You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2020)
KERJA KURSUS
SEMESTER 3, TAHUN 2
SESI FEB-JUN 2022

NAMA PELAJAR : AARONLIE TIMEN


ANGKA GILIRAN : 2020072340151
NO KAD PENGENALAN : 000807-12-0741
KUMPULAN/UNIT : PISMP BM SJKC 3
KOD/NAMA KURSUS : BMMB3083 – DRAMA DALAM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : ENCIK YAHYA BIN YASSIN

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

TARIKH HANTAR : 14 MAC 2022

TANDATANGAN TARIKH

Dengan ini saya mengaku bahawa saya


telah menerima maklum balas daripada
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah
merujuk dan memahaminya.
Isi kandung
Bil.
Muka Surat
1.0 Pengenalan........................................................................................................................................ 1
2.0 Konsep Drama ................................................................................................................................... 1
3.0 Drama dalam Pendidikan .................................................................................................................. 1
4.0 Pengaplikasian Drama dalam Pendidikan di Malaysia ...................................................................... 2
5.0 Keberkesanan Drama dalam Pendidikan .......................................................................................... 3
6.0 Rumusan ........................................................................................................................................... 4
Rujukan ................................................................................................................................................... 5
1.0 Pengenalan
Sebagai sebuah negara yang berkembang maju, pendidikan merupakan salah satu aspek
yang perlu diberi perhatian agar pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan
perkembangan negara. Sehubungan dengan itu, modal yang seimbang dari segi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial haruslah dilahirkan bagi menerajui negara pada
masa akan datang. Hal ini juga sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek. Oleh itu, bagi mencapai
matlamat tersebut Kementerian Pendidikan di Malaysia telah merangka Dokumen Standard
Pengajaran dan Pentaksiran yang menerapkan elemen-elemen yang merentas kurikulum
seperti drama dalam pendidikan. Drama dalam pendidikan merupakan salah satu cara untuk
menerapkan nilai-nilai murni, membina pemikiran kritis, dan membentuk sahsia dalam
kalangan murid.

2.0 Konsep Drama


Dari segi aspek etimologi, perkataan drama berasal daripada bahasa Yunani iaitu
“Draomai” yang bermaksud buat, gerak, aksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, drama
ialah gerakan yang mengandungi tarian, nyanyian, dan lakonan yang membawa cerita nyata
atau simbolik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), drama ialah karya yang
dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen.

Drama juga didefinisikan sebagai sebuah karya dalam bentuk dialog yang dipentaskan
oleh pelakon manusia manakala pementesan drama dikenali sebagai pertunjukan teater
(Zakaria Arifin, 1981). Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998), pula
drama merupakan karangan yang menggambarkan suatu kehidupan serta watak manusia
dalam berperilaku dan dipentaskan dalam beberapa babak. Oleh itu, secara umumnya drama
ialah sebuah karya sastera dalam bentuk dialog yang dipentaskan oleh pelakon.

3.0 Drama dalam Pendidikan


Drama dalam pendidikan bermakna kanak-kanak dilatih untuk membicarakan seni
atau aktiviti drama yang diaplikasikan ke dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pendidikan bukan sahaja berfokus kepada pemerolehan pengetahuan, tetapi lebih kepada
proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap murid yang
terlibat. Sehubungan dengan itu, melalui aktiviti drama yang dilaksanakan, murid-murid yang
terlibat akan dapat mengenali diri mereka dengan lebih jelas, mengenal ruang dan
persekitaran, memahami rakan serta dapat meningkatkan atau memperkembang keupayaan
mereka dalam pelbagai aspek.

Selain itu, drama dalam pendidikan juga merupakan satu cara di mana guru boleh
melatih murid-murid untuk menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan

1
amalan nilai murni, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi,
kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti drama juga boleh
dijadikan sebagai satu kaedah terapi yang membantu murid yang mempunyai masalah emosi
dan fizikal. Tambahan pula, drama juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi yakni bersesuaian dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai
aspek.

4.0 Pengaplikasian Drama dalam Pendidikan di Malaysia


Dalam mengajar bahasa Melayu terutama sekali sekolah rendah, pengaplikasian seni
drama dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah pembelajaran
yang boleh digunakan oleh guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan. Kanak-kanak akan dapat belajar mengenali diri dan masyarakat menerusi
drama. Hal ini demikian kerana, elemen asas yang terdapat dalam drama mencerminkan
kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, murid-murid juga akan dapat
dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan lebih efektif. Mereka juga
boleh dilatih dalam aspek penggunaan laras bahasa mengikutkonteks dan situasi yang sesuai
menerusi aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Dalam pada itu, pengaplikasian
drama dalam pengajaran akan menjadikan pembelajaran murid-murid lebih bermakna dan
menyeronokkan serta menarik.

Drama merupakan salah satu aspek yang merentas kurikulum kerana boleh
diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua
mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Menurut Adenan Ayob (2012),
aktiviti drama yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan
kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti mana yang ditekankan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Sama
seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan sebagai medium
penyebaran ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang
digambarkan. Guru boleh membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui
pembacaan dan perbincangan berkenaan dengan skrip yang dibaca.

Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam
tentang tema dan aspek-aspek lain yang terdapat dalam skrip drama melalui pendekatan atau
kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti drama
pembaca atau pementasan drama. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata

2
pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajar subjek Sejarah, guru boleh memilih skrip yang
mengandungi kisah sejarah yang dipelajari. Guru juga boleh mengadakan perbincanagan
bersama murid untuk menulis skrip dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi.
Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu
menjadi lebih menarik dan hidup.

Pembelajaran kini sudah tidak lagi berasaskan ‘Chalk and Talk’ tetapi haruslah
menjurus kepada pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta menyelitkan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan merangsang minda murid (Adenan Ayob, 2012). Hal
ini dapat dicapai melalui drama dan teknik-teknik yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh,
sekiranya ingin mengajar sajak, guru boleh melaksanakan aktiviti mendeklamasi sajak dan
menambah satu elemen atau teknik dalam drama iaitu Dikon. Dalam pengajaran Dikon,
seorang murid mendeklamasi sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid
melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi. Secara tidak langsung suasana
PdP akan menjadi lebih ceria, menarik dan tidak membosankan.

5.0 Keberkesanan Drama dalam Pendidikan


Melalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan drama atau pengaplikasian drama dalam
Pendidikan sememangnya akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Antaranya,
boleh menggunakan laras bahasa yang sesuai semasa berinteraksi dan berkomunikasi.
Seperti yang sedia maklum, aktiviti drama memerlukan interaksi yang banyak antara satu
dengan yang lain bagi mewujudkan satu suasana yang tidak tegang semasa pementesan.
Oleh itu, melalui hal tersebut kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak dapat
dikembangkan lagi. Selain itu, dalam drama terdapat banyak laras bahasa yang harus
diketahui oleh kanak-kanak. Sebagai contohnya, jika drama itu berlatarkan istana, kanak-
kanak haruslah mengetahui, memahami dan dapat menggunakan laras bahasa istana dengan
betul agar pementasan drama berjalan dengan lancar. Natijahnya, secara tidak langsung
kanak-kanak akan dapat memperkembang lagi laras bahasa mereka dan dapat
menggunakan laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

Selain itu, pelaksanaan drama dalam pendidikan juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam diri murid-murid. Contohnya nilai kerjasama. Semangat berpasukan atau semangat
kerjasama merupakan salah satu elemen yang penting dalam drama. Hal ini kerana, tanpa
adanya kerjasma antara satu dengan yang lain sudah semestinya akan ada salah faham dan
menjejaskan kualiti drama contohnya semasa pementasan teater. Selain itu, nilai keberanian
juga dapat diterapkan. Melalui aktiviti drama seperti lakonan dan teater, murid akan dilatih
untuk menjadi lebih berani untuk bertutur di khalayak ramai. Hal ini dikatakan demikian
kerana, tanpa adanya keberanian kualiti pementasan drama akan terjejas dan penonton juga

3
tidak akan dapat menghayati apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam pementasan
tersebut. Oleh itu, nilai keberanian akan dipupuk dalam diri kanak-kanak dengan
mengarahkan mereka melakonkan watak-watak kegemaran mereka. Hal ini kerana, menurut
Kamal Hamidi (2003), kanak-kanak akan lebih berana dan yakin apabila dapat melakonkan
watak kegemaran mereka.

Akhir sekali, drama dalam pendidikan juga dapat membantu meningkatkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid. Sebagai contohnya, guru boleh
mengarahkan murid untuk mengenalpasti konflik dalam drama dan meminta murid untuk
mencadangkan cara penyelesaian kepada konflik tersebut. Selain itu, guru juga boleh
mengarahkan murid untuk mengenalpasti watak-watak yang terdapat dalam drama dan
seterusnya menceritakan watak perwatakan watak tersebut. Guru juga boleh mengarahkan
murid untuk menulis skrip untuk drama pendek di mana murid bebas memilih tema yang
mereka inginkan. Dalam hal ini guru akan menjadi pembimbing agar skrip yang dihasilkan
adalah betul. Natijahnya, melalui aktiviti-aktiviti tersebut kemahiran berfikiran kreatif dan kritis
dalam kalangan murid akan dapat ditingkatkan disamping dapat mengasah bakat murid-
murid.

6.0 Rumusan
Penerapan dan pengaplikasian drama dalam pendidikan khususnya dalam
pengajaran dan pemebelajaran bahasa Melayu sememangnya memberikan kesan yang
positif dalam kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, drama dalam pendidikan
dapat melahirkan seorang modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis serta mempunyai
sahsia yang terpuji. Selain daripada itu, drama juga berperanan membentuk insan yang
seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, jika drama terus
menerus diaplikasikan dalam pendidikan, secara tidak langsung modal insan yang seimbang
akan dapat dilahirkan. Oleh itu, seorang guru itu haruslah bijak untuk mengaplikasikan drama
dalam pendidikan agar modal yang seimbang dapat dilahirkan dan dalam masa yang sama
dapat memvariasikan cara pengajaran.

4
Rujukan
Adenan Ayob. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Arifin Nur. (1972). Sastera Melayu Moden. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Azman Wan Chik. (1980). Sastera dan Drama dalam Pendidikan, Monograf Pendidikan
Bahasa. University Malaya: Jabatan Pendidikan Bahasa.

Kamaruddin Hj. Husin, & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Drama dalam Pengajaran
Bahasa. Kumpulan Budiman.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Zakaria Arifin. (1981). Drama Melayu Moden dalam Esei. Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like