You are on page 1of 1

Nur A’thifah (206270) & Wan Nurul I’rfah (207397)

Apakah perbezaan teknik drama dengan teknik main peranan dalam pengajaran Bahasa
Melayu?

Perbezaan antara teknik drama dengan teknik main peranan ialah teknik drama memerlukan
teks atau skrip. Teknik ini dapat meningkatkan kemahiran membaca seperti membaca
dialog, kemahiran mendengar dan bertutur iaitu murid-murid perlu mendengar apa yang
diucapkan oleh rakan dan murid banyak bertutur dalam mengeluarkan idea mereka semasa
menjalankan aktiviti drama. Manakala kemahiran menulis pula boleh diterapkan melalui
aktiviti pembinaan skrip. Sebagai contoh, murid-murid perlu melakonkan watak masing-
masing berpandukan skrip drama Asiah Samiah di dalam bilik darjah. Aktiviti drama dalam
bilik darjah tidak memerlukan pentas dan peralatan yang lengkap, tetapi pelakon harus
menggunakan bahasa yang betul, tersusun dan indah. Teknik main peranan pula
memerlukan murid untuk melakonkan watak secara spontan berdasarkan cerita atau situasi
yang telah ditetapkan oleh guru. Sebagai contoh, murid boleh memainkan watak
berdasarkan situasi di pasar atau di kedai makan sebagai pelayan, pelanggan, tukang
masak dan sebagainya. Jelaslah bahawa kedua-dua teknik ini dapat membantu
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.

You might also like