You are on page 1of 10

SOALAN TUGASAN Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan

satu perkara baru dalam dunia pendidikan. bahasa Arab mutakir ini. PENGENALAN Permainan Bahasa merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kerap dilaksanakan di dalam kelas yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan bersahaja tetapi mestilah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru. Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi satu perkara baru dalam dunia pendidikan pada masa kini. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini. Penglibatan pelajar dalam permainan bahasa memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti permainan bahasa yang dijalankan meliputi beberapa kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Bagi sebahagian besar pelajar-pelajar di sekolah, Bahasa Arab merupakan pelajaran yang paling sukar bagi mereka untuk menguasainya. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab guru memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk mempelajari serta menguasai Bahasa Arab. Pada masa kini aktiviti permainan bahasa sangat kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Banyak alasan yang sering diberikan guru adalah seperti tidak mempunyai ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai didalam sesebuah kelas, selain itu, aktiviti ini juga memerlukan perancangan yang rapi, masa yang diberikan tidak mencukupi serta ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dengan Bahasa Arab. Permainan bahasa adalah salah satu cara mempelajari bahasa melalui permainan. Oleh sebab itu, teknik ini amat sesuai digunakan bagi semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga merupakan satu strategi pengajaran yang amat sesuai digunakan Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan yang hanya untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh juga boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa juga merupakan satu aktiviti yang dirancang didalam pengajaran dan ia juga perlu ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran samaada secara langsung atau tidak langsung. Ada beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam permainan bahasa seperti semangat bekerjasama diantara pelajar dan bukanlah pertandingan semata-mata. Para pelajar juga perlu bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Permainan bahasa juga merupakan satu cabaran bagi pelajar untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugasan yang menarik dengan jayanya. Oleh yang demikian, permainan bahasa haruslah berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya sekadar pertandingan. Melalui permainan bahasa ini juga ia dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. SOALAN 1 ( A ) OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam sisten pendidikan pada masa kini. Hala tuju ini diaplikasikan melalui objektif yang ada pada permainan bahasa tersebut. Antaranya: Menambah kefasihan dan keyakinan pada diri pelajar Permainan bahasa boleh digunakan sebagai salah satu cara bagi meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri pelajar semasa belajar. Dalam sesuatu permainan bahasa yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur kalimah tetapi kepada beberapa ayat. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan bahasa yang mengandungi kegiatan

memberikan arahan umpamanya, ia boleh dimainkan pada semua peringkat tetapi perlu bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan pelajar. Pelajar biasanya akan merasa seronok apabila diberikan dengan permainan yang mencabar. Ini secara tidak langsung akan menyedari kebolehan serta keupayaan mereka dalam bahasa yang mereka pelajari. Selain itu, guru juga memainkan peranan sangat penting sebagai pemaklumat bahasa. Oleh yang demikian, bagi memenuhi keperluan pelajar guru seharusnya sentiasa bersedia dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis. Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa yang dijalankan boleh membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, malahan bukan sahaja diantara pelajar dengan pelajar tetapi juga diantara pelajar dengan guru. Permainan bahasa boleh membantu merapatkan hubungan serta kerjasama diantara mereka. Ini boleh menerbitkan suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif didalam kelas. Dalam permainan bahasa juga mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping melibatkan diri secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh guru. Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam aktiviti permainan bahasa yang dipilih, setiap pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan serta pendapat mereka dan mempraktikkan sesuatu ungkapan yang tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu melibatkan diri sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Oleh yang demikian, setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka amat diperlukan dalam kumpulan itu dan mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan pada bila-bila masa sahaja. Tiada seorang pun daripada mereka akan dibiarkan bersendiri dan terkecuali dalam permainan tersebut. Sebaliknya, mereka seharusnya mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian, inilah akan memberi peluang kepada seseorang guru untuk menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai

fasilitator dan menjaga disiplin kelas agar permainan bahasa ini tidak mengganggu kelas yang lain. Alat mengikis rasa bosan Merasa bosan adalah fitrah bagi semua orang. Oleh itu, dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu boleh dihadapi oleh murid-murid yang perlu memahami isi kandungan pelbagai matapelajaran bahasa arab. Oleh yang demikian, bayangkan sahaja bagaimana seseorang guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman kepada pelajar dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan serta dapat menimbulkan perasaan seronok dan gembira ketika belajar sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan lebih baik. Pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran pasti ada pelajar-pelajar yang bermasalah yang memerlukan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti ini bergantung kepada tahap penguasaan pelajar selepas melalui aktiviti yang biasa dilakukan seperti mendengar penerangan dari guru, bersoal jawab dan membaca buku teks yang dibekalkan kepada pelajar. Maka permainan bahasa ini sangat membantu pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran. SOALAN 1 ( B ) KELEBIHAN PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi membantu pelajar menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa ini kerana bukan mudah bagi pelajar untuk menguasai pembelajaran bahasa dan ia memerlukan latihan yang berterusan serta menguasai segala aspek kemahiran berbahasa. Permainan bahasa mempunyai banyak kelebihannya antaranya:

I.

Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh yang demikian, permainan bahasa merupakan satu kaedah terbaik dalam membantu pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa sama ada secara lisan atau tulisan. II. Permainan bahasa juga dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu pelajar semasa pembelajaran bahasa selain daripada itu ia juga memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri, mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain semasa pembelajaran dijalankan. Oleh sebab itu, permainan bahasa ini dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas. III. IV. Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih kreatif, Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa inovatif dan semulajadi (fitrah). dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu. SOALAN 2 Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama, iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar, di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan. Berikut adalah beberapa teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa supaya ianya menjadi lebih berkesan dalam perlaksanaan. Antaranya ialah :

(a) Secara Berkumpulan Permainan bahasa yang ingin dilaksanakan oleh guru boleh menerusi pembentukan kumpulan-kumpulan yang kecil. Bilangan ahli dalam satu kumpulan memadai dengan empat hingga enam orang pemain dalam setiap kumpulan. Selain itu, guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan kelancaran permainan tersebut. Sekiranya bilangan pelajar di dalam kelas yang guru ingin laksanakan terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar ke dalam beberapa kumpulan kecil. Perkara ini boleh menyebabkan keadaan menjadi kurang selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, maka permainan bahasa bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, guru boleh membawa pelajar keluar kelas untuk meneruskan permainan tersebut. Akan tetapi sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah terlebih dahulu: (i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan pada hari itu. (ii) Mengadakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh diminta membantu guru menunjuk cara permainan tersebut. (iii) Jika pelajar sudah boleh menulis, membaca arahan-arahan bolehlah ditulis di papan hitam. (b) Secara Berpasangan Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal pelajar dengan mudah. (c) Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan.

SOALAN 3 Tajuk permainan bahasa Kandungan Jenis aktiviti Bilangan murid Kemahiran Objektif : Roda Jawi

: ( - ( ) Anggota Badan : Kelas ( 4 kumpulan = 5 ahli) : 20 orang : Mendengar, membaca, melebal dan mendengar arahan. :Murid dapat mendengar perkataan yang disebut yang berkaitan dengan gambar anggota badan. Murid dapat membaca perkataan berdasarkan gambar. Murid dapat melebalkan perkataan dengan betul berdasarkan gambar.

Alatan Arahan difikirkan sesuai.

: :

Kad manila / mounting board (bentuk roda dipecah 10), Kad perkataan, gambar manusia. Kad manila ditulis dengan perkataan

Kad manila yang berbentuk roda diletakkan di hadapan kelas atau mana-mana tempat yang Kaedah dan langkah-langkah Cara permainan : Murid memusingkan roda. Murid mengambil perkataan berdasarkan gambar yang tertera pada roda. Murid mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang tertera pada roda sebanyak 2 kali. Murid melekatkan perkataan pada gambar di papan hitam. Sistem pemarkahan : Kumpulan akan mendapat markah berdasarkan markah pada roda.

Kumpulan yang mengumpul markah yang tinggi akan di berikan hadiah. Manfaat permainan ini Pembelajaran semula jadi dan merangsang minat pelajar. Permainan ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. Oleh itu ia seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. Memotivasikan pelajar. Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Pelajar biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa, pelajar biasanya menjadi pasif. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar, latih tubi dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan, belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan ini, mereka akan melibatkan diri dengan semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait

rapat dengan pengalaman berbahasa. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. Pertandingan Permainan bahasa bercirikan persaingan atau lebih kepada pertandingan. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta, masa yang dihadkan, pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Jadi, permainan ini mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran. Peraturan permainan dan mendisiplinkan pelajar Dalam permainan ini, terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan, biasanya tahu dan faham cara dan peraturan untuk bermain. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan, memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta dan sekaligus boleh membentuk disiplin dalam diri. Di samping itu juga dapat mengredkan permainan ini mengikut markah-markah tertentu. KESIMPULAN Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini. Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah. RUJUKAN Ahmad Mohd. Salleh (2003), Pendidikan Islam, Falsafah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Ghazali Basri, (Tahun 2 Bil 6 Disember 1987). Peranan Pendidik, Peranan Pendidik Dalam Pembentukan Ummah, Jurnal Pendidikan Islam, Biro Pendidikan , Angkatan Belia Islam Malaysia. Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Kamarudin Hj. Husin (1995). Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman sdn. Bhd. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann,ctk.4. Seni Mengajar Bahasa Arab pada Usia Anak-anak. Retrieved 23 Februari 2010 daripada http://ibda.files.wordpress.com/2008/04/9-seni-mengajar-bahasa-arab-pada-usia-anakanak1.pdf Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi AlIbdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php? s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715) http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

10

You might also like