You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN BAGI PENGAJIAN SARJANA CBBP HLP

TAHUN 2017

“ELEMEN KEJURULATIHAN DAKWAH DALAM AMALAN PEMBELAJARAN


DAN PEMUDAHCARAAN (PDPc) DALAM KALANGAN GURU KURIKULUM
BERSEPADU DINI DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN
DAERAH KLANG”

DI SEDIAKAN OLEH:

NORAIZAN BINTI MOHSIN

1
TAJUK CADANGAN: “ELEMEN KEJURULATIHAN DAKWAH DALAM AMALAN
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPc) DALAM KALANGAN GURU-
GURU KURIKULUM BERSEPADU DINI DI SEKOLAH-SEKOLAH SABK
DAERAH KLANG”

1. PENGENALAN

Kertas cadangan ini akan membincangkan kajian tentang amalan kejurulatihan


dakwah dan kaedah serta teknik pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPc) menggunakan
elemen ini oleh guru-guru Kurikulum Bersepadu Dini dalam PDPc di sekolah-sekolah
agama bantuan kerajaan di Daerah Klang.

Seorang guru berperanan dalam menyerapkan atau menyalurkan ilmu kepada pelajar
sebagai golongan sasar yang paling hampir dengan mereka. Tugas ini dapat
disempurnakan dengan pembelajaran, yang mana pembelajaran mengikut Noriati A.
Rashid (2015) bermaksud perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal hasil
interaksi dengan persekitaran.

Elemen kejurulatihan dakwah ini juga bertepatan dengan maksud tugas guru dalam
standard 4. Jemaah Nazir dan jaminan kualiti (2016) menyatakan dalam standard 4,
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Pembelajaran dan
Pemudahcaraan merujuk guru sebagai yang berikut:
4.1 Guru sebagai perancang
4.2 Guru sebagai pengawal
4.3 Guru sebagai pembimbing
4.4 Guru sebagai pendorong
4.5 Guru sebagai penilai
4.6 Murid sebagai pembelajar aktif

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan guru dalam melibatkan unsur-
unsur kejurulatihan dakwah ketika PDPc. Elemen kejurulatihan dakwah mempunyai
potensi untuk diamalkan sepenuhnya dalam PDPc di sekolah oleh guru. Amalan ini akan
membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan yang berpusatkan pelajar serta
mendorong guru menjadi pendakwah yang baik dan jurulatih seperti yang disarankan
dalam Standard 4 SKPMg2.

2
2. PENYATAAN MASALAH

2.1 KEKANGAN MATAPELAJARAN DINI


Sukatan baru, tidak banyak sumber pengajaran dan bahan sokongan pembelajaran.
Guru-guru menjalankan PDPc matapelajaran dini mengikut buku teks dan buku
aktiviti yang dibekalkan dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum yang
diberi.

2.2 KAEDAH TRADISIONAL

Guru yang sedia ada telah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam kurikulum lama
bagi satu tempoh yang lama. Guru masih lagi selesa mengamalkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan guru dan kaedah tradisional.

2.3 KELEMAHAN MENGUASAI BAHASA ARAB

Bahasa pengantar bagi kuriklum ini adalah Bahasa Arab. Semua buku dan bahan
pembelajaran adalah dalam Bahasa Arab. Bagi kebanyakan guru, tidak mahir Bahasa
arab menjadi penghalang dalam pengamalan elemen kejurulatihan dakwah ketika
mengajar.

3. LATAR BELAKANG

Kurikulum Bersepadu Dini mula diajar pada tahun 2015 di beberapa sekolah agama
bantuan kerajaan yang memilih aliran Kuriklum Bersepadu Dini seperti yang terkandung
dalam surat pekeliling KPM, BPI bertarikh 20 Januari 2015 iaitu Perlaksanaan Kurikulum
Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz di seolah agama bantuan kerajaan mulai
tahun 2015. Mata pelajaran dalam kurikulum ini adalah Syariah Islamiyyah, Usuluddin dan
Al-Lughah Al-Arabiyyah al-Muasiroh.

Guru-guru bertanggungjawab dalam merealisasikan objektif perlaksanaan kurikulum


bersepadu dini ini dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dan menguasai matapelajaran
dini seterusnya dilihat sebagai prospek medium dakwah yang sangat luas. Namun kekangan
seperti yang disebut di atas menjadikan perlaksanaan kurikulum baru ini kurang menarik.

3
Pembelajaran matapelajaran agama juga selalunya dikaitkan dengan minat dan kewajipan
semata-mata. Terdapat juga sebilangan guru yang menolak mengajar matapelajaran ini
disebabkan halangan Bahasa arab.

Oleh yang demikian kajian ini bakal mengetengahkan pengamalan guru terhadap elemen-
elemen yang boleh menjayakan amalan PDPc subjek agama lebih menarik dan berkesan serta
memberi pengkhususan unsur kejurulatihan dakwah atau metodologi dakwah. Ianya meliputi
aspek-aspek pemudahcaraan dalam pembelajaran, serta tugas guru sebagai pendakwah, guru
sebagai pemudahcara, guru sebagai perantara dan pelbagai unsur kejurulatihan dakwah. Ia
juga di lihat sebagai satu daripada ciri-ciri pembelajaran abad 21 yang sangat disarankan.

4. TUJUAN/OBJEKTIF

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut;

i. Mengenalpasti elemen kejurulatihan dakwah dalam PDPc yang diamalkan oleh


guru Kurikulum Bersepadu Dini

ii. Mengkaji halangan guru dalam menjalankan PDPc yang mempunyai ciri-ciri
kejurulatihan dakwah

iii. Mengkaji hubungan amalan kejurulatihan dalam PDPc dengan tahap kefahaman
pelajar

4
5. PERSOALAN KAJIAN

5.1 Adakah terdapat elemen kejurulatihan dakwah dalam pembelajaran dan


pemudahcaraan.

5.2 Apakah halangan Guru kurikulum dini dalam mengaplikasikan elemen


kejurulatihan dakwah tersebut dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.

5.3 Apakah terdapat hubungan yang mempengaruhi antara pembelajaran yang


bercirikan kejurulatihan dengan tahap kefahaman pelajar.

6. METODOLOGI

Menurut Amir Hasan Dawi (1999) kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan
permasalahan penyelidikan. Melalui kaedah saintifik pengkaji dapat mencari jawapan
kepada persoalan masalah kajian yang akan dijalankan.

6.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif
Kaedah temubual dilihat lebih mudah untuk mendapat jawapan terhadap pandangan para
guru terhadap elemen kejurulatihan dan kekangan yang timbul sepanjang proses
pembelajaran dan pemudahcaraan.

Pengkaji juga akan menggunakan borang soal selidik kepada responden untuk
menjawab persoalan kajian tentang hubungan dan kesan amalan kejurulatihan dalam
PDPc dengan tahap kefahaman pelajar. Dengan ini, sebahagian maklumat mengenai
responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu,
kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan
responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

5
6.2 Sampel kajian

Kajian ini akan dijalankan di 3 buah sekolah agama bantuan kerajaan di daerah
Klang iaitu Sekolah Agama Mnengah Tinggi Sultan Hisamudin Kg Jawa Klang, Sekolah
Agama Menengah Sultan Hisamudin Sg Bertih dan Sekolah Agama Menengah Nurul
Iman, Bukit Cherakah.

Cadangan responden adalah terdiri daripada 2 orang guru kurikulum Bersepadu


Dini bagi setiap matapelajaran. Ini bermakna seramai 18 orang responden yang akan
terlibat dengan kajian ini mewakili 6 orang guru dari setiap sekolah.

7. KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada Bahagian Pendidikan Islam,
KPM, Sektor Pendidikan Islam, JPNS dan pentadbiran sekolah untuk menilai sejauh
mana keberkesanan kajian dalam usaha untuk mencetus kesedaran guru berkaitan amalan
elemen kejurulatihan dakwah dalam subjek dini serta peranan kajian ini dalam usaha
mengubah sikap mereka yang terlibat. Dapatan ini juga diharap boleh dijadikan panduan
kepada BPI, SPI dan pentadbir sekolah, guru-guru khasnya yang mengajar matapelajaran
dini agar tidak mengabaikan elemen dakwah yang dapat membentuk pelajar yang
seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Islam.

Kajian juga dapat mengenalpasti kepentingannya terhadap profesioanlisme guru


dengan menjadikan guru sebagai jurulatih dan pembimbing yang aktif dalam PDPc.
Selain itu guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar melalui aktiviti kejurulatihan
disamping dapat mengembangkan potensi diri melalui pembelajaran.

Kepentingan terhadap pelajar pula dapat dilihat apabila pelajar dapat menggunakan
pemikiran kreatif dan kritis semasa pembelajaran seterusnya mampu mengembangkan
elemen dakwah dalam kehidupan seharian.

6
8. BIBLIOGRAFI RINGKAS

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsudin dan Muhammad Khusairi Jusoh (2014), Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur. Freemind

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriyah Syed Ahmad (2015) Murid
dan Alam Belajar. Shah Alam. Oxford Fajar.

Ahmad Mohd Salleh, (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi.Shah
Alam.Fajar Bakti

Ahmad Mohd Salleh, (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, sejarah dan kaedah
pemudahcaraan dan pembelajaran.Shah Alam.Fajar Bakti

Salhah Abdullah, Guru sebagai Fasilitator (2005) PTS Publication, Kuala Lumpur

Amir Hasan Dawi (1999) Penteorian Sosiologi dan Penyelidikan. Quantum Books.
Tanjong Malim

Kementerian Pelajaran Malaysia (2015) Surat Pekeliling Perlaksanaan Kurikulum


Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz di seolah agama bantuan kerajaan
mulai tahun 2015

Jemaah nazir dan jaminan kualiti, (2016) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
gelombang 2 (SKPMg2). Kementeria Pendidikan Malaysia

7
8

You might also like