You are on page 1of 1

Solusi pengurangan banjir kilat

1. Pengurusan lembangan saliran


Pengurusan ini melibatkan perancangan, membuat keputusan, pelaksanaan undang-
undang dan juga membuat polisi sebelum sesuatu aktiviti pembangunan dijalankan
dimana-mana bahagian di dalam lembangan saliran. Pembangunan yang terancang
perlu melibatkan seluruh golongan profesional yang mempunyai asas dan hubungkait
dengan aktiviti pembangunan dan juga alam sekitar. Di dalam pelan perancangan
bersepadu lembangan saliran, perkara yang paling utama yang perlu dititikberatkan
ialah pemahaman terhadap sistem lembangan saliran sebagai satu sistem yang
dinamik. Sehubungan dengan itu, polisi juga memainkan peranan penting bagi
memastikan setiap rancangan yang hendak dilaksanakan mencapai matlamat. Selaras
dengan itu polisi-polisi yang berhubungkait dengan guna tanah, polisi berhubung
dengan urbanisasi, perlu diselaraskan dan dilaksanakan serentak dengan program-
program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta
agensi-agensi yang lain dalam menjaga alam sekitar.

2. Mengadakan sistem perparitan yang cekap


Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti kapasiti banjir yang
sering memasuki kawasan sistem perparitan yang sering mengakibatkan kepada banjir
kilat lalu menganggarkan jumlah banjir tersebut dengan kelebaran serta kedalman
parit yang bakal dibina.

3. Penanaman pokok-pokok
Program penanaman pokok secara teratur hendaklah diusahakan di setiap kawasan
yang sering terlibat dengan kejadian banjir kilat ini. Penanaman pokok-pokok di
sekitar kawasan akan menambah kadar penyerapan dan penyimpanan air bawah
tanah.

You might also like