You are on page 1of 3

Nota ringkas hubungan etnik MPU3112

Topik 1: Hubungan Etnik & Pembinaan Negara Bangsa.

Pengenalan.
 Pembinaan / pembbentukan negara bangsa (nation state) bertitik tolak daripada
kewujudan bangsa atau ras (race) & lahir sebagai entiti sebuah negara yang mewakili
bangsa berkenaan.
 Contohnya: bangsa Jepun – membentuk negara Jepun.
 Bangsa tanpa negara (nation without state). Bangsa tanpa negara menuntut bangsa
mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
 Contohnya: Bangsa Melayu Patani ( Selatan Thailand ) dahulu merupakan sebuah
kerajaan yang berautoriti sendiri. Akan tetapi akibat daripada penjajahan, maka Patani
diserahkan kepada Siam (Thailand).
 Negara tanpa bangsa (State without a nation) – diperakui kedaulatannya tetapi tidak
jelas dari segi identity bangsa yang dibina.
 Contohnya: Malaysia – terdiri daripada pelbagai bangsa/ras dengan setiap etnik
berkenaan mengekkalkan identity etnik masing-masing. -Melayu, cina, india, kadazan,
iban…

1.1 Hubungan etnik & pembinaan negara bangsa.


a) Keterbatasan (scarcity). – menguruskan summber yang terhad (bahan mentah atau sumber ekonomi)

b) Kesepaduan Sosial (solidarity). – menguruskan keterbatsan dan kesepaduan sosial.

1.1.1 Konsep Negara Bangsa.


Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa di eropah bermula apabila lahirnya kelompok
bangsa yang menentang kuasa feudal dan proses pembentukan system baru yang dipanggil kapitalis.
Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden.

Negara – merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan
yang memerintah.

Bangsa – sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin Hj. Yahaya, 1998).

Godwin dan Wahlke (1997), “one nation in the area covered by the state to include most of the people
who consider themselves part of that national culture”.

Konteks Malaysia, dia terbentuk apabila sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik,
agama dan budaya mendiami sempadan politik tertentu. Yang kita bentuk ialah NEGARA dan bukannya
negara bangsa – 31 Ogos 1957.
Nota ringkas hubungan etnik MPU3112

1.1.2 Tahap Pembinaan Negara Bangsa.


Faktor-faktor kewujudan Negara.

1. Pengukuhan kuasa.

2. Keruntuhan empayar/kerajaan yang kuat.

3. Kesanggupan penjajah melepaskan jajahan takluknya.

4. Keruntuhan kuasa komunis Rusia.

3 tahap perkembangan dalam proses pembinaan negara bangsa:-

a) Pembentukan Kuasa Pusat ( centre of formation)

b) Pembentukan negara (state formation)

c) Pembangunan Negara Bangsa (Nation building)

1.1.3 Konsep Negara Etnik (Ethno Nations), Negara Sivik ( Civic Nations) dan Ethno
Civic Nations.

 Ethno nations menurut Ernest Blanks (1917). -istilah “atmoda” = kebangkitan. Antara penekanan
beliau adalah;
a) Budaya Nasional.
Beliau melihat penting untuk mengekalkan budaya tradisi dan menentang unsur luar.

b) Asimilasi.
Mendukung konsep satu bangsa, bahasa, dan agama sebagai asas pembinaan negara bangsa.

c) Penapisan Kaum.
Etnik minoriti dipinggirkan dan diasingkan. Hanya yang diterima ialah pembela nasionalisme.

d) Berprasangka.
Orang Yahudi dianggap sebagai pembelot kerana tidak sanggup untuk berasimilasi dengan
budaya Latvia.

e) Penolakan Dominasi luar.


Menolak unsur luar atau pengaruh dari luar.

*idea beliau ini bercorak etnosentrik.


Nota ringkas hubungan etnik MPU3112

1.2 Pembinaan Negara Bangsa & Hubungan etnik di Malaysia.


1.2.1 Era Konflik (1945-1960).
- Penguasaan Bintang 3 (komunis) terhadap pentadbiran Tanah Melayu selama 14 hari yang banyak

mengorbankan nyawa orang Melayu & Cina.

- Malayan Union (1 April 1946) - menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu

yang seterusnya membawa kepada penamatan MU.

- Kesan penting MU ini ialah penyatuan Melayu hingga membawa kepada penubuhan UMNO.

- penubuhan Communities Liaison Committee (CLC) 1949 yang terdiri daripada pemimpin etnik

Melayu, Cina & India yang berperanan penting dalam meredakan konflik antara kaum.

1.2.2 Era stabil tetapi tegang (1961-1970).


- era yang kritikal kerana selepas tamatnya Darurat & Perang Dingin masih lagi berterusan.

- Pembentukan Persekutuan Malaysia dengan Kemasukan Sabah, Sarawak & Singapura 1963

membawa kepada penubuhan MALAYSIA. – manifestasi CLC atas prinsip “tolak ansur etnik”.

1.2.3 Era kesepaduan Sosial (1971-2011).

You might also like