bacaan denyutan nadi salah seorang murid dalam kumpulan seperti pada Rajah 3.6. Salah
seorang murid yang lain memegang jam randik dan menjaga masa.
38
3.2.2

BAB03_FA_CR_3.indd 38 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

3. Catat bacaan kadar denyutan nadi dalam masa seminit.


4. Ulang langkah 2 dan 3 dengan guru dan pembantu makmal. Pastikan jantina murid yang diukur
nadinya sama dengan guru dan pembantu makmal.
Keputusan:
Sampel Umur Kadar denyutan nadi (bpm)
Murid
Guru
Pembantu makmal

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Adakah terdapat perbezaan kadar denyutan nadi berdasarkan umur sampel?

C Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan aktiviti fizikal


Tujuan: Menyiasat kesan aktiviti fizikal ke atas kadar denyutan nadi manusia.
Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jenis aktiviti fizikal?
Hipotesis: Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis aktiviti fizikal
(b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jantina
Radas: Jam randik
Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Minta seorang murid daripada setiap kumpulan untuk melakukan tiga aktiviti, iaitu berehat, berjalan
dan berlari. Lakukan setiap aktiviti tersebut selama dua minit.
(Nota: Pastikan murid tersebut berehat selama 5 minit sebelum memulakan aktiviti seterusnya.)
3. Ambil kiraan nadi murid tersebut selama satu minit selepas selesai melakukan setiap aktiviti dan
rekodkan bacaannya di dalam jadual.
Keputusan:
Jenis aktiviti Kadar denyutan nadi (bpm)
fizikal Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6
Berehat
Berjalan
Berlari

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan data yang diperoleh?
2. Adakah setiap murid mempunyai kadar denyutan nadi yang sama? Terangkan sebabnya.

39
3.2.2

BAB03_FA_CR_3.indd 39 16/10/2019 12:00 PM


... ...
Aktiviti 3.1 Simultaneous Round Table

PAK21
Cetusan Minda
Cetusan Tujuan: Mengumpul maklumat tentang kadar
denyutan nadi manusia.
Apabila berada dalam
keadaan rehat, kadar Arahan:
denyutan nadi seseorang 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
atlet adalah lebih rendah kumpulan terdiri daripada empat orang ahli.
berbanding dengan
individu bukan atlet.
2. Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai kadar
Mengapa? denyutan nadi manusia, dari segi:
(a) tahap kesihatan
(b) tahap kecergasan
(c) emosi
(d) stres
3. Dapatkan maklumat daripada media cetak, media elektronik
ataupun temu ramah.
4. Edarkan catatan masing-masing mengikut pusingan jam. Ahli
yang lain perlu membetulkan catatan rakan mereka sekiranya
terdapat kesalahan.
5. Selepas 30 minit, bentangkan hasil dapatan anda.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 3.2
1. Apakah maksud kadar denyutan nadi?
2. Tandakan (✓) pada cara mencari denyutan nadi yang betul.

3. Ruzzana sedang hamil. Pada pandangan anda, adakah kadar denyutan nadi Ruzzana sama
dengan perempuan yang tidak hamil? Wajarkan jawapan anda.
4. Pada suatu hari, Azril telah mengambil bacaan denyutan nadinya. Selepas berlari di taman
berdekatan dengan rumahnya, Azril mengambil lagi bacaan nadinya. Pada pendapat anda,
adakah bacaan nadi yang diambil sama? Wajarkan jawapan anda.

40
3.2.2

BAB03_FA_CR_3.indd 40 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

3.3 Tekanan Darah

Alat Mengukur Tekanan Darah


Anda telah mempelajari pengukuran tekanan darah
semasa di Tingkatan 3. Tekanan darah ialah tekanan
yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa
peredaran darah. Tekanan darah boleh diukur menggunakan
sfigmomanometer. Unit untuk mengukur tekanan darah ialah
milimeter merkuri dan simbolnya ialah mmHg.
Gambar foto 3.3
Sfigmomanometer digital

Alat terbaik berdasarkan piawaian yang tepat dalam


mengukur bacaan tekanan darah ialah sfigmomanometer
yang digunakan oleh pengamal perubatan di hospital
dan klinik yang digunakan bersama stetoskop. Namun,
pemantauan bacaan tekanan darah di rumah boleh
dilakukan dengan menggunakan sfigmomanometer digital.

Mengukur dan Merekod Tekanan Darah


Tekanan darah diukur dengan mengambil dua ukuran. Nombor
atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur
darah semasa otot jantung mengecut. Tekanan yang disukat ini
ialah tekanan sistolik. Nombor bawah menunjukkan tekanan yang
dikenakan pada dinding salur darah apabila otot jantung berehat
(antara denyutan jantung), dan disebut tekanan diastolik.
Gambar foto 3.4
Kedua-dua tekanan ini dinyatakan dalam milimeter merkuri (mmHg)
Sfigmomanometer
kerana merkuri telah digunakan dalam tolok tekanan pertama yang
mengukur dengan tepat dan masih digunakan sebagai unit piawai
pengukuran tekanan dalam perubatan. Pengukuran tekanan darah
direkodkan sebagai sistolik/diastolik (disebut sistolik per diastolik).

120/80 mmHg

Tekanan Tekanan
sistolik diastolik

Rajah 3.7 Bacaan tekanan darah Gambar foto 3.5 Mengukur tekanan darah

3.3.1 41
3.3.2

BAB03_FA_CR_3.indd 41 16/10/2019 12:00 PM


Bacaan Tekanan Darah
Pengukuran tekanan darah yang berkala dapat membantu anda untuk mengukur tahap kesihatan
badan. Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa anda mempunyai
penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Bacaan tekanan darah yang rendah dan berlarutan
menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit tekanan darah rendah. Jadual 3.1 menunjukkan
bacaan tekanan darah dan penerangannya.
Jadual 3.1 Klasifikasi bacaan tekanan darah orang dewasa

Kategori tekanan darah Tekanan sistolik (mmHg) Tekanan diastolik (mmHg)

Optimum Kurang daripada 120 Kurang daripada 80

Normal 120 − 129 80 − 84

Berisiko 130 − 139 85 −89

Tekanan darah tinggi peringkat 1 140 − 159 90 − 99

Tekanan darah tinggi peringkat 2 160 − 179 100 − 109

Tekanan darah tinggi peringkat 3 180 dan ke atas 110 dan ke atas

(Sumber: Clinical Practice Guidelines on Management of Hypertension, 5th Edition, 2018)


Tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang jelas. Jika
masalah tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan baik, hal ini boleh menyebabkan masalah
yang lebih serius seperti strok. Cara terbaik untuk mengesan masalah ini adalah dengan menjalani
pemeriksaan perubatan berkala.

... ...
Aktiviti 3.2 Main Peranan

PAK21
Tujuan: Menunjukkan cara mengambil bacaan tekanan darah.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Seorang murid memegang watak doktor dan seorang murid memegang watak pesakit.
3. Bersedia untuk memainkan watak doktor yang sedang mengambil bacaan tekanan darah pesakit.
4. Persembahkan peranan atau watak anda di hadapan kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 3.3
1. Apakah maksud tekanan darah?
2. Apakah alat yang digunakan untuk menyukat tekanan darah?
3. Nyatakan langkah-langkah untuk mengukur tekanan darah.
4. Apakah kesannya jika anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi?
5. Berikan empat langkah pencegahan awal untuk mengelakkan tekanan darah tinggi.

42
3.3.3

BAB03_FA_CR_3.indd 42 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

Indeks Jisim Badan


3.4
(Body Mass Index, BMI)
Mengira dan Menentukan Indeks Jisim Badan
Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai BMI
(Body Mass Index) ialah ukuran jisim badan Jisim badan (kg)
BMI =
berbanding dengan ketinggian. BMI boleh dikira (Ketinggian)2 (m2)
menggunakan rumus.

... ...
Aktiviti 3.3 Spin-N-Think

PAK21
Tujuan: Mengira dan menentukan BMI.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Guru membekalkan anak panah yang boleh dipusing.
3. Pusingkan anak panah bagi menentukan giliran murid mana yang perlu mengira BMI mereka.
4. Murid yang ditentukan gilirannya melalui pusingan anak panah tadi ialah orang yang perlu diambil
ukuran jisim badan dan ketinggiannya. Kira BMI murid tersebut bersama-sama.
5. Ulang aktiviti ini sehingga semua ahli kumpulan mengetahui BMI masing-masing.

Apakah kepentingan mengetahui BMI kita? BMI adalah salah


Galeri
Galeri Sains
satu cara untuk menentukan sama ada kita mengalami masalah jisim
badan atau tidak. Kajian menunjukkan
bahawa jangka hayat
Setelah mendapat keputusan BMI, Jadual 3.2 di bawah boleh seseorang yang
digunakan untuk menentukan sama ada anda tergolong dalam mempunyai BMI unggul
iaitu 18.5 − 24.9 kg m−2
golongan individu yang mengalami masalah jisim badan berlebihan, adalah lebih tinggi
normal ataupun kurang jisim badan. daripada seseorang yang
mempunyai BMI yang
Jadual 3.2 Carta Indeks Jisim Badan lebih rendah atau tinggi.
Sumber: myHEALTH Portal

BMI (kg m-2) Kategori:


Cetusan Minda
Cetusan
< 18.5 Kurang jisim badan
Apakah faktor-faktor yang
18.5 − 24.9 Jisim badan unggul menyebabkan seseorang
itu mengalami jisim
25.0 − 29.9 Berlebihan jisim badan badan berlebihan?

30.0 atau lebih Obes

43
3.4.1

BAB03_FA_CR_3.indd 43 16/10/2019 12:00 PM


Menginterpretasi Indeks Jisim Badan
Kajian menunjukkan jisim badan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
serius. Keadaan ini akan meningkatkan risiko menghidap beberapa penyakit yang serius seperti
serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes melitus (kencing manis) dan komplikasi
sendi dan tulang.
Kurang jisim badan juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah
kesihatan seperti penyakit jantung, penurunan daya tahan badan melawan penyakit, keletihan,
anemia dan kemurungan. Namun begitu, mencapai dan mengekalkan jisim badan unggul
melalui pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu mencegah
penyakit-penyakit ini.

Cara menambah jisim badan


• Mengamalkan pemakanan yang sihat dan
seimbang berpandukan piramid makanan
Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia
• Makan mengikut waktu yang tetap
• Ambil snek yang padat dengan nutrien bagi
menambah kalori
• Makan makanan yang berkhasiat lebih
daripada biasa

Cara menurunkan jisim badan Rajah 3.8 Pinggan Sihat Malaysia


• Tetapkan sasaran yang realistik seperti menurunkan setengah kilogram dalam seminggu
• Pantau dan rekod jisim badan anda seminggu sekali
• Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan piramid makanan Malaysia dan
Pinggan Sihat Malaysia
• Buat beberapa perubahan dalam cara pemakanan anda seperti mengubah cara
penyediaan makanan
• Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula atau lemak
• Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang
sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hari seminggu
• Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan anda

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 3.4
1. Apakah maksud Indeks Jisim Badan (BMI)?
2. Apakah kepentingan mengira Indeks Jisim Badan?
3. Jika anda mempunyai BMI 30.0, dalam kategori manakah
anda dikelaskan?
4. Apakah risiko sekiranya kita mengalami obesiti?
5. Jika kita kurang berat badan, adakah kita akan terlepas daripada
menghadapi masalah kesihatan? Wajarkan jawapan anda.

44
3.4.2

BAB03_FA_CR_3.indd 44 16/10/2019 12:00 PM


R u m u sa n

BAB03_FA_CR_3.indd 45
TEKNIK MENGUKUR PARAMETER
KESIHATAN BADAN

Kadar Denyutan Indeks Jisim Badan


Suhu Badan Tekanan Darah
Nadi (Body Mass Index, BMI)

Definisi Definisi Definisi Definisi

Jenis-jenis Titik nadi pada Alat mengukur Formula


termometer badan tekanan darah mengira BMI

Faktor yang • Tekanan darah


Teknik
mempengaruhi tinggi Carta Indeks
mengukur suhu
kadar denyutan • Tekanan darah Jisim Badan
badan
nadi rendah

Kurang jisim Jisim badan Berlebihan


Obes
badan unggul jisim badan

45
Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

16/10/2019 12:01 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
3.1 Suhu Badan
Mengukur suhu badan menggunakan teknik yang betul.
Menginterpretasi suhu badan.
3.2 Kadar Denyutan Nadi
Mengenal pasti titik nadi pada badan.
Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar denyutan nadi manusia.
3.3 Tekanan Darah
Mengenal pasti alat mengukur tekanan darah.
Mengukur dan merekod tekanan darah.
Menginterpretasi data daripada bacaan tekanan darah.
3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)
Mengira dan menentukan Indeks Jisim Badan.
Menginterpretasi Indeks Jisim Badan dan membuat keputusan mengenai tindakan yang
perlu diambil.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 3 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ
my/Sains/T4/K3
1.
Anda demam jika suhu badan anda melebihi 37°C. Keadaan sejuk yang melampau juga
boleh menyebabkan suhu badan kurang daripada normal.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan tiga faktor yang boleh menyebabkan demam.
(b) Berapakah suhu badan yang normal?
(c) Apakah jenis termometer yang paling sesuai digunakan pada bayi berumur di bawah
4 bulan?

46

BAB03_FA_CR_3.indd 46 16/10/2019 12:01 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3

2. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis termometer.

P Q

Gambar foto 1
(a) Nyatakan nama termometer P dan Q.
(b) Apakah kegunaan kedua-dua termometer tersebut?
(c) Suraya berumur 21 tahun. Termometer yang manakah sesuai untuk digunakan bagi
mengukur suhu badannya?
(d) Nyatakan kesan sekiranya demam panas yang berlarutan tidak dirawat dengan segera.

3. Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk menyiasat kadar denyutan nadi bagi empat
orang individu yang berbeza umur. Jadual 1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh.
Jadual 1
Umur Kadar denyutan nadi (bpm)
2 bulan
6 tahun 100
10 tahun 80
20 tahun 70

(a) Lengkapkan jadual di atas.


(b) Nyatakan:
(i) pemboleh ubah yang dimanipulasikan
(ii) pemboleh ubah yang bergerak balas
(c) Nyatakan hipotesis daripada eksperimen yang telah dijalankan.
(d) Berapakah kadar denyutan nadi seorang atlet terlatih?

4. Fareeza telah menjalankan pemeriksaan denyutan nadi secara berkala di sebuah hospital.
(a) Pada bahagian manakah biasanya bacaan nadi diambil oleh jururawat?
(b) Sekiranya Fareeza berumur 22 tahun yang merupakan seorang atlet terlatih, ramalkan kadar
denyutan nadi Fareeza.
(c) Di samping membuat pemeriksaan denyutan nadi, Fareeza juga telah membuat pemeriksaan
tekanan darah. Dia mendapati bahawa tekanan darahnya adalah normal. Ramalkan bacaan
tekanan darah Fareeza.
(d) Bagaimanakah Fareeza boleh memastikan dia sentiasa sihat?

47

BAB03_FA_CR_3.indd 47 16/10/2019 12:01 PM


5.
Siva telah memeriksa tekanan darahnya untuk 3 hari berturut-turut. Dia mendapati
tekanan darahnya adalah lebih kurang 150/95 mmHg setiap hari.

(a) Berapakah tekanan darah seseorang yang normal?


(b) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan satu inferens berdasarkan keadaan Siva.
(c) Apakah yang perlu dilakukan oleh Siva seterusnya?

6.
Biasanya, penyakit tekanan darah tinggi tidak menunjukkan tanda yang jelas, tetapi jika
penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan baik, keadaan ini boleh menyebabkan
masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung dan strok.

(a) Nyatakan masalah kesihatan lain yang mungkin akan dihadapi oleh pesakit tekanan
darah tinggi.
(b) Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
(c) Nyatakan perbezaan antara tekanan sistolik dengan tekanan diastolik.

Cabar
C abar Minda
7. Azni berumur 27 tahun. Dia mendapati suhu badannya tidak konsisten. Adakah Azni boleh
menggunakan termometer rektal bagi menyukat suhu badannya?
8.
Jisim badan berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit serius yang lain.
(a) Nyatakan lima penyakit serius yang boleh terjadi sekiranya anda mempunyai masalah
jisim badan berlebihan.
(b) Nur Antasya mempunyai jisim badan berlebihan. Sekiranya anda pakar pemakanan yang
sedang merawatnya, nyatakan nasihat yang akan anda berikan kepadanya.
9. Maklumat di bawah menunjukkan senarai makanan sarapan pagi yang dijual
di kantin sekolah.
Bihun goreng dan telur Nasi lemak dan ayam
Sandwic telur
goreng goreng berempah
Marissa sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Makanan yang manakah sesuai
diambil oleh Marissa untuk bersarapan? Wajarkan jawapan anda.

48

BAB03_FA_CR_3.indd 48 16/10/2019 12:01 PM


2
TEMA
Penyenggaraan dan
Kesinambungan Hidup

• Apakah yang
anda tahu tentang
Teknologi Hijau?
• Adakah selamat
untuk kita makan
makanan yang
telah termodifikasi
secara genetik?
• Apakah sistem badan
yang menyokong
badan dan melindungi
organ dalaman kita?
• Bagaimanakah
tumbuhan dapat
tumbuh tegak
melawan graviti?
• Apakah hormon?

49

TEMA_CR_3.indd 49 01/10/2019 5:30 PM


Bab

4 Teknologi Hijau dalam


Melestarikan Alam

Kata Kunci
Teknologi Hijau
Isu sosiosaintifik
Aplikasi Teknologi Hijau

50

BAB04_FA_CR_3.indd 50 16/10/2019 5:23 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Apakah maksud Teknologi Hijau?


Apakah sektor dalam Teknologi Hijau?
Bagaimanakah Teknologi Hijau diaplikasikan
dalam kehidupan kita?

Rencana S a i
ns
Era Kenderaan
H ijau
Kenderaan hijau
ialah kenderaan
alam, iaitu kend yang bersifat m
eraan yang tidak esra
persekitaran. An membebaskan
tara contoh kend asap ke
elektrik dan kere eraan hijau ialah
ta solar. Kereta kereta
tenaga daripada el ektrik menggun
bateri, manakal akan
tenaga cahaya da a kereta solar m
ripada Matahari enggunakan
kenderaan itu. untuk menggerak
kan motor

Anda akan belajar tentang:


kelestarian alam sekitar
sektor tenaga
sektor pengurusan sisa dan air sisa
sektor pertanian dan perhutanan
sektor pengangkutan
Teknologi Hijau dan kehidupan
51

BAB04_FA_CR_3.indd 51 16/10/2019 5:23 PM


4.1 Kelestarian Alam Sekitar

Kemajuan teknologi dan pembangunan secara holistik pada


era ini banyak memudahkan dan mempercepat pelbagai
urusan manusia kini. Namun, kemajuan teknologi
juga membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar.
Contohnya, peningkatan pencemaran alam sekitar dan
pengurangan sumber alam sekitar.
Menyedari hakikat yang berlaku terhadap
alam sekitar ketika ini, pelbagai inisiatif telah
diperkenalkan bagi mengembalikan semula
kesedaran manusia terhadap kelestarian alam sekitar.
Segala usaha dan inisiatif yang dijalankan ini dikenali
sebagai Teknologi Hijau.

Konsep Teknologi Hijau Gambar foto 4.1 Konsep Teknologi Hijau

Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Kepentingan:
• mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
• mengurangkan pengeluaran karbon
• meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia
• menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu

Kenderaan tenaga solar digunakan Sumber tenaga boleh baharu


bagi mengurangkan penggunaan digunakan bagi menjana tenaga
bahan api fosil

Gambar foto 4.2 Contoh-contoh Teknologi Hijau dalam kehidupan


52
4.1.1

BAB04_FA_CR_3.indd 52 16/10/2019 5:23 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Menghubung Kait Kecekapan Tenaga dengan Teknologi Hijau


Bagi menjayakan Teknologi Hijau di negara kita, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah
dilancarkan pada Julai 2009. Apakah tonggak yang terdapat dalam dasar tersebut? Mari kita lihat
nota di bawah:

Terdapat empat tonggak utama yang menguatkan Dasar Teknologi Hijau


Kebangsaan, iaitu:
• tenaga – mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari
ketidakbergantungan tenaga
• alam sekitar – meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar
• ekonomi – menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
• sosial – meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Jika kita lihat keempat-empat tonggak di atas, jelaslah


bahawa Teknologi Hijau amat menekankan aspek kecekapan Negaraku
tenaga. Masihkah anda ingat tentang topik kecekapan tenaga yang
anda pelajari semasa di Tingkatan 3? Kecekapan tenaga ialah
penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja
pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau
hasil yang diingini.

Apabila kecekapan tenaga diutamakan di dalam sesebuah


negara melalui pengamalan Teknologi Hijau, maka: Indeks Bangunan Hijau
(GBI) ialah sistem
(a) penjimatan sumber tenaga dapat dipertingkatkan
penarafan yang diberikan
(b) ekonomi negara juga akan semakin kukuh dan kita juga dapat kepada bangunan yang
mengurangkan pembaziran mempunyai ciri-ciri mesra
(c) sisa-sisa buangan dapat ditukarkan kepada suatu bentuk tenaga alam. Masjid Raja Haji
Fi Sabilillah di Cyberjaya
boleh baharu yang lebih bersih dan selamat merupakan masjid
pertama di Malaysia
yang menerima
Malaysia sangat menyokong dan memberikan komitmen
pengiktirafan ini.
sepenuhnya dalam melestarikan kecekapan tenaga. Antara inisiatif dan
usaha yang dijalankan ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga adalah:
• label kecekapan tenaga bagi kelengkapan
elektrik (Rajah 4.1)
• Indeks Bangunan Hijau Lebih Banyak Bintang INFORMASI
(Green Building Index)
Lebih Jimat Tenaga
More Stars
More Energy Saving

Masjid ‘Hijau’ Pertama


• kempen teknologi cekap tenaga PENGGUNAAN TENAGA
ENERGY CONSUMPTION
Jenis peralatan Jenama dan di Malaysia
• kempen penggunaan tenaga 5
Model

http://bukutekskssm.my/
elektrik berasaskan
sumber solar 5 Penggunaan Tenaga Purata Setahun
Average Energy Consumption Per Year
XXX kwj
kwh
Produk Ini Menggunakan % Kurang Tenaga
Daripada Produk Biasa
Sains/T4/Hlm53

• kempen kesedaran terhadap This Product Consumes % Less Energy


Than An Average Product
Diuji Mengikut / Tested According to xxx

pengguna melalui amalan Energy Commission


www.st.gov.my

penjimatan tenaga
Rajah 4.1 Label cekap tenaga
53
4.1.2

BAB04_FA_CR_3.indd 53 16/10/2019 5:23 PM


Sektor dalam Teknologi Hijau
Teknologi Hijau telah dibahagikan kepada beberapa sektor supaya pelaksanaannya lebih berfokus.
Mari kita kenal pasti setiap sektor yang terlibat dalam Teknologi Hijau ini.

Sektor Tenaga
– Memfokuskan penggunaan tenaga
alternatif yang lebih bersih, bebas karbon
serta dapat menggantikan penggunaan
bahan api fosil. Antara contoh tenaga
alternatif ialah tenaga boleh baharu
seperti hidroelektrik, solar dan angin.

Sektor Pertanian dan Perhutanan


– Berfokus kepada pengawalan
kadar gas karbon dioksida di
dalam udara melalui pertanian
dan perhutanan. Sektor ini juga
menekankan penjagaan nutrien
tanah serta penambahbaikan
pengamalan penanaman.

Sektor Pengangkutan
– Berfokus kepada penambahbaikan
prasarana pengangkutan yang lebih
bersih, bahan bakar kenderaan dan
pengangkutan awam

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa


– Memfokuskan usaha untuk meminimumkan
pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran
dengan cara mengolah sisa atau air sisa
menjadi sesuatu yang baharu seperti
baja kompos.

54
4.1.3

BAB04_FA_CR_3.indd 54 16/10/2019 5:23 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Sektor Bangunan
– Berfokus kepada pembinaan Bangunan Hijau, seperti
Bangunan Berlian, iaitu ibu pejabat Suruhanjaya
Tenaga yang menekankan aspek-aspek seperti
penelitian kualiti yang baik terhadap alam sekitar
dan bangunan, penggunaan bahan binaan hijau,
penggunaan tenaga dan
air yang cekap serta Bangunan Berlian
pengurusan sisa http://bukutekskssm.
pepejal yang baik. my/Sains/T4/Hlm55
INFORMASI

Sektor Perindustrian dan Pembuatan


– Berfokus kepada program kecekapan
tenaga dan pengurusan tenaga bagi
mengurangkan kesan-kesan negatif
seperti kesan rumah hijau, jerebu
dan hujan asid.

Sektor Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK)
– Berfokuskan pengamalan TMK
hijau dalam pembuatan, reka
bentuk, penggunaan serta pelupusan
peralatan komputer. Pengamalan
TMK hijau bertujuan untuk
mengurangkan penggunaan bahan
berbahaya dengan menggunakan
bahan terbiodegradasi serta
menjimatkan tenaga.

Gambar foto 4.3 Sektor-sektor dalam Teknologi Hijau

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?
2. Nyatakan dua kepentingan kecekapan tenaga.
3. Nyatakan sektor-sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau.

55
4.1.3

BAB04_FA_CR_3.indd 55 16/10/2019 5:23 PM


4.2 Sektor Tenaga

Isu Sosiosaintifik
Kadar pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam segala
keperluan hidup. Perkara ini telah memberikan kesan secara langsung terhadap alam sekitar
dan alam semula jadi sehingga berlaku pelbagai isu sosiosaintifik. Isu sosiosaintifik ialah
masalah terbuka yang merupakan isu sosial kontroversi yang boleh dikaitkan dengan sains dan
menekankan aplikasi moral dan saintifik kepada situasi dunia sebenar. Rajah 4.2 menunjukkan
beberapa isu sosiosaintifik berkaitan dengan alam sekitar yang berlaku pada hari ini.

Pemanasan global

Pencemaran
udara

Penebangan
hutan

Pembuangan sisa
tidak terancang
Pencemaran air

Rajah 4.2 Isu sosiosaintifik berkaitan alam sekitar


Isu sosiosaintifik timbul disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Kesan
daripada aktiviti-aktiviti manusia menyebabkan fenomena perubahan iklim akibat pembebasan
gas rumah hijau. Kesan rumah hijau mengakibatkan kemarau, banjir kilat, peningkatan suhu
Bumi, ribut taufan dan kemusnahan biodiversiti.

56
4.2.1

BAB04_FA_CR_3.indd 56 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Tenaga


Mari kita lihat dengan lebih terperinci berkenaan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.

Penggunaan sumber tenaga tidak boleh


baharu seperti petroleum, arang batu dan
gas asli meningkat setiap tahun mengikut
kadar keperluan setiap negara di dunia.
Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil
sumber bahan api fosil akan habis.

Pembakaran sumber bahan api fosil


menghasilkan gas rumah hijau seperti
karbon dioksida yang banyak dan hal ini
menyebabkan berlakunya pemanasan global
yang semakin kritikal.

Kesan pembakaran bahan api fosil juga


menyumbang kepada perubahan iklim
yang ekstrem sehingga menyebabkan
berlakunya kemarau panjang dan
pelbagai lagi bencana alam.

Gambar foto 4.4 Isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga

... ...
Aktiviti 4.1 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Memahami isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga. PAK21

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Buat pembacaan aktif dan bincangkan:
(a) isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga
(b) faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga
(c) aplikasi Teknologi Hijau bagi menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan persembahan multimedia.

57
4.2.2

BAB04_FA_CR_3.indd 57 16/10/2019 5:24 PM


Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik
Sektor Tenaga
Sektor tenaga menitikberatkan beberapa perkara memandangkan sektor ini merupakan sektor
yang paling utama dalam Teknologi Hijau. Dua perkara yang dititikberatkan dalam Teknologi
Hijau bagi menangani isu sosiosaintifik berkaitan dengan sektor tenaga ialah:
(a) cara tenaga itu dijanakan atau dibekalkan
(b) kecekapan penggunaan dan agihan tenaga yang dihasilkan
Mari kita lihat Rajah 4.3 yang menunjukkan beberapa contoh tenaga boleh baharu yang
boleh dibangunkan untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil.

Negaraku

Sumber tenaga angin


merupakan sumber tenaga
bersih yang boleh
menggantikan penggunaan
Empangan Kenyir di
Terengganu merupakan
sumber bahan api fosil
empangan hidroelektrik pada masa hadapan.
terbesar di Semenanjung
Malaysia. Empangan
ini mengawal limpahan
air banjir serta menjana
tenaga elektrik di
negara kita.

Sumber tenaga hidro


merupakan sumber
tenaga boleh baharu yang
kini menjadi antara sumber
tenaga utama dunia
untuk penjanaan
tenaga elektrik.

Rajah 4.3 Aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor tenaga

58
4.2.3

BAB04_FA_CR_3.indd 58 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Berdasarkan Teknologi Hijau, dengan memperkasakan penggunaan tenaga boleh baharu ini,
kita dapat mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan juga perubahan iklim yang membawa
kepada masalah-masalah yang dibincangkan seperti di muka surat 57.
Selain penggunaan tenaga boleh baharu, kempen amalan kecekapan tenaga secara holistik
yang turut disarankan dalam pelaksanaan Teknologi Hijau sedikit sebanyak telah memberikan
kesedaran kepada pengeluar barang elektrik supaya menghasilkan peralatan yang cekap
penggunaan tenaganya.
Pengguna juga disaran supaya berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik.
Antaranya seperti menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan, menetapkan suhu
penyaman udara di rumah dan pejabat pada 24°C − 25°C serta menggunakan peralatan elektrik
cekap tenaga.

Sumber tenaga solar


juga merupakan antara
sumber tenaga boleh baharu
yang berpotensi dibangunkan
memandangkan Malaysia
menerima cahaya matahari
yang mencukupi
sepanjang tahun.

Sumber tenaga geoterma


juga menjadi tenaga alternatif
yang sesuai menggantikan
penggunaan bahan api fosil.
Namun, faktor geografi yang
sesuai menjadi keutamaan
sumber ini.

Air panas

Air sejuk

59
4.2.3

BAB04_FA_CR_3.indd 59 16/10/2019 5:24 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.2
1. Nyatakan tiga isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan sektor tenaga.
2. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjimatkan penggunaan tenaga?

4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa


Pada era serba moden ini, masyarakat perlu lebih peka dalam menguruskan sisa pepejal serta air
sisa. Hal ini demikian kerana perubahan gaya hidup dan sosio budaya, peningkatan prasarana
dan ekonomi serta pertambahan bilangan penduduk dunia telah meningkatkan pembuangan sisa
pepejal dan air sisa. Mari kita lihat dengan lebih terperinci berkenaan isu ini.

Kumbahan, sisa kimia Penjanaan, pengurusan


serta sampah sarap yang dan penguraian sisa pepejal
dibuang ke sungai dan menyumbang kepada
laut telah mengganggu peningkatan gas rumah
ekosistem sungai hijau. Hal ini menyebabkan
dan lautan serta berlaku perubahan
kawasan berhampiran. iklim dunia.

Kira-kira 268 juta tan


kertas dihasilkan setahun.
Sisa makanan yang Bagi menghasilkan 1 tan
tidak dilupuskan kertas sahaja, kita memerlukan
dengan baik 2 hingga 4 tan batang
menyebabkan kayu. Kertas juga menjadi
pencemaran penyumbang utama
alam sekitar. sisa pepejal.

Gambar foto 4.5 Isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa

60
4.3.1

BAB04_FA_CR_3.indd 60 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4
... ...
Aktiviti 4.2 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Memahami isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa. PAK21

Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat dan bincangkan:
(a) isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa
(b) faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa
(c) aplikasi Teknologi Hijau bagi menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan
air sisa
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan persembahan multimedia.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik


Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Aplikasi Teknologi Hijau telah berjaya menyediakan satu platform yang efektif dalam mengurus
sisa dan air sisa. Kesan rumah hijau berjaya dikurangkan secara efisien dan secara tidak langsung
penjimatan kos dapat dilakukan. Mari kita lihat amalan Teknologi Hijau diaplikasikan untuk
mengurus sisa dan air sisa.

Pencegahan dan pengurangan Pengasingan dan kitar semula


• Pengguna digalakkan untuk meminimumkan • Pihak kerajaan telah menggalakkan
penggunaan kertas dengan mengguna semula pengasingan sisa rumah sejak tahun
kertas-kertas terpakai atau menggunakan kertas 2015. Melalui pengasingan ini, kita dapat
apabila betul-betul diperlukan sahaja. mengurangkan pembuangan bahan kitar
• Pengguna dinasihatkan supaya menyediakan semula, di samping mengurangkan sisa
makanan untuk isi rumah mengikut keperluan pepejal di tapak pelupusan.
supaya mengelakkan pembaziran makanan.
Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula
Rawatan dan pemprosesan (proses biologi) dan Pemulihan (5R)
• Proses rawatan biologi ke atas sisa pepejal • Konsep 5R, iaitu Tolak, Kurangkan, Guna
membolehkan sisa-sisa tersebut diubah kepada Semula, Kitar Semula dan Pemulihan (Refuse,
bahan organik yang bermanfaat seperti Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) telah
baja organik. diperkenalkan bagi menggantikan konsep
• Pemprosesan yang dijalankan kepada sisa pepejal 3R sebelum ini. Penambahan dua ‘R‘ pada
ini juga mampu menjadikan sisa ini sebagai peringkat permulaan dan terakhir, iaitu ‘tolak‘
sumber utama dalam tenaga boleh baharu dan ‘pemulihan‘ bertujuan untuk mencapai
(biojisim) yang mampu menggantikan bahan api sisa sifar. Bagaimanakah anda boleh
fosil sebagai bahan bakar. mengamalkan konsep 5R di rumah?

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.3
1. Nyatakan dua isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.
2. Nyatakan dua cara bagi menangani permasalahan dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.

61
4.3.2

BAB04_FA_CR_3.indd 61 16/10/2019 5:24 PM


4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan

Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pertanian


dan Perhutanan
Peningkatan kepadatan penduduk serta perubahan taraf hidup merupakan antara
faktor yang menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap kawasan penempatan
baharu, bekalan makanan yang mencukupi, serta hubungan laluan pengangkutan
yang baik. Jika kita lihat sekali imbas, seolah-olah perkara ini tidak menjadi masalah
yang besar kepada kita malah memudahkan kehidupan kita. Tahukah anda, semua
ini boleh menjadi satu bencana yang dahsyat kepada kita seandainya perkara ini tidak
dikawal dan diselia dengan baik.

Banyak kawasan hutan dan


pokok-pokok balak ditebang
bagi pembukaan tanah sama ada
untuk tujuan penempatan atau
pertanian. Jika tidak dikawal dan
dibendung dari awal, perkara ini
boleh menyebabkan berlakunya
kejadian tanah runtuh, banjir besar
dan kepupusan flora dan fauna.

Penerokaan hutan
yang berleluasa akan
mengganggu kitaran gas di
Bumi. Hal ini merujuk kepada
hutan merupakan ‘peparu Bumi’.
Penukaran gas karbon dioksida
kepada gas oksigen
hanya berlaku semasa
tumbuhan menjalankan Pembakaran terbuka
proses fotosintesis. yang dilakukan oleh para
petani di kawasan ladang
mereka boleh menyebabkan
berlakunya jerebu yang teruk.
Keadaan yang berlarutan ini
boleh menjejaskan kualiti udara
di seluruh negara
dan negara jiran.

Gambar foto 4.6 Isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan

62
4.4.1

BAB04_FA_CR_3.indd 62 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Kejadian tanah runtuh


yang berlaku di Lebuhraya
Kuala Lumpur-Karak pada
11 November 2015 dipercayai
berpunca daripada
pembalakan yang tidak
terkawal di Hutan
Lipur Lentang.

Permintaan yang
tinggi terhadap perabot,
serta penggunaan kertas
tanpa kawalan menyebabkan
penebangan hutan dilakukan
dengan berleluasa kerana kertas
dan perabot berasal
daripada pokok.

Bahan kimia yang


diserap oleh tanah juga akan
mengalir ke dalam sungai
yang berhampiran.
Penggunaan racun Hal ini menyebabkan
serangga dan baja kimia yang pencemaran air di
berleluasa oleh para petani telah sungai-sungai tersebut.
menyebabkan tanah tanaman
tercemar. Contohnya, keasidan
tanah meningkat menyebabkan
tanah itu tidak sesuai lagi
untuk pertanian.

63
4.4.1

BAB04_FA_CR_3.indd 63 16/10/2019 5:24 PM


... ...
Aktiviti 4.3 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Memahami isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat dan bincangkan:
(a) isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan
(b) faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan
(c) aplikasi Teknologi Hijau bagi menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian
dan perhutanan
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dengan menggunakan persembahan multimedia.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik


Sektor Pertanian dan Perhutanan
Kita telah melihat beberapa isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan. Oleh itu,
pelbagai langkah telah diperkenalkan melalui Teknologi Hijau untuk membantu memulihkan
semula hutan yang sedia ada dan pada masa yang sama menjaga hasil pertanian.

Merawat dan memproses


Kerjaya Sains
kembali sisa-sisa pertanian
Renjer Hutan untuk dijadikan baja kompos
Seorang renjer hutan perlu
merupakan amalan Teknologi
mengawal dan menyelaras
kerja-kerja pembangunan Hijau yang mampu mengawal
hutan, penguatkuasaan keseimbangan alam semula jadi.
operasi kilang dan
pencerobohan hutan
rekreasi di bawah jagaannya.
Renjer hutan juga perlu
menyemak dan memantau
lesen operasi hutan untuk
Penanaman semula
industri berasaskan kayu
serta menguatkuasakan pokok-pokok boleh
undang-undang perhutanan membantu mengekalkan
dan mengambil tindakan spesies yang sedia ada.
apabila perlu.

Aktiviti pembalakan perlu dikawal supaya sumber hutan


terpelihara. Selain itu, wartakan banyak lagi kawasan hutan
simpan supaya ekosistem di hutan kekal dan seimbang.

Gambar foto 4.7 Aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pertanian dan perhutanan
64
4.4.2

BAB04_FA_CR_3.indd 64 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.4
1. Bagaimanakah kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur boleh berlaku?
2. Nyatakan kesan penggunaan baja kimia yang berlebihan dalam pertanian.
3. Nyatakan dua kaedah yang boleh mengurangkan penebangan pokok di hutan.

4.5 Sektor Pengangkutan


Sektor pengangkutan merupakan antara sektor utama dalam Teknologi Hijau. Sektor ini
merupakan antara penyumbang terbesar kepada pencemaran udara. Mari kita lihat isu-isu dalam
sektor ini dengan lebih dekat.

Asap kenderaan yang dikeluarkan mengandungi gas-gas


seperti karbon dioksida dan karbon monoksida.
Kedua-dua gas ini merupakan gas rumah hijau.
Kehadiran gas-gas ini di dalam udara menyebabkan
kesan rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan
iklim yang mendadak.

Laman Sejarah
Pada Julai 1954,
telah berlaku satu
pencemaran udara
yang dahsyat di
bandar raya Los
Angeles. Seluruh
ruang udara kawasan
itu diliputi asbut
fotokimia yang
terbentuk apabila
95% kenderaan bermotor yang digunakan pada hari nitrogen oksida dan
ini menggunakan petrol dan diesel. Petrol dan diesel hidrokarbon daripada
asap kenderaan
diperoleh daripada petroleum. Kira-kira 60% petroleum bercampur dengan
di dunia digunakan dalam sektor pengangkutan. Oleh udara dengan
itu, petroleum yang merupakan sumber tenaga tidak sinar ultraungu
daripada Matahari.
boleh baharu akan habis digunakan.

65
4.5.1

BAB04_FA_CR_3.indd 65 16/10/2019 5:24 PM


Gas-gas berbahaya yang
dikeluarkan bersama asap
kenderaan juga boleh
menyebabkan berlakunya hujan
asid. Hujan asid yang berlaku
boleh memusnahkan tumbuhan,
mengakis binaan seperti konkrit,
besi dan juga tayar kenderaan.
Gambar foto 4.8 Isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan

... ...
Aktiviti 4.4 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Memahami isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat dan bincangkan:
(a) isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan
(b) faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan
(c) aplikasi Teknologi Hijau bagi menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda menggunakan persembahan multimedia.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik


Sektor Pengangkutan
Isu-isu yang berlaku dalam sektor pengangkutan memerlukan kesedaran semua pihak secara
holistik. Melalui Teknologi Hijau, usaha-usaha untuk mencegah pencemaran udara serta menjamin
kelestarian hidup dapat dilaksanakan dengan baik. Mari kita lihat antara langkah dan usaha dalam
Teknologi Hijau.

Kenderaan
individu
Pengangkutan Hijau Kenderaan
mpulan
penumpang berku
Pengangkutan hijau ialah
Teksi
sebarang bentuk pengangkutan
mesra alam yang membebaskan gas Kenderaan perkhidm
atan
rumah hijau pada kadar yang amat
minimum atau tidak membebaskan gas Pengangkutan awam
rumah hijau seperti kenderaan yang
Basikal
menggunakan sumber tenaga boleh
baharu. Antara bentuk pengangkutan Pejalan kaki
hijau ialah berjalan kaki, berbasikal
n hijau
dan menggunakan kenderaan hijau. Mod pengangkuta

66 4.5.1
4.5.2

BAB04_FA_CR_3.indd 66 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Penciptaan kenderaan
Gas Asli (NGV)
Kenderaan Gas Asli
menggunakan sama ada gas
asli cecair (LNG) atau gas asli
mampat (CNG). Kini, kenderaan
yang menggunakan petrol boleh
diubah suai untuk penggunaan
LNG atau CNG.

Penggunaan bahan api bio


sebagai pengganti petroleum
Bahan api bio telah mula digunakan
di Malaysia. Bahan api bio ini
merupakan sumber alternatif yang
merujuk kepada metil ester asid lemak
yang dihasilkan daripada minyak
sayuran serta lemak haiwan. Ternyata,
sumber tenaga ini merupakan
sumber boleh baharu dan lebih
mesra alam.

Gambar foto 4.9 Aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan


Galeri
Galeri Sains
Kerajaan negeri Melaka amat
komited dalam mengaplikasikan
Teknologi Hijau di negerinya.
Melaka mula menggunakan
bas elektrik untuk mengangkut
penumpang di sekitar bandar
raya. Layari laman web di
bawah atau imbas kod QR
untuk mengetahui bas elektrik di
Melaka dengan lebih lanjut.

Bas Elektrik di Melaka


http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm67
INFORMASI

67
4.5.2

BAB04_FA_CR_3.indd 67 16/10/2019 5:24 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.5
1. Nyatakan kesan jika jumlah kenderaan yang menggunakan bahan api fosil semakin meningkat.
2. Bahan api bio merupakan yang dihasilkan daripada
dan .

4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan

Peranan Individu dalam Menangani Fenomena


Pemanasan Global dan Perubahan Iklim dalam
Mengurangkan Jejak Kaki Karbon
Isu pemanasan global dan perubahan iklim yang mendadak Air
Pengeluaran
semakin hangat diperkatakan di seluruh dunia. Kesan CO2
asap
yang amat dahsyat daripada pemanasan global ini bakal
menanti kita semua seandainya seluruh masyarakat dunia
masih belum menyedari kesan kemajuan yang pesat tanpa Bahan
menghiraukan alam semula jadi di sekeliling kita. Oleh itu, api Elektrik
apakah yang perlu kita lakukan untuk menangani isu ini?
Pengangkutan
Tanpa kita sedar, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan Gas
setiap hari telah menyebabkan peningkatan jejak kaki
karbon. Jejak kaki karbon ialah jumlah gas rumah hijau, Imbangan karbon
iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada Kitar
aktiviti-aktiviti manusia seperti asap kenderaan, semula
pembakaran terbuka dan pembakaran bahan api fosil
(Rajah 4.4). Oleh itu, kita perlulah mengaplikasikan Sisa
Teknologi Hijau dalam kehidupan supaya kita dapat
mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke
persekitaran sekali gus mengurangkan jejak kaki karbon.
Rajah 4.4 Jejak kaki karbon
Menuju ke Arah
Kehidupan Tanpa Karbon
http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm68
INFORMASI

Gambar foto 4.10 Murid-murid


sekolah mengambil bahagian
dalam pameran inovasi reka
bentuk bandar hijau sempena
Persidangan dan Pameran
Antarabangsa Teknologi Hijau
dan Produk Eko (IGEM) di
Kuala Lumpur
68
4.6.1

BAB04_FA_CR_3.indd 68 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Aktiviti 4.5 Projek STEM

Tujuan: Melaksanakan kempen kesedaran melalui Internet tentang isu berkaitan dengan cara
menangani fenomena pemanasan global dan perubahan iklim.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan untuk mengkaji pernyataan yang berikut:

Fenomena pemanasan global dan perubahan iklim sedang melanda dunia kita sekarang dan
perlu diberi perhatian yang serius. Fenomena tersebut telah mengakibatkan banyak kesan
melampau kepada Bumi. Maka, adalah penting bagi kita mengurangkan masalah ini dengan
mengaplikasikan pengetahuan tentang Teknologi Hijau demi memastikan kelestarian alam
kepada generasi akan datang.

2. Bincang dan cari maklumat yang berkaitan di dalam majalah ilmiah atau laman web.
3. Reka cipta satu kempen kesedaran atas talian bagi menangani fenomena pemanasan global dan
perubahan iklim demi kelestarian hidupan di Bumi.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 4.6
1. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Mariam dan ayahnya.

Apakah kebaikan aktiviti yang dilakukan oleh mereka? Jelaskan jawapan anda menggunakan
konsep Teknologi Hijau.
2. Pada pandangan anda, apakah kesan kepada alam sekitar apabila kita mengamalkan
Teknologi Hijau?

69
4.6.1

BAB04_FA_CR_3.indd 69 16/10/2019 5:24 PM


70
R u m u sa n

BAB04_FA_CR_3.indd 70
TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM Definisi Teknologi Hijau
Sektor-sektor dalam Teknologi Hijau Isu sosiosaintifik

Sektor Pengurusan Sektor Pertanian Sektor


Sektor Tenaga
Sisa dan Air Sisa dan Perhutanan Pengangkutan

Isu Sosiosaintifik Isu Sosiosaintifik Isu Sosiosaintifik Isu Sosiosaintifik


• Penggunaan sumber • Pembuangan sisa • Penerokaan hutan • Pertambahan
tenaga tidak yang tidak terancang secara tidak terkawal bilangan kenderaan
boleh baharu • Pembebasan gas • Penggunaan racun • Penghasilan asap
• Pembakaran bahan rumah hijau serangga dan kenderaan yang
api fosil baja kimia mengandungi
Aplikasi
Teknologi Hijau gas berbahaya
Aplikasi Aplikasi
Teknologi Hijau Teknologi Hijau Aplikasi
• Amalan 5R Teknologi Hijau
• Sumber tenaga • Rawatan biologi dan • Kitar semula
boleh baharu pemprosesan sisa • Penggunaan • Amalan mod
• Kecekapan tenaga baja kompos kenderaan hijau
• Penanaman semula • Penggunaan bahan
api bio

Sektor Teknologi
Sektor Pembuatan
Sektor Bangunan Maklumat dan
dan Industri
Komunikasi

16/10/2019 5:24 PM
Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
4.1 Kelestarian Alam Sekitar
Mendefinisikan dan mewajarkan Teknologi Hijau dalam kehidupan.
Menghubung kait kecekapan tenaga dengan Teknologi Hijau.
Mengenal pasti sektor dalam Teknologi Hijau.
4.2 Sektor Tenaga
Memerihalkan isu sosiosaintifik.
Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.
Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor tenaga.
4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.
Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pengurusan
sisa dan air sisa.
4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan
Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.
Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pertanian
dan perhutanan.
4.5 Sektor Pengangkutan
Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan.
Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pengangkutan.
4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan
Mewajarkan peranan setiap individu dalam menangani fenomena pemanasan global dan
perubahan iklim dalam mengurangkan jejak kaki karbon.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 4 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K4
1. Baca petikan di bawah.
Amalan Teknologi Hijau yang dicadangkan dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
telah mula diterapkan dalam kalangan murid di sekolah. Kesedaran untuk melestarikan
alam sekitar melalui Teknologi Hijau seharusnya dididik dari awal usia.
Berdasarkan petikan di atas:
(a) apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

(b) nyatakan empat tonggak utama dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.
71

BAB04_FA_CR_3.indd 71 16/10/2019 5:24 PM


2. Pernyataan di bawah menjelaskan kecekapan tenaga.

Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja
pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.

Berdasarkan pernyataan di atas:
(a) nyatakan kepentingan kecekapan tenaga dalam kehidupan kita.

(b) berikan satu amalan kecekapan tenaga yang boleh anda amalkan di rumah.
Jelaskan jawapan anda.

3. Pernyataan berikut ditampal di papan kenyataan sekolah.

Bagi memudahkan pelaksanaan


amalan Teknologi Hijau secara
holistik, beberapa sektor telah
diwujudkan supaya pelaksanaannya
lebih terarah dan berfokus.

(a) Nyatakan tiga sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau.



(b) Jelaskan setiap sektor yang dinyatakan dalam soalan 3(a).

4. Gambar foto 1 menunjukkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.

Gambar foto 1
(a) Nyatakan kesan isu di atas kepada alam sekitar.

(b) Cadangkan dua cara untuk menangani isu di atas menggunakan Teknologi Hijau.
(c) Nyatakan satu kelebihan menggunakan Teknologi Hijau untuk menangani isu di atas.
(d) Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian
akan mengurangkan pencemaran alam sekitar?
Wajarkan jawapan anda.

72

BAB04_FA_CR_3.indd 72 16/10/2019 5:24 PM


Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4

5. Baca pernyataan di bawah.

• Asap daripada kenderaan yang menggunakan bahan api fosil merupakan antara
penyumbang tertinggi kepada peningkatan karbon dioksida di dalam udara.
• Berlaku hujan asid sehingga memusnahkan hutan dan mengakis logam dan konkrit.

(a) Jelaskan sektor pengangkutan dalam amalan Teknologi Hijau.
(b) Terangkan dua langkah dalam sektor pengangkutan yang sesuai untuk menangani isu yang
dinyatakan di atas.

Cabar
C abar Minda
6. Azman seorang yang suka berkebun. Dia ingin menanam sawi di satu sudut rumahnya.
Namun, dia tiada bekas yang sesuai untuk bercucuk tanam.
Bantu Azman memikirkan cara memanfaatkan bahan yang boleh digunakan semula di
rumahnya untuk menyelesaikan masalahnya.
Anda boleh menggunakan lakaran berlabel untuk membantu jawapan anda.

Bahan-bahan:


Lakaran:

73

BAB04_FA_CR_3.indd 73 16/10/2019 5:24 PM


Bab

5 Genetik

Kata Kunci
DNA
Nukleotida
Kromosom
Kariotip
Mitosis
Meiosis
Alel dominan
Alel resesif
Hukum Mendel
Genotip
Fenotip
Mutasi

74

BAB05_FA_CR_3.indd 74 31/10/2019 1:42 PM


Genetik Bab 5

Apakah yang dimaksudkan dengan proses


pembahagian sel?
Benarkah ciri-ciri yang ada pada kita diwarisi
turun-temurun?
Apakah mutasi?
Bagaimanakah teknologi kejuruteraan genetik
memberikan kesan dalam kehidupan kita?

Rencana S a i
ns
Bukti DNA
Anda mungkin pe
rnah menonton
drama televisyen
yang popular
dengan kes-kes pe
nyiasatan.
Drama itu sangat
menarik kerana
banyak memberik
an pendedahan
tentang teknik-te
knik penyiasatan
dalam bidang fo
rensik.
Kes-kes penyiasa
tan jenayah dapa
bukti DNA. DNA ya t diselesaikan de
ng ditinggalkan ngan mengumpu
oleh penyiasat at oleh pe njenayah boleh di l
au ahli forensik de kenal pasti
peralatan yang m ng an menggunakan
oden. Dalam suat teknik dan
meninggalkan ba u kes jenayah, pe
han bukti sepert njenayah mungk
di tempat kejadi i cebisan kulit, ra in
an. Ahli forensik mbut atau titisan
bukti itu dan mel boleh menganalis da rah
ihat jika DNA darip is DNA daripada
ad a sampel itu sepada baha n
DNA daripada pe
njenayah. n dengan sampe
l

Anda akan belajar tentang:


pembahagian sel
pewarisan
mutasi
teknologi kejuruteraan genetik
variasi
75

BAB05_FA_CR_3.indd 75 31/10/2019 1:42 PM


5.1 Pembahagian Sel

Gen, Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan Kromosom


Anda telah mempelajari sel dan pembahagian sel semasa di Tingkatan 1. Anda juga telah
mempelajari bahawa nukleus merupakan satu struktur dalam sel yang mengawal keseluruhan
aktiviti sel. Tahukah anda bahan apakah dalam nukleus yang mengawal proses pembahagian sel?

Sel

Nukleus
Nukleus mengandungi
kromosom.

Kromosom
Kromosom ialah struktur
bebenang halus yang terdiri
daripada asid nukleik dan
protein, panjang dan berlingkar
yang terletak di dalam nukleus.
Setiap kromosom mengandungi
satu molekul panjang DNA.

Rajah 5.1 Kromosom, gen dan DNA

76
5.1.1

BAB05_FA_CR_3.indd 76 31/10/2019 1:42 PM


Genetik Bab 5

DNA
Asid deoksiribonukleik atau DNA
Model 3D (Deoxyribonucleic Acid) terdiri daripada
unit-unit asas yang dikenali sebagai
nukleotida. Setiap unit nukleotida terdiri
daripada tiga komponen iaitu gula
deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan
fosfat. DNA terdiri daripada dua rantai
polinukleotida yang berpintal antiselari antara
satu sama lain membentuk struktur yang
dikenali sebagai heliks ganda dua.

Galeri
Galeri Sains
Genetik adalah
kajian mengenai gen,
pewarisan dan variasi
dalam organisma.

Gen
Gen ialah unit asas pewarisan
yang menentukan ciri-ciri individu.
Gen berfungsi mengawal ciri-ciri yang
diwarisi dalam organisma seperti
kebolehan menggulung lidah pada
manusia, bentuk biji kacang pea dan
warna bulu pada kucing. Gen tersusun
sebagai segmen pada DNA di sepanjang
kromosom. Terdapat
beribu-ribu gen di dalam
satu molekul DNA.

77
5.1.1

BAB05_FA_CR_3.indd 77 31/10/2019 1:42 PM


Galeri
Galeri Sains Kita boleh meringkaskan kaitan
Struktur kromosom: antara ketiga-tiganya seperti
dalam Rajah 5.2 di bawah ini.
Satu kromatid C.H YEN

Sentromer Kromosom

DNA
Kromatid kembar

Setiap kromosom
mempunyai beberapa
jenis gen, iaitu sehingga
200 – 300 gen bagi Gen
setiap kromosom.

Rajah 5.2 Kaitan antara kromosom, DNA dan gen


Satu gen yang
memprogramkan Setiap spesies di dunia ini mempunyai bilangan kromosom yang
warna kulit
tetap. Sel soma yang normal mengandungi 46 kromosom. Setiap
Satu gen yang kromosom wujud secara berpasangan mengikut bentuk dan
memprogramkan saiz yang serupa. Pasangan kromosom ini dikenal sebagai
warna rambut kromosom homolog. Kromosom homolog manusia boleh
disusun berdasarkan bentuk dan saiznya. Rajah 5.3 menunjukkan
penyusunan kromosom homolog manusia. Susunan ini
dipanggil kariotip.

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Kromosom
http://
bukutekskssm.my/ 6 7 8 9 10 11 12 6 7 8 9 10 11 12
Sains/T4/Hlm78
INFORMASI

13 14 15 16 17 18 13 14 15 16 17 18

19 20 21 22 XY 19 20 21 22 XX

Kariotip lelaki
Kariotip lelaki Kariotip
Kariotipperempuan
perempuan

Rajah 5.3 Kariotip manusia


Di dalam sel manusia, kromosom boleh dibahagikan kepada
dua iaitu autosom dan kromosom seks. Autosom membawa gen
yang mengawal sifat seperti warna mata, kebolehan menggulung
lidah dan jenis rambut. Kromosom seks pula membawa gen yang
menentukan jantina sama ada lelaki atau perempuan.

78
5.1.1

BAB05_FA_CR_3.indd 78 31/10/2019 1:42 PM


Genetik Bab 5

Galeri
Galeri Sains
Sel soma manusia
Kromosom mempunyai 46 kromosom
tetapi sel gamet manusia,
iaitu sperma dan ovum,
hanya mempunyai
Kromosom seks Autosom separuh bilangan
kromosom, iaitu
23 kromosom.

Kromosom Kromosom
seks X seks Y aleri
Galeri
G Sains
Rajah 5.4 Kromosom manusia Kanser berlaku apabila
pembahagian sel menjadi
tidak terkawal dan tidak
normal. Sel-sel akan
membahagi lebih cepat
daripada keadaan
yang normal.

Mitosis dan Meiosis Sel kanser

Bagaimanakah gen dapat diwarisi? Untuk mengetahui hal ini


dengan lebih lanjut, kita perlu memahami pembahagian sel
terlebih dahulu. Terdapat dua jenis pembahagian sel yang berlaku
dalam sel, iaitu mitosis dan meiosis.
Mitosis ialah proses pembahagian sel yang membentuk
dua sel anak yang seiras, dengan setiap satunya mengandungi
bilangan kromosom dan kandungan bahan genetik yang sama
dengan sel induk. Mitosis berlaku dalam sel soma di dalam
badan manusia dan haiwan. Mitosis juga berlaku dalam tisu Galeri
Galeri Sains
meristem seperti di hujung akar dan pucuk tumbuhan. Rajah 5.5 Interfasa ialah peringkat
menunjukkan peringkat-peringkat dalam mitosis. sebelum berlakunya
proses mitosis dan
Meiosis ialah proses apabila sel membahagi menjadi empat meiosis. Pada peringkat
sel anak yang tidak seiras dengan setiap satunya mengandungi ini, replikasi DNA
berlaku dan sel-sel
separuh daripada bilangan kromosom sel induk. Meiosis berlaku mengalami pertumbuhan
dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet bagi dan bersedia untuk
pembiakan seks. Meiosis dalam manusia berlaku dalam testis pembahagian sel.
lelaki dan ovari perempuan. Dalam tumbuhan, meiosis
berlaku dalam anter dan ovari. Rajah 5.6 menunjukkan
peringkat-peringkat dalam meiosis.

Membran Kromosom
nukleus

79
5.1.2

BAB05_FA_CR_3.indd 79 31/10/2019 1:42 PM


Profasa Metafasa Anafasa
Kromosom Membran
nukleus
Nukleolus
Mitosis

Sentromer
Gentian gelendong

Kromosom Sentromer
memendek dan menebal Kromosom membahagi dua,
dan menjadi jelas kelihatan. tersusun di satah setiap kromatid
Setiap kromosom terdiri khatulistiwa. Gentian kembar berpisah dan
daripada dua kromatid gelendong melekat bergerak ke kutub sel
yang bercantum pada pada sentromer. bertentangan
sentromer. Gentian (pengutuban).
gelendong mula terbentuk.
Membran nukleus dan
nukleolus terurai.
Rajah 5.5 Mitosis

Meiosis I

Telofasa I
Anafasa I
Metafasa I
Profasa I
Meiosis

Kromosom
homolog tersusun di
satah khatulistiwa. Kromosom
homolog berpisah dan Sitoplasma
Gentian gelendong
bergerak ke kutub membahagi.
melekat pada
yang bertentangan. Peringkat akhir
sentromer.
Kromosom meiosis I tamat.
memendek dan menebal
dan menjadi jelas kelihatan.
Kromosom homolog
Meiosis
berpasangan. Pindah silang Rajah 5.6 Meiosis
berlaku, iaitu pertukaran http://bukutekskssm.my/Sains/
maklumat genetik antara T4/Meiosis_Hlm80.mp4
VIDEO
kromosom homolog.

80 5.1.2

BAB05_FA_CR_3.indd 80 31/10/2019 1:42 PM


Genetik Bab 5

Telofasa
Membran
nukleus

Nukleolus
Dua sel anak
Kromatid sampai ke Sitoplasma yang mempunyai
kutub bertentangan. membahagi. bilangan kromosom
Membran nukleus dan maklumat
dan nukleolus Mitosis genetik yang sama
terbentuk semula. dengan sel induk
http://bukutekskssm.my/Sains/ terbentuk.
T4/Mitosis_Hlm81.mp4
VIDEO

Meiosis II

Telofasa II
Anafasa II
Profasa II Metafasa II

Gentian
gelendong Kromosom tersusun
di satah khatulistiwa. Sentromer
mula terbentuk. membahagi dua dan Empat sel
Gentian gelendong anak yang tidak seiras
melekat pada kromatid kembar
berpisah dan (gamet) dan mempunyai
sentromer. bilangan kromosom
bergerak ke kutub sel
yang bertentangan separuh daripada
(pengutuban). bilangan kromosom
sel induk terbentuk.

5.1.2 81

BAB05_FA_CR_3.indd 81 31/10/2019 1:42 PM


Rajah 5.7 menunjukkan persamaan dan perbezaan antara mitosis dengan meiosis.

Berlaku di Berlaku di sel


sel soma Empat sel
Dua sel anak pembiakan
anak
dihasilkan
dihasilkan

Tiada Replikasi
Ada pindah
pindah DNA
silang
silang
Mitosis Meiosis

Sel anak Pembahagian Sel anak


seiras dari sel berbeza dari
segi genetik segi genetik
Bilangan Bilangan
Tiada kromosom kromosom sel Ada
variasi sel anak sama anak separuh variasi
dengan sel daripada sel
induk induk

Rajah 5.7 Persamaan dan perbezaan antara mitosis dengan meiosis

Kepentingan Mitosis dan Meiosis


Siapa tahu tentang
kepentingan mitosis Saya, cikgu. Mitosis penting
dan meiosis? untuk pertumbuhan
organisma dan meiosis
penting untuk
penghasilan gamet.

Mitosis menghasilkan sel baharu yang sama dengan


sel induk. Apabila kulit saya terluka, sel kulit yang
Bagus, Raymond! Betul
sihat akan bermitosis untuk menghasilkan sel
jawapan kamu. Mitosis
baharu. Jadi, luka saya pun sembuh.
penting untuk menggantikan
sel-sel rosak atau mati jika
kita terluka atau cedera.
Mitosis juga berguna dalam
pembiakan aseks bagi
sesetengah organisma
seperti Amoeba sp..

82 5.1.2
5.1.3

BAB05_FA_CR_3.indd 82 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Luka Mitosis

Gambar foto 5.1 Proses pertumbuhan yang Rajah 5.8 Proses menggantikan sel-sel
berlaku pada hujung akar tumbuhan yang rosak

Rajah 5.9 Pembiakan aseks dalam Amoeba sp.

Aktiviti 5.1 Persembahan Multimedia

PAK21
Tujuan: Membuatkan persembahan multimedia tentang kepentingan mitosis dan meiosis.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang:
(a) kepentingan mitosis dalam proses tumbesaran, menggantikan sel-sel rosak dan dalam
pembiakan aseks.
(b) kepentingan meiosis dalam proses penghasilan gamet.
3. Gunakan pelbagai sumber seperti Internet dan perpustakaan untuk mengumpulkan maklumat
di atas.
4. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 5.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) gen (b) kromosom (c) DNA
2. Di manakah proses mitosis dan meiosis berlaku di dalam badan manusia?
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara mitosis dengan meiosis.

83
5.1.3

BAB05_FA_CR_3.indd 83 31/10/2019 1:43 PM


5.2 Pewarisan

Pewarisan dalam Manusia


Cuba lihat gambar keluarga dalam gambar
foto berikut. Adakah mereka kelihatan seiras?
Adakah semua ciri diturunkan dari ibu bapa
kepada anak-anak mereka? Setiap anak
mewarisi ciri-ciri tertentu daripada
ibu bapanya. Pemindahan ciri daripada
ibu bapa kepada anak-anaknya dikenali
sebagai pewarisan.

Galeri
Galeri Sains
Apakah perbezaan antara
ciri dengan trait? Ciri ialah
sifat ketara yang diwarisi
dan ditentukan oleh gen
seperti warna mata. Trait
pula ialah varian bagi ciri
khusus yang membezakan
antara individu. Jadi, trait
untuk warna mata ialah
warna hitam, warna coklat
dan warna biru.

Gambar foto 5.2 Pewarisan ciri dalam manusia

Ciri seperti jenis rambut dan warna anak mata ialah contoh ciri yang diwarisi oleh anak
daripada ibu atau bapanya.
Ciri-ciri ini diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui gen. Seperti yang telah
anda pelajari dalam subtopik 5.1, gen ialah unit asas pewarisan yang terdapat pada kromosom.
Gen mengawal ciri tertentu dalam suatu organisma. Sepasang gen yang berada pada lokus atau
kedudukan yang sama pada kromosom homolog akan mengawal satu trait organisma. Pasangan
gen yang berada pada lokus yang sama ini dikenali sebagai alel. Alel boleh hadir dalam bentuk
dominan atau resesif.
84
5.2.1

BAB05_FA_CR_3.indd 84 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Alel dominan akan mempamerkan ciri yang dikawalnya


dan menutupi kesan alel resesif. Alel resesif pula hanya akan Cuping telinga melekap
menunjukkan ciri yang dikawal apabila alel yang dominan tidak
hadir. Oleh itu, ciri resesif hanya akan dipamerkan apabila
kedua-dua alel adalah resesif.
Alel dominan diwakili oleh huruf besar manakala alel resesif
diwakili oleh huruf kecil. Misalnya, ‘T’ digunakan untuk mewakili
tinggi dan ‘t’ mewakili rendah.

A a
Warna mata Cuping telinga bebas
B b
Jenis darah

C Warna rambut c

D Jenis rambut d

Gambar foto 5.3 Cuping


Rajah 5.10 Contoh alel dominan dan alel resesif pada kromosom
telinga melekap dan bebas

Rajah 5.10 menunjukkan sepasang kromosom homolog di


dalam nukleus. Bagi setiap trait, kita mewarisi dua salinan gen, satu
daripada ibu dan satu daripada bapa. Huruf besar A, B, C dan D Cetusan Minda
Cetusan
mewakili alel dominan manakala huruf kecil a, b, c dan d mewakili Adakah lesung pipit trait
alel resesif. dominan atau trait resesif?
Tahukah anda trait manusia yang manakah bersifat dominan
atau resesif? Jadual 5.1 menunjukkan beberapa trait dominan dan
trait resesif pada manusia.
Jadual 5.1 Contoh trait dominan dan trait resesif pada manusia

Trait dominan Trait resesif

Boleh menggulung lidah Tidak boleh menggulung lidah

Rambut hitam Rambut perang muda

Cuping telinga bebas Cuping telinga melekap

85
5.2.1

BAB05_FA_CR_3.indd 85 31/10/2019 1:43 PM


Tokoh Sains Mekanisme Pewarisan
Gregor Mendel ialah orang pertama yang menemui mekanisme
pewarisan secara teratur dan mendalam. Mendel menggunakan
pokok kacang pea berbaka tulen dalam eksperimen beliau tentang
kacukan monohibrid. Kacukan monohibrid melibatkan kajian
tentang satu ciri pada satu masa, sebagai contoh ketinggian, iaitu
tinggi atau rendah.
Gregor Mendel
Mendel melakukan kacukan antara satu pokok kacang pea
(1822-1884)
“Bapa Genetik” tinggi yang berbaka tulen dengan satu pokok kacang pea kerdil
yang berbaka tulen. Pokok tinggi berbaka tulen ialah pokok yang
mempunyai genotip “TT” dalam beberapa generasi sebelumnya.
Pokok kerdil berbaka tulen ialah pokok yang mempunyai genotip
“tt” dalam beberapa generasi sebelumnya.
Generasi pertama hasil daripada kacukan disebut generasi filial
pertama (F1) (Rajah 5.11). Apabila individu daripada F1 dikacukkan,
generasi filial kedua (F2) terbentuk (Rajah 5.12).
Genotip ialah maklumat genetik dalam sesuatu organisma.
Fenotip pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal yang dipamerkan pada
sesuatu organisma itu.

Fenotip induk : Pokok kacang pea 3 Pokok kacang pea


tinggi berbaka tulen kerdil berbaka tulen

Genotip induk : TT tt

Meiosis Meiosis

Gamet : T T t t

Persenyawaan

Genotip anak F1 : Tt Tt Tt Tt

Fenotip anak F1 : Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Rajah 5.11 Rajah skema kacukan monohibrid bagi ciri ketinggian

86
5.2.2

BAB05_FA_CR_3.indd 86 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Fenotip induk : Pokok kacang pea tinggi 3 Pokok kacang pea tinggi

Genotip induk : Tt Tt

Meiosis Meiosis

Gamet : T t T t

Persenyawaan

Genotip anak F2 : TT Tt Tt tt

Fenotip anak F2 : Tinggi Tinggi Tinggi Kerdil

Rajah 5.12 Rajah skema kacukan monohibrid generasi filial ke-2 bagi ciri ketinggian

Pewarisan ciri daripada eksperimen Mendel boleh digunakan untuk menerangkan


pewarisan ciri pada manusia. Ciri-ciri yang diwarisi oleh seseorang bergantung pada gen
yang diwarisi daripada ibu bapanya. Mekanisme pewarisan ciri boleh ditunjukkan pada rajah
skema di bawah (Rajah 5.13).

Fenotip induk : Bapa (Boleh menggulung lidah) 3 Ibu (Tidak boleh menggulung lidah)

Genotip induk : BB bb

Meiosis Meiosis

Gamet : B B b b

Persenyawaan

Genotip anak F1 : Bb Bb Bb Bb

Fenotip anak F1 : Boleh Boleh Boleh Boleh


menggulung lidah menggulung lidah menggulung lidah menggulung lidah

Rajah 5.13 Rajah skema pewarisan kebolehan menggulung lidah

87
5.2.2

BAB05_FA_CR_3.indd 87 31/10/2019 1:43 PM


Berbeza daripada pewarisan kebolehan menggulung lidah yang dibincangkan sebelum ini,
pewarisan jantina seseorang anak ditentukan oleh kromosom seks yang diterima daripada
ibu bapanya.
Dalam subtopik 5.1, kita telah mempelajari autosom dan kromosom seks. Seorang lelaki dan
perempuan mempunyai 46 kromosom yang terdiri daripada 44 autosom dan 2 kromosom seks.
Lelaki mempunyai dua jenis kromosom seks iaitu X dan Y, manakala perempuan mempunyai
dua kromosom seks X sahaja.
Selepas meiosis, sperma akan mempunyai separuh bilangan kromosom induk, iaitu
23 kromosom (sama ada 22 + X atau 22 + Y). Ovum juga akan mempunyai separuh bilangan
kromosom induk, iaitu 23 kromosom (22 + X). Jantina anak bergantung pada jenis sperma yang
mensenyawakan ovum. Jika sperma (22 + X) mensenyawakan ovum (22 + X), jantina anak yang
terbentuk ialah perempuan, (44 + XX). Jika sperma (22 + Y) mensenyawakan ovum (22 + X),
jantina anak yang terbentuk ialah lelaki, (44 + XY).

Perempuan Lelaki
44 + XX 44 + XY

Meiosis

Sperma
Ovum
22 + X
22 + X
atau 22 + Y

Gambar foto 5.4 Kandungan kromosom di dalam sel gamet manusia

88
5.2.2

BAB05_FA_CR_3.indd 88 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Penentuan jantina anak ditunjukkan oleh Rajah 5.14.

Induk : Bapa 3 Ibu

Genotip : 44 + XY 44 + XX

Meiosis Meiosis

Gamet : 22 + X Sperma 22 + Y 22 + X Ovum 22 + X

Persenyawaan

Genotip anak : 44 + XX 44 + XX 44 + XY 44 + XY

Jantina anak : Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki

Rajah 5.14 Rajah skema penentuan jantina anak

Berdasarkan rajah di atas, kebarangkalian untuk mendapatkan jantina anak lelaki atau
anak perempuan pada setiap kehamilan adalah sama, iaitu 50%.

... ...
Aktiviti 5.2 Windows Pane

PAK21
Tujuan: Meramalkan nisbah genotip dan fenotip bagi kacukan monohibrid.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi satu rajah skema pewarisan yang tidak lengkap bagi kacukan
monohibrid satu ciri pokok kacang pea yang dikaji oleh Mendel.
3. Lengkapkan rajah skema pewarisan tersebut.
4. Bentangkan hasil kumpulan anda kepada kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 5.2
1. Huraikan perbezaan antara alel dominan dengan alel resesif.
2. Apakah kromosom seks?
3. Apakah yang menentukan jantina anak? Terangkan jawapan anda.

89
5.2.2

BAB05_FA_CR_3.indd 89 31/10/2019 1:43 PM


5.3 Mutasi

Jenis Mutasi
Lihat Gambar foto 5.5 di bawah. Bolehkah anda nyatakan kelainan
yang terdapat pada setiap individu dalam gambar foto tersebut
berbanding dengan individu normal? Apakah yang menyebabkan
kelainan itu?

Cetusan Minda
Cetusan
Adakah pemakanan ibu
semasa mengandung boleh
menyebabkan mutasi?

Gambar foto 5.5 Kelainan pada individu


Galeri
Galeri Sains Pernahkah anda mendengar istilah mutasi? Apakah mutasi?
Kadar kelahiran bayi Mutasi ialah perubahan spontan dan rawak yang berlaku kepada
sindrom Down ialah gen dan kromosom yang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada
1 dalam setiap 800
anak yang mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut. Terdapat
kelahiran. Risiko
menjadi tinggi dengan dua jenis mutasi, iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen. Rajah
bertambahnya umur ibu 5.15 menunjukkan jenis-jenis mutasi dan contoh-contoh setiap jenis
apabila melebihi 35 tahun. mutasi itu.
Jenis-jenis mutasi

Mutasi kromosom Mutasi gen

Sindrom Down Buta warna

Sindrom Turner Anemia sel sabit

Sindrom Klinefelter Talasemia

Hemofilia

Albinisme

Rajah 5.15 Jenis mutasi dan contoh


90
5.3.1

BAB05_FA_CR_3.indd 90 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Mutasi Kromosom
Mutasi kromosom berlaku apabila terdapat perubahan dalam bilangan atau struktur kromosom.
Perubahan ini berlaku akibat kecacatan semasa proses pembahagian sel.

(a) Sindrom Down (terlebih kromosom ke-21)


1 2 3 4 5
Sindrom Down berlaku kerana terdapat penambahan satu
kromosom pada pasangan kromosom ke-21. Penghidap
6 7 8 9 10 11 12
sindrom Down mempunyai 47 kromosom berbanding dengan
individu normal yang mempunyai 46 kromosom. Individu
yang menghidap sindrom Down mempunyai ciri-ciri seperti 13 14 15 16 17 18
kerencatan fizikal dan mental, leher pendek, mata sepet dan
badan lebih rendah. 19 20 21 22 XY

Rajah 5.16 Kariotip seorang


lelaki yang menghidap
sindrom Down

1 2 3 4 5
(b) Sindrom Turner (XO)
Individu yang menghidap sindrom Turner mempunyai 6 7 8 9 10 11 12
kurang bilangan kromosom seks berbanding dengan individu
normal. Jumlah keseluruhan kromosom hanya 45 kromosom
(44 + XO) sahaja. Individu yang menghidap sindrom Turner 13 14 15 16 17 18

ialah seorang perempuan yang kehilangan satu kromosom X.


19 20 21 22 X
Penghidap sindrom Turner tidak mengalami perkembangan
ciri-ciri seks sekunder seorang perempuan. Rajah 5.17 Kariotip seorang
perempuan yang menghidap
sindrom Turner

(c) Sindrom Klinefelter (XXY) 1 2 3 4 5

Individu yang menghidap sindrom Klinefelter mempunyai


lebih bilangan kromosom seks berbanding dengan individu 6 7 8 9 10 11 12

normal. Jumlah keseluruhan kromosom adalah 47 kromosom


(44 + XXY). Individu dengan sindrom Klinefelter ialah seorang 13 14 15 16 17 18

lelaki dengan penambahan satu kromosom X. Penghidap


19 20 21 22 XXY
sindrom Klinefelter mempunyai ciri-ciri perempuan seperti
mempunyai payudara dan testis yang kecil serta mandul. Rajah 5.18 Kariotip seorang
lelaki yang menghidap
sindrom Klinefelter

91
5.3.1

BAB05_FA_CR_3.indd 91 31/10/2019 1:43 PM


Mutasi Gen
Mutasi gen disebabkan oleh perubahan kimia yang berlaku pada sesuatu gen. Mutasi gen
menyebabkan perubahan dalam ciri yang dikawal oleh gen tersebut.

aleri
Galeri
G Sains (a) Buta warna
Pada bulan November Individu yang menghidap buta warna mempunyai gen mutan
2016, Kementerian resesif yang terdapat pada kromosom X. Individu ini tidak
Kesihatan Malaysia telah
melancarkan inisiatif
dapat membezakan antara warna merah dengan hijau. Penyakit
pemeriksaan talasemia ini dikawal oleh gen resesif pada kromosom X. Penyakit genetik
yang disasarkan ini lazim berlaku pada lelaki.
ke seluruh negara
membabitkan murid (b) Anemia sel sabit
Tingkatan 4. Langkah
ini diambil untuk Penyakit ini disebabkan oleh perubahan spontan yang berlaku
mengurangkan peratus kepada gen yang bertanggungjawab dalam penghasilan
kelahiran bayi dengan
talasemia. Kaunseling hemoglobin. Individu dengan anemia sel sabit mempunyai
dan panduan sewajarnya bentuk sel darah merah abnormal yang berbentuk sabit yang
akan diberikan kepada menjejaskan pengangkutan oksigen. Penyakit ini disebabkan
individu yang disahkan
sebagai pembawa
oleh gen resesif pada autosom.
supaya mereka tidak
memilih pasangan
yang juga merupakan
pesakit talasemia.

Gambar foto 5.6 Sel darah merah berbentuk sabit dan sel
darah merah normal

(c) Talasemia
Talasemia ialah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen yang mengawal
penghasilan hemoglobin. Individu dengan talasemia mempunyai sel darah merah yang kecil
dan jangka hayat sel ini lebih singkat. Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan darah
yang teruk.
(d) Hemofilia
Pesakit hemofilia mengalami kesukaran darah membeku. Hal ini demikian kerana berlaku
mutasi pada gen yang menghasilkan faktor pembekuan darah. Individu itu akan kehilangan
darah berterusan sekiranya terluka atau tercedera.

92
5.3.1

BAB05_FA_CR_3.indd 92 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Faktor yang Menyebabkan Mutasi Gen dan Mutasi Kromosom


Mutasi mungkin berlaku secara spontan (semula jadi) semasa proses pembahagian sel. Mutasi
boleh juga berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang dikenali sebagai mutagen. Apakah
mutagen yang anda tahu? Lakukan aktiviti di bawah.

... ...
Aktiviti 5.3 Jalan Galeri

PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat dan membuat persembahan mengenai faktor-faktor
yang menyebabkan mutasi gen dan mutasi kromosom.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat berasingan tentang faktor-faktor yang menyebabkan mutasi gen dan mutasi
kromosom.
3. Kumpulkan juga maklumat berkaitan dengan contoh mutasi gen seperti buta warna, anemia sel
sabit, talasemia dan hemofilia.
4. Catatkan maklumat di atas kertas sebak.
5. Tampal hasil kerja kumpulan anda di dalam kelas untuk dilihat kumpulan lain.
6. Tulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas hasil kerja itu.

Buku ilmiah Laman web

Semula jadi

Sinaran Kehamilan
radioaktif pada usia yang
lewat
Faktor yang
menyebabkan mutasi

Sinar-X Karsinogen

Sinar ultraungu

Majalah
Rajah 5.19 Faktor-faktor yang menyebabkan mutasi
93
5.3.2

BAB05_FA_CR_3.indd 93 31/10/2019 1:43 PM


Penyakit Gangguan Gen
Alel juga membawa trait penyakit yang boleh diwarisi dalam keluarga. Rajah 5.20
menunjukkan pewarisan sejenis penyakit gangguan gen apabila seorang lelaki yang merupakan
seorang penghidap penyakit gangguan gen berkahwin dengan seorang perempuan
pembawa penyakit gangguan gen.

Induk : Penghidap penyakit Pembawa penyakit


gangguan gen gangguan gen

Fenotip : Ayah (Buta warna) Ibu (Pembawa)


Genotip : XbY XBXb

Meiosis Meiosis

Gamet : Xb Y XB Xb

Persenyawaan

Genotip anak : XBXb XbXb XBY XbY

Fenotip anak : Anak perempuan Anak perempuan Anak lelaki Anak lelaki
(pembawa) (buta warna) (normal) (buta warna)

Rajah 5.20 Pewarisan sejenis penyakit gangguan gen

Kebanyakan gen yang mengawal sesuatu trait terletak pada autosom. Walau
bagaimanapun, terdapat juga trait yang terletak pada kromosom seks. Trait ini dikenali
sebagai trait terangkai seks dan gen yang terdapat pada kromosom seks ini dinamakan
gen terangkai seks. Contohnya trait kegagalan pembekuan darah pada luka yang
menyebabkan penyakit hemofilia.
Hemofilia ialah penyakit genetik yang dialami oleh seseorang individu apabila darah
pada lukanya lambat membeku. Hemofilia hanya diwarisi apabila terdapat alel resesif yang
membawa penyakit hemofilia pada kromosom X. Jika tiada alel resesif itu pada kromosom X,
maka tiadalah penyakit hemofilia. Kaji rajah skema pewarisan hemofilia pada Rajah 5.21 dan
Rajah 5.22 berikut.

94
5.3.3

BAB05_FA_CR_3.indd 94 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Katakan: XH ialah alel dominan (normal) dan Xh ialah alel resesif (hemofilia).

Fenotip induk : Bapa (Normal) 3 Ibu (Pembawa hemofilia)

Genotip induk : XH Y XHXh

Meiosis Meiosis

Gamet : XH Y XH Xh

Persenyawaan

Genotip anak : XHXH XHXh XH Y XhY

Fenotip anak : Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki


normal pembawa normal pesakit
hemofilia hemofilia

Rajah 5.21 Rajah skema pewarisan hemofilia jika bapa normal dan ibu ialah pembawa hemofilia

Fenotip induk : Bapa (Normal) 3 Ibu (Pesakit hemofilia)

Genotip induk : XHY XhXh

Meiosis Meiosis

Gamet : XH Y Xh Xh

Persenyawaan

Genotip anak : XHXh XHXh XhY XhY

Fenotip anak : Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki


pembawa pembawa pesakit pesakit
hemofilia hemofilia hemofilia hemofilia

Rajah 5.22 Rajah skema pewarisan hemofilia jika bapa normal dan ibu ialah pesakit hemofilia

95
5.3.3

BAB05_FA_CR_3.indd 95 31/10/2019 1:43 PM


Bagaimanakah kita boleh mengesan
penyakit gangguan gen, cikgu?

EN. HARIZ HARIS


EN. HARIZ

Terdapat dua kaedah


yang boleh digunakan
untuk mengesan penyakit Penyakit gangguan gen
gangguan gen, iaitu: boleh dikesan melalui
• kaedah amniosentesis kaedah amniosentesis
• kaedah kariotip dan kaedah kariotip.
Kariotip yang terhasil
daripada kaedah-kaedah
ini akan digunakan untuk
mengesan sebarang
keabnormalan pada
kromosom. Hal ini adalah
untuk mengesan sebarang Amniosentesis
Kaedah Kariotip
penyakit gangguan gen http://bukutekskssm.
http://bukutekskssm.my/
my/Sains/T4/Hlm96_2.
lebih awal. mp4
Sains/T4/Hlm96_1.mp4
VIDEO VIDEO

Kaedah Amniosentesis
Amniosentesis digunakan untuk mengesan keabnormalan sel fetus pada minggu ke-15
hingga ke-20 kehamilan. Pada mulanya kedudukan fetus di dalam uterus dikenal pasti
menggunakan teknik ultrabunyi untuk memastikan kedudukan fetus yang selamat.

Jarum akan Bendalir amnion ini kemudiannya


1 dimasukkan dengan 3 diemparkan untuk mengasingkan
berhati-hati melalui bendalir amnion dan sel fetus.
bahagian abdomen
ibu menembusi
dinding uterus.

Bendalir amnion yang Sel fetus yang


2 mengandungi sel 4 terasing akan
fetus yang terampai digunakan untuk
diekstrak keluar. mendapatkan kariotip. Sel fetus

Rajah 5.23 Langkah-langkah dalam kaedah amniosentesis

96
5.3.3

BAB05_FA_CR_3.indd 96 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Kaedah Kariotip

Sel dipindah
ke dalam
Sampel sel Bahan kimia lain
Inkubasi tiub dan
fetus/tisu ditambah untuk
selama 2 diemparkan
badan menghentikan mitosis
atau 3 hari. untuk
di peringkat metafasa.
memekatkan
sel.
Bahan kimia
ditambah untuk
merangsang
mitosis Sel dipindah
ke dalam tiub
baharu yang
berisi bahan
Gambar kromosom penetap.
dipotong dan disusun
membentuk kariotip.
Kariotip ini digunakan
untuk mengesan sebarang
keabnormalan pada
kromosom untuk mengesan Slaid diperhatikan di Larutan daripada tiub disedut dan dititiskan
sebarang penyakit bawah mikroskop dan ke atas slaid mikroskop dan ditambahkan
gangguan gen. diambil gambarnya. pewarna supaya kromosom lebih jelas.

Rajah 5.24 Langkah-langkah dalam kaedah kariotip

Aplikasi Penyelidikan Genetik dalam Meningkatkan Kualiti


Kehidupan
Penyelidikan genetik telah dijalankan dalam pelbagai bidang demi manfaat manusia. Antara
penyelidikan genetik yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia ialah sains forensik,
terapi gen dan genealogi genetik.

Sains Forensik
Sains forensik ialah satu daripada bidang sains
dan teknologi yang menjalankan kajian tentang
penyiasatan jenayah dengan mengenal pasti dan
mengesahkan kronologi sesuatu kejadian berdasarkan
bukti-bukti saintifik yang diperoleh.
Sains forensik memainkan peranan penting
dalam sistem perundangan dengan menyediakan
maklumat berasaskan saintifik melalui analisis bukti
fizikal. Semasa siasatan, bukti dikumpulkan di tempat
kejadian atau daripada seseorang yang terlibat,
dianalisis di makmal dan kemudian keputusan analisis
Gambar foto 5.7 Pakar forensik sedang
dibentangkan di mahkamah.
memeriksa cap jari di dalam makmal

5.3.3 97
5.3.4

BAB05_FA_CR_3.indd 97 31/10/2019 1:43 PM


Terapi Gen
Terapi gen ialah satu teknik yang masih dalam peringkat eksperimen
bertujuan untuk membaiki gen-gen mutan (abnormal/cacat) yang
menyebabkan penyakit seperti sistik fibrosis, hemofilia dan anemia
sel sabit. Teknik ini dijalankan dengan menyisipkan gen normal
ke dalam sel atau tisu badan pesakit untuk menggantikan gen
yang rosak.

DNA dan Sains Forensik


Terapi Gen Genealogi Genetik
http://bukutekskssm.my/
http://bukutekskssm.my/ http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm98_1
Sains/T4/Hlm98_2 Sains/T4/Hlm98_3
INFORMASI INFORMASI INFORMASI

1 2
Sel stem dikeluarkan Gen normal
daripada pesakit. dimasukkan ke
dalam virus.

6
Sel-sel yang diubah
secara genetik
menghasilkan
protein atau hormon
yang diingini.

5
Sel-sel
tersebut 3
Virus yang
disuntik termodifikasi
ke dalam dicampur dengan
pesakit. 4
Sel stem pesakit berubah sel stem pesakit.
secara genetik.

Rajah 5.25 Proses terapi gen

98
5.3.4

BAB05_FA_CR_3.indd 98 31/10/2019 1:43 PM


Genetik Bab 5

Genealogi Genetik
Genealogi genetik ialah kajian pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur
tentang keluarga, keturunan dan sejarahnya. Ujian DNA digunakan dalam kajian ini.

... ...
Aktiviti 5.4 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat dan membuat persembahan mengenai
penyelidikan genetik.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang aplikasi dalam penyelidikan genetik seperti berikut:
(a) sains forensik
(b) terapi gen
(c) genealogi genetik
3. Kumpulkan maklumat berikut daripada pelbagai sumber dan bentangkan hasil perbincangan
kumpulan anda di dalam kelas.

Kesan Penyelidikan Genetik terhadap Kehidupan Manusia


Penyelidikan genetik merupakan cabang yang sangat berguna dalam biologi. Penyelidikan genetik
ialah satu teknik yang digunakan untuk mengubah gen dan paling banyak digunakan dalam
bidang perubatan dan pertanian. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penyelidikan genetik
yang telah timbul disebabkan sifat manusia. Mari kita jalankan satu aktiviti untuk memperluas
pengetahuan dan mengambil kira pandangan rakan-rakan lain tentang kebaikan dan keburukan
penyelidikan genetik dari segi isu ekonomi, kesejahteraan hidup, etika, psikologi dan sosial.

... ...
Aktiviti 5.5 Perbahasan

PAK21
Tujuan: Membahaskan kesan-kesan penyelidikan genetik.
Arahan:
1. Bentuk dua pasukan perbahasan dan jemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
2. Bahaskan tajuk “Penyelidikan genetik mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan”
dari segi saringan genetik berdasarkan aspek berikut:
(a) ekonomi (insurans, peluang pekerjaan)
(b) kesejahteraan hidup (institusi kekeluargaan)
(c) etika
(d) psikologi
(e) sosial

5.3.4 99
5.3.5

BAB05_FA_CR_3.indd 99 31/10/2019 1:44 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 5.3
1. Apakah mutasi?
2. Senaraikan tiga faktor yang menyebabkan mutasi.
3. Senaraikan kebaikan dan keburukan penyelidikan genetik.
4. Apakah masalah yang timbul jika etika dan nilai-nilai murni tidak diamalkan dalam
penyelidikan genetik?

5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik

Apakah itu kejuruteraan genetik? Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan kepada
pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuruteraan genetik telah mula diperkenalkan
sekitar tahun 1971−1973 dan dikenali sebagai sains kejuruteraan genetik. Kejuruteraan genetik
biasanya dikaitkan dengan DNA rekombinan, organisma termodifikasi genetik (Genetically
Modified Organism, GMO) dan terapi gen.
Teknologi DNA Rekombinan
Teknologi DNA rekombinan merupakan teknologi yang menggabungkan dua spesies yang
berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu. Sebagai contoh, DNA dari tumbuhan
boleh dikombinasikan dengan DNA bakteria, atau DNA manusia dikombinasikan dengan
DNA daripada kulat, untuk mencipta DNA hibrid. Contoh yang lebih terperinci adalah seperti
penghasilan insulin manusia melalui bakteria. Penghasilan insulin ini dapat membantu orang yang
menghidap diabetes melitus (kencing manis).
Enzim pemotong Tangki penapaian
DNA
4.
Gen insulin
1.
manusia

Sel pankreas Bakteria


manusia Insulin
rekombinan manusia
3. 5.

Insulin manusia
DNA rekombinan
DNA DNA plasmid

2.
Sel bakteria
VIDEO
1. DNA dipotong menggunakan enzim pemotong
2. DNA plasmid dipotong menggunakan enzim pemotong Teknologi DNA Rekombinan
3. DNA rekombinan dimasukkan ke dalam sel bakteria http://bukutekskssm.my/Sains/
4. Bakteria rekombinan mengganda di dalam tangki penapaian T4/Hlm100.mp4
5. Pengekstrakan dan penulenan insulin manusia
Rajah 5.26 Pembuatan insulin melalui teknologi DNA rekombinan
100
5.4.1

BAB05_FA_CR_3.indd 100 31/10/2019 1:44 PM


Genetik Bab 5

Organisma Termodifikasi Genetik (GMO)


Pernahkah anda mendengar istilah GMO?
GMO ialah singkatan bagi Genetically
Modified Organism, iaitu organisma
(tumbuhan, haiwan, bakteria atau virus)
yang diubah suai secara genetik untuk
tujuan tertentu.
Teknologi ini menggabungkan gen
daripada dua spesies yang berbeza, malahan
boleh dilakukan dengan menggabungkan gen
haiwan dengan gen tanaman atau gen bakteria untuk menghasilkan Gambar foto 5.8 Contoh
organisma termodifikasi genetik (GMO) dengan ciri baharu makanan yang dimodifikasi
secara genetik
yang tidak mungkin boleh dihasilkan melalui proses persilangan
tradisional. Organisma baharu ini mengandungi beberapa
perubahan khusus yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti Cetusan Minda
Cetusan
komersil. Beberapa tumbuhan yang telah dihasilkan ialah tumbuhan
Adakah tembikai
yang boleh menghalang serangga perosak atau penyakit. Teknologi empat segi ini hasil
ini diaplikasikan dalam penanaman padi, jagung dan kelapa sawit. daripada kejuruteraan
genetik? Terangkan.
Buah yang lebih besar, nilai nutrisi yang lebih tinggi dan daya
rintangan terhadap serangan perosak dan penyakit merupakan
ciri-ciri produk yang diingini dalam bidang pertanian. Salah satu
kebaikan tanaman yang dihasilkan melalui modifikasi genetik
ini ialah pengurangan penggunaan racun perosak. Jadi, hal ini
boleh mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar. Penciptaan Pokok Tomato
yang Tahan Serangga
http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm101.jpg
INFORMASI

Aktiviti 5.6 Persembahan Multimedia

Tujuan: Mencari maklumat tentang kejuruteraan genetik seperti DNA rekombinan, PAK21
terapi gen dan organisma termodifikasi genetik (GMO).
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari maklumat tentang DNA rekombinan, terapi gen dan organisma termodifikasi genetik (GMO).
3. Buat persembahan multimedia mengenai tajuk-tajuk yang dibincangkan.

101
5.4.1

BAB05_FA_CR_3.indd 101 31/10/2019 1:44 PM


Kesan Teknologi Kejuruteraan Genetik dalam Kehidupan

Teknologi kejuruteraan genetik

Kebaikan Keburukan
1. Mengenal pasti dan menentukan 1. Hasil perubahan genetik memberikan
penyakit baka dan seterusnya alahan dan kesan-kesan sampingan
merawat penyakit tersebut. kepada pengguna yang mengalami
alahan.
2. Menghasilkan tanaman dan ternakan
yang berkualiti. 2. Penyelidikan genetik yang
menghasilkan spesies baharu
3. Menghasilkan tanaman dan ternakan menyebabkan spesies asal akan pupus.
yang mempunyai daya tahan
penyakit yang tinggi berbanding 3. Boleh menyebabkan kesan sampingan
dengan generasi sebelumnya. seperti mutasi pada pengguna.
4. Menghasilkan tanaman yang lebih 4. Pengubahsuaian genetik mungkin
banyak dan memerlukan masa yang digunakan secara tidak beretika seperti
lebih singkat untuk tuaian. membuat senjata biologi yang boleh
membahayakan manusia.
5. Penghasilan insulin dan enzim
daripada bakteria yang boleh 5. Menghasilkan organisma yang
membantu kesihatan manusia. mempunyai daya tahan yang tinggi
terhadap pestisid.

Rajah 5.27 Kebaikan dan keburukan teknologi kejuruteraan genetik

... ...
Aktiviti 5.7 Perbahasan

PAK21
Tujuan: Membahaskan kesan teknologi kejuruteraan genetik dalam kehidupan.
Arahan:
1. Sediakan tajuk perbahasan bagi kelas anda. Contoh tajuk perbahasan yang boleh dikemukakan
adalah seperti berikut:
“Kejuruteraan genetik membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan”.
2. Bahagikan kelas anda kepada dua kumpulan. Satu kumpulan sebagai pencadang dan satu kumpulan
sebagai pembangkang.
3. Perbahasan boleh dilakukan di dalam kelas atau di dewan sekolah.

102
5.4.2

BAB05_FA_CR_3.indd 102 31/10/2019 1:44 PM


Genetik Bab 5

Etika dalam Teknologi Kejuruteraan Genetik


1. Penyelidikan genetik perlu dijalankan dengan integriti yang tinggi agar tidak menyalahi moral
dan agama.
2. Teknologi kejuruteraan genetik dapat membantu manusia dari segi kesihatan seperti mencipta
insulin bagi membantu manusia yang menghidap penyakit diabetes melitus.
3. Teknologi kejuruteraan genetik dapat membantu manusia dalam menyelesaikan masalah
kekurangan makanan dan kerosakan tanaman.
4. Etika dan nilai murni hendaklah diamalkan semasa menjalankan eksperimen kejuruteraan
genetik agar tidak menyentuh sensitiviti agama dan moral.
5. Bagi mengelakkan teknologi kejuruteraan genetik daripada disalahgunakan, undang-undang
dan peraturan wajar dikuatkuasakan bagi mendidik para pengkaji memahami dan mengikuti
perkembangan kejuruteraan genetik.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 5.4
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kejuruteraan genetik?
2. Terangkan maksud DNA rekombinan, terapi gen dan GMO bersertakan contoh setiap satu.
3. Nyatakan tiga kebaikan dan keburukan teknologi kejuruteraan genetik pada manusia.

5.5 Variasi

Gambar foto 5.9 Variasi antara murid-murid


Cuba anda lihat rakan-rakan dan guru di sekeliling anda. Adakah anda dan mereka semua
kelihatan sama atau berbeza? Mengapa?
Perbezaan yang wujud antara kita disebabkan oleh variasi. Variasi ialah perbezaan ciri antara
individu daripada spesies yang sama. Lihat contoh variasi dalam Gambar foto 5.9. Bolehkah anda
sebutkan contoh-contoh variasi yang boleh dilihat dalam gambar ini?

5.4.3 103
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 103 31/10/2019 1:44 PM


Variasi Selanjar dan Variasi Tak Selanjar
Variasi selanjar ialah variasi yang menunjukkan perbezaan yang tidak ketara atau tidak jelas
antara individu dalam populasi yang sama. Contoh variasi selanjar pada manusia adalah seperti
ketinggian dan jisim badan. Bolehkah anda fikirkan contoh variasi selanjar lain yang dapat anda
lihat dalam kalangan rakan dan keluarga anda?
Variasi selanjar adalah kuantitatif. Ciri-ciri ini boleh diukur dan diwakili oleh lengkung
taburan normal. Lihat graf taburan normal dalam Rajah 5.28 di bawah.
Variasi selanjar ditentukan oleh gen tetapi boleh juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Sebagai contoh, warna kulit individu ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu dan bapanya.
Namun begitu, individu yang sama boleh mempunyai warna kulit yang berbeza apabila berada
di dua lokasi berbeza.

9
8
7
Bilangan murid

6
5
4
3
2
1

0
145-149 150-154 155-159 160-164 165-169 170-174 175-179 180-184
Ketinggian (cm)

Rajah 5.28 Variasi selanjar

Variasi tak selanjar ialah variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara atau sangat
jelas antara individu dalam populasi yang sama. Contoh variasi tak selanjar pada manusia adalah
seperti kebolehan menggulung lidah, jenis cap jari, jenis cuping telinga dan jenis kumpulan darah.
Bolehkah anda fikirkan contoh variasi tak selanjar lain yang dapat anda lihat dalam kalangan
rakan dan keluarga anda?

104
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 104 31/10/2019 1:44 PM


Genetik Bab 5

Graf untuk variasi tak selanjar adalah berbentuk diskrit. Carta


bar digunakan untuk mewakili variasi tak selanjar. Variasi tak
selanjar adalah kualitatif. Variasi tak selanjar ditentukan oleh faktor
genetik sahaja. Oleh itu, trait bagi variasi tak selanjar boleh diwarisi
daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya dan tidak
dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Bilangan (a) Tidak boleh


individu menggulung lidah

(b) Boleh menggulung


lidah
Kumpulan
A B AB O darah Gambar foto 5.10 Contoh
variasi tak selanjar
Rajah 5.29 Variasi tak selanjar
(Sumber: Pusat Darah Negara)

Aktiviti 5.8
Tujuan: Menyiasat jenis variasi untuk ketinggian dan jisim badan dalam kalangan murid.
Bahan: Kertas graf
Radas: Pita pengukur, penimbang jisim badan
Arahan:
1. Ukur ketinggian setiap murid di dalam kelas.
2. Catatkan data ketinggian di dalam jadual di bawah mengikut julat ketinggian murid.
3. Plotkan satu histogram bilangan murid melawan sela ketinggian.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 untuk jisim badan.
Keputusan:
130 – 135 – 140 – 145 – 150 – 155 – 160 – 165 – 170 –
Ketinggian (cm)
134 139 144 149 154 159 164 169 174
Bilangan
murid

105
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 105 31/10/2019 1:44 PM


Jisim badan
35 – 39 40 – 44 45 – 49 50 – 54 55 – 59 60 – 64 65 – 69 70 – 74 75 – 79
(kg)
Bilangan
murid

Soalan:
1. Apakah julat ketinggian dan jisim badan yang paling kerap?
2. Apakah bentuk histogram ketinggian dan jisim badan yang telah anda plotkan?
3. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara ketinggian dengan jisim badan murid di dalam kelas?

Aktiviti 5.9
Tujuan: Menyiasat jenis variasi untuk kebolehan menggulung lidah dalam kalangan murid.
Bahan: Kertas graf
Arahan:
1. Kumpulkan maklumat kebolehan menggulung lidah dan yang tidak boleh menggulung lidah bagi
setiap murid di dalam kelas.
2. Catatkan data di dalam jadual di bawah.
3. Plotkan graf bar bilangan murid melawan ciri kebolehan mereka menggulung lidah.
Keputusan:
Ciri Kebolehan menggulung lidah
Trait Boleh Tidak boleh
Bilangan murid

Soalan:
1. Apakah bentuk graf bar yang telah anda plotkan?
2. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara ciri kebolehan menggulung lidah dalam kalangan
murid di dalam kelas?

106
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 106 31/10/2019 1:44 PM


Genetik Bab 5

Faktor-faktor yang Menyebabkan Variasi


Bolehkah anda menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan variasi? Apakah kepentingan variasi?
Mari jalankan Aktiviti 5.10 berikut untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

... ...
Aktiviti 5.10 Jalan Galeri

Tujuan: Mengumpulkan maklumat tentang variasi. PAK21


Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang:
(a) faktor-faktor yang menyebabkan variasi
(b) kepentingan variasi
3. Catatkan maklumat di atas kertas sebak.
4. Tampal hasil persembahan kumpulan anda pada dinding kelas.
5. Seorang ahli daripada setiap kumpulan akan membentangkan persembahan kepada kumpulan lain.

Faktor-faktor yang menyebabkan variasi

Faktor genetik Faktor persekitaran

Pindah silang antara kromosom homolog Faktor persekitaran seperti pH,


semasa meiosis membolehkan pertukaran cahaya matahari, suhu, air, iklim
bahan genetik dan menghasilkan dan pemakanan boleh menyebabkan
kombinasi genetik yang baharu. perubahan ciri-ciri organisma.
Misalnya:
– Seseorang akan mempunyai warna
Penyusunan kromosom secara bebas
kulit yang lebih gelap jika selalu
menghasilkan gamet yang mempunyai
terdedah kepada cahaya matahari.
maklumat genetik berlainan.
– Seseorang akan menjadi gemuk
sekiranya terlebih makan.
Persenyawaan secara rawak antara – Bunga Hydrangea sp. berwarna biru
gamet jantan dengan gamet betina jika ditanam di dalam tanah berasid
menghasilkan zigot dengan kombinasi dan berwarna merah jambu jika
genotip yang berlainan. ditanam di dalam tanah beralkali
atau neutral.
Mutasi kromosom dan gen menghasilkan
fenotip baharu akibat perubahan dalam
maklumat genetik.

Rajah 5.30 Faktor-faktor yang menyebabkan variasi


107
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 107 31/10/2019 1:44 PM


Kepentingan Variasi

Variasi pada organisma membolehkan organisma itu menyesuaikan diri terhadap perubahan
persekitarannya. Individu dengan ciri berlainan atau berbeza daripada kumpulan majoriti
mampu untuk bertahan, menyesuaikan diri dan bermandiri dengan perubahan persekitaran.
Jika semua individu adalah serupa, mereka akan pupus apabila suatu perubahan drastik berlaku
dalam persekitaran.

Variasi membolehkan kita membezakan dan mengecam setiap individu dalam spesies
yang sama dengan mudah.

Variasi membenarkan pemilihan semula jadi, iaitu organisma dengan ciri-ciri yang sesuai
akan terus hidup manakala organisma dengan ciri-ciri yang kurang sesuai akan pupus. Evolusi
organisma berlaku melalui pemilihan semula jadi.

Variasi membantu organisma dalam penyamaran untuk melindungi diri daripada pemangsa.

Variasi pada haiwan dan tumbuhan juga meningkatkan nilai tambah sesuatu haiwan dan
tumbuhan tersebut. Sebagai contoh, hasil daripada kejuruteraan genetik dan pembiakbakaan
pilihan, haiwan dan tumbuhan dengan ciri genetik baharu dapat dihasilkan mengikut
sifat-sifat yang dikehendaki. Hal ini boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 5.5
1. Apakah maksud variasi?
2. (a) Namakan dua jenis variasi.
(b) Banding dan bezakan antara kedua-dua jenis variasi yang anda nyatakan dalam soalan 2(a).
3. Nyatakan dua faktor genetik yang menyebabkan variasi.
4. Bagaimanakah faktor persekitaran menyebabkan variasi? Terangkannya menggunakan contoh
yang sesuai.
5. Nyatakan tiga kepentingan variasi.

108
5.5.1

BAB05_FA_CR_3.indd 108 31/10/2019 1:44 PM


R u m u sa n

BAB05_FA_CR_3.indd 109
GENETIK

Pembahagian Sel Mutasi Variasi

Mitosis Meiosis Selanjar Tak selanjar

Kepentingan Kepentingan
Teknologi
Kejuruteraan Genetik
DNA
Pewarisan

Jenis-jenis
Etika
teknologi
Mekanisme
pewarisan
Kesan

Mutasi
Mutasi gen Penyakit gangguan gen
kromosom

109
Genetik Bab 5

31/10/2019 1:44 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
5.1 Pembahagian Sel
Menerangkan gen, asid deoksiribonukleik (Deoxyribonucleic acid, DNA) dan kromosom
di dalam nukleus.
Membandingkan dan membezakan mitosis dan meiosis.
Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis.
5.2 Pewarisan
Menerangkan pewarisan dalam manusia.
Berkomunikasi tentang mekanisme pewarisan.
5.3 Mutasi
Menjelaskan maksud mutasi dan jenis mutasi.
Menerangkan faktor yang menyebabkan mutasi gen dan mutasi kromosom dengan contoh.
Menerangkan penyakit gangguan gen dengan ciri-cirinya dan kaedah mengesan penyakit
tersebut dengan contoh.
Membincangkan aplikasi penyelidikan genetik dalam meningkatkan kualiti kehidupan.
Membahaskan kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia.
5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik
Mewajarkan teknologi kejuruteraan genetik.
Membahaskan kesan teknologi kejuruteraan genetik dalam kehidupan.
Mewajarkan etika dalam teknologi kejuruteraan genetik.
5.5 Variasi
Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 5 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ
my/Sains/T4/K5
1. (a) Rajah 1 menunjukkan struktur kromosom.

Rajah 1
(i) Namakan struktur yang bertanda P.

110

BAB05_FA_CR_3.indd 110 31/10/2019 1:44 PM


Genetik Bab 5

(ii) Nyatakan tiga komponen asas yang membentuk struktur yang anda namakan dalam
soalan 1(a)(i).
(b) Berapakah bilangan kromosom di dalam sel soma?
(c) Terangkan perbezaan antara autosom dengan kromosom seks.
2. Rajah 2 menunjukkan satu fasa dalam proses pembahagian sel.

Rajah 2
(a) Nyatakan fasa yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
(b) Pada fasa ini, terangkan perlakuan kromosom.
(c) Namakan proses yang berlaku pada fasa ini. Terangkan impaknya kepada organisma
sekiranya proses ini tidak berlaku.
(d) Nyatakan sel haiwan yang menjalani peringkat pembahagian sel seperti dalam Rajah 2
di atas.
3. Rajah 3 menunjukkan dua peringkat di dalam satu sel yang mengalami mitosis.

P Q
Rajah 3
(a) Namakan peringkat P.
(b) Nyatakan perlakuan kromosom semasa peringkat Q.
(c) Namakan satu organ dalam manusia dan satu organ dalam tumbuhan yang
mengalami mitosis.

Cabar
C abar Minda

4. Rajah 4 menunjukkan kariotip yang dapat dianalisis selepas Puan K 1 2 3 4 5
menjalankan kaedah amniosentesis.
(a) Apakah kemungkinan yang menyebabkan Puan K menjalani
6 7 8 9 10 11 12
prosedur ini?
(b) (i) Apakah nama penyakit yang akan dihidapi oleh fetus
di dalam kandungan Puan K? 13 14 15 16 17 18
(ii) Apakah jantina fetus itu?
19 20 21 22 XY

Rajah 4

111

BAB05_FA_CR_3.indd 111 31/10/2019 1:44 PM


Bab

6 Sokongan, Pergerakan
dan Pertumbuhan

Kata Kunci
Rangka dalam
Rangka luar
Rangka hidrostatik
Sokongan
Ekdisis
Sistem rangka
Rangka paksi
Rangka apendaj
Rawan
Tendon
Otot
Pusat graviti

112

BAB06_FA_CR_3.indd 112 16/10/2019 5:18 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Apakah kelebihan rangka dalam berbanding


dengan rangka luar?
Mengapakah rangka dalam tidak terdapat pada
serangga seperti lipas?
Apakah jenis rangka yang terdapat pada
cacing tanah yang memberikan sokongan
kepada badannya?
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kestabilan haiwan?
Apakah sistem sokongan pada manusia
dan tumbuhan?

Rencana S a i
ns
Pergerakan Hai
wan d an Manusia
Citah merupakan
haiwan darat ya
ng
terpantas di Bum
i.
Citah boleh
bergerak daripad
a
0 hingga 96 km
sejam dalam mas
a
tiga saat sahaja
.
Tahukah anda
siapakah manus
ia yang terpanta
terpantas di duni s di dunia? Gela
a dipegang oleh ran manusia
yang mencatatk Usain Bolt dari Ja
an rekod dunia maica
9.58 saat. Apakah pecut 100 meter
yang membolehk da la m masa
melakukan perg an haiwan dan m
erakan? Mari kita anusia
tajuk ini. belajar lebih lanj
ut tentang

Anda akan belajar tentang:


sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan
pergerakan dan pertumbuhan manusia
sokongan, pertumbuhan dan kestabilan dalam tumbuhan
113

BAB06_FA_CR_3.indd 113 16/10/2019 5:18 PM


6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan

Ke mbali
Kemb
Jenis Sokongan pada Haiwan
ali
Apakah sistem sokongan dalam haiwan? Rangka ialah sistem
Haiwan vertebrata
terdiri daripada ikan, sokongan kepada semua jenis haiwan. Terdapat tiga jenis sokongan
amfibia, reptilia, burung pada haiwan, iaitu rangka dalam, rangka luar dan rangka hidrostatik.
dan mamalia.

Rangka Dalam
Rangka dalam ialah jenis sokongan bagi semua vertebrata termasuk
manusia. Rangka dalam terbina daripada tulang atau rawan. Rangka
dalam berperanan untuk menyokong berat badan, melindungi
organ dalaman dan mengekalkan bentuk badan. Selain itu, rangka
dalam juga menjadi asas pautan bagi otot untuk menggerakkan
bahagian badan.

Katak Helang

Buaya
Ikan

Kucing
Gambar foto 6.1 Contoh haiwan yang mempunyai rangka dalam

Cetusan Minda
Cetusan Rangka Luar
Apakah jenis Rangka luar ialah jenis sokongan bagi kebanyakan invertebrata.
rangka untuk ular? Rangka luar terdiri daripada lapisan keras kitin berlilin atau
Rangka dalam atau cangkerang. Rangka luar berfungsi untuk menyokong berat badan,
rangka hidrostatik?
mengekalkan bentuk badan dan melindungi organ dalaman haiwan.
Selain itu, rangka luar juga merupakan tapak bagi perlekatan otot.

Kala jengking

Labah-labah
Udang
Ketam

Gambar foto 6.2 Contoh haiwan yang mempunyai rangka luar


114
6.1.1

BAB06_FA_CR_3.indd 114 16/10/2019 5:18 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Rangka Hidrostatik
Sesetengah haiwan invertebrata yang berbadan lembut seperti cacing tidak mempunyai
sebarang tulang di dalam badan. Haiwan-haiwan ini disokong oleh rangka hidrostatik. Rangka
hidrostatik terdiri daripada dinding berotot yang melitupi rongga badan yang diisi dengan
bendalir. Bendalir ini mengenakan tekanan pada dinding berotot badan dalam semua arah
menyebabkan badan haiwan yang lembut menjadi tegar. Rangka hidrostatik ini mengekalkan
dan mengawal bentuk badan. Rangka hidrostatik juga memainkan peranan dalam pergerakan
haiwan tersebut.

Cacing tanah

Lintah

Tapak sulaiman Obor-obor


Gambar foto 6.3 Contoh haiwan yang mempunyai rangka hidrostatik

Aktiviti 6.1 Persembahan Multimedia

PAK21
Tujuan: Membuat persembahan multimedia mengenai jenis sokongan dalam haiwan,
iaitu rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, video dan Internet berkaitan dengan
sokongan dan gerakan.
3. Bina persembahan multimedia tentang:
(a) jenis-jenis rangka
(b) fungsi jenis-jenis rangka yang dinyatakan
(c) contoh haiwan dengan setiap jenis rangka itu
4. Bentangkan persembahan multimedia kepada rakan dan guru anda.

Saiz Rangka Luar dengan Pertumbuhan


Pertumbuhan boleh diukur dan dilihat dengan membina graf unit pertumbuhan melawan masa.
Graf ini dinamakan lengkung pertumbuhan. Unit pertumbuhan adalah seperti tinggi (cm),
isi padu (cm3), jisim segar (g) dan jisim kering (g). Lengkung pertumbuhan yang terbentuk
menunjukkan fasa-fasa pertumbuhan dan kadar pertumbuhan yang dialami oleh organisma.

6.1.1 115
6.1.2

BAB06_FA_CR_3.indd 115 16/10/2019 5:19 PM


Lengkung pertumbuhan bagi semua organisma pada asasnya
berbentuk sigmoid, cuma corak pertumbuhannya berbeza mengikut
jenis organisma, tetapi lengkung pertumbuhan bagi haiwan dengan
Pertumbuhan

rangka luar adalah berbeza dan unik.


Lengkung pertumbuhan haiwan dengan rangka luar seperti
lipas dan belalang adalah berperingkat. Hal ini disebabkan rangka
luar haiwan jenis ini terbina daripada kitin yang bersifat keras dan
Masa
tidak boleh mengembang.

Rajah 6.1 Lengkung


Sifat keras dan tidak boleh mengembang ini akan menghalang
pertumbuhan berbentuk pertumbuhan haiwan yang mempunyai rangka luar seperti udang,
sigmoid kumbang, ketam dan belalang. Bagi mengatasi masalah ini, haiwan
ini akan menanggalkan rangka luar berulang kali sehingga mencapai
peringkat dewasa. Proses penanggalan kulit ini dinamakan ekdisis.
Semasa proses ekdisis, rangka luar yang baharu dan lembut telah
terbentuk di bawah rangka luar yang lama. Rajah 6.2 menunjukkan
lengkung pertumbuhan haiwan yang mempunyai rangka luar.

Panjang badan (cm)

Dewasa

IV
I–V
III ialah
peringkat
II nimfa
I
Rangka
Telur Serangga menyalin kulitnya (ekdisis)
luar lama

Masa (hari)

Bahagian menegak menunjukkan pertumbuhan berlaku secara mendadak.

Bahagian melintang (I, II, III, IV, V) menunjukkan peringkat pertumbuhan


sifar (tiada pertumbuhan berlaku) dan disebut instar. Rangka baharu yang
lembut dibina di bawah rangka lama.

Gambar foto 6.4 Serangga Rajah 6.2 Lengkung pertumbuhan bagi haiwan berangka luar
menanggalkan rangka luar
yang keras Semasa ekdisis, haiwan berangka luar akan menyedut udara
bagi mengembangkan badan. Tindakan menyedut udara ini akan
memecahkan rangka luar lama yang keras. Pertumbuhan pesat akan
berlaku untuk penambahan saiz organisma sebelum rangka luar
yang baharu mengeras.

116
6.1.2

BAB06_FA_CR_3.indd 116 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Haiwan berangka luar akan mengalami


beberapa peringkat ekdisis sebelum mencapai Graf lengkung
pertumbuhan bagi
peringkat dewasa. Peringkat ekdisis ini yang haiwan berangka luar
menyebabkan graf lengkung pertumbuhan haiwan adalah berbentuk
tersebut berbentuk tangga. Pada peringkat nimfa, tangga. Ingat
haiwan tersebut akan makan dengan banyak tangga, ingat graf
pertumbuhan serangga.
untuk membina tisu-tisu baharu dan mengalami
pertambahan jisim. Hormon akan mengawal setiap
peringkat ekdisis ini.

Aktiviti 6.2 Inkuiri

PAK21
Tujuan: Mengkaji lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar.
Radas: Pembaris
Prosedur:
1. Perhatikan lima ekor nimfa belalang dan seekor belalang dewasa dalam jadual di bawah.

Hari 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Belalang
A B C D E Dewasa

2. Ukur panjang nimfa belalang A (dari hujung kepala hingga hujung abdomen)
menggunakan pembaris.
3. Catatkan panjang nimfa belalang A dalam jadual di bawah.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 menggunakan gambar nimfa belalang B, C, D, E dan belalang dewasa.
Pemerhatian:

Hari Panjang belalang (cm)

1
2
3
.
..
..

30

Soalan:
1. Plotkan lengkung pertumbuhan belalang tersebut.
2. Mengapakah lengkung pertumbuhan belalang bercorak sedemikian?
3. Terangkan proses metamorfosis belalang tersebut berdasarkan lengkung pertumbuhan yang
telah diplot.

117
6.1.2

BAB06_FA_CR_3.indd 117 16/10/2019 5:19 PM


Menghubungkaitkan Rangka Hidrostatik
dengan Pergerakan
Bagaimanakah cacing tanah bergerak? Mari kita lihat bagaimana rangka hidrostatik dalam
cacing tanah membantu pergerakannya.

Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik, iaitu ruang badannya dipenuhi bendalir.
Cacing tanah bergerak di atas tanah dengan bantuan keta, iaitu bulu kejur yang terdapat
pada bahagian sisi badannya. Terdapat dua jenis otot pada dinding badan cacing, iaitu
otot lingkar dan otot membujur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Otot-otot pada cacing tanah ini juga bertindak secara berantagonis (berlawanan).
Apabila otot lingkar mengecut, otot membujur mengendur menyebabkan badan cacing
menjadi menipis dan memanjang. Apabila otot membujur mengecut dan otot lingkar
mengendur pula, badan cacing akan menebal dan memendek.

Tindakan otot lingkar dan otot membujur secara berantagonis (berlawanan)


menghasilkan tekanan hidrostatik pada cecair di dalam badan cacing. Apabila badan
cacing menipis dan memanjang, tekanan hidrostatik memindahkan cecair di dalam
badannya ke belakang badan. Apa pula yang terjadi kepada cecair tersebut apabila
badan cacing menebal dan memendek? Cecair badan akan dipindahkan ke bahagian
memendek ini oleh tekanan hidrostatik dan menyebabkan bahagian belakang cacing
ditarik ke hadapan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5.

Pergerakan Obor-obor
http://bukutekskssm.my/Sains/T4/
PergerakanObor-Obor.mp4
VIDEO

118
6.1.3

BAB06_FA_CR_3.indd 118 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Otot membujur

Otot lingkar
Rongga badan
 Otot lingkar padabendalir
berisi hujung
anterior mengecut
 Otot membujur mengendur

Keta memanjang
 Segmen badan

 Otot membujur mengecut

manakala otot lingkar


Rajah 6.3 Rangka hidrostatik pada cacing tanah mengendur
 Badan cacing tanah

memendek
Otot membujur Otot lingkar  Keta mencengkam tanah

mengendur mengecut Otot lingkar


 Hujung posterior ditarik ke
mengendur
hadapan
Otot membujur
 Pengecutan dan

mengecutpengenduran otot
dari anterior ke posterior
Posterior Anterior secara berselang seli
membolehkan cacing tanah
bergerak
Belakang Hadapan ke hadapan
Keta
Rajah 6.4 Susunan otot lingkar dan otot membujur pada cacing tanah

• Cacing tanah bergerak dengan Kekunci:


bantuan pengecutan dan Arah pergerakan
pengenduran otot lingkar dan otot Gelombang pengecutan
membujur yang berlaku secara
berlawanan daripada bahagian
Posterior Anterior
anterior ke bahagian posterior.
• Apabila otot membujur mengecut
dan otot lingkar mengendur,
Belakang Hadapan
segmen-segmen pada bahagian
Keta mencengkam
badan cacing tanah akan memendek
tanah
dan menebal. Keta pada segmen ini
akan mencengkam tanah.
• Pada masa yang sama
segmen-segmen lain pada badan
cacing tanah akan memanjang dan
menipis. Hal ini berlaku kerana otot
lingkar pada segmen ini mengecut
dan otot membujur mengendur. Keta
pada segmen ini akan melepaskan
cengkaman untuk membenarkan
badan cacing tanah memanjang dan
bergerak ke hadapan.

Rajah 6.5 Cara cacing tanah bergerak

119
6.1.3

BAB06_FA_CR_3.indd 119 16/10/2019 5:19 PM


Aktiviti 6.3 Persembahan Multimedia

PAK21
Tujuan: Membuat persembahan multimedia untuk menerangkan rangka hidrostatik.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, video dan Internet berkaitan dengan
rangka hidrostatik dan pergerakan.
3. Bina persembahan multimedia berkenaan dengan rangka hidrostatik.
4. Cari maklumat dan buat perkongsian tentang peranan tekanan bendalir di dalam rongga badan
membantu pergerakan haiwan seperti cacing dan obor-obor.
5. Bentangkan persembahan multimedia kepada rakan dan guru anda.

Fungsi Rangka Dalam bagi Haiwan


Haiwan vertebrata yang mempunyai rangka dalam terbahagi kepada haiwan vertebrata darat,
haiwan vertebrata akuatik dan burung. Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari fungsi rangka
dalam untuk ketiga-tiga jenis haiwan vertebrata ini. Rangka haiwan-haiwan ini berbeza mengikut
habitat vertebrata.

Haiwan Vertebrata Darat


Haiwan vertebrata darat memerlukan rangka yang kuat dan tegar untuk menyokong badan.
Haiwan-haiwan ini mempunyai rangka yang besar dan sepadan dengan saiz badan. Berat badan
vertebrata daratan disokong terutamanya oleh lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis.
Seekor gajah memerlukan lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kuat untuk
menyokong berat badannya. Kedua-dua lengkungan ini bersendi dengan kaki seperti ditunjukkan
dalam Rajah 6.6 di bawah.
Lengkungan
pektoral

Lengkungan
Galeri
Galeri Sains pelvis
Tulang belakang haiwan
darat yang berkaki empat
seperti unta dan kuda
melengkung ke atas atau
ke bawah. Keadaan ini
memberikan sokongan
yang lebih kuat kepada
otot-otot yang melekat
dengan tulang belakang.
Keadaan melengkung
membolehkan tulang
belakang untuk menahan
daya graviti yang
bertindak pada haiwan itu.

Rajah 6.6 Rangka dalam seekor gajah

120
6.1.4

BAB06_FA_CR_3.indd 120 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Haiwan Vertebrata Akuatik


Haiwan vertebrata akuatik mempunyai rangka dalam yang lebih kecil berbanding dengan
badannya. Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan akuatik adalah kecil dan lemah.
Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar lebih daripada saiz rangkanya. Hal ini
demikian kerana berat badan haiwan akuatik disokong oleh daya apungan air.

Lengkungan pelvis Lengkungan pektoral

Rajah 6.7 Rangka dalam seekor paus

Burung
Burung mempunyai struktur tulang yang beradaptasi
untuk terbang. Tulang sternum (tulang dada)
burung yang pipih dan luas berfungsi sebagai tempat
perlekatan otot untuk penerbangan. Tulang-tulang
burung juga berongga dan ringan. Selain itu, saiz
tengkorak burung juga adalah kecil berbanding
dengan tengkorak haiwan lain dan bertujuan untuk Sternum
memudahkan burung terbang.

Rajah 6.8 Rangka dalam seekor burung

Aktiviti 6.4 Persembahan Multimedia

PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat mengenai perbezaan fungsi rangka dalam bagi
vertebrata darat, vertebrata akuatik dan burung.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, video dan Internet.
3. Bina persembahan multimedia tentang:
(a) perbezaan setiap rangka dalam vertebrata darat, vertebrata akuatik dan burung.
(b) contoh-contoh haiwan bagi setiap jenis rangka itu.
4. Bentangkan persembahan multimedia kepada rakan dan guru anda.

121
6.1.4

BAB06_FA_CR_3.indd 121 16/10/2019 5:19 PM


Sistem Rangka Manusia
Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang yang pelbagai saiz
dan bentuk. Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu rangka paksi dan rangka apendaj. Rangka paksi
terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, sternum dan tulang
rusuk. Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral,
tulang tangan, lengkungan pelvis dan tulang kaki.

Kranium

Rangka Paksi

Tengkorak

Tengkorak manusia terdiri daripada dua


bahagian iaitu tulang kranium dan tulang
muka. Tulang kranium berfungsi melindungi
otak dan tulang muka berfungsi memberikan
bentuk asas atau rangka muka dan juga
menyokong gigi.

Turus vertebra

Turus vertebra terdiri daripada 33 ruas


tulang kecil atau vertebra. Tulang-tulang yang
bersambung ini akan membentuk satu turus
yang kuat dan boleh melentur. Turus vertebra ini
mempunyai satu fungsi yang amat penting, iaitu
melindungi saraf tunjang.
Pandangan
tepi
Pandangan
depan

Tulang rusuk dan sternum 1


Model 3D
2
Rusuk manusia dibentuk daripada 3
12 pasang tulang rusuk yang bersendi 4 Cetusan Minda
Cetusan
dengan vertebra toraks di bahagian 5
Bayi ketika dilahirkan
belakang. Tujuh pasang tulang rusuk 6 mempunyai 275 tulang
bersendi dengan sternum secara terus dan 7 manakala orang dewasa
tiga tulang rusuk lagi bersambung secara 8 mempunyai 206 tulang.
tidak langsung oleh rawan. Dua pasang lagi Mengapakah perbezaan
(dua terakhir) tergantung bebas. Sternum 9 ini terjadi?
dan tulang rusuk berfungsi melindungi 10
Vertebra Sternum
organ utama, iaitu jantung dan peparu. 11 12
toraks
Rajah 6.9 Rangka manusia

122
6.1.5

BAB06_FA_CR_3.indd 122 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Rangka Apendaj
Klavikel

Lengkungan pektoral
Terdapat sepasang lengkungan pektoral di
dalam badan manusia. Lengkungan pektoral ini
Skapula menghubungkan tulang tangan dengan rangka paksi.
Lengkungan pektoral terdiri daripada tulang klavikel
dan tulang skapula.

Humerus

Tulang tangan
Tulang tangan terdiri daripada humerus, radius, ulna,
karpus, metakarpus dan falanks. Hujung humerus yang
berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pektoral.
Hujung humerus yang di sebelah bawah bersendi dengan
radius dan ulna. Radius dan ulna bersendi dengan tulang
karpus yang membentuk pergelangan tangan. Tulang
metakarpus membentuk tapak tangan dan bersendi
Radius dengan tulang karpus. Falanks yang membentuk jari
Ulna akan bersendi dengan tulang metakarpus.
Metakarpus
Falanks Karpus

Lengkungan pelvis

Lengkungan pelvis ini bersendi dengan rangka paksi.


Lengkungan pelvis terbentuk daripada sepasang tulang
punggung. Lengkungan pelvis menyokong berat badan,
melindungi pundi kencing dan organ pembiakan.

Tulang kaki
Femur
Tulang kaki terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus,
metatarsus dan falanks. Hujung tulang femur yang
berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pelvis.
Patela
Hujung sebelah bawah femur pula bersendi dengan
tulang tibia dan fibula. Tibia dan fibula merupakan
Fibula tulang pada betis. Hujung bawah tulang tibia dan
fibula ini bersendi dengan tulang tarsus, iaitu tulang
pergelangan kaki. Tulang tarsus bersendi dengan tulang
metatarsus yang membentuk tapak kaki. Metatarsus
pula bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki.

Tibia Falanks
Tarsus
Metatarsus
123
6.1.5

BAB06_FA_CR_3.indd 123 16/10/2019 5:19 PM


... ...
Aktiviti 6.5 Meja Bulat

Tujuan: Mengenal pasti dan menamakan tulang-tulang pada rangka manusia. PAK21
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Dapatkan rajah rangka manusia daripada guru anda.
3. Murid bergilir-gilir diminta melabelkan rajah sistem rangka manusia itu.
4. Tampal rajah kumpulan anda pada papan kenyataan di dalam kelas anda.

Membandingkan Kekuatan Tulang


yang Padat dan Tulang yang Berongga
Vertebrata darat seperti gajah mempunyai tulang Tulang manakah yang kuat?
yang besar, padat dan kuat. Hal ini demikian Tulang yang padat atau
tulang berongga?
kerana keseluruhan berat badannya disokong
oleh rangka dalam.
Burung mempunyai tulang-tulang berongga
untuk membolehkannya terbang.
Tulang berongga mempunyai beberapa HAIKAL

kelebihan iaitu:
(a) ringan dan kuat
(b) membenarkan vertebrata bergerak Saya pun tidak pasti.
Mari kita lakukan
dengan lebih cepat eksperimen di bawah.
(c) memerlukan kalsium dan fosforus
yang kurang

Eksperimen 6.1
Tujuan: Membandingkan kekuatan tulang yang padat dengan tulang yang berongga.
Pernyataan masalah: Adakah tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat?
Hipotesis: Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis silinder (berongga atau padat)
(b) bergerak balas: Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder
(c) dimalarkan: Panjang dan diameter silinder
Bahan: Kertas A4, pita selofan, penutup kotak
Radas: Buku teks, gunting
Prosedur:
1. Buatkan satu silinder yang berongga dengan diameter berukuran 2.5 cm. Lekatkan bahagian atas
dan bawah gulungan kertas itu dengan pita selofan. Buat tiga lagi gulungan yang sama.
2. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak dan namakan struktur itu meja model A
seperti pada Rajah 6.10(a).
3. Buatkan satu silinder yang padat dengan diameter berukuran 2.5 cm. Lekatkan bahagian atas dan
bawah gulungan kertas itu dengan pita selofan. Buat tiga lagi gulungan yang sama.

124
6.1.6

BAB06_FA_CR_3.indd 124 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

4. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak dan namakan struktur meja itu model B
seperti pada Rajah 6.10(b).

Penutup
kotak

Silinder Silinder
berongga padat

Model A Model B
Rajah 6.10(a) Rajah 6.10(b)
5. Letakkan buku teks satu demi satu ke atas setiap meja model A dan B sehingga gulungan
kertas bengkok.
Keputusan:
Silinder Bilangan buku teks yang boleh disokong
Berongga
Padat

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh:
(a) gulungan kertas pada meja model A?
(b) gulungan kertas pada meja model B?
2. Cadangkan dua kelebihan sistem sokongan yang diwakili oleh gulungan kertas meja model A.

Sistem Sokongan dengan Faktor Kestabilan Haiwan


Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu haiwan itu bergerak dengan lebih lancar dan
cekap. Kestabilan sesuatu haiwan berbeza mengikut titik keseimbangan pada sistem sokongan
haiwan tersebut.
Antara dua haiwan ini, haiwan
yang manakah lebih stabil?
Bolehkah anda terangkan?

NADIA

Gambar foto 6.5 Dua haiwan dengan titik


keseimbangan yang berbeza

6.1.6 125
6.1.7

BAB06_FA_CR_3.indd 125 16/10/2019 5:19 PM


Pusat Graviti
Pusat graviti merujuk kepada titik keseimbangan suatu sistem
sokongan atau objek. Titik keseimbangan ialah titik keseluruhan
berat sistem sokongan atau objek itu bertindak untuk mengimbangi
kedudukan sistem sokongan atau objek tersebut.
Kedudukan pusat graviti memainkan peranan penting kepada
haiwan. Secara umumnya haiwan yang mempunyai pusat graviti yang
rendah lebih stabil daripada haiwan yang mempunyai pusat graviti
yang tinggi. Sebagai contoh, zirafah kurang stabil semasa berdiri
kerana pusat graviti yang tinggi berbanding dengan kura-kura dan
buaya yang stabil secara semula jadi kerana mempunyai pusat graviti
yang rendah.

Kura-kura
Buaya
Zirafah
Gambar foto 6.6 Haiwan dengan kedudukan pusat graviti yang berbeza

Faktor yang Mempengaruhi Kestabilan


Kestabilan ialah kebolehan sesuatu objek mengekalkan kedudukan asalnya. Terdapat dua faktor
yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek atau sistem sokongan iaitu:
1. Pusat graviti – Objek dengan pusat graviti yang tinggi kurang stabil berbanding dengan objek
yang mempunyai pusat graviti yang rendah.
2. Luas tapak – Objek dengan luas tapak yang besar lebih stabil berbanding dengan objek yang
mempunyai luas tapak yang kecil.

Faktor yang mempengaruhi


Cetusan Minda
Cetusan kestabilan suatu objek
Bolehkah anda
menerangkan sebab
kereta Formula 1 direka
lebih rendah daripada
Pusat graviti Luas tapak
kereta biasa?
R S
Q

Pusat
graviti
Luas tapak Luas tapak
P lebih stabil daripada Q R lebih stabil daripada S
Rajah 6.11 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek
126
6.1.7

BAB06_FA_CR_3.indd 126 16/10/2019 5:19 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Penyelesaian Masalah Kestabilan bagi Haiwan

Antara cabaran yang dihadapi oleh haiwan yang tinggi adalah untuk mengekalkan
kestabilan semasa menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, zirafah yang tinggi
menghadapi kesukaran untuk minum air berbanding dengan haiwan yang lain. Bagi
mengatasi masalah ini, zirafah terpaksa menambahkan luas tapak sistem sokongan
dengan mengangkangkan kakinya seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 6.7
di bawah. Tindakan ini juga akan merendahkan pusat graviti zirafah supaya tidak
mudah tumbang.

Gambar foto 6.7 Cara zirafah mengekalkan kestabilan badannya

Keadaan yang sama juga dihadapi oleh kanggaru. Hal ini demikian kerana kanggaru melompat
dan berdiri menggunakan dua kaki belakang. Kaki hadapan kanggaru tidak digunakan untuk
berdiri. Keadaan ini menyebabkan kanggaru menjadi tidak stabil dan mudah tumbang ketika
tidak bergerak. Bagi mengatasi masalah ini, kanggaru menggunakan ekornya sebagai sistem
sokongan bagi mengelakkannya daripada tumbang. Penggunaan ekor sebagai tongkat ini akan
menambah luas tapak kanggaru ketika tidak bergerak.

Kaki hadapan
Ekor sebagai
tongkat

Kaki belakang

Gambar foto 6.8 Cara kanggaru mengekalkan kestabilan badannya


(Sumber: Biology, a functional approach, 4th edition)

127
6.1.7

BAB06_FA_CR_3.indd 127 16/10/2019 5:20 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 6.1
1. Nyatakan kepentingan sistem sokongan.
2. Terangkan maksud rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik.
3. Terangkan lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ekdisis?
5. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kestabilan haiwan.
6. (a) Apakah itu pusat graviti?
(b) Apakah hubungan antara ketinggian objek dengan kestabilannya?

6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia


Sistem rangka dan otot membolehkan manusia bergerak. Pengecutan dan pengenduran otot
rangka menghasilkan pergerakan. Otot rangka bertindak secara berpasangan dan berlawanan
antara satu sama lain. Setiap pasang otot yang bertindak secara berlawanan dikenal sebagai
otot berantagonis. Pergerakan otot-otot ini membuatkan manusia boleh berjalan, melompat,
berlari, berenang, merangkak dan mengangkat barang. Rajah 6.12 menunjukkan pergerakan
antagonis oleh otot.

Otot biseps
Otot biseps mengendur
mengecut Model 3D

Otot triseps
Otot triseps mengecut
mengendur

Membengkokkan lengan Meluruskan lengan

Rajah 6.12 Pergerakan antagonis otot untuk membengkokkan dan meluruskan lengan

Fungsi Sendi dan Otot dalam Pergerakan


Sendi ialah tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang. Sendi yang membenarkan anggota
bergerak dinamakan sendi bergerak (contoh: sendi engsel pada siku) manakala sendi yang
tidak membenarkan bahagian anggota bergerak dinamakan sendi tak bergerak (contoh: sendi
pada tengkorak).
Rajah 6.13 menunjukkan contoh sendi engsel pada tangan. Otot yang terlibat dalam
pergerakan sendi engsel ini ialah otot biseps dan otot triseps.

128
6.2.1

BAB06_FA_CR_3.indd 128 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Galeri
Galeri Sains
Ligamen ialah tisu
Otot biseps penghubung yang liat,
kenyal dan kuat yang
menyambungkan dua
tulang. Sifatnya yang kuat
dan kenyal ini membuat
Otot triseps ligamen dapat mengikat
Radius dan memaut tulang
Tendon serta membenarkan
pergerakan.
Otot ialah tisu yang
terdiri daripada gentian
Ligamen yang selari antara satu
sama lain. Sel otot
mengandungi mitokondria
Sendi engsel yang menjanakan tenaga
Ulna untuk pengecutan dan
pengenduran otot.
Rajah 6.13 Contoh sendi bergerak (sendi engsel)

Tulang
Otot

Cecair sinovial berfungsi


untuk melicinkan dan
membekalkan nutrien kepada
rawan. Cecair sinovial juga
bertindak sebagai pelincir
di dalam sendi.

Rawan atau tulang


rawan bertindak sebagai
kusyen dan pelindung
terhadap sendi. Rawan Tendon ialah tisu penghubung yang
berfungsi untuk menyambungkan otot kepada tulang.
mengurangkan geseran. Tendon terdiri daripada gabungan gentian
yang bersifat kuat dan tidak kenyal. Daya
pengecutan otot akan dipindahkan ke
tulang melalui tendon.

Rajah 6.14 Fungsi cecair sinovial, rawan dan tendon pada sendi

129
6.2.1

BAB06_FA_CR_3.indd 129 16/10/2019 5:20 PM


Kerjaya Sains Masalah Berkaitan dengan Sendi dan Otot
dalam Kehidupan Harian
Pakar Ortopedik
Pakar ortopedik ialah
doktor pakar yang ... ...
merawat kecederaan
seperti keretakan
Aktiviti 6.6 Pembelajaran Berasaskan Masalah
tulang, kecacatan tulang
PAK21
belakang atau penyakit Tajuk: Masalah berkaitan dengan sendi dan otot
kemerosotan tulang dalam kehidupan harian.
seperti osteoporosis.
Pakar ortopedik membantu Topik berkaitan: Fungsi sendi dan otot dalam pergerakan
pesakit menjalani proses
pemulihan sistem Cadangan tempoh masa: 1 minggu
otot rangka.
Masalah:
Ahli Kiropraktor Antara masalah berkaitan dengan sendi dan otot yang
Ahli kiropraktor ialah sering berlaku ialah kecederaan pada sendi dan otot yang
pengamal perubatan
komplementari yang
disebabkan oleh aktiviti fizikal dan sakit lutut dalam kalangan
berkaitan dengan warga tua.
diagnosis dan rawatan
gangguan mekanikal, Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara masalah-masalah
sistem otot, rangka dan itu boleh dielakkan.
tulang belakang.
Sumber:
Ahli Fisioterapi • Laman web
Ahli fisioterapi dikenali • Bahan rujukan lain yang berkaitan seperti majalah ilmiah
sebagai jurupulih
berkaitan dengan perubatan dan pemakanan seimbang
perubatan anggota atau
pegawai pemulihan Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mencegah
perubatan. Ahli fisioterapi berlakunya kecederaan pada sendi dan otot. Hasil dapatan
membantu pesakit
mengembalikan dan
boleh dipersembahkan dalam bentuk PowerPoint.
memastikan setiap fungsi
fizikal pesakit berada pada
tahap tinggi.

Pola Pertumbuhan Manusia


Pertumbuhan manusia ialah satu proses
berlakunya perubahan dari segi saiz,
jumlah bilangan sel, berat, bentuk
tubuh, fungsi badan dan merupakan
satu proses yang kekal dan tidak
berbalik. Pertumbuhan ini berlaku
disebabkan pertambahan bilangan
sel pada tubuh. Pertumbuhan
manusia berlaku pada seluruh
badan dan berlainan mengikut
jantina dan peringkat umur.

Bayi Kanak-kanak Remaja Dewasa Tua

Rajah 6.15 Peringkat pertumbuhan manusia

130 6.2.2
6.2.3

BAB06_FA_CR_3.indd 130 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Peringkat Pertumbuhan Manusia


n ak–kanak
i Peringkat Ka
Peringkat Bay
Peringkat bayi bermula daripada 0 – 3 Kadar pertumbuhan tidak secepat
tahun. Bayi lelaki dan perempuan semasa pertumbuhan peringkat bayi.
mengalami pertumbuhan yang sama. Pada peringkat kanak-kanak, kadar
Kadar pertumbuhan bayi lelaki dan bayi pertumbuhan kanak-kanak lelaki
perempuan adalah sangat pesat kerana adalah lebih cepat berbanding
pembahagian sel berlaku dengan pesat. dengan kadar pertumbuhan
Pada peringkat bayi, keseimbangan kanak-kanak perempuan. Makanan
makanan adalah penting bagi yang seimbang amat diperlukan
pertumbuhan semasa peringkat ini bagi
yang seimbang. pertumbuhan sel yang seimbang.

m aja
Peringkat Re

Pada peringkat awal remaja 13 – 15 tahun, kedua-dua jantina mengalami


pertumbuhan yang pesat. Remaja lelaki akan mengalami pertumbuhan
yang perlahan berbanding dengan remaja perempuan. Pada peringkat
ini, remaja perempuan kebiasaannya lebih tinggi dan besar berbanding
dengan remaja lelaki. Pada peringkat ini juga perubahan ciri-ciri seks
sekunder bagi remaja mula berlaku.
Pada umur 16 – 18 tahun, kepesatan pertumbuhan akan mula mengurang
bagi remaja perempuan dan seterusnya akan berhenti. Hal ini berbeza
dengan remaja lelaki yang pertumbuhannya akan terus berlaku sehingga
umur 18 – 20 tahun. Atas sebab ini, remaja lelaki biasanya kelihatan lebih
besar berbanding dengan remaja perempuan.

ewasa Peringkat Tu
a
Peringkat D
Pada peringkat dewasa, lelaki dewasa lebih Pada peringkat ini,
tinggi dan besar daripada perempuan pertumbuhan manusia
dewasa. Keadaan ini berlaku kerana hampir berhenti
pertumbuhan lelaki adalah lebih lama sepenuhnya. Tubuh
berbanding dengan pertumbuhan badan manusia mula
perempuan. Pada peringkat ini, menyusut dan mengecil di
pertumbuhan manusia akan malar bahagian-bahagian otot
dan hampir sifar. Hal ini bermakna serta kulit mula mengering.
pertumbuhan manusia berhenti kecuali
pada bahagian-bahagian yang tertentu
seperti kuku, kulit dan rambut.

131
6.2.3

BAB06_FA_CR_3.indd 131 16/10/2019 5:20 PM


Mari kita lihat graf lengkung pertumbuhan manusia.
Apakah bentuk yang anda lihat pada graf itu?

Ketinggian (cm)
CHEONG

Bayi Kanak-kanak Remaja Dewasa Orang tua

Menjadi perlahan

Pertumbuhan
negatif
Galeri
Galeri Sains Pertumbuhan Pertumbuhan (saiz badan
Penuaan pramatang atau pesat pesat berkurang)
penyakit ‘Progeria’ ialah Pertumbuhan
sejenis penyakit yang minimum
jarang-jarang berlaku.
Penyakit ini yang
berlaku pada
peringkat kanak-kanak Umur
akan menyebabkan 0 3 13 20 65 (tahun)
kanak-kanak itu kelihatan Rajah 6.16 Graf lengkung pertumbuhan manusia
seperti orang tua.
(Sumber: Junior Biology, Learning Space Australia)

Kadar pertumbuhan manusia adalah cepat Corak pertumbuhan ini membentuk satu
pada peringkat awal, iaitu di peringkat lengkung berbentuk S (sigmoid) seperti pada
bayi, selepas itu kadar menjadi perlahan Rajah 6.16. Graf lengkung pertumbuhan
sedikit di peringkat awal kanak-kanak. membolehkan kita menentukan kadar
Kadar pertumbuhan menjadi cepat semula pertumbuhan manusia pada tahap berbeza
di peringkat remaja, dan menjadi perlahan di sepanjang hayat pertumbuhannya. Untuk
sekali lagi apabila mencapai tahap dewasa. manusia, pertumbuhan akan berhenti apabila
mencapai kematangan.

aleri
Galeri
Pola Pertumbuhan antara Lelaki
G Sains
dengan Perempuan
Akil baligh ialah tahap
yang berlaku pada Kadar pertumbuhan lelaki adalah berbeza daripada kadar
peringkat awal remaja.
pertumbuhan perempuan. Daripada peringkat bayi sehingga peringkat
Ciri-ciri seks sekunder mula
berkembang dan menjadi awal kanak-kanak, lelaki dan perempuan membesar pada kadar yang
jelas, serta organ seks sama. Kemudian, lelaki akan membesar dengan lebih cepat sedikit
menjadi matang. daripada perempuan bermula pada umur 4 tahun. Perempuan
mengalami akil baligh lebih cepat, antara umur 12 hingga
14 tahun. Pada peringkat ini, perempuan membesar lebih
cepat daripada lelaki, iaitu lebih tinggi dan lebih berat daripada
lelaki yang sebaya. Namun demikian, selepas umur
14 tahun, lelaki akan mengalami pertumbuhan yang
lebih pesat berbanding dengan perempuan.

132 6.2.3
6.2.4

BAB06_FA_CR_3.indd 132 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

190 Galeri
Galeri Sains
Lelaki
Semasa pemeriksaan
170 bayi dan kanak-kanak
Perempuan
di klinik kesihatan atau
150 hospital, ciri-ciri seperti
Ketinggian (cm)

jisim badan, tinggi dan


130 ukur lilit kepala ialah
ukuran yang biasa diambil
oleh jururawat atau
110
doktor untuk mengetahui
perkembangan
90 pertumbuhan bayi dan
kanak-kanak.
70

50 Umur
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 (tahun)

Rajah 6.17 Graf lengkung pertumbuhan untuk lelaki dan perempuan

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 6.2
1. Nyatakan dua parameter yang boleh digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan manusia.
2. Huraikan bentuk lengkung pertumbuhan bagi lelaki dan perempuan.
3. Huraikan kesan gizi makanan terhadap kadar pertumbuhan secara ringkas.
4. Bagaimanakah kadar pertumbuhan dapat diukur?

Sokongan, Pertumbuhan
6.3 dan Kestabilan dalam Tumbuhan
Mengapakah tumbuhan memerlukan sokongan? Sokongan Batang
membantu tumbuhan berdiri tegak bagi mendapatkan cahaya
matahari. Sistem sokongan memastikan daun terdedah kepada
cahaya matahari dan dapat melakukan proses fotosintesis. Sokongan
juga perlu bagi menampung berat tumbuhan dan menyediakan
kekuatan untuk menentang tiupan angin.
Akar
Sokongan utama bagi tumbuhan ialah batang dan akar. Batang
tumbuhan menyokong berat batang itu sendiri dan juga berat daun,
bunga dan buah. Akar memberikan sokongan kepada tumbuhan
dengan mencengkam tanah. Ada sesetengah tumbuhan juga
mempunyai akar di atas tanah untuk memberikan sokongan
kepada tumbuhan. Gambar foto 6.9
Sistem sokongan utama
dalam tumbuhan

6.2.4 133
6.3.1

BAB06_FA_CR_3.indd 133 16/10/2019 5:20 PM


Sistem Sokongan Tumbuhan Darat dan Akuatik
Tumbuhan Darat
Tumbuh-tumbuhan daratan boleh dibahagikan kepada:
(a) tumbuhan berkayu
(b) tumbuhan herba (tidak berkayu)
Tumbuhan berkayu biasanya besar dan tinggi seperti pokok rambutan dan pokok angsana.
Sistem sokongan bagi tumbuhan berkayu ialah tisu berkayu yang keras, kuat dan tegar. Tisu ini
dibina daripada lignin, iaitu bahan kompleks yang tegar dan keras.
Tumbuhan tidak berkayu bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel batang untuk
sokongan. Tumbuhan ini mendapat sokongan daripada kesegahan sel. Batang tumbuhan tidak
berkayu adalah lembut dan layu jika kekurangan air.
Sesetengah tumbuhan membentuk struktur khas untuk memberikan sokongan tambahan
atau untuk memanjat pada sokongan lain untuk memperoleh cahaya matahari. Sokongan
tambahan pada tumbuhan berkayu adalah seperti akar banir, akar sokong dan akar jangkang.
Bagi tumbuhan tidak berkayu pula, sokongan tambahan ialah sulur paut, akar cengkam dan
batang berongga.

Akar banir terdapat pada Akar sokong ialah akar-akar yang Akar jangkang menyokong
pokok yang besar dan tumbuh daripada batang atau dahan pokok bakau yang hidup dalam
tinggi seperti pokok durian ke dalam tanah untuk menyokong kawasan paya.
dan pokok angsana. tumbuhan. Akar jenis ini ada pada
pokok banyan, pokok pandan dan
pokok ara.

Sulur paut ialah struktur halus dan Akar cengkam mencengkam pada
berlingkar yang melilit tumbuhan tumbuhan atau struktur lain untuk
lain atau objek untuk sokongan. sokongan. Akar cengkam terdapat
Sulur paut ada pada pokok timun, pada pokok orkid dan pokok deduit.
peria dan labu.
Gambar foto 6.10 Ciri-ciri tambahan yang memberi sokongan kepada tumbuhan
134
6.3.1

BAB06_FA_CR_3.indd 134 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Tumbuhan Akuatik
Tumbuhan akuatik tidak mempunyai tisu berkayu untuk sokongan seperti tumbuhan darat.
Tumbuhan akuatik mendapat sokongan utama daripada daya apungan air. Selain itu, tumbuhan
akuatik juga mempunyai batang dan daun yang mempunyai tisu aerenkima. Tisu aerenkima
terdiri daripada sel yang berdinding nipis dan membentuk ruang-ruang udara di dalam tumbuhan
akuatik. Keapungan tumbuhan dibantu dengan adanya ruang-ruang udara ini. Bagi sesetengah
tumbuhan akuatik, tumbuhan itu membengkak dan mempunyai batang berongga dan besar bagi
menambah daya apungan seperti pokok keladi bunting dan teratai.

INFORMASI

Tisu Aerenkima
http://bukutekskssm.
my/Sains/T4/
(a)  Keladi bunting (b) Teratai Hlm135.jpg

Gambar foto 6.11 Contoh tumbuhan akuatik

Menentukan Usia Tumbuhan Berkayu


Terdapat beberapa cara untuk menentukan usia tumbuhan
berkayu. Cara yang paling biasa adalah dengan menentukan
gelang pertumbuhan yang ada di dalam batang tumbuhan. Gambar
foto 6.12 dan Rajah 6.18 menunjukkan cara mengira gelang
pertumbuhan yang terdapat di dalam batang tumbuhan berkayu.

Cara pertama
1. Pokok yang ingin
ditentukan usianya
akan ditebang.
2. Pokok dipotong merentasi
batang seperti pada
1 Gambar foto 6.12.
2 3. Gelang yang terdapat pada
3 batang pokok dikira.
4
5 4. Satu gelang mewakili satu
6 tahun.
7

Gambar foto 6.12 Cara mengira gelang pertumbuhan yang dilihat


di dalam batang tumbuhan berkayu yang telah ditebang
6.3.1 135
6.3.2

BAB06_FA_CR_3.indd 135 16/10/2019 5:20 PM


Cara kedua
1. Pokok tidak ditebang tetapi
dikorek menggunakan
gerudi khas.
2. Pokok digerudi sehingga 75%
mata gerudi atau separuh ukur
lilit pokok.
3. Mata gerudi dikeluarkan dan
gegelang pertumbuhan dikira.
4. Cara ini akan menyelamatkan
pokok daripada ditebang.
VIDEO
Menentukan
Usia Pokok
http://bukutekskssm.
my/Sains/T4/
Galeri
Galeri Sains Hlm136.mp4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Pokok berkayu yang


tinggi seperti pokok
balak (pokok cengal)
mempunyai akar banir
yang tumbuh melebar di Rajah 6.18 Cara mengira gelang pertumbuhan yang terdapat di dalam
atas permukaan tanah
dan akar tunjang yang
batang tumbuhan berkayu yang ditebuk
menusuk jauh ke dalam
bumi. Ukuran lilitan Menghubungkaitkan Sistem Sokongan dan
batang biasanya besar
untuk memastikannya
Kestabilan dalam Tumbuhan
stabil dan kuat. Sesuatu tumbuhan dikatakan stabil pada kedudukannya jika tidak
mudah tumbang. Kestabilan tumbuhan dipengaruhi oleh pusat
graviti dan keluasan tapak. Semakin rendah pusat graviti, semakin
stabil tumbuhan itu. Bolehkah anda ramalkan antara pokok bunga
kertas dengan pokok durian, yang manakah lebih stabil dari segi
kedudukan pusat graviti?

... ...
Aktiviti 6.7 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Mengkaji hubung kait antara sistem sokongan dengan kestabilan PAK21
dalam tumbuhan.
Bahan: Pokok keembung (tumbuhan herba), pokok teratai (tumbuhan akuatik), bunga raya
(tumbuhan berkayu), kertas A4, pensel
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpul maklumat tentang sistem sokongan tumbuh-tumbuhan yang dibekalkan iaitu pokok
keembung, pokok teratai dan pokok bunga raya.
3. Buat hubung kait cara sistem sokongan tumbuhan yang dikaji membantu kestabilan tumbuhan
tersebut.
4. Buat buku portfolio berdasarkan maklumat yang dikumpulkan tadi.
5. Bentangkan dapatan maklumat tersebut di hadapan rakan-rakan anda.

136 6.3.2
6.3.3

BAB06_FA_CR_3.indd 136 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Pola Pertumbuhan Tumbuhan

Eksperimen 6.2
Tujuan: Mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau.
Pernyataan masalah: Apakah pola pertumbuhan anak benih kacang hijau?
Hipotesis: Pola pertumbuhan anak benih kacang hijau adalah berbentuk sigmoid.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Masa
(b) bergerak balas: Ketinggian anak benih
(c) dimalarkan: Jenis anak benih
Bahan: Biji benih kacang hijau, kapas, air
Radas: Piring Petri, penyepit, pembaris
Prosedur:
1. Rendamkan tiga biji benih kacang hijau di dalam piring Petri berisi air sampai kembang.
2. Simpan radas di tempat gelap selama satu malam.
3. Pindahkan anak benih kacang hijau yang telah tumbuh ke dalam piring Petri lain yang berisi
kapas lembap.
4. Ukur panjang setiap anak benih kacang hijau menggunakan pembaris.
5. Ulangi langkah 4 setiap hari sehingga tujuh hari dan rekod ketinggian anak benih kacang hijau
dalam jadual.
6. Hitung purata ketinggian anak benih kacang hijau dan catat dalam jadual di bawah.
7. Plotkan graf ketinggian anak benih pokok kacang hijau (mm) melawan masa (hari).
Keputusan:
Ketinggian (mm)
Masa (hari)
Anak benih 1 Anak benih 2 Anak benih 3 Purata
0
1
2
3
4
5
6
7
Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Berikan ulasan tentang bentuk graf yang telah diplotkan.
2. Kaitkan pertumbuhan anak benih dengan bentuk graf.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 6.3
1. Mengapakah tumbuhan memerlukan sokongan?
2. Apakah perbezaan antara sokongan tumbuhan darat dengan tumbuhan akuatik? Terangkan.
3. Bagaimanakah tumbuhan herba mendapatkan sokongan?

137
6.3.4

BAB06_FA_CR_3.indd 137 16/10/2019 5:20 PM


138
R u m u sa n

BAB06_FA_CR_3.indd 138
SOKONGAN, PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN

Haiwan Manusia Tumbuhan

Rangka Rangka Pola Sistem Sistem


luar hidrostatik Fungsi pertumbuhan sokongan sokongan
manusia tumbuhan tumbuhan
Rangka darat akuatik
dalam
Sendi Otot Lelaki Perempuan
Pertumbuhan Pergerakan
Hubung kait
Masalah sistem
Pola
sokongan
pertumbuhan
Vertebrata dengan
Burung kestabilan
darat Kecederaan Sakit lutut

Vertebrata
akuatik

16/10/2019 5:20 PM
Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan
Menjelaskan jenis sokongan pada haiwan dengan contoh.
Menghubungkaitkan saiz rangka luar dengan pertumbuhan.
Menghubungkaitkan rangka hidrostatik dengan pergerakan.
Menghuraikan fungsi rangka dalam bagi haiwan.
Mencerakinkan sistem rangka manusia.
Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dan tulang
yang berongga.
Menghubungkaitkan sistem sokongan dengan faktor kestabilan haiwan.
6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia
Menerangkan fungsi sendi dan otot dalam pergerakan.
Menjanakan idea tentang masalah berkaitan sendi dan otot dalam kehidupan harian.
Menerangkan pola pertumbuhan manusia.
Membandingkan dan membezakan pola pertumbuhan antara lelaki dengan perempuan.
6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan
Menerangkan sistem sokongan tumbuhan darat dan akuatik.
Menentukan usia tumbuhan berkayu.
Menghubungkaitkan sistem sokongan dan kestabilan dalam tumbuhan.
Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan pola pertumbuhan tumbuhan.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 6 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ
1. Rajah 1 menunjukkan sistem otot manusia. my/Sains/T4/K6

Rajah 1
(a) (i) Namakan struktur yang berlabel R.

139

BAB06_FA_CR_3.indd 139 16/10/2019 5:20 PM


(ii) Nyatakan fungsi struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i).
(iii) Senaraikan ciri struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i).
(b) Apakah yang akan berlaku jika struktur dalam soalan 1(a)(i) mengalami kecederaan?
(c) Nyatakan perbezaan antara tendon dengan ligamen.

2. Gambar foto 1 menunjukkan seekor cacing tanah sedang bergerak.

Gambar foto 1
(a) Apakah jenis rangka pada cacing?

(b) Cacing bergerak dengan bantuan dua jenis otot. Namakan jenis otot tersebut.
(c) Terangkan cara otot pada badan cacing membentuk pergerakan.

3. Gambar foto 2.1 menunjukkan seekor zirafah sedang minum air.

Gambar foto 2.1


(a) (i) Berdasarkan Gambar foto 2.1, nyatakan cara zirafah berdiri semasa meminum air.
(ii) Bagaimanakah cara berdiri ini dapat menstabilkan zirafah itu?
(b) Gambar foto 2.2 menunjukkan dua jenis haiwan, X dan Y.

X Y
Gambar foto 2.2

140

BAB06_FA_CR_3.indd 140 16/10/2019 5:20 PM


Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6

(i) Jika kedua-dua haiwan itu mempunyai jisim yang sama, nyatakan haiwan yang
lebih stabil.
(ii) Terangkan jawapan anda dalam soalan 3(b)(i).
(iii) Cadangkan satu postur apabila haiwan Y berada dalam keadaan yang lebih stabil.

4. Tumbuhan berkayu mempunyai akar seperti akar banir, akar sokong dan akar jangkang
untuk menambahkan sokongan.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan cara tumbuhan berkayu dapat menstabilkan
kedudukan tanpa tumbang akibat angin kuat.

Cabar
C abar Minda
5. Gambar foto 3 menunjukkan seekor ikan paus terdampar di persisiran pantai.

Gambar foto 3
(a) Berdasarkan pengetahuan anda tentang sistem sokongan ikan paus, bolehkah ikan
paus itu kembali ke lautan dengan sendirinya?
(b) Terangkan jawapan anda.

141

BAB06_FA_CR_3.indd 141 16/10/2019 5:20 PM


Bab

7 Koordinasi Badan

Kata Kunci
Sistem endokrin
Kelenjar endokrin
Hormon
Ketidakseimbangan hormon
Kesan penyalahgunaan dadah
Kesan penyalahgunaan alkohol
Minda sihat

142

BAB07_FA_CR_3.indd 142 31/10/2019 1:43 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Apakah kelenjar endokrin yang terdapat di dalam


badan manusia?
Apakah kepentingan hormon?
Apakah kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol
terhadap koordinasi badan?
Apakah kepentingan minda yang sihat?

Rencana S a i
Rawatan Horm
on
ns
Menopaus ialah
satu keadaan ap
mengeluarkan ov abila ovari berh
um (telur) dan ki enti
Keadaan ini bias tar haid wanita
a berlaku pada itu berhenti.
45-55 tahun. wanita yang beru
mur
Semasa menop
aus, hormon estr
akan berkuranga ogen di dalam ba
n dan menghas dan
seperti sukar tid ilkan simptom-s
ur, sakit otot da imptom
beberapa simpt n sendi, rasa resa
om lain. Rawatan h dan
(HRT) dipercayai Terapi Penggant
dapat mengatasi ian Hormon
HRT boleh dilaku simptom menop
kan dalam bent aus ini.
Estrogen-Proge uk terapi
stin (EPT) jika w
mempunyai rahi anita berkenaan
m, atau terapi Es masih
yang telah men trogen (ET) bagi
jalani pembeda mereka
bermatlamat un han membuang
tuk memulihkan ra him. HRT
membenarkan tu tahap hormon w
buh mereka berf anita bagi
menggantikan ho ungsi normal se
rmon yang sem m ula dengan
mendekati fasa akin berkuranga
menopaus. n ap abila
Sumber: myMet
ro

Anda akan belajar tentang:


sistem endokrin manusia
gangguan kepada koordinasi badan
minda yang sihat
143

BAB07_FA_CR_3.indd 143 31/10/2019 1:43 PM


7.1 Sistem Endokrin Manusia

Sistem Endokrin dan Fungsinya


Badan manusia mempunyai satu sistem yang dikenali sebagai sistem endokrin. Sistem endokrin
adalah salah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan
bahan kimia.
Apakah yang anda rasa jika terserempak dengan ular ketika bermain di padang? Adakah
anda akan melarikan diri dengan laju? Kenapakah keadaan yang anda nyatakan tadi berlaku?
Jawapannya mudah, iaitu untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Mari kita lihat situasi
di bawah.

Apabila ternampak seekor ular…

Kelenjar endokrin
merembeskan hormon
menyebabkan peningkatan:
(a) denyutan jantung
(b) kadar pernafasan
(c) tekanan darah
(d) aras glukosa darah
(e) kadar metabolisme

Kesan:
• Jantung mengepam lebih banyak
darah untuk membekalkan lebih
banyak oksigen dan glukosa
Lari dengan ke otot.
laju
• Otot mendapat lebih banyak tenaga.
• Lebih banyak glikogen simpanan
ditukar menjadi glukosa.

endokrin
si yang melibatkan sistem
Rajah 7.1 Contoh situa
ke seluruh badan
seb ag ai penghantar maklumat
Sistem endokr in be rfu ng si yang dirembeskan

on ial ah sej en is bahan kimia organik
menggunakan hormon
. Ho rm ialah kelenjar
ag ai ke len jar endokrin. Kelenjar ini
diken ali seb an secara
oleh kelenjar khas yang tid ak dib aw a m ela lui duktus tetapi dirembesk
rmonnya uh badan. Satu jenis
tanpa duktus kerana ho da ra h un tuk diedarkan ke selur
pe red ara n bergerak balas
terus ke dalam sistem
leb ih da rip ad a satu or gan sasaran (organ yang
nyai
hormon boleh mempu
terhadap horm on itu ).

144
7.1.1

BAB07_FA_CR_3.indd 144 31/10/2019 1:43 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Rajah 7.2 menunjukkan cara koordinasi hormon bertindak.

ialah fungsi Mengkoordinasikan


Kelenjar Kelenjar aktiviti badan dengan
tanpa duktus Endokrin bergerak balas
terhadap rangsangan
daripada persekitaran

merembeskan
Kesan adalah
lama
Merangsang
fungsi tisu
atau organ
khusus
Sejenis
Hormon
protein

Dirembeskan
dalam kuantiti
Gerak balas dibawa oleh yang sedikit
adalah peredaran
perlahan darah

Aliran darah

Organ sasaran Salur darah


Mempunyai reseptor
sesuai yang boleh Sel organ sasaran
mengenal dan bergerak
balas terhadap hormon
Sel kelenjar
yang tertentu endokrin

Hormon

Rajah 7.2 Cara koordinasi hormon bertindak

145
7.1.1

BAB07_FA_CR_3.indd 145 31/10/2019 1:43 PM


Rajah 7.3 menunjukkan kelenjar endokrin utama dan kedudukannya di dalam badan.

Kelenjar pituitari

Kelenjar pituitari
terletak di bawah
Permainan
serebrum. Kelenjar ini juga Interaktif
dikenali sebagai kelenjar
induk kerana menghasilkan
hormon yang mengawal
kelenjar endokrin yang lain.

Kelenjar
pituitari

Ovari

Perempuan
mempunyai sepasang
ovari yang terletak di
dalam ruang pelvis.

Ovari
Rajah 7.3 Kelenjar endokrin pada manusia
146
7.1.1

BAB07_FA_CR_3.indd 146 31/10/2019 1:43 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid
terletak di
bahagian Kelenjar
hadapan trakea. tiroid

Kelenjar adrenal

Kelenjar adrenal
Kelenjar
adrenal terletak
di bahagian Ginjal
atas ginjal.

Pankreas

Pankreas
terletak di
belakang perut. Pankreas

Testis

Lelaki mempunyai
sepasang testis
yang dilindungi
oleh skrotum.
Testis

147
7.1.1

BAB07_FA_CR_3.indd 147 31/10/2019 1:43 PM


Jadual 7.1 menunjukkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
Jadual 7.1 Fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin

Kelenjar
Hormon Fungsi
endokrin

Kelenjar Hormon antidiuresis • Mengawal kuantiti air yang diserap semula


pituitari (ADH) oleh ginjal

Hormon pertumbuhan • Merangsang pertumbuhan di peringkat


(GH) kanak-kanak
• Mengekalkan komposisi badan yang sihat bagi
orang dewasa
• Mengekalkan jisim otot serta jisim tulang bagi
orang dewasa

Kelenjar Tiroksina • Mengawal kadar metabolisme badan


tiroid • Mengawal pertumbuhan dan perkembangan
fizikal dan mental dalam kanak-kanak

Kelenjar Adrenalina • Menyediakan badan kita untuk bertindak


adrenal dalam keadaan kecemasan, iaitu dengan:
− meningkatkan kadar metabolisme
− meningkatkan kadar denyutan jantung
− meningkatkan aras glukosa di dalam darah
− membesarkan saiz anak mata

Pankreas Insulin • Mengawal aras glukosa di dalam darah dengan


menukarkan glukosa yang berlebihan kepada
glikogen untuk disimpan di dalam hati

Ovari Estrogen • Mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan


seperti perkembangan payudara dan
pembesaran pinggul
• Merangsang penghasilan ovum
• Menyediakan uterus untuk penempelan embrio

Progesteron • Mengekalkan ketebalan dinding uterus


untuk penempelan embrio

Testis Testosteron • Mengawal perkembangan ciri-ciri seks


sekunder lelaki seperti suara yang garau
dan pertumbuhan misai
• Merangsang penghasilan sperma

148
7.1.1

BAB07_FA_CR_3.indd 148 31/10/2019 1:43 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Aktiviti 7.1 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Membuat persembahan multimedia yang menunjukkan kelenjar endokrin utama
(kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari dan testis) serta fungsinya.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel tentang perkara yang berikut:
(a) kedudukan kelenjar endokrin
(b) jenis hormon yang dirembes
(c) fungsi setiap hormon itu
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk persembahan multimedia.

Punca dan Kesan Ketidakseimbangan Hormon kepada Kesihatan


Hormon ialah bahan kimia organik yang mempunyai peranan yang penting dalam setiap
fungsi tubuh. Oleh itu, kadar rembesan hormon mesti seimbang dengan fungsinya. Kelebihan
atau kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin akan menyebabkan
ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan penyakit.
Ketidakseimbangan hormon mungkin terjadi kerana gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat
atau terdedah kepada sinaran berbahaya.

... ...
Aktiviti 7.2 Kerusi Panas

PAK21
Tujuan: Menjalankan kajian mengenai ketidakseimbangan sistem endokrin.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel mengenai punca dan kesan
gangguan berikut:
(a) diabetes insipidus
(b) diabetes melitus
(c) akromegali
(d) kadar metabolisme rendah
3. Lantik seorang murid sebagai wakil untuk duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi
seorang ‘doktor’.
4. ‘Doktor’ akan menjawab segala soalan yang dikemukakan oleh murid lain.

7.1.1 149
7.1.2

BAB07_FA_CR_3.indd 149 31/10/2019 1:44 PM


abkan:
ti ro k si n a a kan menyeb
hormon
Kekurangan
ab olisme rendah
• kadar met
• tidak tahan
sejuk rbantut pada
g an fizi ka l dan mental te
• perkemban
(kreatinisme) a (miksedem
a)
kanak-kanak a orang dewas
n ag a p ad
• kurang te uk
menjadi gem
• cenderung
abkan:
• goiter
e rl e b ih a n a kan menyeb
ksina yang b
Hormon tiro gi
abolisme ting
• kadar met a panas
p el u h d an sentiasa eras b
• ber lera makan
r dan kuat se
• sukar tidu s onjol
menjadi kuru ata yang men
• cenderung ro id , b o la m
an kelenjar ti
• pembesar gkak
her yang ben
keluar dan le

Gambar foto 7.1 Goiter

Ketidakseimbangan Hormon

Kekurangan hormon testosteron


akan menyebabkan:
• lambat akil baligh
• bilangan sperma yang rendah
Hormon testosteron yang Kekurangan hormon estrogen
berlebihan akan menyebabkan: akan menyebabkan:
• sifat kelelakian pada wanita • perkembangan ciri-ciri seks
sekunder perempuan terjejas
Hormon estrogen yang
berlebihan akan menyebabkan:
• sifat keperempuanan
pada lelaki
Fahami Hormon untuk
Kekal Sihat
http://bukutekskssm.my/
Kekurangan hormon
Sains/T4/Hlm150
INFORMASI progesteron akan
menyebabkan:
• masalah haid
• sakit kepala
• sembelit
• keguguran kandungan

150
7.1.2

BAB07_FA_CR_3.indd 150 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

rtumbuhan
Kekurangan hormon pe
akan menyebabkan:
• kekerdilan
yang
Hormon pertumbuhan
ak an me nyeb abkan:
berlebihan
ak terkawal
• pertumbuhan tid
rgasian)
• akromegali (kege

Gambar foto 7.2 Lelaki


akromegali (kanan) dan
lelaki normal (kiri)

Kekurangan hormon antidiuresis


(ADH) akan menyebabkan:
• air tidak dapat diserap semula
di duktus pengumpul di ginjal
• penghasilan urin yang berlebihan
• sentiasa berasa dahaga
• diabetes insipidus
Hormon antidiuresis (ADH) yang
berlebihan akan menyebabkan:
• sakit kepala
• pening

lin akan
hormon insu
Kekurangan
:
menyebabkan at ditukar
lu ko sa b er le bihan tidak dap
• g
i glikogen
menjad eningkat
kosa darah m
• aras glu
melitus
• diabetes bihan akan
rm o n in su li n yang berle
Ho :
menyebabkan
ko rendah
sa
• aras glu
emia
• hipoglis an
yang berlebih
• dahaga

151
7.1.2

BAB07_FA_CR_3.indd 151 31/10/2019 1:44 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 7.1
1. Nyatakan maksud hormon.
2. Nyatakan kelenjar-kelenjar endokrin utama di dalam badan manusia.
3. Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar berikut:
(a) Kelenjar adrenal (b) Pankreas (c) Testis (d) Kelenjar tiroid
4. Apakah fungsi hormon yang dihasilkan oleh kelenjar berikut?
(a) Kelenjar tiroid (b) Ovari (c) Pankreas

7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan


Koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu faktor utama
ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan. Dadah merupakan satu bahan kimia yang dapat
mengganggu fungsi neuron dengan cara melambatkan pergerakan impuls di dalam neuron.
Dadah yang diambil tanpa kawalan bukan sahaja mengganggu koordinasi badan, malah akan
menyebabkan ketagihan.

Gambar foto 7.3 Jenis dadah sebagai ubat

152
7.2.1

BAB07_FA_CR_3.indd 152 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Jenis-jenis Dadah
Dadah mungkin mendatangkan kesan yang baik atau buruk kepada badan bergantung pada cara
penggunaannya. Dadah boleh digunakan untuk mengubati penyakit, contohnya morfin dan
steroid yang perlu diambil di bawah pengawasan doktor. Rajah 7.4 menunjukkan jenis-jenis dadah
utama dan kesannya.

Penenang Perangsang
• Menghalang atau melambatkan • Mempercepat pergerakan impuls
pergerakan impuls dalam dalam koordinasi badan. Pengguna
koordinasi badan. Pengguna akan akan berasa sangat yakin dan
mengantuk dan kurang cemas. berwaspada terhadap perubahan
Kesan juga bergantung pada dos sekeliling
yang diambil • Kesan juga bergantung pada dos
• Contoh ialah barbiturat dan alkohol yang diambil
• Contoh ialah amfetamina dan
metamfetamin

Jenis-jenis
dadah INFORMASI

Agensi Antidadah Kebangsaan


http://bukutekskssm.my/Sains/
T4/Hlm153

Inhalan Halusinogen
• Bahan kimia yang boleh disedut • Mengubah laluan impuls di
menerusi pernafasan dalam otak
• Menyebabkan halusinasi • Menyebabkan khayal,
• Merosakkan otak, peparu menjejaskan persepsi
dan ginjal • Menjejaskan koordinasi otot
• Contoh ialah pelarut dan • Menyebabkan terdengar suara-suara
bahan gas dan terlihat objek yang tidak wujud
• Contoh ialah ketamin dan LSD
(Sumber: http://www.adk.gov.my/en/
(dietilamida asid lisergik)
public/posters-banners)
(Dicapai pada 19 Ogos 2019)

Rajah 7.4 Jenis-jenis dadah dan kesannya

153
7.2.1

BAB07_FA_CR_3.indd 153 31/10/2019 1:44 PM


Penyalahgunaan dadah menyebabkan ketagihan dan penagih akan mengalami simptom
penarikan jika tidak mengambil dadah. Antara simptomnya termasuklah menggigil, loya, resah
dan sedih. Rajah 7.5 menunjukkan kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan.

Dadah

kesan

Degupan jantung, merangsang melambatkan Degupan jantung,


kadar pernafasan, Sistem saraf kadar pernafasan,
tekanan darah tekanan darah

menyebabkan

Lebih bertenaga, Gangguan persepsi, Lambat bergerak balas


aktif, perasaan halusinasi dan ilusi terhadap rangsangan,
tidak menentu mengantuk dan koordinasi
dan ganas otot yang lemah

Rajah 7.5 Kesan penyalahgunaan dadah


Faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah adalah seperti sifat ingin
tahu, pengaruh rakan sebaya, mencari keseronokan dan ingin mengatasi kesedihan atau
melupakan masalah.

... ...
Aktiviti 7.3 Jalan Galeri

PAK21
Tujuan: Menyediakan ulasan tentang penyalahgunaan dadah.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Dengar dan catat maklumat-maklumat penting daripada ceramah tentang penyalahgunaan dadah
seperti:
(a) kategori dadah
(b) jenis-jenis dadah dan contoh setiap jenis dadah itu
(c) kesan-kesan penggunaan dadah
(d) ciri-ciri seorang penagih dadah
3. Kumpulkan maklumat yang diperoleh dan sediakan satu ulasan.
4. Tampalkan ulasan kumpulan anda pada dinding kelas.
5. Tulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada hasil kerja itu.

154
7.2.2

BAB07_FA_CR_3.indd 154 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada


Koordinasi Badan

Kebanyakan dadah mempengaruhi koordinasi badan dengan


memberikan kesan terhadap sistem saraf. Alkohol juga
memberikan kesan kepada saraf dengan memperlahankan
pengaliran impuls saraf dan menjejaskan fungsi otak. Mari
EN. HARIZ EN.HARIS
HARIZ
kita lihat lebih lanjut kesan penyalahgunaan dadah dan
alkohol ini kepada koordinasi badan manusia.

Ketidakseimbangan hormon

• Badan akan mengalami gangguan koordinasi. Badan akan terdedah kepada bahaya dan
kecederaan. Tubuh badan akan mengalami pertumbuhan yang melampau atau tidak berlaku
perkembangan jika berlaku kerosakan pada kelenjar pituitari. Perkembangan seks sekunder
akan terbantut jika hormon estrogen dan testosteron gagal berfungsi secara normal.
• Gejala ketidakseimbangan hormon dapat diperhatikan melalui perubahan fizikal dan
mental penghidap seperti badan terlalu besar dan tinggi, terlalu kurus, murung dan kurang
daya ingatan.

Pertuturan tidak jelas

• Mengambil alkohol akan memberikan kesan buruk kepada bahagian serebrum dalam otak.
Serebrum ialah bahagian otak yang mengawal pertuturan manusia.
• Hal ini menyebabkan mereka yang minum alkohol secara berlebihan akan mengalami
pertuturan yang tidak jelas dan meracau.

Tindakan refleks yang lambat

• Bahan kimia psikoaktif di dalam dadah dan etanol di dalam alkohol akan melambatkan
gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan. Bahan kimia ini akan berada di antara neuron
aferen dengan interneuron. Pergerakan impuls akan terhalang dan akan melambatkan
proses penghantaran maklumat ke otak.
• Hal ini dapat diperhatikan pada penagih dadah dan mereka yang minum minuman
beralkohol berlebihan.

Hilang keseimbangan

• Pengambilan dadah dan minuman beralkohol akan menyebabkan koordinasi otot


lemah dan mengakibatkan cara berjalan tidak betul, terhuyung-hayang dan hilang
keseimbangan badan.

155
7.2.2

BAB07_FA_CR_3.indd 155 31/10/2019 1:44 PM


Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada Kesihatan
Fizikal dan Mental

Selain mempengaruhi sistem saraf, penyalahgunaan dadah juga menyebabkan


banyak masalah kesihatan fizikal dan mental seperti kerosakan hati,
melemahkan sistem keimunan pengguna, kerosakan otak dan masalah mental
yang serius. Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan juga boleh
merosakkan kebanyakan bahagian dan organ badan manusia. Mari kita lihat
CHEONG

kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kesihatan manusia.

Sirosis hati

• Pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah
yang banyak dan penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan toksik kepada hati dan
menyebabkan sirosis hati.
• Sirosis hati ialah keadaan hati mengalami kerosakan yang kronik, berparut, mengeras
dan tidak berfungsi seperti hati yang sihat. Parut ini akan merebak secara perlahan-lahan
sehingga fungsi hati hilang sepenuhnya.

(a) Hati sihat


(b) Sirosis hati

Gambar foto 7.4 Perbezaan antara hati yang sihat dengan sirosis hati

156
7.2.2

BAB07_FA_CR_3.indd 156 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Ulser perut

• Alkohol boleh menyebabkan ulser perut.


• Ulser perut atau ulser peptik merupakan
satu keadaan selaput di dalam perut
mengalami luka.
• Hal ini demikian kerana alkohol
menyebabkan perut menghasilkan lebih
banyak asid daripada biasa yang akan
mengakibatkan iritasi dan radang pada
selaput di dalam perut.
• Pesakit akan mengadu pedih atau sakit
di kawasan ulu hati, berasa kembung
perut, loya dan muntah.
• Pesakit ulser perut juga boleh mengalami
gejala yang lebih serius seperti muntah
Gambar foto 7.5 Ulser pada perut
darah dan najis berwarna hitam.

Perlakuan ganas

• Pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan
kadar metabolisme. Pengguna akan menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur, bersikap ganas
dan agresif.
• Seseorang yang minum alkohol secara berlebihan akan mabuk dan hilang kewarasan
fikiran. Mereka akan berkelakuan seperti orang gila, ketawa berseorangan, bertindak di luar
kawalan dan boleh menjadi ganas.

Halusinasi
• Dadah seperti ganja mengganggu fungsi otak. Dadah ini akan mengubah persepsi
seseorang pengguna.
• Hal ini menyebabkan penagih itu mengalami halusinasi, paranoid atau perasaan syak
wasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi juga mungkin menyebabkan kelakuan
menjadi agresif terhadap orang lain.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 7.2
1. Apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan?
2. Bagaimanakah bahan kimia dalam dadah dan minuman beralkohol memberikan kesan
pada neuron?
3. Bagaimanakah dadah dan alkohol mempengaruhi rembesan hormon di dalam badan?

157
7.2.2

BAB07_FA_CR_3.indd 157 31/10/2019 1:44 PM


7.3 Minda yang Sihat
Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, kita sering kali dikejutkan
dengan isu pengabaian amalan minda yang sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Minda merupakan fungsi otak yang berkaitan dengan kesedaran kita seperti personaliti,
pemikiran, ingatan, pertimbangan, intelek dan emosi. Minda yang sihat ialah keupayaan
otak untuk menaakul dan berfikir, iaitu mampu membuat pertimbangan yang logik sebelum
tindakan diambil. Minda yang sihat juga merujuk kepada sikap positif, berdikari, penyayang
dan bertanggungjawab.

Individu yang mempunyai minda yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

Boleh berfikir Mampu mengesan Boleh mengingati Sanggup


dan membuat rangsangan dan peristiwa silam yang menerima
pertimbangan yang bergerak balas sedih dan gembira cabaran
wajar dengan sewajarnya

Mampu Hidup tenteram


membezakan antara dan mempunyai Bebas daripada
Bertanggungjawab
yang betul dengan pandangan positif prasangka
salah terhadap kehidupan

Berfikiran terbuka Mampu menaakul


dan tidak emosional

158
7.3.1

BAB07_FA_CR_3.indd 158 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi minda dan kesihatan mental. Rajah 7.6
menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan minda.

Pengambilan
minuman
beralkohol
secara berlebihan
Kecederaan pada
Ketidakseimbangan
bahagian otak
hormon semasa haid
akibat jangkitan
atau sindrom prahaid
mikroorganisma/
dan juga selepas
patogen, kemalangan
putus haid
atau tumor
Faktor yang
mempengaruhi
kesihatan minda

Penyalahgunaan Tekanan
dadah mental

Penuaan

Rajah 7.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan minda


(a) Ketidakseimbangan hormon biasa berlaku sebelum atau semasa kitar haid
dan juga apabila putus haid. Kebiasaannya seseorang itu akan mengalami sakit
kepala, murung dan cepat marah.
(b) Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan akan menjejaskan
keupayaan seseorang untuk berfikir, mengesan rangsangan, menaakul
dan mengawal emosi. Seseorang yang mabuk boleh menjadi agresif dan
membahayakan diri sendiri atau diri orang lain.
(c) Penyalahgunaan dadah akan mendatangkan akibat yang buruk seperti
kegagalan melaksanakan kewajipan terhadap keluarga, kerja atau pelajaran,
dan orang sekeliling. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan masalah
mental yang serius.
(d) Tekanan mental boleh menjejaskan minda yang sihat. Oleh itu, kita perlu
sentiasa pandai mengawal tekanan supaya tidak menjejaskan minda.
(e) Kecederaan otak boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan atau
daya intelek. Kecederaan otak juga boleh menyebabkan seseorang mudah
dipengaruhi oleh perasaannya.

159
7.3.1

BAB07_FA_CR_3.indd 159 31/10/2019 1:44 PM


Setiap individu seharusnya mempunyai minda yang sihat dan baik. Hal ini demikian kerana
setiap individu mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap keluarga, tempat kerja, masyarakat
dan negara.

Keluarga Tempat kerja


• Dapat membina • Menjalin hubungan
keluarga bahagia yang baik antara pekerja
• Membuat keputusan dengan majikan
secara bijak • Menjalin hubungan yang baik
• Menjadi teladan dalam antara rakan sekerja
keluarga supaya diikuti • Menghasilkan kerja
oleh ahli keluarga yang berkualiti
• Berdisiplin

Negara Masyarakat
• Berfikir dengan positif • Belajar menangani kritikan
• Amalkan nilai-nilai keagamaan dengan baik
dan moral • Boleh berperanan
• Mengamalkan cara hidup sihat sebagai kawan untuk
• Dapat menjanakan bertukar-tukar fikiran
ekonomi negara • Membantu masyarakat
yang dalam kesusahan

Gambar foto 7.6 Kepentingan mempunyai minda yang sihat

160
7.3.1

BAB07_FA_CR_3.indd 160 31/10/2019 1:44 PM


Koordinasi Badan Bab 7

Aktiviti 7.4 Melukis


Pembentangan Poster
Hasil Sendiri

PAK-21
PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat mengenai minda yang sihat dan baik
serta kepentingannya.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada majalah, buku, surat khabar atau Internet mengenai perkara berikut:
(a) faktor yang mempengaruhi minda yang sihat,
(b) bagaimana faktor tersebut mempengaruhi minda,
(c) kepentingan mempunyai minda yang sihat dan baik.
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk
persembahan multimedia.

... ...
Aktiviti 7.5 Melukis Poster

PAK21
Tujuan: Menilai kepentingan mempunyai minda yang sihat terhadap keluarga,
tempat kerja, masyarakat dan negara.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Buat poster untuk menerangkan kepentingan minda yang sihat pada murid lain di sekolah.
3. Tampal poster anda di sudut pameran di dalam kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 7.3
1. Apakah maksud minda?
2. Senaraikan lima ciri minda yang sihat dan baik.
3. Terangkan ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan minda.
4. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kesihatan minda.

161
7.3.1

BAB07_FA_CR_3.indd 161 31/10/2019 1:45 PM


162
R u m u sa n

BAB07_FA_CR_3.indd 162
KOORDINASI
BADAN

Sistem Endokrin Gangguan kepada


Minda yang Sihat
Manusia Koordinasi Badan

Punca dan kesan


Faktor yang
Kelenjar endokrin ketidakseimbangan
mempengaruhi minda
hormon kepada
kesihatan
merembeskan

• Diabetes insipidus
Hormon • Diabetes melitus Kesan penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan
• Akromegali dan alkohol kepada koordinasi
dadah
• Kadar metabolisme badan dan kesihatan mental
rendah

Pengambilan
Fungsi minuman beralkohol
yang berlebihan

31/10/2019 1:45 PM
Koordinasi Badan Bab 7

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
7.1 Sistem Endokrin Manusia
Menerangkan sistem endokrin dan fungsinya.
Menjelaskan punca dan kesan ketidakseimbangan hormon kepada kesihatan dengan contoh.
7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan
Menerangkan jenis dadah dengan contoh.
Menaakul kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada koordinasi badan dan kesihatan
mental.
7.3 Minda yang Sihat
Mewajarkan keperluan masyarakat yang mempunyai minda yang sihat.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 7 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.my/
KUIZ Sains/T4/K7
1. Rajah 1 menunjukkan sistem endokrin manusia.

Rajah 1
(a) Nyatakan kelenjar yang merupakan kelenjar induk dalam sistem endokrin manusia.
(b) (i) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q.
(ii) Nyatakan kesan pada manusia jika hormon dalam soalan 1(b)(i) tidak dirembeskan
secukupnya ke dalam badan.

163

BAB07_FA_CR_3.indd 163 31/10/2019 1:45 PM


(c) (i) Namakan kelenjar R.
(ii) Nyatakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R.
(iii) Bagaimanakah kegagalan kelenjar R berfungsi boleh menyebabkan seseorang itu
mengalami penyakit diabetes melitus?

(d) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar S.

2. Rajah 2 menunjukkan sebahagian sistem endokrin bagi seorang perempuan.

Rajah 2
(a) (i) Namakan hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar Y.
(ii) Nyatakan satu fungsi bagi setiap hormon yang dinyatakan dalam soalan 2(a)(i).
(b) Walaupun kelenjar Y wujud sejak lahir, kelenjar itu tidak aktif. Bilakah kelenjar Y
menjadi aktif?
(c) (i) Namakan kelenjar endokrin bagi lelaki yang turut tidak aktif semasa lahir.
(ii) Terangkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar yang anda nyatakan
dalam soalan 2(c)(i).

Cabar
C abar Minda

3. Minum kopi secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Terangkan sebabnya.

4.
Seorang wanita yang sedang hamil didapati seorang penagih alkohol.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada fetus di dalam kandungannya?

5.
Seorang rakan anda telah menceritakan bahawa dia berasa tertekan kerana
masalah keluarga.
Sebagai seorang rakan sekelas, apakah tindakan atau pertolongan yang boleh anda
lakukan untuk membantu rakan anda itu?

164

BAB07_FA_CR_3.indd 164 31/10/2019 1:45 PM


3 Penerokaan Unsur
TEMA

dalam Alam
• Terdapat 118 unsur yang telah
ditemui. Tahukah anda di mana
kedudukan unsur karbon dalam
Jadual Berkala Unsur Moden?
• Tingkap bangunan pencakar
langit di Malaysia biasanya
diperbuat daripada kaca.
Apakah kegunaan kaca
yang lain?
• Jika anda sakit, doktor akan
merawat dan memberikan
ubat yang sesuai kepada anda.
Apakah kesannya jika kita
memakan ubat-ubatan tanpa
nasihat daripada doktor?

165

TEMA_CR_3.indd 165 01/10/2019 5:40 PM


Bab

8 Unsur dan Bahan

Kata Kunci
Bahan atom
Bahan molekul
Bahan ion
Jadual Berkala
Unsur Moden
Ion positif
Ion negatif
Isotop

166

BAB 08_FA_CR_3.indd 166 16/10/2019 12:05 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

Apakah jenis zarah yang terdapat di dalam emas?


Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual
Berkala Unsur Moden?
Bagaimanakah ion positif dan ion negatif
terbentuk daripada atom?
Apakah isotop?

Rencana S a i
ns
Unsur di Alam Se
mesta dan Bum
i
Hidrogen dan he
lium ialah unsu
di Alam Semesta r yang paling ba
. Bintang-bintan nyak terdapat
daripada hidrog g termasuk Mat
en dan helium. ahari terdiri
seperti oksigen, Di Bumi pula, te
silikon, emas da rdapat unsur
membolehkan se n sebagainya. O
mua benda hidu ksigen
p wujud di Bum
i.

Anda akan belajar tentang:


asas jirim
Jadual Berkala Unsur Moden
isotop

167

BAB 08_FA_CR_3.indd 167 16/10/2019 12:05 PM


8.1 Asas Jirim

Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion


Anda telah mempelajari bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit semasa
di Tingkatan 1. Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim, iaitu atom, molekul dan ion.

Atom Molekul Ion


Atom ialah zarah yang Molekul ialah gabungan Ion ialah zarah-zarah
paling kecil di dalam dua atau lebih atom yang bercas, sama ada
sesuatu unsur. Atom secara kimia. Molekul positif atau negatif.
ialah unit paling asas boleh terdiri daripada Ion terbentuk apabila
dalam unsur. gabungan jenis atom sesuatu atom menderma
yang sama atau berbeza. atau menerima elektron.

Semua bahan yang terdapat di sekeliling kita ialah jirim. Bahan boleh dikelaskan kepada tiga
kumpulan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya.

Bahan Atom
Bahan ini mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada
atom. Atom-atom di dalam logam disusun secara rapat dan teratur, manakala susunan atom
di dalam gas nadir berjauhan dan tidak teratur.

Ke mbali
Kemb ali Atom emas
Atom terdiri daripada Belon berisi
zarah subatom, iaitu helium
proton, neutron
dan elektron.


++
– ++ – Logam emas
+ +


– - Elektron
+ - Proton
- Neutron Atom helium

Rajah 8.1 Bahan atom


168 8.1.1

BAB 08_FA_CR_3.indd 168 16/10/2019 12:06 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

Bahan Molekul
Bahan ini mengandungi zarah molekul yang merupakan gabungan dua atau lebih atom secara
kimia, sama ada atom yang sama atau berbeza. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam
bentuk molekul. Tindak balas antara unsur bukan logam akan membentuk sebatian yang wujud
dalam bentuk molekul.

Tangki oksigen

Molekul oksigen

Air laut

Molekul air

Bahan Ion Rajah 8.2 Bahan molekul

+ – +
+ – + – + Bahan ion terbentuk daripada tindak
– + – + – balas antara unsur logam dengan unsur
+ – + – + bukan logam. Bahan ini mengandungi
+ – + ion positif dan ion negatif. Contoh bahan
Ion natrium ion ialah natrium klorida.
Garam biasa dan ion klorida

Rajah 8.3 Bahan ion

Aktiviti 8.1 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang bahan yang dibina oleh zarah
atom, molekul dan ion dalam kehidupan harian.
Arahan:
1. Dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang bahan-bahan di sekeliling anda yang terbina
daripada zarah atom, molekul dan ion.
2. Persembahkan maklumat yang anda peroleh dalam bentuk persembahan multimedia.

8.1.1
169

BAB 08_FA_CR_3.indd 169 16/10/2019 12:06 PM


Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk
Masihkah anda ingat akan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang telah anda
pelajari di Tingkatan 1? Unsur boleh wujud dalam bentuk atom, molekul atau ion. Adakah unsur
yang sama boleh wujud dalam bentuk yang berbeza? Cuba anda lihat gambar foto di bawah.
Unsur: Ferum
– + –
– + – + –
+ – + – +
– + – + –
– + –
Unsur ferum wujud
dalam bentuk ion
dalam sebatian karat.
Unsur ferum wujud
dalam bentuk atom
pada kepala tukul.
Gambar foto 8.1 Tukul berkarat dan tukul tidak berkarat

Unsur: Hidrogen

+ –
– +
+ –

Unsur hidrogen Unsur hidrogen


wujud dalam wujud dalam
bentuk ion di bentuk molekul di
dalam jus limau. dalam udara.

Gambar foto 8.2 Jus limau dan udara

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 8.1
1. Berikan tiga jenis zarah yang membina sesuatu bahan.
2. Nyatakan contoh bahan yang terdiri daripada unsur ferum dalam bentuk ion.
3. Kelaskan bahan-bahan berikut kepada zarah-zarah yang membinanya sama ada atom, molekul
atau ion.

Kepingan besi, ketulan ais, garam biasa, ketulan gula, batu marmar, wayar kuprum,
air kapur, gas oksigen, gas helium

4. Berikan dua contoh unsur yang wujud dalam bentuk molekul dan atom.

170 8.1.2

BAB 08_FA_CR_3.indd 170 16/10/2019 12:07 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

8.2 Jadual Berkala Unsur Moden


Semasa di Tingkatan 1, anda telah belajar tentang 118 jenis unsur yang disusun di dalam Jadual
Berkala Unsur Moden. Kini, mari kita kaji Jadual Berkala Unsur Moden yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.4 secara teliti dan kenal pasti beberapa ciri pentingnya.
Turus menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden disebut kumpulan.
Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
KUMPULAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Logam alkali bumi Kekunci:
Halogen Gas
Logam Logam C Pepejal nadir
1 Nombor proton
alkali
H Simbol unsur Separuh logam Br Cecair
1 Hidrogen Nama unsur 2

1 H
Hidrogen
1 Jisim atom relatif Bukan logam H Gas He
Helium
1 4
3 4 5 6 7 8 9 10

2 Li
Litium
Be
Berilium
B
Boron
C
Karbon
N
Nitrogen
O
Oksigen
F
Fluorin
Ne
Neon
7 9 11 12 14 16 19 20
11 12 13 14 15 16 17 18

Na Mg Unsur peralihan Al Si P S Cl Ar
3 Natrium
23
Magnesium
24
Aluminium
27
Silikon
28
Fosforus
31
Sulfur
32
Klorin
35.5
Argon
40
19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36

K Ca Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn Ga Ge As Se Br Kr
4
KALA

Kalium Kalsium Skandium Titanium Vanadium Kromium Mangan Ferum Kobalt Nikel Kuprum Zink Galium Germanium Arsenik Selenium Bromin Kripton
39 40 45 48 51 52 55 56 59 59 64 65 70 73 75 79 80 84
37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54

Rb Sr Y Zr Nb Mo Tc Ru Rh Pd Ag Cd In Sn Sb Te I Xe
5 Rubidium
85.5
Strontium
88
Ytrium
89
Zirkonium
91
Niobium
93
Molibdenum
96
Teknetium Rutenium
101
Rodium
103
Paladium
106
Argentum
108
Kadmium
112
Indium
115
Stanum
119
Antimoni
122
Telurium
128
Iodin
127
Xenon
131
55 56 57 – 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86

Cs Ba Hf Ta W Re Os Ir Pt Au Hg Tl Pb Bi Po At Rn
6 Sesium
133
Barium
137
Lantanida Hafnium
178.5
Tantalum
181
Tungsten
184
Renium
186
Osmium
190
Iridium
192
Platinum
195
Aurum
197
Merkuri
201
Talium
204
Plumbum
207
Bismut
209
Polonium
210
Astatin
210
Radon
222
87 88 89 – 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118

Fr Ra Rf Db Sg Bh Hs Mt Ds Rg Cn Nh Fl Mc Lv Ts Og
7 Fransium Radium Aktinida Ruterfordium Dubnium Siborgium Bohrium Hasium Meitnerium Darmstadtium Roentgenium Kopernisium Nihonium Flerovium Moscovium Livermorium Tennessine Oganesson

57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71

Siri lantanida La
Lantanum
Ce
Serium
Pr
Praseodimium
Nd
Neodimium
Pm Sm
Prometium Samarium
Eu
Europium
Gd
Gadolinium
Tb
Terbium
Dy
Disprosium
Ho
Holmium
Er
Erbium
Tm
Tulium
Yb
Iterbium
Lu
Lutetium
139 140 141 144 145 150 152 157 159 162.5 165 167 169 173 175
89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103

Siri aktinida Ac
Aktinium
Th
Torium
Pa
Protaktinium
U
Uranium
Np
Neptunium
Pu
Plutonium
Am Cm
Amerisium Kurium
Bk
Berkelium
Cf
Kalifornium
Es
Einsteinium
Fm
Fermium
Md
Mendelevium
No
Nobelium
Lr
Lawrensium
232 231 238

Di bahagian bawah Jadual Berkala Unsur Moden terdapat


Kala merujuk kepada unsur yang disusun
dua siri unsur dengan nombor proton 57 hingga 71 dan
dalam baris mengufuk. Terdapat 7 kala
89 hingga 103 yang diletakkan secara berasingan. Dua siri
dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
unsur ini disebut sebagai siri lantanida dan siri aktinida.
Rajah 8.4 Jadual Berkala Unsur Moden
Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara
beransur-ansur, iaitu:
(a) sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat
(b) perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid
(c) sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan

Prinsip Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden


Dalam Jadual Berkala Unsur Moden, unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton
dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang
terdapat di dalam nukleus suatu atom. Cuba anda kaji semula Jadual Berkala Unsur Moden di atas.

8.2.1 171
8.2.2

BAB 08_FA_CR_3.indd 171 16/10/2019 12:07 PM


... ...
Aktiviti 8.2 Meja Bulat

Tujuan: Menghubungkaitkan susunan unsur dengan nombor proton unsur dalam PAK21
Jadual Berkala Unsur Moden.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi satu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap dan beberapa kad
dengan simbol dan nombor proton bagi unsur.
3. Guna kad tersebut untuk mengisi tempat kosong di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang
diberikan.
4. Bentangkan Jadual Berkala Unsur Moden yang telah lengkap di hadapan kelas.

... ...
Aktiviti 8.3 Meja Bulat

Tujuan: Mengenal pasti kedudukan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. PAK21
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Rujuk Jadual Berkala Unsur Moden dan tentukan simbol sebenar unsur di bawah dan
kedudukannya di dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
7 18 20 42
V W X Y
14 40 40 96

3. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

Susunan Elektron Unsur


Anda telah ketahui bahawa setiap unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden mempunyai
nombor proton yang tersendiri. Sebagai contoh, nombor proton bagi oksigen ialah 8 dan nombor
proton bagi magnesium ialah 12. Bagi atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan
bilangan elektron. Bagaimanakah elektron disusun di sekeliling nukleus? Elektron disusun
mengelilingi nukleus dalam petala elektron. Elektron akan memenuhi petala terdekat dengan
nukleus dahulu. Elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya
telah diisi.
Contoh:
Petala pertama: 2 elektron
Petala kedua: 8 elektron
Petala ketiga: 18 elektron S

Nukleus

Rajah 8.5 Susunan elektron di sekeliling nukleus Rajah 8.6 Susunan elektron atom sulfur
Sulfur mempunyai nombor proton 16. Maka, satu atom
Bagi atom-atom dengan nombor proton sulfur mempunyai bilangan elektron 16. Dua elektron
1 hingga 20, dua elektron diisi dalam petala disusun dalam petala pertama, lapan elektron disusun
pertama, lapan elektron dalam petala kedua dalam petala kedua dan bakinya, enam elektron disusun
dalam petala ketiga. Susunan elektron bagi atom sulfur
dan lapan elektron dalam petala ketiga. ditulis sebagai 2.8.6.

172 8.2.2
8.2.3

BAB 08_FA_CR_3.indd 172 16/10/2019 12:07 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

... ...
Aktiviti 8.4 Jalan Galeri

Tujuan: Melukis susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala PAK21
Unsur Moden.
Bahan: Pen penanda, kertas A4
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Tentukan nombor proton bagi setiap unsur dan kaitkannya dengan bilangan elektron.
3. Lukis susunan elektron bagi setiap unsur pada kertas A4 dan tampalkannya di belakang kelas.

Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif aleri


Galeri
G Sains
Anda telah belajar tentang pembentukan ion positif dan ion negatif Susunan elektron duplet
semasa di Tingkatan 3. Kebanyakan atom mempunyai susunan ialah susunan elektron
elektron yang tidak stabil. Maka, atom-atom ini akan cenderung yang stabil yang
mempunyai 2 elektron
untuk membentuk susunan elektron yang stabil. pada petala pertama.
Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron
pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron
pada petala terluar daripada atom lain. Hal ini adalah bagi mencapai He
susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Susunan elektron duplet
Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, Susunan elektron oktet
atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. ialah susunan elektron yang
stabil yang mempunyai
• Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam
8 elektron pada petala terluar.
menderma elektron.
• Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam
menerima elektron.
Ne
Sebagai contoh, atom magnesium mempunyai 12 elektron.
Susunan elektronnya ialah 2.8.2. Bagaimanakah atom ini dapat
mencapai susunan elektron oktet yang stabil? Adakah lebih mudah
Susunan elektron oktet
untuk atom ini menderma dua elektron atau menerima enam
elektron? Mari kita kaji Rajah 8.7.

2+

Derma dua elektron


Mg Mg

Atom magnesium (2.8.2)


Ion magnesium (2.8)

Rajah 8.7 Pembentukan ion positif, Mg 2+

8.2.3 173
8.2.4

BAB 08_FA_CR_3.indd 173 16/10/2019 12:07 PM


Atom klorin mempunyai 17 elektron. Rajah 8.8 menunjukkan atom klorin yang mempunyai
susunan elektron 2.8.7. Atom ini menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet
yang stabil.

Terima satu elektron


Cl Cl

Atom klorin (2.8.7) Ion klorida (2.8.8)

Rajah 8.8 Pembentukan ion negatif, Cl–


Atom ini akan cenderung untuk mencapai susunan elektron yang stabil dengan cara
menderma atau menerima elektron daripada atom lain. Jalankan Aktiviti 8.5 untuk menunjukkan
kesan terhadap suatu bahan apabila ion terbentuk.

... ...
Aktiviti 8.5 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Tajuk: Mengawal Pengaratan PAK21


Topik berkaitan: Kakisan logam berlaku apabila atom logam membentuk ion positif.
Cadangan tempoh masa: 1 minggu
Masalah: Salah satu masalah utama dihadapi oleh pengguna jambatan dan kenderaan ialah
pengaratan. Oleh itu, penyelenggaraan jambatan dan kenderaan ialah satu cabaran kepada
ekonomi negara. Permukaan bahan atom (contohnya besi) perlu dikekalkan dalam keadaan baik.
Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara kerja penyelenggaraan dilakukan pada jambatan
dan kenderaan.
Sumber:
• Buku teks Sains (kandungan yang berkaitan dengan pembentukan ion, pengaratan)
• Laman web
• Bahan rujukan lain seperti majalah ilmiah berkaitan dengan pembentukan ion dan pengaratan
Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mengawal kakisan logam. Hasil dapatan boleh
dipersembahkan dalam bentuk persembahan multimedia.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 8.2
1. Nyatakan kedudukan unsur-unsur berikut dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
(a) Litium (b) Argentum (c) Helium (d) Aurum
2. Berikan dua contoh unsur yang berada dalam Kumpulan 17.
3. Unsur M mempunyai nombor proton 19. Berdasarkan Jadual Berkala Unsur Moden, nyatakan
nama unsur M.
4. Unsur N ditempatkan dalam Kumpulan 15 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Apakah susunan elektron bagi atom unsur N?
5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, nyatakan pembentukan ion positif dan ion negatif
daripada atom unsurnya.
174 8.2.4
8.2.5

BAB 08_FA_CR_3.indd 174 16/10/2019 12:07 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

8.3 Isotop

Semua atom yang terkandung di dalam sesuatu unsur mempunyai Laman Sejarah
bilangan proton dan neutron yang sama. Namun begitu, terdapat
unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang Perkataan isotop berasal
daripada perkataan
sama, tetapi bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom ini dikenal Yunani ‘isos’ yang
sebagai isotop. Jadual 8.1 menunjukkan beberapa contoh isotop. bermaksud sama dan
‘topos’ yang bermaksud
Jadual 8.1 Contoh isotop tempat. Perkataan ini
bermaksud isotop bagi
Bilangan Bilangan Bilangan suatu unsur mempunyai
Isotop
proton elektron neutron kedudukan yang sama
Hidrogen-1 1 1 0 dalam Jadual Berkala
Unsur Moden.
Hidrogen-2 1 1 1
Hidrogen-3 1 1 2
Karbon-12 6 6 6
Karbon-13 6 6 7
Karbon-14 6 6 8
Oksigen-16 8 8 8 Isotop
Oksigen-18 8 8 10 http://bukutekskssm.
my/Sains/T4/Isotop.
Isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja. mp4
VIDEO
Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron
di dalam nukleus atom itu. Sebagai contoh, isotop hidrogen yang
mempunyai 1 proton dan 2 neutron, ditulis hidrogen-3. Jalankan
Aktiviti 8.6 untuk menentukan bilangan proton, neutron dan
nombor nukleon dalam isotop-isotop lain.

Aktiviti 8.6

Tujuan: Menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop.
Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon bagi
isotop-isotop yang diberikan.
Isotop Bilangan proton Bilangan neutron Nombor nukleon
Klorin-35 18
Klorin-37 37
Natrium-23 11
Natrium-24 13
Bromin-79 79
Bromin-81 35

8.3.1 175
8.3.1
8.3.2
8.3.2

BAB 08_FA_CR_3.indd 175 16/10/2019 12:07 PM


Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang
Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop semakin meluas. Tanpa kita sedari,
isotop dalam bentuk radioisotop sebenarnya banyak digunakan di sekeliling kita. Radioisotop
ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun radioisotop
mengeluarkan sinaran berbahaya, namun radioisotop mempunyai kegunaan yang penting
jika dikendalikan dengan betul. Radioisotop digunakan dalam bidang perubatan, pertanian,
perindustrian, penjanaan tenaga dan penyelidikan. Imbas kembali kegunaan sinaran radioaktif
yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 3 seperti di bawah.

Perubatan

Sinar gama
daripada kobalt-60
digunakan untuk
membunuh
sel kanser.

Teknologi makanan Gambar foto 8.3 Mesin radioterapi

Sinar gama
daripada kobalt-60
juga digunakan
untuk membasmi
mikroorganisma pada
sayur-sayuran tanpa
mengubah kualiti
makanan itu.
Pertanian

Gambar foto 8.4 Sayur-sayuran bebas daripada kuman

Fosforus-32
disuntik ke dalam
akar tumbuhan untuk
mengkaji kadar
penyerapan baja
fosforus
dalam tumbuhan. Gambar foto 8.5
Akar tumbuhan

176 8.3.3

BAB 08_FA_CR_3.indd 176 16/10/2019 12:08 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

Tahukah anda kegunaan isotop yang lain? Mari kita jalankan Aktiviti 8.7.

... ...
Aktiviti 8.7 Fikir-Pasang-Kongsi

Tujuan: Mencari maklumat penggunaan isotop dalam pelbagai bidang. PAK21


Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang kegunaan isotop dalam pelbagai bidang
selama 20 minit.
3. Kongsi dan bincangkan hasil dapatan yang diperoleh bersama pasangan.
4. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam jadual seperti berikut.

Bidang Isotop Kegunaan

Perubatan Natrium-24

Kobalt-60

Iodin-131

Pertanian Fosforus-32

Karbon-14

Arkeologi dan Geologi Karbon-14

Teknologi makanan Kobalt-60

Industri kertas Amerisium-241

Penjanaan tenaga elektrik Uranium-235

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 8.3
1. Nyatakan definisi bagi isotop.
2. Berikan tiga contoh isotop.
3. Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom
tersebut?
4. Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan?

8.3.3
177
8.3.3

BAB 08_FA_CR_3.indd 177 16/10/2019 12:08 PM


178
R u m u sa n

BAB 08_FA_CR_3.indd 178


UNSUR DAN BAHAN

Jadual Berkala
Asas Jirim Isotop
Unsur Moden

Jenis zarah
Definisi isotop Kegunaan isotop

Atom Molekul Ion


membentuk membentuk membentuk
Perubatan Perindustrian Penyelidikan
Bahan Bahan Bahan
atom molekul ion Pertanian Penjanaan tenaga

Kumpulan
Susunan elektron Pembentukan ion
dan Kala

Ion positif Ion negatif

16/10/2019 12:08 PM
Unsur dan Bahan Bab 8

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
8.1 Asas Jirim
Menerangkan bahan atom, bahan molekul dan bahan ion dengan contoh.
Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk.
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden
Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden.
Mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan.
Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negatif.
Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk mencapai susunan elektron stabil.
8.3 Isotop
Menerangkan isotop dengan contoh.
Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nukleon dalam isotop.
Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai bidang.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 8 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
my/Sains/T4/K8
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis bahan. KUIZ

Gambar foto 1
(a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk:
(i) garam
(ii) gula
(b) Berikan dua contoh lain bahan yang terbentuk daripada jenis zarah yang sama seperti garam
dan gula.
(c) Berikan dua contoh bahan yang unsur oksigen wujud sebagai molekul dan ion.
179

BAB 08_FA_CR_3.indd 179 16/10/2019 12:08 PM


2. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.

P Q R

U S

Rajah 1
P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala
Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut.
(a) Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
(b) Unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?
(c) Unsur manakah yang wujud sebagai atom yang stabil? Jelaskan jawapan anda.
(d) Suatu unsur mempunyai nombor nukleon 32 dan nombor proton 16. Di manakah
kedudukannya dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
(e) Nyatakan susunan elektron bagi unsur-unsur berikut:
(i) P
(ii) Q
(iii) T

3. Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur dengan nombor proton dan nombor nukleon
masing-masing.
Jadual 1

Unsur Nombor proton Nombor nukleon


X 13 27
Y 17 35
Z 20 40
(a) Tentukan bilangan neutron bagi atom unsur X, Y dan Z.
(b) Lukiskan susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z.
(c) Pada pendapat anda, di manakah kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala
Unsur Moden?
(d) Bagaimanakah atom unsur-unsur berikut mencapai susunan elektron yang stabil?
(i) Unsur X
(ii) Unsur Y

180

BAB 08_FA_CR_3.indd 180 16/10/2019 12:08 PM


Unsur dan Bahan Bab 8

4. Jadual 2 menunjukkan unsur P, Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon
masing-masing.
Jadual 2
Unsur Nombor proton Nombor nukleon
P 15 32
Q 11 24
R 11 23
S 6 14
(a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda.
(b) Nyatakan kegunaan isotop yang anda nyatakan dalam soalan 4(a) dalam bidang perubatan
dan industri.
(c) Nyatakan unsur P dan kegunaannya dalam bidang pertanian.
(d) Namakan unsur S dan nyatakan kegunaannya dalam bidang pertanian dan arkeologi.

Cabar
C abar Minda
5.
Akmal menerima laporan tentang keadaan jalan yang merekah walaupun telah
diturap berkali-kali. Didapati struktur tanah tiba-tiba menjadi lembut disebabkan
oleh kebocoran saluran paip bawah tanah.

Bagaimanakah Akmal menyelesaikan masalah berkenaan?


Penyelesaian masalah tersebut perlulah mengikut langkah berikut:

• mengenal pasti masalah

• menjelaskan masalah

• menyatakan langkah-langkah diambil ke arah


penyelesaian masalah

181

BAB 08_FA_CR_3.indd 181 16/10/2019 12:08 PM


Bab

9 Kimia Industri

Kata Kunci
Aloi
Komponen kaca
dan seramik
Polimer semula jadi
Polimer sintetik
Getah asli
Getah tervulkan
Pemvulkanan getah

182

BAB 09_FA_CR_3.indd 182 14/11/2019 2:46 PM


Kimia Industri Bab 9

Apakah yang dikatakan sebagai aloi?


Apakah yang dikatakan sebagai aloi superkonduktor?
Bagaimanakah kaca dan seramik diperbuat?
Adakah terdapat pelbagai jenis kaca dan kegunaannya
yang tertentu?
Apakah yang dikatakan sebagai polimer?
Apakah contoh-contoh polimer semula jadi dan
polimer sintetik?

Rencana S a i
ns
Tetingkap Dwik
aca
Tetingkap dwikac
a (TDK) terdiri da
dua panel kaca ripada
dengan ruang ko
di tengah yang di so ng
cantumkan men
dimasukkan ke ja di satu dan
dalam bingkai tin
Tetingkap dwikac gkap atau pintu.
a adalah lebih ba
tetingkap satu pa ik berbanding de
nel kaca kerana ngan
haba masuk mel da pat mengurangka
aluinya dan mem n
bangunan lebih buat bahagian di
sejuk. Selain itu dalam
bunyi. Tetingkap , tetingkap ini ju
dwikaca juga di ga adalah kalis
selamat kerana anggap pilihan
dua panel kaca ya ng lebih
berbanding deng lebih sukar untu
an satu panel ka k di pecahkan
yang lebih baik, ca. Untuk kesela
pilih panel kaca matan
kaca berlamina. yang lebih tebal
atau

Anda akan belajar tentang:


aloi
kaca dan seramik
polimer
183

BAB 09_FA_CR_3.indd 183 14/11/2019 2:46 PM


9.1 Aloi

Banyak benda di sekeliling


kita diperbuat daripada aloi.
Gambar foto 9.1 menunjukkan
beberapa benda yang diperbuat
daripada aloi.

Gambar foto 9.1 Benda yang diperbuat daripada aloi

Apakah Aloi?
Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan
bukan logam mengikut peratusan yang tertentu. Terdapat beberapa jenis
Permainan
aloi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti keluli, piuter, Interaktif
gangsa, loyang dan duralumin. Jadual 9.1 menunjukkan komposisi, sifat
dan kegunaan aloi-aloi tersebut.
Jadual 9.1 Komposisi, sifat dan kegunaan aloi

Aloi Komposisi Sifat Kegunaan

Keluli Besi 99% • Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan
Karbon 1% • Membuat badan kenderaan dan landasan kereta api

Piuter Timah 96% • Permukaan berkilau • Membuat barangan perhiasan seperti bingkai
Kuprum 3% • Tahan kakisan gambar
Antimoni 1%

Gangsa Kuprum 88% • Keras • Membuat tugu, ukiran logam, duit syiling, pingat
Timah 12% • Tahan kakisan dan sebagainya
• Warna yang menarik

Loyang Kuprum 75% • Kuat • Membuat kunci, tombol pintu, alatan muzik seperti
Zink 25% • Permukaan berkilat trompet dan sebagainya
• Mudah ditempa
• Warna keemasan

Duralumin Aluminium 95% • Ringan • Membuat badan pesawat, kapal terbang dan
Kuprum 3% • Kuat sebagainya
Magnesium 1% • Tahan kakisan
Mangan 1%

184
9.1.1

BAB 09_FA_CR_3.indd 184 14/11/2019 2:46 PM


Kimia Industri Bab 9

Mengapakah aloi dihasilkan? Umumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah
terkakis. Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita. Maka,
proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen.
Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan
grasi
Integrasi
Inte
berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor an......
apabila dikenakan daya.
Sains
Sains deng

SEJARAH
Daya dikenakan Aloi pertama yang ditemui
ialah gangsa. Gangsa
ditemui beratus-ratus tahun
dahulu, iaitu pada zaman
prasejarah yang disebut
Zaman Gangsa. Pada
Lapisan atom zaman itu, gangsa banyak
mudah menggelongsor digunakan untuk membuat
alatan dan senjata.
Rajah 9.1 Susunan atom dalam logam tulen
Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam
tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini
demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan
keras berbanding dengan logam tulen.
Atom logam tulen Atom unsur asing

Cetusan Minda
Cetusan
+ Adakah aloi wujud secara
semula jadi?

Aloi

Apabila daya dikenakan,


lapisan atom logam Atom unsur asing
tulen sukar menggelongsor Atom logam tulen

Rajah 9.2 Aloi


Komposisi atau peratus kandungan setiap unsur dalam aloi boleh diubah mengikut
kesesuaian penggunaannya.

Aktiviti 9.1 Jalan Galeri

Tujuan: Membina model susunan zarah di dalam logam dan aloi. PAK21
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Pilih satu jenis aloi yang berbeza daripada kumpulan lain.
3. Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk membina model susunan zarah di dalam aloi dan
logam tulennya.
4. Persembahkan model yang dibina di hadapan kelas.

185
9.1.1

BAB 09_FA_CR_3.indd 185 14/11/2019 2:46 PM


Terdapat beberapa ciri aloi dan logam tulen yang boleh diuji melalui eksperimen di dalam
makmal. Mari kita jalankan Eksperimen 9.1 dan Eksperimen 9.2.

Eksperimen 9.1
Tujuan: Mengkaji perbezaan kekerasan antara aloi dengan logam tulen.
Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen?
Hipotesis: Aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis bongkah
(b) bergerak balas: Diameter lekuk
(c) dimalarkan: Diameter bola keluli, ketinggian pemberat, jisim pemberat
Bahan: Bongkah kuprum, bongkah gangsa, pita selofan, benang
Radas: Bola keluli, pemberat (1 kg), kaki retort dan pengapit, pembaris, pembaris meter
Prosedur:
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3.

Benang

Pemberat (1 kg)

Pembaris meter
Kaki retort
Bola keluli

Pita selofan
Bongkah kuprum

Rajah 9.3 Susunan radas


2. Gantungkan pemberat 1 kg setinggi 50 cm dari bongkah kuprum.
3. Lepaskan pemberat supaya terhentak ke atas bola keluli yang dilekatkan pada bongkah kuprum.
4. Perhati dan ukur diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan bongkah kuprum
menggunakan pembaris.
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak dua kali lagi pada permukaan yang berlainan untuk
mendapatkan diameter purata lekuk pada bongkah kuprum.
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan menggantikan bongkah kuprum dengan bongkah gangsa.
Keputusan:
Diameter lekuk (cm) Purata diameter
Bongkah
1 2 3 (cm)
Kuprum
Gangsa

Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Antara bongkah kuprum dengan bongkah gangsa, yang manakah lebih keras?
2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua bongkah tersebut.
3. Mengapakah diameter lekuk bagi kedua-dua bongkah boleh berbeza?

186
9.1.2

BAB 09_FA_CR_3.indd 186 14/11/2019 2:46 PM


Kimia Industri Bab 9

Eksperimen 9.2

Tujuan: Mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen.
Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen?
Hipotesis: Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis paku
(b) bergerak balas: Kehadiran lapisan perang pada paku
(c) dimalarkan: Saiz paku, jenis larutan, jangka masa eksperimen
Bahan: Paku besi, paku keluli, air
Radas: Tabung uji, rak tabung uji
Prosedur:
1. Labelkan tabung uji sebagai P dan Q.
2. Masukkan 10 ml air ke dalam tabung uji P dan Q.
3. Masukkan paku besi ke dalam tabung uji P dan paku keluli ke dalam tabung uji Q.

Tabung
uji Perhatian:
Air Pastikan kedua-dua
paku digosok dengan
kertas pasir sebelum
Paku besi Paku keluli melakukan eksperimen
ini untuk membersihkan
permukaannya.
P Q
Rajah 9.4 Susunan radas
4. Letakkan kedua-dua tabung uji di rak tabung uji di atas meja makmal dan biarkan selama seminggu.
5. Selepas seminggu, rekodkan pemerhatian anda.
Keputusan:
Jenis paku Kehadiran lapisan perang pada paku
Paku besi
Paku keluli

Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Paku yang manakah berkarat selepas seminggu?
2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua paku tersebut.
3. Mengapakah ketahanan kakisan bagi kedua-dua paku boleh berbeza?

Selain keras dan tahan kakisan, apakah ciri-ciri lain pada aloi yang membezakannya daripada
logam tulen? Bincangkan jawapan anda bersama guru dan rakan-rakan yang lain.

187
9.1.2

BAB 09_FA_CR_3.indd 187 14/11/2019 2:46 PM


Kegunaan Aloi dalam Kehidupan Harian
Aloi mempunyai kegunaan tertentu berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat padanya.

Beberapa alatan
Keluli digunakan dalam Badan kapal terbang muzik diperbuat
pembinaan bangunan pencakar diperbuat daripada daripada loyang
langit kerana sifatnya yang keras duralumin yang yang berkilat dan
dan tahan kakisan. ringan dan kuat. tahan kakisan.

Gambar foto 9.2 Gambar foto 9.3 Kapal terbang Gambar foto 9.4 Seksofon
Menara Kembar Petronas

Terdapat beberapa jenis unsur logam dan bukan Aloi superkonduktor digunakan dalam
logam yang menunjukkan sifat superkonduktor pada pembuatan landasan kereta api berkuasa
tinggi supaya kereta api dapat bergerak
suhu yang rendah dan dicampurkan untuk membuat secara terapung dan dapat mengelakkan
aloi superkonduktor. Superkonduktor ialah bahan geseran antara landasan dengan badan
yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan kereta api. Hal ini membolehkan kereta
yang tinggi tanpa rintangan. Superkonduktor api ini bergerak dengan sangat laju.
juga berupaya untuk menolak medan magnet dan
menyebabkan bahan superkonduktor terapung
apabila diletakkan di atas magnet.

Gambar foto 9.5 Kereta api Maglev

Aloi superkonduktor seperti niobium titanium


dan niobium timah digunakan dalam pembuatan
peralatan mesin pengimejan resonans magnetik
Gambar foto 9.6 Mesin pengimejan (MRI) untuk pengimejan perubatan.
resonans magnetik (MRI)

188
9.1.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 188 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 9.1
1. Berikan dua jenis aloi yang mengandungi logam kuprum.
2. Lukis susunan atom di dalam aloi dan logam tulen dan hubung kaitkan susunan atom dengan
sifat asal logam tulen.
3. Apakah aloi yang digunakan untuk membuat badan kapal terbang? Jelaskan sebab aloi
itu dipilih.

9.2 Kaca dan Seramik


Apakah Kaca?
Kaca dipercayai mula digunakan sekitar 5000 tahun S.M. Kaca diperbuat daripada silika. Silika ialah
sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir. Silika
tulen dileburkan sekitar 1500°C sehingga menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca.

Gambar foto 9.7 Silika Gambar foto 9.8 Botol kaca


Terdapat beberapa jenis kaca yang dibuat dalam industri. Jadual 9.2 menunjukkan jenis kaca
dengan komposisi serta ciri-cirinya.
Jadual 9.2 Jenis kaca dengan komposisi dan ciri-cirinya

Kaca Komposisi Ciri-ciri

Kaca silika terlakur • Silika • Tahan terhadap haba


• Lengai terhadap bahan kimia

Kaca soda kapur • Silika • Takat lebur yang rendah


• Kalsium karbonat • Mudah dibentuk
• Natrium karbonat

Kaca borosilikat • Silika • Ketahanan yang sangat tinggi


• Boron oksida terhadap haba dan bahan kimia
• Natrium oksida berbanding dengan kaca soda kapur
• Aluminium oksida

Kaca plumbum • Silika • Takat lebur yang rendah


• Plumbum(II) oksida • Mempunyai indeks biasan yang tinggi
• Natrium oksida

189
9.2.1

BAB 09_FA_CR_3.indd 189 14/11/2019 2:47 PM


Apakah Seramik?
Seramik terdiri daripada bahan bukan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba pada
suhu yang tinggi. Seramik diperbuat daripada tanah liat. Komponen utama dalam tanah liat ialah
aluminium silikat.
Seramik tahan haba dan tekanan yang tinggi. Seramik juga sangat keras, rapuh, lengai
terhadap bahan kimia dan tidak berkarat. Selain itu, seramik juga merupakan penebat haba dan
elektrik yang baik.

Gambar foto 9.9 Aluminium silikat Gambar foto 9.10 Pinggan mangkuk seramik

... ...
Aktiviti 9.2 Fikir-Pasang-Kongsi

Tujuan: Menyediakan ulasan bagi sesi perkongsian mengenai lawatan ke kilang kaca PAK21
dan seramik atau menonton video.
Arahan:
1. Ambil bahagian dalam sesi perkongsian atau tonton video tentang pembuatan kaca dan seramik.
2. Kumpulkan maklumat tentang pembuatan kaca dan seramik, kemudian catatkan maklumat yang
diperoleh dalam buku nota anda.
3. Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, tulis ulasan tentang pembuatan kaca dan seramik.

Penggunaan Kaca dan Seramik dalam Kehidupan Harian


Berdasarkan ciri-ciri kaca dan seramik yang telah dipelajari, kita telah ketahui bahawa
kaca dan seramik sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan dalam
kehidupan harian kita. Hal ini juga telah dapat memajukan industri kaca dan seramik di
negara kita.

190 9.2.2
9.2.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 190 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

Aplikasi Kaca dan Seramik


Keistimewaan ciri-ciri kaca menjadikannya sesuai untuk dibuat pelbagai jenis barang. Yang
berikut menunjukkan beberapa contoh aplikasi kaca.

Radas makmal seperti bikar dan Penutup kaca mentol


kelalang kon diperbuat daripada kaca biasanya diperbuat daripada
borosilikat kerana ciri ketahanannya kaca soda kapur kerana
yang sangat tinggi terhadap haba dan cirinya yang tahan haba dan
bahan kimia mudah dibentuk

Prisma kaca yang


diperbuat daripada
kaca plumbum Tingkap kaca yang lut
digunakan untuk sinar membenarkan
mengkaji penyebaran cahaya masuk ke
cahaya kerana dalam rumah
mempunyai indeks
biasan yang tinggi
Gambar foto 9.11 Aplikasi kaca

Seramik diaplikasikan dalam pembuatan pelbagai jenis barangan. Yang berikut


menunjukkan beberapa contoh aplikasi seramik.

Pinggan mangkuk Seramik digunakan dalam


diperbuat daripada pembuatan gigi palsu kerana ciri
seramik kerana cirinya seramik yang keras dan kuat serta
yang tahan haba dan lengai terhadap bahan kimia
tidak terkakis

Jubin seramik digunakan


sebagai lantai kerana
cirinya yang berkilau, Pasu bunga seramik
menjadikan lantai adalah keras dan kuat
kelihatan bersih
dan cantik

Gambar foto 9.12 Aplikasi seramik


191
9.2.2

BAB 09_FA_CR_3.indd 191 14/11/2019 2:47 PM


Formatif
Praktis Formatif
Praktis 9.2
1. Apakah komponen utama kaca dan seramik?
2. Nyatakan tiga aplikasi kaca dan seramik.

9.3 Polimer
Tahukah anda semua barangan yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.13 diperbuat
daripada polimer?

Gambar foto 9.13 Barangan polimer

Apakah Polimer?
Polimer ialah molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan
unit molekul kecil. Unit-unit molekul kecil yang membentuk polimer ini dikenal
sebagai monomer. Polimer dapat dikelaskan kepada polimer semula jadi dan
polimer sintetik.

192
9.3.1

BAB 09_FA_CR_3.indd 192 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

Jadual 9.3 Polimer semula jadi


Polimer semula jadi Monomer Kegunaan
Polimer semula jadi Kanji Glukosa Memberikan tenaga
ialah polimer yang
wujud secara Protein Asid amino Membina sel dan tisu badan
semula jadi. Membuat produk berasaskan
Getah asli Isoprena
getah

Jadual 9.4 Polimer sintetik


Polimer sintetik Monomer Kegunaan

Polietena Etena Membuat botol plastik, beg plastik,


Polimer sintetik baldi
ialah polimer buatan Polistirena Stirena Membuat bekas pembungkusan
manusia yang peralatan elektrik
menggunakan Perspeks Metil metakrilat Membuat cermin pesawat, tingkap
bahan kimia. kenderaan

Getah sintetik Neoprena Membuat sarung tangan, tayar


kereta, tapak kasut

Proses Pempolimeran dan Penyahpolimeran


Polimer dihasilkan melalui proses pempolimeran. Proses pempolimeran ialah proses
pencantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang
bermolekul besar berbentuk rantai. Penyahpolimeran pula merujuk proses apabila molekul
polimer berbentuk rantai dipisahkan kepada monomer-monomernya melalui tindak balas kimia.

Pempolimeran

Monomer Polimer
Penyahpolimeran
Rajah 9.5 Proses pempolimeran dan penyahpolimeran
Pempolimeran yang melibatkan monomer jenis yang sama dengan pemecahan ikatan
ganda dua menjadi ikatan tunggal dikenal sebagai pempolimeran penambahan. Polietena ialah
salah satu contoh polimer yang dihasilkan melalui proses pempolimeran penambahan daripada
monomernya, iaitu etena (Rajah 9.6).
H H H H
| | | |
n C C C—C
| | | |
n
H H H H
Etena Polietena
Rajah 9.6 Proses pempolimeran penambahan

9.3.1 193
9.3.2

BAB 09_FA_CR_3.indd 193 14/11/2019 2:47 PM


Getah Asli
Susu getah asli atau disebut lateks didapati apabila batang pokok getah
ditoreh. Susu getah asli diproses menjadi getah asli. Polimer semula jadi
ini banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita.
Antara ciri getah asli ialah kenyal, lembut, tidak tahan haba, penebat
elektrik yang baik serta tidak telap udara.
Tindakan Asid dan Alkali terhadap Lateks
Di dalam lateks, terdapat molekul-molekul getah berbentuk rantai
yang diselaputi oleh satu lapisan membran protein. Terdapat cas-cas negatif yang
mengelilingi permukaan luar membran tersebut. Hal ini menyebabkan molekul getah
menolak antara satu sama lain. Maka, lateks kekal wujud sebagai cecair. Bagaimanakah
lateks dapat ditukarkan kepada bentuk pepejal?
Apabila asid ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidrogen yang bercas positif
daripada asid akan meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein.
Tanpa cas-cas negatif tersebut, molekul-molekul getah akan berlanggar antara satu sama
lain. Hal ini akan menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan
saling berbelit lalu membentuk gumpalan pepejal.

+ –+
– – Cas negatif + – + Membran
– – – – Zarah
– +– +
getah yang yang pecah
– – Rantai + – –
– – polimer getah –
+ –
– dineutralkan
– – Asid –
+ +
+
+ +
+– –

– –

ditambahkan Cas positif + – –+
Membran – –+
– – daripada +– –+
protein – – Rantai polimer
– asid +– –
+

– – +– – getah bergumpal
+

Rajah 9.7 Penggumpalan lateks oleh asid

Jika lateks dibiarkan tanpa ditambah asid, lama-kelamaan, lateks itu akan menggumpal juga
akibat daripada tindakan bakteria yang menghasilkan asid dan meneutralkan membran protein
molekul getah. Jadi, bagaimanakah lateks dikekalkan dalam bentuk cecair?
Apabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion-ion hidroksida daripada alkali akan
meneutralkan ion hidrogen daripada asid. Tanpa asid, cas-cas negatif kekal pada membran protein
dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar. Maka, molekul getah
akan kekal dalam keadaan cecair.

+ –+ – –
– – – –
+

– + Zarah – – – Rantai

+– + getah yang – –
+– –
– – – polimer

+ – –
– dineutralkan –
– – – –

getah
+ – –
+ + + +
+– –
–+
Alkali Cas negatif
– – – –

Cas positif daripada + – – – – –
– –+ ditambahkan
asid (akibat tindakan +–
–+
daripada alkali – – –
– – – –

bakteria) +–
+ Membran protein – –
+– – – – –
+ – –

Rajah 9.8 Tindakan alkali ke atas lateks

194
9.3.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 194 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

Mari kita jalankan Aktiviti 9.3 dan Aktiviti 9.4 untuk mengkaji ciri-ciri getah asli.

Aktiviti 9.3 Inkuiri

Tujuan: Mengkaji ciri-ciri getah asli. PAK21


Bahan: Kepingan getah, air
Radas: Tabung didih, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen
A Kekenyalan getah asli
Prosedur:
1. Uji sifat kekenyalan getah asli dengan meregang dan memulas Gambar foto 9.14 Diregangkan
sekeping getah asli.
2. Perhati dan catatkan pemerhatian anda.
Soalan:
Adakah kepingan getah itu berupaya kembali kepada bentuk asal?
B Kesan haba terhadap getah asli Gambar foto 9.15 Dipulas
Prosedur:
1. Potong sedikit kepingan getah asli daripada Aktiviti A dan
Tabung didih
masukkannya ke dalam tabung didih yang berisi air.
2. Kemudian, panaskannya secara perlahan-lahan menggunakan
Kepingan getah
penunu Bunsen (Rajah 9.9).
3. Uji kekenyalan kepingan getah asli itu setelah kepingan getah itu
menjadi sejuk.
Soalan: Penunu Bunsen
Apakah yang berlaku kepada kepingan getah itu selepas dipanaskan?
Rajah 9.9 Susunan radas

Aktiviti 9.4 Inkuiri

Tujuan: Mengkaji kesan asid dan alkali terhadap lateks. PAK21


Bahan: Lateks, asid etanoik, larutan ammonia
Radas: Bikar, penitis, rod kaca
Prosedur:
1. Labelkan tiga bikar sebagai P, Q dan R, kemudian masukkan 20 ml lateks ke dalam bikar tersebut.
Penitis
Asid Larutan Langkah
etanoik ammonia Berjaga-jaga
Rod Pakai sarung tangan
kaca
Lateks ketika mengendalikan
Lateks
asid etanoik dan larutan
P Q R ammonia.
Rajah 9.10 Susunan radas
2. Titiskan 10 titis asid etanoik ke dalam bikar P dan kacaukannya.
3. Titiskan 10 titis larutan ammonia ke dalam bikar Q dan kacaukannya.
4. Biarkan bikar R tanpa ditambah asid atau alkali.
5. Perhatikan perubahan yang berlaku di dalam ketiga-tiga bikar dan catatkan pemerhatian anda
dalam jadual seperti di muka surat 196.

195
9.3.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 195 14/11/2019 2:47 PM


Pemerhatian:
Bikar Pemerhatian
P
Q
R

Soalan:
1. Apakah yang berlaku apabila asid etanoik ditambahkan ke dalam lateks?
2. Apakah yang berlaku apabila ammonia ditambahkan ke dalam lateks?
3. Bagaimanakah penggumpalan lateks dapat dicegah?
4. Mengapakah lateks menggumpal apabila terdedah kepada udara?

Pemvulkanan Getah
Sifat semula jadi getah asli yang lembut dan tidak tahan haba adalah tidak sesuai
jika digunakan untuk membuat bahan seperti tayar kenderaan. Oleh sebab suhu
di Malaysia sentiasa panas, sekiranya tayar diperbuat daripada getah asli, tayar itu
akan menjadi lembik dan mencair apabila terkena permukaan jalan raya
yang panas.
Jadi, bagaimanakah sifat getah asli dapat dipertingkatkan untuk menjadikannya
sebagai bahan yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis barangan?
Proses pemvulkanan boleh membaiki sifat getah dan
Tokoh Sains
menjadikannya lebih kuat. Pemvulkanan ialah proses
pemanasan getah bersama sulfur. Melalui proses pemvulkanan,
atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer
getah asli yang berbentuk rantai. Getah yang diperoleh melalui
proses ini disebut getah tervulkan.

S
Charles Goodyear S
Rangkai
(1800 – 1860) S S
+ Sulfur silang sulfur
Beliau telah menemui S
S S
kaedah pemvulkanan S
S
getah pada tahun 1839. S
Beliau memanaskan
satu campuran getah asli
dengan 1% - 3% sulfur Rantai polimer getah asli Getah tervulkan
mengikut jisimnya.
Rajah 9.11 Pemvulkanan getah

Struktur molekul bagi getah tervulkan dilihat mempunyai ikatan antara setiap rantai
polimer getah, manakala bagi getah asli tidak. Hal ini disebabkan oleh atom sulfur yang ditambah
menghasilkan rangkai silang antara rantai polimer getah. Oleh sebab itu, apabila daya dikenakan,
rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor dan apabila haba dikenakan, struktur
molekul getah tervulkan sukar diputuskan. Maka, getah tervulkan adalah lebih keras dan
mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.
196
9.3.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 196 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

Rajah 9.12 menunjukkan ciri-ciri getah tervulkan.

Keras dan lebih


kenyal

Tahan terhadap Penebat elektrik


haba yang baik

Ciri-ciri
getah
tervulkan

Tidak telap Tidak mudah


terhadap cecair teroksida
dan udara di udara

Tidak bertindak
balas dengan asid
dan alkali

Rajah 9.12 Ciri-ciri getah tervulkan


Getah tervulkan sesuai digunakan untuk membuat tayar kenderaan, sarung tangan getah dan
tapak kasut.

Gambar foto 9.16 Beberapa barangan yang dihasilkan daripada getah tervulkan

... ...
Aktiviti 9.5 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Melakar rajah struktur molekul dan memerihalkan ciri getah tervulkan. PAK21
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Lakarkan rajah struktur molekul getah asli dan getah tervulkan pada kertas sebak.
3. Persembahkan lakaran anda di hadapan kelas dan perihalkan ciri-ciri getah tervulkan yang sesuai
untuk menghasilkan pelbagai barangan kepada rakan-rakan yang lain.

197
9.3.3

BAB 09_FA_CR_3.indd 197 14/11/2019 2:47 PM


Teknologi Terkini Berasaskan Getah
Getah merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia. Industri getah membantu meningkatkan
ekonomi negara. Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah yang dijalankan oleh Lembaga
Getah Malaysia perlu diteruskan supaya industri getah di negara kita bertambah maju pada masa
hadapan. Beberapa penemuan baharu telah dihasilkan menggunakan keistimewaan getah dalam
bidang pembuatan dan pembinaan. Apakah teknologi yang dikatakan ini?

Asfalt Terubahsuai Getah Pad landasan yang diperbuat


Bekuan (CMA) sebagai konkrit daripada getah diletakkan di
asfalt untuk menurap jalan raya Getah Colour merupakan antara landasan dengan enjin
supaya tahan lebih lama, tahan cat lukisan yang dihasilkan kereta api untuk mengurangkan
haba, mengurangkan bunyi daripada lateks untuk kegunaan getaran dan bunyi.
bising dan keretakan jalan raya. seni visual.

Gambar foto 9.17 Beberapa teknologi terkini berasaskan getah


Bagaimanakah pula dengan potensi lain kegunaan getah pada masa akan datang? Adakah
anda boleh memikirkan potensi kegunaan getah pada masa akan datang?

... ...
Aktiviti 9.6 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Mengumpulkan maklumat dan membentangkan teknologi terkini PAK21


berasaskan getah.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Dengan menggunakan Internet dan media lain, kumpulkan maklumat tentang teknologi terkini
berasaskan getah selain yang dinyatakan dalam buku teks.
3. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bincangkan dalam kumpulan tentang beberapa produk yang
dapat dihasilkan menggunakan getah.
4. Bentangkan idea anda kepada kelas. Pembentangan perlu mengandungi:
• lakaran produk
• tujuan pembuatan
• ciri-ciri istimewa getah yang terdapat dalam produk

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 9.3
1. Namakan dua polimer semula jadi dan sintetik serta monomernya.
2. Bandingkan sifat getah asli dan getah tervulkan.
3. Huraikan cara menghasilkan getah tervulkan daripada getah asli.

198
9.3.4

BAB 09_FA_CR_3.indd 198 14/11/2019 2:47 PM


R u m u sa n

BAB 09_FA_CR_3.indd 199


KIMIA INDUSTRI

Aloi Kaca dan Polimer


Seramik

Komposisi Maksud monomer, polimer

Ciri-ciri Proses pempolimeran


Komponen Aplikasi
Proses penyahpolimeran Pempolimeran
Kegunaan
penambahan

Semula jadi Sintetik

Getah asli
Teknologi
Proses terkini
pemvulkanan berasaskan
Getah tervulkan getah

199
Kimia Industri Bab 9

14/11/2019 2:47 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
9.1 Aloi
Mentakrif dan memberikan contoh aloi berdasarkan komposisi unsur di dalam aloi.
Menjalankan eksperimen untuk membandingkan ciri aloi dengan logam tulennya.
Mewajarkan kegunaan aloi dalam kehidupan harian.
9.2 Kaca dan Seramik
Memerihalkan komponen kaca dan seramik.
Menerangkan aplikasi kaca dan seramik dengan contoh.
Mewajarkan kesesuaian penggunaan kaca dan seramik dalam kehidupan harian.
9.3 Polimer
Menerangkan polimer semula jadi dan polimer sintetik.
Menerangkan proses pempolimeran penambahan.
Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah.
Menjanakan idea tentang teknologi terkini berasaskan getah.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 9 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K9
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua objek.

Objek P Objek Q
Gambar foto 1
(a) Apakah jenis aloi yang digunakan dalam pembuatan objek P dan Q?
(b) Berikan dua contoh lain kegunaan aloi yang digunakan untuk membuat objek P dan Q.
(c) Mengapakah bongkah gangsa adalah lebih kuat berbanding dengan kuprum?
(d) Pada pendapat anda, bolehkah aloi yang digunakan untuk membuat objek P digunakan
untuk membina kapal laut?
Jelaskan jawapan anda.

200

BAB 09_FA_CR_3.indd 200 14/11/2019 2:47 PM


Kimia Industri Bab 9

2. Gambar foto 2 menunjukkan radas makmal yang diperbuat daripada kaca.

Gambar foto 2
(a) Apakah jenis kaca yang digunakan untuk membuat produk di atas?
(b) Bagaimanakah jenis kaca yang anda nyatakan dalam soalan 2(a) dipilih dalam pembuatan
produk di atas?
(c) Berikan contoh lain jenis kaca yang mungkin sesuai digunakan dalam menghasilkan produk
di atas. Jelaskan jawapan anda.
(d) Adakah kaca yang digunakan untuk membuat produk dalam rajah di atas sesuai digunakan
untuk membuat bekas minuman dan digunakan di restoran? Wajarkan jawapan anda.
3. Aloi superkonduktor mempunyai banyak kegunaan pada masa ini dan akan datang.
Gambar foto 3 menunjukkan satu kegunaan aloi superkonduktor dalam kereta api Maglev.

Gambar foto 3
(a) Bagaimanakah aloi superkonduktor digunakan dalam pembinaan kereta api Maglev?
(b) Berikan dua kegunaan lain aloi superkonduktor dalam kehidupan harian.
(c) Pada pendapat anda, bolehkah aloi superkonduktor diaplikasikan dalam pembuatan kereta
antigraviti? Huraikan cara proses ini dapat dilakukan.

Cabar
C abar Minda
4. Seorang murid Tingkatan 4 mendapati tayar basikalnya bocor semasa dia hendak balik
dari sekolah. Dia kemudian pergi ke bengkel untuk membaiki tayarnya. Semasa mekanik
sedang membaiki tayar itu, dia mendapati bahawa getah tiub tayar yang dipegangnya
mempunyai kekenyalan yang berbeza berbanding dengan lateks yang digumpalkan di
dalam makmal sekolahnya.
Merujuk kepada pernyataan di atas, rancang satu eksperimen di dalam makmal untuk
mengkaji kekenyalan dua jenis getah. Perancangan anda harus mengandungi
perkara-perkara berikut:
(a) tujuan (e) prosedur
(b) hipotesis (f) susunan radas
(c) pemboleh ubah (g) penjadualan data
(d) bahan dan radas

201

BAB 09_FA_CR_3.indd 201 14/11/2019 2:47 PM


Bab

10 Kimia dalam Perubatan


dan Kesihatan

Kata Kunci
Perubatan tradisional
Perubatan moden
Perubatan komplementari
Penyalahgunaan
ubat-ubatan
Radikal bebas
Pengoksidaan makanan
Bahan aktif

202

BAB 10_FA_CR_3.indd 202 16/10/2019 5:30 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Apakah kaedah perubatan yang biasa dilakukan


di Malaysia?
Apakah jenis ubat yang diberikan untuk
merawat pesakit?
Tahukah anda apa itu radikal bebas?
Apakah kesan bahan antioksidan terhadap
radikal bebas?
Apakah maksud bahan aktif yang terdapat dalam
produk kesihatan?

Rencana S a i
ns
Kitab Tib
Kitab Tib merup
akan manuskrip
tulisan tangan M perubatan tradis
elayu silam. Kita ional
masyarakat Mel b ini menjadi ruju
ayu pada zaman kan
pelbagai penyak dahulu untuk m
it. Kitab ini men engubati
mengubati peny gandungi cara-c
akit seperti saki ara untuk
menggunakan ba t perut, batuk da
han-bahan sem n sakit mata
tanaman yang di ula jadi daripad
campur dengan a pokok dan
dinamakan sede ramuan rempah.
mikian sempena Kitab Tib ini
Arab, Al-Qanun manuskrip peru
Fi Al-Tibb karya ba tan bahasa
Ibnu Sina.
Sumber: www.pn
m.gov.my/manus
melayu/03koleks krip/
i/306_perubatan
.htm
(Dicapai pada 19
Ogos 2019)

Anda akan belajar tentang:


perubatan tradisional, perubatan moden
dan perubatan komplementari
radikal bebas
bahan antioksidan
produk kesihatan
203

BAB 10_FA_CR_3.indd 203 16/10/2019 5:31 PM


10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden
dan Perubatan Komplementari
Apabila kita sakit, kita perlu mendapatkan rawatan perubatan dan mengambil ubat untuk
menyembuhkan diri. Apakah kaedah perubatan yang boleh kita lakukan untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit?

Ciri-ciri Perubatan Tradisional, Moden dan Komplementari


Terdapat tiga kaedah perubatan yang patut anda ketahui, iaitu perubatan tradisional, perubatan
moden dan perubatan komplementari. Bolehkah anda bezakan ketiga-tiga jenis perubatan ini?
Perubatan tradisional ialah kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi
diagnosis dan merawat penyakit. Setiap kaum di Malaysia mengamalkan kaedah perubatan
tradisional yang tersendiri. Rajah 10.1 menunjukkan ciri-ciri perubatan tradisional.

Keberkesanan
Rawatan rawatannya lebih
menggunakan perlahan dan
bahan semula memakan masa Diwarisi dan
jadi daripada diamalkan
tumbuhan dan turun-temurun
haiwan

Ciri-ciri
perubatan
tradisional Pembuktian
Kos rawatan keberkesanan
yang rendah secara
pengalaman

Rajah 10.1 Ciri-ciri perubatan tradisional

... ...
Aktiviti 10.1 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat mengenai perubatan tradisional yang diamalkan
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber mengenai perubatan tradisional yang diamalkan
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
3. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk persembahan multimedia.

204
10.1.1

BAB 10_FA_CR_3.indd 204 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Perubatan moden merujuk kepada campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu
sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan
bidang-bidang seperti perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam
mengubati penyakit dan merawat kecederaan. Rajah 10.2 menunjukkan ciri-ciri perubatan moden.

Rawatan
menggunakan
ubat-ubatan sintetik

Menggunakan
kaedah moden
Kos rawatan seperti
yang mahal pembedahan,
Ciri-ciri rawatan laser
perubatan dan radioterapi
moden

Pembuktian Rawatannya
keberkesanan adalah lebih
secara klinikal berkesan dan
lebih cepat

Rajah 10.2 Ciri-ciri perubatan moden

Perubatan komplementari secara praktisnya merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam


penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
Kaedah ini merangkumi dua bahagian utama, iaitu produk semula jadi, senaman badan dan
minda. Kaedah ini boleh digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit
seperti rawatan kanser. Rajah 10.3 menunjukkan ciri-ciri perubatan komplementari.

Tidak
Tidak
menggunakan
melibatkan
ubat-ubatan
pembedahan dan
teraputik, dadah
jahitan terhadap
Ciri-ciri perubatan dan bahan
tubuh badan
komplementari sintetik kimia

Mengambil
kira pandangan
pengamal
perubatan moden
dan tradisional

Rajah 10.3 Ciri-ciri perubatan komplementari


205
10.1.1

BAB 10_FA_CR_3.indd 205 16/10/2019 5:31 PM


Ubat-ubatan yang digunakan dalam
Kerjaya Sains Perubatan Tradisional, Moden dan
Ahli Farmasi Komplementari
Seorang yang
terlatih dalam bidang Anda telah mengetahui tiga kaedah
Ubat
farmakologi, mempunyai perubatan. Mari kita kenali ubat-ubatan http://
pengetahuan dan yang digunakan dalam perubatan bukutekskssm.my/
kemahiran menyediakan
ubat-ubatan.
tradisional, moden dan komplementari. INFORMASI Sains/T4/Hlm206_1
Ubat ialah dadah atau bahan yang
diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah
penyakit. Ubat dan rawatan ini perlulah didapatkan daripada
Tumbuhan Ubatan
pihak-pihak yang bertauliah.
http:// Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada sumber
bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm206_2 semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara
INFORMASI
kimia. Ubat ini diamalkan sejak zaman dahulukala. Bagaimanakah
tumbuhan atau haiwan ini digunakan dalam merawat penyakit?
Namakan beberapa contoh ubat tradisional yang anda tahu.

Aloe vera (lidah buaya) Ginseng Halia


Lendiran daripada daunnya Herba yang popular digunakan Melegakan bengkak dan
disapu pada kulit untuk dalam perubatan tradisional sengal-sengal pada badan
mengurangkan kesakitan kulit kaum Cina untuk memelihara serta menghilangkan angin
akibat selaran matahari (sunburn) kesihatan badan. dalam badan.
atau terkena benda panas.

Pokok bunga raya Kuinina


Daunnya melegakan sakit Kulit pokok Cinchona sp.
kepala dan merawat masalah digunakan untuk membuat ubat
keguguran rambut. penyakit malaria.
Gambar foto 10.1 Ubat-ubatan tradisional
206
10.1.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 206 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Ubat moden ialah ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual
di pasaran secara meluas. Ubat moden disediakan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, pasta,
ampaian dan larutan. Bergantung pada penggunaannya, ubat moden dikelaskan kepada tiga jenis,
iaitu analgesik, antibiotik dan psikoteraputik.

Parasetamol
http://bukutekskssm.
my/Sains/T4/Hlm207
INFORMASI

Analgesik
• Ubat ini berfungsi untuk melegakan kesakitan.
• Contoh analgesik adalah seperti aspirin, parasetamol
dan kodeina.

Antibiotik
• Ubat ini berfungsi untuk membunuh atau menghalang
pertumbuhan bakteria berjangkit.
• Ubat ini dihasilkan daripada kumpulan mikroorganisma
seperti fungus atau bakteria yang boleh melawan bakteria
penyebab penyakit.
• Ubat ini boleh dihasilkan melalui sintesis bahan kimia.
• Ubat ini perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan
untuk memastikan bakteria dihapuskan.
• Contoh antibiotik adalah seperti penisilin dan streptomisin.

Psikoteraputik
• Ubat ini digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik.
• Ubat ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan
perlu mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor kerana
boleh menyebabkan perubahan perasaan, pemikiran dan
kelakuan seseorang.
• Ubat ini boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu:
stimulan − ubat ini merangsang dan mengaktifkan
kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit;
contoh amfetamina
antidepresan − ubat ini berfungsi untuk mengawal
keadaan kemurungan; contoh imipramin dan amitriptilin
antipsikotik − ubat penenang; contoh trankuiliser,
barbiturat, dozapin dan haloperidol

Gambar foto 10.2 Jenis ubat-ubatan moden

207
10.1.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 207 16/10/2019 5:31 PM


Perubatan komplementari tidak hanya memfokuskan usaha merawat penyakit sahaja
tetapi juga memastikan pesakit sihat secara holistik merangkumi fizikal, mental dan emosi.
Perubatan komplementari ialah rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan
moden dalam merawat penyakit. Apakah antara amalan perubatan komplementari yang sering
digunakan di Malaysia?

Akupunktur
Jarum steril dimasukkan ke dalam titik-titik
tertentu pada kulit, yang disebut “titik akupunktur,”
dan kemudian dimasukkan secara perlahan dan
lembut. Hal ini dapat merangsang sistem saraf untuk
melegakan kesakitan.

Kiropraktik
Kiropraktik tidak menggunakan ubat sebaliknya
menggunakan kemahiran ahli kiropraktor
untuk membetulkan semula kedudukan tulang
menggunakan tangan. Kiropraktik berkesan untuk
merawat sakit belakang dan leher, sakit sendi, sakit
kepala dan kecederaan sukan.

Urutan tradisional
Urut ialah kaedah untuk memanipulasi tisu
lembut badan menggunakan tangan, jari dan
penumbuk. Urut didapati dapat melegakan
keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan otot
dan masalah urat saraf.

208
10.1.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 208 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Homeopati
Ubat yang sesuai diberikan kepada pesakit
berdasarkan gejala yang ditunjukkan atau
dimaklumkan oleh pesakit seperti demam, rasa
sakit atau batuk. Ubat yang diberikan menguatkan
keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang,
bukannya menyediakan bahan untuk membunuh
kuman penyakit tersebut.

Terapi herba
Terapi herba menggunakan tumbuhan atau
bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk
mengubati penyakit. Penggunaan herba lebih
diyakini oleh orang ramai kerana sumber semula
jadi tidak mendatangkan kesan sampingan dan
tidak mengandungi kandungan dadah yang
memudaratkan kesihatan.

Gambar foto 10.3 Jenis-jenis perubatan komplementari

Penggunaan Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan


Perubatan Komplementari
Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplementari adalah saling melengkapi
antara satu sama lain. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebagai seorang murid, bolehkah anda menerangkan kelebihan dan kekurangan ketiga-tiga
kaedah perubatan tersebut? Jalankan Aktiviti 10.2 bersama rakan-rakan anda.

... ...
Aktiviti 10.2 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Membincangkan mengenai keberkesanan penggunaan perubatan tradisional,
moden dan komplementari.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Pilih satu kaedah perubatan, sama ada perubatan tradisional, perubatan moden atau perubatan
komplementari.
3. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang keberkesanan kaedah perubatan yang dipilih dan
bincangkan maklumat yang diperoleh.
4. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk persembahan multimedia.

10.1.2 209
10.1.3

BAB 10_FA_CR_3.indd 209 16/10/2019 5:31 PM


Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan Ubatan daripada
Sumber Semula Jadi
Ubat dihasilkan daripada dua sumber, iaitu sama ada buatan manusia (sintetik) atau daripada
sumber semula jadi. Ubat tradisional biasanya diperoleh daripada sumber semula jadi,
manakala kebanyakan ubat moden dihasilkan oleh manusia dengan menyediakan sebatian
kimia yang mempunyai struktur molekul yang sama atau hampir sama dengan struktur
molekul bahan aktif dalam sesuatu ubat tradisional. Jadual 10.1 menunjukkan perbandingan
ciri antara ubat-ubatan tersebut.
Jadual 10.1 Perbandingan ciri antara ubatan buatan manusia dan ubatan daripada sumber semula jadi

Ubat buatan manusia Ubat daripada sumber semula jadi

Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
besar-besaran untuk kegunaan ramai (Contoh: Vitamin C daripada buah)
(Contoh: Vitamin C dalam bentuk pil dijual di farmasi)

Perlu diambil secara berterusan (biasanya untuk Perlu diambil atau diamalkan secara berterusan dalam
penyakit kronik) atau berhenti apabila telah sembuh jangka masa yang lama supaya berkesan

Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan
pengalaman orang terdahulu

Berisiko mendapat kesan sampingan jika: Berisiko mendapat kesan sampingan jika:
• digunakan tanpa nasihat daripada doktor • digunakan tanpa nasihat daripada doktor
• pesakit tidak mengikut dos yang betul • pesakit tidak mengikut dos yang betul

... ...
Aktiviti 10.3 Jalan Galeri

PAK21
Tujuan: Mengkaji ubat buatan manusia dan ubat daripada sumber semula jadi.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel berkaitan dengan:
• kelebihan dan kekurangan vitamin C daripada sumber semula jadi dan buatan
• kesan sampingan ubat semula jadi dan buatan
3. Bentangkan hasil dapatan secara Jalan Galeri.

210
10.1.4

BAB 10_FA_CR_3.indd 210 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Kesan Penyalahgunaan Ubat-ubatan


Ubat mesti digunakan dengan tujuan yang betul, iaitu untuk menyembuhkan penyakit.
Penyalahgunaan ubatan berlaku apabila seseorang menggunakan ubat-ubatan dengan cara
yang salah seperti menggunakan ubat bukan untuk tujuan menyembuhkan penyakit dan
mengambil ubat tidak mengikut preskripsi doktor. Hal ini mengakibatkan risiko kesan
sampingan. Kesan sampingan ialah kesan yang tidak diingini daripada penggunaan ubat.

Menyebabkan kesan sampingan


Menyebabkan kematian yang teruk seperti alahan,
muntah, sakit kepala, demam
dan pengsan
Kesan
Menyebabkan ubat itu kurang penyalahgunaan
berkesan untuk melawan ubat-ubatan Menyebabkan ketagihan ubat
penyakit. Maka, penyakit yang jika diambil secara berlebihan
ingin diubati tidak sembuh seperti ubat batuk

Rajah 10.4 Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan

... ...
Aktiviti 10.4 Jalan Galeri

PAK21
Tujuan: Membincangkan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel tentang kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan disebabkan oleh:
• penyalahgunaan dadah Penyalahgunaan
Ubat
• kebergantungan secara berlebihan pada ubat-ubatan
http://
• penggunaan ubat tidak mengikut peringkat umur yang ditetapkan
bukutekskssm.my/
• pengambilan ubat yang tidak mengikut dos yang ditetapkan seperti INFORMASI Sains/T4/Hlm211
antibiotik, ubat batuk dan parasetamol
3. Hasilkan satu peta minda untuk menunjukkan punca dan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan.
4. Tampal hasil kerja kumpulan anda pada papan kenyataan di belakang kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 10.1
1. Nyatakan tiga kaedah perubatan yang diamalkan pada masa ini.
2. Nyatakan tiga jenis ubat moden dan berikan contoh bagi setiap satunya.
3. Lai Yee dan keluarganya bercuti di Pulau Perhentian. Selepas pulang daripada bercuti, dia
mendapati kulitnya menjadi merah dan berasa perit. Apakah ubat tradisional yang dapat
membantu merawat kulitnya? Jelaskan jawapan anda.
4. Berikan dua contoh perubatan komplementari dan dua sebab sesetengah pesakit memilih
perubatan komplementari.

211
10.1.5

BAB 10_FA_CR_3.indd 211 16/10/2019 5:31 PM


10.2 Radikal Bebas

Definisi Radikal Bebas


Akhir-akhir ini, perkataan ‘radikal bebas’ sering kali muncul di dalam surat khabar atau
majalah-majalah, disebutkan di dalam iklan di televisyen dan dibahaskan di ceramah-ceramah
kesihatan. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan radikal bebas? Apakah kesannya terhadap
kesihatan manusia?

Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan
atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau
molekul lain.

Kesan Radikal Bebas terhadap Kesihatan Manusia


Proses pengoksidaan ialah tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas
mengalami kehilangan elektron. Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi di dalam
badan menghasilkan radikal bebas. Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk
menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Metabolisme dan keradangan adalah antara dua faktor
dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan (Rajah 10.5). Terdapat juga faktor luaran
yang mempengaruhi jumlah radikal bebas di dalam badan seperti asap rokok, pendedahan kepada
radiasi, cahaya matahari dan pencemaran udara (Rajah 10.6). Radikal bebas yang terlalu banyak di
dalam badan akan menjejaskan kesihatan manusia.
Radikal bebas merosakkan struktur DNA kita dengan mengambil elektron daripada molekul
yang membina DNA. Hal ini membentuk bahan karsinogen yang mungkin menyebabkan mutasi
dan kanser. Radikal bebas juga:
• menyebabkan penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan
• merosakkan buah pinggang, hati dan peparu
• menyebabkan penuaan awal seperti wajah berkedut dan rambut beruban

Faktor dalaman

Menyebabkan
kerosakan DNA

Sel darah putih


Mitokondria
Metabolisme Keradangan
Kekunci:
Radikal bebas

Rajah 10.5 Faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan manusia
212 10.2.1
10.2.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 212 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Faktor luaran

Pencemaran udara

Sinar ultraungu Sisa toksik

Menyebabkan
kerosakan DNA

Sinaran mengion Asap rokok


Kekunci:
Radikal bebas

Rajah 10.6 Faktor luaran yang menghasilkan radikal bebas dan menyerang sel-sel badan manusia

... ...
Aktiviti 10.5 Membuat Laporan

PAK21
Tujuan: Mencari maklumat mengenai radikal bebas.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel mengenai:
• proses pembentukan radikal bebas
• bagaimana radikal bebas boleh terdapat di dalam badan
• bagaimana radikal bebas bertindak terhadap sel badan
• kepentingan radikal bebas di dalam badan manusia
3. Hasilkan sebuah laporan berdasarkan hasil dapatan anda.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 10.2
1. Apakah radikal bebas?
2. Jelaskan cara radikal bebas terbentuk.
3. Berikan dua punca terdapatnya radikal bebas di dalam badan.

213
10.2.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 213 16/10/2019 5:31 PM


10.3 Bahan Antioksidan

Definisi Bahan Antioksidan


Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk
melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan. Bahan ini melindungi sel
badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap sebagai barisan pertahanan
terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. Badan kita berupaya menghasilkan bahan
antioksidan, namun apabila usia meningkat, keupayaan ini akan berkurang. Oleh itu,
kita perlu mendapatkan bahan antioksidan melalui makanan. Apakah contoh bahan
antioksidan yang terdapat dalam makanan?

Beta karotena biasanya ditemui dalam kebanyakan


makanan yang berwarna merah, kuning atau jingga seperti
lobak merah, mangga dan ubi keledek.

Lutein sering dikaitkan dengan mata yang sihat. Bahan


antioksidan ini terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam
sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.

Likopena ialah bahan antioksidan yang ditemui dalam


buah-buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato,
aprikot, limau gedang dan oren.

Vitamin C ialah vitamin larut air yang juga dikenal sebagai


asid askorbik. Bahan antioksidan ini terdapat dalam buah-
buahan sitrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis,
lada hijau dan bijirin.

Vitamin E yang juga dikenal sebagai alfa-tokoferol ialah


bahan antioksidan yang terdapat dalam pelbagai jenis minyak
termasuklah minyak kelapa sawit, minyak germa gandum,
minyak jagung dan minyak kacang soya. Bahan ini juga
ditemui dalam aprikot, brokoli, kekacang dan mangga.

Gambar foto 10.4 Bahan-bahan antioksidan dalam makanan


214
10.3.1

BAB 10_FA_CR_3.indd 214 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

Tindakan Bahan Antioksidan terhadap Radikal Bebas


Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang boleh diperoleh dari sintesis kimia atau tumbuhan
semula jadi. Apabila bahan antioksidan bertindak balas dengan radikal bebas, sebatian yang lebih
stabil akan terhasil dan seterusnya menghentikan proses pengoksidaan.

... ...
Aktiviti 10.6 Fikir-Pasang-Kongsi

PAK21
Tujuan: Menonton video mengenai tindakan bahan antioksidan terhadap radikal bebas.
Arahan:
1. Tonton tayangan video mengenai tindakan bahan antioksidan terhadap radikal bebas.
2. Bincangkan tindakan bahan antioksidan yang dilihat dalam video secara berpasangan.

Faktor yang Mempengaruhi Pengoksidaan Makanan


Proses pengoksidaan boleh dilihat berlaku kepada makanan yang terdedah kepada udara. Proses
ini menyebabkan buah-buahan seperti epal dan pisang menjadi perang apabila dibiarkan terdedah
kepada udara.

Epal yang baru dipotong Epal yang dibiarkan terdedah kepada udara

Gambar foto 10.5 Pengoksidaan pada epal


Berdasarkan pengetahuan anda tentang tindakan bahan antioksidan, bagaimanakah proses
pengoksidaan makanan dilambatkan? Mari kita jalankan Eksperimen 10.1.

215
10.3.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 215 16/10/2019 5:31 PM


Eksperimen 10.1
Tujuan: Mengkaji kesan jenis larutan yang berbeza terhadap pengoksidaan buah epal.
Pernyataan masalah: Apakah cara untuk melambatkan proses pengoksidaan buah epal?
Hipotesis: Larutan yang mengandungi bahan antioksidan dapat melambatkan proses pengoksidaan
buah epal.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis larutan
(b) bergerak balas: Perubahan warna hirisan epal
(c) dimalarkan: Suhu persekitaran, saiz hirisan
Bahan: Buah epal, larutan gula, jus limau, larutan natrium bikarbonat, larutan garam biasa
Radas: Piring Petri, bikar, forseps
Prosedur:
Epal

Piring Petri Larutan Jus limau Larutan Larutan garam


gula natrium bikarbonat biasa
Rajah 10.7 Susunan radas
1. Sediakan empat jenis larutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7.
2. Potong sebiji epal kepada lima hirisan yang sama besar. Satu daripada hirisan epal itu diletakkan ke
dalam piring Petri sebagai kawalan.
3. Dengan forseps, rendamkan setiap hirisan epal yang lain ke dalam larutan gula, jus limau, larutan
natrium bikarbonat dan larutan garam biasa masing-masing seperti dalam Rajah 10.7.
4. Selepas satu minit, letakkan hirisan epal daripada empat larutan itu ke dalam piring Petri dan biarkan
terdedah kepada udara selama 15 minit.
5. Selepas 15 minit, perhatikan perubahan yang berlaku kepada hirisan epal yang direndamkan ke
dalam empat jenis larutan dengan epal yang tidak direndamkan di dalam mana-mana larutan.
Keputusan:

Jenis larutan Perubahan warna hirisan epal


Larutan gula
Jus limau
Larutan natrium bikarbonat
Larutan garam biasa

Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Hirisan epal yang manakah yang tidak berubah menjadi perang?
2. Bagaimanakah hirisan epal boleh menjadi perang?
3. Apakah bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan epal?

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 10.3
1. Apakah maksud bahan antioksidan?
2. Berikan tiga contoh bahan antioksidan yang terdapat dalam makanan.
216
10.3.3

BAB 10_FA_CR_3.indd 216 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

10.4 Produk Kesihatan

Kini, semakin banyak produk kesihatan


dihasilkan dan dijual di pasaran.
Namun, adakah semua produk itu baik
untuk kesihatan dan dapat menyembuhkan
penyakit? Apakah kandungan yang terdapat di
dalam produk itu? Bagaimanakah kita dapat
mengetahui keberkesanan produk-produk
kesihatan ini?

Bahan Aktif dalam Produk Kesihatan


Semua produk kesihatan, sama ada dalam bentuk pil, serbuk atau losen mengandungi bahan aktif
yang memainkan peranan dalam memberikan kesan kepada pengguna produk. Apakah maksud
bahan aktif?

Bahan aktif ialah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai
kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.

Rajah 10.8 Contoh produk kesihatan berserta label bahan aktif


Bahan aktif akan memberikan kesan atau tujuan yang sama walaupun digunakan
dalam produk dengan jenama yang berbeza. Kadangkala, dua atau lebih bahan aktif tidak
boleh digunakan bersama kerana boleh bertindak balas dan menghasilkan kemudaratan
kepada kesihatan.

217
10.4.1

BAB 10_FA_CR_3.indd 217 16/10/2019 5:31 PM


Penggunaan Produk Kesihatan yang Terdapat dalam Pasaran
Kini, permintaan terhadap produk kesihatan semakin tinggi. Mengapakah hal ini berlaku?

Kadangkala, produk kesihatan seperti suplemen diambil untuk memulihkan


penyakit dan mengekalkan kesihatan kita.

Produk kesihatan yang baik dapat menjamin tumbesaran yang normal


dan meningkatkan daya pencegahan penyakit. Contohnya, pengambilan
multivitamin dapat meningkatkan proses tumbesaran kanak-kanak.

Gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja dan tidak mengamalkan
pemakanan yang seimbang menyebabkan produk kesihatan menjadi keperluan
demi menjamin kesihatan. Contohnya, pengambilan pil-pil vitamin menjadi
pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Namun, orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk kesihatan yang sesuai.
Oleh itu, kita perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan dan sentiasa menyemak
label terlebih dahulu sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kesihatan untuk
mengelakkan kesan yang tidak diingini.

Aktiviti 10.7 Pembelajaran Berasaskan Kajian

PAK21
Tujuan: Mengumpulkan maklumat tentang produk-produk kesihatan yang terdapat
di pasaran.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
Terdapat lambakan produk kesihatan dalam pasaran tempatan sekarang ini. Murid digalakkan
mengumpulkan maklumat daripada produk kesihatan tersebut. Dengan merujuk kepada
portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, kenal pasti bahan aktif yang terdapat dalam
produk yang dikaji dan kesannya kepada kesihatan.
2. Cari produk berbeza dan bahan aktif berbeza untuk dibuat kajian mengikut situasi di atas.
3. Bentangkan hasil projek yang dilakukan dengan menghasilkan poster atau brosur untuk ditampal
pada papan kenyataan di sekitar sekolah dan di dalam kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 10.4
1. Apakah yang dikatakan sebagai bahan aktif dalam produk kesihatan?
2. Berikan dua faktor kewajaran penggunaan produk kesihatan di Malaysia.

218
10.4.2

BAB 10_FA_CR_3.indd 218 16/10/2019 5:31 PM


R u m u sa n

BAB 10_FA_CR_3.indd 219


KIMIA DALAM PERUBATAN
DAN KESIHATAN

Kaedah Perubatan Radikal Bebas Bahan Antioksidan Produk Kesihatan

Tindakan
Tradisional Moden Komplementari terhadap radikal Bahan aktif
bebas

Kesan terhadap
kesihatan manusia
Jenis-jenis ubat

Kesan
penyalahgunaan
ubat

219
Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

16/10/2019 5:31 PM
Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari
Menerangkan ciri perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplementari.
Menerangkan ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan tradisional, perubatan
moden dan perubatan komplementari.
Mewajarkan penggunaan perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan
komplementari.
Menaakul penggunaan ubatan buatan manusia dan ubatan daripada sumber semula jadi
dalam perawatan dan penjagaan kesihatan.
Merumuskan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan.
10.2 Radikal Bebas
Mendefinisikan radikal bebas.
Menaakul kesan radikal bebas terhadap kesihatan manusia.
10.3 Bahan Antioksidan
Memerihalkan bahan antioksidan.
Menerangkan tindakan bahan antioksidan terhadap radikal bebas.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pengoksidaan makanan.
10.4 Produk Kesihatan
Menerangkan maksud bahan aktif dalam produk kesihatan.
Mewajarkan penggunaan produk kesihatan yang terdapat dalam pasaran.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 10 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ
my/Sains/T4/K10
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis kaedah perubatan.

Kaedah M Kaedah N
Gambar foto 1

220

BAB 10_FA_CR_3.indd 220 16/10/2019 5:31 PM


Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan Bab 10

(a) Apakah jenis kaedah perubatan M dan N?


(b) Berikan satu masalah kesihatan yang boleh dirawat menggunakan kaedah M.
(c) Berikan tiga jenis ubat yang digunakan dalam kaedah perubatan N dan kegunaan setiapnya.

(d) Kaedah perubatan M dikatakan boleh digunakan bersama dengan kaedah perubatan N pada
keadaan tertentu.
Berikan kewajaran bagi penggunaan kaedah M bersama kaedah N dengan satu contoh yang
sesuai.

2. Radikal bebas merupakan salah satu penyebab berlakunya masalah kesihatan pada
seseorang individu.
(a) Huraikan cara radikal bebas terbentuk.
(b) Nyatakan dua faktor pembentukan radikal bebas.
(c) Huraikan sebab radikal bebas tidak menjadi masalah pada sesetengah individu tetapi boleh
menjadi punca masalah kesihatan pada sesetengah individu yang lain.

3. Gambar foto 2 menunjukkan buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksidan.

Gambar foto 2
(a) Apakah maksud bahan antioksidan?
(b) Jelaskan peranan bahan antioksidan di dalam tubuh badan manusia.
(c) Berikan tiga jenis bahan antioksidan dan sumbernya secara semula jadi.

221

BAB 10_FA_CR_3.indd 221 16/10/2019 5:31 PM


4. Rajah 1 menunjukkan salah satu kaedah rawatan perubatan komplementari.

Rajah 1
Huraikan kaedah urutan yang digunakan dalam kaedah perubatan ini.

Cabar
C abar Minda
5. Seorang murid Tingkatan 4 mempunyai kulit yang kering dan kusam. Hal ini berlaku kerana
beberapa faktor berkaitan dengan amalan pemakanan yang kurang pengambilan bahan
antioksidan. Huraikan cara masalah ini boleh dielakkan.
Huraian anda hendaklah mengandungi:
(a) pernyataan masalah
(b) punca berlakunya masalah
(c) tiga langkah penyelesaian

6. Kini, terdapat pelbagai produk kesihatan di pasaran. Huraikan kewajaran seseorang


individu bagi mendapatkan produk kesihatan berkenaan.

7. Hasnah merupakan seorang pekerja kilang yang mempunyai waktu kerja 12 jam yang
sangat memenatkan. Pada pandangan anda, apakah masalah-masalah kesihatan
yang mungkin dialami olehnya dan bagaimanakah untuk mengatasinya tanpa
mengubah pekerjaannya?
Huraian anda hendaklah mengandungi:
• masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami
• cara penyelesaian bagi setiap masalah kesihatan

222

BAB 10_FA_CR_3.indd 222 16/10/2019 5:31 PM


4 Tenaga dan
TEMA

Kelestarian Hidup
• Apakah halaju bagi
kereta lumba?
• Pernahkah anda
mendengar istilah inersia?
• Apakah pendapat anda
tentang penggunaan
tenaga nuklear untuk
menjanakan tenaga
elektrik di Malaysia?

223

TEMA_CR_3.indd 223 01/10/2019 5:40 PM


Bab

11 Daya dan Gerakan

Kata Kunci
Jarak
Sesaran
Laju
Halaju
Pecutan
Graf sesaran-masa
Graf halaju-masa
Nilai pecutan graviti
Jatuh bebas
Inersia

224

BAB11_FA_CR_3.indd 224 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Apakah perbezaan antara jarak dengan sesaran?


Bagaimanakah laju sesuatu objek dapat ditentukan?
Apakah yang akan berlaku kepada penerjun udara
jika graviti Bumi hilang secara tiba-tiba?
Mengapakah kita terhumban ke hadapan apabila
kenderaan yang kita naiki berhenti secara tiba-tiba?

Rencana S a i
ns
Kereta Api Elek
trik di Malay sia
Di Malaysia, pela
ncaran per­khidm
tren elektrik (ETS atan
), yang dikendalik
oleh Keretapi Ta an
nah Melayu Berh
(KTMB) telah berja ad
ya menarik semul
minat orang ram a
ai untuk kembali
pe­ngangkutan aw menggunakan ke
am mereka untu reta api sebagai
k ke suatu destin
ETS yang berger as i.
ak dari Kuala Lum
Perlis dalam tem pur boleh tiba di
poh masa 4 jam Padang Besar,
menggunakan ke 15 minit berbandi
reta api diesel. ET ng de ngan 12 jam
kelajuan sekitar S berkemampuan
160 km j-1. Mengi untuk mencapai
perkhidmatan ET kut maklumat da
S kini beroperasi ripada laman web
dari Padang Besa KTMB,
r ke Gemas.

Anda akan belajar tentang:


gerakan linear
graf gerakan linear
pecutan graviti dan jatuh bebas
jisim dan inersia

225

BAB11_FA_CR_3.indd 225 31/10/2019 1:45 PM


11.1 Gerakan Linear

Gerakan linear ialah gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus.

Rajah 11.1 Contoh-contoh gerakan linear bagi objek

Jarak dan Sesaran


U
Akhir Sesaran ialah jarak
lintasan terpendek yang
menyambungkan dua
lokasi dalam satu
arah tertentu.
Sesaran = 113.14 m arah
Jarak ialah jumlah barat laut
panjang lintasan 11
80 m 3
gerakan suatu objek. .1
4
m
Jarak = 80 m + 80 m
Mula
= 160 m

80 m

Rajah 11.2 Jarak dan sesaran

Apakah unit S.I. bagi jarak


dan sesaran?

Unit S.I. bagi jarak dan


HAIKAL

NAGESH

sesaran ialah meter (m).

226
11.1.1

BAB11_FA_CR_3.indd 226 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Jarak dan sesaran merupakan kuantiti yang boleh diukur. Apakah cara untuk mengukur jarak dan
sesaran pada peta? Mari kita jalankan Aktiviti 11.1.

Aktiviti 11.1 Fikir-Pasang-Kongsi

Tujuan: Mengukur jarak dan sesaran di antara dua lokasi. PAK21

Bahan: Pembaris, peta lakar


Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Lihat peta lakar yang diberikan di bawah.

Petunjuk U
Kg. Nerek 140
Kontur Sek. Sekolah
120
Kg. Awah Sungai
100
80 Hutan
60
Pantai berpasir
40
Rumput
20
Paya bakau
Kg. Chenor a
ngk Padi
Je
gai Kelapa sawit
Sun
Kg. Paya Pasir Pokok kelapa

Sek. Jalan raya


Jambatan
Pekan
Juaseh T.A. Tali air
Kg. Jengka Benteng
Masjid
.
T.A

0 1 2 3 km
Skala

Rajah 11.3 Peta lakar


3. Ukur jarak dan sesaran di antara lokasi berikut menggunakan pembaris:
(a) Kampung Nerek ke Kampung Chenor
(b) Kampung Awah ke masjid
(c) Kampung Awah ke Kampung Nerek
(d) Kampung Jengka ke Kampung Nerek
4. Jarak di antara dua lokasi pada peta boleh diukur berdasarkan skala yang diberikan. Skala ialah
nisbah jarak yang mewakili jarak sebenar dari permukaan bumi. Lihat skala pada peta. Gunakan skala
untuk menukar jarak lokasi dalam peta lakar ini kepada jarak sebenar.
5. Bincangkan perbezaan antara jarak dengan sesaran di antara dua lokasi yang diperoleh.

Alat untuk Mengukur Jarak Distance Measuring Wheels


http://bukutekskssm.my/Sains/ http://bukutekskssm.my/Sains/
T4/Hlm227_1 T4/Hlm227_2
INFORMASI INFORMASI

227
11.1.1

BAB11_FA_CR_3.indd 227 31/10/2019 1:45 PM


Laju
Laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak. Laju purata pula ialah kadar perubahan jumlah
jarak yang dilalui.

Jarak Jumlah jarak


Laju = Laju purata =
Masa Jumlah masa
Unit S.I. bagi laju dan laju purata ialah meter per saat (m s–1).
10 saat
6 saat
2 saat

0m 10 m 50 m 100 m
A B C
Rajah 11.4 Kedudukan pelari yang sedang berlari

• Seorang pelari 100 m akan mengalami perubahan jarak sebaik sahaja memulakan
lariannya dari garisan permulaan.
• Perubahan jarak bertambah apabila pelari itu semakin jauh dari garisan permulaannya.
• Laju pelari itu boleh ditentukan melalui jarak dan masa yang dicatatkan.
• Berikut menunjukkan contoh pengiraan laju pelari di atas:

(a) Laju pelari pada (b) Laju pelari pada


kedudukan A kedudukan B
Jarak Jarak
Laju = Laju =
Masa Masa
10 m 50 m
= =
2s 6s
= 5 m s–1 = 8.33 m s–1

• Berikut menunjukkan contoh pengiraan laju purata pelari tersebut:

Jumlah jarak
Laju purata =
Jumlah masa
100 m
=
10 s
= 10 m s–1

228
11.1.2

BAB11_FA_CR_3.indd 228 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Halaju
Halaju ditakrifkan sebagai kadar perubahan sesaran.

Sesaran
Halaju =
Masa

Unit S.I. bagi halaju adalah sama dengan laju, iaitu meter per saat (m s–1).

0m 2 saat 4m 2 saat 8m 2 saat 12 m

U
O A B C

Rajah 11.5 Kedudukan kereta

• Kereta di atas mula bergerak dari titik mula O menuju ke titik akhir C pada sesaran
12 m pada arah timur. Kereta itu mengalami perubahan sesaran.
• Halaju kereta boleh ditentukan melalui sesaran dan masa yang dicatatkan oleh kereta
untuk sampai ke titik C.
• Berikut menunjukkan contoh pengiraan halaju kereta di atas:

(a) Halaju kereta dari (b) Halaju kereta dari (c) Halaju kereta dari
titik O ke A titik A ke B titik O ke C
Sesaran Sesaran Sesaran
Halaju = Halaju = Halaju =
Masa Masa Masa
4m (8 m − 4 m) 12 m
= = =
2s 2s 6s
4m
= 2 m s–1 = = 2 m s–1

ke arah timur 2s
ke arah timur
= 2 m s–1

ke arah timur

• Tanda positif dan negatif pada nilai halaju mewakili arah gerakan objek.
• Merujuk Rajah 11.5, apabila kereta bergerak ke arah timur, halaju ditulis dengan tanda
positif. Halaju objek itu pada arah yang berlawanan ditulis dengan tanda negatif.

229
11.1.2

BAB11_FA_CR_3.indd 229 31/10/2019 1:45 PM


Pecutan
Sesuatu jasad atau objek yang mengalami perubahan halaju dikatakan mempunyai pecutan.
Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju.

Perubahan halaju
Pecutan, a =
Masa yang diambil
Halaju akhir (v) – Halaju awal (u)
=
Masa yang diambil (t)
Unit S.I. bagi pecutan ialah meter per saat per saat (m s–2).
5 saat

Halaju = 0 m s-1 Halaju = 2 m s-1 Halaju = 4 m s-1

Rajah 11.6 Halaju basikal

• Basikal dalam rajah di atas yang berada dalam keadaan pegun mula bergerak dengan
halaju seperti yang dinyatakan di atas. Basikal itu dikayuh dengan halaju yang
semakin bertambah.
• Keadaan ini menunjukkan basikal itu sedang mengalami pecutan.
• Berikut menunjukkan contoh pengiraan pecutan bagi basikal di atas:

Perubahan halaju
Pecutan, a =
Masa yang diambil
Halaju akhir (v) – Halaju awal (u)
=
Masa yang diambil (t)
4 m s–1 − 0 m s–1
=
5s
= 0.8 m s–2

• Jika brek basikal ditekan, pergerakan basikal menjadi perlahan dan halaju basikal akan
berkurang. Keadaan ini menunjukkan basikal itu sedang mengalami nyahpecutan.

230
11.1.2

BAB11_FA_CR_3.indd 230 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Menyelesaikan Masalah Melibatkan Laju, Laju Purata, Halaju


dan Pecutan dalam Kehidupan Harian
Penggunaan rumus dapat menunjukkan perubahan laju, halaju dan pecutan sesuatu objek berlaku
dengan lebih jelas. Masalah gerakan linear ini juga kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Contoh 1 Laju purata = Jumlah jarak


Jumlah masa
Seorang murid telah menyertai acara larian 100 m. Dia
telah mencatatkan masa 12.58 saat dalam acara tersebut. = 100 m
12.58 s
Berapakah laju purata lariannya? = 7.95 m s–1

Contoh 2 (a) Laju kereta = Jarak


A C B Masa
= 800 m
Rajah 11.7 65 s
Sebuah kereta bergerak dari titik A ke titik B yang =12.31 m s–1
berjarak 800 m dalam masa 65 saat. Kemudian, kereta (b) Sesaran = 800 m – 350 m
itu berpatah balik dari titik B ke titik C pada jarak 350 m = 450 m
dalam masa 30 saat. (c) Halaju = Sesaran
Masa
(a) Berapakah laju kereta itu pada titik B? 450 m
(b) Tentukan jumlah sesaran yang dilalui kereta itu. =
95 s
(c) Berapakah halaju kereta itu? = 4.74 m s–1

Contoh 3 a=v–u
Berapakah pecutan Usain Bolt jika berlari dari keadaan t
a = 10.44 m s – 0 m s
–1 –1
pegun dan mencecah halaju 10.44 m s–1 di garisan
penamat 100 m dalam tempoh 9.58 saat? 9.58 s
a = 1.09 m s–2

Contoh 4 (a) Jarak


150 m U = 100 m + 150 m + 100 m
S T
= 350 m
100 m 100 m (b) Laju purata = Jumlah jarak
Jumlah masa
R U = 350 m
Rajah 11.8 60 s
Syafiq berlari dari titik mula R ke S yang terletak = 5.83 m s–1
pada jarak 100 m utara dari R. Dia berlari pula (c) Sesaran = 150 m ke arah timur
ke arah T, 150 m pada arah timur dari S. Dia (d) Halaju = Sesaran
meneruskan lariannya ke arah U, 100 m pada arah Masa
selatan dari T. Jumlah masa yang diambil olehnya = 150 m
60 s
ialah 60 saat. Hitungkan: = 2.5 m s–1 ke arah timur
(a) jarak (c) sesaran
(b) laju purata (d) halaju
231
11.1.3

BAB11_FA_CR_3.indd 231 31/10/2019 1:45 PM


Halaju dan pecutan objek yang bergerak dapat ditentukan melalui
Galeri
Galeri Sains aktiviti yang dilakukan di dalam makmal menggunakan jangka masa
detik. Jangka masa detik bergetar 50 getaran sesaat (50 Hz). Satu
detik ialah sela masa di antara dua titik berturutan pada pita detik
1
(Rajah 11.9). Maka, satu detik mewakili saat atau 0.02 saat.
50

Getfoto ialah peranti masa     1 detik


yang digunakan untuk
mengukur gerakan yang    Rajah 11.9 Pita detik
Contoh
sangat laju atau pada
jangka masa pendek Halaju untuk pita detik yang mempunyai 5 detik boleh dikira
dengan tepat. Getfoto menggunakan rumus berikut:
sesuai digunakan untuk
menentukan pecutan jatuh
Arah gerakan
bebas, tempoh ayunan
bandul atau halaju troli
yang meluncur pada trek. 10 cm

Sesaran
Sesaran
= Panjang pita detik Halaju =
= 10 cm Masa yang diambil
Masa yang diambil 10 cm
=
= 5 detik × 0.02 s 0.1 s
= 0.1 s = 100 cm s–1

Bagaimanakah kita dapat membuat ukuran di atas pita detik untuk menentukan halaju, sesaran
dan pecutan bagi suatu objek yang bergerak? Mari kita jalankan Aktiviti 11.2.

Aktiviti 11.2 Inkuiri

Tujuan: Menentukan halaju dan pecutan objek menggunakan jangka masa detik. PAK21
Bahan: Pita detik
Radas: Jangka masa detik, landasan, bongkah kayu, troli, pembaris meter, bekalan arus ulang-alik 12 V
Prosedur:
Jangka masa detik

Pita detik Landasan


Troli

Bekalan arus
ulang-alik
Bongkah kayu

Rajah 11.10 Susunan radas


1 detik Arah gerakan
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 11.10.
2. Hidupkan jangka masa detik dan biarkan troli
10 detik
bergerak menuruni landasan.
3. Kumpulkan pita detik yang diperoleh. Rajah 11.11 Pita detik

232
11.1.3

BAB11_FA_CR_3.indd 232 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

4. Potong pita detik kepada 5 jalur, setiap satu jalur Panjang pita detik (cm)
mempunyai 10 detik dan tampalkan secara saling 10
bersebelahan untuk membentuk carta seperti yang 9
ditunjukkan dalam Rajah 11.12. 8
5. Rekodkan panjang setiap jalur pita detik itu. 7
6. Kira halaju setiap jalur pita detik menggunakan 6
rumus berikut: 5
4
Sesaran 3
Halaju = 2
Masa 1
Panjang pita detik yang mempunyai 10 detik Pita
= 1 2 3 4 5 detik
Masa untuk membuat 10 detik
Rajah 11.12 Carta pita detik
* Masa untuk 1 detik = 0.02 saat

7. Berdasarkan carta pita dalam Rajah 11.12, kira pecutan menggunakan rumus berikut:

v–u
Pecutan, a =
t
Halaju awal, u = Halaju pita detik 1
Halaju akhir, v = Halaju pita detik 5
Selang masa, t dari pita detik 1 ke pita detik 5 = (5 – 1) × 0.2 s
* Masa untuk 10 detik di dalam satu jalur = 10 detik × 0.02 s
= 0.2 s
8. Rekodkan semua kiraan dalam jadual.
Pemerhatian:
Halaju
Jalur pita Masa untuk membuat Panjang 10 detik Halaju
detik 10 detik (s) (cm) (cm s–1)
1 0.2
2 0.2
3 0.2
4 0.2
5 0.2

Pecutan

Jalur pita detik 1 5

Halaju (cm s-1)

Selang masa (s)

Pecutan (cm s-2)

Soalan:
1. Apakah yang dapat diperhatikan pada pita detik?
2. Adakah panjang setiap jalur 10 detik sama? Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan
pemerhatian anda?

233
11.1.3

BAB11_FA_CR_3.indd 233 31/10/2019 1:45 PM


Jenis Gerakan Linear
Jenis gerakan linear boleh ditafsirkan daripada jarak antara titik pada pita detik.
Jadual 11.1
Pita detik Jarak antara titik Jenis gerakan

Arah gerakan Jarak antara titik seragam Halaju seragam

Arah gerakan Jarak antara 2 titik berturutan bertambah Halaju bertambah secara seragam
secara seragam (Pecutan seragam)

Arah gerakan Jarak antara 2 titik berturutan berkurang Halaju berkurang secara seragam
secara seragam (Nyahpecutan seragam)

Arah gerakan Jarak antara 2 titik berturutan tidak Halaju tidak seragam
seragam

... ...
Aktiviti 11.3 Meja Bulat

Tujuan: Menjalankan aktiviti mengkaji jenis gerakan dan menentukan halaju dan PAK21
pecutan sesuatu gerakan menggunakan jangka masa detik.
Bahan: Kertas sebak
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Perhatikan rajah di bawah yang menunjukkan tiga keratan pita detik bagi tiga gerakan objek
yang berbeza.
Arah gerakan
Arah gerakan Arah gerakan
A B C D E

10 cm 0.4 cm 1.6 cm 4 cm 6 cm 8 cm 10 cm
(a) (b) (c)
3. Bincangkan jenis gerakan, halaju dan pecutan bagi setiap pita detik di atas.
4. Bentangkan hasil kerja kumpulan anda di dalam kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 11.1
1. Nyatakan maksud istilah berikut:
(a) jarak (b) sesaran (c) halaju (d) pecutan
2. Rajah di sebelah menunjukkan satu keratan pita detik yang ditarik Arah gerakan
melalui jangka masa detik yang bergetar pada 50 detik sesaat.
Berapakah sesaran dan halaju yang ditunjukkan oleh keratan
pita detik itu? 10 cm

234
11.1.4

BAB11_FA_CR_3.indd 234 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

11.2 Graf Gerakan Linear


Kadangkala, agak sukar untuk kita menerangkan gerakan dalam bentuk perkataan. Oleh itu, kita
boleh menggunakan graf untuk menerangkan gerakan sesuatu objek dengan lebih lanjut.
Graf gerakan linear digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data tentang suatu
gerakan. Terdapat dua jenis graf gerakan linear yang perlu anda pelajari, iaitu graf sesaran-masa
dan graf halaju-masa.

Graf sesaran-masa
Graf sesaran melawan masa digunakan untuk menunjukkan sesaran suatu objek yang bergerak
berubah dengan masa. Rajah 11.13 menunjukkan graf sesaran melawan masa bagi pergerakan
seorang budak lelaki. Bolehkah anda menghuraikan gerakan budak lelaki ini?

Sesaran (m)

C
100

Kecerunan graf sesaran-masa = halaju


A B
50

D
O Masa (s)
2 8 12 16
Rajah 11.13 Graf sesaran-masa
OA: Kecerunan OA adalah positif dan seragam.
• Halajunya adalah seragam.
(Budak itu bergerak 50 m dari titik permulaan dengan halaju seragam.)
AB: Kecerunan AB adalah sifar.
• Halajunya adalah sifar.
(Budak itu berada dalam keadaan rehat dari saat ke-2 hingga saat ke-8.)
BC: Kecerunan BC adalah positif dan seragam.
• Halajunya adalah seragam.
(Budak itu bergerak semula sejauh 50 m dengan halaju seragam.)
CD: Kecerunan CD adalah negatif dan seragam.
• Halajunya adalah negatif dan seragam, iaitu bergerak dalam arah yang bertentangan.
(Budak itu berpatah balik sejauh 100 m ke titik permulaan dengan halaju seragam.)

235
11.2.1

BAB11_FA_CR_3.indd 235 31/10/2019 1:45 PM


Graf halaju-masa
Graf halaju melawan masa membolehkan sesaran, halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak
itu ditentukan. Graf halaju melawan masa di bawah menunjukkan gerakan sebuah motosikal
yang mula bergerak dari titik O. Cuba anda huraikan pula gerakan yang dihasilkan oleh
motosikal tersebut.
Halaju (m s–1)

A B Luas di bawah graf halaju-masa = sesaran


8
Kecerunan graf halaju-masa = pecutan

C D
O Masa (s)
5 10 15 20
Rajah 11.14 Graf halaju-masa
OA: Kecerunan OA adalah positif dan seragam.
• Halaju motosikal bertambah secara seragam.
• Pecutan motosikal adalah seragam.
AB: Kecerunan AB adalah sifar.
• Halaju motosikal adalah malar.
• Pecutan motosikal adalah sifar.
BC: Kecerunan BC adalah negatif dan seragam.
• Halaju motosikal berkurang secara seragam.
• Motosikal bergerak dengan pecutan negatif atau nyahpecutan seragam.
CD: Kecerunan CD adalah sifar.
• Halaju motosikal adalah sifar (motosikal berada dalam keadaan pegun).
• Pecutan motosikal adalah sifar.

... ...
Aktiviti 11.4 Pembentangan Hasil Sendiri

PAK21
Tujuan: Melukis dan mentafsir graf gerakan linear bagi:
(a) sesaran-masa (b) halaju-masa
Bahan: Pensel dan kertas
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Pilih sampul surat yang berlainan warna yang disediakan oleh guru anda.
3. Bincangkan dan lukiskan bentuk graf berdasarkan situasi yang terdapat di dalam sampul surat yang
dipilih dalam kumpulan masing-masing.
4. Persembahkan hasil kerja anda di hadapan kelas.

236
11.2.1

BAB11_FA_CR_3.indd 236 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Menyelesaikan Masalah Numerikal berdasarkan Graf


Gerakan Linear

Graf sesaran-masa

1 Graf di bawah menunjukkan gerakan linear sebuah kereta mainan kawalan jauh.
Sesaran (m)

8 (a) Berapakah sesaran kereta mainan itu


selepas 4 saat yang pertama?
6

4 (b) Berapakah halaju kereta mainan itu


dari masa 3 saat hingga masa 5 saat?
2

0 Masa (s)
1 2 3 4 5 6
Rajah 11.15

Penyelesaian
(a) Sesaran = 6 m (b) Halaju = kecerunan graf sesaran-masa
Sesaran (m) (8 – 4) m
Halaju kereta mainan =
8 (5 – 3) s
6
=4m
4
2s
2
= 2 m s–1
0 Masa (s)
1 2 3 4 5 6

2 Graf di bawah menunjukkan gerakan sebuah motosikal di sepanjang litar yang lurus.

Sesaran (m)

20 (a) Berapakah sesaran motosikal itu


selepas 4 saat?
15

10
(b) Berapakah halaju motosikal itu dari
6 saat hingga 12 saat?
5

0 Masa (s)
2 4 6 8 10 12
Rajah 11.16

Penyelesaian
(a) Sesaran = 15 m     (b) Halaju = kecerunan graf sesaran-masa
Halaju motosikal = (0 – 15) m
(12 – 6) s
= –2.5 m s–1

237
11.2.1

BAB11_FA_CR_3.indd 237 31/10/2019 1:45 PM


Graf halaju-masa

1 Pergerakan sebiji bola boleh diwakili oleh bentuk graf di bawah.

Halaju (m s–1)

4 (a) Berapakah sesaran yang dilalui oleh


bola itu bagi 4 saat pertama?
3

2 (b) Tentukan pecutan bola tersebut dari


masa 8 saat hingga masa 12 saat.
1

0 Masa (s)
2 4 6 8 10 12
Rajah 11.17

Penyelesaian
(a) Sesaran = luas di bawah graf     (b) Pecutan = kecerunan graf
halaju-masa halaju-masa
= 4 s × 1 m s–1 Pecutan bola = (0 – 3) m s
–1

=4m (12 – 8) s
= –0.75 m s–2
2 Graf halaju-masa di bawah menunjukkan pergerakan sebuah motosikal.

Halaju (m s–1)

20 (a) Tentukan halaju apabila:


(i) masa = 4 saat (ii) masa = 8 saat
15
(b) Cari sesaran pada selang masa 0 saat
10 hingga 10 saat.
5

0 Masa (s)
2 4 6 8 10 12
Rajah 11.18

Penyelesaian
(a) (i) Halaju pada (b)  Sesaran = luas di bawah graf halaju-masa
= 10 m s–1
masa 4 saat = luas segi tiga + luas segi empat tepat
(ii) Halaju pada
= 15 m s–1
masa 8 saat

1
= [ × (6 s)(15 m s–1)] + [(10 s − 6 s)(15 m s–1)]
2

= 105 m
238
11.2.1

BAB11_FA_CR_3.indd 238 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 11.2
1. Apakah yang diwakili oleh kecerunan graf dalam graf sesaran-masa?
2. Apakah yang diwakili oleh luas di bawah graf dalam graf halaju-masa?
3. Sebuah kereta mainan bergerak menuruni sebuah landasan Kereta
licin dan kemudian bergerak lurus melalui permukaan rata mainan Permukaan
yang kasar sehingga kereta mainan itu berhenti. Lakarkan Permukaan rata yang
graf halaju-masa yang menerangkan gerakan kereta licin kasar
mainan tersebut.
4. Tafsirkan gerakan objek berdasarkan bentuk graf seperti
di dalam rajah di bawah.
Sesaran (m)


0 Masa (s)

11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas


Pecutan Graviti
Isaac Newton sedang duduk di Beliau berfikir tentang daya yang
bawah pokok epal apabila sebiji menyebabkan epal itu jatuh,
buah epal jatuh dari pokok. kemudian beliau sedar bahawa...

Epal ini jatuh


disebabkan oleh
daya graviti!

Anda telah diperkenalkan dengan istilah daya graviti semasa di


Tingkatan 2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat Cetusan Minda
Cetusan
graviti Bumi oleh daya graviti Bumi. Daya graviti menyebabkan Apakah yang akan
suatu objek sentiasa jatuh ke bawah. Sesuatu objek seperti berlaku jika tiada daya
buah epal yang jatuh akibat daya graviti Bumi akan mengalami graviti di Bumi?
pecutan graviti. Simbol yang digunakan bagi pecutan graviti
ialah g.
Berapakah nilai g? Bagaimanakah kita dapat menentukan nilai
pecutan graviti di dalam makmal? Mari kita jalankan Eksperimen 11.1.
239
11.3.1

BAB11_FA_CR_3.indd 239 31/10/2019 1:45 PM


Eksperimen 11.1
Tujuan: Menentukan nilai pecutan graviti, g menggunakan jangka masa detik.
Pernyataan masalah: Berapakah nilai pecutan graviti, g?
Hipotesis: Nilai pecutan graviti, g ialah 10 m s−2.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jisim pemberat
(b) bergerak balas: Nilai pecutan graviti
(c) dimalarkan: Ketinggian objek dilepaskan
Bahan: Pita detik, pita selofan
Radas: Jangka masa detik, pemberat, pengapit-G, bekalan kuasa a.u. 12 V, bangku, ‘soft board’, kaki
retort dan pengapit
Prosedur:
Kaki retort Pengapit-G
Jangka masa detik
Perhatian:
Pita detik Pita detik Alaskan ‘soft board’
Bekalan di atas lantai tempat
kuasa a.u. pemberat akan jatuh.
Bangku Pemberat

Meja
Rajah 11.19 Susunan radas
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.19.
2. Apitkan jangka masa detik secara menegak pada kaki retort yang diletakkan di atas bangku.
3. Pasangkan keratan pita detik sepanjang 1 m melalui jangka masa detik.
4. Lekatkan pemberat berjisim 50 g pada hujung pita detik.
5. Hidupkan jangka masa detik dan lepaskan pemberat.
6. Analisis pita detik yang diperoleh untuk mendapatkan nilai pecutan graviti, g dengan kaedah berikut:

5 4 3 2 1 Arah gerakan

x2 x1
x cm
Halaju awal, u = 1
0.02 s
x cm
Halaju akhir, v = 2
0.02 s
Selang masa, t = 5 detik × 0.02 s
= 0.1 s
Pecutan graviti, g = v – u
t
= cm s–2
= m s–2

240
11.3.1

BAB11_FA_CR_3.indd 240 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

7. Ulangi langkah 3 hingga 6 menggunakan pemberat berjisim 100 g, 150 g, 200 g dan 250 g.
Keputusan:
Jisim pemberat (g) 50 100 150 200 250
Pecutan graviti, g (m s )–2

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Di permukaan Bumi, nilai pecutan graviti, g ialah 10 m s–2.


Adakah nilai pecutan graviti yang diperoleh dalam Eksperimen 11.1 sama dengan nilai sebenar g?
Jelaskan jawapan anda.

Jatuh Bebas
Suatu objek dikatakan mengalami jatuh bebas apabila jatuh di bawah tindakan daya
graviti sahaja. Sebagai contoh, sehelai kertas tidak jatuh bebas kerana gerakannya
dipengaruhi oleh rintangan udara. Objek yang jatuh bebas mempunyai pecutan graviti
yang sama tanpa mengira jisim dan bentuknya.
Walau bagaimanapun, jatuh bebas sebenarnya hanya berlaku dalam keadaan vakum,
iaitu di dalam ruang yang tiada udara. Di dalam kebuk vakum, sehelai bulu ayam dan bola
tenis yang dijatuhkan dari ketinggian yang sama akan mendarat pada masa yang sama.

Cetusan Minda
Cetusan

Cuba anda lihat Gambar


foto 11.1. Adakah
penerjun udara itu
mengalami jatuh bebas?

Gambar foto 11.1 Penerjun udara

11.3.2
241

BAB11_FA_CR_3.indd 241 31/10/2019 1:45 PM


Graf Gerakan untuk Objek yang Mengalami Keadaan Jatuh Bebas
Sekarang, mari kita kaji keadaan jatuh bebas ini dengan lebih terperinci melalui graf
gerakan linear.

Objek pegun
(halaju = 0 m s–1)

halaju
bertambah

Rajah 11.20 Objek yang dilepaskan pada


ketinggian tertentu

Graf halaju-masa
Halaju (m s–1)
• Sebelum dilepaskan,
halaju objek adalah • Apabila objek dilepaskan, halaju objek
sifar. V bertambah dengan seragam.
• Objek berada dalam • Kecerunan graf halaju-masa = pecutan
keadaan pegun. • Pecutan ini dikenali sebagai pecutan graviti.

0 Masa (s)

Rajah 11.21
Graf sesaran-masa

3
• Ketika jatuh bebas, objek bergerak dengan halaju yang
lebih besar daripada halaju awal. Sesaran (m)
• Hal ini dapat kita lihat melalui nilai kecerunan graf yang
lebih besar.

2 • Sebaik-baik sahaja objek itu dilepaskan, objek itu


bergerak dengan halaju yang kecil.
• Hal ini dapat kita lihat melalui nilai kecerunan yang kecil.

1 • Sebelum dilepaskan, sesaran objek adalah sifar. 0 Masa (s)


• Objek berada dalam keadaan pegun.
Rajah 11.22

242
11.3.2

BAB11_FA_CR_3.indd 242 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Graf Gerakan untuk Objek yang Bergerak Melawan Daya


Graviti (Antigraviti)
Bagaimanakah pula bentuk graf gerakan linear jika objek bergerak melawan graviti?

Sesaran
maksimum
(halaju = 0 m s–1)

halaju
berkurang

halaju = V m s–1

Rajah 11.23 Objek yang dilontarkan menegak ke atas

Graf halaju-masa

Halaju (m s–1) • Halaju objek semakin berkurang


• Apabila objek dilontar ke apabila objek bergerak ke atas.
atas, objek mula bergerak • Kecerunan graf halaju-masa adalah
V negatif.
dengan halaju, V m s-1.

• Pada ketinggian maksimum, halaju


objek adalah sifar.

0 Masa (s)

Rajah 11.24

Graf sesaran-masa
Sesaran (m)
• Objek bergerak ke atas dengan
halaju semakin berkurang.
• Sesaran maksimum, halaju sifar.
• Objek akan berhenti buat seketika
• Sebaik-baik sahaja objek sebelum jatuh semula ke bawah.
dilontarkan ke atas, objek bergerak
dengan halaju, V m s-1. Pada masa
yang sama, sesaran objek berubah
dengan cepat.
0 Masa (s)
Rajah 11.25

243
11.3.2

BAB11_FA_CR_3.indd 243 31/10/2019 1:45 PM


Eksperimen 11.2
Tujuan: Mengkaji masa yang diambil oleh objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Pernyataan masalah: Adakah masa yang diambil oleh suatu objek jatuh bebas sama dengan masa
yang diambil oleh objek bukan jatuh bebas sampai ke permukaan bumi?
Hipotesis: Masa yang diambil oleh objek jatuh bebas untuk sampai ke bumi lebih singkat berbanding
dengan objek bukan jatuh bebas.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Kehadiran udara
(b) bergerak balas: Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah
(c) dimalarkan: Ketinggian objek
Bahan: Cebisan kertas
Radas: Tiub silinder lut sinar, penutup getah, pam vakum
Prosedur:
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.26.
2. Masukkan cebisan kertas ke dalam tiub silinder
Tiub silinder
lut sinar.
3. Tutupkan hujung terbuka tiub silinder dengan Cebisan Pengapit hos
penutup getah dengan kemas. kertas Pam
4. Sambungkan tiub silinder lut sinar itu kepada vakum
pam vakum.
5. Terbalikkan tiub silinder itu dengan pantas, biarkan Penutup
cebisan kertas jatuh. Catatkan masa yang diambil getah
untuk cebisan kertas jatuh ke atas penutup getah. Rajah 11.26 Susunan radas
6. Pam keluar udara di dalam tiub silinder itu dan ulangi langkah 5.
Keputusan:
Kehadiran udara Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah (s)
Ada
Tiada (vakum)

Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Wujudkah daya lain selain daya graviti yang bertindak terhadap objek semasa berkeadaan jatuh bebas?
Jelaskan.

Galileo Galilei telah melakukan suatu eksperimen pada sekitar tahun


1589 hingga 1592. Beliau telah melepaskan dua peluru bulat yang
mempunyai jisim yang berbeza secara serentak dari atas Menara
Condong Pisa. Beliau mendapati bahawa objek-objek yang berlainan
jisim mengambil masa yang hampir sama untuk jatuh ke tanah.

244
11.3.3

BAB11_FA_CR_3.indd 244 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Aktiviti 11.5 Projek STEM

Tujuan: Memahami dan menyelesaikan isu berkaitan dengan keadaan jatuh bebas dalam konteks
kehidupan harian berasaskan projek melalui pendekatan STEM.
Arahan:
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan untuk mengkaji pernyataan yang berikut:

Dalam keadaan banjir besar, bekalan makanan dan ubat-ubatan kadangkala perlu dijatuhkan
melalui udara. Sering kali bekalan tersebut akan mengalami kerosakan disebabkan halaju yang
tinggi semasa mencecah permukaan bumi. Payung terjun digunakan untuk mengurangkan
halaju tersebut.

2. Reka bentuk dan bina payung terjun bagi menyelesaikan masalah di atas. Antara ciri payung terjun
yang boleh dikaji ialah:
• saiz kanopi
• bahan kanopi
• panjang tali
• bilangan tali
3. Bentangkan hasil reka bentuk anda di dalam kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 11.3
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Jatuh bebas ialah satu gerakan sesuatu jasad yang dipengaruhi oleh daya
sahaja.
(b) Bukan jatuh bebas ialah satu gerakan jasad yang dipengaruhi oleh rintangan
.
(c) ialah pecutan yang terhasil daripada tindakan daya graviti terhadap
satu jasad ke arah pusat Bumi.
2. Graf di bawah menunjukkan keadaan jatuh bebas bagi suatu objek.
Sesaran (m)

Masa (s)

Terangkan graf ini.

245
11.3.3

BAB11_FA_CR_3.indd 245 31/10/2019 1:45 PM


11.4 Jisim dan Inersia

Jisim
Semasa di Tingkatan 1, anda telah diperkenalkan tentang
istilah jisim. Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung di
dalam suatu objek. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).
Nilai jisim bagi sesuatu objek itu tetap jika kuantiti jirim di
dalam objek itu tidak berubah.
Gambar foto 11.2 Jisim buah epal diukur
Inersia dengan penimbang digital
Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan
keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak. Inersia bukan kuantiti fizik, maka
tidak boleh diukur, tiada nilai dan tiada unit. Antara situasi yang melibatkan inersia:

Keadaan asal objek yang pegun Keadaan asal objek yang bergerak

Duit syiling Kadbod ditarik

Duit syiling jatuh


ke dalam air

Rajah 11.27

Apabila kadbod disentap dengan


laju, duit syiling akan terjatuh ke Rajah 11.28
dalam gelas. Inersia duit syiling
itu mengekalkan keadaan asal duit Apabila kereta api bergerak,
syiling, iaitu keadaan pegun. Duit penumpang di dalam kereta api
syiling itu tidak bergerak bersama itu juga bergerak bersama-sama.
kadbod, sebaliknya jatuh ke dalam Apabila kereta api itu diberhentikan
gelas akibat daya graviti. secara tiba-tiba, badan penumpang
kekal bergerak ke hadapan. Inersia
Inersia sejajar dengan Hukum Gerakan Newton penumpang itu mengekalkan
Pertama oleh Sir Isaac Newton. Hukum Gerakan keadaan asal penumpang, iaitu
Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu keadaan bergerak. Maka, penumpang
objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu itu meneruskan gerakannya
sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju ke hadapan.
malar (dalam garis lurus) jika tiada daya luar yang
bertindak terhadapnya.

246 11.4.1
11.4.2

BAB11_FA_CR_3.indd 246 31/10/2019 1:45 PM


Daya dan Gerakan Bab 11
... ...
Aktiviti 11.6 Meja Bulat

PAK21
Tujuan: Membincangkan maksud inersia dengan mengkaji situasi dalam kehidupan
harian yang menunjukkan kewujudan inersia.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Bincang dan kaitkan situasi-situasi berikut dengan inersia.
• Badan kita bergerak ke kanan apabila kereta yang kita
naiki membelok ke kiri. Contoh-contoh Inersia
• Badan kita bergerak ke hadapan apabila kereta yang kita dalam Kehidupan Harian
naiki berhenti secara tiba-tiba. http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm247
INFORMASI
3. Bentangkan hasil perbincangan.

Hubungan antara Jisim dengan Inersia


Inersia sesuatu objek dipengaruhi oleh jisim objek tersebut. Semakin besar jisim sesuatu objek,
semakin besar inersia objek tersebut.

Jisim troli yang kosong adalah lebih Jisim troli yang dipenuhi dengan
kecil, maka inersianya juga lebih kecil. barang adalah lebih besar. Oleh itu,
Hal ini menjadikan troli itu mudah inersianya adalah lebih besar. Troli
digerakkan dari keadaan asalnya. itu lebih susah untuk digerakkan dari
keadaan asalnya.

Gambar foto 11.3 Situasi yang menunjukkan hubungan antara jisim dengan inersia

247
11.4.2

BAB11_FA_CR_3.indd 247 31/10/2019 1:46 PM


Hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji
menggunakan neraca inersia. Neraca inersia dicipta oleh pihak
NASA untuk menentukan jisim objek di stesen angkasa lepas.
Mari kita jalankan Eksperimen 11.3 untuk mengkaji kesan jisim
terhadap inersia.

Gambar foto 11.4 Neraca inersia


Eksperimen 11.3
Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.
Pernyataan masalah: Adakah jisim objek mempengaruhi inersia objek tersebut?
Hipotesis: Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jisim plastisin
(b) bergerak balas: Tempoh ayunan
(c) dimalarkan: Panjang bilah gergaji yang berayun, bentuk plastisin
Bahan: Plastisin
Radas: Pengapit-G, bilah gergaji, jam randik, penimbang elektronik Pengapit-G
Prosedur:
1. Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.29.
2. Apitkan bilah gergaji dengan pengapit-G pada kaki meja Bilah
secara mengufuk dengan ketat. gergaji
Plastisin
3. Letakkan seketul plastisin dengan jisim 30 g pada hujung bilah
gergaji itu. Rajah 11.29 Susunan radas
4. Sesarkan sedikit hujung bilah gergaji dengan plastisin itu dan
lepaskannya supaya berayun secara mengufuk (seperti dalam Rajah 11.29).
5. Catatkan masa yang diambil bagi 10 ayunan lengkap menggunakan jam randik dan rekodkannya
di dalam jadual.
6. Tentukan tempoh, T untuk satu ayunan lengkap.
7. Ulangi langkah 3 hingga 6 menggunakan plastisin yang berjisim 40 g, 50 g, 60 g dan 70 g.
Keputusan:
t
Jisim plastisin (g) Masa untuk 10 ayunan, t (s) Tempoh, T = (s)
10
30
40
50
60
70

Analisis data: Plotkan graf T melawan jisim plastisin pada sehelai kertas graf.
Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
VIDEO
1. Nyatakan hubungan antara jisim plastisin dengan tempoh ayunan.
2. Nyatakan hubungan antara inersia plastisin dengan jisimnya. Eksperimen
http://bukutekskssm.my/Sains/T4/
3. Adakah tempoh ayunan bagi bilah gergaji dipengaruhi oleh
Hubung%20Kait%20antara%20
daya graviti? Jisim%20dengan%20Inersia.mp4

248
11.4.3

BAB11_FA_CR_3.indd 248 31/10/2019 1:46 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

Kesan Inersia dalam Kehidupan Harian


Anda telah mengetahui bahawa inersia dipengaruhi oleh jisim sesuatu objek. Inersia boleh
memberikan kesan positif dan negatif dalam kehidupan.
Rajah 11.30 menunjukkan kesan positif inersia.

Kepala tukul yang Payung yang basah dapat


longgar boleh diketatkan dikeringkan dengan
dengan menghentakkan memutarkan payung itu
bahagian pemegang dengan laju. Disebabkan
tukul pada permukaan inersia, titisan hujan akan
keras. Hentakan yang laju terus bergerak walaupun
menyebabkan kepala payung sudah berhenti
tukul bergerak ke bawah berputar. Maka, titisan hujan
disebabkan oleh inersia. akan jatuh daripada payung.

Rajah 11.30 Kesan positif inersia


Rajah 11.31 menunjukkan kesan negatif inersia dan cara mengatasinya.

Semasa mendarat, kapal terbang yang berjisim


Kesan inersia boleh menyebabkan kecederaan kepada besar tidak dapat berhenti dalam jarak yang
pemandu kereta. Oleh itu, kereta dilengkapi dengan pendek disebabkan inersia. Oleh itu, landasan yang
beg udara, penyandar kepala dan tali pinggang sangat panjang diperlukan untuk kapal terbang
keselamatan untuk mengurangkan kesan inersia. mendarat dengan selamat.

Rajah 11.31 Kesan negatif inersia dan cara mengatasinya

... ...
Aktiviti 11.7 Kerusi Panas

Tujuan: Berbincang serta membuat perkongsian mengenai situasi yang menunjukkan PAK21
kebaikan dan keburukan kesan inersia kepada manusia.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Pilih satu contoh kebaikan kesan inersia dan satu contoh keburukan kesan inersia.
3. Bentangkan hasil perbincangan dalam bentuk aktiviti ‘Kerusi Panas’.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 11.4
1. Nyatakan maksud inersia dan berikan dua contoh inersia yang berlaku dalam kehidupan harian.
2. Nyatakan hubungan antara jisim dengan inersia.

249
11.4.4

BAB11_FA_CR_3.indd 249 31/10/2019 1:46 PM


R u m u sa n

250

BAB11_FA_CR_3.indd 250
DAYA DAN GERAKAN

Graf Gerakan Pecutan Graviti dan


Gerakan Linear Jisim dan Inersia
Linear Jatuh Bebas

Graf Graf Pecutan Jisim


Jarak dan sesaran
sesaran-masa halaju-masa graviti, g
(10 m s-2)

Jarak Kecerunan = halaju Kecerunan = pecutan Jatuh bebas Inersia


Laju =
Masa

Hukum Gerakan
Sesaran Luas di bawah graf = sesaran Newton Pertama
Halaju =
Masa
Kesan inersia dalam
Pecutan kehidupan harian
v–u
a=
t

31/10/2019 1:46 PM
Daya dan Gerakan Bab 11

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
11.1 Gerakan Linear
Menerangkan perbezaan antara jarak dengan sesaran serta unit ukuran dalam
kehidupan harian.
Menjelaskan maksud laju, laju purata, halaju dan pecutan serta unit ukurannya dengan contoh
dalam kehidupan harian.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju, laju purata, halaju dan pecutan dalam
kehidupan harian.
Membezakan jenis gerakan linear.
11.2 Graf Gerakan Linear
Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk menentukan jarak, sesaran, halaju,
halaju purata dan pecutan.
11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas
Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti Bumi, g.
Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan jatuh bebas.
Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
11.4 Jisim dan Inersia
Menerangkan jisim.
Menerangkan maksud inersia dengan contoh.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.
Berkomunikasi tentang kesan inersia dalam kehidupan harian.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 11 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ my/Sains/T4/K11
1. Azmeer menunggang motosikal ke arah utara dengan jarak 24 km,
kemudian ke arah barat untuk 12 km dan akhirnya ke arah selatan
dengan jarak 12 km sebelum dia berhenti untuk berehat (Rajah 1).
Perjalanannya itu telah mengambil masa selama 2 jam. 12 km
(a) Berapakah jarak yang dilalui oleh Azmeer?
(b) Berapakah sesaran yang dilalui oleh Azmeer? 12 km
(c) Tentukan laju purata Azmeer.
(d) Hitungkan halaju purata bagi sesaran yang dilalui oleh Azmeer. 24 km

2. Hilmi berjalan ke arah utara sejauh 8 m, sebelum menuju ke arah


timur sejauh 8 m. Hilmi telah mengambil masa selama 5 minit
untuk melengkapkan perjalanannya.
(a) Berapakah jarak bagi gerakan tersebut? Rajah 1
(b) Berapakah sesaran bagi gerakan tersebut?
(c) Tentukan halaju yang dicapai oleh Hilmi.

251

BAB11_FA_CR_3.indd 251 31/10/2019 1:46 PM


3. Rajah 2 ialah graf yang menunjukkan gerakan sebuah kereta.
Halaju (m s–1)

20

0 Masa (s)
5 20 30
Rajah 2
Berdasarkan graf di atas,
(a) apakah yang mewakili pecutan dalam graf di atas?
(b) berapakah pecutan kereta tersebut dari masa 0 saat hingga 5 saat?
(c) tentukan jumlah sesaran yang dilalui oleh kereta tersebut.
4. Rajah 3 ialah graf yang menunjukkan gerakan objek P dan objek Q yang dilepaskan
secara serentak.
Halaju (m s–1)

20

14

P Q

0 Masa (s)
6 8 10 16
Rajah 3
(a) Berdasarkan kecerunan graf P dan Q, yang manakah menunjukkan nilai pecutan yang lebih
tinggi pada saat ke 6? Jelaskan jawapan anda.
(b) Tentukan kecerunan P dari 0 saat hingga 8 saat.
5. Rajah 4 menunjukkan satu keratan pita detik yang panjangnya 16 cm.
Arah gerakan

16 cm
Rajah 4
Diberi masa di antara dua titik yang berturutan ialah 0.02 saat.
(a) Tentukan halaju bagi keratan pita detik di atas.
(b) Tentukan nilai pecutan bagi pita detik di atas.
Jelaskan jawapan anda.
6. Rajah 5 menunjukkan bongkah kayu P dan Q yang berbeza saiz tetapi mempunyai jisim yang sama.

P
Q

Rajah 5
252

BAB11_FA_CR_3.indd 252 31/10/2019 1:46 PM


Daya dan Gerakan Bab 11

(a) Nyatakan maksud inersia.


(b) Bongkah kayu yang manakah mempunyai inersia yang lebih besar?
Jelaskan jawapan anda.
(c) Nyatakan Hukum Gerakan Newton Pertama.

7. Rajah 6 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu pelepah dijatuhkan serentak di
dalam dua tiub silinder lut sinar, R dan S. Tiub silinder R mempunyai udara, manakala tiub
silinder S berada dalam keadaan vakum.

Bulu pelepah
Vakum
Udara Tiub silinder

Duit syiling Duit syiling Bulu pelepah

R S
Rajah 6
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
(b) Bandingkan masa bagi duit syiling dan bulu pelepah itu jatuh di dalam tiub silinder R dan S.
Jelaskan jawapan anda.
(c) Bina satu kesimpulan yang sesuai bagi aktiviti di atas.

Cabar
C abar Minda
8. Rajah 7 menunjukkan satu carta pita detik Panjang (cm)
bagi sebuah troli yang menuruni landasan yang
50
dicondongkan. Jangka masa detik yang digunakan
bergetar dengan frekuensi 50 Hz. 40
(a) Tentukan masa bagi 10 detik tersebut.
(b) Berapakah halaju bagi pita detik 1 dan pita 30
detik 5?
20
(c) Landasan dicondongkan lagi supaya troli
bergerak ke bawah dengan lebih laju. 10
Ramalkan panjang carta pita detik yang
akan diperoleh. 0 Pita
1 2 3 4 5 detik
9. Rajah 8 menunjukkan seorang murid sedang Rajah 7
mengetuk hujung pemegang tukul pada
permukaan keras.
(a) Apakah tujuan sebenar murid itu melakukan
aktiviti di atas?
(b) Apakah konsep yang digunakan oleh
murid tersebut?
(c) Terangkan dua aktiviti harian anda yang
menggunakan konsep seperti yang
dinyatakan dalam soalan 9(b). Rajah 8

253

BAB11_FA_CR_3.indd 253 31/10/2019 1:46 PM


Bab

12 Tenaga Nuklear

Kata Kunci
Tenaga nuklear
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Reaktor nuklear
Penjanaan elektrik
Impak ujian nuklear

254

Bab 12_CR_3.indd 254 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Mengapakah jumlah negara yang menggunakan


tenaga nuklear semakin meningkat?
Bagaimanakah tenaga nuklear dihasilkan?
Adakah tenaga nuklear selamat digunakan?
Bolehkah stesen jana kuasa nuklear dibina
di Malaysia?

Rencana S a i
Unsur Torium M
ns
enggantika n Uranium
Sama seperti ur
anium, torium ju
balas nuklear ya ga boleh melakukan
ng dapat menja tindak
Malaysia telah di nakan elektrik.
pertanggungjaw Ag en si Nuklear
projek penyelid abkan untuk men
ikan mengenai to jalankan
beberapa agensi rium dengan ke
luar negara. Proj rjasama
mengkaji kebole ek ini bertujuan
hdapatan torium untuk
alternatif bagi m sebagai bahan ap
enggantikan uran i nuklear
reaktor penyelid ium untuk diguna
ikan pada masa kan dalam
hadapan.
Sumber: www.nu
clearmalaysia.g
ov.my
(Dicapai pada 19
Ogos 2019)

Anda akan belajar tentang:


penggunaan tenaga nuklear
penghasilan tenaga nuklear
impak penggunaan tenaga nuklear
tenaga nuklear di Malaysia

255

Bab 12_CR_3.indd 255 31/10/2019 1:49 PM


12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear memberikan banyak manfaat kepada manusia Negara-negara di Dunia


apabila dijanakan dan dikawal dengan baik. Setiap tahun yang Menggunakan
berlakunya pertambahan negara yang menggunakan tenaga Tenaga Nuklear
http://bukutekskssm.my/
nuklear untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai bidang. Sains/T4/Hlm256
INFORMASI
Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara yang
menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga di negara
mereka. Antaranya Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia
dan Jepun. Mengapakah negara-negara ini menggunakan
tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain?

Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh menjanakan


tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan
penggunaan petroleum dan arang batu. Tenaga yang dihasilkan
lebih besar dan efisien berbanding dengan sumber tenaga lain.

Tenaga nuklear menghasilkan sinaran


mengion yang digunakan dalam pelbagai
bidang seperti perubatan, pertanian dan
perindustrian. Penggunaan tenaga nuklear
dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf
hidup manusia.

Tenaga nuklear membebaskan jumlah


gas rumah hijau yang sedikit berbanding
dengan sumber tenaga yang lain.

Rajah 12.1 Penggunaan tenaga nuklear


256
12.1.1

Bab 12_CR_3.indd 256 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Apakah kesan buruk sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain?

Sisa radioaktif yang Tenaga yang dihasilkan


dihasilkan boleh adalah sangat besar dan
menjejaskan kesihatan jika disalahgunakan,
dan mengancam nyawa boleh menyebabkan
semua hidupan. kesan yang buruk
kepada manusia.

Rajah 12.2 Kesan buruk sumber tenaga nuklear

... ...
Aktiviti 12.1 Peta Pemikiran

PAK21
Tujuan: Membina peta pemikiran untuk menunjukkan manfaat dan kesan buruk sumber
tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain.
Arahan:
1. Buat pembacaan aktif dan kumpulkan maklumat tentang manfaat dan kesan buruk sumber tenaga
nuklear berbanding dengan sumber tenaga lain.
2. Bina peta pemikiran seperti di bawah dan isikan maklumat yang telah anda peroleh.
3. Tampalkan peta pemikiran anda di belakang kelas.

Manfaat Kesan buruk


sumber sumber
tenaga tenaga
nuklear nuklear

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 12.1
1. Nyatakan tiga buah negara utama yang menggunakan sumber tenaga nuklear di dunia.
2. Apakah kebaikan menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber tenaga
yang lain?

257
12.1.1

Bab 12_CR_3.indd 257 31/10/2019 1:49 PM


12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom.

Cikgu, bagaimanakah
tenaga nuklear dihasilkan?
Tenaga nuklear
dihasilkan melalui
pembelahan nukleus ANIS

HAIKAL dan pelakuran nukleus.

Pembelahan Nukleus
Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada
dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.
• Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus
radioaktif yang berat seperti uranium-235.
• Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus
yang lebih ringan dan stabil.
• Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.

Model 3D
Neutron
Tenaga

Uranium-235

Rajah 12.3 Pembelahan nukleus uranium-235

• Pembelahan nukleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil
dan membelah nukleus berjisim besar yang baharu. Tindak balas ini disebut sebagai
tindak balas berantai.

258
12.2.1

Bab 12_CR_3.indd 258 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Pelakuran Nukleus aleri


Galeri
G Sains
Pelakuran nukleus merupakan satu proses percantuman atau
penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu
nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga.
• Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium
dan tritium (isotop hidrogen) bercantum dan membentuk satu
nukleus yang lebih besar dan berat.
• Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi.
• Proses ini membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak
berbanding dengan pembelahan nukleus. Pelakuran nukleus
berlaku secara berterusan
di Matahari. Hal ini
demikian kerana Matahari
mempunyai isotop-isotop
hidrogen dan suhu yang
Deuterium Helium tinggi. Tenaga yang
Model 3D
dibebaskan daripada
proses ini merupakan
sumber tenaga utama
untuk hidupan di Bumi.

Tenaga

Pelakuran

Cetusan Minda
Cetusan
Mengapakah pelakuran
Tritium Neutron nukleus memerlukan suhu
yang tinggi?
Rajah 12.4 Pelakuran dua isotop hidrogen

Aktiviti 12.2 Pembentangan Hasil Sendiri

Tujuan: Membuat persembahan multimedia bagi menerangkan penghasilan PAK21


tenaga nuklear.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat tentang penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus.
3. Bincangkan maklumat yang telah diperoleh dan sediakan persembahan multimedia bagi
menjelaskan pembelahan dan pelakuran nukleus tersebut.
4. Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.

259
12.2.1

Bab 12_CR_3.indd 259 31/10/2019 1:49 PM


Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Tenaga
Nuklear
Anda telah belajar tentang penjanaan tenaga elektrik semasa di Tingkatan 3.
Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk menjana tenaga elektrik.
Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear ini dilakukan di dalam
stesen jana kuasa tenaga nuklear. Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri
daripada reaktor nuklear dan penjana. Reaktor nuklear menghasilkan
jumlah tenaga yang besar. Mari kita lihat proses penjanaan tenaga elektrik
yang berlaku di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.

Rod pengawal boron


Mengawal kadar tindak
balas pembelahan
nukleus dengan Gas
menyerap neutron panas
yang berlebihan

Moderator grafit
Memperlahankan neutron

Rod bahan api uranium Gas sejuk


Membebaskan tenaga Reaktor Gas sejuk
haba melalui pembelahan
nukleus untuk memanaskan
gas yang mengalir melalui Pam
teras reaktor

Perisai konkrit Agen penyejuk


Mengelakkan kebocoran Menyerap haba hasil
sinaran radioaktif tindak balas nuklear
daripada reaktor

Rajah 12.5 Stesen jana kuasa tenaga nuklear


260
12.2.2

Bab 12_CR_3.indd 260 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Laman Sejarah
Arco di Idaho,
Amerika Syarikat
merupakan bandar
pertama di dunia
yang menggunakan
kuasa elektrik yang
dijanakan oleh
stesen jana kuasa
nuklear. Hal ini
berlaku pada 17 Julai
Turbin Penjana elektrik 1955, dengan
kuasa yang
Apabila turbin Menjanakan arus elektrik melalui dijanakan reaktor
diputarkan oleh aliran proses aruhan elektromagnet BORAX-III yang
stim, magnet di dalam apabila magnet berputar dalam dibina di Makmal
suatu gegelung Nasional Argonne.
penjana diputarkan

Stim panas

Menara
penyejukan

Air panas

Air
sejuk Air sejuk

Pam

Kondensor
Menyejuk dan
mengkondensasikan
stim menjadi air

261
12.2.2

Bab 12_CR_3.indd 261 31/10/2019 1:49 PM


Negaraku
Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 MegaWatt milik Agensi Nuklear Malaysia. Reaktor
TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28 Jun 1982. RTP ini merupakan jenis kolam yang direka
bentuk supaya eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras reaktor tersebut. Namun, reaktor ini hanya
untuk tujuan latihan, penyelidikan dan penghasilan radioisotop sahaja. Malaysia perlu membina sebuah
reaktor nuklear yang mampu menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu menjalankan penjanaan
elektrik bersumberkan tenaga nuklear.

Reaktor Triga Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara


yang Menggunakannya
Puspati
http://
bukutekskssm/ Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-
Sains/T4/Hlm262.
VIDEO
mp4 negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga elektrik. Terdapat
beberapa sebab mengapa negara-negara ini memilih tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga negara mereka.

aleri
Galeri
G Sains Kurang sumber tenaga lain
• Kebanyakan negara yang menggunakan tenaga nuklear kurang
sumber tenaga lain seperti arang batu dan petroleum. Kos yang
amat tinggi diperlukan jika mereka mengimport sumber tenaga
ini dari negara lain. Oleh itu, mereka perlu menggunakan sumber
tenaga lain seperti tenaga nuklear.

Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi


Makmal Nasional Argonne
• Negara China contohnya adalah sangat besar dan mempunyai
Makmal Nasional
Argonne merupakan
kepadatan penduduk yang tinggi. Kuasa dan tenaga yang
sebuah makmal yang dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga mampu untuk
dibina khusus untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka.
pembangunan dan
perkembangan dalam
bidang fizik nuklear. Sumber pendapatan negara
Makmal ini telah dibina di
pinggir bandar Chicago, • Reaktor nuklear di Slovakia contohnya mampu menghasilkan
Amerika Syarikat.
tenaga elektrik yang melebihi keperluan negaranya. Oleh itu,
Makmal yang telah mula
beroperasi pada tahun mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada
1940-an ini telah banyak negara-negara jiran dan mampu mendapat keuntungan
memberikan sumbangan yang lumayan.
dalam bidang fizik
nuklear. Hampir semua
reaktor nuklear yang Teknologi yang canggih
telah dibina pada hari
ini ialah hasil daripada
• Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara
kajian mendalam yang
dijalankan di Makmal yang menggunakan tenaga nuklear. Hasilnya kini, mereka telah
Nasional Argonne ini. berjaya memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu
mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reaktor nuklear.
Contohnya seperti pembinaan Makmal Nasional Argonne yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.

262
12.2.3

Bab 12_CR_3.indd 262 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12
... ...
Aktiviti 12.3 Fikir-Pasang-Kongsi

Tujuan: Mencari maklumat dan membuat perkongsian penggunaan tenaga nuklear PAK21
di negara tertentu.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Dapatkan sekeping kad yang tertulis nama sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear
daripada guru anda.
3. Kumpulkan maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di negara itu.
4. Persembahkan hasil dapatan anda di hadapan kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 12.2
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Proses berlaku apabila satu membedil satu nukleus
berjisim besar dan kepada dua nukleus baharu berjisim lebih kecil yang
hampir sama serta lebih stabil dengan pembebasan .
(b) Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada yang tinggi sahaja.

12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear


Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat Laman Sejarah
memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab
J.Robert Oppenheimer
tenaga nuklear semakin banyak digunakan di seluruh dunia, kita merupakan individu
perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan pertama yang
dan persekitaran. mencipta bom atom di
dunia. Beliau digelar
sebagai ‘Father of
Impak Penggunaan Senjata Nuklear the Atomic Bomb’.
Bom ciptaannya
Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga telah digunakan
nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom. Hasil sampingan oleh tentera Amerika
daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu Syarikat dalam Perang
Dunia Kedua. Walau
plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom. Dunia bagaimanapun, beliau
telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila berasa amat menyesal
tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. selepas menyaksikan
sendiri kemusnahan
Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh akibat ledakan
Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. bom atom.

263
12.3.1

Bab 12_CR_3.indd 263 31/10/2019 1:49 PM


Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua
• Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom “Little Boy” telah digugurkan oleh pihak
tentera Amerika Syarikat di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti satu lagi bom atom
“Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
• Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan satu gelombang letupan yang amat
kuat sehingga mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam secara serta-merta.
• Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar raya itu menjadi amat panas
sehingga mencairkan struktur besi.
• Letusan bom nuklear juga mengganggu keadaan atmosfera kesan daripada gelombang yang
terhasil di samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan.
• Pada ketika itu, seluruh sistem perhubungan di bandar raya itu terputus.

Sebelum

Selepas
(Sumber foto: The City of Hiroshima)

Kesan Senjata Nuklear


http://bukutekskssm.my/
Sains/T4/Hlm264
INFORMASI

(Sumber foto: ICRC Archives)


Gambar foto 12.1 Kesan pengeboman di Hiroshima
Kini, sudah banyak negara yang mula mencipta dan mengeluarkan senjata nuklear
masing-masing. Namun, mereka masih terikat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
yang mengawal dan tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan senjata nuklear dengan
sewenang-wenangnya.
264
12.3.1

Bab 12_CR_3.indd 264 31/10/2019 1:49 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Impak Ujian Nuklear


Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan sama ada
senjata itu berfungsi atau tidak. Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat
atau di bawah laut. Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran.
Ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi terhadap tanah
dan sumber air. Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga pencemaran yang
teruk. Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear boleh
menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.

Kesan penyebaran radiasi


daripada ujian nuklear

Kesan somatik Kesan genetik

• Keletihan • Kecacatan pada bayi


• Loya • Mutasi sel
• Katarak • Kanser
• Leukemia
• Keguguran rambut

Rajah 12.6 Kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear


Adakah negara yang masih menjalankan ujian nuklear?

Gambar foto 12.2 Ujian nuklear di laut

265
12.3.2

Bab 12_CR_3.indd 265 31/10/2019 1:49 PM


... ...
Aktiviti 12.4 Fikir-Pasang-Kongsi

Tujuan: Mengumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima PAK21
dan Nagasaki serta ujian nuklear.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Kumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki serta
ujian nuklear dengan melayari laman web yang berkaitan.
3. Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.

Formatif
Praktis Formatif
Praktis 12.3
1. Nyatakan tiga kesan buruk yang boleh berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan.
2. Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan?

12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia


Kewajaran Pembinaan Stesen Jana Kuasa Nuklear di Malaysia
Dalam subtopik 12.1, anda telah mengetahui manfaat dan kesan buruk penggunaan tenaga
nuklear. Di Malaysia, 70% daripada sumber tenaganya dijana daripada gas asli. Petroleum, gas asli
dan arang batu merupakan sumber bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
Beberapa orang murid telah ditanya tentang kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear
di Malaysia. Berikut menunjukkan pendapat yang diberikan oleh mereka.

Pada pendapat saya, Malaysia perlu membina


stesen jana kuasa nuklear untuk menampung
permintaan pengguna terhadap tenaga elektrik
yang semakin meningkat.
A
NADI

Saya kurang setuju kerana reaktor


nuklear menghasilkan sisa radioaktif
yang berbahaya kepada manusia dan NAGESH

alam sekitar jika tidak dikendalikan


dengan cermat.

266
12.4.1

Bab 12_CR_3.indd 266 31/10/2019 1:50 PM


Tenaga Nuklear Bab 12

Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah pula pendapat anda? Jalankan Aktiviti 12.5 bersama
rakan sekelas anda.

... ...
Aktiviti 12.5 Debat

Tujuan: Membuat perdebatan tentang kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear PAK21
di Malaysia.
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Tajuk debat tersebut ialah “Kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia”.
3. Bahagi kepada dua kumpulan, iaitu pihak pencadang dan pihak pembangkang.
4. Selaku pihak pencadang dan pembangkang, setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan
hujah mereka.

Negaraku
Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa
faktor perlu diambil kira seperti:
• bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan
habis dan kosnya semakin meningkat
• kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah
berbanding dengan sumber bahan api fosil Agensi Nuklear Malaysia
Agensi Nuklear Malaysia,
• kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga yang dahulunya
mestilah sangat strategik. Kawasannya mestilah berhampiran dikenal sebagai Institut
dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan berlaku Penyelidikan Teknologi
Nuklear Malaysia
• kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear (MINT), terletak di
adalah jauh lebih besar daripada sumber bahan api fosil Bangi, Selangor. Agensi
ini ditubuhkan bagi
menyelaras aktiviti
berteraskan sains dan
teknologi nuklear serta
teknologi yang berkaitan
dengannya.Aktiviti utama
yang dijalankan di sini
ialah penyelidikan dan
Praktis Formatif
Praktis Formatif 12.4 pembangunan teknologi
nuklear bagi
pembangunan
1. Nyatakan dua sumber tenaga utama di Malaysia pada masa ini.
negara dengan
2. Nyatakan tiga faktor yang perlu diambil kira bagi melaksanakan kerjasama antarabangsa.
pembinaan stesen jana kuasa nuklear.

267
12.4.1

Bab 12_CR_3.indd 267 31/10/2019 1:50 PM


268
R u m u sa n

Bab 12_CR_3.indd 268


TENAGA NUKLEAR

Impak
Penggunaan Penghasilan Tenaga Nuklear di
Penggunaan
Tenaga Nuklear Tenaga Nuklear Malaysia
Tenaga Nuklear

Penggunaan Pembinaan stesen


Pembelahan Pelakuran
tenaga nuklear di jana kuasa nuklear
nukleus nukleus
negara-negara lain

Manfaat tenaga Penjanaan tenaga Impak senjata Impak ujian


nuklear elektrik nuklear nuklear

di dalam

Kesan buruk
Reaktor nuklear
tenaga nuklear
Terhadap manusia
dan persekitaran

31/10/2019 1:50 PM
Tenaga Nuklear Bab 12

Refleksi Ken
Refleksi diri
Kendiri
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang telah dikenal pasti.
12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear
Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan pelakuran
nukleus.
Memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear.
Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang menggunakannya.
12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear
Menceritakan impak penggunaan senjata nuklear kepada hidupan dan persekitaran.
Merumuskan impak ujian nuklear terhadap persekitaran.
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia
Mewajarkan pembinaan stesen jana kuasa nuklear di Malaysia.

Sumatif
Praktis Sumatif
Praktis 12 Soalan Objektif
http://bukutekskssm.
KUIZ
my/Sains/T4/K12
1. Gambar foto 1 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang dibina
di sebuah negara.

Gambar foto 1
(a) Nyatakan dua buah negara selaku pengguna utama tenaga nuklear di dunia.
(b) Berdasarkan jawapan anda dalam soalan 1(a), apakah kegunaan tenaga nuklear di negara itu?
(c) Nyatakan dua kelebihan sumber tenaga nuklear.
2. Rajah 1 menunjukkan salah satu tindak balas nuklear.

Rajah 1

269

Bab 12_CR_3.indd 269 31/10/2019 1:50 PM


(a) Namakan tindak balas nuklear itu.

(b) Berdasarkan Rajah 1, terangkan tindak balas nuklear itu.
(c) Apakah yang akan berlaku jika tindak balas itu tidak dikawal dengan baik?

3. Tindak balas X sentiasa berlaku di Matahari.


(a) Apakah tindak balas tersebut?
(b) Jelaskan salah satu sebab tindak balas tersebut boleh berlaku di permukaan Matahari.
(c) Apakah yang akan berlaku di Bumi jika tindak balas yang anda nyatakan dalam soalan 3(a)
berhenti secara tiba-tiba?
4. Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada stesen jana kuasa nuklear.

Rajah 2
(a) Apakah proses yang berlaku di dalam K?
(b) Apakah kegunaan proses yang anda nyatakan dalam soalan 4(a)?
(c) K dilengkapi pelbagai ciri keselamatan. Nyatakan dua ciri keselamatan yang terdapat
di dalam K.
(d) Ramalkan impaknya jika terdapat kebocoran pada struktur K.

Cabar
C abar Minda
5. Sebuah reaktor nuklear boleh menghasilkan tenaga nuklear secara besar-besaran
untuk menjanakan kuasa elektrik.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan cara tenaga nuklear ditukarkan kepada tenaga
elektrik di dalam stesen jana kuasa nuklear.

270

Bab 12_CR_3.indd 270 31/10/2019 1:50 PM


Jawapan
HANYA JAWAPAN TERPILIH DISEDIAKAN DI SINI
keadaan mengiring dan tunggu sehingga
Bab 1 ambulans tiba.
Praktis Sumatif 1 3. (a) Mangsa mengalami masalah tercekik
1. (a) Kabinet aliran laminar/kebuk wasap/penyiram (b) Kaedah Heimlich Manoeuvre akan
kecemasan/pembilas mata menyebabkan tekanan di dalam peparu
(mana-mana tiga) bertambah dan menyebabkan makanan
(b) Di dalam makmal terdapat banyak bahan yang tertolak keluar.
berbahaya seperti bahan mudah terbakar, (c) Boleh. Bagi membantu wanita mengandung
bahan mengakis, bahan toksik, kaca yang menggunakan kaedah ini, kedudukan tangan
mudah pecah dan lain-lain. perlu diletakkan lebih tinggi berbanding
(c) Tindakannya adalah betul kerana air limau seseorang yang tidak mengandung, iaitu
mempunyai pH lebih daripada 5 dan kurang betul-betul di pangkal tulang dada. Kemudian,
daripada 7. teruskan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti
2. (a) (i) Kebakaran kelas B biasa.
(ii) Buih/serbuk kering/karbon dioksida 4. (a) Heimlich Manoeuvre
(b) • Etanol berada dekat dengan sumber api dan (b) Mula-mula, berdiri di belakang Jia Hui dan
cukup syarat pembakaran bongkokkan badan Jia Hui sedikit ke hadapan.
• Etanol adalah bahan yang mudah meruap Kemudian, kelilingkan tangan dari belakang
dan mudah terbakar. Jia Hui dan genggamkan tangan kanan.
(c) • Menggunakan alat pemadam kebakaran Seterusnya, letakkan genggaman tangan
1. Tanggalkan pin keselamatan daripada kanan di antara pusat dengan bawah rusuk
alat pemadam kebakaran. Jia Hui. Letakkan tangan kiri di atas tangan
2. Halakan muncung alat pemadam kanan yang digenggam. Seterusnya, tekan
kebakaran ke pangkal api. Dia perlu dan sentak ke atas dengan cepat dan kuat
berada pada jarak 2.0 – 2.5 meter dari sehingga makanan keluar daripada mulut Jia
api. Hui.
3. Tekan pemicit atas alat pemadam.
4. Ratakan semburan ke seluruh sumber Bab 3
api dengan menggerakkan muncung dari
Praktis Sumatif 3
sisi ke sisi
1. (a) Jangkitan, terdedah kepada keadaan panas
• Menggunakan selimut kebakaran
melampau, senaman berat
(d) (i) Jenis alat pemadam kebakaran
(b) 36.9°C
(ii) Tarikh luput pemadam kebakaran
(c) Termometer inframerah/termometer rektal
(iii) Bacaan tekanan pada pemadam
2. (a) P: Termometer inframerah
kebakaran
Q: Termometer rektal
(iv) Bilangan pemadam kebakaran mengikut
(b) Menyukat suhu badan
jenis
(c) Menggunakan termometer inframerah
(v) Lokasi alat pemadam kebakaran dalam
(d) Boleh membawa maut
pelan laluan kecemasan sekolah
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)
3. (a) 100 – 150
Bab 2 (b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: umur
Praktis Sumatif 2 Pemboleh ubah bergerak balas: kadar
1. (a) P: Resusitasi kardiopulmonari denyutan nadi
(Cardiopulmonary resuscitation, CPR) (c) Semakin meningkat umur seseorang, semakin
Q: Heimlich Manoeuvre rendah kadar denyutan nadinya.
(b) Mangsa akan mengalami kerosakan otak (d) 60 – 65 denyutan per minit
kerana tidak menerima bekalan oksigen yang 4. (a) Pergelangan tangan
mencukupi dalam badan dan otak dalam (b) 60 – 65 denyutan per minit
tempoh tertentu. (c) 120/80 mmHg
2. (a) CPR (d) Fareeza hendaklah melakukan pemeriksaan
(b) Ubah kedudukan badan mangsa dalam berkala di klinik ataupun hospital.
5. (a) 120/80 mmHg

271

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 271 16/10/2019 5:21 PM


(b) Bacaan tekanan darah Siva lebih tinggi 5. (a) Sektor pengangkutan – Memfokuskan
daripada orang yang sihat kerana dia mungkin penambahbaikan prasarana pengangkutan
mengalami penyakit tekanan darah tinggi. yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan
(c) Siva perlu ke hospital untuk mendapatkan pengangkutan awam
rawatan. (b) Menggunakan kenderaan berkuasa solar,
(terima mana-mana jawapan yang sesuai) berkongsi kenderaan, menunggang basikal.
6. (a) Kerosakan organ


(b) Sfigmomanometer
(c) Tekanan sistolik ialah tekanan darah ketika otot
Bab 5
jantung mengecut. Praktis Sumatif 5
Tekanan diastolik ialah tekanan darah ketika 1. (a) (i) DNA (asid deoksiribonukleik)
otot jantung berehat. (ii) Gula deoksiribosa, kumpulan fosfat, bes
bernitrogen
Bab 4 (b) 46
(c) Autosom membawa gen yang mengawal ciri
Praktis Sumatif 4 organisma seperti warna mata, kebolehan
1. (a) Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan menggulung lidah dan jenis rambut, manakala
serta sistem untuk memelihara alam sekitar kromosom seks pula membawa gen yang
dan alam semula jadi serta meminimumkan menentukan jantina organisma sama ada lelaki
atau mengurangkan kesan negatif daripada atau perempuan, jantan atau betina.
aktiviti manusia. 2. (a) Profasa I
(b) Tenaga, alam sekitar, ekonomi, sosial (b) Kromosom memendek dan menebal dan
2. (a) Menjimatkan sumber tenaga, mengelakkan menjadi jelas kelihatan. Kromosom homolog
pembaziran, mengukuhkan ekonomi negara berpasangan. Proses pindah silang berlaku.
(b) Menutup suis peralatan elektrik di rumah (c) Proses yang berlaku ialah pindah silang.
jika tidak menggunakannya. Hal ini dapat Pindah silang menghasilkan kombinasi gen
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di yang baharu. Sekiranya pindah silang tidak
rumah. berlaku, tiada variasi terbentuk.
3. (a) Sektor tenaga, sektor pengangkutan, sektor (d) Sel pembiakan
pengurusan sisa dan air sisa 3. (a) Profasa
(b) Sektor tenaga – memfokuskan penggunaan (b) Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa.
tenaga alternatif yang lebih bersih, bebas Gentian gelendong melekat pada sentromer.
karbon serta dapat menggantikan penggunaan (c) Manusia: kulit; Tumbuhan: hujung pucuk/akar
bahan api fosil
Sektor pengangkutan – berfokus kepada
penambahbaikan prasarana pengangkutan
Bab 6
yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan Praktis Sumatif 6
pengangkutan awam 1. (a) (i) Tendon
Sektor pengurusan sisa dan air sisa – (ii) Tendon menyambungkan otot kepada
memfokuskan usaha untuk meminimumkan tulang.
pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran (iii) Tendon terdiri daripada gabungan
dengan cara mengolah sisa atau air sisa gentian yang bersifat kuat dan tidak
menjadi sesuatu yang baharu seperti baja kenyal.
kompos (b) Individu tidak dapat menggerakkan tulang
4. (a) • Pemanasan global kerana daya tarikan yang dihasilkan oleh
• Peningkatan gas rumah hijau pengecutan otot tidak dapat dipindahkan
• Berlakunya hujan asid kepada tulang.
(b) • Menggunakan sumber tenaga boleh baharu (c) Tendon ialah struktur yang menyambungkan
• Mengamalkan amalan kecekapan tenaga otot kepada tulang manakala ligamen ialah
(c) Dapat mengelakkan pemanasan global/ struktur yang menyambungkan tulang dengan
Mengurangkan penghasilan karbon dioksida di tulang.
dalam udara/Mengelakkan berlakunya hujan 2. (a) Rangka hidrostatik
asid (b) Otot membujur dan otot lingkar
(d) Setuju, kerana pengamalan Teknologi Hijau (c) Pergerakan cacing terjadi apabila otot
mengurangkan kebergantungan pada sumber membujur mengalami pengecutan dan otot
tenaga bahan api fosil, sekali gus dapat lingkar mengalami pengenduran secara
mengurangkan pencemaran udara akibat berlawanan. Pergerakan berlawanan ini
pembebasan karbon dioksida daripada mencipta pergerakan dari hadapan ke hujung
pembakaran bahan api fosil. badan cacing. Cacing juga mempunyai keta

272

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 272 16/10/2019 5:21 PM


(bulu-bulu keras) pada badan bertujuan untuk Ion: zink oksida/ferum oksida
mencengkam tanah semasa pergerakan 2. (a) Unsur disusun mengikut tertib menaik nombor
berlaku. proton merentasi kala dari kiri ke kanan dan
3. (a) (i) Zirafah akan mengangkangkan kakinya. dari atas ke bawah.
(ii) Cara ini akan menambahkan luas (b) P dan U
permukaan zirafah dan merendahkan (c) Unsur R.
pusat gravitinya. Unsur R telah mencapai susunan elektron
(b) (i) X oktet pada petala terluar.
(ii) Haiwan X lebih rendah pusat gravitinya. (d) Kumpulan 16, Kala 3
(iii) Apabila duduk (e) (i) P: 2.1
4. Tumbuhan berkayu mempunyai batang yang (ii) Q: 2.7
besar dan tinggi. Bagi menambahkan kestabilan (iii) T: 2.8.3
tumbuhan berkayu, tumbuhan perlu menambahkan 3. (a) X: 14
luas tapak tumbuhan itu. Oleh itu, tumbuhan Y: 18
berkayu mempunyai sokongan tambahan seperti Z: 20
akar banir, akar sokong dan akar jangkang untuk (b)
menambahkan luas tapak.

Bab 7
Praktis Sumatif 7
1. (a) P – Kelenjar pituitari Atom X Atom Y Atom Z
(b) (i) Tiroksina (c) X: Kumpulan 13, Kala 3
(ii) • Kadar metabolisme rendah Y: Kumpulan 17, Kala 3
• Perkembangan mental dan fizikal Z: Kumpulan 2, Kala 4
terbantut pada (d) (i) Atom X akan menderma tiga elektron
kanak-kanak (kreatinisme) kepada atom unsur lain dan membentuk
• Kurang tenaga pada orang dewasa ion positif.
(miksedema) (ii) Atom Y akan menerima satu elektron
• Cenderung menjadi gemuk dan goiter daripada atom unsur lain dan membentuk
(c) (i) Pankreas ion negatif.
(ii) Insulin 4. (a) Q dan R, kerana atom Q dan R mempunyai
(iii) • Kurang hormon insulin dirembeskan nombor proton yang sama tetapi nombor
• Glukosa berlebihan dalam darah nukleon yang berbeza.
tidak dapat ditukar menjadi glikogen (b) Industri: digunakan untuk mengesan
• Hal ini menyebabkan aras glukosa kebocoran paip bawah tanah
dalam darah meningkat Perubatan: mengesan salur darah tersumbat
(d) Hormon testosteron (c) Fosforus-32: digunakan bagi mengesan kadar
2. (a) (i) Estrogen, progesteron serapan baja fosforus oleh tumbuhan
(ii) 1. Menggalakkan perkembangan ciri-ciri (d) Karbon-14
seks sekunder perempuan Pertanian: mengesan kadar fotosintesis bagi
2. Menyediakan uterus untuk tumbuhan
penempelan embrio Arkeologi: menentukan usia fosil dan artifak
(b) Selepas akil baligh
(c) (i) Testis
(ii) Mengawal perkembangan ciri-ciri seks Bab 9
sekunder lelaki seperti suara yang garau Praktis Sumatif 9
dan pertumbuhan misai 1. (a) Objek P: loyang
Objek Q: gangsa
Bab 8 (b) Aloi P: membuat tombol pintu/membuat barang
perhiasan/bekas makanan
Praktis Sumatif 8 Aloi Q: membina ukiran/membina monumen/
1. (a) (i) Garam: zarah ion membuat pisau
(ii) Gula: zarah molekul (c) Bongkah gangsa lebih kuat berbanding
(b) Zarah ion: batu marmar/air kapur/asid/alkali dengan bongkah kuprum kerana kehadiran
Zarah molekul: karbon dioksida/oksigen/ atom asing di dalam bongkah gangsa. Hal
nitrogen/naftalena/alkohol ini menyebabkan atom di dalam bongkah
(c) Molekul: gas oksigen/gas karbon dioksida/gas gangsa menjadi tidak tersusun. Apabila daya
sulfur dioksida dikenakan pada bongkah gangsa, lapisan atom

273

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 273 16/10/2019 5:21 PM


sukar untuk menggelongsor dan menjadikan (c) • Analgesik: digunakan bagi melegakan
bongkah lebih kuat. kesakitan seperti sakit kepala, migrain dan
(d) Boleh. demam
Kerana aloi P bersifat keras dan tahan karat • Antibiotik: digunakan bagi merawat penyakit
menjadikannya sesuai digunakan. Selain itu, akibat jangkitan patogen seperti tibi, sifilis
aloi P juga akan menjadikan badan kapal dan lain-lain.
kelihatan lebih cantik kerana aloi P berwarna • Psikoteraputik: digunakan bagi merawat
keemasan. penyakit mental seperti kemurungan dan
2. (a) Kaca borosilikat kegelisahan
(b) Kaca borosilikat mempunyai ketahanan yang (d) Kaedah perubatan M dapat menghilangkan
sangat tinggi terhadap haba dan bahan kimia. kesan sampingan ubat yang digunakan dalam
(c) Kaca silika terlakur rawatan perubatan N. Sebagai contoh, rawatan
Kerana mempunyai ketahanan terhadap haba radioterapi kanser.
yang tinggi dan lengai terhadap bahan kimia. 2. (a) Radikal bebas terbentuk daripada proses
(d) Sesuai pengoksidaan yang berlaku di dalam badan
Bekas minuman tidak mudah pecah apabila air disebabkan faktor dalaman dan faktor luaran.
sejuk atau air panas diletakkan di dalamnya. (b) Faktor luaran seperti asap rokok dan asap
3. (a) • Aloi superkonduktor digunakan dalam kilang, manakala faktor dalaman seperti
pembuatan landasan kereta api Maglev. metabolisme dan keradangan
• Magnet diletakkan di bahagian bawah kereta (c) Bagi kebanyakan individu, radikal bebas yang
api Maglev. terbentuk secara semula jadi akibat faktor
• Aloi superkonduktor disejukkan pada dalaman kebiasaannya akan dineutralkan
suhu yang sangat rendah dan elektrik oleh bahan antioksidan dalam makanan yang
dialirkan padanya untuk menghasilkan sifat diambil. Bagi individu yang terdedah kepada
antimagnet. faktor luaran secara berlebihan seperti asap
• Kereta api Maglev akan terangkat sedikit rokok, asap kilang, radiasi dan lain-lain,
dan bahagian bawah tidak bersentuhan banyak radikal bebas akan terhasil dan tidak
dengan landasan. dapat dineutralkan oleh bahan antioksidan
• Hal ini akan dapat mengelakkan geseran daripada makanan. Hal ini boleh membawa
dengan landasan dan kereta api Maglev kepada masalah kesihatan akibat kehadiran
dapat bergerak dengan kelajuan tinggi. radikal bebas yang berlebihan di dalam badan.
(b) Mesin MRI/Kabel elektrik/Mikrocip 3. (a) Bahan antioksidan ialah sebatian kimia
(c) Boleh yang boleh diperoleh daripada sintesis kimia
• Landasan hendaklah disediakan. atau tumbuhan semula jadi. Apabila bahan
• Letakkan magnet pada bahagian bawah antioksidan bertindak balas dengan radikal
kereta. bebas, sebatian yang lebih stabil akan
• Apabila elektrik dialirkan pada landasan, terhasil dan seterusnya menghentikan proses
daya antimagnet akan dihasilkan dan pengoksidaan.
membolehkan kereta bergerak tanpa (b) Melindungi sel badan daripada kerosakan
menyentuh landasan. akibat radikal bebas dan juga boleh dianggap
• Struktur bahagian bawah kereta direka khas sebagai barisan pertahanan terhadap risiko
bagi membolehkan kereta tidak tersasar mendapat sesetengah penyakit.
daripada landasan. (c) • Beta karotena ialah bahan antioksidan
Tidak boleh yang lazimnya ditemui dalam kebanyakan
• Kereta bergerak tidak menggunakan makanan yang berwarna merah, kuning atau
landasan. jingga seperti aprikot, lobak merah, labu,
• Sukar untuk meletakkan aloi superkonduktor mangga, ubi keledek dan buah pic.
pada jalan raya dan arus elektrik dialirkan. • Lutein ialah bahan antioksidan yang
• Kereta boleh terhempas kerana tiada alat lazimnya ditemui dalam kuantiti yang banyak
yang mengekalkannya pada jalan raya. dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti
bayam, kubis dan brokoli.
• Likopena ialah bahan antioksidan yang
Bab 10 lazimnya ditemui di dalam betik, jambu batu,
Praktis Sumatif 10 tembikai, tomato, aprikot, limau gedang dan
1. (a) Kaedah M: Perubatan komplementari buah oren.
Kaedah N: Perubatan moden • Vitamin C, yang juga dikenal sebagai asid
(b) Rawatan susulan selepas rawatan kanser/ askorbik, merupakan vitamin larut air.
Keadaan otot yang lenguh/Peredaran darah Vitamin C ialah bahan antioksidan yang
yang tidak lancar/Melegakan tekanan dan stres ditemui dalam buah-buahan sitrus dan

274

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 274 16/10/2019 5:21 PM


jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, bagi duit syiling dan bulu pelepah jatuh adalah
kranberi, kubis dan lada hijau. sama. Hal ini demikian kerana tiub silinder R
4. Urut ialah kaedah untuk memanipulasi tisu lembut mengandungi udara, manakala tiub silinder S
badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk. berada dalam keadaan vakum. Tiub silinder R
Urut didapati dapat melegakan keresahan, mempunyai rintangan udara.
kesakitan, keletihan, ketegangan otot dan masalah (c) Objek akan jatuh bebas jika tiada rintangan
urat saraf. udara dikenakan terhadapnya.

Bab 11 Bab 12
Praktis Sumatif 11 Praktis Sumatif 12
1. (a) 24 km + 12 km + 12 km = 48 km 1. (a) Perancis, Slovakia
(b) (12 km)2 + (12 km)2 (b) • Perancis menggunakan tenaga nuklear
= 16.97 km ke arah barat laut untuk penjanaan tenaga elektrik ke
sebahagian besar negaranya
12 km
• Slovakia menjanakan pendapatan negara
12 km melalui pembekalan tenaga elektrik hasil
daripada stesen jana kuasa nuklear ke
12 km 24 km
negara jiran
(c) • Dapat menghasilkan jumlah tenaga yang
amat besar berbanding dengan sumber
12 km

16.97 km
tenaga lain
• Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang
(c) 48 km ÷ 2 jam = 24 km j–1 sedikit berbanding dengan sumber tenaga
(d) 16.97 km ÷ 2 jam = 8.485 km j–1 yang lain.
2. (a) 8 m + 8 m = 16 m • Kos penyelenggaraan yang murah secara
(b) (8 m)2 + (8 m)2 tidak langsung mengukuhkan ekonomi
= 11.31 m ke arah timur laut negara
(c) 11.31 m ÷ (5 x 60 s) = 0.038 m s–1 (mana-mana dua)
3. (a) Kecerunan graf 2. (a) Pembelahan nukleus
(b) 20 m s–1 ÷ 5 s = 4 m s–2 (b) Pembelahan nukleus berlaku apabila
1 satu neutron berhalaju rendah membedil
(c) satu nukleus radioaktif yang berat dan
2 × (30 s + 15 s) × 20 m s = 450 m
–1

menyebabkan nukleus terbelah kepada dua


4. (a) P kerana nilai kecerunannya lebih besar nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil serta
berbanding dengan Q. Nilai kecerunan berlaku pembebasan tenaga yang banyak.
mewakili nilai pecutan. (c) Kadar tindak balas nuklear terlampau tinggi
(b) 20 m s–1 ÷ 8 s = 2.5 m s–2 dan boleh menyebabkan letupan.
5. (a) 16 cm ÷ 0.2 s = 80 cm s–1 3. (a) Pelakuran nukleus
(b) 0 cm s–2/sifar. Hal ini kerana halaju pita detik (b) Matahari mempunyai suhu yang amat tinggi/
adalah malar. Kaya dengan hidrogen
6. (a) Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek (c) Bumi tidak mendapat cahaya matahari dan
yang cenderung menentang sebarang tenaga haba lagi. Semua hidupan tidak dapat
perubahan keadaan asal objek dalam keadaan meneruskan kehidupan.
pegun atau sedang bergerak. 4. (a) Pembelahan nukleus
(b) Kedua-dua bongkah kayu mempunyai inersia (b) Untuk menghasilkan tenaga haba yang banyak
yang sama kerana jisim kedua-dua kotak (c) • Dilengkapi dengan dinding yang
sama. berketebalan 2 m dan diperbuat daripada
(c) Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan konkrit dan plumbum.
bahawa objek cenderung kekal dalam keadaan • Mempunyai rod pengawal boron yang
asalnya sama ada pegun atau bergerak menyerap neutron berlebihan supaya tindak
dengan halaju seragam jika tiada daya luar balas terkawal
yang bertindak terhadapnya. (d) Berlaku kebocoran sinaran radioaktif.
7. (a) Satu gerakan jasad yang hanya dipengaruhi
oleh daya graviti sahaja.
(b) Masa untuk duit syiling jatuh lebih cepat
berbanding dengan bulu pelepah bagi tiub Jawapan lengkap untuk guru,
silinder R, manakala bagi tiub silinder S, masa sila imbas QR code ini.

275

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 275 16/10/2019 5:21 PM


Peraturan Makmal dan
Langkah Keselamatan
Dalam Buku Teks Sains KSSM Tingkatan 4 ini terdapat beberapa eksperimen yang perlu
dilakukan di dalam makmal. Oleh itu, semua murid perlu mematuhi peraturan dan
langkah keselamatan di dalam makmal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Sebelum masuk ke dalam makmal


1. Pastikan anda menggunakan makmal dengan kebenaran guru.
2. Jangan bawa beg atau barang yang lain ke dalam makmal.

Semasa di dalam makmal


1. Jangan berlari atau bermain di dalam makmal.
2. Jangan makan atau minum di dalam makmal.
3. Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.
4. Baca arahan dan simbol amaran pada label botol bahan kimia sebelum
menggunakannya.
5. Jangan halakan mulut tabung uji ke arah diri sendiri atau ke arah rakan semasa
memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji.
6. Jauhkan semua bahan yang mudah terbakar dari api. Kemaskan rambut dan baju
supaya tidak terkena api.

Kecemasan
1. Ambil tahu kedudukan dan penggunaan pemadam kebakaran, selimut kebakaran dan
peti kecemasan.
2. Jika kulit anda terkena tumpahan bahan kimia, bilas menggunakan air yang banyak
dengan segera.
3. Jika mata terkena bahan kimia, bilas mata serta-merta menggunakan air yang
mengalir.
4. Jika tertelan bahan kimia, keluarkan bahan itu daripada mulut dan kumur dengan air
yang banyak. Laporkannya kepada guru dengan segera untuk mendapatkan rawatan
perubatan.
5. Jangan cemas jika baju anda terkena api, cuba gulingkan badan anda di atas lantai.
Guru akan meletakkan selimut kebakaran di atas badan anda untuk memadamkan api.
6. Laporkan semua kemalangan kepada guru dengan segera.

Sebelum keluar dari makmal


1. Tutup atau padam semua bekalan air, gas dan elektrik.
2. Bersih dan kemas semua radas yang telah digunakan.
3. Kembalikan radas dan bahan kimia ke tempat asalnya.
4. Lupuskan bahan sisa eksperimen mengikut kategori.
5. Basuh tangan anda.

276

Jawapan dalam buku_CR_3.indd 276 16/10/2019 5:21 PM


Glosari
Alam sekitar – Keadaan alam sekeliling di Bumi. Hemofilia – Penyakit genetik yang berlaku
Alel – Satu daripada sepasang gen yang menduduki akibat mutasi gen yang menyebabkan darah
tempat tertentu pada pasangan kromosom. penghidapnya sukar membeku sehingga
mengakibatkan pendarahan yang teruk
Alkohol – Sebatian organik yang terdiri daripada
jika terluka.
unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Sebatian ini
mempunyai kumpulan hidroksil (-OH). Inersia – Sifat semula jadi sesuatu objek yang
cenderung untuk menentang sebarang perubahan
Aloi – Campuran beberapa jenis logam atau
terhadap keadaan asalnya, sama ada dalam
campuran logam dan bukan logam mengikut
keadaan pegun atau bergerak.
peratusan yang tertentu
Ion – Zarah bercas yang terbentuk apabila atom
Atom – Zarah paling kecil di dalam sesuatu unsur.
kehilangan atau menerima elektron.
Audit – Memeriksa, menilai atau menyemak.
Isotop – Atom unsur yang sama yang mempunyai
Autosom – Kromosom yang menentukan semua ciri bilangan proton yang sama tetapi bilangan
kecuali jantina. neutron yang berbeza.
Bahan aktif – Komponen tertentu di dalam suatu Jarak – Jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek.
produk yang mempunyai kesan terhadap
Kala – Turus melintang dalam Jadual Berkala
penyembuhan dan pencegahan penyakit.
Unsur Moden.
Bahan radioaktif – Bahan yang mempunyai
Kecekapan tenaga – Penggunaan tenaga yang kurang
nukleus yang tidak stabil dan memancarkan
bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang
sinaran radioaktif.
sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau
Denyutan nadi – Pengukuran denyutan jantung atau hasil yang diingini.
kiraan bilangan degupan jantung per minit.
Kejuruteraan genetik – Satu teknik
DNA – Sejenis makromolekul yang terdiri daripada memanipulasikan gen untuk menghasilkan satu
dua rantai polinukleotida yang berpintal antiselari organisma dengan kombinasi genetik yang baharu
yang mengandungi maklumat genetik sesuatu dan biasanya lebih baik dari segi kualiti.
organisma.
Kenyal – Sifat bahan yang boleh kembali kepada
Elektron – Zarah yang lebih kecil di dalam sesuatu bentuk asal dengan segera selepas daya
atom yang mempunyai cas negatif. tindakan dilepaskan.
Falanks – Istilah umum yang merujuk tulang jari Kiropraktik – Kaedah perubatan yang menggunakan
tangan atau jari kaki. kemahiran tangan bagi membetulkan semula
Fibula – Salah satu tulang betis yang lebih kecil kedudukan tulang.
daripada tulang tibia. Kitar semula – Proses pengolahan semula bahan
Filial – Istilah umum bagi anak, biasanya digunakan buangan untuk menghasilkan barangan baharu
dalam kajian pewarisan genetik. yang boleh digunakan.
Gamet – Sel pembiakan yang mempunyai separuh Kumpulan – Turus menegak dalam Jadual Berkala
bilangan kromosom berbanding dengan induknya. Unsur Moden.
Gen – Gen ialah unit asas pewarisan yang Lengai – Bahan yang tidak reaktif atau tidak
menentukan ciri-ciri individu. bertindak balas secara kimia dengan bahan lain.
Genealogi – Kajian tentang salasilah. Meiosis – Proses pembahagian sel pembiakan yang
Genetik – Kajian tentang gen dan pewarisan sesuatu menghasilkan empat sel anak (gamet) yang tidak
ciri atau sifat dalam organisma. seiras.
Gerakan linear – Gerakan suatu objek dalam lintasan Merkuri – Logam berwarna kelabu, wujud dalam
yang lurus. bentuk cecair pada suhu bilik. Digunakan dalam
termometer dan alat saintifik lain.

277

Glosari_CR_3.indd 277 02/10/2019 8:33 AM


Mitosis – Proses pembahagian sel soma yang Reaktor – Binaan yang dibina untuk menghasilkan
menghasilkan dua sel anak yang seiras. tenaga nuklear.
Monomer – Molekul kecil yang membina polimer. Sfigmomanometer – Alat yang digunakan untuk
Nukleotida – Unit asas asid nukleik yang terdiri mengukur tekanan darah.
daripada gula pentosa, kumpulan fosfat dan Sinaran mengion – Sinaran atau gelombang yang
bes bernitrogen. mempunyai tenaga dan berpotensi untuk mengion
Otot biseps – Otot di bahagian lengan yang atom atau molekul.
mengecut untuk membengkokkan lengan. Sisa radioaktif – Bahan buangan yang membebaskan
Otot triseps – Otot di bahagian lengan yang sinaran radioaktif.
mengecut untuk meluruskan lengan. Sosiosaintifik – Kajian berkenaan dengan isu sosial
Paramedik – Pekerjaan profesional perubatan dan fenomena yang berlaku di sekeliling manusia
yang lazimnya berkhidmat dalam perkhidmatan menggunakan kaedah saintifik.
perubatan kecemasan, tetapi bukan doktor atau Sulur paut – Struktur halus dan berlingkar yang
jururawat. terdapat pada beberapa jenis tumbuhan memanjat,
Patela – Tempurung lutut. seperti pokok timun untuk berpegang atau
berpaut pada struktur lain untuk sokongan.
Pegun – Tidak bergerak.
Tekanan darah – Tekanan yang dikenakan oleh darah
Pempolimeran – Proses percantuman monomer
pada dinding salur darah semasa peredaran darah.
melalui pembentukan ikatan kimia untuk
menghasilkan polimer. Tekanan diastolik – Tekanan darah ketika otot
jantung berehat.
Pemvulkanan – Proses memanaskan getah asli
dengan sulfur. Tekanan sistolik – Tekanan darah ketika otot
jantung mengecut.
Penyahpolimeran – Proses penguraian polimer
kepada monomer-monomer melalui tindak Tendon – Tisu penghubung tidak kenyal yang
balas kimia. menghubungkan otot kepada tulang.
Pita detik – Jalur kertas yang dipasang melalui jangka Ubat – Dadah atau bahan yang diambil untuk
masa detik untuk mengkaji gerakan suatu objek. mengawal kesihatan, mencegah atau
merawat penyakit.
Plutonium – Sejenis unsur radioaktif.
Ubat tradisional – Ubat yang diperoleh daripada
Polimer – Molekul berantai panjang yang terhasil
sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan
daripada gabungan molekul kecil, iaitu monomer.
dan haiwan.
Radiasi – Pemindahan tenaga dalam bentuk
Vakum – Ruang yang tidak mempunyai
gelombang atau zarah.
sebarang jirim.
Radikal bebas – Atom atau molekul yang
Variasi selanjar – Perbezaan ciri-ciri yang tidak
kekurangan satu elektron pada petala paling luar,
begitu ketara antara individu daripada spesies
yang menjadikan zarah-zarah tersebut menjadi
yang sama, contohnya ketinggian.
tidak stabil dan cenderung untuk menyerang atom
atau molekul lain. Variasi tak selanjar – Perbezaan ciri-ciri yang ketara
antara individu daripada spesies yang sama,
Radioisotop – Isotop yang tidak stabil dan
contohnya jenis cap jari.
memancarkan sinaran radioaktif.

278

Glosari_CR_3.indd 278 02/10/2019 8:33 AM


Rujukan
Agensi Antidadah Kebangsaan, Jenis-jenis dadah, inhalan. Dari, https://www.adk.gov.my/en/
public/posters-banners/
Agensi Nuklear Malaysia. (2019). Thorium flagship project. Dari, http://www.nuclearmalaysia.gov.
my/new/RnD/energy/fuel/thorium.php
Breithaupt, J. (2000). New understanding physics for advanced level (4th ed.). Cheltenham, UK:
Stanley Thornes Publishers Ltd.
Hewitt, P.G. (2002). Conceptual physics (9th ed.). Boston, MA: Addison-Wesley.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Body mass index (BMI). Dari, http://www.myhealth.gov.
my/indeks-jisim-tubuh-ijt/
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Basic life support training manual. Dari, http://www.moh.
gov.my/moh/resources/Arkib/Basic%20Life%20Support%20Training%20Manualnew.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Clinical practice guidelines on management of
hypertension, 5th Edition. Dari, http://www.moh.gov.my/moh/penerbitan/CPG/MSH%20
Hypertension%20CPG%202018%20V3.8%20FA.pdf
Looking north-west from the Fukokukan rooftop [Image]. (n.d.). Dari, Cultural Promotion Division,
The City of Hiroshima database.
Nakata, Satsuo. (Photographer). (1945, Ogos). World War II. Hiroshima, 0.8 km from the explosion
centre. 24 hours after the explosion of the atom bomb [digital image]. Dari, https://avarchives.
icrc.org/Picture/3488
Parker, S. (2007). Body talk: In your genes, genetics and reproduction. Oxford, England: Raintree.
Pengurusan Makmal Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM (n.d.). Pengurusan sisa biologi. Dari,
https://pengurusanmakmaljabatankimiafsutm.wordpress.com/pengurusan-sisa-bahan-
terjadual/pengurusan-sisa-biologi/
Perpustakaan Negara Malaysia. (2002). Perubatan: Kitab Tib. Dari, https://www.pnm.gov.my/
manuskrip/melayu/03koleksi/306_perubatan.htm
Roberts, M.B.V. (1986). Biology, a functional approach (4th ed.). Cheltenham, UK: Thomas Nelson
and Sons Ltd.
Satibi, Z. (2016, November 6). Terapi penggantian hormon. Harian Metro. Dari, https://www.
hmetro.com.my/node/179472
The Star, Malaysia [Image]. 2014. Dari, The Star Malaysia Image database.
Watts, M. (2014). Junior biology: Study guide. Victoria, Australia: Learning Space Australia.
Williams, G. (2006). New biology for you: Revised edition for all GSCE examinations. Cheltenham,
UK: Nelson Thornes Ltd.
Zaidan, F. (2018, Mei 2). Sekolah cemas raksa tumpah. Harian Metro. Dari, https://www.hmetro.
com.my/mutakhir/2018/05/336010/sekolah-cemas-raksa-tumpah
279

Rujukan_CR_3.indd 279 16/10/2019 12:15 PM


Indeks
Akar banir 134, 136, 141 Isotop 166–167, 175–179, 181 Penyahpolimeran 193, 199
Akar cengkam 134 Jarak 224–228, 231, 234, 250–251 Polimer 182–183, 192–194, 196,
Akar sokong 134, 141 Jatuh bebas 224–225, 232, 239, 198–200
Akromegali 149, 151, 162 241–242, 244–245, 250–251, 253 Polimer semula jadi 182–183,
Akupunktur 208 Jejak kaki karbon 68, 71 192–194, 198, 200
Alel dominan 74, 85, 89, 95 Kabinet aliran laminar 5, 15 Polimer sintetik 182–183, 192-193,
Alel resesif 74, 85, 89, 94–95 Kala 171, 174, 178 200
Aloi superkonduktor 183, 188, 201 Kariotip 74, 78, 91, 96–97, 111 Psikoteraputik 207
Aluminium silikat 190 Kebuk wasap 2, 5, 15 Radikal bebas 202–203, 212–215,
Amniosentesis 96, 111 Kelenjar adrenal 147–149, 152 219, 220–221
Analgesik 207 Kelenjar pituitari 146, 148–149, Radioisotop 176
Antibiotik 207, 211 155 Rangka dalam 112–115, 120–121,
Asid deoksiribonukleik 76–77, 110 Kelenjar tiroid 147, 149–150, 152 124, 128, 138–139
Autosom 78–79, 88, 92, 94, 111 Keluli 184, 186–188 Rangka hidrostatik 112, 114–115,
Bahan aktif 202–203, 217–220 Kromosom 74, 76–81, 83–85, 118–120, 128, 138–139
Bahan antioksidan 203, 214–216, 88–94, 96–97, 107, 109–111, 265 Rangka luar 112–117, 128,
219–222 Kumpulan 171, 174, 178 138–139
Bahan atom 166, 168, 174, 178–179 Laju 224, 225, 228, 231, 250–253 Reaktor nuklear 254, 260, 262–263,
Bahan ion 166, 168, 169, 178–179 Lateks 194–196, 198, 201 266, 268, 270
Bahan molekul 166, 168, 169, Loyang 184, 188 Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
178–179 19–20, 24, 29–30
Meiosis 74, 79, 81–83, 86–89,
Bilangan neutron 175, 179–180 Sektor pengangkutan 51, 54,
94–95, 109–110
Bilangan proton 171–172, 175, 179 65–67, 70-71, 73
Merkuri 2–3, 9, 35, 41
Biseps 128–129 Sektor pengurusan sisa dan air sisa
Mitosis 74, 79–83, 88, 97, 109–111
Diabetes insipidus 149, 151, 162 Monomer 192–193, 198–199 51, 54, 60–61, 70–71
Diabetes melitus 149, 151, 162 Mutasi gen 90, 92–93, 109–110 Sektor pertanian dan perhutanan
Duplet 173 Mutasi kromosom 90–91, 93, 107, 51, 54, 62, 64, 70, 71
Duralumin 184, 188 109–110 Sektor tenaga 51, 54, 56–58, 60,
Ekdisis 112, 116-117, 128 70–72
Nombor nukleon 175, 177,
Sesaran 224–227, 229, 231–239,
Fenotip 74, 86–87, 89, 94–95,107 179–181
250–251
Gangsa 184–186, 200 Oktet 173–174 Sfigmomanometer 41
Gen 76–79, 83–85, 87, 90, 92–94, Ovari 79, 91, 143, 146, 148–149, Sulur paut 134
107 152
Tekanan dada 18, 23–24
Genotip 74, 86–87, 89, 94–95, 107 Pankreas 147–149, 152 Tercekik 18–19, 25–26,28–29, 31
Getah asli 182, 193–199 Pecutan 224, 230–234, 236, 238, Termometer inframerah 34, 36
Getah tervulkan 182, 196–199 250–251 Termometer klinik 34–35, 37
Gogal 4, 6, 15 Pecutan graviti 224–225, 239–243, Termometer makmal 34–35
Halaju 224, 229–239, 242–243, 250–251 Termometer rektal 34–35, 37, 48
254, 250–253 Pelakuran nukleus 254, 258–259, Testis 79, 91, 147–149, 152
Heimlich Manoeuvre 18, 25–31 263, 268–269 Titik nadi 37, 45–46
Hukum Gerakan Newton Pertama Pembelahan nukleus 254, 258–260, Triseps 128–129
246, 250, 253 263, 268–269
Ujian nuklear 254, 265–266,
Indeks Jisim Badan 33, 43–46 Pempolimeran 193, 199–200
268–269
Inersia 224–225, 246–251, 253 Pempolimeran penambahan 193,
Uranium 255, 258, 260
Ion negatif 166–167, 169, 173–174, 199–200
Pemvulkanan 182, 196, 199–200 Variasi selanjar 104, 110
178–179
Pengaloian 185 Variasi tak selanjar 104–105, 110
Ion positif 166–167, 169, 173–174,
178–179

280

Index_CR_3.indd 280 16/10/2019 5:21 PM

You might also like